Monday, October 31, 2011

Gaji tak akan naik?

7 comments
 
Salam...

Sana sini orang bercerita tentang kenaikan gaji penjawat awam. Sana sini peniaga-peniaga bercerita untuk menaikkan harga barangan kerana gaji penjawat awam dah naik. Sana sini pemilik-pemilik gerai makanan bercerita untuk menaikkan harga makanan kerana barang-barang akan naik berpunca dari kenaikan gaji penjawat awam. Yang tak berapa bestnya, sana sini juga aku mendengar keluhan pekerja-pekerja swasta tentang gaji mereka yang tidak naik-naik tetapi harga barangan dan makanan semakin meningkat.


Apabila pekerja swasta mengadu kepada penjawat awam, si penjawat awam berkata..."tu la..kenapa dulu tak nak kerja sebagai penjawat awam?". Lalu si pekerja swasta mengomel, "dah mintak dah, tapi tak dapat-dapat. Lagipun, takkan semua orang akan diterima bekerja sebagai kakitangan awam. Bukannya banyak kekosongan jawatan yang boleh ditawarkan."

Keluhan demi keluhan aku dengar walaupun kebanyakan mereka yang mengeluh itu orang Melayu kita dan beragama Islam. Memang pernah diajar dan diberi peringatan agar tidak mengeluh dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, tetapi hakikatnya, ramai yang mengeluh juga. Gaji ciput dan tak pernah naik-naik walaupun telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya.

Pernah juga aku bersuara, kenapa syarikat tidak mencontohi syarikat swasta lain yang memberikan kenaikan gaji tahunan?

Jawapan balasan yang aku terima agak sinis juga.

"Kita ni syarikat yang kecil dan pendapatan kita amat bergantung kepada bayaran invois dari pelanggan kita. Janganlah bandingkan syarikat kita dengan bank yang awak pernah bekerja dahulu. Bank memang boleh la bagi kenaikan gaji setiap tahun. Mereka dapat untung banyak hingga berbilion-bilion."

Lalu aku menambah...bukanlah meminta kenaikan sehingga beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit. Jika ada kenaikan RM20 ke RM50 pun mungkin sudah memberikan impak positif kepada para pekerja.

"Senang la awak cakap. Untung kita bukan la banyak. Lepas tu, ada juga pelanggan yang gagal untuk membuat bayaran atau melewat-lewatkan pembayaran selama berbulan-bulan. Credit Note dan penalty pun berlambak-lambak. Modal pusingan kita jadi tersangkut-sangkut, inikan pula hendak beri kenaikan gaji."

Kenapa pelanggan melewatkan pembayaran invois?

"Mungkin sebab kesilapan di dalam invois. Mungkin sebab mereka ingin mengira semula harga invois untuk memasukkan jumlah Credit Note dan penalty."

Kenapa banyak Credit Note atau penalty?

"Sebab pekerja kita kadang-kadang tidak datang atau datang lambat. Kadang-kadang kita kekurangan pekerja sebab ramai yang berhenti."

Kenapa pekerja-pekerja kadang-kadang tidak datang?

"Tu lah, disiplin kurang. Tak ada semangat untuk datang bekerja."

Kenapa pula ramai yang berhenti?

"Mungkin mereka dapat tawaran bekerja di tempat lain."

Kenapa mereka terima tawaran syarikat lain?

"Mungkin gaji yang ditawarkan lagi tinggi."

Hmmmm...memang perkara asasnya ialah...GAJI.. bukan begitu? Kenapa tak tawarkan gaji sama seperti syarikat lain?

"Macamana nak naikkan gaji? Pelanggan tak nak naikkan fees. Lepas tu asyik lewat-lewatkan pembayaran."

Mungkin pelanggan tak berpuas hati dengan servis yang kita berikan. Ye la..kalau saya jadi pelanggan pun mungkin saya rasa tak puas hati bila ada pekerja yang datang lambat atau langsung tak datang.

"Habis tu, apa syarikat perlu buat?"

Cuba layan staff macam suatu aset yang berharga. Jaga kebajikan mereka. Berikan gaji yang lebih baik.

"Senang la awak cakap. Nak bayar gaji tinggi macamana sedangkan payment dari pelanggan selalu lewat, banyak Credit Note dan penalty?"

Invest la dahulu. Keluarkan modal untuk pembayaran gaji yang sedikit menarik dan pastikan gaji tidak dibayar lewat. Mungkin jika hal-hal gaji ini selesai, syarikat akan mendapat pekerja yang baik, berdisiplin dan loyal dengan syarikat. Mungkin masalah disiplin dan peratusan pekerja yang berhenti akan berkurangan...

"Takkan kita asyik nak invest sahaja? Entah bila pula pulangan yang kita akan dapat? Syarikat bukannya sentiasa ada duit untuk buat investment."

Buatlah belanjawan (budgeting). Struktur semula oraganisasi. Kaji semula semua perbelanjaan. Analisa cara-cara untuk membaik pulih prestasi dan yang lagi penting pastikan para pekerja dijaga kebajikan mereka.

"Balik-balik kebajikan pekerja. Kalau mereka tak puas hati pasal kebajikan, kalau mereka tak suka jumlah gaji yang mereka terima sekarang ini, kalau mereka tak puas hati kepada syarikat, mereka boleh berhenti dan cari kerja lain!"

Hmmmm...confirmed! Gaji pekerja tak akan naik. Servis tak akan bertambah baik. Pelanggan tak berpuas hati. Silap-silap syarikat akan semakin lemah kerana margin keuntungan menyusut akibat banyak Credit Note dan penalty...




Sekian.
Readmore...
Sunday, October 30, 2011

Blog aku, blog tak matang?

9 comments
 
Salam...

Benarkah blog aku, blog orang tak matang? Blog yang kebudak-budakan? Blog yang hanya sesuai dilawati atau dibaca oleh budak-budak atau golongan orang yang tidak matang?


Matang sangatkah orang yang melabelkan blog orang lain khasnya blog aku ini sebagai suatu blog yang tidak matang?

Kenapa? cer citer...cer citer...

Aku just received an e-mail dari seseorang yang pernah melawat atau terlawat (secara tidak sengaja) blog aku ini dan itulah statement yang dia hantar melalui e-mail tersebut. Blog Abanglongonline hanya layak dibaca oleh budak-budak atau pelawat-pelawat yang tidak matang kerana memaparkan aksi-aksi kucing di setiap entry!

Aku telahpun menjawab e-mail tersebut dengan satu ayat yang simple... "Terima kasih di atas kesudian anda untuk datang menjenguk blog saya yang tidak matang ini walaupun anda adalah seorang yang matang!"...huhu.

Aku sekadar menjangkakan bahawa dia hanya singgah sebentar di blog aku ini dan melihat gambar-gambar di halaman utama. Sudah tentulah gambar-gambar kucing dengan berbagai aksi dan reaksi yang dipaparkan. Aku juga pasti bahawa dia tidak pernah membaca entry-entry aku secara keseluruhannya.

Persoalannya...adakah memaparkan hanya aksi-aksi dan reaksi kucing membuatkan blog aku ini menjadi suatu blog yang tidak matang dan hanya sesuai dibaca oleh budak-budak atau golongan orang yang tidak matang?

Tidak mengapalah...aku terima seadanya.




Sekian.
Readmore...

Mengimbau cerita lama?

4 comments
 
Salam...

Dua tiga hari ni, aku asyik ditemukan dengan beberapa ex-staff aku semasa bertugas di sebuah syarikat kawalan keselamatan beberapa tahun dahulu. Banyak yang kami bualkan dan khasnya berkisar tentang aku dan karangan (e-mail) yang aku telah hantar sebelum aku keluar dari syarikat tersebut. Memang aku emotional. sesuai dengan tajuk entry yang aku tulis memaparkan karangan (e-mail) tersebut di SINI.


Di antara banyak topik-topik yang kami bualkan, aku tertarik dengan satu statement yang dikeluarkan oleh salah seorang ex-staff aku tersebut iaitu...

"Selepas Encik Wan keluar, semakin galak mereka melakukan CBT menyalah-gunakan wang client untuk kepentingan peribadi. Kerap kali juga mereka melakukannya secara terang-terangan!"

Bulat mata aku!...

Aku telah lama mengesyaki perkara tersebut sebelum aku bekerja di syarikat itu lagi, cuma aku tiada bukti yang kukuh. Sekadar mengesyakinya melalui discrepancy yang wujud semasa melakukan reconciliation (semasa masih bekerja di bank) dan beberapa e-mail dari pekerja-pekerja yang telah berhenti (atau mungkin diberhentikan).


Well, tindakan aku untuk implement registers dan beberapa peraturan ketat khasnya yang melibatkan pergerakan wang tunai pelanggan, mungkin telah menimbulkan keresahan di kalangan mereka yang sebelum itu terlibat (mungkin) dalam CBT tersebut.

Ada kemungkinan (mungkin just perasaan aku), tindakan mereka mempersoalkan kredibiliti aku, menimbulkan isu-isu personal tentang aku serta menghasut pekerja-pekerja aku untuk membenci aku adalah bertujuan untuk memberi tekanan dan seterusnya memaksa aku berhenti dari syarikat tersebut...hmmmm.

Aku juga pernah menyentuh tentang perkara itu di SINI.

Apa-apa pun...itu dahulu. Sekarang ini syarikat tersebut dah terkulai dan hampir terkubur. Benarlah seperti kata-kata orang lama...jangan sesekali ambil wang atau harta yang diamanahkan kepada kita, kelak kita akan binasa.

Dan...sekarang ini aku cuma termenung dan sedikit tersentak apabila ex-staff aku tersebut menyebut beberapa nama orang yang terlibat samada membantu pihak yang satu lagi untuk melakukan CBT atau nama-nama tersebut sebenarnya yang melakukan CBT untuk diri sendiri tetapi telah menjual nama orang lain...

Janganlah pula ada yang menjual nama aku pula dengan tujuan untuk menganiaya aku.



Sekian.
Readmore...
Friday, October 28, 2011

Masak mee bandung lagi?

12 comments
 
Salam...

Anda suka memasak? Masakan apa yang anda paling suka masak? Masak gulai? Masak lemak cili padi? Masak kurma? Masak singgang? Masak asam pedas? Masak mee maggi? masak nasi? Atau just suka masak air jer? ataupun..just suka jerit...masaaaaaaaaaaakkkkk!!...ish3.


Terus terang cakap, semenjak dua tiga empat lima enam menjak ni, aku suka sangat masak. Tak tau la kenapa? Cuma menunya..mee bandung, mee hailam, mee rebus dan mee  num (minum...hehe).

"Aik? Asyik-asyik masak mee jer..tak ada menu lain lagi ke?"

Bukan tak ada, cuma tu jer yang aku tau...hehe.

Engkau ada? Menu apa yang engkau suka masak?

"Aku cuma tahu menu engkau yang last tuh...mee num (minum)..huahuahua."

Cheh!!

Bercerita pasal mee bandung ni, dulu aku ada post satu entry bertajuk "Abang Long masak mee bandung". Ada juga la yang tinggal komen kat situ sebab entry tu semacam mengarut dan lawak... hehehe.

Resepi yang aku paparkan di situ sebenarnya aku cilok dari salah sebuah blog yang aku temui khas bercerita tentang mee bandung Batu Pahat. Terus terang, aku ingin meminta maaf sebab resepi tersebut sebenarnya tak kena dengan tekak aku. Especially, bila ada dicampur sedikit santan kelapa. Instead of jadi mee bandung Batu Pahat, dah jadi macam mee kuah kacang. Sebijik macam rasa kuah kacang untuk cecah satay tuh...aduyai!!

So, kali ni, aku akan beri pula resepi yang betul-betul sebijik rasa macam mee bandung Batu Pahat.

Silakan baca...


Bahan-bahannya (untuk 5 orang mengkedarah):

  • 200 - 300 gram daging yang telah direbus dan dihiris nipis.
  • Air rebusan daging kat atas tu. Kalau guna air rebusan ketam lagi sedap dan manis.
  • 50 - 100 gram udang kering dikisar (aku suka kalau udang kering tu banyak)
  • 1/2 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 cawan kacang tanah yang telah disangai (goreng tanpa minyak) dan dikisar
  • 5 - 10 ekor udang basah (kalau ada yang hidup lagi best...)
  • 3 - 5 sudu besar cili giling (nak guna cili boh buleh)
  • Tauhu goreng yang dihiris nipis (ikut suka banyak mana)
  • Sayur sawi (ikut suka berapa banyak)
  • 3 - 5 bijiTelur
  • 1 kilo mee kuning (dicelur)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Cili hidup (dihiris nipis untuk hiasan)

Cara-cara memasaknya:

1. Mula-mula, alihkan kucing dari kuali/periuk memasak dan letakkan di tempat yang sesuai..hehehe


2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili giling. Biar cili tu sedikit garing.
3. Masukkan udang kering dan teruskan menumis hingga terbit bau.
4. Masukkan air rebusan daging (atau ketam) dan juga daging yang telah dihiris nipis. Biarkan mendidih dan daging jadi empuk.
5. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar. Biarkan mendidih hingga pecah minyak. Kuantiti kacang tanah bergantung kepada anda (aku lebih suka jika kacang tanah banyak bagi memekatkan kuahnya).
6. Masukkan udang basah dan tauhu.
7. Pecahkan telur (jangan dikacau untuk mengelakkan kuningnya pecah)
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa (kebiasaannya telur akan menyerap garam dan gula, so, boleh la lebihkan sedikit jika mahu)
9. Masukkan sayur sawi

Cara-cara menghidangnya:

Curahkan kuah bandung ke atas mee yang telah dicelur dan hiaskan dengan potongan cili hidup yang dihiris nipis tadi. Jika suka, boleh juga taburkan sedikit bawang goreng.

So, siaplah mee bandung Batu Pahat. Enjoy lah makan bersama 3 orang rakan dan seekor kucing (yang anda telah alihkan tadi)...


Itulah resepi mee bandung Batu Pahat aku yang aku masak untuk menjamu family dan kawan-kawan yang datang berziarah di Hari Raya tempohari. Sampai kena masak 2 periuk sebab tak cukup! Dah tu, bukan setakat sehari...3 hari yang berlainan aku kena masak!

Alhamdulillah, ramai juga yang suka masakan aku tu...pas ni, leh la pi niaga...huhu.




Sekian.
Readmore...
Thursday, October 27, 2011

Cara-cara kempiskan perut yang berkesan?

1 comments
 
Salam...

Anda gemuk? Perut anda buncit atau boroi? Dah banyak kali berusaha tetapi masih gagal untuk mengempiskan perut anda?


Aku ingin share 2 cara yang mungkin sesuai dan berkesan untuk mengempiskan perut anda yang buncit atau boroi tersebut.

Pertamanya, jagalah pemakanan anda. Memang agak subjektif tetapi aku suggest anda cuba untuk berpuasa nasi selama sebulan. Makan makanan yang bukan berasaskan beras seperti nasi dan mee hun. Cuba untuk skip lunch tetapi anda mestilah mengambil breakfast. Jika berpuasa, hendaklah bersahur.

Keduanya dan yang paling penting, ketahuilah senaman untuk mengempiskan perut yang sesuai dan bersenamlah dengan cara yang betul serta berterusan (istiqamah). Melakukan sit-ups sebenarnya tidak begitu membantu dalam mengempiskan perut. Sit-ups hanya menegangkan otot-otot di bahagian paha.

Apakah senaman yang sesuai?

Meh..kita share..

Senaman Pertama
Senaman berikut membantu untuk menegangkan bahagian atas perut (abdomen) anda:


1. Mulakan dengan berbaring di mana belakang anda rata ke lantai.

2. Bengkokkan kaki untuk menaikkan lutut anda. Pastikan tapak kaki, punggung dan belakang anda rata di atas lantai. Kedudukan kaki anda hendaklah sentiasa begini untuk memastikan belakang anda mendapat sokongan semasa bersenam.

3. Letakkan kedua-dua tangan anda melintang di antara satu sama lain dan menyentuh bahagian dada anda. Sesetengah orang suka meletakkan tangan di bawah tengkuk tetapi sebenarnya salah dan mungkin menyebabkan kesakitan tengkuk. Ada juga kemungkinan, sekiranya anda penat, anda akan menarik tengkuk anda untuk menghabiskan senaman tersebut dan bukannya memberi tekanan terhadap perut (abdomen).

4. Dengan perlahan-lahan, naikkan kepala dan bahagian atas badan anda sehingga anda dapat merasakan ketegangan di bahagian perut dan pastikan bahagian belakang badan anda sentiasa rata di atas lantai. Semasa mengangkat badan, tarik nafas dalam-dalam.

5. Turunkan kepala dan bahagian atas badan anda seperti keadaan asal. Lakukan dengan perlahan-lahan dan hembuskan nafas yang anda tarik tadi.

6. Ulangi proses di atas dalam 30 kali. Selepas itu berehat lebih kurang 2 minit sebelum anda menyambung semula.


Senaman Kedua
Senaman berikut membantu untuk menegangkan bahagian bawah perut (abdomen) anda:


1. Berbaring rata di atas lantai.

2. Naikkan kaki anda dan pastikan lurus serta silangkan di bahagian tumit atau betis.

3. Pastikan tangan anda diletakkan rata ke lantai.

4. Perlahan-lahan, angkat punggung anda lebih kurang 2 inci dari lantai. Pastikan kaki anda tegak dan tidak bergerak.

5. Tahan kedudukan anda tersebut hingga anda merasakan tekanan di bahagian bawah perut (2 - 3 saat). Pastikan kepala dan bahu anda sentiasa rata di atas lantai. Tarik dan tahan nafas anda di waktu ini.

6. Perlahan-lahan, turunkan punggung anda dan hembuskan nafas (juga dengan perlahan-lahan).

7. Ulangi proses di atas hingga 30 kali. Berehat dalam 2 minit sebelum anda menyambung semula.


Aku syorkan anda buat setakat 30 kali senaman pertama dan 30 kali untuk senaman kedua dalam sehari. Tak payah lebih-lebih kecuali anda memang tahan. Jika tidak anda mungkin menyiksa diri dan akhirnya senaman tersebut menjadi bebanan lalu anda akan bosan dan berhenti bersenam.

Kalau anda ada masa...lakukan brisk walking.


Harap info di atas bermanafaat dan kita sama-sama memiliki perut yang kempis.




Sekian.


Readmore...

The FACEBLOG?

2 comments
 
Salam...

Anda ada Facebook? Anda ada blog? Agaknya yang mana satukah yang lebih banyak memakan masa anda? Yang mana satu pula yang paling anda suka layari?

Well, aku pun ada kedua-duanya sekali. Dahulu...lebih banyak masa aku terbuang untuk Facebook.


Sekarang...banyak masa untuk berblog pula dan Facebook aku gunakan lebih kepada untuk "ping" entry-entry aku jer...

Errr...ada gak sket chatting.

Errr...sket tengok-tengok profile orang, gambar-gambar orang dan bermacam-macam gambar lagi..

Errr...gambar kucing pun banyaaaaaak...hehehe...




Bercerita tentang "ping" ni, ada beberapa website yang menyediakan perkhidmatan "ping" dan yang baru aku temui ialah...FACEBLOG.


Kiranya...FACEBLOG tu berasal dari perkataan-perkataan "Facebook" + "Blog" la tuh..

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang  FACEBLOG, just klik jer banner kat atas tu. Banyak gak tutorial berguna yang boleh kita pelajari di SITU.

Orait!!...Itu jer iklan aku untuk hari ni...huhu.




Sekian.
Readmore...
Wednesday, October 26, 2011

Pandai atau memandai-mandai?

4 comments
 
Salam...

Anda bijak? Anda pandai? Adakah kepandaian anda itu membantu di dalam membuat keputusan yang bijak? Atau..adakah kepandaian anda itu menjurus kepada tindakan "memandai-mandai"? Atau.. adakah sikap suka memandai-mandai itu suatu tindakan anda yang bijak?


Apahal pulak aku melalut ni? Dah la tu, cakap pulak berbelit-belit?...ish3.

Pada pendapat aku "bijak" dan "pandai" itu membawa maksud yang berbeza, manakala, "memandai-mandai" itu pula menjurus kepada sesuatu yang negatif.

Apa sebenarnya yang aku ingin sampaikan ni?

Pada ketika ini, aku sedang di dalam proses untuk menaik-taraf syarikat aku dan salah satu cara untuk tujuan tersebut, aku memerlukan beberapa orang pekerja yang bijak, berpengalaman dan berupaya membantu aku untuk mencapai certain targets yang aku telahpun gariskan.

Aku telah bertemu beberapa orang candidates yang sesuai. Kami telah berbincang dan bersetuju khasnya tentang tawaran kerja yang melibatkan pakej seperti gaji dan benefits yang lainnya.

Salah seorang daripada candidate tersebut telah aku bawa dan temukan dengan Pengurus Sumber Manusia untuk formality dan penyiapan dokumen perlantikan kerja.

Hendak dijadikan cerita...rupa-rupanya, semasa sesi interview dengan Pengurus Sumber Manusia tersebut, pakej kerja, tangga gaji dan benefits lainnya telah diubah atau diolah semula. Aku hanya tahu perkara tersebut setelah diberitahu oleh candidate tersebut yang tidak berpuas hati beberapa hari selepas sesi interview tersebut.

Untuk mendapatkan kepastian, aku telah bertemu dengan Pengurus Sumber Manusia dan inilah perbualan kami...

Apa cerita? Apa yang awak dah buat sampai candidate kita tak puas hati?

"Tak puas hati? Tapi, semasa sesi interview tempohari, ok jer?"

Candidate tak puas hati pasal offer kita.

"Begini bos, candidate minta gaji yang agak tinggi malah lebih tinggi dari skala gaji pekerja kita yang sedia ada. So, semasa sesi interview tersebut, saya kurangkan la."

Takkan sampai 20% kurang daripada apa yang dia dapat di tempat kerja lamanya?

"Tapi, semasa sesi interview tu, tak ada pulak dia bangkang."

Mungkin dia malas nak panjang-panjangkan cerita dan sudah bosan dengan soalan-soalan awak?

"Niat saya cuma nak kurangkan kos syarikat, bos."

Saya faham. Saya pun tahu yang awak memang bijak dan pandai mengawal setiap sesi interview. Saya juga hargai niat awak untuk mengurangkan kos syarikat. Cuma, adakah awak tahu atau faham apa makna "pinching"?

"Maksud bos?"

Candidate tu sekarang ni masih lagi bekerja. Oleh kerana dia ada kepakaran yang kita perlukan, kita cuba "pinch" dia dari syarikat yang dia sedang bekerja. Oleh itu, kita perlu beri dia suatu tawaran yang lebih baik daripada apa yang dia terima sekarang dan bukannya memberi suatu tawaran yang kurang nilainya.

Memang, dari segi gaji, permintaannya agak tinggi sedikit daripada skala gaji pekerja kita yang sedia ada, tetapi, kepakaran yang dia miliki mungkin akan membantu kita melipat-gandakan business volume dan meninggikan margin keuntungan syarikat. Secara tak langsung, kos membayar gaji dia yang sedikit tinggi tertampung oleh keuntungan tersebut.

Bukan ke semasa sesi pembentangan perancangan saya tempohari, saya ada memberi penerangan yang panjang lebar tentang perkara ni?

"Maaf bos, saya tak teringat tentang tu."

Hmmmm...ok lah. Sekarang ni, saya mahu awak gunakan kebijaksanaan dan kepandaian awak tu untuk memujuk candidate tersebut agar bekerja dengan kita. Macamana awak nak buat, saya tak nak tahu. Dan...saya tahu awak tu pandai...tetapi tolong jangan memandai-mandai membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada saya atau pihak Pengurusan lainnya...


Biarlah kita pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk kepandaian kita daripada menunjuk pandai atau memandai-mandai hingga menyusahkan orang lain.




Sekian.
Readmore...
Tuesday, October 25, 2011

Haramkah gaji kita?

9 comments
 
Salam...

Dahulu, aku sering diberi peringatan oleh ibu dan bapaku, orang tua-tua yang lainnya, guru-guru, ustaz dan ustazah serta rakan-rakan agar menjauhkan diri dari bekerja di syarikat yang menjual barangan haram seperti kilang membuat arak, kedai menjual binatang haram (babi dan binatang yang disembelih tanpa mengikut hukum syara'), kedai-kedai berasaskan perjudian dan lain-lain lagi syarikat seumpamanya kerana gaji yang diperolehi itu haram!


Malah, mungkin atas faktor yang sama, ada juga rakan-rakan aku yang berhenti bekerja di bank kerana menganggap gaji yang diterima adalah haram. Puncanya, menurut mereka, kebanyakan bank mengamalkan unsur-unsur riba' di dalam perniagaannya!

Sebenarnya, aku tidak berniat untuk mengupas tentang isu halal atau haramnya pendapatan kita dari penggajian. Aku sendiri tidak layak untuk berbuat demikian memandangkan ilmu agama aku, aku akui amatlah cetek.

Aku sekadar ingin menegur segelintir rakan-rakanku (Melayu dan muslim) yang kadang-kadang terlalu taksub bercerita dan berhujah tentang haramnya pendapatan penggajian orang lain tanpa mengambil kira sentimen perasaan orang yang terbabit.

Contohnya, salah seorang rakanku beria-ia menyuruh seorang rakan yang lain supaya berhenti bekerja di sebuah syarikat guaman dengan alasan para peguam membantu penjenayah terlepas dari hukuman dan hukumnya adalah haram! Aku tidak tahu dari mana dia mendapat maklumat tersebut tetapi melihatkan cara dia berhujah, seolah-olah hukum tersebut termaktub di dalam al-Quran!


Akibatnya, mereka sudah tidak lagi bertegur sapa, khasnya apabila rakan yang terbabit tersebut berkata "Kalau macam tu, tolong aku untuk mendapatkan suatu kerja yang gaji dan manafaatnya sama dengan apa yang aku dapat sekarang dan pastikan kerja tersebut 100% halal. Ataupun, engkau bagi sahaja gaji engkau kat aku sebanyak gaji aku sekarang ni dan aku akan berhenti bekerja di situ."

Entahlah...terlalu banyak perkara-perkara subjektif apabila bercerita tentang pendapatan penggajian. Jika diikutkan, kalau kita sering mengular sewaktu kerja, gaji kita itu juga bukanlah 100% halal kerana ada unsur-unsur menipu. Walaupun kita bekerja di sebuah syarikat kontraktor yang sepatutnya tidak timbul gaji yang diterima itu haram, tetapi jika kontrak yang syarikat perolehi adalah melalui sogokan (atau rasuah), maka, ada kemungkinan duit hasil kontrak yang digunakan untuk membayar gaji kita itu juga tidak 100% halal.


Apa-apa pun marilah kita berdoa agar perkara-perkara atau benda-benda haram tidak akan menjadi darah dan daging kita...amin.




Sekian.
Readmore...
Monday, October 24, 2011

Gambar lucah di blog?

1 comments
 
Salam...

Siapa yang letakkan gambar lucah ke dalam blog mereka tu? Apa la nak jadi kat mereka tu? Tak beretika langsung. Takkan inginkan visitor yang beribu-riban sanggup berbuat apa sahaja untuk itu? Tak tahu dan tak kenal dosa ke? Gambar lucah siapa yang dipaparkan? Nampak semuanya ke?


Apa nama blog tu? Apa address dia?

Bukan apa...nak jugak aku tengok gambar-gambar tuh. Aku just nak pastikan betul atau tidak cerita tu?...ish3

hehehe...

Oppsss! Maaf, aku tak boleh beritahu blog siapa, apa nama blog tu atau apa address dia.. sebabnya.. akupun tak tahu..huhu.

Aku just terpanggil untuk mencoret tentang ni sebab pernah terbaca entry atau beberapa entry yang mengutuk blogger lain yang suka bercerita atau memaparkan elemen-elemen 18sx ke dalam blog mereka untuk menarik visitor.

Aku bukanlah ingin memberi nasihat sebab aku tidak layak untuk berbuat demikian. Aku cuma ingin memberi sedikit pendapat yang tak seberapa nilainya (atau mungkin tiada nilai langsung) yang asyik berlegar-legar di dalam minda aku ni.

Pada pandangan aku, jika ingin menegur biarlah kena dengan caranya dan berhemah. Bukan dengan menghentam atau mengutuk secara keterlaluan. Bukan apa, tindakan mengutuk atau menghentam tersebut juga sebenarnya salah. Memang benar, kita berkewajipan untuk mencegah perkara mungkar dan selemah-lemah iman ialah membenci perbuatan mungkar tersebut di dalam hati tetapi adakah tindakan kita tersebut dibuat selepas berfikir natijahnya? Kita juga perlu sentiasa ingat "Matlamat tidak pernah menghalalkan cara". Mungkin, tindakan kita secara sembrono bakal menerbitkan elemen-elemen dosa yang lainnya. Mungkin juga, tindakan kita tersebut akan membuka aib kita sendiri.

Then, apa perlu kita buat?

Pada pendapat aku. jika kita berkelayakan untuk memberi nasihat sekalipun, berilah nasihat dengan cara yang elok, berhemah serta berilmu. Otherwise, serahkan sahaja kepada pihak tertentu atau pihak berwajib untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Janganlah kita terlalu taksub menghentam, mengutuk, menghina tindakan orang lain yang memaparkan sesuatu yang pada pandangan kita ada "double meaning" atau meletakkan gambar-gambar yang membangkitkan ghairah nafsu, sedangkan kita sendiri sering memaparkan gambar-gambar tak kira gambar sendiri atau orang lain yang mendedahkan aurat.

Aku juga sering mengingatkan diriku agar sentiasa fokus kepada tujuan asal kenapa ingin berblogging. Tiada tujuan untuk memberi nasihat atau membuat teguran terhadap kesilapan cara orang lain berblogging khasnya kerana diri sendiri masih cetek ilmu di dalam hal-hal sedemikian. Malah. tiada juga niat untuk membenteras anasir-anasir yang mungkin boleh menyebabkan terpesongnya akidah, elemen-elemen yang menjatuhkan maruah, unsur-unsur lucah atau memaparkan tindakan-tindakan melampaui batas, kerana aku memang tidak diberi hak untuk itu.

Jadi, bila ramai blogger bercerita tentang si polan yang memaparkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya dihebah-hebahkan (khasnya yang berbaur lucah), aku just ignore dan pastikan blog-blog sedemikian tidak dilawati oleh anak-anak aku.

Anda pula bagaimana?




Sekian.
Readmore...
Saturday, October 22, 2011

Siapa kata siput berjalan perlahan?

6 comments
 
Salam...

Pernah lihat siput babi? Aku ulangi...siput babi..dan bukannya babi! Macamana bentuknya yer?.. dan.. sekali lagi...memang jauh benar bentuknya dengan babi!

Tak pernah tengok? Meh, aku tunjukkan..Ni haaa..dia...



Eh? Apesal lain macam jer bentuknya tuh?

Cuba yang ni pulak.


Errr...

Yang ni kut?


Haaa...barulah betuiiiii!!

Ada orang kata siput babi tu berjalan perlahan. Betul ke?

Yang pasti betul adalah yang berkata tersebut sememangnya "orang". Kalau siput babi tu sendiri yang berkata-kata, nampak sangat temberangnya.

Siapa "orang" yang berkata siput babi berjalan perlahan?

Aku baru jer terjumpa bukti yang siput babi berjalan laju, malah lebih laju dari orang yang sedang berjalan...

Tak percaya?

Ni haa buktinya...


Sekarang, anda percaya?

Aku memang percaya...sebab tu aku kena tidur sekarang coz minda aku dah mula melalut akibat tak cukup tidur...ish3.





Sekian.
Readmore...
Thursday, October 20, 2011

Tak hormat suami kerana tidak berduit?

4 comments
 
Salam...

Anda seorang wanita yang sudah berkahwin? Bagaimanakah layanan anda terhadap suami? Baik? Syukur alhamdulillah. Bagaimana pula jika suami anda itu seorang yang miskin dan tidak berduit? Adakah hormat anda masih tetap sama atau berkurangan? Semakin hormat dan semakin sayang? Syukur alhamdulillah...mudah-mudahan anda digolongkan ke dalam umat yang dijanjikan syurga, amin...


Apesal pulak aku menyibuk tentang hormat kepada suami ni?

Aku telah didatangi seorang staff aku untuk meminta nasihat kerana dia berniat untuk bercerai akibat kegagalan suaminya untuk memberi nafkah (berbentuk duit).

Menurutnya, si suami telah menganggur lebih setahun dan baru sahaja mendapat pekerjaan dengan gaji yang tidak seberapa. Manakala dia pula bekerja (dan berjawatan sedikit) dengan gaji yang bagi aku boleh tahan juga. All the while (semasa si suami menganggur), dialah yang menyara hidup keluarga.

"Salahkah saya menuntut cerai kerana tidak mahu suami terus-terusan menanggung dosa akibat kemiskinannya?"

Salah dan berdosa!

"Habis tu, bagaimana dengan kehidupan kami? Anak-anak perlukan makanan dan pakaian. Saya juga perlukan duit untuk pergi bekerja. Suami juga kadang-kadang meminjam duit saya untuk pergi bekerja. Siapa yang sepatutnya memberi nafkah, suami atau saya?"

Suami bertanggungjawab untuk memberi nafkah seperti menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan serta menjaga keselamatan keluarga.

"Kenapa pula saya yang berdosa?"

Suami awak tak pernah keluar duit langsung ke untuk keluarga?

"Ada. Dia bayar installment rumah."

Berapa sebulan dia bayar?

"Sebulan RM1,500. Tapi masa dia menganggur, dia keluarkan duit KWSP untuk bayar advance selama 3 tahun."

Banyak juga yer? Tidak kiralah duit tu dapat dari KWSP sekalipun tetap duit dia juga.

"Takkan setakat bayar rumah jer? Makan minum, pakaian, bayar kereta dan keperluan rumah yang lain-lain tu takkan dia tak perlu ambil kisah?"

Dari segi hukum memanglah kewajipan dia, cuma, adakah dia  mampu?

"Semasa dia menganggur tu sudah tentulah dia tak mampu. Sekarang ni dia dah bekerja, dia kena usaha berlipat kali ganda untuk lunaskan tanggungjawab dia tu."

Kalau dia tak mampu juga?

"Sebab tu sekarang ni saya nak mintak cerai!"

Atas alasan apa?

"Walaupun dia dah bekerja, duit yang dia dapat bulan-bulan masih tak cukup untuk tampung perbelanjaan keluarga. Nasib baiklah, installment rumah tak perlu bayar lagi selama 3 tahun. Sekarang ni saya masih lagi perlu hulur duit untuk perbelanjaan keluarga, walhal itu semua tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah kepada anak-anak tu."

Apa salahnya membantu suami buat sementara waktu ni?

"Saya dah penat asyik nak bantu dia sahaja. Sekarang ni semua perbelanjaan yang saya bayar dikira hutang."

Suami setuju?

"Setuju atau tidak dia kena ikut jugak."

Kenapa tak niatkan sedekah jer?

"Saya kena ajar dia supaya berubah. Dia kena cari duit banyak-banyak untuk bagi nafkah kepada saya dan anak-anak."

Sebagai isteri awak tak boleh menyombong kepada suami dan bertindak seolah-olah dia tu macam budak-budak yang perlu diajar walaupun mungkin awak lagi pandai dari dia. Sekadar berkongsi maklumat dan menyampaikannya secara berhemah memang baik cuma sebagai seorang isteri hendaklah menuruti batas-batas yang tertentu.


Rezeki tu di tangan Tuhan. Kita sebagai hambanya tidak boleh pula memaksa Tuhan untuk memberikan kita rezeki tersebut. Sebagai seorang hamba, kita tiada hak untuk memaksa.

Kalau rezeki suami dari segi duit (gaji) setakat itu sahaja macamana?

"Sebab tu saya nak tuntut fasakh atau perintah mahkamah untuk kami bercerai. Hidup saya dengan dia tak pernah senang. Saya pun ada hati juga untuk merasa hidup mewah."

Awak pasti ke bila bercerai dengan dia nanti hidup awak akan jadi senang atau mewah?

Kita kena selalu ingat "langit tak selalunya mendung" manakala bagi orang kaya sekarang ini "ingatlah langit pun tak selalunya cerah".

"Sekurang-kurangnya saya tak sakit hati macam ni."

Bersyukur dan bersabarlah. Awak kena faham, untuk mencapai kejayaan dalam hidup, banyak ranjau dan durinya atau banyak dugaannya. Sepertimana kita ingin mendapatkan segulung ijazah, kita perlu belajar dan mengharungi peperiksaan atau ujian-ujian tertentu sebelum memperolehinya. Mustahil untuk mendapatnya dengan hanya memetik jari.

Kalau nak masuk syurga pun ada ujiannya!

Allah ada berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud..

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” Al Baqarah : 214.

"Saya rasa dah tak sanggup lagi membantu dia dari segi kewangan."

Cubalah bersikap lebih positif dan janganlah terlalu berkira khasnya tentang sumbangan atau bantuan kepada suami. Jangan sampai Tuhan pula berkira tentang rezeki yang sepatutnya kita perolehi atau dalam kata lain, rezeki kita ditahan-tahan.

Memanglah suami berkewajipan untuk menyediakan hampir segala-galanya. Tetapi bukanlah suatu kesalahan atau memberi kehinaan kepada seorang isteri jika bersedekah kepada keluarganya.

Allah berfirman..

”Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan KAUM KERABAT, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Al-Baqarah : 215.

Bukankah suami juga KAUM KERABAT dan kalau miskin pula masuk dalam golongan "orang miskin" sepertimana disebut di dalam surah tu?

Di dalam hidup berkeluarga perlu ada sikap bertolak ansur dan saling membantu dengan ikhlas kerana segalanya adalah kepunyaan Allah. Kita pula perlu berkongsi dan masing-masing tidak mempunyai hak mutlak ke atas sesuatu benda atau perkara.

"Ye lah tu. Encik lelaki, so, mestilah menyokong orang lelaki kan?"

Minta maaf. Saya bukan menyokong suami awak. Saya cuma berkongsi maklumat yang saya tahu tentang kehidupan suami isteri mengikut ajaran Islam. Malah, saya tak menganggap perbualan kita ini merupakan suatu nasihat dari saya kepada awak sebab saya tak layak untuk memberi nasihat.

Kalau awak rasa kata-kata saya tadi hanya berat sebelah dan menyokong suami awak sahaja, lebih elok awak dan suami mendapatkan bimbingan di mana-mana pejabat agama. Mereka ada pakar yang lebih tahu untuk memberikan bimbingan dan nasihat.

Saya cuma berharap, krisis rumahtangga awak yang berlaku ini tidak mengganggu tugasan awak seharian.


Begitulah lebih kurang perbualan aku dengan staff aku tersebut. Aku berharap agar dia cepat-cepat menyelesaikan krisis tersebut supaya kerja-kerjanya di pejabat tidak terganggu dan mendatangkan masalah kepada kakitangan lain.

Samada dia menerima kata-kata aku itu, aku tidak pasti.




Sekian.
Readmore...
Tuesday, October 18, 2011

Meniru biarlah bijak dan berpada-pada

1 comments
 
Salam...

Dulu semasa aku belajar di universiti, aku sering disogokkan dengan perkataan "Toyol". Bila sekali dengar bunyinya semacam menyeramkan. Apa taknya...toyol tu kan hantu!!!! eeee..takut!!!...hehe.


Sebenarnya perkataan tersebut bukan menggambarkan atau menceritakan pasal hantu tu, tetapi lebih kepada sesuatu yang menggelikan hati...toyol yang digunakan untuk membawa maklumat-maklumat tertentu yang bakal membantu para pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan...ish3.

Itu dulu...sekarang ni, bila dah bekerja (lama dah), orang tak guna toyol untuk meniru atau melakukan plagiarism tetapi dengan menggunakan kaedah yang lebih canggih...meniru dengan membuat "copy & paste" hasil kerja orang lain.

Bagi aku, budaya suka meniru atau mengambil @ mencuri hasil kerja orang lain sebegitu memang agak sukar untuk dibendung lebih-lebih lagi jika apa yang ditiru itu merupakan sesuatu yang "standard" seperti agreement, SOP, Business Plan, Business Proposals dan sebagainya. Malah, artikel-artikel atau entry di dalam sesebuah blog juga sering ditiru...hmmmm.

Cuma, aku ingin berpesan (kepada diriku juga), jika ingin meniru hasil kerja orang lain, janganlah sekadar "copy & paste". Buatlah atau olahlah sedikit perubahan kepada karya asal. Janganlah meniru bulat-bulat hinggakan kesalahan ejaan atau kesalahan grammar (jika di dalam bahasa Inggeris) juga diikuti.

Biarlah bijak apabila ingin melakukan plagiarism sekalipun!

Jika ketandusan idea untuk mengolah semula karya asal atau memang tidak tahu apa-apa untuk ditulis dan bergantung harap sepenuhnya kepada karya asal orang lain tersebut, maka, berilah "credit" kepada si pencipta karya tersebut.

Biarlah kita dikata bijak meniru daripada dikata melampau bodohnya kerana meniru hinggakan kesilapan ejaanpun tidak dibetulkan.

Apa komen anda?



Sekian.
Readmore...
Friday, October 14, 2011

Berapakah nilai blog anda?

14 comments
 
Salam...

Berapakah nilai blog anda? Nilai blog aku ini dianggarkan hanya sebanyak RM7,636.93 jika mengikut bizinformation.com.my dan berharga USD 3,920.23 jika menurut pengiraan blogcalculator.com.

Kalau mengikut apek yang selalu aku jumpa minum kat kedai mamak sebelah pejabat aku ini, dia sanggup bayar RM 50,000 untuk membeli blog aku ini...dan dia juga sering menambah (berkata) sememangnya dia takkan beli sebab tak ada duit sebanyak tu...kata-kata apek tu membuatkan seolah-olah berekor-ekor kucing keluar dari minda aku dan blog aku juga untuk menerkam dia...hahaha.


Pada pendapat aku, a blog is only worth what someone is willing to pay you for it atau dalam kata lain kalau ada tiba-tiba seseorang ingin menawarkan untuk membeli blog kita dengan harga RM 1 juta maka, itulah harganya dan kalau dia hanya membayar RM 2, anggap sahaja baki sebanyak RM 999,998 tersebut sebagai hutang yang kita perlu halalkan...hehe.

Dan...jika ada orang berkata, "blog engkau tu langsung tak ada harga. Kalau bagi free pun aku tak mahu"..janganlah pula kita marah atau mengamuk tak tentu pasal. Mungkin sekadar bertanya, "engkau ada blog tak", dan jika jawapannya "tak ada", pandai-pandailah anda membebel..huhu.

Opppsss...tak baik membebel tau...!

Apesal aku melalut tentang nilai blog nih?

Actually, aku bukanlah nak bercerita sangat tentang nilai sesebuah blog tetapi sebab selalu sangat melihat paparan yang menunjukkan nilai sebegitu di blog rakan-rakan blogger, membuatkan aku kepingin juga untuk mengetahui nilai blog aku ini...hehe...dan hasilnya memang membanggakan juga. Jika RM7,636.93 itu diberikan kepada aku, boleh la aku membawa kesemua kucing-kucing aku termasuk yang ada di dalam blog ini untuk pergi berkaraoke...hehe.


Well, semua tu just anggaran atau andaian sahaja. Jika ada orang beli blog aku ini, terpaksalah aku membuat blog lain dan bermula semula dari awal...penat juga tu! Ye lah, banyak gambar-gambar kucing yang ada di blog ni aku kena cari semula...ish3.

Apa-apapun, niat aku berblogging bukanlah untuk dijual atau ingin mencari duit dengannya. Aku sekadar mencari medium yang lebih sesuai dan mudah untuk aku mencurahkan idea, berkongsi maklumat, berkongsi pengalaman, memberi sedikit tunjuk ajar setakat yang aku tahu termasuklah menyisipkan sedikit cili padi...hehe..dan yang paling penting lagi...memaparkan gambar-gambar aksi kucing yang menarik tuh...hahaha.

Anda pula bagaimana? Puas hati ke dengan nilai blog anda tu? Adakah anda memang sedang menikmati kemewahan yang melimpah ruah hasil pendapatan daripadanya? Ada niat nak jual ke? Atau, anda juga seperti aku yang memiliki blog dengan nilai yang tak seberapa (bagi sesetengah orang kaya) tetapi berbangga kerana ada blog?




Sekian.
Readmore...
Wednesday, October 12, 2011

Mencari Salah Atau Membuat Pembetulan?

4 comments
 
Salam...

Firstly, aku minta maaf jika anda singgah atau menziarah blog aku ini mengharapkan ada entry baru tetapi hanya ada entry yang dah sejuk atau beku. Kesibukan aku menyiapkan Business Plans dan SOP telah membataskan masa untuk aku menulis..(alasan...hehe)

In fact, beberapa entry yang aku publish sebelum ini juga agak ringkas dan mungkin agak "kureng" contentnya walaupun ada entry yang disisipkan sedikit cili api..hehe.


Bagi anda yang pernah terlibat samada secara langsung atau secara "delay" (eh? ada ke?) dalam proses mengadaptasi ISO ke dalam kerja-kerja di Jabatan masing-masing, pastinya seringkali mendengar atau membaca perkataan "keramat" di dalam ISO iaitu Corrective Action. Atau dalam bahasa Melayu bermaksud melakukan tindakan-tindakan pembetulan agar kesilapan yang sama tidak berulang kembali.

Berapa ramaikah yang sudi untuk melaksanakan Corrective Action?

So far, setakat pengalaman aku, kebanyakan orang atau pekerja yang aku temui lebih cenderung untuk mencari salah atau menuding jari menunjuk siapa yang salah berbanding melakukan tindakan-tindakan pembetulan atau sekurang-kurangnya menyelesaikan masalah.

Kebiasaannya mencari salah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai personal differences dengan orang yang dituding jari tersebut atau dalam kata lain "tak sebulu".

Adakalanya, aku sendiri tidak faham akan tindakan sedemikian khasnya jika terdapat suatu masalah yang perlu diselesaikan dengan segera tetapi dilewat-lewatkan menyelesaikannya kerana ingin menuding jari dan memarahi orang lain yang melakukan kesalahan atau kesilapan tersebut. Yang lebih mengharukan ialah apabila orang yang dituding jari atau telah dipersalahkan sebenarnya tidak bersalah atau dia bukannya orang yang telah melakukan kesilapan tersebut.

Kadang-kadang timbul juga rasa meluat terhadap golongan orang yang suka bersikap demikian. Mungkin dia rasa seronok dapat memarahi orang lain. Mungkin baginya menyelesaikan masalah itu tidak penting tetapi menghentam orang, memaki hamun orang, menghukum orang atau menyusahkan orang lain yang tidak disukainya memberikan suatu kepuasan yang tidak terhingga.

Ada juga golongan yang sering berbuat demikian dengan alasan untuk memastikan para pekerjanya bersikap "taking ownership". Jadi, bila dia melakukan kesalahan atau kesilapan, dialah yang perlu menyelesaikannya. Tetapi sebelum itu si pesalah (orang yang dituduh melakukan kesalahan tersebut), mestilah menerima taklimat dan nasihat dalam bentuk kecaman dan kemarahan. Bila ditegur dia dengan cepat menjawab, "bukan marah...nasihat!!!".


Pada pendapat aku, sikap mencari salah orang lain inilah yang sering menyebabkan produktiviti menurun. Pekerja (khasnya orang yang dituduh melakukan kesalahan atau kesilapan tersebut) mudah ada rasa "demotivated", hilang keyakinan diri, kreativiti tersekat, memperlahankan kelajuan kerja kerana khuatir tersilap lalu dimarahi, dan biasanya enggan melakukan sesuatu "extra mile" kerana takut tersilap dan dilabel cuba memandai-mandai.

Bagi aku, bukankah lebih elok fokus untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul terlebih dahulu?

Jika tahu siapakah yang melakukan kesilapan tersebut sekalipun, tangani masalah hingga selesai. Kemudiannya , barulah bersua muka dengan si pesalah untuk mengetahui lebih lanjut apakah punca sebenar dia melakukan kesilapan atau kesalahan tersebut. Bukanlah untuk memarahi tetapi lebih kepada mencari punca-puncanya. Apabila punca-punca tersebut telah dikenal-pasti, perlu pula bertindak untuk mengatasi punca-puncanya agar masalah yang sama tidak berulang..ulang...ulang.. dan ulang lagi..

Berapa ramaikah orang yang sudi melaksanakan tindakan corrective action berbanding mencari pesalah?

Bagi aku juga, tindakan mencari salah orang lain itu adalah tindakan pengecut dan mementingkan diri sendiri. Malah, mungkin kerana meluat, aku melabel orang sedemikian sebagai "menjaga bontot sendiri" dan tidak sesuai menjadi seorang supervisor lebih-lebih lagi menjadi seorang pengurus.

Aku harap anda semua tidak bersikap demikian.




Sekian.
Readmore...
Thursday, October 6, 2011

Duit Haram Untuk Membayar Gaji?

3 comments
 
Salam...

Coretan aku sebelum ini yang ada mencuit sedikit tentang isu Criminal Breach of Trust (CBT) di SINI telah menimbulkan beberapa perasaan berbaur-baur oleh sesetengah pihak (khasnya kepada beberapa orang yang bekerja atau terlibat secara langsung dengan perniagaan Kawalan Keselamatan).

Ada yang marah, ada yang suka dan ada yang kata tak kisah. Yang marah berkata aku tiada concrete evidence untuk melemparkan tuduhan yang sedemikian berat. Dan...aku pula sekadar berkata, aku tidak menuduh tetapi ianya sekadar andaian dan jika perkara tersebut (CBT) tidak berlaku atau dilakukan, mengapa perlu marah-marah? Soalan yang membuatkan mereka senyap dan aku terbayang mereka menyembamkan muka kerana tersilap berkata dan malu...huhu.


Yang suka pula, menambah-nambah dan turut memberikan butir-butir lanjut beberapa insiden yang menyokong andaian di coretan aku tersebut.

Manakala yang tak kisah itu pula sekadar berkata "Aiman tak kisah, janji gaji Aiman dibayar!"...hmmmm.

Cuma...sekarang ini aku terfikir, jika andaian aku itu benar belaka, maka, gaji yang aku dan staff lainnya itu terima datangnya dari sumber yang haram....adoi ai!!

Dari duit gaji itulah aku memberi nafkah kepada isteriku, memberi makan kepada anak-anakku dan juga makan untuk diri aku sendiri beserta dengan membeli dan membayar barang-barang keperluan hidup yang lainnya.

Astaghfirullah...

Aku berdoa agar kekhilafan tersebut dimaafkan atas alasan tidak tahu dan juga berharap makanan yang aku sekeluarga telah telan mendapat berkat.

Aku juga berharap, jika perkara tersebut (CBT oleh pihak syarikat Kawalan Keselamatan) wujud, maka, hentikanlah. Bukan sahaja tindakan tersebut serupa dengan menganiaya pelanggan-pelanggan yang telah disalahgunakan duit mereka, malahan juga menganiaya pekerja-pekerja yang tidak tahu bahawa gaji yang mereka terima datangnya dari sumber yang haram.


Dan...aku percaya dan yakin dan banyak pula contoh-contohnya, jika wang atau kemewahan tersebut datangnya dari sumber-sumber penipuan dan penyelewengan atau sumber-sumber haram lainnya, maka, bersedialah untuk menerima pembalasanNya samada di dunia atau di akhirat dan samada diri sendiri atau kaum keluarganya dan keturunannya...




Sekian.
Readmore...
Wednesday, October 5, 2011

Prosedur Ketat Hanya Untuk Staff?

3 comments
 
Salam...

Malam tadi aku berjumpa seorang rakan yang telah lama juga tidak berjumpa. Banyak kisah-kisah peribadi yang kami bualkan (dalam tempoh 2 jam tersebut). Kemudiannya perbualan kami berkisar pula tentang hal-hal pekerjaan khasnya yang menjurus kepada perniagaan pengurusan tunai (Cash Management Business). Bergelas-gelas air nescafe tarik kami teguk kerana perbualan kami semakin panas dan menarik...hehe.


Semasa aku bekerja di syarikat Kawalan Keselamatan yang terdahulu, fungsi utama aku adalah untuk membuat perubahan-perubahan bagi memperbetulkan keadaan serta memastikan setiap proses yang melibatkan pengurusan tunai menepati kehendak pihak pelanggan khasnya bank. Oleh itu, banyak proses-proses yang telah aku improvise dan aku tambah beberapa prosedur bagi memastikan semua elemen-elemen risiko telah aku ambil kira dan elakkan.

Menurut rakanku itu, tindakan aku untuk implement beberapa prosedur tambahan telah membuatkan beberapa orang di bahagian pengurusan yang tidak senang duduk...

Kenapa ek?

"Ada udang di sebalik mee bro. Bila engkau tambah macam-macam prosedur, setiap proses akan terkawal ketat. Bagi diorang, itu hanya menyusahkan je. Prosedur-prosedur yang ketat macam tu hanya untuk dipatuhi oleh staff je."

Eh? Policies dan Procedures yang aku buat itu adalah sebagai guidelines yang perlu dipatuhi bagi melakukan setiap pekerjaan yang melibatkan proses-proses tertentu dan tujuan aku adalah untuk memastikan setiap elemen-elemen risiko telah kita mitigate. Sekiranya setiap proses perlu mematuhi prosedur-prosedur tertentu, tidak timbul samada ianya untuk dipatuhi oleh pekerja bawahan sahaja, it applies to all termasuklah pihak pengurusan atasan. Semua tu untuk kebaikan syarikat dan juga menjaga kepentingan pelanggan. Macamana pula boleh ada undang di sebalik mee?

"hahaha...puncanya sebab mereka tidak boleh sesuka hati mengambil duit pelanggan."

Laaa...biar betul? Memang pernah ada ke "missmanagement"? Memang wujud ke Criminal Breach of Trust (CBT)?

"Tu lah...memang ada cuma tak ada orang yang sanggup nak beritahu engkau. Bila engkau implement prosedur-prosedur baru ditambah pula dengan penggunaan software, setiap inci pergerakan wang tunai adalah direkod. Sudah tentulah penyalahgunaan wang pelanggan hampir mustahil untuk dilakukan."

Oh...sekarang, baru aku faham kenapa wujudnya kebencian terhadap aku dan hasil kerja aku.

"Memang la bro. Diorang sengaja timbulkan isu-isu personal pasal engkau sebab untuk jadikan engkau macam diorang yang mengambil duit pelanggan sebagai salah satu cara menyelesaikan masalah kewangan syarikat memang tak boleh."

Aku ni bekas pekerja bank dan dididik untuk sentiasa memastikan duit pelanggan sentiasa terjaga rapi dan menentang keras unsur-unsur penyalahgunaan.

"Mentaliti bro. Bagi engkau melihat dan memegang duit berjuta dah jadi biasa, tetapi bagi diorang tidak, sebab  itu rambang mata. Kena pulak syarikat memang menghadapi masalah kewangan, peluang yang wujud di depan mata sure takkan dilepaskan."

Hmmm...dulu, nak cover up CBT agak mudah dengan adjust buku register tunai atau meletakkan peti tunai yang kosong di sebelah belakang longgokan wang tunai. 

Jadi, semasa melakukan pemeriksaan tidak akan terjumpa sebarang kekurangan dan jika kurang sekalipun, buku tunai menunjukkan imbangan tunai menunjukkan seperti tiada kekurangan.

"Oooo...macam kes duit syiling yang kurang lebih sejuta tu yer?"

A ah, lebih kurang la...semasa memeriksa biasanya kita akan hanya mengira jumlah peti dan mendarab dengan nilai wang di dalam sesebuah peti untuk mengetahui nilai keseluruhannya semasa membuat imbangan. Mungkin kerana jumlah peti yang banyak, si pemeriksa akan sekadar mengambil jalan mudah tidak mengira isikandung setiap peti.

Tapi, nampaknya sekarang ini berbeza dan tindakan mereka semakin licik.

"Maksud engkau?"

Kalau dulu cara paling mudah ialah adjust buku register tunai tapi itu masih lagi kurang smart kerana bagi orang yang dah biasa membuat pemeriksaan, dia akan tahu wujudnya hanky panky.

"Habis tu?"

Wujudkan kes terancang. Contohnya create situasi atau insiden rompakan yang sekadar mock atau bukan betul-betul.

"So, diorang bukan sahaja dapat duit yang kononnya dirompak tu tetapi juga dapat claim dari syarikat insurance?"

Yup!

"Bukan ke pihak Polis akan menjalankan siasatan? Takkan pihak Polis tidak jumpa apa-apa yang meragukan?"

Pegawai Polis tu pun manusia juga bro. Kadang-kadang mereka juga boleh tertipu. Sebab itu untuk memudahkan proses penyiasatan kadang-kadang pihak Polis akan mereman pekerja-pekerja syarikat yang dirompak untuk mendapatkan sebanyak mana maklumat walaupun pekerja-pekerja tersebut tidak terlibat langsung di dalam rompakan tetapi mempunyai authority tertentu untuk access ke wang tunai tersebut.

Lagi satu, kalau rompakan tersebut dikatakan secara bersenjata tetapi langsung tiada kelongsong peluru yang tertinggal di tempat kejadian atau langsung tiada saksi yang melihat kejadian tersebut, memang agak sukar juga untuk pihak Polis melakukan siasatan.

Mungkin pihak Polis mengesyaki wujudnya elemen-elemen pakatan di antara orang dalam syarikat dengan si perompak. Mungkin kejadian tersebut hanyalah rekaan dan dilakukan untuk tujuan CBT. Oleh itu, menangkap dan mereman pekerja-pekerja tertentu mungkin menjadi alternatif terbaik untuk memulakan siasatan.

"Betul gak tu."

Aku berharap perkara-perkara macam tu tak wujud di syarikat-syarikat yang aku pernah bekerja dahulu. Bukan apa, aku risau juga kalau duit gaji yang aku dan staff lain dapat itu adalah duit haram hasil perbuatan syarikat melakukan CBT. Memanglah jika kita tidak tahu, kita dimaafkan tetapi bagi aku keberkatan dari duit hasil sebegitu mungkin kurang atau langsung tiada lebih-lebih jika unsur-unsur was-was berlegar-legar di minda...


Tetapi secara terus terang, selepas kami berbual bual tentang possibilities wujudnya CBT dengan plan terancang, minda aku dah mula was-was!!....adoi ai!




Sekian.
Readmore...
Tuesday, October 4, 2011

Rezeki ada di mana-mana

5 comments
 
Salam...

Apa kkabar anda semua? Maaf la kerana tiada entry baru yang aku release coz beberapa hari ini aku agak sibuk dengan kerja-kerja office aku yang kadangkalanya terpaksa disambung untuk dibuat di rumah. Kerap kali juga aku bersengkang mata menyiapkan kerja-kerja tersebut khasnya S.O.P dan Business Proposals (termasuklah juga Business Plans) kerana semasa siangnya (di office), aku juga terlibat dengan kerja-kerja operasi. Mata aku kelihatan bengkak-bengkak sedikit dan agak cengkung...


Well, itu semua pilihan aku. Bertungkus-lumus untuk memastikan perjalanan perniagaan syarikat aku tidak ada hiccups dan jika ada sekalipun tidaklah keterlaluan.

Alhamdulillah...Aku bersyukur kerana pintu rezeki untuk aku dan family masih terbuka luas cuma perlu berusaha dan berdoa agar ianya berterusan.

Sana sini aku terdengar manusia-manusia yang sebelum ini begitu menyombong dengan aku, sering berbuat aniaya terhadap aku semakin pening dan ada juga yang tersungkur. Aku tidaklah pula ingin berkata bahawa mereka itu jadi demikian kerana aku mendoakan mereka untuk jadi demikian tetapi lebih kepada berfikir bahawa setiap rezeki seseorang ditentukan oleh Tuhan. Mungkin pusingan roda menyebabkan mereka sekarang ini berada di kedudukan yang memungkinkan kejatuhan ataupun telah pun berada di bahagian bawah jika sebelumnya mereka itu selesa berada di atas.


Aku sering diperingatkan bahawa rezeki bukan sahaja diperolehi dalam bentuk kewangan dan harta benda, malah kesihatan dan ketenangan fikiran juga merupakan beberapa cabang rezeki. Buat apalah mempunyai duit yang banyak tetapi hidup sentiasa di dalam keresahan, minda tidak tenteram dan kesihatan sering terganggu.

Rezeki juga ada di mana-mana dan datangnya dari sumber-sumber berbagai arah. Malah jika kita sering membaca ayat "seribu dinar" dan faham maknanya, kita perlu yakin dan percaya rezeki yang Tuhan turunkan mungkin datangnya dari sumber-sumber yang kita tidak jangka-jangkakan.

Apa yang penting adalah kita jangan berputus asa dan cuba elakkan dari mengeluh jika kita kekurangan duit.


Contohnya, kita mungkin hanya ada sekadar RM5 sewaktu pergi bekerja dan mengeluh bahawa jumlah sebanyak itu tidak mencukupi untuk kita makan, minum serta mengisi minyak kenderaan tetapi ketika di office, ada jamuan makan tengahari dan di waktu petang pula ada lagi jamuan minum teh semasa mesyuarat. RM5 itu tadi bolehlah kita mengisi minyak motor untuk pulang ke rumah. Subhanallah...Tuhan maha mengetahui apa yang kita perlukan.

Marilah kita sama-sama berusaha mencari rezeki yang halal, berdoa untuk kebaikan, kebahagiaan serta kesejahteraan diri kita dan family kita.

Dan...yang aku rasa lebih penting ialah...janganlah menganiaya orang, menutup periuk nasi orang atau cuba menyekat rezeki orang lain kerana kita tidak tahu bagaimanakah situasi dan keadaan kita suatu hari kelak...




Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com