Thursday, August 30, 2012

Laki bini kerja tempat yang sama

4 comments
 
Salam...

Mungkin ramai yang dapat pengalaman yang sama macam aku. Bukan hendak memburuk-burukkan sesiapa tetapi sekadar ingin memberi pendapat berdasarkan pengalaman aku sahaja.

Pernahkah anda bekerja dengan pasangan anda (suami/isteri) di tempat yang sama? Atau bekerja bersama-sama staff lain yang mempunyai hubungan suami/isteri? OK?... Ada masalah?... Bergaduh?...

Hah?? Bergaduh???


Berat kalau lagu tu...

Aku juga ada pengalaman bertugas dengan pasangan suami/isteri yang bertugas di pejabat yang sama. Pengalaman yang tak berapa sedap dibualkan atau didengar..

Bukan sebab pasangan tersebut bergaduh...tetapi lebih kepada membuat keputusan atau arahan yang bercanggah.. Dua-duanya adalah bos.

Yang si suami dah bagi arahan jelas, si isteri pula modify...

Lepas tu...huru hara pejabat...hahaha..

Sebab itu, adalah tidak digalakkan untuk pasangan suami/isteri bertugas di pejabat yang sama...


Apa pendapat anda?




Sekian.
Readmore...
Wednesday, August 22, 2012

Banyak beraya di dalam kereta

2 comments
 
Salam...

Selamat Hari Raya rakan-rakan semua. Harap semua sihat wal-afiat. Harap masih dapat mengawal perut, maklumlah semasa Hari Raya ni ramai saudara-mara dan kawan-kawan yang menjamu tetamu dengan makanan yang berat-berat...lemang, ketupat, lontong, nasi minyak pun ada..kuih Raya...ooo...yang tu kita tunggu di penghujung Syawal, mesti ramai yang mencari..hehe.


Bagaimana Raya anda semua? Banyak rumah diziarah?

Bagi aku, tahun ni yang paling sedikit rumah aku ziarah (di minggu pertama Hari Raya). Puncanya.. jammed, jammed, jammed dan jammed lagi.

Hari Raya pertama aku tidak kisah sangat kerana aku bekerja dan jalan-jalan di sekitar KL - Shah Alam agak lengang. Hari Raya kedua, sana-sini jammed...MRR2, Plus Highway (kedua-dua arah)..malah, Jalan Ampang pun jammed jugak. Kalau biasanya dari Nilai ke Seremban cuma 15 minit, hari tu, 2 jam!!! Mak ai!! Dari Melawati ke Ampang pun 1 jam lebih...aduyai!!!

Tu belum lagi cerita nak pergi Utara dan Pantai Timur lagi...

Apa dah jadi ni?

Kenapa Raya tahun ni sana sini traffic jammed?

Sepatutnya, kita banyak beraya di rumah saudara-mara dan sahabat handai tetapi kesesakan lalulintas menyebabkan banyak masa terbuang di dalam kereta!!!!


Terpaksalah siapkan tempat untuk simpan kuih-kuih Raya di dalam kereta... mana tau, ada kengkawan yang senasib, boleh lah sama-sama beraya....di dalam kereta...!



Sekian.
Readmore...
Sunday, August 19, 2012

Bertugas di Hari Raya

1 comments
 
Salam...

1 Syawal telahpun tiba..semua umat Islam bergembira menyambut Hari Raya yang mulia. Gembira kerana berjaya menahan lapar dan dahaga, berjaya mengawal gelora, berjaya mengelakkan membuat perkara-perkara yang membatalkan puasa...sebulan lamanya...dan yang paling penting berjaya membuat syaitan menjerit sengsara...

Ramai yang pulang ke kampung bertemu sanak saudara...

Ramai mengimarahkan masjid dan surau bersolat dan mendengar khutbah Hari Raya...

Bersama-sama keluarga menziarah pusara keluarga yang telah tiada...

Bersama-sama menziarah rumah sanak saudara...

Menjamu selera apa yang tersedia...

Namun... masih ada juga yang kelihatannya gembira tetapi api kerinduan tersemat di dada...
Hanya sekadar melihat suasana meriah Hari Raya di jendela...


Kerana tuntutan kerja..

Terpaksa menyambut Hari Raya di tempat kerja...

Dan..

Aku lah salah seorangnya....

uhuk..uhuk..uhuk...sedihnya...tetapi tetap jua ada rasa gembira...kerana berkorban untuk memberi laluan rakan-rakan gembira di Hari Raya...yang pasti, bila mereka pulang bekerja...duit Raya pasti dipinta...

hehehe...

Selamat Hari Raya kepada semua warga blogger.



Sekian.

Readmore...
Thursday, August 16, 2012

Dapat Bonus Raya!!!

4 comments
 
Salam...

Beberapa hari lagi nak Raya. Ramai warga Kuala Lumpur yang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung, berpusu-pusu membeli belah untuk Hari Raya di saat-saat akhir, berpusu-pusu membeli kuih Raya, berpusu-pusu pergi ke Bank menukar duit Raya... cuma..bak keluhan seorang pakcik di surau berdekatan rumah aku..

"Kenapa la mereka tak berpusu-pusu ke masjid dan surau melipat-gandakan ibadah. Masa dah suntuk. Lepas ni kena tunggu setahun baru jumpa semula Ramadhan..."

...errr..hmmm...ish3


Dalam pada ramai orang berpusu-pusu tersebut, di pejabat aku juga begitu. Masing-masing berpusu-pusu untuk bersalam-salaman dengan pihak Pengurusan atasan...

Sebenarnya yang dikejar bukanlah ingin bersalaman tetapi duit Raya!

Yessss...syarikat aku memberi bonus cum duit Raya!!
Syarikat engkau ada???...hehe


Masing-masing rasa gumbira...bersyukur..tak kira la dapat sedikit atau banyak, yang penting dapat juga.

Bak kata salah seorang staff aku..

"Alhamdulillah...dapat juga la aku makan ayam Raya ni..."

Tak tau la samada dia berseloroh benar-benar bersyukur atau just memberi kata-kata sindiran...hmmm.

Well...bagi aku pulak, ini lah bonus yang pertama kali aku terima sejak (selepas) aku berhenti bekerja di Maybank 5 tahun yang lalu. Syarikat-syarikat yang aku bekerja selepas itu, bukan setakat bonus, gaji aku, KWSP aku, cukai pendapatan aku (PCB) serta entitlement aku memang dicarik-carik, dicincang-cincang dan ada juga yang digiling halus hingga tidak kelihatan...

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah..

Raya ni, boleh la beri duit Raya lebih sedikit kepada emak dan abah aku...isteriku...anak-anak aku serta anak-anak saudaraku yang berduyun tu..

Boleh la juga aku belikan Friskies untuk kucing-kucing aku...


Harap-harap kucing-kucing tu tak pula berseloroh berkata...

"Dapat juga la merasa makan Friskies Raya ni..."

huhu





Sekian.
Readmore...
Wednesday, August 15, 2012

Mari mengemas rumah

5 comments
 
Salam...

Jom, kita sama-sama mengemas rumah sempena menyambut ketibaan Syawal...

Cuci dan lap tingkap...


Basuh dan bersihkan bilik air...


Tukar cadar dan kemas bilik...


Bersihkan dan buang habuk...


Habuk yang payah tanggal tu, kena lap la pulak...


Basuh baju...


Dah basuh...sidai laaa...


Mana yang dah kering, kena la digosok...


Basuh pinggan mangkuk...


Siram pokok-pokok bunga...


huh!...penat dah!...jom minum...


Alamak! Lupa lak! Puasa laaa...so..tidur la dalam kepenatan...






Sekian
Readmore...
Tuesday, August 14, 2012

Berbaktilah kepada ibu dan bapa

3 comments
 
Salam...

Apa khabar? Bagaimana persiapan anda untuk menyambut Hari Raya? Balik kampung? Eloklah tu, dapat menyambut Aidil fitri bersama-sama ibu dan bapa serta adik-beradik yang lain. Bagi yang telah kehilangan mereka (ibu dan bapa), elok juga menziarahi pusara mereka dan sedekahkan al-Fatihah sebanyak mungkin.

Bagi mereka yang terpaksa bertugas di Hari Raya, janganlah terlalu bersedih. Kunjungilah mereka setelah selesai tugasan. Raya kan sebulan? Apa-apapun jangan lupa menghubungi mereka melalui telefon...

Bila berjumpa, jangan lupa cium tangan mereka dan pintalah ampun dan maaf dengan sungguh-sungguh.


Tapi...kenapa perlu menunggu Hari Raya baru berbuat demikian?

Meh, aku nak kongsi satu cerita...

Pakcik ni dahulunya orang susah. Tiada pelajaran (sekolah tak habis). Dia cuba mengubah nasib diri dengan berniaga secara kecil-kecilan. Walaubagaimanapun, duit yang dia dapat hasil berniaga tak pernah lekat. Ada sahaja perbelanjaan yang perlu dibuat. Bertahun-tahun berniaga tak pernah jadi senang. Hutang pula keliling pinggang...mungkin kerana kecewa dengan kehidupannya, dia menjadi malas untuk meneruskan berniaga, Cuba pula makan gaji. Lain pula jadinya. Asyik ditindas dan gaji yang diterima tidak setimpal dengan kudrat yang dicurahkan. Hidup makin teruk...dikejar pemberi hutang..diugut...pernah terfikir untuk menamatkan riwayat diri....!

Suatu hari, ketika di surau..ketika menangis meratapi kesusahan diri..dia didatangi seseorang yang dia tidak kenal...lelaki tersebut menyapa dan menasihatinya..."ada satu kewajipan yang engkau telah lupa dan gagal untuk lakukan..kegagalan yang menyebabkan hidup engkau jadi susah begini..." dan lelaki tersebut pun beredar...

Termanggu dengan ucapan lelaki tersebut dia mula berfikir dan mencari maksud yang diungkapan. Kewajipan apa yang dia telah lupa? Apa yang dia gagal lakukan?

Tiba-tiba dia terlihat seekor kucing betina sedang menyusukan anaknya. Kucing tersebut kurus kering... tetapi anak-anaknya kelihatan gebu dan sihat.. mata kucing tersebut memandangnya seolah-olah meminta belas ihsan (mahukan makanan)...pandangan yang sayu hingga menyebabkan dia menitiskan air mata.. walau dalam kepayahan..walau sendiri kelaparan..si ibu kucing tetap melunaskan tanggungjawab memberi makanan kepada anak-anaknya....


dan...pada ketika itu lah...dia teringat kepada emaknya yang sedang sakit di kampung...

Tanpa menunggu masa...dia bergegas pulang ke kampung. Bila tiba dan berjumpa...memeluk, meminta ampun sambil berjujuran air mata...semenjak itulah dia menjaga emaknya yang sakit tersebut hinggalah tiba hayatnya...

Bermula dari detik itulah...hidupnya mula berubah...perniagaan menjadi semakin maju..tiada lagi hutang..malah dapat pula mengerjakan haji termasuk haji untuk arwah emaknya...

Setiap kali bercerita kisah ini, air mata tak henti-henti mencurah...

dan...yang aku pasti...berpuluh-puluh ekor kucing ada di rumahnya...hmmmm
..
..
..
..
..
..
..

dan...setiap kali aku teringat cerita ini, hati aku sayu dan teringat pada emak dan ayah aku di kampung..

Masa untuk menelefon mereka...isk3..




Sekian.
Readmore...
Monday, August 13, 2012

Exchange Banner's Page had been deleted

2 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua. Harap semua sihat wal-afiat. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita berpuasa dan Hari Raya pula bakal tiba. Di dalam kita bersabar menahan lapar dan dahaga serta mengelak melakukan perbuatan-perbuatan yang membatalkan puasa, kita masih lagi ingin bertungkus-lumus menyiapkan diri dan keluarga untuk menyambut ketibaan Syawal.

Yang mampu, sibuk membeli pakaian baru, menukar perabot lama, menggantikan perhiasan-perhiasan rumah yang baru...yang kurang mampu sekadar memperelok yang mana kurang di pandangan mata, mencuci yang lama agar nampak baru...


Masing-masing sibuk membersihkan persekitaran kawasan rumah. Kalau sebelumnya malas untuk berbuat demikian, kali ini berkobar-kobar melakukannya semata-mata ingin menyambut Hari Raya...

Begitu juga dengan aku...

Aku sekarang ini bertungkus-lumus membuat sesi pembersihan..

Bukan membersihkan halaman rumah tetapi membersihkan laman blog aku ni...Semacam ada virus yang telah menyinggah dan bermastautin di sini.. itu kata rakan-rakan yang datang melawat...ada malware!

Aku dah jenuh mengguna anti-virus dan virus cleaner tetapi tidak berjumpa virus yang dikatakan tersebut..

Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya, aku terpaksa membuang pautan-pautan laman-laman web yang terdapat di sini termasuklah link-link yang aku telah paparkan di page Exchange Banner.

Aku ingin meminta maaf kepada rakan-rakan sekalian khasnya yang telah bermurah hati melakukan Link Exchange atau Banner Exchange dengan aku sebelum ini kerana terpaksa membuang page berkenaan buat sementara. Setelah aku berjaya mengenal pasti malware yang melakukan onar di blog aku ini, aku berjanji akan meletakkan semula link-link atau banner-banner kalian di tempatnya.

Aku harap, tindakan aku ini betul.

Kepada rakan-rakan semua, jika menerima mesej terdapat malware di blog ni, sila jangan segan silu beritahu aku yer?...




Sekian.
Readmore...
Saturday, August 11, 2012

Jemputan berbuka puasa

2 comments
 
Salam...

Apa khabar? Puasa tak hari ni? Puasa? Alhamdulillah... Jangan jadi macam sorang kawanku tu, bila ditanya puasa ke tak, dia menjawab dengan lantang...

"Tengok kaki la bro..aku berpuasa PENUH tau..puasa penuh nasi di mulut!!!"...cheh!!!


Janganlah marah dia. Dia uzur. Tiap-tiap tahun bayar fidyah...

Bulan puasa ni, perkara yang tidak sah kalau tidak disebut ialah jemputan berbuka. Ada yang buat di rumah. Ada yang buat di restoran. Ada yang buat di hotel...dan aku juga pernah dapat jemputan berbuka sambil berkelah di tepi jalanraya (tak sempat berbuka di rumah akibat kesesakan jalanraya..huhu).

Alhamdulillah...rezeki di bulan puasa. Ramai yang beramal berbelanja menjamu orang berbuka. Mudah-mudahan mereka mendapat ganjaran pahala yang melimpah...amin.

Aku rasa, bulan puasa kali ini adalah yang paling banyak jemputan berbuka aku terima. Setiap minggu ada, malah dalam seminggu hingga 3 kali. Rezeki. Dapat juga berjimat duit untuk bersedekah pula menjamu kariah masjid atau surau.

Cuma...menu yang aku dapat hampir sama...kambing bakar!!!


Kenapa ek?

Kambing dah berlebih-lebih ke kali ini? Dah 8 kali jemputan aku makan kambing bakar!


Mula-mula tu agak risau juga...mana tau blood pressure aku mengembek pula...

Hmmmm...tak payah fikir tu...orang dah jemput makan...kita makan la..tak baik mengelak atau menolak, nanti mereka kecil hati pulak...hehehe..

Petang ni, ada lagi jemputan...dan menu ada juga kambing bakar....ish..




Sekian...mmbekkkkkkkk!!
Readmore...
Wednesday, August 8, 2012

Fobia dengan presentation?

0 comments
 
Salam...

Aku baru selesai membentangkan satu proposal kepada bakal client syarikat aku. Agak letih juga, berdiri dan bercakap selama 2 jam "non-stop". Pada masa tersebut, kalau dapat meneguk air teh o ais limau...fuhhh sure legaaaa.. Tapi, mesti ramai yang buntang mata melihat aku minum...Inikan bulan puasa!!!


Cuaca hari ini agak panas. Walaupun berada di dalam dewan yang ada air-cond rasa dahaga agak membuak-buak khasnya apabila kita tak berhenti bercakap.

Alhamdulillah...presentation dah selesai. Hanya menunggu untuk mendapat Letter of Award dari client tersebut dan melaksanakan tugasan-tugasan Perkhidmatan Pengurusan Wang Tunai.

Seperti biasa, bukan sahaja di syarikat baru aku ini, malah di syarikat-syarikat sebelum ini yang aku pernah bekerja. apabila membentangkan proposal untuk Cash Management, akulah orang yang paling banyak bercakap. Tidak kira semasa membentang mahupun semasa sesi soal jawab, walaupun pada ketika itu Pengarah syarikat, GM, Senior Manager dan lain-lain wakil syarikat ada di situ.

Mungkin sesetengah orang akan ada rasa pissed-off apabila membuat pembentangan proposal tiada siapa dari wakil syarikat sendiri yang membantu. Jika membantu pun mungkin sekadar menekan butang up dan down di keyboard laptop...ish3.

Well, aku tidak berkecil hati. Mereka mungkin tidak tahu atau kurang faham tentang Cash Management. Semasa membuat pembentangan, masing-masing menundukkan kepala seolah-olah takut client mengajukan soalan kepada mereka. Atau mungkin juga mereka malu atau takut untuk public speaking..hehe.


Aku tidak pernah menganggap bahawa diri aku ini bagus, cuma rasa bersyukur kerana mendapat pengetahuan yang lebih berbanding orang lain dan lebih bersyukur kerana diberikan kekuatan dan kebolehan untuk public speaking samada dalam Bahasa Malaysia atau dalam Bahasa Inggeris (full English). Walaubagaimanapun, aku kesian melihat ada sebahagian orang yang takut untuk membuat presentation lebih-lebih jika audience yang mendengar adalah wakil-wakil client yang berpangkat tinggi.

Bukan ingin mengutuk, cuma aku berpendapat perasaan malu atau fobia dengan presentation sepatutnya dibuang jauh-jauh oleh wakil-wakil syarikat seperti CEO, MD, CFO, CIO, Senior Manager, Manager dan sebagainya. Khasnya kepada Head of Deparment yang bertanggungjawab dengan Business Development dan Marketing. Jawatan seperti itu memerlukan individu yang berkemahiran untuk berkomunikasi bagi meningkatkan jualan.

Alasan "tidak tahu", "tidak faham" atau "tidak mahir" di dalam sesuatu tugasan dan menyerahkan tanggungjawab membuatnya bulat-bulat kepada si polan berseorangan sepatutnya tidak wujud. Kalau tidak tahu, tidak faham atau tidak mahir, belajarlah.



Sekian.
Readmore...
Tuesday, August 7, 2012

Tak faham orang berkias?

1 comments
 
Salam...

Masih berkisar tentang topik wirid atau zikir orang moden yang aku post semalam. Bagi anda yang belum membacanya dan ingin tahu tentang apa, boleh klik di SINI.

Walaupun komen yang diterima di ruangan "komen" hanya 1 tetapi aku menerima beberapa e-mail berkenaannya. Mungkin mereka tidak mahu komen-komen mereka dibaca oleh orang lain selain aku. Aku tertarik dan asyik tersenyum apabila membaca salah satu dari e-mail yang aku telah terima di mana si penghantar seolah-olah tidak puas hati dengan isi-kandung post aku tersebut...


Beliau menulis...

"Kami bukan berwirid laaa.. kami cuma memberikan sokongan moral kepada Datuk LCW supaya dia boleh menang dan sekaligus mencipta sejarah".

Sebelum tu...aku ingin meminta maaf kepada si penulis kerana terlebih senyum (ketawa la tu) selepas membaca e-mail beliau.

Sebenarnya, pakcik di surau tersebut sekadar berkias.

Bukankah sewaktu perlawanan badminton di antara Datuk LCW dan LD tersebut serentak dengan waktu Isya' dan kemudiannya disusuli solat Tarawikh? Mungkin beliau sekadar mengeluh atau bertanya secara berkias yang mana lebih penting kejayaan akhirat atau kejayaan dunia Datuk LCW hinggakan ramai warga Islam yang melewatkan atau menangguhkan solat-solat tersebut (walaupun tidak sampai mengabaikan).

Yang membuatkan aku tersenyum ialah bukannya tentang isu tersebut tetapi lebih kepada pemahaman atau kefahaman sesetengah orang kita (khasnya Melayu) yang semakin berkurangan apabila mentafsir ayat-ayat berbentuk kiasan.

Mungkin betul juga kata ramai rakan-rakan, orang sekarang lebih "straight to the point" dan tidak berapa gemar cakap berkias tidak seperti orang dulu-dulu.



Hmmmmmm...



Sekian.
Readmore...
Monday, August 6, 2012

Wirid dan zikir orang moden?

2 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua. Sihat? Puasa tak? Alhamdulillah...

Aku jangkakan beberapa hari ini ramai warga Malaysia akan berbual-bual mengenai sukan Olympics 2012. Subuh tadi acara 100 meter akhir telah berlangsung dan dimenangi oleh Usain Bolt dengan catatan masa 9.63 saat. Satu catatan masa yang entah bila orang Malaysia boleh mencecahnya.

Tapi...aku rasa, ramai rakyat Malaysia lebih tertumpu berbicara tentang sukan Badminton. Ada yang menyuarakan kekesalan. Ada yang mengeluh kesedihan. Ada yang merasa bangga dengan ikon badminton negara Datuk Lee Chong Wei. Yang marah pun ada????


Well...walau apa sekalipun hujjah, ucapan, ungkapan, cacian, makian dan sebagainya, keputusannya tetap tidak akan berubah iaitu Datuk Lee Chong Wei telah TEWAS di final kepada jaguh China, Lin Dan.


Sejarah masih gagal untuk dicipta. Bukan sekadar sejarah mendapat emas sulung di Olympic tetapi juga sejarah ahli sukan mendapat durian runtuh sebanyak RM4 juta. Wow!!

Apehal aku mengarut cerita pasal badminton sukan Olympic pulak nih. Bukan ke topik aku tu pasal wirid?

Begini...Malam tadi sewaktu perlawanan badminton di antara Datuk LCW dengan LD (belum datuk lagi), aku terdengar suara orang mengomel di sebuah surau berdekatan.

"Inilah dunia akhir zaman. Wirid pun hendak diubah-ubah!"

Tertarik dengan ungkapan pakcik tersebut aku merapatkan diri untuk tahu apa sebenarnya yang dingomelkan.

"Apa maksud engkau?". Rakan pakcik tersebut bertanya.

"Cuba engkau dengar tu. Satu taman berwirid. Cuma, biasanya dan tuntutan Agama adalah berwirid dengan menyebut nama Allah atau solawat kepada Rasulullah tapi ini tidak... satu taman menjerit-jerit, menyebut-nyebut nama Lee Chong Wei!!"

Errr...hmmmm...ish3.



Sekian.
Readmore...
Saturday, August 4, 2012

Olympics menjadi alasan tidak berpuasa?

1 comments
 
Salam...

Aku percaya ramai rakan-rakan semua termasuklah aku yang sering mengikuti perkembangan sukan Olympics 2012 sekarang ini. Tidak kiralah jenis sukan apa. Yang pasti apabila wakil Malaysia bertanding ramai yang akan tercongok di depan TV.


Lebih-lebih lagi acara athletics baru sahaja bermula...

"Mana ada Abang Long. Sekarang ni kan bulan Ramadhan, orang sibuk bertarawikh, bertadarus dan memperbanyakkan amal ibadah..."

Habis tu, camner engkau boleh kata suspens tengok Datuk Lee Chong Wei lawan Parupali masa Badminton quarterfinal?

"Aku tengok Youtube...hehehe"

Cheh! Sama la jugak tuh. Aku tak maksudkan abaikan amal ibadah di bulan Ramadhan semata-mata menonton games Olympics secara live. Lebih kepada mengambil tahu atau mengikuti perkembangannya samada melalui TV, radio, internet dan lain-lain media.


Aku bukanlah berniat untuk mengulas keputusan-keputusan perlawanan di Olympics tersebut cuma terdapat beberapa paparan-paparan insiden yang sedikit menimbulkan kekeliruan. Khasnya apabila anak aku berkata..

"Abah, orang tu tak puasa!"

Ohh...dia bukan orang Islam kut?

"Apa pulak. Tu orang Iran la. Bukan ke semua orang Iran tu Islam?"

Errrkkk.....tak reti aku menjawabnya.

Aku bukanlah orang yang pakar tentang hal-hal agama, jadi, bila diajukan soalan sebegitu menggelabah juga mencari jawapannya. Terpaksalah aku memberikan penerangan secara am iaitu mereka itu musafir dan dibolehkan berbuka puasa tetapi apa-apapun jika mereka meneruskan puasa adalah lebih baik.

"Alaaaaa...kalau setakat memanah tu bukannya penat sangat. Lagipun, kat London tu sejuk bukannya panas macam kat sini kan?"

Bijak anak aku tu memberi hujjah..dan aku terus menukar topik perbualan...hehehe.

Betul jugak tuh..

Cuma terfikir...kenapa orang tersebut minum secara terang-terangan. Cuba la sorok-sorok sedikit. Bukan ke  seluruh dunia sedang menonton aksi dia?...hmmmm


Kepada yang berada di Malaysia dan seronok menonton games di Olympics 2012, jangan la pula memberi alasan penat menonton hingga tak larat nak puasa.. hehehe.



Sekian
Readmore...
Friday, August 3, 2012

Jual nama aku?

1 comments
 
Salam...

Apa khabar rakan-rakan semua? Camner puasa? Harap kita sama-sama banyakkan sabar dalam melakukan ibadah ini. Sabar mengawal nafsu. Sabar menahan amarah. Sabar dalam serba-serbi dugaan dan cabaran. Sabar itu dan sabar ini...


Semakin ditahan-tahan kesabaran kadang-kadang semakin banyak dugaan yang mendatang.

Dugaan apa pulak yang aku hadapi kali ini?

Bukanlah dugaan yang berat sangat tetapi lebih kepada permainan emosi yang kadang-kadang menerbitkan sedikit elemen kemarahan atau tidak puas hati di dalam dada.

Baru-baru ini, MD bertanyakan kepada aku samada aku bercadang untuk berhenti kerja di syarikat aku sekarang. Terkejut juga sebab aku belum penah lagi bertindak atau melakukan sesuatu untuk berhenti bekerja di sini walaupun pernah terniat melakukannya.


Bila aku ajukan pertanyaan, barulah MD menjelaskan bahawa nama aku telah disebut-sebut oleh beberapa wakil syarikat lain semasa beliau bersama-sama mereka (bermesyuarat atau berlibur). Ramai yang tidak tahu bahawa orang yang bersama-sama mereka itu adalah MD aku. Ada yang kata, aku telah dipanggil untuk bekerja dengan mereka dengan jawatan dan gaji yang agak tinggi. Ada juga yang berkata bahawa mereka sedang bekerjasama dengan aku untuk projek-projek tertentu secara part-time. Ramai pula yang kata aku telah datang temuduga di tempat mereka. Yang lebih menarik, aku dikatakan sedang bekerja di syarikat mereka dan akulah juga yang sering membuat presentation kepada bank-bank bagi pihak mereka.

Betul ke?

"Mereka siap kata...En. Wan Suhaimi, yang dulu tu kerja di Maybank dan Mahmood Security."

Laaaaaaaaa.....jika detail yang camtu..memang confirm aku tu.

Apahal pulak yang telah berlaku?

Memang aku akui dahulu aku pernah submit resume untuk bekerja di syarikat-syarikat yang MD aku sebutkan tersebut tetapi itu telah lama dahulu sebelum aku bekerja di sini. Dan, tidak pernah sekalipun syarikat-syarikat tersebut memanggil aku untuk sesi temuduga apatah lagi dipanggil bekerja. Yang paling tak best ialah ada statement dari satu bank mengatakan aku akan membuat presentation kepada top management bank tersebut mewakili salah satu syarikat yang disebut MD. Wow!!!

Dari satu segi macam bagus sebab nama aku tetiba melonjak dan mendapat permintaan tinggi tetapi dari segi yang lain MD aku pula yang berkecil hati dan risau aku akan berhenti kerja dari syarikat dia.

Yang peliknya, ada juga wakil dari syarikat-syarikat tersebut yang dahulunya bangga mengutuk aku tetiba sanggup menjilat ludah sendiri dan mengguna nama aku pula...hmmmm.

Apa-apapun...sabar...sabar.. Inikan bulan puasa.


Ok...aku sambung lain kali. Nak pujuk MD aku tu untuk bersabar..sambil selit-selit ayat-ayat untuk naikkan gaji ke elaun ke..hehehe.



Sekian.
Readmore...
Thursday, August 2, 2012

Sedih sambut Hari Raya?

36 comments
 
Salam...

Baru nak masuk 2 minggu berpuasa aku dah kecoh pasal nak beraya! Tapi...mungkin elok sedikit dari sesetengah pasaraya yang dah kecoh berminggu sebelum puasa lagi. Tak kisah la kan...dah lumrah... Hari Raya memang sentiasa ditunggu-tunggu untuk disambut dengan penuh kegumbiraan bersama keluarga dan sanak saudara.

Tetapi...ada juga yang rasa sayu atau bersedih semasa Hari Raya...!


Kenapa?


Sebab...


Ada yang kena bertugas semasa Hari Raya..


Termasuk aku....




Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Readmore...
Wednesday, August 1, 2012

Handphone mana jadi pilihan?

0 comments
 
Salam...

Pepagi ni aku nak mengarut pasal handphone pulak. Banyak-banyak handphone di pasaran, handphone brand atau jenis yang mana menjadi pilihan anda?


Aku sekarang ini mengguna 2 handphone. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi atas dasar tuntutan kerja. Satu khas untuk kerja manakala satu lagi handphone personal yang kadang-kadang terpaksa aku gunakan untuk hal-hal kerja, lebih-lebih lagi jika handphone syarikat aku tu kena bar ...ish3.

Untuk urusan kerja, aku mengguna jenama Blackberry Curve 9360 pemberian syarikat aku. Brand Blackberry yang agak murah tetapi kira OK la berbanding handphone cap "ayam", manakala untuk personal, jenama iPhone 4s.


Canggih...

Handphone Blackberry tu banyak diguna untuk access e-mail syarikat dan BBM. Tak banyak aplikasi BB yang telah aku install sebab khuatir handphone tu bermasalah dan kerja-kerja aku terganggu. Lately, aku lebih banyak berada di luar pejabat, jadi, BB tu memang banyak manafaatnya.

Lain pula iPhone 4s aku tuh. Berlambak aplikasi yang telah aku download dan install khasnya aplikasi "social & communication" untuk berhubung dengan kengkawan secara percuma.


Berlambak juga games. Games? Aku main permainan handphone? Yer...kenapa? Tak percaya? Aku pun manusia jugak yang kadang-kadang merasa bosan, jadi, games kat handphone tu menjadi pengisi masa lapang dan mengurangkan darjah kebosanan aku...hehehe.

Aku memang suka gadget seperti handphone ni. Tengah terfikir juga untuk membeli iPad atau Galaxy Tab. Tapi iPad bukan handphone manakala Galaxy Tab besar bagak untuk dilekapkan di telinga untuk menjawab panggilan (malas nak guna handsfree).


Kalau guna Tab bersaiz 7 inci masih OK lagi, tapi kalau guna yang 10 inci nampak huduh betul! Tu belum masuk cover dia lagi...ish3.

Well...guna jer la apa yang dah sedia ada.

Walaubagaimanapun, selepas berbual-bual dengan seorang owner stesyen minyak yang pernah kena rompak di Nilai awal tahun ni, aku terkesima juga.


Beliau bercerita tentang kepayahan untuk beliau berhubung semasa dihambat perompak. Dalam situasi panik, handphone yang canggih menjadi seperti barang tak berguna (ujar beliau). Secara berseloroh (tetapi meninggalkan bekas di minda aku), beliau menambah, pada masa itulah handphone cap "ayam" menjadi pilihan...hmmm.

Well...bukanlah terniat untuk menukar handphone yang sedia ada kepada brand cap "ayam", tetapi bila ingat apa yang dikata oleh pemilik stesyen minyak tersebut terfikir untuk mendalami ilmu features yang terdapat di handphone aku tu. Kena cari atau create panic button. Kena ada auto dial bila kecemasan. Kena ada shortcut key untuk passcode (password). Kena install aplikasi yang boleh tahu aku di dalam kecemasan dan terus berhubung dengan pihak Polis secepat mungkin (hmmm...ada ke????)...

Errr...camner ek????



Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com