Wednesday, May 4, 2011

Maaf, aku tidak ikhlas

8 comments
 
Salam...

Pernahkah anda melakukan sesuatu dengan hati yang tidak rela atau tanpa keikhlasan? Memang kita dituntut untuk melakukan semua perkara dengan ikhlas. Jika kita berbuat begitu dan semata-mata kerana Allah, insyaAllah, Tuhan akan memberkati apa yang kita lakukan dan mungkin diberikan pahala. Bagaimana pula jika kita melakukannya dalam keadaan yang sebaliknya iaitu berat hati, terpaksa dan tanpa keikhlasan? Adakah kita berdosa?

Pernahkah anda rasa melakukan sesuatu kerana terpaksa semata-mata kerana ianya adalah tanggungjawab anda?

Terus terang, aku pernah dan agak sering berfikiran demikian. Adakalanya, aku selalu bermenung memikirkan kenapa aku yang perlu melakukan perkara tersebut. Kenapa orang lain tidak? Kadang-kadang rasa sedih itu wujud bila terasa diri ini seperti dipermainkan atau dipergunakan.


Aku sedar itu semua adalah energy sucker tetapi aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai perasaan dan inginkan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada diriku. Adakalanya, aku terfikir juga bahawa aku tidak patut membuat kerja amal sentiasa. Aku perlu juga berbuat sesuatu yang mendatangkan hasil kepada diriku. Seperti orang berniaga yang inginkan keuntungan. Untung sedikit tidak mengapa asalkan masih ada untung dan bukannya ingin jadi kaya raya dalam tempoh sekelip mata hasil dari perniagaan tersebut.

Di dalam perniagaan, aku berpendapat bukan keikhlasan yang dititik-beratkan tetapi kejujuran.

Memang benar, kita sepatutnya ikhlas di dalam melakukan sebarang pekerjaan tetapi kita juga perlu ingat bahawa pekerjaan membolehkan kita mendapat gaji. Apakah anda akan berpuas hati mendapat pekerjaan tetapi tiada gaji yang diberikan dan syarikat di mana anda bekerja berkata "Anda perlu bekerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan termasuk gaji!"

Apakah tidak ikhlas jika kita mengharapkan upah setelah selesai melakukan pekerjaan?

"Jika kita ingin menolong orang lain, berilah pertolongan dengan ikhlas."

Benar. Bagaimana pula jika kita terpaksa atau dipaksa menolong?

Sebagai contoh, anda diminta untuk melakukan sesuatu untuk membantu rakan anda tetapi pada masa yang sama anda ada perkara lain yang perlu anda lakukan dan lebih penting. Anda gagal untuk menolak atas desakan yang bertubi-tubi. Masihkah ada rasa keikhlasan di hati anda sedangkan pada ketika itu anda juga terdesak untuk melakukan sesuatu yang lebih penting dari itu?

Satu lagi contoh, anda diminta membantu rakan anda sedangkan anda tahu anda sendiri ada masalah. Apabila ingin menolak, rakan anda mendesak dan berkata "Takkan minta tolong sedikit pun tidak boleh?". Anda hulurkan juga bantuan tersebut di dalam kepayahan akibat masalah yang anda hadapi. Masihkah lagi ada keikhlasan di hati anda?

"Jika ingin menolong, tolonglah dengan ikhlas. Jika tidak boleh, tolaklah dengan cara yang baik."

Benar juga.

Bagaimana pula jika anda gagal untuk memberikan alasan untuk menolaknya? Atau, anda telah cuba menolak tetapi anda masih didesak dengan berbagai-bagai kata yang mengungkit, menempelak atau orang yang meminta tolong dari anda memperlekehkan anda jika anda tidak menolong. Masihkah anda mahu menolong dengan hati yang ikhlas?

Panjang lebar pula aku mengomel yang bukan-bukan...hmmm

Bukan apa, aku sekadar ingin membuka mindaku dan berfikir samada keikhlasan itu perlu bersebab atau tidak. Adakah keikhlasan itu tidak membenarkan kita untuk mengharapkan apa-apa balasan?

Aku setuju bahawa beribadah kepada Tuhan perlukan keikhlasan hati. Walaubagaimanapun, kita juga berharap ibadah kita diterima dan sebagai balasannya kita dirahmati oleh Allah serta dimasukkan ke Syurga. Maksud aku, kita ikhlas beribadah dan berserah kepadaNya yang menentukan balasan, tetapi kita juga sebenarnya mengharapkan balasan yang baik-baik dariNya.


Anda didatangi seorang peminta sedekah yang menjual senaskah surah Yaasin. Apa bila anda tidak mahu membeli, dia meminta anda bersedekah kepadanya seberapa yang ikhlas. Anda berikan 20 sen kepadanya. Adakah anda rasa ikhlas ketika itu?

Setelah menerima wang dari anda, peminta sedekah itu berkata "Apa yang saya boleh buat dengan wang 20 sen ini? Kalau RM1 tidak mengapalah." Apa kata hati anda ketika mendengar kata-katanya itu? Masih adakah rasa keikhlasan di hati anda?

Anda bersedekah pisang di masjid ketika hari Jumaat, anda ikhlas.
Anda bersedekah memberikan makanan kepada anak-anak yatim, anda ikhlas.
Anda bersedekah dengan memasukkan wang ke dalam tabung masjid, anda ikhlas.
Anda belanja kawan-kawan anda makan selepas menerima gaji yang pertama, anda ikhlas.
Anda belanja kakitangan di Jabatan anda selepas anda dinaikkan pangkat, anda ikhlas.
Anda berjalan kaki sejauh 2km untuk membeli burger yang diminta oleh anak anda, anda ikhlas.

Anda diminta menulis laporan di dalam bahasa Inggeris hasil lawatan kerja oleh bos anda dan beberapa orang kakitangan lain sedangkan anda tidak dipelawa untuk turut serta di dalam lawatan tersebut. Kakitangan yang pergi bersama bos anda di dalam lawatan tersebut menolak untuk membuat laporan dengan alasan tidak fasih dan tidak mahir menulis di dalam bahasa Inggeris. Anda yang fasih dan mahir menulis pula  yang diminta untuk membuat laporan tersebut.

Ikhlaskah anda???



Sekian.
Readmore...
Tuesday, May 3, 2011

Yang Mana Lebih Utama?

1 comments
 
Salam...

Pernahkah anda di dalam dilema untuk membuat pilihan? Apakah kriteria-kriteria yang anda jadikan sebagai asas untuk anda membuat pilihan tersebut? Pernahkah anda terfikir bahawa pilihan yang anda buat itu mungkin salah? Apa pula yang anda buat jika pilihan asal anda itu salah?

Maafkan aku jika soalan-soalan aku di atas hanya memeningkan kepala anda? Dan akupun sememangnya tengah pening..hehehe


Actually, entry ini telah lama berada di dalam que, cuma aku tidak mahu release di atas sebab-sebab yang aku sendiri tidak berapa ingin untuk share (maaafkan aku).

Aku pernah beberapa kali di dalam dilema untuk membuat pilihan di dalam kehidupanku. Ada di antaranya yang melibatkan pengorbanan besar dan mungkin menjejaskan kehidupanku. Ada juga yang bagi aku sekadar pilihan biasa tetapi natijah dari pilihanku itu keluargaku pula terpaksa berkorban untuk aku.

Contoh yang paling mudah untuk aku perkatakan ialah berhenti kerja dari Maybank pada tahun 2007 untuk bekerja di sebuah Syarikat Kawalan Keselamatan. Aku beranggapan ianya sesuatu yang biasa-biasa sahaja. Perkara-perkara yang bersarang di kepala aku pada ketika membuat keputusan tersebut hanyalah jumlah gaji yang agak Quantum Leap serta pangkat yang agak tinggi berbanding semasa bekerja di Maybank. Kegagalan aku untuk menilai aspek-aspek kehidupan yang lain menyebabkan kehidupan aku dan keluargaku semakin tidak teratur dan sering dilanda masalah pada ketika itu.

Beberapa kali aku ditegur samada secara berkias, secara sinis dan malahan juga secara kasar dan direct. Tetapi, minda aku pada masa itu agak orthodox, enggan menerima pendapat orang lain dan tekad aku yang membulat menyebabkan aku membuat tindakan yang sebegitu drastik.

Salah satu cara mereka menegur aku ialah dengan menghantar e-mail begini (sila enjoy membacanya):

Rahsia Logika 8 x 3

Confucius atau K’ung-fu-tzu, pemikir dan ahli falsafah Cina yang hidup pada zaman 479-551 sebelum Masihi. Mempunyai ramai murid termasuk murid kesayangannya bernama Yan Hui. Yan Hui pencinta ilmu dan mempunyai keperibadian yang baik dan mempunyai jawatan tinggi dalam kalangan komuniti Confucius.

Suatu hari Yan Hui lalu di sebuah kedai menjual kain dan nampak ramai org berkumpul, dia mendekati kumpulan manusia di situ dan mendapati seorg pelanggan sedang bertekak dengan penjual kain.

Pembeli berteriak : “3 x 8 jumlah 23! kenapa awk cakap 24?”

Yan Hui cuba mendamaikan dan membetulkan keadaan, mendekati pembeli kain dan berkata: “Saudara, 3 x 8 memang 24, semua org tahu..tak payah gaduh2 lagi”

Pembeli kain yg sedang marah menunding jari ke muka Yan Hui dan berkata : “Siapa yang minta pendapat engkau? kalau nak minta pendapat, minta dari pada Confucius. Benar atau salah biar Confucius yang tentukan”.

Yan Hui bersetuju membawa hal itu untuk diadili oleh gurunya yang bijaksana.

“Baiklah, kalau Confucius kata awak salah? macamana?” tanya Yan Hui.

“Kalau Confucius kata saya salah, pancung kepala saya, kalau awak yang salah macam mana pulak?” Pelanggan itu sanggup mengambil risiko penuh keyakinan atas rasa kemarahan.

“Kalau saya yang salah, saya letak jawatan dan awak ambil alih jawatan saya”

Kedua2nya sepakat atas pertaruhan tersebut, lalu bersama-sama berjumpa Confucius. Confucius mendengar dengan teliti pengaduan mereka berdua. Alangkah terkejutnya Yan Hui apabila Confucius mentertawakannya dan berkata:

“Betullah 3x8 =23. Yan Hui kamu kalah! berikan jawatan kamu kepada lelaki ini...”

Sebagai murid Yan Hui tidak mahu berdebat dengan gurunya, dia lalu menyerahkan jawatannya kepada lelaki itu dengan rasa yang tidak puas hati. Kerana hati terluka, Yan Hui mengambil cuti atas alasan masalah keluarga. Confucius yg bijak faham perasaan anak murid kesayangannya dan meluluskan cutinya dan berpesan supaya Yan Hui segera kembali apabila urusannya selesai.

Sebelum Yan Hui pergi, Confucius berpesan kepada Yan Hui:

“Kalau hujan lebat, janganlah berteduh di bawah pokok, dan apapun berlaku nanti jangan sampai kamu membunuh”

Di dalam perjalanan angin kencang berserta guruh dan kilat diikuti hujan yang snagta lebat, Yan Hui mencari tempat berlindung, dia nampak sebatang pokok tetapi tiba2 teringat pesanan gurunya dan mengambil keputusan tidak berlindung di bawah pokok tersebut. Tidak lama selepas meninggalkan tempat tersebut, pokok tadi dipanah petir. Betullah pesan guru, bisik hati Yan Hui.

Yan Hui sampai di rumah lewat malam dalam keadaan basah kuyup, kesejukan dan rasa mendongkol di hati. Dia masuk perlahan-lahan kerana tidak mahu menganggu isterinya yg pasti sudah tidur. Dalam keadaan gelap, dia masuk ke dalam bilik tidur dan mendekati katil. Kemarahannya memuncak apabila tangannya merasa ada org berbaring di sebelah isterinya, Yan Hui menghunus pedang dengan perasaan marah. Ketika dia mengangkat pedang, nasihat Confucius supaya jangan membunuh terngiang di telinganya, Yang Hui bertenang, menyalakan pelita dan menyelidik siapa yang berbaring di sebelah isterinya. Ternyata yang tidur di sebelah isterinya ialah adik iparnya iaitu adik perempuan isterinya yang datang bertamu.

Tanpa berlama2, keesokan paginya Yan Hui berjumpa Confucius dan bertanya, melihat muridnya sudah mula belajar sesuatu daripada pengalaman tersebut, hati murid kesayangannya sudah tersentuh, Confucius menjelaskan sudut pandangnya dalam persoalan yang dikemukakan.

“Saya tahu kamu mengambil cuti bukan kerana urusan keluarga tetapi hendak berhenti dari belajar daripadaku...”

“Panasnya cuaca semalam, itu petanda hujan petir akan berlaku, pokok dipanah petir adalah perkara biasa, sebab itu aku mengingatkan engkau tentang perkara itu. Semalam engkau pergi dengan perasaan marah yang terpendam di hati dan kamu membawa pedang.... maka aku mengingatkan supaya kemarahan yang membahang dalam hatimu tidak akan membuatmu melakukan sesuatu yang akan kamu kesali.”

“Cuba fikirkan lebih mendalam, semalam aku mengiyakan ‘3 x 8 = 23’ dan kamu kalah lalu hilang jawatanmu, tetapi jika aku katakan ‘3 x 8 = 24’ benar, pembeli kain itu kalah dan satu manusia melayang, mana lebih berharga dan bernilai, jawatanmu atau nyawa seorang manusia?”

Yan Hui tertunduk, belajar ilmu dan bijaksana dalam mengamalkannya ialah dua perkara berbeza..ada ‘kebenaran’ yang lebih tinggi daripada sekadar logik matematik...Yan Hui meneruskan pembelajarannya tentang hakikat kehidupan daripada Confucius...

Benar! tidak berbaloi kebenaran ditahap logik matematik, memadamkan kebenaran di tahap jiwa kemanusiaaan. ‘3 x 8 = 24’ menghapuskan kebenaran tentang kasih sayang, kerharmonian dan kedamaian?.


Kandungan e-mail tersebut sepatutnya telah banyak menyedarkan aku kepada sesuatu yang aku seringkali gagal untuk fokus..iaitu, apakah ada lagi perkara yang lebih utama?

Ada! Kehidupan!

Jika sebelumnya aku lebih memikirkan soal kewangan sebagai pemangkin untuk hidup yang lebih bahagia dan sempurna tetapi sebenarnya wang walaupun sesuatu yang basic tetapi bukanlah satu asas yang kukuh untuk itu.

Pernah suatu waktu dahulu aku mengalami masalah kewangan yang terlalu meruncing dan sering mengeluh. In fact, ada suatu hari itu aku mengadu kepada seorang rakan baikku bahawa aku ketiadaan wang dan berkata, "Macamanalah aku hendak survive hari ini sedangkan dalam wallet aku cuma ada RM5!".

Ketika bersolat zohor di surau Menara Maybank, aku didatangi pula oleh seorang rakanku yang benar-benar kesempitan wang dan terpaksa meminjam untuk membeli makanan. Aku berikan RM5 aku itu kepadanya. Selesai solat, aku menangis memikirkan keadaanku dan lama termenung di surau tersebut sehinggalah aku ditegur oleh seseorang yang aku tidak kenal dan berkata, "Percayalah dengan rezeki yang datangnya dari Tuhan."

Petang tersebut, boss memanggil aku dan mengucapkan tahniah kerana mendapat "High Performance Award" dan sejumlah wang (agak banyak juga) telah dikreditkan ke akaun aku. Malah, nama aku telah dimasukkan untuk kenaikan pangkat!

Sepatutnya kejadian tersebut telah membuka minda aku lebih awal, tetapi, aku ini jenis manusia yang mudah lupa dan lambat berfikir pada ketika itu.

Setelah beberapa kali kejadian yang hampir serupa terjadi kepada aku, barulah aku benar-benar sedar.

Ingatlah...
  1. Apabila ingin membuat pilihan...Nilaikan dahulu impak ke atas kehidupan.
  2. Percayalah kepada ketentuan Ilahi dan ingatlah rezeki datang dariNya
  3. Rezeki bukan semata-mata wang.
  4. Kesusahan bukan bererti kemusnahan dalam kehidupan tetapi mungkin petanda kepada sesuatu yang lebih baik.
  5. Setiap rezeki yang kita perolehi ada sebahagiannya milik orang lain yang lebih memerlukan.
  6. Lagi banyak memberi, lagi banyak kita akan diberi.
  7. Jangan malu dan jangan sombong untuk meminta kepada Tuhan.
  8. Jangan ada rasa suka atau seronok melihat kesusahan orang lain, kita tidak tahu nasib kita.
  9. Jangan pula bersedih kerana kesusahan yang menimpa, bersyukurlah dengan apa yang ada.
Coretan ini sekadar untuk aku mengingatkan diriku. Jika anda mendapat sesuatu manafaat darinya syukur Alhamdulillah...



Sekian.
Readmore...

Tajuk pelik tapi sedap

7 comments
 
Salam...

Petang semalam hujan turun bukan main lebat. So, tidaklah dapat aku melakukan senaman rutinku berjogging dan brisk walking, malah blogwalking pun kurang sebab broadband aku masih lagi bermasalah...ish, ish, ish.

Untuk mengurangkan tahap kebosanan yang melampau ketika hari cuti ini, aku perbanyakkan membaca buku-buku Management termasuklah buku kegemaran aku The 7 Habits of Highly Effective People oleh Stephen R Covey.

Sedang aku membaca, aku seperti dibuai-buai mendengar satu lagu yang pada aku amat menarik melodinya.

Pernah mendengar lagu ini banyak kali di radio tetapi tidak tahu dan tidak mahu ambil pusing siapa penyanyinya. Dari segi melodinya, aku jangkakan sebuah lagu nyanyian penyanyi Indonesia.

Tetapi kali ini, halwa telinga aku agak memaksa aku untuk mengetahui tentang lagu ini dengan lebih lanjut. So, aku bertanya kepada anak aku dan sememangnya dia tahu...huhu.

Sebuah lagu nyanyian Aizat AF bertajuk Sungai Lui.

Laaa...aku ingat dari penyanyi Indonesia? Tetapi, sebelum inipun Aizat pernah menyanyikan sebuah lagu hasil ciptaan komposer Indonesia, so, aku rasa itu perkara biasa. Lagipun, lagu-lagu sebegini aku rasa amat sesuai dan kena dengan suara Aizat.

Jom enjoy lagu ni...




Sungai Lui?

Setahu aku, Sungai Lui tu terletak di Hulu Langat. Kalau tidak silap aku Dato' Yusof Haslam ada mendirikan sebuah rumah di situ bernama Casa D' Haslam.

Ini pula lirik lagunya:


Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini

Gambar background dari http://jomjoli.blogspot.com


Pelik juga, kenapa tajuknya Sungai Lui?

Bila aku teliti liriknya sedikitpun tidak menyebut pasal Sungai Lui cuma ada bait-baitnya yang menyentuh secara berkias akan keadaan tempatnya..Anda carilah sendiri yer? hehehe.

Tetapi, tak kisah lah...sedap dengar lagu ni. Kena dengan halwa telinga aku.

Orait semua...aku nak tenangkan minda sebentar dan enjoy mendengar lagu dari Aizat ini.





Sekian.
Readmore...
Sunday, May 1, 2011

Gaji lambat atau langsung tiada gaji?

5 comments
 
Salam...

Isu tentang gaji yang aku sentuh di entry yang lepas seperti "Am I Really Badmouthed the Company?" dan "Gaji oh Gaji" banyak mendapat feedback dari rakan-rakan aku. Ramai yang bersetuju dan menggalakkan aku mencoretkannya di blog ini. Tetapi, biasalah tiada seorangpun yang berani untuk meletakkan nama mereka di ruangan komen. Mungkin khuatir ada yang kenal mereka. Al-maklumlah, masing-masing masih lagi berkerja di syarikat itu...hehehe.

Walaubagaimanapun, ada satu e-mail yang baru sahaja aku terima yang kurang bersetuju malah agak kurang senang dengan coretan aku itu.

Bunyinya macam big boss!

Alamak! Takut!!!


Kenapa aku kata bunyi e-mail tersebut macam dari big boss? Sebab terdapat perkataan-perkataan yang aku masih ingat yang pernah dituturkan oleh big boss semasa memarahi aku dahulu...hmmm.

Ataupun mungkin juga dari orang suruhan big boss atau juga si LALANG @ BACKSTABBER yang menerima arahan dari big boss untuk menghentam aku...ish, ish, ish...

Ini sebahagian kandungan e-mailnya:


Assalamualaikum brader,

Kami tidak setuju dengan artikel awak tentang lewat membayar gaji pekerja yg dibuat oleh beberapa sykt khasnya sykt sekuriti yang awak mungkin pernah bekerja. Artikel awak itu macam menunjukkan bahwa sykt tsb menyiksa pekerja dgn bayar gaji lambat. Kami adalah entrepreneur yg lebih memikirkan kewujudan syarikat berbanding awak yg hanya tahu hal-hal koperat. Jika awak juga seorang entrepreneur, awak tentu akan buat benda yg sama. Kami fikir kalau bayar gaji pekerja on time tetapi lama-lama syarikat lingkup baik tak payah buat business. Yg lg penting ialah utk jadikan sykt terus wujud dan kami masih boleh bayar gaji pekerja2 kami walaupun terpaksa dilambatkan sedikit. Jika pekerja2 kami tidak suka, mereka boleh berhenti. Lagipun masih ramai lagi orang di luar sana yg menganggur dan menunggu peluang bekerja.

Sekian shj. TQ


Selepas membaca e-mail tersebut lama juga aku termenung samada ingin membalasnya atau tidak...hmmm


Bukan apa, aku tidak suka berperang menggunakan e-mail.

Sebenarnya, entry-entry aku yang berkisar tentang gaji tersebut telah aku edit berulang-ulang kali. Bukan untuk menyemak ejaan-ejaan yang mungkin salah tetapi untuk mengurangkan elemen-elemen CILI yang memberikan rasa kepedasan kepada sesiapa yang terkena atau termakan. Banyak juga perenggan-perenggan yang aku telah buang bukan semata-mata untuk memendekkan artikel tersebut tetapi juga untuk mengelakkan terlalu banyak maklumat yang bakal mendedahkan identiti orang atau syarikat yang aku ceritakan.

Well, aku rasa, lebih elok aku biarkan dahulu e-mail tersebut (tidak menjawabnya) dan menunggu e-mail-email susulan. Lagipun, entry-entry sebegitu masih ada lagi di dalam que untuk publish. Aku terfikir, mungkin kali ini aku biarkan sahaja entry-entry tersebut publish tanpa editing. So, aku bolehlah expect e-mail menghentam aku yang mungkin lebih dasyat lagi...hehehe.


Sekian.
Readmore...

Jangan bertengkar tentang hal agama

5 comments
 
Salam...

Aku baru sahaja selesai menghantar borang cukai pendapatan (borang BE) ke LHDN menggunakan sistem e-Filing. Lega rasanya.


Sedang aku berseronok melepaskan nafas kelegaan, aku terdengar bunyi bising pertengkaran dua remaja di hadapan rumahku. Yang seorang itu bercerita tentang kononnya Imam Mahadi telah muncul di Makkah, manakala yang seorang lagi menyanggah kerana cerita Imam Mahadi hanyalah mitos dan tiada bukti sahih sebagai petanda hari kiamat. Bermacam-macam ulasan yang aku dengar dari remaja yang pertama itu tadi tentang kewujudan Imam Mahadi manakala rakannya beria-ia membantah.

Aku bukanlah ingin mencoret tentang perihal Imam Mahadi tetapi terasa risau melihat atau mendengar segelintir masyarakat kita yang sering bertengkar mengenai sesuatu perkara yang berkisar tentang hal-hal keagamaan. Setahu aku (apa yang aku pelajari), kita ditegah untuk berbuat demikian.

Aku teringat cerita semasa aku bertugas di bahagian ATM Servicing Maybank dahulu di mana ketika itu salah seorang pegawai telah tertinggal kunci ATM yang perlu diisi tunai dengan segera. Akibatnya, mesin tersebut telah down akibat kehabisan tunai.

Setelah ditegur kenapa terlupa membawa kunci, pegawai tersebut tiba-tiba naik angin dan memarahi semua orang yang ada di situ dengan berkata...

"Itu semua sudah takdir. Mungkin ada sebab aku terlupa. Mungkin juga ada malapetaka yang akan menimpa aku kalau aku pergi ke sana tadi!"

Kerana tidak tertahan disergah, salah seorang rakanku (juga seorang pegawai) berkata, "Engkau tidak boleh menyalahkan Takdir semata-mata sedangkan engkau sendiri yang terlupa!"

Dan pertengkaran itu berlarutan sehingga terpaksa dileraikan oleh Ketua Unit.

Keesokan harinya yang berdua itu bertengkar lagi, tetapi bukan tentang topik menyalahkan Takdir tetapi khusus kepada "Haramnya Rokok di sisi Islam". Yang bestnya, kedua-dua mereka tidak merokok. Orang yang merokok pula yang seronok menonton perdebatan mereka berdua..huhu.


Rakanku yang sebelum ini beria-ia benar benar mengatakan Takdir yang membuat dia terlupa membawa kunci ATM, bertegas mengatakan rokok itu haram kerana telah terbukti ia membahayakan kesihatan. Manakala yang seorang lagi pula hanya setuju bahawa rokok itu makruh dihisap.

Sekali lagi Ketua Unit bertindak meleraikan pertengkaran mereka tetapi kali ini dengan sinis menambah kata-kata berikut.. "OK, mulai esok, kamu berdua dan semua yang ada di sini dan termasuklah aku, kita sama-sama jangan datang kerja naik kereta, bas atau motor!"

"Kenapa pula?"

"Sebab, telah terbukti bahawa asap kenderaan membahayakan kesihatan, malah, lebih merbahaya dari asap rokok. Oleh itu, kenderaan yang jenis berasap itu haram digunakan!!..Kita sama-sama datang kerja naik UNTA!!!"


Senyap kedua-dua rakanku yang bertengkar tadi...hahaha.

Morale of the story is...
  1. kalau kita tidak tahu tentang sesuatu atau sesuatu hukum, adalah lebih elok merujuk kepada yang lebih arif.
  2. Jika ingin belajar agama, janganlah hanya merujuk kepada buku 100%. Perlulah berguru dengan orang yang alim juga.
  3. Jika hanya tahu sedikit tentang sesuatu ilmu, jangan berlagak seolah-olah andalah orang yang paling arif atau paling tahu (pakar) di dalam hal tersebut.
  4. Jika mendapat sedikit pembayang tentang sesuatu hukum, jangan suka berbuat anggapan yang menyeluruh berdasarkan apa yang anda rasa atau suka "Jump to Conclusion".
  5. Janganlah berdebat dan bertengkar tentang sesuatu atau hukum agama. Rujuklah kepada yang pakar.
  6. Apabila belajar tentang agama, bukalah minda (jangan pula sempitkan minda) dan jika tidak berapa faham atau was-was bertanyalah untuk mendapatkan kepastian.

Pernah suatu ketika semasa aku belajar di Universiti, seorang Ustaz bertanya "Babi itu Islam tak?"..

Agak-agaknya apakah jawapan anda untuk soalan tersebut?



Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com