Wednesday, March 23, 2011

Fight Cancer!

10 comments
 
Salam.

Beberapa hari ini aku agak gusar dan pilu bilamana beberapa rakan-rakanku telah disahkan mengidap penyakit yang merbahaya...CANCER atau barah!. In fact, semalam aku telah melawat rakan baikku dan juga bekas staff aku semasa bertugas di Maybank dahulu di Hospital Gleneagles Ampang. Beliau telah disahkan mengidap penyakit barah kolon (dalam perut dan usus) dan berada di tahap 3 atau mungkin juga 4!. Sel barah telah merebak menjangkiti limpa.


Beliau sebelum ini adalah seorang yang agak aktif bersukan, cuma agak kurus walaupun kuat makan. Ramai mungkin tidak akan percaya kalau aku katakan beliau boleh makan beberapa pinggan sekali hadap bila melihat susuk badan beliau yang kurus. Dahulu aku memang suka kalau membawa beliau ke buffet hotel kerana memang beliau akan pulun makanan di situ. Memang berbaloi rasanya jika diambil kira terpaksa membayar harga yang agak tinggi. Cuma, tabiat beliau yang mungkin sesetengah orang beranggapan buruk ialah beliau adalah seorang "Perokok Tegar".

Adakah punca barah yang dihidapi akibat rokok?

Sememangnya rokok boleh menyumbang kepada barah tetapi kes rakanku itu bukanlah berpunca dari rokok. Aku telah bertanya dengan doktor yang merawat beliau dan teorinya ialah berpunca dari makanan serta sistem pencernaan yang kurang sempurna setelah umur beliau meningkat. Bukanlah niat aku memutar belit fakta punca barah tersebut kerana aku juga seorang perokok tegar, tetapi aku lebih suka mencari fakta yang sebenar dan berasaskan kepada logik dan sains. Betul juga doktor tu kata, kalau rokok punca sebenar sudah tentu paru-paru beliau yang terlebih dahulu menerima akibatnya. Walaubagaimanapun, doktor tetap juga menasihati untuk tidak merokok kerana natijahnya tidak baik untuk kesihatan.

Beliau sebenarnya telah menghubungi aku beberapa hari sebelum itu bertanyakan tentang Jus Manggis Shamelin yang aku jual. Seperti biasalah, apabila orang bertanya tentang produk Jus Manggis Shamelin aku akan cuba untuk menerangkan akan kebaikannya secara panjang lebar. Setelah lama bercerita tentang kemujaraban Jus Manggis Shamelin khasnya di dalam membantu membunuh sel-sel barah berserta beberapa testimoni pesakit-pesakit yang telah pulih, beliau dengan suara yang perlahan (seperti menahan sendu) berkata, "Jus tu mungkin sesuai untuk aku. Aku disahkan mengidap barah". Terkedu dan terdiam aku mendengar kata-kata beliau ketika itu.

Ketika aku tiba di hospital, aku yang hanya datang berseorangan kerana rakan-rakan Maybank yang lain telahpun datang melawat beliau sehari sebelumnya, merasa amat pilu melihat keadaan beliau dan isteri beliau yang aku rasa menahan kesedihan di dalam senyuman.

Memanglah, ketika aku datang melawat, aku juga membawa Jus Manggis Shamelin tetapi aku rasa tidak sampai hati untuk bercerita tentang produk tersebut. Aku datang untuk melawat rakan yang sedang bertarung dengan penyakit yang merbahaya dan rasa tidak sesuai waktunya untuk aku membuat apa-apa promosi jualan. Walaubagaimanapun, rakanku dan isterinya itu pula yang bertanya bermacam-macam soalan tentang Jus Manggis Shamelin tersebut. Manakala aku hanya mampu bercerita seringkas mungkin sambil menahan sebak di dada. Aku tidak mahu dikata mengambil kesempatan di atas kesusahan beliau yang sedang bertarung nyawa dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memulihkan kesihatan beliau.

Akhirnya, aku jual juga kepada beliau satu set Jus Manggis Shamelin dan seterusnya menjadikan beliau ahli walaupun hati aku terasa amat berat. Lebih-lebih lagi setelah melihat beberapa produk makanan tambahan lain khas untuk pesakit barah yang beliau telah beli dan harga produk-produk tersebut juga agak mahal (ada yang berharga melebihi RM1,000).

Benarkah Jus Manggis Shamelin boleh membunuh sel barah?

Sebenarnya, terdapat perbezaan ketara di antara meminum Jus Manggis dan mengambil makanan tambahan untuk menjaga kesihatan. Pengambilan makanan tambahan (nutrition supplement) adalah bertujuan untuk mengawal dan mengelakkan mendapat sesuatu penyakit tetapi tidak bersesuaian untuk melawan atau membantu menyembuhkan symptoms yang dibawa oleh penyakit tersebut.
Telah beberapa abad lamanya, xanthones menjadi bahan paling utama kajian-kajian intensif untuk kesihatan. Xanthones wujud dengan banyaknya di kulit manggis (pericarp). Kajian menunjukkan bahawa xanthones adalah antioksida yang berganda-ganda lebih kuat berbanding antioksida yang terdapat pada vitamin-vitamin. 


Terdapat beberapa artikel mengenai kajian-kajian tentang keberkesanan xanthones untuk memulihkan beberapa penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, CANCER, stroke, arthritis, inflammation, keletihan melampau, kencing manis dan lain-lain lagi yang disiarkan di beberapa journal-journal professional seperti Journal of Pharmacology, The Journal of Natural Products,  Free Radical Research, The Environmental Health Prospectus, The Journal of Phyto Chemistry, serta The European Journal of Pharmacology.

Berikut adalah 2 testimoni Jus Manggis Shamelin yang dibuktikan berjaya memulihkan pesakit barah:




Apa-apapun, semua penyakit datangnya dari Tuhan dan Tuhan jua yang menyembuhkannya. Kita sebagai hambanya perlulah redha tetapi pada masa yang sama berusaha dan berikhtiar.

Kepada rakanku itu, aku doakan mudah-mudahan akan sembuh.



Sekian.
Readmore...
Monday, March 14, 2011

Do you love your company?

22 comments
 
Salam.

Aku teringat akan ungkapan Abdul Kallam yang berbunyi..
Love your job but never fall in love with your company because you never know when it stops loving you
Bunyinya bagi sesetengah orang agak keras atau mungkin juga ada yang beranggapan ungkapan itu seperti menghasut para pekerja sahaja. Well, terserah kepada anda untuk menginterpretasikannya.

Bagi aku, ungkapan tersebut ada juga betulnya.

Sekarang ini, mungkin kita tidak boleh lagi beranggapan sesuatu kerja itu sebagai "secured". Terdapat juga beberapa insiden di mana orang yang pernah bekerja di sebuah syarikat yang besar, menjawat jawatan yang tinggi, memiliki kuasa atau suaranya didengar oleh pihak Pengurusan Atasan, terpaksa akur untuk keluar dari syarikat tersebut.

Ada juga pekerja yang dilabel sebagai "pioneer" dan di antara orang yang bertanggung jawab memastikan kewujudan syarikat dipaksa untuk berundur atas desakan Pengurusan yang mahukan perubahan. Malah, pernah juga aku dengar, seorang Ketua Jabatan Sumber Manusia yang sebelum ini begitu tegas memberikan surat "Mandatory Separation Scheme" (MSS) kepada para pekerja, tiba-tiba dia pula yang di berikan surat yang sama oleh pihak Pengurusan yang lebih tinggi.

Oleh itu, perlukah atau mestikah anda bekerja bertungkus-lumus untuk mencapai matlamat syarikat sedangkan ada kemungkinan nasib anda juga akan menjadi seperti mereka yang aku coretkan di atas itu?

Ada pekerja yang datang ke pejabat di waktu awal pagi dan pulang pula bila matahari telah lama tenggelam. Ada juga yang menjadikan pejabat itu seperti rumah nombor dua.

Ada yang bekerja seolah-olah masa yang diberikan hanyalah 12 jam sehari bukannya 24 jam. Ada pula yang bekerja hingga tertidur keletihan.

Mungkin juga anda pernah mendengar ungkapan ini..Die for the company.

Berbaloikah semua pengorbanan tersebut?

Apakah perasaan anda jika selama ini anda bekerja "setengah mati" untuk mencapai matlamat syarikat, tiba-tiba anda menerima surat meminta anda untuk berhenti dari syarikat tersebut?

Adakah anda telah bersedia jika perkara itu berlaku?

Maafkan aku jika soalan-soalan di atas membuatkan anda jadi marah atau rasa terganggu. Aku bukan berniat untuk menghasut anda supaya tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh atau berdedikasi. Semua soalan-soalan di atas sekadar ingin mencuit minda aku dan juga anda supaya berfikir secara lebih kritikal.

Nah! Sebab itu aku rasa ungkapan Abdul Kallam itu betul. Sayangilah hasil kerja anda. Buatlah kerja anda dengan bersungguh-sungguh. Lakukanlah yang terbaik bagi menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Nilai kerja anda mencerminkan diri anda yang sebenar, jadi pastikan hasil kerja anda tinggi nilainya. Jadilah "expert" tetapi pada masa yang sama jangan buatkan diri anda menjadi "indispensable".

Perlukah anda menyayangi syarikat anda?

Aku pernah mendengar ungkapan ini.."syarikat itulah yang memberikan aku rezeki"..masyaAllah! Sampai begitu sekali hingga terlupa kata-katanya itu mungkin boleh menyebabkan terpesongnya akidah!

Bukanlah bermakna kita menyayangi kerja kita tetapi tidak perlu menyayangi syarikat. Dengan memberi keutamaan kepada hasil kerja yang berkualiti secara relatifnya kita juga menyayangi syarikat dengan membantu atau memberi sumbangan mengikut skop pekerjaan kita untuk mencapai matlamat syarikat. Kita perlu faham bahawa untuk mencapai matlamat syarikat bukanlah terletak di atas bahu kita semata-mata tetapi perlu dilakukan secara kolektif atau kerjasama dari semua pihak di dalam syarikat tersebut.

Ingatlah, syarikat sebenarnya hanya gah pada namanya. Perjalanannya, keutamaannya, kebaikannya atau keburukannya adalah bergantung kepada tindakan-tindakan orang di dalamnya.

Aku pernah berbual-bual dengan seorang CEO sebuah syarikat tentang cara beliau menguruskan syarikatnya malangnya bukan pula beliau bercerita tentang cara-cara strategik untuk mencapai matlamat syarikat tetapi lebih kepada bercerita bagaimana untuk menyingkirkan para pekerja yang beliau tidak suka dengan berkata "Salah satu cara paling berkesan menyuruh pekerja aku berhenti ialah dengan memindahkan mereka ke sana dan ke mari. Contohnya, jika dia bekerja di sini (KL), aku akan pindahkan dia untuk bertugas di Sabah atau Sarawak!. So far, cara tersebut memang berkesan!".

Bila aku bertanya kepada beliau, apakah kesalahan pekerja beliau tersebut hingga beliau mahu dia berhenti. Dengan selamba beliau menjawab, "Aku just tidak suka dengan dia!"...adoi ai.

Terdapat juga syarikat yang besar dan dikenali ramai tetapi memiliki ramai pekerja species "lalang" dan "backstabber". Pekerja-pekerja seperti inilah yang merupakan barah di dalam syarikat. Barah yang bakal menimbulkan huru-hara atau tiada sefahaman di kalangan para pekerja.

Barah tersebut serta seorang CEO yang suka hati membuang orang jika beliau tidak suka itulah yang bakal mengukuhkan ungkapan Abdul Kallam "...you never know when the company stops loving you". Bukan bermakna syarikat sudah membenci anda tetapi tindakan orang yang berkuasa yang sudah tidak memerlukan anda lagi.

Oleh itu, "LOVE YOUR JOB" so that anda masih berharga kepada syarikat-syarikat di luar sana sekiranya anda diberhentikan.



Sekian.
Readmore...
Wednesday, March 9, 2011

I'm damn tired

0 comments
 
Salam.

Mungkin post kali ini agak merapu sedikit kerana aku agak keletihan dengan berbagai-bagai altiviti fizikal dan memerah mental. Aku bercadang untuk tidur lebih awal tetapi bila dah baring di atas katil, mata makin bulat pulak. Banyak perkara-perkara yang berlegar-legar di fikiran aku terutamanya tentang meeting yang telah diaturkan dengan delegasi Australia yang akan ke sini minggu hadapan. Bukan aku takut tetapi lebih kepada rasa teruja untuk menunjukkan kemahiran aku kepada mereka di samping ingin membuat "close deal" agar mereka terus bersetuju membuat pelaburan di sini.

Di samping itu aku juga semakin aktif menjual Jus Manggis Shamelin yang kelihatannya memberi pulangan yang menakjubkan walaupun hanya sebulan aku menjadi pengedar yang sah. Ke sana  ke mari aku berurusan (menaja dan menjual) dan semangat aku makin berkobar-kobar.

Kenapa pula aku letih sedangkan sepatutnya Jus Manggis itu akan memberikan aku tenaga tambahan? Memang betul adanya tenaga "extra" setelah minum Jus Manggis Shamelin, tetapi jika kudrat kita dikerah secara berterusan dan tanpa henti, tidak semestinya kita tidak letih. Cuma, tidaklah sampai tahap keletihan melampau hingga tertidur ketika memandu (sepertimana yang pernah terjadi kepada aku sebelum ini). Apa yang pasti keletihan aku adalah berpunca dari tidur yang tidak cukup!


Aku bersyukur kerana mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari isteriku yang tercinta. Kadangkala aku rasa "down" bila ada "rejection", isteriku itulah yang menaikkan kembali semangat aku. Pernah juga kami berselisih faham (biasalah..adat berumah tangga). Puncanya kerana aku ini selalu hilang fokus dan mudah rasa "down" bila wujud sedikit kegagalan. Bukan apa, sebelum ini aku pernah menjadi pengedar MLM seperti Amway, Zhulian, Maxcare, pelaburan internet seperti Empay, UT2U dan lain-lain lagi. Pengalaman yang tidak menyeronokkan itu membuatkan aku terlalu berhati-hati dan selalu memikirkan kegagalan (berpuluh ribu duit aku hangus tanpa mendapat pulangan yang setimpal).

Mujurlah isteriku itu faham dan tidak jemu-jemu menegur dan memberikan sokongan walaupun kadangkalanya cara beliau agak sarcastic tetapi berkesan. Thanx darling...

Di dalam keletihan, aku tetap juga rasa seronok kerana selepas menimbang berat badan aku, jarum penimbang menunjukkan ke angka 65 kg! Yes! Yes! Yes! Hasrat aku untuk menurunkan berat badan aku dari 75 kg ke angka itu sebelum hari jadi aku 29hb Mac ini telah tercapai!

Jadi, sebagai meraikan kejayaan aku itu, aku akan hadiahkan diri aku malam ini dengan...
..
..
..
..
..
..
TIDUR......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz




Sekian.
Readmore...
Sunday, March 6, 2011

Berniaga atau makan gaji?

6 comments
 
Salam.

Aku percaya, anda selalu mendengar soalan atau ungkapan sepertimana tajuk di atas. Jadi, apakah pilihan anda? Yang manakah anda fikir lebih baik? Bagi aku, soalan tersebut mungkin agak kurang sampai. Bagaimana pula jika soalannya diolah sebegini..Apakah pilihan yang sesuai untuk diri anda? Memang, jika menurut agama 9/10 rezeki datangnya dari sumber perniagaan. Dan, ada juga salesman yang suka menambah, rezeki dari 1/10 itulah yang suka direbut oleh manusia.


Aku bukanlah ingin bersyarah atau memberi ceramah tentang sumber rezeki yang melimpah ruah dari perniagaan. Aku bukanlah seorang professor atau penceramah agama yang berkelayakan untuk memberi ceramah, malah, aku tidak layak untuk berbuat demikian. Sebab itu soalan asal telah aku olah kembali agar dapat memberi ruang yang lebih untuk aku dan mungkin juga anda untuk berfikir lebih mendalam. Jadi, aku ulang kembali soalannya..

Di antara makan gaji dan berniaga, yang manakah lebih sesuai untuk anda?

Lama juga aku berfikir untuk menjawab soalan tersebut. Bukan apa, sebenarnya aku masih lagi terkial-kial mencari sebab-sebab munasabah bagi jawapan untuk soalan itu.

Kalau aku katakan, aku ini sesuai untuk makan gaji, sehingga sekarang aku masih lagi tidak kaya-kaya setelah makan gaji melebihi 20 tahun. Ada ketikanya, aku juga keputusan wang sedangkan jumlah "take home pay" aku lebih banyak dari sebahagian orang lain yang makan gaji macam aku. Bukan aku berlagak, tetapi aku sebenarnya malu dengan beberapa rakan-rakan aku yang hanya memperolehi pendapatan jauh  kurangnya dari gaji aku tetapi tidak pernah pula aku dengar mereka menghadapi masalah kewangan. Aku juga pernah merasa cemburu kepada rakan baik aku yang hanya seorang "Mat Dispatch". Apa tidaknya, beliau memiliki beberapa rumah sewa (dengarnya 5 pintu) dan memiliki kereta Toyota Estima..wow!

Pernah juga aku menceburi bidang perniagaan tetapi tidak pula aku berjaya. Punca sebenar aku menceburi bidang perniagaan kerana ingin mengikut langkah rakan aku si "Mat Dispatch" itu yang telah berjaya.

Jadi, adakah bidang perniagaan tidak sesuai untuk aku?

Aku pernah menceburi bidang perniagaan menjual barangan penjagaan kereta tetapi gagal. Aku juga menceburi bidang perniagaan jualan langsung atau "Multi-Level Marketing" (MLM) seperti MaxCare, Amway, Zhulian dan lain-lain lagi tetapi musih jua gagal. Malah aku banyak membazirkan wang terutamanya untuk MLM Amway dan Zhulian tanpa mendapat hasil yang setimpal ataupun mungkin juga boleh diklasifikasikan sebagai mengalami kerugian yang melampau!

Yang lebih memeritkan ialah aku juga pernah menceburkan diri di dalam skim-skim pelaburan internet seperti Empay dan ut2u dan kehilangan berpuluh ribu ringgit setelah Kerajaan mengharamkan skim-skim tersebut dan membekukan wang yang telah aku laburkan (atau leburkan).

Apakah yang sesuai untuk aku?

Entahlah..aku masih lagi tercari-cari. Aku masih lagi makan gaji. Aku juga mendapat pendapatan hasil dari taklimat-taklimat serta seminar-seminar di mana aku menjadi penceramah dan facilitator di samping menjadi consultant atau juru-runding dan penasihat beberapa syarikat. Yang terbaru, kini aku menceburi semula bidang perniagaan jualan langsung MLM iaitu menjual Jus Manggis Shamelin.

Aku tidaklah aktif di dalam penjualan Jus Manggis ini kerana kesibukan aku dengan kerja-kerja yang sedia ada. Jadi jumlah bonus yang aku terima (dari 1 hingga 6 Mac 2011) tidaklah "gempak" (sila lihat paparan di bawah).


Aku juga menerima beberapa cabaran yang hampir melemahkan semangat aku di dalam penjualan  Jus Manggis Shamelin ini.

Walaubagaimanapu, aku bersyukur kerana mendapat sokongan dari emak dan ayah aku. Malah aku begitu respect ayah aku yang berjaya menaja beberapa orang down-line dan menjual Jus Manggis Shamelin. Semangat ayah itulah yang membuatkan aku lebih berkobar untuk meneruskan sahaja perniagaan ini kerana aku dapati memang ada peluang untuk aku berjaya.

Itu adalah harapan aku. Aku tidak ingin dan tidak sanggup lagi melihat pisang berbuah tiga, empat, lima atau enam kali...!!

Anda pula bagaimana? Apakah jenis sumber pendapatan yang sesuai untuk anda?


Sekian.
Readmore...
Saturday, March 5, 2011

More presentations to be conducted!

0 comments
 
Salam.

Maafkan aku kerana tidak membuat sebarang update di blog ini kerana lately aku agak sibuk melayan kerenah beberapa syarikat (khasnya syarikat Kawalan Keselamatan) yang mahukan khidmat aku sebagai juru-runding perniagaan Pengurusan Tunai. Pada masa yang sama aku juga sibuk membuat promosi dan jualan Jus Manggis Shamelin yang baru sahaja aku ceburi.

Kadang-kadang kesibukan aku menyiapkan kertas kerja dan presentation material aku kerap terlupa rutin kerja harian aku yang lainnya. Aku bersyukur kerana telah diperkenalkan dengan Jus Manggis Shamelin yang sememangnya berkesan dan memberi tenaga tambahan kepada aku untuk terus bertungkus-lumus menyudahkan kerja-kerja aku.


Dua hari lepas, aku telah dijemput sekali lagi untuk memberikan taklimat dan presentation tentang Outsourcing of Cash Management. Kali ini datangnya dari sebuah syarikat besar yang bertapak di Australia. Di atas galakan dan sokongan kerajaan Malaysia sendiri, syarikat ini berminat untuk melabur di Malaysia khasnya di dalam perniagaan Pengurusan Tunai.

Seperti kebiasaannya, aku akan menerangkan tentang situasi serta peluang-peluang yang wujud di samping memberikan beberapa saranan agar syarikat tersebut lebih bersedia untuk merealisasikan impian mereka untuk bertapak di sini.


Apa yang aku dapati, syarikat dari Australia ini sememangnya memiliki pengalaman yang luas di dalam perniagaan tersebut cuma mungkin memerlukan maklumat tambahan tentang keadaan pasaran serta beberapa peraturan yang mungkin tidak sama di antara ke dua-dua negara. Oleh sebab itu, presentation aku kali ini banyak berkisar tentang idea-idea baru yang mungkin boleh dipraktikkan di sini.

Ada juga beberapa idea baru tersebut pernah aku luahkan kepada bekas majikan aku dahulu tetapi oleh kerana ketiadaan bajet serta tidak mahu mengambil risiko, idea-idea tersebut hanya tinggal idea dan menjadi bahan asas kutukan oleh manusia yang berstatus "Lalang" dan "Backstabber".

Walaubagaimanapun, syarikat dari Australia ini begitu meminati idea-idea baru aku itu dan mahukan ianya dilaksanakan..hmmmm.

Well, aku rasa inilah peluang yang aku tunggu-tunggu...menjadi "Consultant" kepada sebuah syarikat "international".

Selepas presentation yang pada mereka amat "fruitful", aku sempat juga memberikan mereka "fliers" Jus Manggis Shamelin aku...hehehe.


Pada mulanya aku takut juga jika mereka mentertawakan atau memarahi aku kerana membuat promosi sebegitu, tetapi rupanya mereka juga teruja kerana telah biasa melihat produk-produk berasaskan khasiat manggis sebegitu seperti yang dijual oleh Vemma dan Xango.

Yes! Aku harap perjumpaan kali kedua minggu hadapan mereka akan membeli Jus Manggis Shamelin dari aku...hehehe.


Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com