Wednesday, July 6, 2011

Karate Cat?

5 comments
 
Meow...

Meow meow meow Wordless Wednesday meow meow? Meow meow meow meow meow.


Meow meow meow kalau berani meow meow...
Meow meow meow karate meow meow...Meow meow meow Jason Scott Lee meow meow...
Meow meow meow Bruce Lee meow meow....

Meow meow meow hiayaaaaaaaaaaa meow meow!!



Meowwwwwwwww...
Readmore...
Tuesday, July 5, 2011

Berhati-hati Di Jalan Raya?

2 comments
 
Salam...

Seringkali kita dinasihati untuk berhati-hati atau berwaspada ketika mengguna jalan raya. Kita diingatkan supaya memandu dengan cermat dan bertimbang-rasa kepada pengguna jalan raya yang lain. Kita diberi amaran agar tidak memandu secara merbahaya dan cuai. Malangnya, kemalangan jalan raya masih tetap berlaku juga.


Kita telah berhati-hati, tetapi ada orang lain pula yang tidak berbuat demikian. Kita memandu dengan cermat dan berhemah tetapi ada orang lain pula yang memandu dengan emosi.

Kita mengikuti semua pesanan, semua peringatan, semua amaran dan semua nasihat untuk mematuhi undang-undang jalan raya tetapi ada juga orang lain yang tidak dan mengakibatkan kita terlibat sama di dalam kemalangan tersebut.

Salah siapa?

Adakah orang yang melanggar undang-undang jalan raya, tidak berhati-hati, memandu cuai, tidak berhemah atau memandu dengan emosi tersebut tidak dinasihati, tidak diberi amaran, tidak diberi pesanan atau tidak diberi peringatan seperti kita?

Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada anda (lihat gambar)?

 Bayangkanlah jika anda orang yang memandu teksi tersebut...

Adakah anda hanya akan berkata, itu semua sudah suratan Takdir?

Atau, anda ada pendapat yang berbeza?




Sekian.
Readmore...
Monday, July 4, 2011

Pengurus Penakut?

9 comments
 
Salam...

Anda pernah merasa takut? Jika pernah, apa yang anda telah lakukan untuk menghilangkan rasa takut tersebut? Takut yang bagaimana? Takutkan apa?


Jika anda seorang pengurus, pernahkah anda berasa takut? Jika pernah, kenapakah anda takut?

Anda takut keputusan anda salah? Anda takut Jabatan anda gagal mencapai matlamat? Anda takut jawatan anda hilang? Anda takut orang lain akan mengambil-alih jawatan anda? Anda takut kena demoted?

Pada pendapat aku, sebenarnya, jika seseorang pengurus mempunyai perasaan takut, itu adalah sesuatu yang baik!

Eh? Kenapa pulak?

Mari kita lihat dan bincang di sudut yang positif.

Apabila seseorang pengurus memiliki perasaan takut, secara amnya, beliau akan bertindak melakukan sesuatu untuk mengelakkan berlakunya kegagalan. Dengan demikian, beliau akan membuat perancangan dan disusuli oleh tindakan-tindakan yang berlandaskan perancangan tersebut.

Strategic Planning misalnya merupakan satu perancangan awal yang terbit akibat dari perasaan takut seseorang pengurus. Secara amnya, setiap organisasi atau syarikat telah mempunyai sasaran atau matlamat utama yang perlu dicapai. Pengurus sesebuah Jabatan pula perlu bertindak melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan. Kerana takut akan kegagalan untuk mencapai matlamat utama tersebut, beliau perlu ada beberapa matlamat pendokong (sub-target) yang bakal membantu kepada pencapaian matlamat utama.


Sebagai contoh, matlamat utama syarikat ialah untuk menghasilkan sales turnover sekurang-kurangnya RM20 juta untuk tahun tersebut. Matlamat-matlamat pendokong yang perlu disasarkan oleh seorang pengurus Jabatan Jualan pula ialah untuk menghasilkan sales turnover sekurang-kurangnya RM1.7 juta dalam sebulan. Untuk itu, beliau perlu membuat perancangan khas untuk mencapai sasaran matlamat pendokong tersebut seperti melakukan promosi-promosi khas. Sudah tentulah nilai RM1.7 juta itu lebih kecil dan ianya juga kelihatan lebih mudah untuk dicapai berbanding sasaran RM20 juta. Dengan adanya Strategic Planning, si pengurus boleh memusatkan fokus di bulan berapakah jualan boleh ditingkatkan untuk menampung kekurangan sales turnover di bulan-bulan suram.

Bagaimana pula bagi seorang pengurus di Jabatan Customer Service?

Secara logiknya, tidak mungkin seorang pengurus Jabatan Customer Service mempunyai sub-target seperti seorang pengurus di Jabatan Jualan. Tetapi, adakah jabatan itu tidak terlibat di dalam tugas-tugas untuk mencapai sasaran sales turnover RM20 juta tersebut?

Beliau sebenarnya memang terlibat sama tetapi tidaklah secara langsung.

Oleh itu, beliau perlu memiliki perancangan-perancangan khusus yang relevant dengan tugasan-tugasan di Jabatan Customer Service bagi mencapai beberapa sub-target dan membantu Jabatan Jualan mempertingkatkan sales turnover. Contohnya adalah seperti meningkatkan rapport yang baik dengan para pelanggan sedia ada.

Rapport adalah sesuatu yang qualitative, jadi bagaimanakah Jabatan Customer Service ingin menjadikannya suatu sub-target yang boleh diukur?

Sebenarnya banyak cara atau teknik yang boleh digunakan. Jabatan boleh melakukan survey secara bertulis. Pemarkahan dari Customer Engagement Survey boleh dijadikan landasan untuk mengukur setakat mana setianya para pelanggan sedia ada dengan syarikat.

Adakah mencukupi dengan wujudnya Strategic Planning di dalam sesebuah Jabatan?

Semestinya tidak!

Strategic Planning hanyalah lembaran atau helaian kertas berisikan perancangan yang tidak berguna jika seseorang pengurus tidak mempraktikkan atau melakukan tindakan-tindakan seprti apa yang dirancangkan.

Di sinilah kredibiliti seseorang pengurus akan diuji.

Beliau perlu tahu untuk memberikan arahan yang jelas (clear direction) agar staff beliau melakukan tugasan-tugasan berlandaskan perancangan yang telah diatur. Semua orang suka dan seronok mengarah atau memberi arahan kepada orang lain tetapi untuk memastikan Jabatan dapat mencapai sasaran yang dibuat, seseorang pengurus bukan sekadar mengarah tetapi juga memimpin staff untuk melakukan sesuatu mengikut acuan yang ditetapkan.


Pengurus perlu tahu untuk membimbing staff dengan memberi tunjuk ajar yang berterusan. Melakukan review bagi tugasan-tugasan yang telah dilaksanakan. Memberi galakan dan motivasi kepada staff. Membuat corrective actions bagi kesalahan-kesalahan atau kesilapan-kesilapan yang mungkin telah dilakukan. Menekankan tentang aspek-aspek bekerjasama di dalam satu pasukan serta bersama-sama menilai dan membuat analisa tentang proses-proses atau kerja-kerja yang telah dan bakal dilakukan supaya improvement dapat dilakukan.

Secara khususnya aku berpendapat, seseorang pengurus perlu tahu asas-asas Business Process Analysis (BPA) yang memungkinkan Business Process Improvement atau Business Process Re-engineering dibuat dan tugasan-tugasan di Jabatan beliau selari dengan perancangan untuk mencapai matlamat yang disasarkan.

Terdapat juga pengurus yang gagal untuk melakukan atau membuat Strategic Planning. Tidak tahu memberikan clear directions. Tidak tahu untuk membimbing staff. Tidak pandai untuk membuat review tentang tugasan-tugasan yang telah dilakukan oleh staff beliau. Hanya tahu untuk menuding jari menyalahkan staff. Hanya tahu untuk memarahi staff. Bertindak mengelak untuk memikul tanggungjawab di atas kegagalan sesuatu tugasan Jabatan beliau. Hanya fokus menjaga "bontot" sendiri.

Dan...pengurus yang sedemikian bagi aku bukan penakut tetapi PENGECUT...!




Sekian.
Readmore...
Sunday, July 3, 2011

Berdebar Lihat Malaysia vs Taiwan

3 comments
 
Salam...

Aku jangka anda semua telahpun mengetahui akan keputusan perlawanan bolasepak kelayakan Piala Dunia 2014 di antara pasukan Malaysia dengan Taiwan. Malaysia kalah 2 - 3 kepada Taiwan tetapi dari segi aggregate kedudukan adalah seri 4 sama. Malaysia dapat melangkah ke pusingan seterusnya kerana kelebihan jaringan gol di tempat lawan...

Sebelum itu...aku nak jerit kuat-kuat...yeeeeaaaahooooooooooooooo!!!!


Sepanjang perlawanan, aku tidak senang duduk. Kekadang berdiri dan kekadang berbaring cuma berlari jer aku tak sanggup coz tak muat ruang tamu rumah aku untuk berbuat demikian...hehe.

Gembira juga coz Malaysia dapat mara ke pusingan seterusnya bertemu Singapura tetapi rasa terkilan melihat beberapa insiden di mana pengadil perlawanan seolah-olah bersikap berat sebelah.  3 sepakan penalti di berikan kepada Taiwan. 2 daripadanya pada pendapat aku, pengadil perlawanan tertipu oleh lakonan pemain Taiwan dan keputusan pengadil memberikan sepakan penalti boleh menghancurkan harapan Malaysia jika tidak dinafikan oleh kecekapan penjaga gol Malaysia yang dapat menyelamatkan salah satu dari sepakan penalti tersebut.

Bukan bertujuan untuk mengutuk mutu pengadilan, malah, aku sendiri tidak layak untuk memberikan sebarang komen tentang cara-cara pengadilan tersebut cuma terfikir apakah perasaan pemain-pemain Malaysia jika mereka tewas tadi.

Anak aku yang sulung hinggalah yang kecil sekali sama-sama menjerit-jerit tidak berpuas hati...hehe.

Apa-apapun, yang penting Malaysia berjaya juga melangkah ke pusingan seterusnya dan bakal berdepan pula dengan negara jiran Singapura yang telah mendapat bye.

Dan...aku memang salute gol jaringan Aidil melalui sepakan percuma yang deras macam peluru tu. Kalau anda nak tengok puas2, just tonton video youtube kat bawah ni...




Tahniah pasukan bolasepak Malaysia dan tahniah untuk Datuk K (errr....bukan Datuk K hubby si Siti Nurhaliza tu tau)...




Sekian.
Readmore...
Friday, July 1, 2011

Hospital Mahal Layanan Kureng

10 comments
 
Salam...

Jika anda sakit, Hospital manakah yang menjadi pilihan anda? Hospital Kerajaan? Hospital Swasta? Hospital Pakar Kerajaan? Hospital Pakar Swasta? Klinik biasa jer? Langsung tak nak pergi klinik atau Hospital dan pergi jumpa bomoh jer? Duduk kat rumah jer sebab mak ada untuk jaga?


Well, semuanya pilihan anda.

"Saya prefer Hospital Swasta. Layanan lagi bagus berbanding Hospital Kerajaan."

Betulkah begitu?

"Mestilah. Takkan bayar mahal-mahal, layanan macam kat Hospital Kerajaan yang cuma perlu bayar RM15 tu?"

Pernah pergi Hospital Kerajaan?

"Tak pernah. All the while cuma pergi Hospital Swasta jer."

Habis tu, macamana boleh tahu perbezaan layanan di antara kedua-dua jenis Hospital tersebut?

"Dengar orang cerita. Dengar pengalaman mereka yang pernah dirawat di sana. Yang abang kecoh-kecoh pasal Hospital ni kenapa?"

Saje jer nak buat perbandingan. Pergi Hospital kerajaan bayarannya teramat murah berbanding Hospital swasta. Contohnya, bagi ibu-ibu yang ingin bersalin, di Hospital kerajaan mungkin hanya perlu membayar RM15 berbanding Hospital swasta yang mungkin mencecah angka RM2,000 untuk bersalin secara normal. Yang pasti, sakit semasa bersalin tetap juga sama.

"Layanan pihak Hospital yang membezakan. Tak kisah untuk bayar lebih asalkan layanan yang diterima lagi baik. Kalau di Hospital kerajaan, layanan agak kurang sebab pesakit yang terlalu ramai."

Semalam, abang pergi sebuah Hospital swasta yang famous di Ampang melawat seorang kawan yang baru menjalani pembedahan. Bila lihat bill, mak ai! RM8,000!

Cuma, ada sesuatu yang abang tak berapa berkenan.

"Apa tu?"

Doktor dah bagi pelepasan untuk balik (discharge) pada pukul 10 pagi, tetapi kawan abang tu cuma boleh keluar pukul 4.30 petang! Lebih 6 jam menunggu di wad sebelum dapat keluar.

Bila tanya nurse, ini jawapan dia...

"Biasalah encik, doktor melawat kawan encik pukul 10 pagi. Lepas tu pergi pula melawat pesakit-pesakit lain. Kesemua borang-borang discharge akan dikumpul dahulu dan hanya akan dihantar ke bahagian Finance selepas waktu rehat (tengahari). Bahagian Finance akan buat semakan dan siapkan invoice untuk disahkan oleh pesakit-pesakit. Pesakit-pesakit perlu membuat bayaran sebelum borang discharge dikeluarkan dan disahkan. Bahagian farmasi akan menyediakan ubat-ubat yang diperlukan berdasarkan prescription doktor, borang discharge dan resit bayaran. Selepas itu, nurse akan berikan kepada pesakit dan barulah mereka dibenarkan keluar dari wad."

Nampak macam complicated jer process dan procedures Hospital tu.

"Biasalah tu bang. Memang procedure Hospital macam tu."

Yang paling abang ralat dan tak puas hati ialah kawan abang tu baru menjalani pembedahan yang agak kritikal. Sepatutnya, dia perlu banyak berehat dan mengurangkan pergerakan. Tetapi, oleh kerana procedure yang terlalu ketat, dia terpaksa pergi ke bahagian Finance untuk membuat pengesahan dan bayaran sebelum dibenarkan untuk discharge. Kalau bahagian Finance tu bersebelahan wad dia takpe juga, ini tidak, dia kena turun naik lif dan perlu berjalan. Nasib baik tidak perlu turun naik tangga.

Bila tanya nurse, senang jer jawapan mereka...maaf encik, itu procedure.

"Ye ke bang?"

Ye. So, bagi abang, kalau dah bayar mahal-mahal sampai RM8,000, apa salahnya orang di bahagian Finance itu sendiri datang ke wad kawan abang tu dan meminta pengesahan atau menuntut bayaran? Kenapa perlu memaksa orang yang sedang sakit bersusah payah berjalan ke bahagian Finance untuk berurusan dan kemudiannya kembali semula ke wad untuk menunggu. Tiada seorang nurse pun yang membantu dia.

Setahu abang, di hospital kerajaan yang hanya perlu bayar beberapa ringgit tu, segalanya diuruskan oleh pihak hospital tanpa memaksa si pesakit untuk menyiksa diri.

"Abang ada buat aduan ke?"

Abang tak jumpa pula borang aduan atau borang survey di dalam wad. Abang tak nampak borang yang sama di kaunter nurse. So, abang sergah mereka di kaunter tu juga. Selepas itu barulah mereka kelam kabut menyegerakan urusan discharge. Manakala kawan abang tu pula asyik mengerang kesakitan kerana dipaksa berurusan sendiri di bahagian Finance sebelum itu.

"Kesiannya dia..."

So, berbaloikah bayar mahal-mahal mengharapkan servis yang baik-baik dari sebuah Hospital swasta tetapi dilayan seolah-olah lebih teruk daripada layanan yang diterima dari Hospital kerajaan yang teramat murah dan dikatakan memberikan layanan yang kurang bagus?



Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com