Monday, September 3, 2012

Bank amalkan Double Standard???

2 comments
 
Salam...

At first, malas juga nak mencoret hal ni tetapi kecil hati punya pasal aku postkan juga. Mungkin ramai kawan-kawan aku yang masih bekerja di Bank itu akan berkecil hati pula dengan aku. Silap-silap ramai yang merajuk dengan coretan aku ni...takpe la...kang aku pujuk la balik...minta maaf...kan masih Raya lagi ni? hehe...


Apsal lak aku melalut pepagi ni?

Actually, aku terkilan dengan beberapa cawangan Bank yang staff aku berurusan. Sebelumnya apabila pelanggan aku melakukan urusan deposit (bank in) sendirian, tak pernah pula reject duit mereka tu, tapi, bila urusan mendepositkan tunai tersebut diambil-alih oleh syarikat aku (CIT) tetiba pihak Bank reject dengan alasan yang berbagai-bagai. Yang paling utama dan selalu digunakan ialah akaun pelanggan aku itu tidak dibuka di situ (dengan kata lainnya on-line branch). Oleh itu, staff aku diminta untuk menghantar wang tunai yang dikutip ke cawangan Bank di mana akaun pelanggan tersebut dibuka.

Bila aku bertanya untuk kepastian, dengan garangnya pegawai Bank tersebut berkata "Kaunter dan staff cawangan ini hanya untuk pelanggan yang membuka akaun di sini!".


Akibat kena reject, melilau staff aku mencari cawangan Bank yang sudi menerima dan hasilnya akaun pelanggan hanya dapat dikreditkan selepas tempoh yang telah ditetapkan...dan yang tak bestnya, syarikat aku pula yang dipersalahkan kerana gagal!

Aku hubungi Ibu Pejabat Bank tersebut dan biasalah mereka tu pun kengkawan aku juga... aku ajukan komplen aku.. Walaubagaimanapun, masih tiada penyelesaian...kebanyakan cawangan-cawangan masih enggan menerima... Dan, aku terpaksa menghubungi pula Ibu Pejabat pelanggan aku... Satu official complain telah dikeluarkan. Pelanggan-pelanggan aku itu adalah dealer kepada salah satu syarikat korporat yang besar yang memiliki akaun di Bank tersebut, jadi apabila menerima komplen sedemikian, pihak atasan Bank jadi menggelabah!

Salah seorang bekas rakan sekerja aku yang bertugas di Ibu Pejabat Bank tersebut telah menghubungi aku. Agak marah juga suaranya...dan dengan tegas menyuruh aku mendepositkan wang tunai yang dikutip ke cawangan di mana akaun pelanggan-pelanggan aku dibuka. Lalu aku menjawab...beberapa pelanggan yang aku berikan khidmat CIT membuka akaun mereka di luar Kuala Lumpur seperti Ipoh, Pulau Pinang dan Johor Bahru...Logik ke untuk aku hantar ke sana dari KL? Statement yang membuatkan dia terkedu.

Persoalannya, kenapa perlu reject wang tunai yang staff aku bawa? Jika sebelumnya pelanggan membuat deposit sendiri di cawangan yang sama tidak pernah pula kena reject. Adakah kerana staff aku bekerja di syarikat Kawalan Keselamatan maka mereka tidak harus dilayan elok-elok?


Ini sudah "DOUBLE STANDARD"!

Bukankah Bank telah memiliki sistem yang canggih di mana pelanggan boleh melakukan transaksi deposit di on-line branch (tanpa perlu ke cawangan Bank di mana akaun mereka dibuka)?

Tambahan pula dalam AMLA (Anti Money Laundering Act), pihak Bank tidak dibenarkan untuk reject keinginan pelanggan untuk mendepositkan sejumlah wang tunai.

"Semua ni pasal kos bro...cawangan bank yang menerima wang tunai tersebut terpaksa menanggung kos untuk staff mengira, kos untuk CIT dan kos untuk mengurangkan risiko sedangkan cawangan tersebut tidak mendapat apa-apa pulangan dari deposit tersebut. Yang dapat ialah cawangan di mana akaun terbabit dibuka. Sebab itu kami galakkan untuk menghantar wang tunai yang dikutip ke home branch."

Lalu aku menjawab...Setiap tahun Bank mendapat keuntungan berbillion-billion ringgit walaupun sebelumnya pelanggan membuat transaksi deposit tunai di on-line branch. Oleh sebab kami ini dari syarikat Kawalan Keselamatan, maka dengan sesuka hati reject dan beri alasan kos yang mungkin mengakibatkan Bank menanggung kerugian.. Yang pasti, you all telah mengamalkan "DOUBLE STANDARD".

Kata-kata terakhir itu mungkin menyebabkan bekas rakan sekerja aku itu merajuk...hmmmm




Sekian.


Readmore...
Saturday, September 1, 2012

Pistol palsu?

3 comments
 
Salam...

Apa khabar? Dah banyak rumah diziarah Raya ni? Selalunya kanak-kanak yang riang sakan. Suka kerana dapat bermain-main dengan kawan-kawan dan sanak-saudara sebaya. Yang lebih seronoknya kerana boleh mengumpul duit Raya. Boleh lah beli macam-macam permainan..robot, anak patung, bola, Lego, bunyi-bunyian, pistol...Pistol???


Anak-anak kami tak beli dah benda-benda macam tu..dorang lagi suka beli Iphone, Ipad, Tab dan bla bla bla... hmmmm...

Bercerita pasal pistol, aku teringat satu kes di mana seorang bodyguard seorang Dato' ditangkap pihak Polis kerana menggunakan pistol palsu...! Palsu? Ya...peluru dan magazine adalah tulen tetapi pistolnya dibuat daripada plastik...dan sememangnya langsung tidak boleh diguna untuk menembak! Baling anjing pun, anjing tu sekadar menyeringai mengejek!


Punca ditangkap kerana dia berlagak! Mentang-mentang la bodyguard, boleh gertak orang sambil menunjukkan pistol. Perbuatan yang salah di sisi Akta Senjatapi! Bila orang yang digertak membuat laporan Polis, dia diarah untuk ke Balai untuk diambil keterangan. Bila diperiksa pistol...tu dia!! Plastik!! Terus dihumban ke lokap dan direman dan seterusnya....biasa la...kurang-kurang 7 tahun menghuni penjara.

Yang aku ingin luahkan bukanlah tentang perangai berlagak si bodyguard tetapi tertanya-tanya kenapa mengguna pistol palsu sedangkan kerja dia memerlukan sepucuk pistol yang tulen??

Mungkin disebabkan syarikat security tempat dia bekerja telah kehabisan stok pistol? Mendapatkan permit membeli pistol bukanlah mudah dan mengambil masa berbulan-bulan. Tuntuan kerja dan keinginan untuk mengaut keuntungan, syarikat sanggup membekalkannya hanya dengan sepucuk pistol plastik buatan Thailand. Walaupun nampak tulen, ianya langsung tidak berguna!


Yang lebih membimbangkan, orang yang dijaga (pelanggan) sebenarnya yang berisiko tinggi. Sanggup membayar beribu ringgit mengharapkan diri dikawal seorang bodyguard tetapi sebenarnya dikawal seorang penipu berpistol plastik...atau satu syarikat penipu..

Macam-macam la sekarang ni!!!



Sekian.
Readmore...
Thursday, August 30, 2012

Laki bini kerja tempat yang sama

3 comments
 
Salam...

Mungkin ramai yang dapat pengalaman yang sama macam aku. Bukan hendak memburuk-burukkan sesiapa tetapi sekadar ingin memberi pendapat berdasarkan pengalaman aku sahaja.

Pernahkah anda bekerja dengan pasangan anda (suami/isteri) di tempat yang sama? Atau bekerja bersama-sama staff lain yang mempunyai hubungan suami/isteri? OK?... Ada masalah?... Bergaduh?...

Hah?? Bergaduh???


Berat kalau lagu tu...

Aku juga ada pengalaman bertugas dengan pasangan suami/isteri yang bertugas di pejabat yang sama. Pengalaman yang tak berapa sedap dibualkan atau didengar..

Bukan sebab pasangan tersebut bergaduh...tetapi lebih kepada membuat keputusan atau arahan yang bercanggah.. Dua-duanya adalah bos.

Yang si suami dah bagi arahan jelas, si isteri pula modify...

Lepas tu...huru hara pejabat...hahaha..

Sebab itu, adalah tidak digalakkan untuk pasangan suami/isteri bertugas di pejabat yang sama...


Apa pendapat anda?




Sekian.
Readmore...
Wednesday, August 22, 2012

Banyak beraya di dalam kereta

2 comments
 
Salam...

Selamat Hari Raya rakan-rakan semua. Harap semua sihat wal-afiat. Harap masih dapat mengawal perut, maklumlah semasa Hari Raya ni ramai saudara-mara dan kawan-kawan yang menjamu tetamu dengan makanan yang berat-berat...lemang, ketupat, lontong, nasi minyak pun ada..kuih Raya...ooo...yang tu kita tunggu di penghujung Syawal, mesti ramai yang mencari..hehe.


Bagaimana Raya anda semua? Banyak rumah diziarah?

Bagi aku, tahun ni yang paling sedikit rumah aku ziarah (di minggu pertama Hari Raya). Puncanya.. jammed, jammed, jammed dan jammed lagi.

Hari Raya pertama aku tidak kisah sangat kerana aku bekerja dan jalan-jalan di sekitar KL - Shah Alam agak lengang. Hari Raya kedua, sana-sini jammed...MRR2, Plus Highway (kedua-dua arah)..malah, Jalan Ampang pun jammed jugak. Kalau biasanya dari Nilai ke Seremban cuma 15 minit, hari tu, 2 jam!!! Mak ai!! Dari Melawati ke Ampang pun 1 jam lebih...aduyai!!!

Tu belum lagi cerita nak pergi Utara dan Pantai Timur lagi...

Apa dah jadi ni?

Kenapa Raya tahun ni sana sini traffic jammed?

Sepatutnya, kita banyak beraya di rumah saudara-mara dan sahabat handai tetapi kesesakan lalulintas menyebabkan banyak masa terbuang di dalam kereta!!!!


Terpaksalah siapkan tempat untuk simpan kuih-kuih Raya di dalam kereta... mana tau, ada kengkawan yang senasib, boleh lah sama-sama beraya....di dalam kereta...!



Sekian.
Readmore...
Sunday, August 19, 2012

Bertugas di Hari Raya

1 comments
 
Salam...

1 Syawal telahpun tiba..semua umat Islam bergembira menyambut Hari Raya yang mulia. Gembira kerana berjaya menahan lapar dan dahaga, berjaya mengawal gelora, berjaya mengelakkan membuat perkara-perkara yang membatalkan puasa...sebulan lamanya...dan yang paling penting berjaya membuat syaitan menjerit sengsara...

Ramai yang pulang ke kampung bertemu sanak saudara...

Ramai mengimarahkan masjid dan surau bersolat dan mendengar khutbah Hari Raya...

Bersama-sama keluarga menziarah pusara keluarga yang telah tiada...

Bersama-sama menziarah rumah sanak saudara...

Menjamu selera apa yang tersedia...

Namun... masih ada juga yang kelihatannya gembira tetapi api kerinduan tersemat di dada...
Hanya sekadar melihat suasana meriah Hari Raya di jendela...


Kerana tuntutan kerja..

Terpaksa menyambut Hari Raya di tempat kerja...

Dan..

Aku lah salah seorangnya....

uhuk..uhuk..uhuk...sedihnya...tetapi tetap jua ada rasa gembira...kerana berkorban untuk memberi laluan rakan-rakan gembira di Hari Raya...yang pasti, bila mereka pulang bekerja...duit Raya pasti dipinta...

hehehe...

Selamat Hari Raya kepada semua warga blogger.



Sekian.

Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com