Thursday, January 19, 2012

Lega bila kerja selesai

5 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua? Sihat? Jika sihat, syukur alhamdulillah. Jika kurang sihat, rajin-rajinlah makan ubat atau berbuat sesuatu agar sihat.

Aku sihat, alhamdulillah. Cuma agak kepenatan.


Apa-apapun, walaupun penat, hati aku lega sebab kerja menulis Standard Operating Procedures (SOP) dan Business Continuity Plans (BCP) telahpun selesai.

Hampir 3 bulan aku sering bersengkang mata setiap malam untuk menyiapkan kerja-kerja penulisan aku itu. Banyak juga perkara-perkara yang terabai. Ye lah, memang salah aku juga sebab terlalu inginkan sesuatu itu dibuat dengan perfect. Yang paling aku risaukan ialah quality life bersama family aku juga turut terabai. Sedih juga.

Bila kerja dah selesai, memang terasa leganya di dalam hati. Bolehlah aku memberikan tumpuan semula terhadap kehidupan berkeluarga aku...ish3.

Jika dahulu, semasa aku sibuk menulis SOP dan BCP tersebut, ada juga segelintir manusia yang memandang remeh kerja penulisan aku itu. Aku pula malas nak ambil pusing kerana khuatir ianya hanya mengganggu dan melambatkan kerja aku. Sekarang ni, bila dah selesai, tak ada pula yang "sudi" bersuara sebab aku juga "sudi" untuk menghempap dokumen tersebut ke kepala mereka... ada lebih 600 muka surat bersaiz A4. Mungkin tidaklah setebal mana tetapi ketebalannya itu memang berkesan untuk membenjolkan kepala mereka...hahaha.

Sempena meraikan kerja aku yang telah selesai itu, aku hadiahkan diri aku dengan tidur yang cukup untuk malam ini.......ish3.



Sekianzzzzzzzzzzzzzzzz.
Readmore...
Tuesday, January 17, 2012

Penatnyerrrrr

2 comments
 
Salam...

Dah dekat sebulan aku tak update atau publish apa-apa post kat sini. Aku punya site rank pun dah menjunam ke angka melebihi 1 juta walaupun masih ada lagi kawan-kawan yang datang menyinggah (lebih kurang 300 pageviews sehari).

Maafkan aku. Kesibukan aku bekerja telah membataskan masa untuk aku update blog aku ni.


Sedih juga coz mungkin kawan-kawan yang sebelumnya setia menunggu dan membaca entry-entry aku mula malas untuk menjenguk. Aku faham. Buat apa datang kalau sekadar ingin membaca entry-entry yang dah basi kan?

Well, aku perlu lebih focus untuk menyiapkan kerja-kerja syarikat. Sekarang ni, semua kerja-kerja tersebut hampir selesai dan aku boleh la spare sedikit masa untuk blog ni. Aku harap, kawan-kawan semua bersabar dan aku berjanji untuk update dengan entry-entry menarik selepas ini.

Kerja-kerja renovation hampir 95% siap. Walaupun terpaksa bertugas di dalam kontena untuk sementara, operasi tetap berjalan dengan lancar dan target aku masih lagi on track.

InsyaAllah, awal February ni segalanya siap dan aku telahpun merancang untuk menganjur majlis doa selamat dan makan-makan untuk tetamu sebagai official launching bangunan baru syarikat aku ni.


Aku tengah menunggu pemasangan crown berwarna emas setinggi 10 kaki...gempak!!


Kepada kawan-kawan yang ingin datang boleh la singgah untuk jenguk-jenguk tapi sebelum masuk semua kena body frisking dahulu..hehe.



Sekian.
Readmore...
Saturday, December 24, 2011

Orang Lain seronok bercuti, aku sibuk bekerja

8 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua. Apa plan anda cuti sempena Hari Krismas ni? Balik kampung? Jalan-jalan? Duduk rumah jer? Apa-apapun, selamat bercuti. Tentu seronok bukan?


Dalam anda berseronok-seronok bercuti tu, ingat-ingatlah orang yang bekerja macam aku ni...isk3.

"Kenapa? Abang Long tak bercuti ke? Tak dapat cuti?"

Well, kerja tengah berlambak ni. Lagi pula aku tengah monitor kerja-kerja ubahsuai pejabat aku di Shah Alam tu. Kerja-kerja ubahsuai dah menghampiri 80% dan ramai pula para pekerja kontrak (bos-bos mereka laaa) yang bertanya aku itu dan ini.

Kalau aku tak monitor, takut pula jadi lain yang diubahsuai.

So, buat masa ni, biarlah aku berkorban dahulu...

Yang penting, pejabat aku akan jadi lebih cantik berseri-seri.


Aku dan staf-staf aku nanti tentu saja akan seronok bekerja dalam suasana yang serba baru.

Lepas tu...

Aku pulak yang akan bercuti...yeaaaahoooooo!!!




Sekian.
Readmore...
Tuesday, December 20, 2011

Boleh sentuh macam-macam hal kecuali gaji

6 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua? Aku harap tiada sesiapa dari kalian yang marah-marah kat aku sebab lama tak update blog ni. Sekurang-kurangnya, aku memberi peluang kepada rakan-rakan semua untuk membaca entry-entry aku yang terdahulu termasuklah memberi komen-komen yang membina (...alasan..hehehe).

Alasan busy mungkin dah basi, tetapi aku sememangnya busy lately. Kerja yang bertimbun ditambah pula dengan kerja-kerja yang baru membuatkan aku kadang-kadang tercungap mencari nafas... apa-apapun, aku amat menghargai kunjungan rakan-rakan semua ke blog aku ini...thank you..thank you.


Actually, banyak perkara yang terpaksa dan dipaksa untuk aku handle sendiri. Bermacam-macam perkara berkaitan syarikat yang aku sentuh kecuali gaji, gaji, gaji dan gaji lagi...

Aku tahu dan aku juga faham bahawa hal-hal berkaitan dengan gaji adalah sentisif..eh silap..sensitif. Aku sekadar ingin menegur akan beberapa kesilapan di dalam pengiraan gaji kerana bagi aku, sepatutnya, kesilapan sedemikian tidak boleh berlaku. Oleh kerana hal gaji adalah sensitif, sudah tentu isu berkaitan kesilapan di dalam pengiraan gaji juga bakal menerbitkan elemen-elemen sensitif ataupun menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan mereka yang sensitif.

Walaubagaimanapun, aku telah ditegur agar tidak campur tangan di dalam menangani isu tersebut dan akupun back-off bagi menjaga sensitiviti pihak pengurusan yang berkaitan.

Elok juga aku back-off agar tidak semakin mengeruhkan suasana. Lagipun, ianya berpunca akibat kesilapan pengiraan dan bukannya melewat-lewatkan pembayaran sepertimana sesetengah syarikat lain termasuklah syarikat di mana aku pernah bekerja dahulu. Apalah salahnya terkurang dapat dari mendapatnya lewat sebulan dan lagi pula jumlah yang terkurang tersebut akan dipulangkan juga nanti.

Back-off bukan bermakna aku just mengaku kalah dari ingin memperjuangkan nasib para pekerja aku yang gaji mereka terkurang bayar. Aku just ingin memberi ruang kesilapan yang berlaku diperbetulkan dengan segera oleh pihak yang terlibat.

Aku masih lagi menyusun strategi agar kesilapan sedemikian tidak berulang dan menjejaskan Jabatan di bawah kelolaan aku.

Seperti permainan catur juga, kadang-kadang kita menjangkakan peluang dan dengan segera menggerakkan Queen untuk menamatkan permainan dengan segera sedangkan mungkin perangkap sedang menunggu. Apalah salahnya untuk menyusun pawn dan positioning kuda dan bishop di kedudukan yang strategik agar serangan kita bakal membuahkan kemenangan mutlak.



Sekian.
Readmore...
Thursday, December 8, 2011

Blog aku hilang???

9 comments
 
Salam...

Sebelum itu, aku ingin memohon maaf kerana lama bebenor tak update blog aku ni. Kesibukan menguruskan hal-hal pejabat ditambah pula dengan tugasan penulisan, aku hampir tiada idea untuk mencoret apa-apa di blog ni.

Baru sebentar tadi aku buka untuk sesaja melihat kalau-kalau ada mesej-mesej penting yang disampaikan rakan-rakan.

Mata aku buntang...darah aku berderau...aku terkezzzzut...aku panik...aku sedih!!


Blog aku dah kena removed!

Google bagi mesej "suspicious activities".


Panik juga. Then aku contact Google.

Terpaksa minta verification code untuk reinstate Google account aku.

Kenapa jadi macam tu?

Ada beberapa andaian...

Mungkin ada orang yang tahu password Google aku dan masuk ke akaun dari tempat lain.

Mungkin ada orang cuba masuk atau hack akaun Google aku dan beberapa kali mengguna password yang salah.

Mungkin terlalu banyak backlinks yang cuba dihantar oleh SPLOG ke blog aku ini.

Mungkin sebab lama tak update...dan inilah caranya Google bagi warning kat aku supaya update selalu...

Entahlah...

Nasib baik masih boleh reinstate...

Kalau tak, terpaksalah buka akaun baru dan buat blog baru...mungkin namanya kena tukar...
...Abang Long Offline... atau
...Abang Long Takde Line...

Ish3...




Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com