CMS? Itu abbreviation. Perkataan panjangnya Cash Management Services atau dalam bahasa Malaysia Perkhidmatan Pengurusan Tunai. So, bila menyebut perkataan pengurusan "cash" atau wang tunai, kita sudah terbayang akan duit yang berlambak-lambak yang perlu diuruskan.
Dan juga banyak mesin-mesin tunai (ATM dan CDM) yang perlu diselenggarakan...
Kenapa pula aku menyuruh supaya lebih realistik?
Sekarang ini, banyak syarikat-syarikat Kawalan Keselamatan yang bercita-cita atau berkeinginan untuk menceburkan diri ke dalam bidang perkhidmatan pengurusan tunai (Cash Management Business). Puncanya kerana pulangan yang bakal mereka perolehi dari perkhidmatan tersebut yang agak tinggi berbanding cabang perniagaan Kawalan Keselamatan yang lain.
"Bukanlah tujuan utama kami ingin menceburkan diri dalam perkhidmatan Pengurusan Tunai untuk mendapatkan pulangan yang berlipat kali ganda, tetapi lebih kepada untuk menaik-taraf syarikat kami ke tahap yang lebih tinggi contohnya seperti yang dimiliki oleh G4S (Safeguards Securicor)."
Adakah syarikat Tuan benar-benar bersedia?
"Maksud you?"
Memang benar pulangan yang bakal diperolehi dengan perniagaan CMS agak tinggi tetapi risikonya juga bukan calang-calang tinggi. Modalnya juga berlipat kali ganda berbanding modal untuk perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang lain.
"Kami dah bersedia untuk itu. Berapakah modal yang kami perlu ada? Apa pula risiko-risikonya?"
Dalam hati aku berkata..'kalau dah bersedia, masakan jumlah modalnya perlu bertanya kepada aku?'...
Begini Tuan. I akan cuba bagi sedikit gambaran tentang modal yang pihak syarikat Tuan perlu sediakan. Berapakah jumlah ATM yang syarikat Tuan ingin selenggarakan sebagai permulaan?
"Kami jangkakan untuk ambil 100 ATM untuk tahun pertama perkhidmatan."
For a start, syarikat Tuan perlu memiliki satu tempat untuk mengira dan memproses wang tunai samada untuk memasukkan ke cassette ATM atau untuk membuat imbangan (balancing) terhadap wang tunai yang dikeluarkan dari ATM-ATM tersebut. Tidak kiralah samada Tuan ingin membeli satu bangunan atau menyewanya.
"Kami bercadang untuk menyewanya terlebih dahulu. Bila business dah berkembang nanti kami akan beli bangunan kami sendiri."
Ok. Pertamanya, kos untuk membuat renovation bagi memasang dan memperlengkapkan kawalan keselamatan bangunan tersebut lebih kurang RM1,500,000 iaitu untuk membuat bilik kebal, setting up Control Room untuk menyelia aktiviti-aktiviti di dalam bangunan dan memantau keselamatan di persekitarannya, membuat pintu-pintu yang dikawal kemasukkannya (menggunakan access card serta mempunyai interlocking mechanism), membuat reinforcement terhadap dinding-dinding tempat pemprosesan tunai sepertimana guidelines yang dikehendaki oleh pihak bank dan BNM, pemasangan alat-alat kawalan keselamatan yang lainnya seperti CCTV cameras, motion detectors, panic buttons, alat penggera keselamatan dan lain-lain lagi.
Keduanya, perlu modal dalam RM500,000 untuk membeli mesin-mesin pemprosesan tunai iaitu Cash Processing Machine (fitness sorting machines), mesin pengira tunai (Banknotes Counting machines), Banknotes Banding/Binding machines dan lain-lain lagi.
Ketiganya, syarikat perlu ada kenderaan.
Perlu membeli armoured vehicle sekurang-kurangnya 3 buah. Satu van berharga lebih kurang RM150,000 sebuah. Perlu juga ada soft-skin vehicle untuk tujuan FLM (First Line Maintenance) sekurang-kurangnya 3 buah. Saya cadangkan untuk membeli kereta Kancil/Viva yang berharga lebih kurang RM30,000 sebuah. Perlu juga untuk membeli motorsikal untuk FLM yang tidak melibatkan pembukaan peti-simpan wang tunai di dalam mesin-mesin ATM sekurang-kurangnya 3 buah yang dianggarkan berharga RM5,000 sebuah. Jadi keseluruhan kos adalah RM585,000.
Perlu membeli armoured vehicle sekurang-kurangnya 3 buah. Satu van berharga lebih kurang RM150,000 sebuah. Perlu juga ada soft-skin vehicle untuk tujuan FLM (First Line Maintenance) sekurang-kurangnya 3 buah. Saya cadangkan untuk membeli kereta Kancil/Viva yang berharga lebih kurang RM30,000 sebuah. Perlu juga untuk membeli motorsikal untuk FLM yang tidak melibatkan pembukaan peti-simpan wang tunai di dalam mesin-mesin ATM sekurang-kurangnya 3 buah yang dianggarkan berharga RM5,000 sebuah. Jadi keseluruhan kos adalah RM585,000.
Keempatnya, perlu memiliki kunci keselamatan yang perlu dipasang kepada setiap mesin Harga seunit ialah RM1,600 jadi syarikat perlu ada RM160,000.
Jumlah keseluruhan setakat ini ialah RM2,745,000.
Jumlah tersebut tidak termasuk barangan lainnya seperti ATM/CDM security bags dan trolleys. Anggaran I ialah sekurang-kurangnya RM3 juta.
Walaubagaimanapun jumlah tersebut cuma untuk modal sahaja dan masih tidak termasuk kos operasi (OPEX) seperti gaji staff, consumables (trigon bags, packing materials, security seals dan lain-lain). Sebulan I jangkakan dalam RM70,000. So, setahun jumlahnya RM840,000.
Secara kasarnya, syarikat memerlukan modal sekurang-kurangnya sebanyak RM4 juta.
Jika ingin memastikan semua imbangan tunai (reconciliation) sentiasa dikemas-kini dan tepat, adalah lebih elok juga jika syarikat memiliki software khas untuk Cash Management. Software tersebut juga amat penting untuk membuat forecasting tentang jumlah tunai yang optimum untuk diisi ke dalam setiap mesin ATM dan juga membuat perancangan bilakah masa yang sesuai dan perlu untuk membuat ATM loading. Harga software yang paling murah dan simple (mungkin terlalu simple) ialah lebih kurang RM150,000. Jika inginkan yang high-end perlu melabur sebanyak RM1 juta.
Jadi, jika ingin menceburkan diri ke dalam business perkhidmatan pengurusan tunai ini dalam keadaan yang selesa dan mitigate all the necessary risks, jumlah yang perlu ada lebih kurang RM5 juta.
Wang tersebut (untuk dilaburkan) mestilah telah sedia ada. Janganlah seperti ada sesetengah syarikat Kawalan Keselamatan yang beria-ia ingin menceburkan diri dan kononnya memiliki modal yang banyak hingga sanggup berjanji untuk memberi RM5 juta, tetapi bila I perlukannya, RM5,000 pun susah nak bagi.
Jumlah kasar RM5 juta dan kata-kata terakhir aku itu membuat si empunya syarikat terlopong dan kelu untuk berkata-kata.
Perbincangan tersebut sebenarnya telah dibuat 2 bulan sebelum puasa.
Hingga sekarang syarikat tersebut senyap sunyi dari menghubungi aku untuk meminta pandangan dan pendapat serta tunjuk ajar bagi memulakan projek business perkhidmatan pengurusan tunai sepertimana yang mereka idam-idamkan...hehehe.
Well. ada sesiapa lagi (atau syarikat) yang berminat untuk menceburi perniagaan ini?
Jika berminat, silalah sediakan wang sebanyak itu dahulu yer? Sila juga sediakan sedikit wang untuk aku menjadi penasihat atau consultant khas...huhu.
Sekian.
Info yg sgt menarik tapi lebih elok jika tajuknya diletakkan contohnya "Modal untuk memulakan ATM machine" atau "Cara untuk memulakan bisness ATM machine" bertujuan untuk menarik pengunjung melalui carian google.
Engkau biar betul Long?
Salam Ozzy...saja je letak tajuk macam tu..ada sket unsur2 menyindir utk beberapa orang tertentu..hehe
Salam Jebon...memang betul! Tu, aku tak citer lg pasal Insurance premium, pembelian fire arms, peralatan pejabat (meja, kerusi, fax, komputer dll) dan termasuklah infrastruktur utk berkomunikasi dgn pihak bank (secured) melalui leased lines, pembelian mesin utk menguji cassette ATM, alat-alat telekomunikasi (handphone & pager) dan sebagainya...panjang gler list aku nih..huhu
salam sejahtera;
Rm5j banyak tu..baru permulaan je..tapi Abang long kalau CMS kat Sarawak kaya syrikat kepunyaan KM sarawak..pernah dengar tak syrikat ni?...
Salam Yusuflaili...xperasan pulak sykt tu. Kalau xsilap sykt tu cuma buat CIT jer. Setakat ni sykt yg buat ATM/CDM cuma G4S, Armour Security, SRT EON dan AMCOP Security shj. Pardon me if I'm wrong.
boleh kalau nak dapat 5 juta tu, tetapi kena buat shareholders dengan kawan-kawan kalau sorang 500,000. 10 orang dapatlah 5 juta.
Nanti bila dah kaya, belilah saham sikit demi sedikit dalam kalangan 10 orang ni,
Airasia &Tune hotel.com pun asalnya shareholders ramai-ramai.
aku ingat ada dalam 6 orang.
I just like the valuable information you supply in
your articles. I will bookmark your blog and take a look at
again here frequently. I am quite sure I'll be informed many new stuff right right here! Good luck for the next!
My website: jeremy scott shoes for sale
This web site certainly has all the info I needed about this subject and didn't know who to ask.
Here is my webpage ... cheap jersey paypal