Friday, August 3, 2012

Jual nama aku?

1 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua? Camner puasa? Harap kita sama-sama banyakkan sabar dalam melakukan ibadah ini. Sabar mengawal nafsu. Sabar menahan amarah. Sabar dalam serba-serbi dugaan dan cabaran. Sabar itu dan sabar ini...


Semakin ditahan-tahan kesabaran kadang-kadang semakin banyak dugaan yang mendatang.

Dugaan apa pulak yang aku hadapi kali ini?

Bukanlah dugaan yang berat sangat tetapi lebih kepada permainan emosi yang kadang-kadang menerbitkan sedikit elemen kemarahan atau tidak puas hati di dalam dada.

Baru-baru ini, MD bertanyakan kepada aku samada aku bercadang untuk berhenti kerja di syarikat aku sekarang. Terkejut juga sebab aku belum penah lagi bertindak atau melakukan sesuatu untuk berhenti bekerja di sini walaupun pernah terniat melakukannya.


Bila aku ajukan pertanyaan, barulah MD menjelaskan bahawa nama aku telah disebut-sebut oleh beberapa wakil syarikat lain semasa beliau bersama-sama mereka (bermesyuarat atau berlibur). Ramai yang tidak tahu bahawa orang yang bersama-sama mereka itu adalah MD aku. Ada yang kata, aku telah dipanggil untuk bekerja dengan mereka dengan jawatan dan gaji yang agak tinggi. Ada juga yang berkata bahawa mereka sedang bekerjasama dengan aku untuk projek-projek tertentu secara part-time. Ramai pula yang kata aku telah datang temuduga di tempat mereka. Yang lebih menarik, aku dikatakan sedang bekerja di syarikat mereka dan akulah juga yang sering membuat presentation kepada bank-bank bagi pihak mereka.

Betul ke?

"Mereka siap kata...En. Wan Suhaimi, yang dulu tu kerja di Maybank dan Mahmood Security."

Laaaaaaaaa.....jika detail yang camtu..memang confirm aku tu.

Apahal pulak yang telah berlaku?

Memang aku akui dahulu aku pernah submit resume untuk bekerja di syarikat-syarikat yang MD aku sebutkan tersebut tetapi itu telah lama dahulu sebelum aku bekerja di sini. Dan, tidak pernah sekalipun syarikat-syarikat tersebut memanggil aku untuk sesi temuduga apatah lagi dipanggil bekerja. Yang paling tak best ialah ada statement dari satu bank mengatakan aku akan membuat presentation kepada top management bank tersebut mewakili salah satu syarikat yang disebut MD. Wow!!!

Dari satu segi macam bagus sebab nama aku tetiba melonjak dan mendapat permintaan tinggi tetapi dari segi yang lain MD aku pula yang berkecil hati dan risau aku akan berhenti kerja dari syarikat dia.

Yang peliknya, ada juga wakil dari syarikat-syarikat tersebut yang dahulunya bangga mengutuk aku tetiba sanggup menjilat ludah sendiri dan mengguna nama aku pula...hmmmm.

Apa-apapun...sabar...sabar.. Inikan bulan puasa.


Ok...aku sambung lain kali. Nak pujuk MD aku tu untuk bersabar..sambil selit-selit ayat-ayat untuk naikkan gaji ke elaun ke..hehehe.



Sekian.
Readmore...
Thursday, August 2, 2012

Sedih sambut Hari Raya?

35 comments
 
Salam...

Baru nak masuk 2 minggu berpuasa aku dah kecoh pasal nak beraya! Tapi...mungkin elok sedikit dari sesetengah pasaraya yang dah kecoh berminggu sebelum puasa lagi. Tak kisah la kan...dah lumrah... Hari Raya memang sentiasa ditunggu-tunggu untuk disambut dengan penuh kegumbiraan bersama keluarga dan sanak saudara.

Tetapi...ada juga yang rasa sayu atau bersedih semasa Hari Raya...!


Kenapa?


Sebab...


Ada yang kena bertugas semasa Hari Raya..


Termasuk aku....




Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Readmore...
Wednesday, August 1, 2012

Handphone mana jadi pilihan?

0 comments
 
Salam...

Pepagi ni aku nak mengarut pasal handphone pulak. Banyak-banyak handphone di pasaran, handphone brand atau jenis yang mana menjadi pilihan anda?


Aku sekarang ini mengguna 2 handphone. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi atas dasar tuntutan kerja. Satu khas untuk kerja manakala satu lagi handphone personal yang kadang-kadang terpaksa aku gunakan untuk hal-hal kerja, lebih-lebih lagi jika handphone syarikat aku tu kena bar ...ish3.

Untuk urusan kerja, aku mengguna jenama Blackberry Curve 9360 pemberian syarikat aku. Brand Blackberry yang agak murah tetapi kira OK la berbanding handphone cap "ayam", manakala untuk personal, jenama iPhone 4s.


Canggih...

Handphone Blackberry tu banyak diguna untuk access e-mail syarikat dan BBM. Tak banyak aplikasi BB yang telah aku install sebab khuatir handphone tu bermasalah dan kerja-kerja aku terganggu. Lately, aku lebih banyak berada di luar pejabat, jadi, BB tu memang banyak manafaatnya.

Lain pula iPhone 4s aku tuh. Berlambak aplikasi yang telah aku download dan install khasnya aplikasi "social & communication" untuk berhubung dengan kengkawan secara percuma.


Berlambak juga games. Games? Aku main permainan handphone? Yer...kenapa? Tak percaya? Aku pun manusia jugak yang kadang-kadang merasa bosan, jadi, games kat handphone tu menjadi pengisi masa lapang dan mengurangkan darjah kebosanan aku...hehehe.

Aku memang suka gadget seperti handphone ni. Tengah terfikir juga untuk membeli iPad atau Galaxy Tab. Tapi iPad bukan handphone manakala Galaxy Tab besar bagak untuk dilekapkan di telinga untuk menjawab panggilan (malas nak guna handsfree).


Kalau guna Tab bersaiz 7 inci masih OK lagi, tapi kalau guna yang 10 inci nampak huduh betul! Tu belum masuk cover dia lagi...ish3.

Well...guna jer la apa yang dah sedia ada.

Walaubagaimanapun, selepas berbual-bual dengan seorang owner stesyen minyak yang pernah kena rompak di Nilai awal tahun ni, aku terkesima juga.


Beliau bercerita tentang kepayahan untuk beliau berhubung semasa dihambat perompak. Dalam situasi panik, handphone yang canggih menjadi seperti barang tak berguna (ujar beliau). Secara berseloroh (tetapi meninggalkan bekas di minda aku), beliau menambah, pada masa itulah handphone cap "ayam" menjadi pilihan...hmmm.

Well...bukanlah terniat untuk menukar handphone yang sedia ada kepada brand cap "ayam", tetapi bila ingat apa yang dikata oleh pemilik stesyen minyak tersebut terfikir untuk mendalami ilmu features yang terdapat di handphone aku tu. Kena cari atau create panic button. Kena ada auto dial bila kecemasan. Kena ada shortcut key untuk passcode (password). Kena install aplikasi yang boleh tahu aku di dalam kecemasan dan terus berhubung dengan pihak Polis secepat mungkin (hmmm...ada ke????)...

Errr...camner ek????



Sekian.
Readmore...
Tuesday, July 31, 2012

Pentingkah kerja aku?

1 comments
 
Salam...

Cuaca sekarang ini agak panas. Pernah mencecah suhu 41 darjah celcius beberapa hari lalu. Inilah di antara cabaran berpuasa kali ini. Diharap, berkat kesabaran kita dan dengan keredhaan Yang Maha Esa, mudah-mudahan berlipat-kali gandalah pahala kita...amin.

Apa-apapun, jangan lupa pula perbanyakkan minum air...


Err..maksud aku, semasa berbuka atau selepas berbuka... (jangan fikir nak ponteng puasa pulak yer?)

Apa kena mengena cerita panas dan perlu minum air banyak-banyak di bulan Puasa ni dengan topik aku?

Well...jika kita kekurangan air di dalam badan, banyak mudaratnya seperti demam panas, batuk-batuk, lemah-lemah badan, pening kepala dan sebagainya. Jadi, air adalah penting untuk tubuh kita. Jika kita telah tahu bahawa air itu penting, kenapa tidak mahu minum banyak-banyak?


Berbalik kepada topik, aku sentiasa menganggap setiap tugasan yang diarahkan untuk dilakukan oleh setiap pekerja adalah penting. Begitu juga dengan kerja-kerja aku. Bagi aku, untuk menceburkan diri ke dalam Perniagaan Pengurusan Tunai bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak persediaan yang perlu dilakukan. Jika matlamat utama hanyalah sekadar ingin menjana untung berganda tetapi tidak membuat persediaan rapi mungkin bukan untung yang diperolehi tetapi kehilangan yang berlipat ganda pula yang menjelma.

Mungkin kerja-kerja aku umpama sekadar menambah jumlah air di dalam badan sepertimana kata-kata beberapa orang pekerja senior di sini tetapi bagi aku, masih ada impak jikalau kerja-kerja aku tersebut tidak dibuat. Syarikat bukan ingin berniaga sekadar suka-suka dan bukan juga ingin berniaga untuk tempoh singkat. Sepertimana air di dalam badan, walaupun kekurangan air tidak memberikan impak secara mengejut tetapi lama-kelamaan tubuh semakin kurang bermaya dan bermacam penyakit mungkin menyinggah.

Apa kerja aku sebenarnya?

Well...pada awal bertugas di sini, aku cuma menulis SOP (Standard Operating Procedures), Manual, melakarkan Pelan Pengurusan termasuklah memberikan penerangan kepada pihak Pengurusan Atasan syarikat (Board Member).


Aku akui, semasa mula-mula bekerja di syarikat baru ni, bermacam-macam cabaran yang aku terima. Dari tekanan untuk mencapai target jualan (yang sememangnya belum bermula) hinggalah melayan kerenah pekerja-pekerja yang lebih suka bercerita keburukan pekerja lain dan tidak lupa wujud juga pekerja yang suka "tikam belakang".

Aku tidak pedulikan semua itu kerana ianya merupakan perkara-perkara yang lumrah berlaku di sesebuah organisasi. Walaupun ada rasa kesakitan tetapi aku tahankan juga kerana bagi aku mereka masih tidak faham. Aku dilabel Pengurus "Duduk Sesaja", "Datang Kerja Tak Buat Apa" dan ada juga yang kata aku ni "Makan Gaji Buta"...tapi...aku hanya membalas dengan senyuman (walaupun adakalanya darjah ke"kambing"an itu wujud..hehehe).


Lagipun, takkan aku nak balas dengan mengatakan mereka tu "bodoh" pula? Mereka sekadar tidak tahu atau tidak faham. Mana ada orang buat SOP melilau ke hulu dan ke hilir. Begitu juga membuat Pelan Pengurusan atau Presentation, tak pernah aku melihat orang membuatnya sambil berdiri (kecuali semasa pembentangan sahaja)...so, aku duduk sesaje lah...huhu.

Jika perlu sahaja aku akan keluar untuk melawat tapak projek untuk memantau kerja-kerja kontraktor dan termasuklah mencari pekerja.

Apabila perniagaan mula berjalan dan SOP dan Pelan Pengurusan aku diguna-pakai, barulah kedengaran ada yang berkata "Ohhh...ini la hasil kerja En Wan tu selama ni. Ingatkan dia duduk sesaje makan gaji buta".

Well...tak kisahlah macamana bunyinya komen mereka tu..

Lagipun, mereka masih kurang tahu atau kurang faham...

Dan...mereka juga tidak tahu bahawa di dalam Pelan Pengurusan yang telah aku buat, nama-nama mereka tersenarai untuk diberikan VSS...hehehe



Sekian.
Readmore...
Monday, July 30, 2012

Cabaran Ramadhan

0 comments
 
Salam...

Lama giler aku tak update blog ni. Bukan setakat banyak sawang labah-labah, spiderman pun dah beranak-pinak kat sini gamaknyer...huhu. Well, memang salah aku. Memang la kerja aku tengah berlambak tapi alasan kerja banyak bukanlah excuse yang sesuai membiarkan blog ni bersawang. "Malas" mungkin lebih sesuai...hahaha.


Bercerita tentang "Malas", di bulan Ramadhan yang mulia, inilah perangai yang sering menjadi cabaran besar kepada aku. Malas nak bersukan, malas nak bekerja, malas nak memandu, malas nak bangun sahur, malas nak mengemas rumah...malas itu, malas ini , malas sana, malas sini, malas there...

Yang tak bestnyer...takde pulak malas nak berbuka, malas nak tengok TV sambil berlingkar, malas nak mandi (cuaca panas sekarang ni suka bebenor mandi banyak-banyak kali)...dan etc etc etc...

Aku harap anda semua tak macam aku...

Selain cabaran kemalasan yang melampau...nafsu melihat juadah juga memuncak..Naik juling biji mata memilih makanan untuk berbuka..merayap ke setiap gerai di Pasar Ramadhan, melihat dan menjamu mata tapi at last cuma beli kuih aji (kuih ketayap or kuih dadar gulung)..huh!


Seronok bila dapat berbuka di hotel-hotel secara buffet..amik semua jenis makanan yang ada..bila start makan (berbuka)..kuih aji dan air teh tarik..terus tersandar kenyang..huhu.. membazir betul!!!


Patutnya di bulan Ramadhan ni tambah-tambahkan pahala...tapi lain pulak jadinya..membazir pulak (membazir tu perbuatan setan!). Di bulan Ramadhan ni setan kena ikat...abis tu? Sape lak yang setan??? Astaghfirullah...


Semoga kita sama-sama jadi lebih baik dan mulia...


Selamat berpuasa.






Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com