Friday, September 30, 2011

Marah Macam Orang Hilang Akal?

3 comments
 
Salam...

Anda pernah merasa marah? Apa yang anda buat ketika itu? Bagaimana anda melampiaskan kemarahan anda? Menjerit memaki hamun? Membaling barang-barang? menghentak meja? Memukul orang yang anda marah? Atau sekadar berdiam diri menahan geram ataupun menangis?


Anda pernah kena marah? Anda dimaki hamun? Anda diugut-ugut? Anda dipukul? Orang yang marah tersebut membaling barang ke arah anda atau memeranjatkan anda dengan menghentak meja? Ataukah dia sekadar menjegilkan mata? Mungkinkah juga sekadar menangis di depan anda?

Jika anda pernah dimarahi, apakah perasaan anda ketika itu? Takut? Cuak? Geram? Sakit hati? Marah dan membalas?

Kenapa pulak aku mencoret perihal marah ni?

Aku tengah marah ke? Tidak...

Aku kena marah ke? Tidak juga...

Cuma sekadar berpesan-pesan di hari Jumaat yang mulia ini agar kita sama-saama dapat mengawal perasaan kita. Membuang jauh-jauh sifat marah kita. Mengelakkan diri dari bersikap cepat melenting dan marah.

Bukan apa, jika kita pernah kena marah tidak kira oleh siapa (emak, ayah, adik-beradik, saudara, kawan-kawan, bos dan lain-lain lagi), kita sepatutnya tahu dan sedar bagaimanakah perasaan kita ketika dimarahi.

Dalam kata lain, sebelum kita ingin marah atau memarahi seseorang, ingatlah akan perasaan orang yang kita bakal marahi tersebut.

Janganlah membiarkan kemarahan kita mengawal tindak-tanduk kita sehingga kita menjadi seperti orang yang telah hilang akalnya.

Biarlah marah bertujuan untuk mendidik tetapi cara kita meluahkan kemarahan tersebut pula bukanlah dengan sembrono tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Tak perlulah memaki hamun mengeluarkan perkataan-perkataan berbaur keagamaan, kelucahan melampau, penghinaan dan seebagainya. Tak patutlah memukul. Tidak eloklah menghentak meja.

Marilah kita sama-sama berusaha dan belajar mengawal kemarahan kita ("Angry Management").

Malah, aku rasa, lebih elok jika kita tidak marah atau marah-marah...



Sekian.
Readmore...
Thursday, September 29, 2011

Letter of apa entah?

0 comments
 
Salam...

Anda pernah baca suatu agreement atau perjanjian perniagaan? Jika pernah, anda pasti tahu bagaimanakah bentuk frasa ayat-ayat yang terkandung di dalam sesuatu agreement, kan? Anda pernah menulis sesuatu agreement? Jika pernah, berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk menyiapkan sesuatu agreement? Berapa ramaikah orang (contohnya staff anda, bos anda, legal advisor anda) yang membantu anda?

"Aku biasanya copy paste jer bang. Ambil sample-sample agreement orang atau syarikat lain ataupun mendapatkannya di internet dan lepas tu ubah suai sedikit untuk sesuaikan dengan matlamat agreement yang diingini. Kalau tak macam tu, berjanggut la nak siapkan."


Apa kata kalau aku suruh engkau buat suatu ikatan perjanjian (agreement) dan mesti disiapkan kurang dari 24 jam?

"Gila ke engkau bang?"

Kalau aku suruh engkau buat Letter of Intent (LOI), amacam?

"Boleh bang, tapi bukanlah dalam tempoh 24 jam. Walaupun lebih simple dari final agreement, LOI tu pun macam agreement jugak. Setiap ayat-ayatnya mencakupi unsur-unsur ikatan perjanjian dan mestilah ditulis dengan teliti. Dengan kata lain LOI tu dikira preliminary agreement."

Kenapa ek?

"LOI adalah suatu surat aku janji oleh satu pihak untuk memberikan suatu persetujuan bertulis kepada pihak  yang satu lagi atau memberi mandat kepada pihak yang satu lagi untuk melakukan tugasan-tugasan tertentu yang dipersetujui secara lisan sebelumnya. Jadi, secara rasionalnya LOI itu merupakan suatu temporary agreement sebelum final agreement ditandatangani."

Hahaha...aku tahu tu sebenarnya.

"Habis tu?"

Tadi, aku baru aje buat satu LOI. Aku siapkan dalam tempoh kurang dari bukan 24 jam tapi kurang dari 2 jam!

"Hahhh!!!!???"

Itulah. Bukan aku nak berlagak bahawa aku ni pandai. Cuma, aku rasa yang aku telah buat tadi bukan LOI tapi LOAE!

"Apa tuh?"

Letter of Apa Entah!

"Hahaha..apsal jadi macam tu?"

Mungkin orang yang menyuruh aku buat LOI tu tak tahu apa itu LOI. Mungkin tak pernah baca agreement. Dia ingat LOI tu cuma macam surat rasmi untuk minta maaf kat sekolah anak yang terponteng sekolah..hehe.

"Biar betul bang?"

Memang betul. Risau jugak aku kalau-kalau LOI tu diguna-pakai oleh syarikat untuk diberikan kepada syarikat lain sebagai suatu LOI yang betul dan sah. Dah la aku buat sorang-sorang, tak ada pulak orang lain yang semak khasnya Legal advisor sebab kat syarikat ni memang tak ada Legal advisor.

"Camner engkau buat bang?"

Aku karang ayat ikut suka hati aku tapi memang macam agreement. Ada cerita pasal memberi mandat, ada cerita pasal kos dan pembayaran, ada cerita pasal syarat-syarat, ada cerita pasal tempoh kontrak, ada citer pasal termination dan ada gak citer pasal indemnity.

"Bunyi macam complete LOI tuh."

Hahaha...entah la bro. Risau gak aku ni. Susah bekerja dengan orang yang tak faham dan tak nak faham-faham ni...




Sekian.
Readmore...
Wednesday, September 28, 2011

Brisk walking untuk kurus?

6 comments
 
Salam...

Anda obes? Anda gempal? Anda ingin kurus tetapi dah give up? Kenapa ek? Salah teknik? Makanan untuk diet terlalu mahal? Penat bersenam tetapi tak kurus-kurus jugak?


"Elehhh! Mentang-mentang la Abang Long dah kurus, boleh la berlagak! Menyampah!!"

Laaa...bila masa pulak Abang Long berlagak? Abang Long just nak share apa yang Abang Long dah buat sampai susut berat badan macam ni. Dari 85kg dah jadi 61kg. Masa 10 hari Raya ituhari ada naik sket ke 65kg tapi sekarang ni dah turun balik.

"Saya pun berjogging gak Abang Long tapi berat badan masih maintain kat angka 95kg jer. Badan pulak sakit-sakit. Lutut kadang-kadang rasa ngilu sampai susah nak bersolat,"

Apa yang awak dah buat? Kalau berjogging bermati-matian lepas tu makan pun berkoyan-koyan, macamana berat badan nak turun? Tambah sakit badaan ada laaa.

"He he he..."

Ish, ish, ish...

"Camner Abang Long buat sampai leh kurus macam ni?"

Mesti tak baca entry kat blog Abang Long kan? kan? kan???

Klik gambar kat atas untuk baca entry tersebut

"Panjang sangat la entry tu."

Tak pe la baca lama sket. Tak payah bayar macam beli ubat untuk kuruskan badan tuh.

Sebenarnya, dari segi psychology, berjogging untuk kuruskan badan bagi orang yang berat macam awak dan Abang Long dulu tak berapa sesuai.

"Maksud Abang Long?"

Abang Long dah pernah buat camtu dulu tapi bukannya kurus malah badan jadi sakit-sakit dan kepala lutut rasa ngilu-ngilu macam awak tu la. Dulu, Abang Long siap beli kasut jogging, beli seluar trek yang 3/4 tu (paras lutut) dan start berjogging. Yang tak bestnyer cuma bertahan (berjogging) 5 kali jer (dalam 5 minggu). Lepas tu, kasut jogging tu cuma jadi perhiasan kat rak kasut. Seluar trek tu untuk Abang Long pakai masa nak tidur jer..huhu.

"Kenapa?"

Apa taknyer, lepas berjogging badan Abang Long jadi sakit-sakit dan lenguh sana sini. Kepala lutut rasa cam nak tercabut ngilu sangat-sangat. Terpaksa la Abang Long pergi berurut. Awak bukan tak tahu yang Abang Long ni tak tahan bila kena urut. Macam cacing kepanasan, terguling sana terguling sini menahan sakit dan geli. Nasib baik tukang urut tu tak pernah merasa sepakan kaki Abang Long nih..hehe.


Cuma, masa awal tahun hari tu Abang Long ada berjumpa kawan Abang Long yang jadi instructor dan advisor untuk orang yang ingin kuruskan badan. Dia tak bagi Abang Long berjogging. Dia suruh brisk walking jer.

"Berkesan?"

A ah. Dalam tempoh 1 bulan berat Abang Long turun dari 85kg ke 75kg. Masuk bulan ke-2 turun lagi ke angka 65kg. Lepas tu turun lagi ke 61kg. Sekarang ni maintain kat angka di antara 61kg ke 63kg.

"Camner leh jadi camtu?"

Tu yang Abang Long kata tadi psychology. Bila brisk walking, Abang Long tak pernah perah kudrat berlebih-lebihan. Badan terutamanya kaki tak sakit-sakit macam berjogging. Jadi, Abang Long mampu buat hari-hari. Mula-mula jalan kaki setakat 1 km sehari, lepas tu tambah sket-sket. Sampai satu ketika, Abang Long pernah brisk walking dari Bandar Baru Ampang ke Taman Keramat lepas tu berjalan balik ke Ampang semula.

"Biar betul bang. Tu lebih kurang 15 km!"

Tahu pun! Yang Abang Long paling suka sebab tak de rasa terlampau penat. Rasa macam nak buat camtu (brisk walking jauh-jauh) setiap hari! Tapi, kerja punya pasal, terpaksalah buat hujung minggu jer. Hari kerja setakat jalan keliling taman kat rumah.

"Ohhh...gitu."

Secara psychology kalau kita buat benda tu tak menyakitkan, kita akan selalu buat. Bila kita buat berterusan (istiqamah) hasilnya memang menakjubkan!

"Kalau camtu, saya nak cuba jugak lah."

Tak yah cuba-cuba, buat ajer. Lepas ni kita lumba siapa yang dapat perut 6 pax dulu...hehe.




Sekian.
Readmore...
Tuesday, September 27, 2011

Binatang Biasa Tetapi Pelik?

3 comments
 
Salam...

Kalau dahulu (masa aku kecil lagi), bila sebut perumpamaan "berkaki ayam", fikiran aku menggambarkan seorang manusia yang memiliki kaki seperti ayam (kecil, berjari cuma tiga dan bertaji)..hehe. Bila dah besar sedikit, barulah faham bahawa perumpamaan tersebut bermakna tidak memakai alas kaki (selipar atau kasut).

Walaubagaimanapun, bila dah tua-tua ni, perumpamaan seperti itu seolah-olah bukan lagi bermaksud lain tetapi menjurus kepada sesuatu seperti yang dikatakan. Pernah dengar perumpamaan "musang berbulu ayam"? Apa kata jika spesis musang sebegitu memang wujud?

Contoh lain, "kucing berbadan burung". Nak tengok?

Ni ha dia...!



Aku paparkan lagi gambar-gambar seumpamanya yang menarik (bagi akulah)...

Anjing berbadan burung..?

Anjing berbadan monyet..or monyet berkepala anjing???


Ni, kuda belang ke badak sumbu? Ooo..badak belang!

Errr...hencem gak menatang nih..

Haaaaa!! Ini dia TIJAH (tikus + gajah)..ish3


Hasil kecanggihan photo editing, macam-macam boleh buat..


Ada rasa terkejut, ada rasa geli hati, ada rasa bersalah tetapi realitinya aku respect kat orang yang melakukan photo editing tersebut. (Errr...tak de kerja lain ke nak buat?)

Jika anda hendak melihat gambar-gambar sebegitu yang lain-lain, sila lawati laman web CRUNCHPOST  atau disenchanted15 atau tattoodonkey atau yang lain-lain lagi (just google it).

No wonder ramai kawan-kawan berpesan agar tidak publish gambar sendiri sembarangan. Bukan apa, dikhuatiri nanti ada orang yang berdengki dan melakukan photo editing hingga gambar tersebut menjadi tidak senonoh dan di upload ke internet.




Sekian.
Readmore...
Monday, September 26, 2011

Berlagak Macam Tahu Segalanya

8 comments
 
Salam...

Aku memang meluat dan menyampah jika berjumpa, terjumpa, terpaksa atau dipaksa berurusan dengan orang yang berlagak macam terlalu pandai. Jika seorang expert sekalipun bukanlah bermakna orang lain yang kurang expert dianggap seperti si dungu yang perlu ditengking-tengking jika melakukan kesilapan atau dihina sesuka hati.


Perlukah memandang rendah orang lain yang dianggap kurang berpengetahuan?

Tidakkah mereka lupa bahawa walaupun mereka tahu tentang sesuatu perkara, ada lagi yang lebih tahu?

Bukankah lebih elok jika bersikap humble atau merendah diri walaupun lebih pandai dari orang lain? Mungkin hanya sekadar lebih pandai tetapi kurang bijak...

Jika lebih pandai serta lebih bijak sekalipun, tidak ada salahnya dan tidak akan rugi jika bersikap humble. Malah, mungkin akan mendapat ramai sahabat dan mudah mendapat sebarang bantuan jika kita memerlukan.

Dan...aku lebih pissed off jika orang tersebut hanya sekadar berlagak pandai tetapi sebenarnya lebih dungu dari orang yang dia anggap tidak pandai.

Biasalah...tong kosong jika diketuk memang lebih kuat bunyinya berbanding tong yang berisi. Tong yang berisi hampas juga lebih kuat bunyinya dari tong yang penuh berisi besi waja.



Sekian.

Readmore...
Sunday, September 25, 2011

Stress, Geram dan Mengantuk!

2 comments
 
Salam...

Stress! Geram! Sebab Datuk Lee Chong Wei kalah dalam perlawanan akhir badminton terbuka Jepun menentang Cheng Long (dari China). Mengantuk! Sebab malam tadi aku tidur pukul 4 pagi!


Sekarang ini tengah sibuk untuk menyiapkan belanjawan Cash Management Service untuk company aku. Banyak yang perlu aku fikirkan dan tuliskan di dalam laporan belanjawan tersebut manakala dateline ialah esok (Isnin 26/9/2011). Bukan sengaja aku membuatnya last minute tetapi sememangnya aku telah diberikan masa yang terlalu singkat (4 hari sahaja). Terpaksalah aku bersengkang mata beberapa malam (termasuk malam tadi) untuk menyiapkannya.

Pada mulanya tadi aku bercadang untuk tidur sekejap tetapi ada pula perlawanan badminton di antara Datuk Lee Chong Wei dan Cheng Long yang disiarkan secara langsung di Astro Supersport.

Mata yang kuyu, sekejap terbeliak sekejap tertutup menahan mengantuk dan keinginan untuk menonton perlawanan tersebut. Hati pulak berdebar-debar melihat perlawanan yang sentiasa genting. Akhirnya berkesudahan Datuk Lee Chong We kalah...adoi ai!! Geram betul!!

Makin lah pening kepala aku ni...!


Well...apa-apapun, aku perlu mendapatkan kembali tenaga dan memastikan minda aku boleh berfikir dengan tajam. So, elok juga aku take a nap!

Perasaan aku pula masih berdebar-debar dan geram....zz

Tapi aku kena tidur juga...zzz

Adioszzzzzzzzzzz...




Sekianzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
Readmore...
Saturday, September 24, 2011

CMS? Be Realistic!

9 comments
 
Salam...

CMS? Itu abbreviation. Perkataan panjangnya Cash Management Services atau dalam bahasa Malaysia Perkhidmatan Pengurusan Tunai. So, bila menyebut perkataan pengurusan "cash" atau wang tunai, kita sudah terbayang akan duit yang berlambak-lambak yang perlu diuruskan.


Dan juga banyak mesin-mesin tunai (ATM dan CDM) yang perlu diselenggarakan...


Kenapa pula aku menyuruh supaya lebih realistik?

Sekarang ini, banyak syarikat-syarikat Kawalan Keselamatan yang bercita-cita atau berkeinginan untuk menceburkan diri ke dalam bidang perkhidmatan pengurusan tunai (Cash Management Business). Puncanya kerana pulangan yang bakal mereka perolehi dari perkhidmatan tersebut yang agak tinggi berbanding cabang perniagaan Kawalan Keselamatan yang lain.

"Bukanlah tujuan utama kami ingin menceburkan diri dalam perkhidmatan Pengurusan Tunai untuk mendapatkan pulangan yang berlipat kali ganda, tetapi lebih kepada untuk menaik-taraf syarikat kami ke tahap yang lebih tinggi contohnya seperti yang dimiliki oleh G4S (Safeguards Securicor)."

Adakah syarikat Tuan benar-benar bersedia?

"Maksud you?"

Memang benar pulangan yang bakal diperolehi dengan perniagaan CMS agak tinggi tetapi risikonya juga bukan calang-calang tinggi. Modalnya juga berlipat kali ganda berbanding modal untuk perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang lain.

"Kami dah bersedia untuk itu. Berapakah modal yang kami perlu ada? Apa pula risiko-risikonya?"

Dalam hati aku berkata..'kalau dah bersedia, masakan jumlah modalnya perlu bertanya kepada aku?'...

Begini Tuan. I akan cuba bagi sedikit gambaran tentang modal yang pihak syarikat Tuan perlu sediakan. Berapakah jumlah ATM yang syarikat Tuan ingin selenggarakan sebagai permulaan?

"Kami jangkakan untuk ambil 100 ATM untuk tahun pertama perkhidmatan."

For a start, syarikat Tuan perlu memiliki satu tempat untuk mengira dan memproses wang tunai samada untuk memasukkan ke cassette ATM atau untuk membuat imbangan (balancing) terhadap wang tunai yang dikeluarkan dari ATM-ATM tersebut. Tidak kiralah samada Tuan ingin membeli satu bangunan atau menyewanya.

"Kami bercadang untuk menyewanya terlebih dahulu. Bila business dah berkembang nanti kami akan beli bangunan kami sendiri."

Ok. Pertamanya, kos untuk membuat renovation bagi memasang dan memperlengkapkan kawalan keselamatan bangunan tersebut lebih kurang RM1,500,000 iaitu untuk membuat bilik kebal, setting up Control Room untuk menyelia aktiviti-aktiviti di dalam bangunan dan memantau keselamatan di persekitarannya, membuat pintu-pintu yang dikawal kemasukkannya (menggunakan access card serta mempunyai interlocking mechanism), membuat reinforcement terhadap dinding-dinding tempat pemprosesan tunai sepertimana guidelines yang dikehendaki oleh pihak bank dan BNM, pemasangan alat-alat kawalan keselamatan yang lainnya seperti CCTV cameras, motion detectors, panic buttons, alat penggera keselamatan dan lain-lain lagi.



Keduanya, perlu modal dalam RM500,000 untuk membeli mesin-mesin pemprosesan tunai iaitu Cash Processing Machine (fitness sorting machines), mesin pengira tunai (Banknotes Counting machines), Banknotes Banding/Binding machines dan lain-lain lagi.


Ketiganya, syarikat perlu ada kenderaan.

Perlu membeli armoured vehicle sekurang-kurangnya 3 buah. Satu van berharga lebih kurang RM150,000 sebuah. Perlu juga ada soft-skin vehicle untuk tujuan FLM (First Line Maintenance) sekurang-kurangnya 3 buah. Saya cadangkan untuk membeli kereta Kancil/Viva yang berharga lebih kurang RM30,000 sebuah. Perlu juga untuk membeli motorsikal untuk FLM yang tidak melibatkan pembukaan peti-simpan wang tunai di dalam mesin-mesin ATM sekurang-kurangnya 3 buah yang dianggarkan berharga RM5,000 sebuah. Jadi keseluruhan kos adalah RM585,000.


Keempatnya, perlu memiliki kunci keselamatan yang perlu dipasang kepada setiap mesin Harga seunit ialah RM1,600 jadi syarikat perlu ada RM160,000.


Jumlah keseluruhan setakat ini ialah RM2,745,000.

Jumlah tersebut tidak termasuk barangan lainnya seperti ATM/CDM security bags dan trolleys. Anggaran I ialah sekurang-kurangnya RM3 juta.

Walaubagaimanapun jumlah tersebut cuma untuk modal sahaja dan masih tidak termasuk kos operasi (OPEX) seperti gaji staff, consumables (trigon bags, packing materials, security seals dan lain-lain). Sebulan I jangkakan dalam RM70,000. So, setahun jumlahnya RM840,000.

Secara kasarnya, syarikat memerlukan modal sekurang-kurangnya sebanyak RM4 juta.

Jika ingin memastikan semua imbangan tunai (reconciliation) sentiasa dikemas-kini dan tepat, adalah lebih elok juga jika syarikat memiliki software khas untuk Cash Management. Software tersebut juga amat penting untuk membuat forecasting tentang jumlah tunai yang optimum untuk diisi ke dalam setiap mesin ATM dan juga membuat perancangan bilakah masa yang sesuai dan perlu untuk membuat ATM loading. Harga software yang paling murah dan simple (mungkin terlalu simple) ialah lebih kurang RM150,000. Jika inginkan yang high-end perlu melabur sebanyak RM1 juta.

Jadi, jika ingin menceburkan diri ke dalam business perkhidmatan pengurusan tunai ini dalam keadaan yang selesa dan mitigate all the necessary risks, jumlah yang perlu ada lebih kurang RM5 juta.

Wang tersebut (untuk dilaburkan) mestilah telah sedia ada. Janganlah seperti ada sesetengah syarikat Kawalan Keselamatan yang beria-ia ingin menceburkan diri dan kononnya memiliki modal yang banyak hingga sanggup berjanji untuk memberi RM5 juta, tetapi bila I perlukannya, RM5,000 pun susah nak bagi.

Jumlah kasar RM5 juta dan kata-kata terakhir aku itu membuat si empunya syarikat terlopong dan kelu untuk berkata-kata.


Perbincangan tersebut sebenarnya telah dibuat 2 bulan sebelum puasa.

Hingga sekarang syarikat tersebut senyap sunyi dari menghubungi aku untuk meminta pandangan dan pendapat serta tunjuk ajar bagi memulakan projek business perkhidmatan pengurusan tunai sepertimana yang mereka idam-idamkan...hehehe.

Well. ada sesiapa lagi (atau syarikat) yang berminat untuk menceburi perniagaan ini?

Jika berminat, silalah sediakan wang sebanyak itu dahulu yer? Sila juga sediakan sedikit wang untuk aku menjadi penasihat atau consultant khas...huhu.




Sekian.
Readmore...
Thursday, September 22, 2011

Meminjam Duit Budaya Melayu?

10 comments
 
Salam...

Engkau ada duit lebih tak? Boleh pinjam sikit? Dalam RM2.5 juta jer, bukan banyak mana.. Nanti bila aku dah kaya raya, aku bayarlah balik. Kalau aku tak bayar-bayar jugak tu maknanya aku masih tak kaya-kaya lagi, so, engkau kenalah halalkan jer duit yang aku pinjam tu... Bolehhhh??

Ada sesiapa yang berani jawab? Atau...setakat membulatkan biji mata?


or...just terngangaaaaa... hehe.


Benarkah meminjam duit itu budaya orang Melayu?

Semasa aku bertugas di bank dahulu, aku pernah menjadi guarantor kepada seseorang (juga bekas pegawai bank) untuk meminjam wang (personal loan) di Bank Rakyat bernilai RM10,000. Selepas dia menerima tawaran VSS dan tidak lagi bekerja di bank, pinjaman tersebut langsung tidak dibayar dan mengakibatkan namanya disenarai-hitamkan (blacklisted) dan dimasukkan ke dalam database CTOS.

Yang lebih mengharukan, nama aku juga terbabit sama (walaupun hanya sebagai guarantor) dan pihak bank telah memanggil aku untuk bertanyakan hal tersebut. Di bawah polisi HR bank, jika nama pekerja disenarai-hitamkan (dimasukkan ke dalam senarai bankruptcy), pekerja tersebut boleh diberhentikan dengan serta-merta atas kesalahan "pecuniary harassment".

Bos Industrial Relations (IR) yang memanggil aku untuk sessi interview dan siasatan dalaman tersebut adalah seorang Chinese. Bila aku memberikan keterangan tentang punca masalah tersebut, dengan lancangnya dia berkata, "Typical orang Melayu, suka berhutang!"

Mula-mula tu, aku memang terasa hati sangat-sangat. Then, aku realized, mungkin ada benarnya juga statement dia tu.

Memang ramai orang Melayu yang berhutang apabila membeli barangan tidak kiralah barangan kelengkapan rumah seperti set sofa, set kelengkapan bilik tidur, TV, mesin basuh, peti ais dan lain-lainnya. Hatta, kadang-kadang barangan dapur seperti beras, minyak masak, daging, ikan dan sayur juga dibeli dengan berhutang atau dibayar hanya pada hujung bulan (bila dapat gaji).

Maaf, ini bukan gambar orang Melayu - sekadar gambar hiasan

Pernah juga aku membaca statistiks peminjam yang disenarai-hitamkan oleh Courts Mammoth, AEON Credit, CCM dan sebagainya, majoritinya adalah dari golongan orang Melayu. Malah senarai nama-nama orang yang berhutang kad kredit juga begitu. Majoritinya orang Melayu juga.


Kalau membeli rumah atau kenderaan (lori, kereta dan motor) dengan meminjam (loan) di bank memang sudah terlalu biasa. Tidak mengapalah sebab harganya agak mahal jika ingin membeli secara tunai.

Kenapa ek?

Adakah ekonomi orang Melayu itu begitu teruk hingga terpaksa berhutang hampir untuk setiap pembelian? Atau, adakah orang Melayu itu sememangnya suka berhutang walaupun berduit?

Aku pernah mendengar statement sebegini dari kawan-kawanku yang berbangsa Melayu...

"Dengan membayar sikit-sikit setiap bulan, kita boleh beli banyak barang-barang keperluan tanpa membebankan poket."

"Itu kira pengurusan tunai la tuh (Cash Flow)."

"Biar papa asal bergaya."

Entahlah....ada sesiapa sudi bagi komen?

Orait! Aku chow dulu. Tengah nak cari bank untuk buat pinjaman beli kapal terbang nih...hehe.




Sekian.
Readmore...
Wednesday, September 21, 2011

Gaji Ciput Tanggungjawab Macam CEO?

4 comments
 
Salam...

Sebelum ni aku ada mencoret tentang  ketidak-seimbangan gaji dengan nilai kerja yang diberikan di SINI. Rupa-rupanya ramai yang mengalami nasib seperti itu di mana gaji yang diberikan tidak setimpal dengan tanggungjawab yang perlu dipikul. Walaubagaimanapun, mereka masih meneruskan tugasan kerana mungkin tiada pilihan lain.


Bukan berniat untuk mengapi-apikan atau menjadi batu api atau menjadi penghasut agar anda meminta gaji lebih berdasarkan keboleh-upayaan kerja dan pengetahuan anda, cuma ingin menjentik minda para entrepreneur yang mengerah tenaga pekerja-pekerja tetapi sekadar mampu dan mahu membayar sedikit ataupun tidak setimpal dengan hasil-kerja mereka.

In fact, coretan aku sebelum ini yang berkisar tentang hal yang hampir sama telah membuatkan beberapa entrepreneur melenting dan berkata...

"Mereka ada pilihan untuk berhenti kerja dan mencari kerja di syarikat lain. Oleh kerana mereka masih ingin bekerja di syarikat ini, itulah sahaja gaji yang mereka akan dapat."

"Memang syarikat bayar peanut, tetapi kami juga tak mahu monkey bekerja di sini."

"I lagi suka monkey bekerja dengan I coz senang untuk buli monkey-monkey tu."

"We all tak pernah bayar guna peanut. We all bayar duit masuk akaun diorang la."

"Tak pernah jumpa pulak monkey kerja kat sini.."

...atau berkata...

"Kerja lah dulu elok-elok. Bila dah lama bekerja kat sini, baru lah gaji akan naik.". "Tapi Bos, saya dah kerja kat sini hampir 15 tahun, gaji satu sen pun tak pernah naik." "Takpe lah, awak kerja lagi 15 tahun yer?"

"Bersyukurlah dengan apa yang ada. Ramai lagi orang kat luar tu yang menganggur. Kalau nak jadi macam mereka, cubalah mintak naik gaji.."

"Jangan memilih kerja sangat. Kalau setakat pengurus macam awak tu, RM1,500 cukuplah. Awak bukan guna sangat duit tu."

"Awak buat jer kerja awak tu. Jangan fikir pasal gaji. Tahu lah saya nak uruskan.".."Err..tapi saya dah kerja kat sini setahun. Macam-macam saya kena buat termasuklah ambil alih kerja-kerja CEO tapi takkan gaji saya setakat RM2,000 jer?".."Ohh...ye ke? Ok, esok awak berhenti kerja saja lah yer?"

Macam-macam senario atau insiden yang berkaitan dengan gaji ciput ni cuma kadang-kadang orang malas untuk membincangkannya. Buat apa dibincang  kalau sekadar menambahkan sakit di hati?

"Betul la bang, aku dah kerja di syarikat tu hampir 20 tahun. Gaji aku masih below par jika dibandingkan dengan current market. Hendak berhenti kerja, susah juga nanti sebab aku tak ada kelulusan tinggi. Setakat pengalaman jer luas. Lagipun, syarikat kat luar tu memandang kelulusan. Dengan umur aku yang semakin tua ni, elok jer lah aku teruskan bekerja kat sini."

"Tugas saya adalah untuk menguruskan satu cabang perniagaan syarikat. Saya perlu uruskan dari A hingga Z. Saya perlu jaga bahagian akaun (untuk gaji pekerja), saya perlu uruskan bahagian Admin, saya perlu uruskan bangunan dan prasarana, saya perlu cari business dengan pergi membuat marketing, saya perlu uruskan kenderaan-kenderaan syarikat dan lain-lain lagi. Tapi satu jer yang saya tak boleh uruskan sendiri..iaitu GAJI saya. Itu urusan pihak pengurusan atasan dan sememangnya ciputtttttt.."

Ish3...pening cerita pasal gaji nih.

Itulah kekurangannya bekerja makan gaji.

Kalau asyik mengeluh pasal gaji, elok sahaja bekerja sendiri atau berniaga...ada beran!!




Sekian.
Readmore...
Tuesday, September 20, 2011

Gambar Ilusi Optikal

6 comments
 
Salam...

Actually, aku malas nak release entry-entry berat buat masa ni coz masih lagi suasana Hari Raya (hehe...alasan!!). So, hari ni, aku just paparkan beberapa gambar ilusi optikal untuk tatapan aku dan anda juga lah.

Seronok dan kadang-kadang geli hati juga.

Kadang-kadang ada sikit pening-pening.

Yang penting kita enjoy!!


Ni di antara gambar yang paling aku suka coz ada pergerakan.



Ok..itu ajer.

Aik?? Dua gambar jer?

A ah...nak tengok yang lain-lain pergi mintak tolong kat Google.




Sekian.
Readmore...
Sunday, September 18, 2011

Banyaknya Open House Raya?

3 comments
 
Salam...

Dah sampai ke mana anda beraya? Dah berapa buah rumah anda ziarahi? Dah berapa banyak anda makan? Dah berapa kilo berat badan anda naik?..hehe.


Terus terang, berat badanku juga telah meningkat dengan mendadak. Semasa hari terakhir berpuasa berat cuma 61kg tetapi kini sudah mencecah 66kg. Naik 5kg! Adoi ai!!


Jika dahulu bercadang untuk mendapatkan bentuk perut 6 pax...


Kini, terasa risau pula takut-takut menjadi hanya 1 pax...ish3...


Cadangnya ingin mengerah kudrat berjogging setiap petang, malangnya asyik hujan memanjang.

Berniat untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal ini, tetapi banyak pula godaan.

Sana sini ada jemputan perkahwinan. Sana sini ada Open House Raya. Sana sini ada makan-makan.

Ada Open House Raya di rumah saudara mara. Ada Open House Raya di rumah kawan-kawan. Ada Open Office Raya.

Hari ini sahaja aku ada 8 jemputan. 2 kenduri perkahwinan dan 6 Open House Raya.

Banyaknya jemputan?

Mana yang aku perlu dahulukan?

Mana yang aku perlu atau boleh ketepikan?

Adoi ai! Nak reject dah dijemput. Tak nak pergi saudara atau kawan rapat pula.

Jawabnya...pergi semua mana yang sempat tetapi makan setakat sesuap dua jer.

Harap tiada yang terasa.




Sekian.
Readmore...
Thursday, September 15, 2011

Hormatilah Orang Yang Lebih Tua

3 comments
 
Salam...

Aku terpanggil untuk release entry ini apabila melihat satu insiden di hadapan mata aku sendiri di mana seorang lelaki muda berpakaian kemas dan segak (mungkin seorang ahli korporat) sedang memarahi seorang lelaki berumur dan juga seorang pengawal keselamatan. Si lelaki muda kelihatan bengis mukanya dan nampak bongkak, manakala si lelaki tua tersebut hanya diam membisu.


Tanpa memperdulikan orang ramai yang berada di persekitaran tersebut, si lelaki muda itu terus-terusan memaki hamun mungkin kerana si lelaki tua tersebut telah melakukan kesalahan. Sesekali, dia cuba berkata-kata tetapi sering disanggah dan disergah oleh si muda dengan suara macam halilintar.

Kenapa sampai begitu sekali?

Tiadakah rasa hormat si muda tersebut terhadap dia?

Walau apa sekalipun kesalahan yang telah dilakukannya, jika ingin menegur, janganlah sampai lupa daratan dan memarahinya seolah-olah kesalahan tersebut telah menyebabkan perang dunia ke-3 atau mengakibatkan nyawa melayang. Jika benar sekalipun kesalahan yang dia telah lakukan menyebabkan kerugian yang amat besar terhadap si muda, adakah tiada cara yang lebih elok untuk menegur?

Ke manakah menghilangnya budaya orang kita yang lemah lembut dan hormat-menghormati?

Bukan sahaja budaya, bahkan agama juga menuntut kita untuk menghormati orang yang lebih tua tetapi mengapa perlu bersikap kurang ajar dan enggan menghormati golongan tersebut?

Mari kita lihat dan baca kisah sahabat Nabi s.a.w. ini...

Suatu hari Saiyidina Ali r.a. tergesa-gesa untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah s.a.w. Di tengah perjalanan ke masjid, Saiyidina Ali bertemu dengan orang tua (Nasrani) bertongkat sedang berjalan dengan sangat perlahan dan ditangannya memegang pelita untuk menerangai jalan yang gelap gelita.

Saiyidina Ali r.a. mengikuti sahaja langkah orang tua itu kerana beliau tidak sanggup memintas orang tua itu sebagai menghormatinya. Apabila tiba di masjid, Saiyidina Ali bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah bersama Rasulullah. Ketika Saiyidina Ali memasuki masjid di dapati Rasulullah sedang rukuk. Rukuk Rasulullah pada kali itu sungguh lama, tidak seperti biasa, seolah-olah menanti Saiyidina Ali untuk turut serta solat berjemaah.

Setelah selesai solat subuh Saiyidina Ali bertanya kepada Rasulullah " Ya Rasulullah, kenapakah engkau memanjangkan rukuk pada kali ini, belum pernah engkau lakukan sebelum ini". Jawab Rasulullah " Semasa aku sedang rukuk, dan ketika aku hendak iktidal, tiba-tiba datang Malaikat Jibril dan menekan belakangku. Setelah lama menekan barulah aku dapat iktidal".

Mendengar jawapan Rasulullah, Saidin Ali menceritakan apa yang berlaku semasa perjalananya ke masjid tadi. Rupa-rupanya Allah telah mengisyaratkan kepada Rasulullah supaya menanti Saiyidina Ali supaya dapat ikut serta solat subuh berjemaah. Ada juga diriwayatkan bahawa pada saat itu Allah telah memerintahkan Malaikat Mika'il supaya menahan kelajuan matahari agar Saiyidina Ali dapat solat subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah kerana sikap Saiyidina Ali merendah diri dan menghormati orang tua Nasrani itu.

Berbalik kepada insiden tadi, aku masih teringat betapa kasarnya layanan lelaki muda tersebut terhadap si lelaki tua. Aku masih lagi tertanya-tanya apakah sebenarnya kesalahan yang dia telah lakukan hingga si muda begitu biadap tak ingat dunia.

Aku berharap mudah-mudahan si lelaki muda tersebut akan sedar dan tidak terus-terusan bersikap sedemikian.




Sekian.
Readmore...
Wednesday, September 14, 2011

Kenapa Menghina Pekerjaan Orang?

6 comments
 
Salam...

Anda pemilik sebuah syarikat? Anda seorang pengarah syarikat? Anda seorang CEO? Anda seorang pengurus besar? Anda seorang pengurus biasa? Anda seorang pengurus pemasaran?

Atau...adakah anda hanya seorang penjual burger di tepi jalan?


Tidak kiralah apa jua status anda, itu adalah pilihan anda sendiri dan rezeki yang telah diberikan Tuhan kepada anda.

Pilihan anda sebab anda sendiri yang berusaha untuk mencapai atau mendapat status anda itu. Jika anda inginkan status yang lebih baik dari seorang penjual burger kepada seorang pengarah sebuah syarikat, maka perlulah melipat-gandakan usaha untuk menuju ke arah itu. Tetapi, jika sekadar mampu untuk menjadi penjual burger, bersyukurlah kerana mungkin rezeki yang diterima mencukupi untuk keperluan hidup anda. Mungkin ada sebab-sebab mengapa menjual burger di tepi jalan menjadi sumber rezeki kepada anda di waktu ini.  Tuhan Maha Mengetahui apa yang hambanya perlukan.

Jika anda seorang "somebody" di sebuah syarikat tidak kiralah samada anda seorang pengarah, CEO, pengurus besar, pengurus biasa, pengurus pemasaran, eksekutif dan sebagainya, dari segi status pekerjaan, anda sememangnya lebih baik dari seorang penjual burger di tepi jalan.

Walaubagaimaanapun, adakah sebab status pekerjaan anda yang lebih baik itu, anda berhak untuk memandang rendah orang lain yang hanya berstatus sebagai penjual burger di tepi jalan?

Gambar hiasan dari pakatanblogger.com

Kenapakah anda perlu menghina pekerjaan orang lain?

Hebat sangatkah status pekerjaan anda?

Mulia sangatkah pekerjaan anda sebagai seorang pengurus pemasaran sebuah syarikat berbanding seorang penjual burger yang hanya tahu bercerita tentang burgernya?

Pernah juga aku terfikir, bagi aku, adalah lebih mulia seorang penjual burger yang petah berkata-kata mempromosi burgernya berbanding dengan sesetengah pengurus pemasaran yang pakar membelitkan kata-kata dan disulami pula dengan dusta.


Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.

Seorang yang memiliki status pekerjaan yang tinggi mungkin menghadapi masalah yang lebih berat berbanding seorang penjual burger di tepi jalan. Seorang penjual burger yang hanya mampu untuk memiliki barang-barang asas yang diperlukan untuk kehidupannya mungkin lebih relax mindanya berbanding orang yang berjawatan tinggi yang berkemampuan untuk bermewah-mewah tetapi mindanya sentiasa di dalam kerisauan.

Sampai bilakah status pekerjaan seseorang itu akan bertahan?

Kemungkinan, orang yang sekarang ini hanya sebagai penjual burger di tepi jalan bakal menjadi lebih mewah suatu hari nanti manakala seorang yang berstatus tinggi itu pula tergelincir dan hidupnya berubah menjadi seperti si penjual burger atau lebih teruk dari itu.

Tiada siapa yang akan tahu nasib seseorang itu kecuali Tuhan.

Jadi, kenapa perlu menghina?




Sekian.
Readmore...
Monday, September 12, 2011

Mogok Kerana Masalah Gaji

3 comments
 
Salam...

Lama juga aku tidak mendengar cerita pasal staff melakukan mogok ni. Hari ini, aku dipaparkan dengan insiden tersebut yang berlaku di depan mata. Ramai pengawal keselamatan enggan bertugas (masuk pos). Mereka berkumpul di satu tempat dengan muka masing-masing monyok dan merajuk.


Puncanya kerana gaji, gaji dan gaji...

Dahulu, semasa aku bekerja di maybank, insiden pekerja melancarkan piket atau mogok seperti ini pernah juga berlaku tetapi masih terkawal dan tidak menjejaskan perkhidmatan perbankan.


Jika pekerja bank yang diketahui tidak pernah mengalami masalah kelewatan pembayaran gaji juga melancarkan mogok, apatah lagi sekumpulan pengawal keselamatan yang gaji mereka dilewat-lewatkan di atas sebab-sebab tertentu atau juga gaji dibayar kepada orang tertentu untuk dibahagikan kepada pekerja-pekerja bawahan tetapi orang tertentu itu tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik atau tidak jujur. Dan mungkin orang tertentu itu sebenarnya "orang-orang" atau orang tertentu tersebut adalah "hantu".


Sebelum ini aku pernah mencoret tentang impak keculasan syarikat (khasnya syarikat kawalan keselamatan) membayar gaji mengikut masa yang ditetapkan tetapi siapalah aku untuk didengari. Siapalah aku untuk memberi pandangan apatah lagi nasihat. Jadi, apabila aku melihat insiden mogok akibat dari kegagalan syarikat melunaskan atau menyelesaikan masalah pembayaran gaji, aku hanya mampu senyummmmmmmmmmmmmmm...

Bilalah agaknya syarikat-syarikat sebegini akan sedar tentang peri pentingnya gaji kepada pekerja bawahan?

Bilalah agaknya mereka akan sedar bahawa pekerja adalah aset kepada syarikat?

Entahlah...

Hantam sajelah labu...




Sekian.
Readmore...
Sunday, September 11, 2011

Ambil Giliran Untuk Demam

6 comments
 
Salam...

Anda sihat? Jika sihat, syukur alhamdulillah. Aku pula sekejap demam sekejap ok dah nak masuk seminggu. Kepala pening. Perut rasa tak selesa, kadang-kadang rasa memulas dan kadang-kadang diarrhoea.


Mungkin sebab banyak makan. Ye lah, kita kan masih di dalam bulan Raya. Ziarah sana kita makan, ziarah sini kita makan dan bila ada open house kita makan juga. Tak habis-habis dengan makan, makan dan makan lagi. Dari makan makanan yang berat-berat seperti nasi impit, lemang, ketupat, nasi minyak, nasi beriani, lontong hinggalah ke kuih dan biskut raya.

Seperti kebiasaan menyambut Hari Raya, ramai yang akan makan "daging merah" (daging lembu, kambing, kerbau dan sebagainya), diikuti dengan daging ayam. Rasanya kita agak kurang untuk makan ikan kecualilah jika menu makanan tersebut sememangnya berasaskan kepada ikan seperti laksa dan laksam.


Malangnya. kita sering terlupa peri pentingnya air. Bukan air yang manis-manis seperti teh tarik, kopi ataupun air berkarbonat dan bergas. Bukanlah juga air yang bercampur ais ataupun ice blended tetapi air suam atau air masak mati. Akibatnya, kita mengalami masalah "panas dalam" dan mungkin demam.

Sebelumnya, anak aku yang demam dahulu, kemudiannya diikuti pula oleh orang rumahku, emakku, ayahku dan sekarang ini aku pula. Seperti dirancang-rancang, setiap seorang ahli keluargaku mengambil giliran untuk demam. Mujur juga tidak demam serentak satu keluarga.

Apabila pergi ke klinik, penuh dengan orang sakit dan demam yang sedang menunggu giliran beraya dengan doktor. Terpaksalah menunggu lama untuk sampai giliran aku.


Di dalam rasa kebosanan aku menunggu giliran, terfikir juga, apa kata kalau kita rancang dan ambil giliran untuk demam, so, tak perlulah kita berpusu-pusu di klinik dan membuang banyak masa menunggu untuk diperiksa doktor...hmmmm...orang demam berfikir..ish3.

Selepas ini ramailah yang mula cuba mengurangkan makan "daging merah" dan mencari pula ikan masin sebagai lauk.

Harap-harap, janganlah penyakit yang berpunca dari kandungan garam yang tinggi di dalam darah seperti darah tinggi pula yang menyinggah.

Yang itu, aku tak mahu ambil giliran!




Sekian.
Readmore...
Friday, September 9, 2011

Pay Peanut Get Monkey?

2 comments
 
Salam...

Orang kata..duit bukanlah segala-galanya tetapi hampir segala-galanya memerlukan duit. Itu orang kata. Bukan monyet yang kata coz monyet tak pandai berkata-kata kepada orang...hehe. Memang ada benarnya, cuma, yang sering menjadi persoalan ialah berapa banyakkah duit yang diinginkan? Berapakah pula jumlah duit yang diperlukan?


Kenapa pulak aku sibuk bertanya pasal duit ni?

Orait! straight to the point. Berapakah gaji anda sebulan? Adakah itu jumlah yang anda inginkan? Adakah itu jumlah yang anda perlukan?

"Saya mengaku agak berkira tentang gaji. Saya ada kelulusan dan pengalaman yang luas, jadi, saya amat berharap syarikat akan membayar gaji berlandaskan kelulusan dan pengalaman saya."

Awak memilih kerja ke?

"Saya memang memilih kerja dan inginkan gaji yang kena dengan kehendak saya."

Kalau syarikat enggan membayar gaji sepertimana yang awak inginkan?

"Saya tak akan bekerja di situ. Saya akan cari kerja di syarikat lain."

Awak suka lompat-lompat kerja ke?

"Tak jugak. Saya dah bekerja di syarikat ni lebih dari 10 tahun."

Habis tu?

"Ada satu syarikat yang offer saya untuk bekerja dengan mereka. Saya pun mintaklah macam-macam termasuklah gaji extra 50% dari gaji saya sekarang."

Bunyi macam too demanding aje.

"Bukan too demanding tetapi itulah harga yang syarikat tu perlu bayar untuk dapatkan khidmat saya. Kononnya syarikat tu hendak upgrade ke peringkat yang lebih tinggi dan saya merupakan calon yang paling sesuai untuk berbuat demikian."

Syarikat tu tak setuju?

"Bukan setakat tak setuju tapi sesuka-hati pula menghentam dan kata saya ni mata duitan, kerja belum nampak hasilnya dah mintak macam-macam."

Laaaa...

"Saya pun jawab la...kalau setakat berangan nak upgrade ke level yang lebih tinggi tetapi langsung tak nak berkorban untuk investment baik tak payah upgrade. Duduk je lah di takuk lama. Kalau bayar setakat peanut, janganlah berharap untuk mendapat pakar atau professional untuk membantu..silap-silap monyet pun menyampah nak terima."


Dalam maknanya tu...

"Saya bukanlah graduan yang baru habis belajar atau orang yang tengah desperate nak mintak kerja. Kalau saya dalam golongan tersebut sudah tentulah saya tak akan memilih atau terlalu berkira pasal gaji. Saya dah lama bekerja. Pengetahuan dan pengalaman saya membolehkan saya untuk membantu syarikat tersebut. Lagipun saya dah selesa bekerja di sini dan kalau saya ingin melompat kerja di syarikat lain, banyak pengorbanan yang perlu saya lakukan. Itu semua duit!"

Ohhh...

"Mungkin bunyinya macam sombong tetapi saya tahu apa yang saya hendak dan saya juga ada wawasan saya sendiri. Buat apalah saya terima bekerja dengan gaji yang saya sendiri tidak puas-hati dengan jumlahnya? Nanti sure saya takkan lama bekerja di situ. Yang paling penting saya tahu apa yang perlu dibuat untuk membantu syarikat dan sebagai balasan di atas kebolehan saya tu, syarikat perlulah menjaga saya sebaik-baiknya. Jika tidak, ambil sahaja orang lain."

Errr...betul jugak..

Tengah terfikir, apa agaknya si monkey tu akan buat kalau dapat peanut?...hmmmm




Sekian.
Readmore...
Thursday, September 8, 2011

Blackberry handphone tercanggih!

10 comments
 
Salam...

Aku pasti ramai yang memiliki handphone. Sekarang ini, handphone bukanlah lagi barangan mewah tetapi telah menjadi barangan keperluan. Ada sesetengah orang yang akan menggelabah jika tertinggal handphone ketika pergi kerja. Ada yang tidur pun dengan handphone di tangan lebih-lebih lagi jika banyak benda-benda rahsia tersimpan di dalamnya...hehe. Ada yang menganggap handphone seperti nyawa dan tidak boleh kehilangannya...ish3.


Apakah jenama handphone yang anda guna?

Jenama apakah yang terbaik?

Jenama apakah pula yang menjadi pilihan anda?

Nokia, Sony Ericson, Iphone, Samsung atau Blackberry?

Atau jenama yang lebih murah sedikit seperti CSL, I-mobile dan lain-lainnya?

Ataukah sekadar handphone cap ayam?

Tidak kiralah jenama apa sekalipun, ianya tetap handphone...kan? kan? kan???

Bercerita tentang kecanggihan handphone, aku mendapat info yang best tentang Blackberry.

Blackberry adalah sebuah handphone yang sangat perfect dan canggih sehingga ia boleh mengesan dan mengukur kelajuan nadi anda.

Bagaimanakah caranya? Ingin mencuba?

Gunakan hanya handphone Blackberry anda dan jangan sesekali guna handphone cap ayam!

Sila tekan "4" "2" "1" "2" tanpa menekan button "call" dan letakkan di pergelangan tangan anda. Tunggu hingga 2 saat dan tekan L.

Selamat mencuba...




Sekian...hehehe.
Readmore...
Wednesday, September 7, 2011

Terfikir untuk beli kereta baru?

13 comments
 
Salam...

Mungkin ramai di antara rakan-rakan semua yang telah membeli kereta baru sempena menyambut Hari Raya dan Merdeka ini. Mungkin ada yang terfikir untuk membeli? Mungkin ada yang berfikir dan masih berfikir hingga sekarang untuk membeli juga. Begitu juga aku, pernah terfikir, pernah berfikir dan masih lagi berfikir walaupun hari Merdeka dah berlalu dan Raya sudah memasuki hari ke-9...hehe.


Kereta baru jenama apakah yang anda fikirkan untuk dibeli? Agak-agak, kereta baru apakah yang aku fikirkan untuk dibeli?

Terus terang...aku terfikir untuk membeli kereta keluaran Nissan yang terbaru iaitu Livina X-Gear.

Ni beberapa gambar yang aku ciluk dari paultan.org


Bentuk lebih kurang Nissan Grand Livina yang 7 seater tu tetapi telah dipancung bahagian belakang untuk jadi 5 seater sahaja.


Bila lihat sekali, dua kali, tiga kali, empat lima enam kali imbas, ada semacam bentuk SUV pulak...hmmmm.


Dan...aku rasa, design Livina X-Gear ni lagi cantek berbanding Grand Livina...hmmmm.

Mungkin tak perlu untuk make up atau tambah bodykit lebih-lebih.

Pernah dahulu aku terbaca komen owner di dalam satu forum tentang macamana untuk jadikan Grand Livina tu untuk nampak cantek atau nampak lagi macho, dan ini pula jawapan dari seorang pembaca..."nothing can make your grand livina look macho! its like putting lipstick on a pig!"..ish3.

Orait semua...it's time to go for the Test Drive...huhu...




Sekian.

P/s: Semua gambar-gambar kereta Nissan Livina X-Gear di atas adalah hakmilik paultan.org.
Readmore...
Monday, September 5, 2011

Iklan Tanpa Kebenaran?

5 comments
 
Salam...

Apa khabar anda semua? Sihat? Aku agak kurang sihat sedikit mungkin kerana terlalu banyak makan daging merah (daging lembu dan kobau balau). Mungkin juga kerana cuaca yang agak sedikit panas ketika ini membuatkan aku pening kepala.


Sudahlah aku pening akibat banyak makan dan cuaca yang sedikit panas, sekarang ini aku ditambahkan pening pula apabila melihat iklan-iklan yang tidak diundang menyelinap di paparan blog aku ini...adoi ai!!

Iklan tidak diundang?

A ah...ni ha dia...


Aku tak perasan bila iklan ni start popping up kat blog aku ini. Yang aku perasan, aku tak pernah beri kelulusan untuk syarikat/website terbabit meletakkan sebarang widget ke dalam blog aku ini.

Habis tu, kalau aku tak pernah beri kebenaran, siapa pula yang membenarkannya?

Macamana website tersebut berupaya untuk meletakkan iklan ke dalam blog aku?

Seperkara lagi, bukan setakat iklan sahaja, tetapi terdapat juga beberapa perkataan-perkataan yang dihighlightkan jika pembaca berminat ingin tahu makna perkataan-perkataan tersebut..


Website tersebut ada perjanjian dengan Blogger ke?

Adakah aku melakukan kesilapan dengan subscribed dengan website tersebut secara tidak sengaja?

Aku ingatkan cuma aku seorang, rupanya ramai lagi yang menerima nasib yang sama seperti aku.


Entahlah...apa perlu aku buat ni?

Pening..pening...




Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com