Saturday, August 27, 2011

Kekurangan Air Di Dalam Badan

1 comments
 
Salam...

Selain dari rasa lapar, ketika berpuasa, kita juga pastinya akan merasa dahaga kerana tidak minum. Tubuh kita pula memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air dalam sehari. Dehydration mudah berlaku khasnya bagi kita yang bekerja di pejabat yang memasang alat penghawa dingin yang kuat. Memanglah sejuk tetapi pada masa yang sama bendalir di dalam tubuh disedut. Akibat dari dehydration (kekurangan cecair dalam badan), bukan sahaja kita akan berasa dahaga, malah kita mungkin akan mengalami beberapa symptom yang kebiasaannya berpunca daripada itu.


Sepatutnya entry ini aku buat di awal Ramadhan tempohari. Biasalah, kadang-kadang idea untuk menulis lambat tiba atau hanya datang apabila berlakunya sesuatu.

Di antara symptom yang sering terjadi akibat kekurangan air ialah batuk kering yang memeritkan dan sakit tekak yang mungkin membawa kepada tonsillitis khasnya kepada para perokok tegar seperti aku. Symptom ini sering berlaku kepada aku dan untuk mengurangkan atau mungkin menyembuhkannya aku menyediakan aiskrim (bukan aiskrim Malaysia) sebagai bekalan. So far, ianya berkesan mengurangkan tahap keperitan kerongkong aku.

Symtom lainnya akibat kekurangan bendalir di dalam tubuh ialah kita akan mudah rasa mengantuk. Menurut beberapa kajian kesihatan, akibat kekurangan air, darah akan menjadi lebih likat dan melambatkan proses pembawaan oksigen ke otak. Akibatnya, kita akan mudah rasa mengantuk walaupun pada malam harinya kita telahpun cukup tidur. (Inilah jawapan kepada soalan aku di entry yang lepas di SINI).


Manakala symptom yang sering menimbulkan kegembiraan sementara bagi sesetengah orang adalah penurunan berat badan. Penurunan berat badan ketika berpuasa secara relatifnya berpunca daripada kehilangan bendalir di dalam tubuh. Oleh itu, tidak hairanlah jika berat badan yang susut tersebut diperolehi kembali hanya beberapa hari selepas menyambut Hari Raya.

Kenapakah perkara ini seringkali terjadi sedangkan kita semestinya akan minum air ketika berbuka?

Memang kita akan minum air ketika berbuka, tetapi adakah kuantiti air yang kita minum itu mencukupi untuk menampung kekurangannya (iaitu 8 gelas sehari)?

Adakah kita berupaya untuk minum air sebanyak itu ketika berbuka?

Semestinya tidak. Kita sepatutnya mengulang meminum air sehinggalah ke waktu bersahur, tetapi oleh kerana semasa berbuka perut kita telah diisi dengan makanan lainnya, minum air yang banyak agak berat untuk dilakukan kerana mungkin akibat perut yang kekenyangan.


Islam telah mengajar kita untuk memperuntukkan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk pernafasan tetapi apa yang sering berlaku ialah 2/3 kita isi dengan makanan manakala bakinya untuk air dan nafas. Jika terlebih minum air maka tercungaplah kita untuk mendapatkan oksigen. Akibatnya, kita akan mengurangkan kuantiti air untuk kita mudah bernafas. Begitulah indahnya Islam yang mengajar kita banyak perkara hatta mencakupi soal-soal pembahagian makanan pejal, air dan pernafasan tetapi kita pula yang sering terlupa akibat desakan nafsu.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga minum kita agar badan kita sentiasa memiliki air yang mencukupi setiap masa walaupun kita berpuasa.

Boleh ke? Entahlah...akupun rasa berat juga...ish3.




Sekian.
Readmore...
Friday, August 26, 2011

Juadah Utama Di Hari Raya

3 comments
 
Salam...

Sedang berada di dalam mood Hari Raya? Begitu juga aku. Dan, bila cerita pasal Hari Raya, perkara pertama yang terlintas selepas bersolat sunat Aidil Fitri ialah menjamu selera dengan juadah yang dibuat khas untuk hari bahagia tersebut.

Apa la Abang Long ni, asyik ingat makan jer?

Bukan ingat makan jer tetapi dah menjadi kebiasaan atau mungkin juga adat di Hari Raya pertama, juadah khas akan dibuat (atau dibeli) untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Lagipun, pada hari tersebut (Hari Raya pertama) diharamkan kita untuk berpuasa. So, apa lagi...melantak sakan la kita..huhu.


Bila sebut pasal juadah Hari Raya ni, apakah agaknya juadah yang menjadi kemestian untuk diadakan (samada dibuat sendiri atau dibeli)?

Aku tengah terbayang "Lontong" atau nasi impit yang berlaukkan kuah lodeh dan rendang daging atau ayam. Ayam pulak samada ayam kampung atau ayam pencen...mmmmm.

Mungkin ada yang menyediakan ketupat dan rendang.

Mungkin mesti ada lemang dan juga rendang (errr...rendang lagi?).

Mungkin ada yang masak nasi minyak atau nasi beriani.

Yang lain-lain sebagai sampingan mungkin mee rebus, mee bandung, mee udang, laksa, pasembur, nasi kandar, nasi dagang, ketupat palas, nasi lemak, sate dan bermacam-macam lagi. Wow! Meriah sungguh Hari Raya pertama kita dengan makanan!

Gambar dipinjam dari blog Ogy Si Jemari Seni

Cuma...dalam kita begitu seronok dengan jumlah makanan yang sedap-sedap dan berbagai-bagai, marilah kita renung-renungkan, ingat-ingatkan, bayang-bayangkan saudara-saudara kita yang mungkin sekadar mengisi perut dengan nasi putih berlaukkan kicap dan ikan masin, makan nasi dengan pucuk ubi celur dan kuah kacang, makan ubi kayu rebus dengan kelapa, makan sup tulang hasil pemberian ikhlas sewaktu Hari Raya Korban tempohari, atau hanya sekadar makan kuih Raya pemberian jiran-jiran, ataupun juga sekadar mengalas perut dengan air masak suam.

Termasuklah juga yang hanya mampu makan sisa-sisa makanan yang dibuang orang...isk3.


Dan...mungkin ada yang hanya makan hati berulam jantung...uhuk! uhuk!




Sekian.
Readmore...

Trafik Di Hari Raya

9 comments
 
Salam...

Sudah bersedia untuk pulang ke kampung? Atau, mungkin juga telahpun berada di kampung? Instead of pulang ke kampung, datang ke bandar untuk beraya? Tak ada kampung? Opps! Minta maaf. Aku berharap anda semua selamat sampai ke destinasi yang anda tujui dan selamat kembali ke tempat anda bermula. Harap kita sama-sama berhati-hati ketika memandu di jalan-raya. Harap kita dapat menahan sabar dan beretika ketika memandu.


Bagaimanakah keadaan trafik? Jammed? Banyak kenderaan?

Yang aku pasti, semasa Hari Raya nanti, jalan-jalan di Bandaraya Kuala Lumpur ini meriah. Meriah? Ya, meriah dengan anjing-anjing yang berkeliaran dan ber"breakdance" di tengah jalan kerana kurangnya kenderaan yang lalu-lalang...hehe.

Speaking of trafik yang lengang, begitu jugalah yang sering berlaku terhadap trafik blog aku ini. Sewaktu Hari Raya tahun lepas, trafik atau visitor blog aku merudum jatuh sehingga mencecah 90% dan adakalanya cuma tinggal 2% jumlah pelawat yang menyinggah. 2% tu mungkin juga pageviews dan visit daripada aku sendiri..hehe. Puncanya mungkin sebab tiada entry menarik yang aku publish serta tiada blogwalking yang aku lakukan. Ataupun, mungkin juga rakan-rakan blogger semua dan khasnya para follower blog aku ini tiada yang online kerana masing-masing sibuk beraya.

So, apa yang perlu aku buat untuk memastikan blog aku ini sentiasa ada trafik?

Mungkinkah perlu untuk aku menulis entry di dalam English supaya visitors dari negara luar (yang faham English) akan datang menyinggah? Ye la..they all tu mungkin tidak menyambut Hari Raya dan ramai juga yang online ketika kita masing-masing beraya dan off-line.


Apesal pulak aku concern sangat tentang trafik ni?

Entahlah..aku tak ada target pun untuk dicapai khasnya yang berkaitan dengan trafik yang tinggi.

So, biarlah kut. Kalau ada trafik, bolehlah aku tambah senyuman aku semasa beraya nanti..hehe.

Bagaimana pula blog orang lain?

Ada juga yang aku lihat sentiasa mempunyai trafik yang tinggi walaupun pada masa tu blog aku senyap sunyi.

Apa yang mereka buat?

Ada sesiapa yang sudi share?




Sekian.
Readmore...
Thursday, August 25, 2011

Kuih Buat Sendiri vs Kuih Beli

8 comments
 
Salam...

Bagaimanakah persiapan untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba minggu hadapan? Baju Raya dah beli? Langsir Raya? Sofa Raya? Cat Raya? Kereta Raya? TV Raya? Rumah Raya?... dan bermacam-macam Raya lagi....jangan ada pulak memandai-mandai untuk tambah Bini Raya.. hehe.


Bagaimanakah pula dengan Kuih Raya? Dah buat atau dah beli ke?

Yang mana menjadi pilihan anda, Kuih Raya buat sendiri atau kuih tunjuk-tunjuk (beli)?

Kalau aku kan... lagi suka kuih raya yang dibeli..

Sebab, kalau nak suruh orang rumah aku buat, jawabnya asyik berbuka kat luar aje lah. Ye la, mana ada masa nak masak untuk berbuka, asyik sibuk buat Kuih Raya aje. Tak pun asyik berbuka dengan Kuih Raya yang dia buat jer...ish3.

Kuih Raya kalau dibuat sendiri memang la jimat berbanding beli tapi kalau ambil kira penat membuat dan masa yang terbuang kerana sibuk membuatnya, aku rasa baik gak kalau beli jer..

Kalau Kuih Raya buat sendiri, mungkin boleh menimbulkan rasa riak. Ye la, mana tau ramai kawan-kawan datang beraya dan memuji dan kata kuih-kuih tu sedap. Mau kembang hidung sepanjang Syawal.

Kalau kuih tu buat sendiri, boleh gak jadi pemangkin kepada rasa marah dan meluat apabila ramai orang yang datang beraya kata kuih-kuih tu tak sedap.


Kalau kuih beli, tak kisah samada orang nak kutuk atau puji. Malah kita pun boleh kutuk sama. Ye la, bukan kita yang buat kan? kan? kan?

Sekali lagi aku reiterate, aku lagi suka Kuih Raya tunjuk-tunjuk (beli) tetapi biarlah yang ada kualiti dan rasa berbaloi membelinya.

Anda pula bagaimana?




Sekian.
Readmore...
Wednesday, August 24, 2011

Lawak atau ...?

9 comments
 
Salam...

Dalam pada aku stress atau berduka, adakalanya aku menerima SMS dari rakan-rakan yang seolah-olah tahu dan mengerti perasaan aku pada masa itu. SMS yang seringkali menceriakan kembali perasaan gundah gulana. Ada SMS yang lawak atau kelakar. Ada SMS yang berbentuk 18sx tetapi santai. Ada SMS yang menyedarkan aku untuk sentiasa tabah di dalam kehidupan. Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang perihatin dan suka untuk share sesuatu yang menceriakan suasana.

Ini satu lagi SMS yang baru aku terima. Semasa mula-mula membacanya, aku gelak sakan...


Tetapi selepas itu, wujud pula rasa bersalah...

Aku paparkan di sini untuk tatapan anda pula...


Makna di sebalik jenama kereta:

BMW - Bring Me Women
LEXUS - Luxury EXports to United States
FORD - For Only Romantic Drivers
HYUNDAI - Hope You Understand Nothing's Driveable And Inexpensive
VOLVO - Very Odd Looking Vehicular Object
PORSCHE - Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything
KIA - Kills In Accidents
TOYOTA - The One You Only Trust Always
NISSAN - Nothing Inexpensive So Spend Another Ninehundred
PROTON - Powerwindow Rosak Oooh Tidaaakkk Ohhh Noooooo!!


Cuba anda perhatikan jenama kereta yang last tuh..

Perlukah kita gelak atau patutkah kita marah?


Rasa macam hilang perasaan ceria dan timbul kembali suasana gundah gulana...ish3.

Apakah persepsi anda?




Sekian.
Readmore...
Tuesday, August 23, 2011

Duit Raya Dah Ready?

4 comments
 
Salam...

Dah tukar duit baru kat bank? Ye la, nak bagi Duit Raya kat bebudak takkan nak guna duit yang dah renyuk-renyuk atau lunyai kan? Not RM bernilai berapakah yang paling banyak ditukar? RM1, RM5, RM10, RM50 atau RM100?


Sengaja aku mencoret entry pasal Duit Raya ni sebab teringat kisah-kisah lama semasa aku mengetuai Cash Center di Maybank dahulu. Masa inilah kami tersangat sibuk menguruskan penerimaan dan penghantaran duit-duit baru ke cawangan-cawangan yang telah membuat tempahan. Bukan sahaja penat mengira duit yang bertimbun dengan tangan dan mesin pengira, bahkan juga penat berguling-guling dan tidur di atas duit yang nilainya beratus juta...hehe.

Perkara yang paling menyeronokkan aku dan staff aku di ketika itu bukanlah kerana dapat bergelumang dengan duit yang banyak..ye la, duit orang, kalau duit sendiri memanglah seronok sesangat, tetapi seronok kerana ada sumber pendapatan lain yang bakal kami perolehi dengan duit baru tersebut.

Pernahkah anda terjumpa atau melihat duit baru yang dipotong tanpa mengikut spesifikasi (senget, pendek atau terlebih panjang/lebar dari duit yang lain)?


Pernahkah anda terjumpa atau melihat duit baru yang memiliki kesilapan cetak (tiada potret Yang DiPertuan Agong, hanya sebelah yang bercetak, cetakan yang senget atau tidak tepat)?

Kami pernah. Duit yang sedemikian rupa (pada ketika itu) memang dicari-cari oleh pengumpul "odd money" dan mempunyai nilai yang sangat tinggi. Malah, not RM1 yang memiliki kecacatan seperti itu boleh dijual hingga melebihi RM300 sekeping!


Lagi satu, jika anda perhatikan, setiap wang kertas (Ringgit) mempunyai nombor siri tertentu yang unik bagi setiap keping. Apa kata jika nombor siri itu seperti ini ABC88888888, XXX123456789, XYZ333333333 dan sebagainya? Sememangnya duit tersebut menjadi rebutan oleh pengumpul-pengumpul tersebut.

Jadi, tidak hairanlah jika tabung staff kami sentiasa banyak dan membolehkan kami sering pergi outing beramai-ramai termasuklah menginap di resort-resot yang menarik...hehe.

Tapi...itu dulu. Sekarang ini semua kerja pemprosesan wang tunai yang baru telah dilakukan oleh syarikat sekuriti (outsourced). Peluang untuk menikmati extra Duit Raya hasil jualan duit-duit pelik dan hot telah tiada lagi.


Bila teringatkan kisah-kisah kesibukan kami di Cash Center membuatkan aku rindu kepada semua bekas staff aku dahulu. Aku sering tersenyum bila mengenangkan ketika orang lain (di luar) sibuk bersiap menyambut Raya, kami pula sibuk membelek "Duit Raya" mencari extra income...hehe.

Kepada bekas staff aku yang membaca coretan ini, aku harap anda semua sentiasa sihat wal-afiat dan Selamat hari Raya.




Sekian.
Readmore...

Meriahnya Bunyi Mercun

4 comments
 
Salam...

Tinggal 7 atau 8 hari lagi untuk kita berpuasa. Sana sini orang ramai telah sibuk membuat persiapan ketibaan hari Lebaran. Memang meriah! Kemeriahan itu pula ditambah-tambah dengan kehadiran bunyi bunga api dan mercun yang pelbagai (tidak kira samada bunga api yang dibenarkan ataupun mercun yang ditegah penjualannya).


Ya, ramai yang seronok bermain bunga api dan mercun! Tidak kira tua, muda belia atau kanak-kanak (atau kucing sekalipun...hehe).


Bercerita tentang mercun, aku bukanlah anti dengan orang yang bermain mercun. Malah, aku juga minat bermain mercun. Cuma, aku ingin menegur segelintir pemainnya tidak kiralah kanak-kanak ataupun kanak-kanak dewasa agar bermain di waktu dan tempat yang sesuai.

Baru-baru ini, sewaktu bersolat tarawikh di sebuah surau berdekatan, aku dan mungkin juga jemaah lainnya dikejutkan dengan dentuman mercun yang aku andaikan jenis yang tidak dibenarkan dijual atau dibeli. Walaupun ianya tidak diletupkan di dalam surau tersebut tetapi bunyi letupan yang teramat kuat tersebut membuatkan jantung aku seperti luruh terkezzzzut dan solat aku terganggu.

Apa yang lebih mengharukan ialah dentuman kuat mercun tersebut menyebabkan seorang pakcik (atau atuk) yang agak berumur terkezzzzut dan terjelepuk (terjatuh) dari kerusi khas untuk beliau bersolat. Kesian sungguh!!!.

Aku amat berharap agar permainan bunga api dan mercun khasnya yang menerbitkan bunyi dentuman yang agak keterlaluan dapat dipantau. Mengharapkan kanak-kanak yang bermain mercun tersebut untuk mengawal diri, aku rasa, bukanlah cara terbaik membuat pemantauan. Orang dewasa, khasnya ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak tersebut perlulah sentiasa mengawal dan menasihati mereka agar tidak keterlaluan bermain tanpa mengira masa dan tempat serta sentiasa memahami sensitiviti orang lain yang berada di persekitaran.

Dan...janganlah si dewasa atau kanak-kanak dewasa yang sepatutnya memainkan peranan membuat pemantauan pula yang sibuk bermain tanpa memikirkan kesesuaian keadaannya.

Gambar hiasan

Bukan apa...dikhuatiri, apabila ramai orang yang marah atau sakit hati akibat permainan mercun tersebut menyumpah dan mengutuk sipelaku, ianya menjadi suatu doa yang mungkin termakbul khasnya kerana sumpahan atau bebelan tersebut dilakukan ketika bulan Ramadhan, bulan yang kebiasaannya doa-doa mudah dimakbulkan...nauzubillah.




Sekian.
Readmore...

Berhati-hati Dengan Telur Ayam

2 comments
 
Salam...

Anda gemar memandu di waktu malam? Anda ada perancangan memandu di waktu malam untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya? Aku memang ada perancangan sedemikian kerana aku khuatir akan rasa terlalu mengantuk jika memandu di waktu siang untuk jangka waktu yang lama.

Oleh itu, aku ingin share dan panjang-panjangkan maklumat yang aku terima dari beberapa rakan melalui pesanan ringkas SMS.

Berikut adalah pesanan dari pihak Polis (PDRM) kepada mereka yang ingin memandu di waktu malam... Berhati-hati dengan TELUR ayam!



Jika anda memandu di waktu malam dan cermin kereta dilempar dengan telur ayam, janganlah segera menghidupkan wiper atau memancutkan air ke cermin kereta yang terkena cecair dari TELUR ayam tersebut.

Ini kerana, cecair dari TELUR ayam apabila bercampur dengan air, kelikatannya adalah seperti susu pekat dan akan mengaburkan 92.5% dari tahap penglihatan kita. Pandangan yang terhalang secara tiba-tiba tersebut memaksa kita untuk memberhentikan kenderaan dan di situlah kita mungkin akan menjadi mangsa perompak.

Inilah teknik dan taktik terbaru yang digunakan oleh pemangsa tersebut.

Kita dinasihatkan untuk meneruskan memandu dengan apa yang mampu dilihat sehingga tiba di tempat yang selamat.



Aku harap entry yang tak seberapa dan mungkin kurang nilainya ini memberikan sedikit manafaat kepada anda.

Mudah-mudahan kita semua selamat ketika berada di jalan raya...amin.



Sekian.
Readmore...
Saturday, August 20, 2011

SMS Lawak atau Lucah?

6 comments
 
Salam...

Sebelum itu, aku ingin memohon maaf kiranya entry aku ini berbaur lucah atau berlabel 18sx dan lebih-lebih lagi jika fikiran pembacanya mudah menerawang ke arah itu. Ada juga rasa bersalah bersarang di minda aku ini tetapi aku masih ingin paparkannya juga...hehe.

Muka kucing yang rasa bersalah

Di bulan Ramadhan ini, kita seringkali menerima SMS ucapan-ucapan selamat berpuasa atau Selamat Hari Raya dari rakan-rakan dan saudara-mara kita. Berbagai-bagai bentuk, genre, gaya penyampaian yang diterampilkan walaupun kebanyakannya dipanjang-panjangkan dari seorang dua penghantar SMS.

Tidak kurang juga SMS-SMS yang berbaur 18sx atau sekurang-kurangnya mempunyai "double meaning" seperti SMS yang aku telah terima di bawah. Kadang-kadang wujud juga rasa bersalah walaupun tertawa setelah membacanya.

Enjoy reading...hehe.


Tatkala ustaz Roshdan memberi kuliah khusus untuk ibu-ibu setelah selesai bersolat tarawikh, ada dua wanita datang kepada beliau ingin bertanya.


Wanita pertama bertanya, "Ustaz, kalau saya pegang-pegang punya suami saya sampai tegang dan akhirnya keluar, apakah saya juga harus mandi junub?"


Ustaz menjawab, "Tidak!! Kamu cukup mencuci tanganmu dengan sabun!"


Ustaz melihat wanita yang pertama tadi tersenyum tetapi wanita yang kedua termanggu-manggu.


Lalu ustaz bertanya kepada wanita kedua tersebut, "Ada apa-apa yang kamu nak tanyakan?"


Wanita kedua menjawab, "Saya tidak jadi bertanyalah ustaz sebab saya sudah tahu jawapannya. Bererti saya cukup kumur-kumur aje..."


Dengarnya SMS ini dah beratus kali diforwardkan ke penerima lainnya termasuklah aku...

Jangan marah aku yer? Aku just forwardkan ajer...huhu



Sekian...hehehe
Readmore...

Rezeki Di Bulan Ramadhan Lebih Murah?

2 comments
 
Salam...

Ramai orang kita (Melayu) yang mencari extra income semasa di bulan Ramadhan. Yang jarang berniaga ataupun mungkin tak pernah berniaga, menceburkan diri menjual sesuatu semasa di bulan Ramadhan tidak kiralah samada menjual kuih muih juadah berbuka, kuih raya, menjual pakaian-pakaian dan termasuklah menjual bunga api dan mercun (yang dibenarkan dan juga yang diharamkan...hehe). Dalam kata lain, ramai orang kita menjadi salesman.


Jika di bulan-bulan yang lain mereka malu untuk menjadi penjual (termasuklah menjadi agent Direct Selling atau MLM), tetapi di bulan Ramadhan, perasaan malu itu hilang dan mereka (mungkin) menjadi penjual yang berjaya. Jika di bulan-bulan yang lain, mereka malu untuk berucap di khalayak ramai termasuklah malu untuk berucap (public speaking) semasa membentangkan kertas kerja di pejabat atau di Institusi Pengajian Tinggi, tetapi lain pula jadinya di bulan Ramadhan. Mereka seronok dan tidak malu untuk mempromosikan barangan jualan mereka walaupun terpaksa menjerit-jerit di Bazaar Ramadhan dengan keadaan tekak yang perit kerana kekurangan air (berpuasa).

Kenapa ek?

Mungkinkah kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan rezeki mudah datang melimpah-ruah walau dengan sedikit sahaja usaha?

Mungkinkah kerana di bulan Ramadhan, nafsu orang untuk membeli amat tinggi dan ini menjadi pemangkin kepada hasil jualan yang juga tinggi, oleh itu berniaga di bulan tersebut amat berbaloi?

Mungkinkah kerana desakan untuk mendapat lebihan wang untuk menyambut Hari Raya (termasuklah memberi Duit Raya), maka ramai yang mencari extra income dengan berniaga?


Apa-apapun alasan-alasan atau sebab-sebab yang mendorong seseorang untuk berniaga semasa di bulan Ramadhan, alangkah baiknya jika perkara-perkara yang menjadi pendorong tersebut berkekalan hingga ke bulan-bulan yang lainnya.

Bukan apa, aku rasa ramai di kalangan orang Melayu kita ini yang kurang gemar untuk berniaga sedangkan sumber utama kewangan datangnya dari perniagaan. Mereka (termasuklah aku) lebih suka untuk makan gaji kerana beranggapan dengan makan gaji sumber kewangan adalah lebih terjamin. Walhal, sekarang ini jaminan tersebut bila-bila masa sahaja akan ditarik balik atau kehilangan gaji akibat diberhentikan kerja.

Oleh kerana sumber kewangan daripada perniagaan bergantung penuh kepada hasil jualan, maka ramai yang kurang gemar bergantung-harap kepadanya lebih-lebih lagi jika hasilnya tidak tetap. Mungkin juga ada di antara mereka yang seperti aku yang telah banyak berhabis duit menceburkan diri dalam perniagaan Multi-level Marketing (MLM) tetapi hasilnya masih hampeh. Tidak kiralah samada cara perlaksanaannya yang salah atau sistem plan pemasaran yang tidak baik yang menjadi punca, pengalaman yang tidak menggembirakan tersebut sedikit sebanyak akan menjadi pelemah semangat untuk terus berniaga.

Mungkinkah kerana gagal untuk mengaut keuntungan yang cepat dan bermodalkan wang yang sedikit menyebabkan ramai yang hilang minat untuk berniaga?...mungkin..tetapi kenapa boleh pula bertahan atau boleh berniaga semasa di bulan Ramadhan?

Mungkin semasa di bulan Ramadhan, tahap kesabaran adalah lebih tinggi untuk menahan keinginan cepat kaya atau mengaut keuntungan dengan kadar yang segera. Kesabaran juga dapat membendung sifat marah kerana jualan yang tidak berapa tinggi.

Mungkin kerana tempohnya yang singkat (hanya sebulan).

Apa-apapun, aku tetap dapat merasakan bahawa rezeki aku bertambah-tambah semasa bulan Ramadhan ini...syukur alhamdulillah...dapatlah aku makan daging ayam Raya nanti...isk3.



Sekian.
Readmore...
Friday, August 19, 2011

I Just Don't Like You!

3 comments
 
Salam...

Pernahkah anda tidak disukai oleh seseorang atau beberapa orang dan alasan yang diberi tidak masuk akal ataupun tiada langsung alasan kenapa dia atau mereka membenci anda? Agak-agaknya, apakah yang anda akan lakukan jika ada orang yang berkata kepada anda bahawa dia tidak sukakan anda? Apakah perasaan anda jika ada orang berkata, "tengok muka engkau sahaja aku dah benci"? Terkejut? Panik? Kelam kabut mencari cermin untuk melihat samada muka anda ada sesuatu yang membuatkan orang membenci anda?


Adakah anda akan hanya berdiam diri dan menerima sahaja nasib anda? Atau, anda bertindak memarahi orang yang membenci anda itu serta mempersoalkan tindakannya membenci anda tanpa alasan yang munasabah?

Apasal pulak aku mengarut di bulan puasa ni?

Bukan apa, aku just teringat akan kata-kata beberapa orang dan orang-orang yang sewenang-wenangnya menyebut "aku tak suka engkau", "aku tak suka dia", "aku benci tengok dia", "aku meluat tengok muka dia tu"...dan seumpamanya. Bila ditanya untuk mendapatkan kepastian dan sebab-sebab yang concrete dia menjawab, "entahlah, I just don't like him/her".

Kebiasaannya apabila kita mempunyai perasaan benci atau meluat melihat seseorang (termasuk benci melihat mukanya), kita mempunyai sebab-sebab yang concrete untuk itu. Bagaimana pula jika sebaliknya? maksud aku, kita tiada apa-apa sebab untuk membenci orang itu. Kita just benci dia. Kita just meluat melihat wajahnya.

Adakah kerana kita sedang sakit (mentally)?

Mungkinkah mata kita dikaburi sesuatu hingga membuatkan kita benci atau meluat melihat rupa atau wajah seseorang?

Mungkinkah orang yang dibenci itu telah disihir agar orang lain membencinya?

Jika tidak, kenapa harus membenci seseorang tanpa apa-apa sebab yang concrete?

Jika tidak, kenapa harus berkata, "Tengok mukapun aku dah meluat, belum lagi dengan perangai dia!".

Jika tidak, kenapa harus berkata, "Tengok mukapun, aku tahu dia tu tak pandai buat kerja!".

Jika tidak, kenapa harus berkata, "Tengok mukapun, aku tahu dia tu akan buatkan Jabatan kita huru-hara!".

Jika tidak, kenapa harus berkata, "Aku terpaksa berhentikan dia sebab aku tak suka dia."




Sekian.
Readmore...
Thursday, August 18, 2011

Pisau Seramik?

7 comments
 
Salam...

Petang tadi aku sibuk menyediakan juadah berbuka untuk keluarga aku, iaitu mee rebus special. Kenapa? Tak percaya? Ya, aku masak mee rebus special untuk keluarga aku!

Untuk itu aku telah memotong daging (dihiris halus) untuk dimasukkan ke dalam kuah mee rebus aku itu. Entah berapa kali aku terpaksa mengasah pisau pemotong aku yang tak berapa tajam tersebut. Akibatnya, secara tidak sengaja aku telah terhiris jari aku semasa mengasah pisau tersebut dan darah memancut.


Aku teruskan juga memasak mee rebus tersebut dengan cukup berhati-hati untuk mengelakkan ahli keluarga aku menjadi seperti Raja Bersiung akibat termakan darah aku...ish3. Walaupun dengan sedikit kepayahan dan kepedihan jari aku yang terhiris, aku berjaya juga menyiapkan mee rebus tersebut, alhamdulillah.


Selesai berbuka tadi, aku termenung. Alangkah baiknya kalau aku ada pisau yang sentiasa tajam tanpa perlu diasah dan yang lebih penting lagi tidak mencederakan diriku.

Cari punya cari, akhirnya aku ketemu juga dengan satu iklan tentang pisau yang sentiasa tajam tanpa perlu diasah. Pisau Seramik!!


Pisau Seramik diperbuat daripada zirconim dioxide (zirconia) antara bahan mineral terkeras di dunia. Ia menjadikan mata pisau SENTIASA tajam dan TIDAK PERLU diasah. Lebih baik dari itu mata pisau seramik TIDAK AKAN karat.

Apa yang lebih menarik minat aku ialah, pisau tersebut mempunyai hulu yang colorful dan boleh menjadi sebahagian perhiasan meja dapurku.


So, kalau anda semua berminat, boleh la order dan beli secara online dengan klik link di bawah ini:




Sekian.
Readmore...
Monday, August 15, 2011

Di Mana Seksinya Lelaki Di Mata Wanita?

4 comments
 
Salam...

Jika sebelum ini aku mencoret tentang seksinya seorang wanita di mata lelaki, kali ini aku terbalikkan soalannya mengarah keseksian seorang lelaki di mata wanita pula. Mungkinkah bentuk badan yang mantops? Mungkinkah kekuatan yang dimiliki tidak kira bagaimana bentuk bodynya?



Benarkah bentuk badan lelaki yang sasa seksi pada pandangan wanita?

"Tapi I lagi suka lelaki yang biasa aje. Tak terlalu berotot, yang penting dia sihat."

Aik? You tak suka lelaki yang sasa dan berotot-otot ke?

"Buat apa lelaki yang macam tu? Nanti dia kurang masa dengan I, asyik kat gym aje. Lagipun, tak semua lelaki yang berotot tu kuat-kuat. Diorang tu kadang-kadang cuma guna pil atau inject steroid kat badan diorang untuk jadi sasa. Bila dah guna drugs, makin mahal la nak maintain body diorang tu. Silap-silap bila dah terlebih inject, jadi raksasa dan bukannya sasa."


Habis tu. Awak suka lelaki yang macamana?

"I suka lelaki yang perutnya leper dan tak boroi. Kalau boleh ada six pax juga tapi tak keterlaluan."


Ohh...you suka lelaki yang ada perfect body figure ye?

"Tak semestinya perfect cuma tak terlalu kurus atau terlalu gempal. Yang penting, bila I peluk dia rasa sedap dan bukan macam peluk tulang."


Untuk dapatkan body yang macam tu, lelaki tu perlu juga exercise di gym.

"Tak juga. Cuma perlu exercise yang simple-simple aje macam sit up dan push up. Tak nak yang exercise keterlaluan sampai badan berotot besar-besar dan berkepak."

Bukan ke berkepak macam tu nampak lagi macho?

"Mungkin sesetengah orang kata itu macho. Bagi I, cara macam tu nampak riak. Silap-silap masa berjalan dengan I nanti, I pulak yang kena swing sebab tangan dia berayun tinggi untuk mengawal kepaknya tu."

Ohh...so, apa lagi yang you nampak seksi seorang lelaki selain daripada body yang kurus, perut yang leper dan cuma ada sedikit otot-otot tu?

"Macam orang lelaki juga, suka tengok perempuan yang ponggongnya bulat dan cantik, I juga suka lelaki yang ada ponggong yang cantik."

Ponggong cantik?

"Maksud I, biarlah nampak sedikit bentuk ponggongnya dan tidak la leper seolah-olah tak ada ponggong."

Kenapa pulak?

"So, bila I peluk dia nanti, tak la tangan I asyik jatuh je. At least, ponggong dia tu tahan tangan I dari melorot ke bawah."

Gitu pulak?

"He he he...Kalau dia jenis yang tak ada ponggong, dia kemungkinan jenis lelaki yang suka duduk berjam-jam semasa bekerja. Tak pun jenis yang pemalas atau kaki bangku."

Oh, gitu. So, sekarang ni hubby you tu ada ciri-ciri macam yang you nak tu ke?

"Tak."

Habis tu?

"Dia tak berapa gemuk cuma perutnya sedikit boroi."

Jadi, you tak suka keadaan perut dia yang boroi tu?

"Tak juga. I suka."

Suka?

"A ah. I suka belai-belai perut dia tu...he he he."

Ish, ish, ish....tak faham betul la orang perempuan ni.

"He he he"




Sekian.
Readmore...
Saturday, August 13, 2011

Blog Normal Diklasifikasi Sebagai Spam Blog

8 comments
 
Salam...

Anda pernah mengalami masalah di mana blog anda diklasifikasi sebagai Spam Blog dan dipadamkan dari server? Aku pernah, dan bukan sahaja blog aku yang kena delete, e-mail aku serta Google id aku juga dipadamkan dari database Google. Peristiwa yang membuatkan aku bersedih kerana bukan sahaja blog aku kena delete, item-item penting dalam e-mail aku juga tidak boleh aku retrieve semula.


Puncanya, kerana aku telah cuba untuk mempromosikan blog aku itu di sebuah website berbentuk forum. Pastinya, ahli-ahli forum tersebut merupakan anti-spammers yang begitu membenci spammer dan bertindak membuat laporan ke Google.


Aku terpanggil untuk mencoret entry ini setelah ditegur oleh blogger Terbelog di blog beliau http://terbelog.com/. Sebelum itu aku ada meninggalkan komen berserta link ke satu entry di blog aku ini. Mungkin kerana beliau risau blog beliau akan diban oleh Google sepertimana yang berlaku ke atas blog tutorial maribinablog (milik Nescafeais), maka, komen aku itu tidak dipaparkan (atau telah di delete) dan mesej disampaikan melalui ShoutMix aku.

Tidak mengapa. Aku tidak marah sebab komen aku kena delete. Malah aku berterima kasih kepada bro Terblog kerana sudi bagi link untuk aku membaca entry beliau tentang pengklasifikasian spam blog sesetengah blog oleh google akibat kononnya kerana link-link di dalam komen. Anda boleh baca entry beliau itu di SINI.

Aku bukanlah seorang yang expert di dalam hal-hal berblogging dan tidak pula mengaku atau akan mengaku sebagai otai. Aku juga tiada niat untuk mengajar sesiapa tentang hal-hal website dan berblogging. Cuma, aku memerlukan sesuatu yang lebih concrete apabila membicarakan tentang penghukuman termasuklah hukuman ke atas blog yang dianggap atau diklasifikasikan sebagai spam. Oleh itu, aku ada membuat sedikit kajian termasuklah menghubungi pihak (admin) Google bertanyakan hal ini.



Apakah rasional sesebuah blog diklasifikasikan sebagai spam blog atau ringkasnya Splog? Apakah sebenarnya spam blog atau Splog?

Splog adalah sebuah website atau blog yang digunakan oleh pemiliknya untuk mempromosikan laman web affiliate yang dia subscribe, sebuah website atau blog yang digunakan untuk meninggikan ranking di search engine sesebuah website atau blog lain yang dikaitkan dengannya ataupun juga sebuah website atau blog yang hanya bertujuan untuk memaparkan atau menjual pautan-pautan tertentu (links).

Kebiasaannya Splog tidak mempunyai manusia untuk menjaganya secara teratur dan tetap tetapi diuruskan oleh autobot (automatik atau robotik) menggunakan perisian tertentu. Dalam kata lain, Splog itu adalah sebuah dummy blog yang ditugaskan untuk menjadi transit atau perantara bagi sesebuah blog lain.

Oleh kerana pengurusan Splog dilakukan oleh autobot dan entry-entry di dalamnya juga dijana oleh perisian tertentu, sudah tentulah isikandungan entry-entry tersebut seperti mengarut dan ditulis (dijana) dengan bahasa Inggeris yang lintang pukang kerana ianya tidak penting kecuali pautan-pautan (links) yang dipaparkan.

Entry-entry di dalam Splog kemudiannya di"ping"kan ke search engine atau website-website tertentu secara "mass" atau dipanggil Spam Pings ringkasnya "Spings". Penggunaan perisian juga membolehkan Splog menghasilkan entry-entry yang banyak hingga mencecah ratusan entry dalam sehari. Dengan entry yang banyak berserta pautan-pautan yang terdapat di dalamnya dan status website atau blog yang "do follow", Search Engine dipaksa untuk crawl menjelajah ke setiap entry termasuklah pautan-pautan yang dipaparkan. Ini, sudah tentulah akan meninggikan ranking blog tersebut di search engine. Dengan ranking yang tinggi, Splog kebiasaannya akan terlepas dari diban dan dianggap seperti sebuah website atau blog normal yang popular walhal ianya hanyalah dummy.

Menyedari akan hal ini, Google telah melancarkan gerakan pembasmian Splog yang kebanyakannya menggunakan platform mereka kerana ianya masih percuma.

Di antara tindakan-tindakan yang diambil oleh Google untuk mengenalpasti sesebuah Splog ialah:
  1. Membuat pemantauan jumlah entry-entry yang terlalu banyak dan tidak logik dilakukan oleh manusia dari sesebuah blog.
  2. Merekodkan dan menilai jumlah ping yang dilakukan oleh sesebuah blog.
  3. Melakukan lawatan secara manual ke atas blog yang mempunyai pautan-pautan dengan website atau blog lain yang terlalu banyak.
  4. Melakukan penyiasatan setelah menerima aduan daripada blogger dan pengguna-pengguna website berdasarkan platform Google atau pengguna-pengguna yang berdaftar dengan Google.

Jika, pada pandangan Google, elemen-elemen spam wujud pada sesebuah website atau blog berlandaskan platformnya, maka website atau blog tersebut akan diban dan seterusnya dipadam dari sistem Google kerana diklasifikasikan sebagai Splog.

Item ke-4 merupakan sesuatu yang lebih subjektif kerana ada kemungkinan pihak Admin Google menerima laporan yang tidak tepat dari ahli-ahlinya tentang sesebuah blog yang dilaporkan sebagai Splog, lalu, melakukan ban terhadap blog tersebut tanpa membuat penyelidikan yang lebih terperinci dan menyeluruh. Apabila tuan punya blog yang diban meminta penjelasan, Google akan hanya memberikan penjelasan yang sememangnya terlalu standard dan tidak akan melayan sebarang rayuan. Lebih mengharukan bila laporan itu dibuat hanya sekadar ingin bergurau ataupun mungkin juga kerana berdengki.


Berikut adalah nasihat 1 sen aku:

  • Janganlah sesekali membuat laporan palsu ke pihak Admin Google tentang sesebuah blog dan mengatakan ianya adalah sebuah Splog.
  • Jika suka join website-website berbentuk forum khasnya forum luar negara, jangan sesekali mempromosikan blog anda atau e-mail anda malah blog orang lain di situ kerana dikhuatiri anda atau blog anda atau blog orang lain itu akan dianggap sebagai spammer dan blog anda atau blog orang lain yang anda promosikan adalah Splog.
  • Cuba elakkan untuk publish entry dengan jumlah yang terlalu banyak dalam sehari dan memaparkan pautan-pautan khas yang mengarah kepada satu website atau blog lain.
  • Apabila ingin sharing entry di dalam sesebuah blog, pastikan untuk meminta izin terlebih dahulu dengan owner blog tersebut supaya dia boleh memantau jumlah sharing yang mungkin wujud bagi entry tersebut. Jika sharing yang terlalu banyak, ada kemungkinan Google membuat andaian entry tersebut atau blog tersebut adalah spam.

Itu sahaja yang dapat aku coretkan di sini. Aku harap entry ini ada manafaatnya. Jika ada kekhilafan atau kekurangannya, aku minta maaf. Aku faham dan mengaku bahawa aku juga masih tercari-cari maklumat tambahan yang lebih lengkap.



Sekian.
Readmore...
Friday, August 12, 2011

Kenapa Mengantuk Sangat Semasa Berpuasa?

7 comments
 
Salam...

Semasa mencoret entry ini, mata aku rasa terlalu berat. Entah berapa kali aku menguap dan beristighfar. Jika sebelum ini aku akan rasa mengantuk selepas makan tengahari, di bulan puasa ini aku mengantuk hampir setiap masa kecuali apabila menghampiri waktu berbuka.


Adakah aku seorang sahaja yang menghadapi masalah mengantuk terlampau di bulan puasa ni?

Adakah anda juga seperti aku?

Terus terang, dalam keadaan sebegini, aku memang tidak suka memandu kenderaan untuk jarak yang jauh. Pernah aku terbabas ketika memandu semasa dalam perjalanan pulang ke kampung untuk berhari raya kerana mengantuk dan tertidur. Pengalaman tersebut sering kali menghantui aku hinggalah sekarang. Jika ingin memandu untuk tempoh yang lama, aku lebih suka memandu selepas berbuka atau di waktu malam.

Kenapa kita mengantuk semasa berpuasa di bulan Ramadhan?

Mungkinkah kerana jadual pemakanan kita telah berubah?

Mungkinkah kerana tidur kita terganggu atau jumlah jamnya berkurangan?

Mungkinkah kerana perasaan kita yang merasakan waktu berbuka masih lama dan ingin mempercepatkannya dengan tidur?

Mungkinkah kerana kebiasaannya darah berkumpul di bahagian perut semasa memproses makanan yang kita makan tetapi semasa berpuasa darah berkumpul di otak pula kerana tiada makanan untuk diproses dan menyebabkan kita mengantuk?

Mungkinkah segalanya kerana "mindset"?

Mungkinkah...

Mungkinkah.....

Mungkinkah........

Mungkinkah...........zzzz

M..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Readmore...
Thursday, August 11, 2011

Ziarah vs TV di Hari Raya

1 comments
 
Salam...

Baru 11 hari berpuasa, sana sini orang ramai sudah sibuk membeli belah untuk menyambut Hari Raya. Pasar raya dan kompleks beli belah juga sibuk membuat promosi Raya. TV juga semakin banyak memaparkan sinopsis rancangan-rancangan khas atau program-program menarik yang bakal ditayangkan semasa Hari Raya. Jika dilihat kepada sinopsis-sinopsis tersebut, harus ramai yang pasti melekat di hadapan TV sewaktu Hari Raya nanti.


Aku bukanlah berniat untuk menegur atau membantah perancangan pihak-pihak media elektronik tersebut dan kadangkalanya aku juga melekat di hadapan TV jika ada program yang menarik minat aku, cuma, kemeriahan Raya pada pendapat aku semakin pudar jika ramai dari kalangan kita yang melebihkan masa menonton rancangan TV berbanding berziarah.

Ada kemungkinan juga jika melakukan ziarah ke rumah sanak saudara atau jiran tetangga yang memiliki TV, perbualan akan tersekat-sekat akibat pengaruh rancangan menarik yang dipertontonkan di TV yang terpasang.

Pengaruh TV memang cukup besar dalam kehidupan kita hari ini dan tidak mustahil pengaruhnya itu membuatkan kita agak malas untuk berziarah di Hari Raya, lebih-lebih lagi jika terlalu banyak rancangan menarik ditayangkan melalui berbagai-bagai saluran TV (seperti siaran TV Astro misalnya) dan ditayangkan di skrin TV ber"resolusi" tinggi (HD) yang lebih mengujakan.

Pernah dahulu (di waktu Hari Raya), anakku enggan untuk ikut berziarah ke rumah saudara mara kerana ketika itu TV akan menayangkan program yang dia memang sedang tunggu-tunggu. Apabila aku berkeras juga agar dia ikut, ini pula jawapan dia...

"Abah telefon la dulu makcik tu, dia ada TV astro tak kat rumah. Kalau takda adik tak nak ikut."

Untuk menyedapkan hatinya dan memujuk agar ikut sama berziarah, aku menghubungi saudaraku itu bertanya samada beliau ada perkhidmatan astro. Jawapan positif yang diterima membuatkan anakku itu segera ingin ikut sama.

Setibanya di rumah saudaraku itu, anakku dengan segera menuju ke TV dan mencari program yang ingin ditontonnya itu. Malangnya, walaupun astro ada, saluran yang menayangkan program tersebut tidak dilanggan saudaraku.

Selepas itu, seharian anakku itu bermuram dan merajuk. Hanya mahu bersalam dengan orang bila mereka menghulurkan duit raya sahaja...ish3.

Hari Raya yang sepatutnya meriah disambut kanak-kanak menjadi hari yang muram buat anakku kerana hasratnya untuk menonton program TV yang dinanti-nantinya tidak kesampaian...



Sekian.
Readmore...
Wednesday, August 10, 2011

Bertukar-tukar Juadah Di Bulan Ramadhan

4 comments
 
Salam...

Bila bercerita tentang juadah berbuka di bulan Ramadhan, mungkin ramai yang bersetuju dengan aku bahawa jumlahnya dan jenis-jenisnya berlipat kali ganda berbanding ketika di luar bulan puasa. Adakah kerana di masa bulan Ramadhan ramai yang berlumba-lumba ingin menunjukkan kemahiran masing-masing untuk membuat juadah? Adakah kerana di waktu berpuasa, nafsu makan kita berlipat kali ganda dan inginkan juadah yang pelbagai?


Apabila bercerita tentang juadah berbuka yang pelbagai ini, aku teringat sewaktu kecil dahulu di mana bertukar-tukar juadah sesama jiran-jiran menjadi suatu amalan yang sentiasa ditunggu-tunggu. Pertamanya, kerana aku akan dapat merasa juadah yang dibuat oleh jiran-jiran aku. Keduanya, ianya dapat mengurangkan beban emakku yang bertungkus-lumus menyiapkan juadah berbuka dengan hanya fokus menyediakan satu jenis juadah sahaja. Ketiganya, untuk memperkenalkan diri kepada jiran-jiran sebab nanti masa Raya senang nak minta Duit Raya...hehe.

Amalan bertukar-tukar juadah adalah mulia bukan sahaja untuk merapatkan perhubungan sesama jiran bahkan juga membantu jiran-jiran yang mungkin tiada kesempatan untuk membuat juadah di atas sebab-sebab tertentu.

Malah, amalan memberi juadah kepada jiran menjadi salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. dengan sabda baginda yang lebih kurang bermaksud "Jika memasak lauk, lebihkanlah kuahnya (untuk diberikan sedikit kepada jiran-jiran terdekat)." Walaubagaimanapun, janganlah pula sekadar memberikan kuah sahaja kepada jiran, tetapi berilah sedikit isi yang ada.

Apabila memberi juadah kepada jiran-jiran, janganlah pula mengharapkan balasan menerima juadah daripada mereka. Janganlah menunggu "tupperware" anda kembali dengan "berisi". Memberilah dengan ikhlas dan niatkan ianya suatu ibadah kerana Allah s.w.t. Mudah-mudahan Allah memberikan kita pahala dan keredhaanNya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Cuma... lately, aku rasa, amalan memberi dan bertukar-tukar juadah sesama jiran di bulan Ramadhan sudah semakin berkurangan khasnya kepada golongan yang bermastautin di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur ini. Puncanya adalah kerana kebanyakan juadah tidak dibuat atau dimasak sendiri tetapi dibeli di gerai-gerai Pasar Ramadhan yang berlambak.

Mungkinkah kerana lauk-lauk berbuka dibeli maka tiadalah peluang untuk melebihkan kuahnya untuk dikongsi bersama-sama jiran tetangga? Mungkinkah kerana dahulu tujuan bertukar-tukar juadah supaya banyak jenis-jenisnya boleh dirasa ketika berbuka, tetapi sekarang ini hanya perlu memilihnya di gerai-gerai Pasar Ramadhan yang tertentu, maka, amalan bertukar-tukar juadah itu juga menjadi tidak relevan lagi?

Mungkinkah pemberian juadah itu menjadi tidak penting dan yang paling dikehendaki ialah pemberian DUIT?... sebab dengan duit, banyak jenis-jenis juadah boleh dibeli...



Sekian.
Readmore...
Monday, August 8, 2011

Berdakwah Perlu Berilmu

4 comments
 
Salam...

Anda sudah bersolat tarawikh?  Di masjid mana? Di rumah? Berjemaah atau bersendirian? Alhamdulillah...tidak kira di mana kita beribadah, yang penting ibadah kita dilakukan dengan tulus dan ikhlas mengharapkan keredhaan dari Tuhan.


Aku mencoret entry ini sekadar ingin mencuit minda segelintir manusia yang berstatus "Muslim" yang kononnya ingin berdakwah tetapi dilakukan dengan cara yang bagi aku, agak kurang sesuai dan kadang-kalanya menerbitkan berbagai-bagai emosi yang kurang sihat.

Aku pernah ditegur seseorang kerana tidak solat tarawikh berjemaah di masjid. Puncanya kerana aku terpaksa bertugas lebih masa menguruskan permasalahan kerjaku di pejabat. Setibanya di rumah, berbagai-bagai isu berkaitan hal rumahtangga pula terpaksa aku selesaikan. Walaubagaimanapun, kami sekeluarga (isteri dan anak-anakku) telah bersama-sama bersolat tarawikh berjemaah (di rumah).

Dengan kata-kata yang agak sinis, orang itu menegur aku yang pada ketika itu sedang berehat mengambil angin di hadapan rumah...

"Sepatutnya, di bulan Ramadhan ni, kita perlu perbanyakkan masa kita di masjid untuk bersolat tarawikh berjemaah. Janganlah asyik ingat kerja sahaja. Ramadhan hanya datang sekali setahun manakala kerja di pejabat tu, hari-hari kita akan tempuhi. Apalah salahnya korbankan sedikit masa di pejabat tu untuk kita meluangkan lebih masa di masjid?"

Aku bertanya..."Nak tanya sikit bang, solat tarawikh 20 rakaat atau solat tarawikh 8 rakaat yang lebih baik?"

"Mestilah yang 20 rakaat. Lebih banyak rakaatnya, lebih banyak surah-surah yang dibaca dan itu adalah lebih baik berbanding solat tarawikh 8 rakaat. Kenapa engkau tanya soalan tu?"

Begini bang. Setahu saya, jumlah rakaat solat tarawikh bukanlah sesuatu yang menjadi ukuran. Begitu juga samada bersolat tarawikh di masjid yang jauh atau di surau yang terdekat, termasuklah samada berjemaah atau bersendirian, tetapi yang lebih utama adalah keikhlasan dan kekhusyukan kita beribadah kerana Allah.

"Maksud engkau?"

Solat tarawikh merupakan ibadah (solat) khusus yang diamanatkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umat Islam untuk ditunaikan di sepanjang bulan Ramadhan tetapi tidaklah sampai diwajibkan. Jadi, janganlah sesuka hati menghukum seseorang yang gagal menunaikannya secara berjemaah di masjid. Ada kemungkinan dia menunaikannya secara bersendirian di masjid yang sama (dikemudiankan) atau hanya dilakukan di rumahnya. Kita tidak tahu masalah apa yang dihadapi oleh orang lain.

Yang lebih penting, solat tarawikh sepatutnya dilakukan dengan keadaan yang tenang, relax dan tidak tergopoh-gapah agar dapat menunaikannya dengan lebih khusyuk dan ikhlas kerana Allah s.w.t.

"Engkau menyindir aku ke? Apa kaitannya jumlah rakaat solat tarawikh dengan nasihat aku kepada engkau tu?"

Maafkan saya bang. Tak ada niat untuk menyindir atau mengajar. Cuma, saya ingin kita sama-sama berfikir dengan lebih rasional, mana yang lebih utama.

Bersolat tarawikh secara berjemaah di masjid memanglah digalakkan tetapi sepatutnya tidak menjadi suatu paksaan kerana ianya sekadar solat sunat. Buat apalah bersungguh-sungguh mengejar solat tarawikh sedangkan solat yang wajib sering terabai. Mungkin lengkap 5 waktunya tetapi tidak dilakukan di masjid secara berjemaah berbanding bersolat tarawikh. Ada juga yang lompong solat wajibnya tetapi sentiasa ada di masjid untuk solat tarawikh berjemaah. Mungkin kerana ingin mengejar fadhilat solat tarawikh yang dikatakan dan digembur-gemburkan begitu besar mengikut hari-harinya sedangkan ada ulama mengatakan fadhilat-fadhilat tersebut bukanlah sesuatu yang concrete atau mungkin dilabelkan juga sebagai bidaah.

Bersolat tarawikh secara berjemaah di masjid bukanlah menjadi suatu lesen untuk seseorang muslim mesti masuk ke syurga, manakala kegagalan menunaikannya tidaklah menjadikan seseorang itu mesti dicampakkan ke neraka. Jadi, janganlah terlampau berkeras atau memusuhi orang lain yang gagal menghadirkan diri bersolat tarawikh di masjid.

Ayat aku yang terakhir itu menyebabkan dia berlalu sambil menundukkan muka...




Sekian.
Readmore...
Sunday, August 7, 2011

Masih Berguna Walaupun Sudah Tiada?

9 comments
 
Salam...

Aku pernah mencoret entry serupa lamaa dahulu di SINI. Kali ini, aku mencoret kembali kerana ada insiden yang menyokong pendapat aku tersebut. Insiden yang boleh membuatkan aku tersenyum sinis.


Jika dahulu aku seringkali dipersalahkan, kerja tangan aku selalu diperlekehkan, masa yang aku ambil untuk membuat sesuatu tugasan menjadi ejekan kerana dikata terlalu lama (berjanggut dan berjambang sebelum kerja-kerja tersebut siap), manakala, kerja-kerja semborono dan tangkap muat menjadi aspirasi kerana kecepatannya siap, tetapi, sekarang ini, hasil kerja lama aku itu yang pernah menjadi ejekan serta cercaan itu pula yang menjadi sandaran dan digunakan.

Jika dahulu orang yang pandai membelit kata-kata menjadi pujaan dan sanjungan, manakala, aku pula disisihkan serta disejuk-bekukan, sekarang ini, orang yang telah dibelit mula bernafas semula kerana belitan sudah tidak sekuat dahulu dan tindakan pembetulan pula ingin dilaksanakan. Si pembelit itu juga telah membelit diri sendiri.

Aku bukan berniat untuk mengejek mereka walaupun dahulu pernah ada perasaan ingin membalas dendam cuma aku ingin sekali berpesan janganlah sesekali mencerca, mengejek, memperlekeh serta men"tong-sampah"kan hasil kerja orang lain tanpa menilai akan kepentingannya terlebih dahulu. Bukan apa, bila ingin menggunakan kembali hasil kerja tersebut perasaan malu memang patut wujud.

Untuk itu, aku rasa perumpamaan atau bidalan ciptaan aku ini mungkin amat sesuai diguna-pakai...
Dahulu hasil kerja aku diberak dan dikencing, sekarang sanggup menjilat najis-najis tersebut untuk menggunakannya kerana baru sedar ianya ada nilai..

Apa yang boleh aku katakan ialah...

Tak ada perasaan jijik ke?
Tak ada perasaan malu ke?


Hantam saja lah labu.....




Sekian.
Readmore...
Wednesday, August 3, 2011

Menganiaya Pekerja?

3 comments
 
Salam...

Beberapa hari ini kita dipaparkan dengan berita tentang para pekerja yang diberhentikan atau dipaksa cuti tanpa gaji oleh majikan sedangkan mereka memerlukan sumber kewangan untuk menyambut hari Lebaran yang bakal tiba. Terasa marah dan sedih melihat nasib mereka yang teraniaya tetapi marah dan sedih itu sudah tentulah tidak berupaya untuk membantu mereka.


Kenapa ini berlaku? Tiada belas kasihankah pihak majikan yang terlibat itu?

Untuk contoh kisah pekerja teraniaya tersebut, anda boleh baca Harian Metro - 380 Pekerja Tidak Setuju. Berita di TV juga ada memaparkan kisah 20 orang pemandu bas ekspress yang diberhentikan kerja dengan serentak atas alasan yang pada anggapan mereka tidak munasabah.

Aku bukanlah ingin mempertikaikan tentang hak dan kuasa yang dimiliki oleh majikan samada untuk mengambil atau memberhentikan seseorang pekerja, cuma ingin mengetahui apakah tujuan utama pemberhentian kerja tersebut. Adakah ianya dilakukan atas niat menyelamatkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan ataupun hanya semata-mata ingin menyusahkan atau menganiaya pekerja mereka?

Sebagai satu contoh, seorang rakanku telah tidak disambung kontrak pekerjaannya baru-baru ini. Penamatan kontrak mengikut tarikh matangnya (expiry date) memanglah sesuatu yang biasa, walaubagaimanapun, pada pendapat aku, setiap kontrak terutamanya yang melibatkan perkhidmatan kebiasaannya diwujudkan elemen pemberian notis dari 1 hingga 3 bulan sebelum tarikh tamat kontrak tersebut dan termaktub di dalam perjanjian atau kontrak. Manakala rakanku tersebut hanya diberitahu akan kontrak pekerjaan beliau yang tidak akan disambung kurang seminggu dari tarikh tamatnya.

"Bayangkan la bang, saya ni seorang Pengurus. Bukan senang untuk mencari pekerjaan yang sama taraf dalam tempoh yang singkat. Kalau saya ini sekadar kerani, mungkin lebih mudah untuk mencari kerja lain dan lebih mudah pula syarikat lain untuk mengambil saya bekerja."

Aku setuju dengan beliau kerana kebiasaannya jawatan Pengurus memerlukan pertimbangan khusus Pengurusan Atasan syarikat dan keputusan untuk mengambil seseorang bekerja sebagai Pengurus akan mengambil masa yang lebih lama berbanding jawatan-jawatan yang lebih rendah. Jika beliau memohon jawatan kerani pula, sudah tentu syarikat yang menerima permohonan beliau akan berasa pelik kenapa seorang Pengurus tiba-tiba memohon untuk menjadi seorang kerani (misalnya).

"Apalah salahnya kalau syarikat memberitahu saya lebih awal sekurang-kurang sebulan sebelum tarikh tamat kontrak supaya saya lebih bersedia. Ini tidak, lagi 4 hari kontrak expired baru hendak beritahu kontrak takkan disambung. Pampasan satu sen saya tak dapat. Memang big bos tu sengaja ingin menganiaya saya!"

Kesiannya. Jadi, sempat ke awak handover kerja kepada bakal pengganti di situ?

"Memang tak sempat. Kalau sempatpun saya takkan handover properly. Sekarang ni, selepas saya dah tak de kat situ, diorang masih cuba untuk mintak tolong dari saya. Ada juga rasa kesian, tapi bila fikir yang syarikat langsung tak de rasa kesian kat saya, buat apa saya susah payah untuk membantu?"

Habis tu, apa yang awak nak buat sekarang?

"Entah la bang. Saya tengah sibuk menghantar borang-borang dan surat mintak kerja di syarikat lain. Saya jangka, mungkin kalau dapat kerja pun selepas Raya nanti. Sekarang ni kebanyakan syarikat agak diam dari mengambil pekerja baru. Jawabnya, Raya ni saya makan telur ayam aje laaa.."

Jangan la mengeluh macam tu. Tak baik. Mungkin boleh cari sumber rezeki lain sementara menunggu mendapat kerja baru.

"Tak tahu la bang. Tengah pening, tension, stress dan bengang ni. Tengah terfikir juga, kalau saya berselisih dengan bekas Big Boss @ mangkuk hayun yang kejam tu mungkin elok juga kalau saya langgar je dia. Saya selalu juga terserempak dengan dia yang sedang berjogging di persekitaran kawasan perumahan di sini."

Ehh!! Jangan macam tu. Kalau buat macam tu juga, awak dengan dia sama sahaja. Sama-sama kejam!

"Sakit hati sangat ni bang. Sekarang ni saya selalu berdoa agar mangkuk hayun tu mendapat kesusahan seumur hidup."

Alamak!..Doa orang teraniaya biasanya atau kemungkinan besar akan dimakbulkan Tuhan. Tetapi, berdoa untuk kesusahan orang lain pun tidak bagus juga dan bukan jalan untuk menyelesaikan masalah.

"Habis tu?"

Apa kata, awak berniaga kecil-kecilan? Sekarang ni bulan Puasa, so awak boleh menjual kuih Raya. Permintaan terhadap kuih Raya pada masa ni memang sangat tinggi.

"Hmmm...OK jugak tuh. Duit untung tu boleh la saya makan daging ayam Raya ni..."

Adoi ai...




Sekian.
Readmore...
Monday, August 1, 2011

Seksi tapi orang lain pula yang salah?

8 comments
 
Salam...

Sebelum ini aku ada mencoret tentang keseksian seseorang wanita di pandangan lelaki di SINI. Pada pandangan aku, jika sekadar menutup sahaja aurat tanpa mengambil kira cara-cara bagaimana menutupnya masih tidak mencukupi. Mata lelaki mana yang tidak buntang apabila melihat atau terlihat wanita berpakaian ketat memaparkan bentuk badannya yang terjojol sana dan terjojol sini walaupun wanita itu bertudung dan tiada satu bahagian auratnya yang terdedah?


Memang tidak dinafikan rata-rata orang akan mengatakan lelaki yang memandang itulah yang salah kerana memandang dengan nafsu.

Bagaimana pula dengan si wanita yang berpakaian sedemikian?

Adakah dia tidak bersalah? Adakah kerana ianya fesyen, maka orang akan menerima sahaja cara dia berpakaian sebegitu? Adakah kerana ianya telah menjadi kebiasaan, maka, tiada sesiapa pun yang mahu ambil peduli? Manakala si lelaki yang memandang pula dilabel berbagai-bagai seperti mata keranjang, buaya darat, playboy, gila seks, gila perempuan, pantang melihat perempuan berdahi licin dan sebagainya, hanya kerana dia memandang keindahan bentuk tubuh wanita tersebut.

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini aku telah pergi ke sebuah pasar borong basah di tempat aku dan biasalah di waktu pagi begitu ramai pengunjung yang datang untuk membeli barangan dapur.


Di sebelah kereta aku, seorang wanita sedang sibuk mengangkat dan memunggah barangan ke dalam bonet keretanya. Dia berpakaian yang bagi aku terlalu sendat hingga seolah-olah pakaiannya melekap ke badan serta memperlihatkan keindahan payu daranya yang besar bundar, punggung yang bulat dan meliuk-lintuk ketika dia sibuk mengangkat barang. Sudah tentulah keadaan itu menjadi magnet kepada para lelaki yang lalu lalang di situ.

Beberapa buah kenderaan yang melintas seolah-olah sengaja diperlahankan untuk pemandunya menatap keindahan yang dihidangkan secara percuma itu!

Tiba-tiba wanita tersebut bersuara dengan agak kuat...

"Kalau nak lalu, lalu aje lah. Buat apa nak tengok-tengok orang pulak! Tak pasal-pasal jammed kat sini."

Aku yang sememangnya berada berdekatan di situ, cepat-cepat beredar. Malu!

Berbagai-bagai persoalan bermain di benak dan hatiku. Siapakah yang salah sebenarnya? Orang lelaki (pemandu-pemandu) yang memperlahankan kenderaan mereka untuk menonton aksi menghairahkan secara percuma atau si wanita yang seolah-olah berbangga menayangkan body yang menggiurkan itu?


Adakah kesemua orang yang ada di situ bersalah termasuklah aku? Si wanita bersalah kerana berpakaian terlalu sendat. Pemandu-pemandu yang memperlahankan kenderaan bersalah kerana melihat. Orang ramai yang lain bersalah kerana tidak mahu atau tidak mampu untuk menegur. Aku juga bersalah kerana melihat dan menterjemahkan apa yang aku lihat di blog aku ini...ish3..adoi ai.

Sempat pula si wanita itu marah dan membebel kepada pemandu-pemandu kenderaan yang memperlahankan kenderaan mereka dan mengakibatkan tempat tersebut menjadi sesak.

Entahlah...aku harap, di bulan Ramadhan ini tiada aksi-aksi sebegini yang akan dilakukan oleh makhluk Tuhan paling seksi lainnya. Bukan apa, memang kita dituntut untuk berpuasa mata dari melihat perkara-perkara dosa atau yang membangkitkan syahwat tetapi jika terpandang juga takkan kita perlu pejamkan mata serapat-rapatnya hingga mungkin mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Gambar hiasan

Kepada kaum hawa yang diciptakan Tuhan dengan keindahan semulajadi, perelokkanlah cara berpakaian di bulan yang mulia ini supaya tidak menerbitkan fitnah dan membuat kaum lelaki keluh kesah menahan sabar.




Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com