Sunday, July 31, 2011

Puasa Yang Yuk?

2 comments
 
Salam...

Sudah bersedia menyambut bulan Ramadhan? Atau, dahpun bersedia menyambut Syawal?..hehe. Ada puasa yang masih belum diganti? Kalau ada, terpaksalah membayar fidyah coz hari ni dah hari sya' dan diharamkan berpuasa.

Ada yang telah berpuasa beberapa hari di bulan syaaban ni...alhamdulillah, banyak pahalanya jika puasa kita diterima Allah. Elok juga berpuasa semasa di bulan syaaban sebagai melatih diri sebelum berpuasa sebulan di bulan Ramadhan nanti. Ada juga yang membuat persediaan dengan makan lebih banyak beberapa hari ini, kononnya untuk lepas geram coz nanti tak boleh makan banyak begitu semasa Ramadhan...ish3.


Ada ke yang dah plan nak makan tengahari kat mana semasa Ramadhan nanti? Makan di tempat tersorok? Membeli makanan di kedai menjual makanan yang juga tersorok? Alahai...janganlah gitu yer?

Bila cerita pasal ponteng puasa ni, teringat aku kepada seorang kawan yang agak liat untuk berpuasa. Bila tiba Ramadhan, selalu melepak di stor di tempat kerja. Bukan tempat untuk tidur tetapi untuk mengunyah makanan, minum-minum dan menghisap rokok.

"Aku boleh tahan tak makan dan tak minum bang, tapi aku tak tahan bila ketagih rokok aku datang. Menggigil tangan aku nih."

Orang lain pun ada juga yang merokok, boleh jer berpuasa. Bila buka nanti balun la rokok tu puas-puas.

"Aku dah cuba tapi selalunya gagal."

Alasan jer tu.

Untuk menghilangkan bau rokok selepas menghisapnya, dia akan memberus gigi dan kumur dengan listerine atau mouth wash. Nak makan gula-gula hacks takut ada orang perasaan bau gula-gula tu pulak..hehe.

Nak makan tak jadi masalah kerana ada orang jual juadah berbuka di hadapan office tu seawal jam 1 petang. Selamba jer dia pergi membeli seperti orang lain seolah-olah makanan yang dibeli itu akan hanya dimakan semasa berbuka tetapi sebenarnya dibalun waktu itu juga. Bila di pejabat, pandai pula buat-buat letih, lapar dan dahaga seperti orang lain yang berpuasa.

Yang tak bestnya bila waktu berbuka, diapun turut sama kelam kabut makan, mengalahkan orang yang berpuasa pula...hehe.

Aku harap anda semua tidak macam tu yer? Sebelum subuh bangun untuk bersahur. Dalam kereta makan dan minum macam breakfast. Tengah hari makan juga secara sorok-sorok. Bila orang berbuka, dia pun berbuka juga. Bila malam pergi ke surau atau masjid untuk melantak "more" dan apa jua juadah yang surau atau masjid sediakan. Tengah malam, makan lagi untuk "supper"...

Bila time Raya, orang lain dah jadi "slim" tapi dia maintain...ish3.

Dah lama juga aku tidak berjumpa dia. Harap-harap dia dah berubah...amin.

Marilah kita sama-sama berazam untuk memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Di siang hari kita berpuasa, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga bahkan juga mengelakkan melakukan sesuatu yang mungkin mengurangkan pahala puasa kita ataupun sesuatu yang boleh menerbitkan dosa. Di malam hari pula kita perbanyakkan solat-solat sunat seperti solat sunat tarawikh (bukannya tawarikh), bertadarus al-Quran dan memperbanyakkan zikir. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini Allah melimpahkan keberkatan dan mengampunkan segala dosa-dosa kita semua...amin.

Selamat Berpuasa kepada semua




Sekian.
Readmore...
Thursday, July 28, 2011

Minggu Yang Sibuk

5 comments
 
Salam...

Apa khabar anda semua. Sudah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia? Sekarang ini sana-sini ramai yang sibuk membuat persediaan. Bukan persediaan untuk berpuasa sahaja tetapi juga persiapan untuk Hari Raya. Masing-masing sibuk. Aku juga begitu, sibuk dan menyibuk..hehe.


Minggu ini aku terpaksa menyusun masa bukan sahaja untuk melakukan kerja-kerja seharianku tetapi juga menyusun masa untuk potfolio baru aku i.e. menjual juadah dan kuih raya (Choco Almond Dates dan Pineapple Tarts)..




Walaupun sibuk dan sedikit penat tetapi aku rasa seronok.

Semasa mula-mula menjual Choco Almond Dates tu, aku agak sedikit risau kerana ramai yang complain aku jual dengan harga yang agak mahal. Bila aku explain dan paksarela prospects aku untuk rasa sample barulah mereka mula membeli. Yang bestnyer, mereka akan ulang membeli.

Apa yang best sangat pasal Choco Almond Dates tu?

Cokelat yang digunakan bukanlah cooking chocolate atau jenis-jenis yang timbang kati dan murah-murah. Aku guna Dark Chocolate jenis Selbourne yang sedikit mahal dan campur sedikit dark cocoa untuk menerbitkan rasa bitter sweet. Kurma pula jenis yang masih bertangkai dari Tunisia yang tidak terlalu manis atau terlalu lembik. Bagi penggemar cokelat dan amat particular dengan rasa cokelat sudah tentu akan kata Choco Almond Dates yang aku jual tu memang sedap...hehe (puji diri sendiri nampak?).

Dari segi untung aku tidak dapat banyak sebab costs yang tinggi dan ingin memastikan harga jualan tidak terlalu membebankan pembeli. Tidak mengapalah. Aku bersyukur jika pembeli-pembeli makan Choco Almond Dates aku tu semasa berbuka puasa, merasai kelazatan dan kebaikan kurma serta kenikmatan cokelat.

Orait semua...aku tengah bersiap untuk ke Putrajaya menghantar stock Choco Almond Dates dan Pineapple Tarts ke sana.




Sekian.
Readmore...
Monday, July 25, 2011

Balik Kampung Mana Raya Ni?

4 comments
 
Salam...

Anda sudah berbincang dengan isteri atau suami anda untuk pulang ke kampung siapa Hari Raya tahun ni? Agak-agaknya, ada tak yang bergaduh, bertengkar, bermasam muka atau bercakaran untuk menentukan kampung siapa yang menjadi keutamaan?

kucing gaduh balik kampung raya

"Apa la engkau ni Abang Long, belum puasa lagi dah cerita pasal balik kampung."

Aku bukanlah berniat untuk menjadi terlalu advance mengutarakan tentang pulang ke kampung berhari Raya, cuma, aku rasa jika hendak berbincang tentang itu, lebih elok jika dibuat lebih awal supaya tempoh perbincangan lebih lama dan banyak perkara boleh difikirkan dan dibincangkan...dan..jika ada pergaduhan, pertengkaran atau percakaran, sempat lagi untuk berdamai sebelum masing-masin sibuk menunaikan dan menggandakan ibadah di bulan puasa...hehe.

suami isteri laki bini derhaka gaduh balik kampung raya

Ada juga yang telah mendapat kata sepakat semasa Hari Raya tahun lepas lagi.

Terdapat juga pasangan suami isteri yang telahpun mempunyai Standing Instruction yang telah dibuat bertahun-tahun dahulu.

Malah, ada pasangan yang membuat perjanjian semasa di awal pernikahan.

Aku berharap, tiada pasangan suami isteri yang bergaduh semata-mata berebutkan kampung siapa yang menjadi keutamaan untuk Raya tahun ni. Mungkin ada yang perlu beralah. Mungkin ada yang perlu fikir tentang adil dan saksama.

"Mestilah balik kampung suami. Isteri tak boleh membantah, nanti jadi isteri derhaka!"

"Asyik-asyik balik kampung dia jer. Alasannya, senang tak payah pening kepala rempuh traffic jammed sebab tak ramai orang nak balik kampung dia tu."

"Nak balik kampung awak tu banyak belanja. Minyak kereta, bayar tol. Tu tak termasuk nak singgah makan-makan kat kawasan rehat lebuhraya. Kang bila sampai kampung, nak bagi Duit Raya kat anak-anak saudara awak yang 4 dozen tuh."

"Kampung awak tu Kampung Baru. Hari-hari kita boleh balik sana. Kampung saya kat Terengganu, nak balik 6 bulan sekali pun susah. Apa salahnya Raya ni kita balik sana?"

"Kita kan dah janji. Raya puasa balik kampung saya, Raya Haji baru balik kampung awak."

"Raya Puasa mesti balik kampung awak. Kampung saya tu cuma Raya Cina jer baru kita balik."

"Apa kata awak balik kampung awak dan saya balik kampung saya?"

"Kita dua-dua takda kampung, so, Raya ni kita redah kampung orang jer."

"Aku belum kawin lagi, so, mestilah balik kampung ikut mak bapak aku."

"Aku pun sama tak kawin lagi. Ikut mak bapak aku juga. Cuma sekarang ni mereka yang tengah berperang nak balik kampung mana!..ish..ish..ish."

"Tu la, siapa suruh kawin dengan orang yang jauh-jauh? Tengok macam kami ni, kami berasal dari kampung yang sama. Tak da masalah nak balik ke kampung siapa. Cuma, kami tengah berbincang nak pergi rumah mak bapak siapa dulu masa malam Raya...ish..ish..ish."

"Kami tak balik kampung Raya ni. Kami nak beraya kat London, Paris, New York!"

"Adik tak kira nak balik kampung siapa. Yang penting, Raya tahun ni adik nak Duit Raya banyak-banyak!"

"Raya tahun ni, tak boleh balik kampung sebab kena kerja..uwaaaaaaaa!"



Agak-agak, ada kata-kata kat atas tu yang anda akan ucapkan?...hehe




Sekian.
Readmore...
Saturday, July 23, 2011

Menganiaya Tanpa Sedar?

3 comments
 
Salam...

Pagi ni, semasa aku bersiap-siap untuk berjogging dan brisk walking, kucing kuning merah itu datang lagi. Seperti biasa ia menggesel-gesel badannya ke kaki aku. Cuma, kali ini ia tidak pula berdiri dengan dua kakinya untuk mencium tangan aku. Rupa-rupanya, kaki kanannya cedera! Seolah-olah telah patah dan kelihatan lembik terkulai...adoi ai!!


Sebak dada aku. Kesian sungguh aku melihatnya.

Mungkin ada di antara jiran-jiran aku yang telah terlanggar kucing itu secara tidak sengaja. Mungkin kucing itu berada di bawah kereta dan jiran aku itu tidak sedar dan melanggarnya.

Coretan ini bukanlah untuk bercerita tentang kucing tersebut tetapi tentang kisah rakanku yang kontrak kerjanya telah tidak disambung. Beliau hanya diberitahu tentang non-renewal tersebut seminggu sebelum kontrak beliau tamat. Alasan yang diberikan oleh bos beliau ialah prestasi kerja beliau tidak "up to the company's expectation".

Aku tiada hak untuk campur tangan dan aku juga tidak tahu sejauh mana pencapaian prestasi kerja beliau. Cuma, apa yang aku agak musykil, kenapa bos beliau hanya memberitahu tentang non-renewal tersebut seminggu sebelum tarikh tamat kontrak? Kenapa tidak diberitahu dalam tempoh yang lebih awal supaya beliau boleh bersedia dan berikhtiar mencari pekerjaan lain?

Mungkinkah rakanku itu umpama kucing merah kuning tersebut yang berada di zon selesa (di bawah kereta), tidak menjangka dan tidak bersedia jika kereta itu bergerak dengan tiba-tiba?

Bagaimana pula dengan bos beliau? Umpama tindakan sepatutnya jiranku yang telah melanggar kucing merah kuning tersebut ambil, jika dia membuat pemeriksaan di bawah kereta terlebih dahulu sebelum memandu, ada kemungkinan kemalangan tersebut dapat dielakkan. Adakah bos rakanku itu telah benar-benar melakukan pemeriksaan sebelum membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak beliau?

Kenapa pula aku agak particular tetang kes ini?

Aku bukan ingin mempertikaikan tentang keputusan yang telahpun dibuat, cuma, aku terfikir, rakanku itu sudah tentu akan rasa teramat sedih, menggelabah, celaru dan risau kerana kehilangan pekerjaan beberapa hari sebelum datangnya bulan Ramadhan dan diikuti oleh Hari Raya. Rakanku itu seorang Pengurus (walaupun berstatus kontrak) dan sudah tentulah untuk mencari pekerjaan dengan jawatan yang sama mungkin sedikit sukar dan memerlukan masa. Kebanyakan syarikat mungkin akan menunggu untuk mengambil pekerja baru selepas Hari Raya, jadi, jika demikian, ada kemungkinan rakanku itu akan terpaksa menganggur sementara. Beliau mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat persediaan kedatangan bulan Ramadhan dan Hari Raya.

Jika demikianlah yang berlaku, rakanku itu sebenarnya telah teraniaya. Bos beliau pula mungkin tidak sedar telah berlakunya penganiayaan.

Pada pendapat aku, jika prestasi kerja seseorang itu tidak bagus sekalipun, bos beliau perlulah juga berfikir samada tindakan yang bakal diambil memberi kesan penganiayaan terhadap pekerjanya. Sebagai seorang bos yang bagus dan berwibawa, elemen-elemen personal perlulah disingkirkan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Jika sesorang pekerja bawahannya mempunyai prestasi kerja yang buruk, dia sepatutnya bertindak dengan cuba membantu pekerjanya memperbaiki prestasi bukanlah dengan hanya menghukum. Sepatutnya bos tahu bahawa setiap staff adalah asset kepada syarikat, lebih-lebih lagi jika staff tersebut telah lama bekerja di situ sedikit sebanyak sudah tentu ada sumbangannya. Tidak adakah perasaan ingin memberikan sedikit penghargaan dan terima kasih?

Menamatkan kontrak dan dengan hanya memberitahu seminggu sebelum tarikh penamatan samalah juga dengan menjatuhkan hukuman kepada pekerja yang pastinya tidak bersedia.

Mungkinkah bos beliau itu tidak sedar akan kesukaran yang bakal dialami oleh rakanku itu? Mungkinkah juga bos beliau itu sememangnya sedar dan berbuat demikian kerana ada unsur-unsur personal di dalam tindakannya manakala kontrak yang expired merupakan satu jalan yang amat berkesan untuk membenarkan tindakannya itu?

Entahlah...aku hanya mampu untuk berkongsi kesedihan rakanku itu tetapi aku tidak mampu untuk mengubah keputusan yang telah dibuat.



Sekian.
Readmore...
Friday, July 22, 2011

Kurma Cokelat Berbadam!!

8 comments
 
Salam...

Anda minat makan kurma? Anda suka makan cokelat? Anda suka rasa badam (almond)? Apa kata kalau ketiga-tiganya digabungkan dan menjadi Kurma Cokelat Berbadam?



Jom kita nikmati buah kurma semasa berbuka puasa di bulan Ramadhan ini bersama rasa cokelat yang  sedap dan disulami dengan kerangupan kacang badam (almond).




Harga-harganya?

Satu bekas berisi 20 - 24 biji = RM22
Satu bekas berisi 30 - 35 biji = RM27

Untuk kawasan Lembah Klang, dalam radius 30 km dari Bandar Ampang, aku akan hantar tempahan anda secara percuma. Jika melebihi radius 30 km hingga 100 km aku terpaksa caj duit minyak dalam RM5. Yang jauh-jauh tu terpaksalah aku poskan guna servis Pos laju dan tambah RM5 untuk satu bekas..boleh?




Cara Untuk Membayar:

Jika anda mempunyai akaun di CIMB Bank anda boleh menggunakan CIMB Clicks atau Cash Deposit machine (CDM) atau Third Party Transfer menggunakan ATM. Jika anda tiada akaun di CIMB bank, sila deposit tunai menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) atau menggunakan sistem IBFT melalui ATM di bank-bank terpilih.

Sila deposit/transfer ke akaun:
Nama :  WANSUHAIMI BIN KARNAIN  
No. akaun : CIMB 14350072933529

No. Handphone aku: 017-3148711




Cara Tempahan:

Sila gunakan online form yang aku lampirkan di bawah ini. Pastikan jenis bekas dan jumlah yang ditempah direkodkan di ruang "Tempahan Anda". Masukkan juga bukti pembayaran (reference number) di ruang yang sama kecuali jika anda membuat notification melalui sms ke handphone aku.

Borang Tempahan Online





Jika anda segan untuk menggunakan online form kat atas tu, anda just hantar e-mail ke suhai68@gmail.com atau wansuhaimi1968@gmail.com dan nyatakan nama, no. telefon, alamat penghantaran serta bukti pembayaran (upload image dsb).



Apa lagi, silalah buat tempahan anda...

Duit hasil jualan tu, boleh lah aku beli baju raya untuk Raya tahun ni...isk3..



Sekian.






Readmore...
Thursday, July 21, 2011

Bagaimana Untuk Masukkan Link Dalam Komen

33 comments
 
Salam...

Entry ini aku tujukan khas kepada Nuyui. Actually dah lama dia minta untuk aku ajar bagaimana untuk memasukkan link kita atau link blog sesiapa sahaja ke dalam ruangan komen, tetapi oleh kerana kesibukan aku seminggu dua ini, aku hanya dapat paparkannya di sini hari ini...sori Nuyui...:).


Pentingkah untuk meletakkan link ke dalam ruangan komen?

Penting atau tidak bergantung kepada kehendak anda sendiri.

Biasanya apabila kita meninggalkan komen di blog yang kita lawati, hanya link yang diwakili oleh nickname kita yang kita telah register di google akan dipaparkan. Apabila seseorang klik link tersebut, dia akan diarah ke page google connect terlebih dahulu dan perlu pula untuk klik link blog kita di page tersebut sebelum pergi ke blog kita. Dengan membuat satu link khas, sesiapa yang klik link tersebut, akan terus tiba ke blog kita. Ianya sudah tentu lebih pantas dan lebih mudah.

Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu bagaimana untuk meletakkan link ke dalam ruangan komen, so, aku paparkan di sini untuk kita sama-sama berkongsi ilmu.

Ianya mudah sahaja..

Anda taipkan komen seperti biasa di ruangan komen blog yang anda lawati tersebut, kemudiannya anda tambah kod html berikut..

Ini contoh kod html aku yang akan mengarah sesiapa yang klik menuju terus ke entry aku yang bertajuk "Bertudung Tetapi Melacur"..

<a href="http://abanglongonline.blogspot.com/2011/07/bertudung-tetapi-melacur.html">Bertudung Tetapi Melacur</a>


Anda hanya perlu menukar text yang berwarna merah tu dan letakkan link serta tajuk entry anda itu.

Mungkin elok juga jika anda tambah perkataan seperti ini sebelum kod html tersebut..

Latest entry diikuti dengan.. <a href="http://abanglongonline.blogspot.com/2011/07/bertudung-tetapi-melacur.html">Bertudung Tetapi Melacur</a>

Terpulanglah kepada anda untuk menunjukkan kreativiti anda. Apa yang aku share ini hanyalah basic kod html yang diperlukan untuk membuat link di dalam kotak komen blog yang anda lawati. So far, blogger masih lagi membenarkan untuk kita meletakkan atau menggunakan beberapa karekter kod html di dalam kotak komen, oleh itu, kita just gunakannya sebelum kebenaran itu ditarik balik

Aku harap entry ini menjawab pertanyaan dan permintaan Nuyui.



Kepada anda yang lain, aku harap entry simple dan tak seberapa ini ada manafaatnya. Bagi anda yang expert dan telahpun tahu, anggap sahaja entry ini sebagai refresher.



Sekian.
Readmore...
Wednesday, July 20, 2011

Bertudung Tetapi Melacur?

7 comments
 
Salam...

Ramai yang mengatakan seseorang perempuan muslim yang bertudung melambangkan keperibadiannya yang baik, seorang muslimah atau berakhlak mulia. Benarkah demikian atau bertudung sekadar untuk mengabui mata orang lain akan keburukan sikap, perangai dan akhlaknya?


Aku  bukan bermaksud untuk tidak menggalakkan perempuan memakai tudung ataupun berniat menegur sesetengan perempuan yang bertudung tetapi dengan sengaja berpakaian sendat dan menampakkan bentuk susuk tubuh badan mereka khasnya bahagian breasts dan punggung. Tetapi maklumat yang aku terima dari salah seorang rakanku membuatkan mata aku buntang iaitu seorang perempuan Melayu muslim, bertudung dan berbaju kurung tetapi melakukan pekerjaan yang hina...melacur!!!

Rakanku itu seorang berbangsa Cina dan kerap melanggan pelacur. Walaupun beliau bukan seorang muslim, tidak bermakna melanggan pelacur itu sesuatu yang dibolehkan. Aku pernah menegur beliau tentang itu tetapi aku mengakui bahawa aku sendiri tidak layak untuk memberi nasihat kepada beliau.

"It's true bro. I met her last night in a hotel in Pudu area. She has been providing such service for a couple of months now. In fact, I booked her and we had sex together with a price of RM180."

Rakanku itu menambah, punca perempuan itu melacur adalah kerana desakan hidup akibat kehilangan pekerjaan serta tindakan bekas suaminya yang tidak bertanggungjawab dan gagal memberinya nafkah. All the while, perempuan itu memang bertudung dan tidak pernah mengubah penampilannya.

Apabila ditanya sebab mengapa bertudung dan berbaju kurung ketika memberikan service, perempuan itu dengan selamba berkata pergerakannya lebih mudah, terlindung dan tiada siapa yang akan mengesyaki bahawa dia itu seorang hooker (pelacur).

Aku bukanlah seorang yang prejudice terhadap pemakaian tudung bagi seorang perempuan muslim. Walaupun bertudung menutupi aurat kepala merupakan tuntutan agama, aku hanya boleh sekadar menasihati mengikut scope dan kemampuan aku. Bagi aku, bertudung bukanlah satu lesen untuk dilabel sebagai seorang perempuan muslim yang sentiasa baik akhlaknya, manakala tidak bertudung pula bukanlah bermakna runtuh akhlaknya.

Seringkali juga aku mendengar segelintir perempuan yang bertudung mengumpat, menghentam atau menghina perempuan lain yang tidak bertudung walhal tindakan mereka mengumpat, menghentam dan menghina itu sendiri merupakan kesalahan dan dosa serta mungkin tidak terkambus oleh pahala yang diperolehi sebab mereka bertudung.

Gambar hiasan

Aku juga tidak berniat untuk mempertahankan mereka yang tidak bertudung cuma ingin berpesan-pesan kepada diri sendiri dan ahli keluarga aku bahawa nilai akhlak seseorang perempuan muslim tidak boleh diukur hanya berdasarkan cara pemakaiannya atau samada dia bertudung atau tidak. Sepatutnya aku juga perlu sedar bahawa aku dan sesiapa jua kecuali Tuhan TIDAK berhak untuk menilai seseorang.

Memang benarlah ungkapan.."Don't judge a book by its cover" dan sekarang ini aku masih terfikir bertudung bukan bermakna seseorang itu sentiasa berakhlak mulia dan lebih terasa sedih lagi... bertudung tetapi melacur...

Apa komen anda?




Sekian.
Readmore...
Tuesday, July 19, 2011

Kesilapan Cara Pengurusan?

0 comments
 
Salam...

Anda seorang pengurus yang kurang atau tidak disukai oleh pekerja anda? Atau, anda seorang pekerja yang kurang atau tidak suka kepada pengurus (bos) anda? Jika anda seorang pengurus, kenapakah agaknya pekerja anda kurang atau tidak suka dengan anda? Jika anda seorang pekerja, apa pula sebabnya anda kurang atau tidak suka kepada pengurus (bos) anda itu?


Menurut kajian, kebanyakan pekerja-pekerja yang berhenti di sesebuah syarikat bukanlah kerana bermasalah dengan syarikat tersebut tetapi berpunca daripada cara pengurusan yang lemah, tidak cekap dan sering melakukan kesilapan. Dalam erti kata lainnya, pekerja meninggalkan si pengurus dan bukannya pekerjaan mereka ataupun syarikat.


Ramai pengurus kekurangan pengetahuan dan latihan asas bagaimana untuk mengurus jabatan atau memimpin kakitangan mereka. Yang lebih membimbangkan, kebanyakan mereka tidak memiliki nilai-nilai sensitiviti dan kesedaran yang diperlukan untuk berinteraksi secara efektif dengan pekerja-pekerja atau orang lain.

Skill-skill dan teknik-teknik pengurusan memang mudah untuk diajar tetapi penerapan nilai-nilai murni, kepercayaan dan sikap positif adalah sesuatu yang amat sukar untuk diajar dan sudah tentulah juga sukar buat pengurus untuk mempelajarinya. Begitupun, elemen-elemen inilah yang menjadi teras untuk menjadikan seseorang pengurus itu berjaya atau gagal di dalam aspek pengurusannya kerana pengurus dan cara-cara bagaimana untuk mengurus sesuatu jabatan serta membimbing kakitangannya merupakan pemangkin kepada keberkesanan operasi sesebuah jabatan atau syarikat.


Kebiasaannya, di antara syarat-syarat yang diperlukan untuk memikul tanggungjawab sebagai pengurus sesuatu jabatan atau tugasan bukan sahaja fokus kepada pengetahuan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi teras pekerjaan tersebut, bahkan juga karekter, sifat-sifat dan ciri-ciri keperibadian positif atau kebolehan "soft skills" menjadi sesuatu yang amat perlu untuk diambil-kira. Oleh itu, pemilihan atau perlantikan seseorang pengurus perlu berlandaskan kepada keupayaannya di dalam aspek-aspek pengurusan serta juga keserasiannya untuk bersatu dengan budaya syarikat di mana sesorang itu harus menunjukkan nilai-nilai murni, kepercayaan, sikap positif dan ciri-ciri pekerjaannya yang sejajar dengan budaya orang lain di dalam syarikat tersebut.

Berikut adalah beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh seseorang pengurus yang patut menjadi perhatian sesebuah organisasi atau syarikat untuk cuba dielakkan:

Kegagalan untuk melayan atau melihat kakitangannya sebagai seorang manusia. Bunyinya agak keras tetapi itulah hakikat yang sebenar dan sering terjadi. Kakitangan atau para pekerja bukanlah robot, mesin atau peralatan yang tiada mempunyai perasaan. Oleh itu, mewujudkan perhubungan yang baik dengan para pekerja merupakan faktor utama di dalam sistem pengurusan.

Kegagalan untuk memberi arahan yang jelas. Pengurus seharusnya tahu untuk menetapkan piawaian yang sesuai kepada setiap tugasan agar setiap pekeja di bawahnya tahu dan faham serta melakukan tugasan tersebut sepertimana yang diinginkannya.  Contohnya, dengan menjadikan setiap tugasan suatu prioriti bakal membuatkan pekerjanya merasakan tiada sebenarnya tugasan yang mejadi prioriti. Mereka juga berkemungkinan tidak tahu samada tugasan yang mereka lakukan telah mencapai apa yang disasarkan. Sekadar memberi arahan tanpa membimbing pekerja bagaimana untuk melakukan sesuatu tugasan tersebut menghasilkan keputusan yang bercelaru.

Kegagalan untuk mempercayai. Apabila seseorang pengurus tidak percaya akan kebolehan pekerjanya melakukan sesuatu tugasan, bukan sahaja akan menimbulkan rasa tidak senang kepada para pekerja malah ia akan menambah berat tanggungjawab yang telah sedia dipikul seperti membuat pemeriksaan berterusan, menegur setiap kali pekerja melakukan kesilapan serta memantau setiap inci pergerakan mereka agar dapat mengetahui apa sebenarnya yang mereka lakukan setiap masa dan ketika.

Kegagalan untuk mendengar dan menghargai pendapat pekerja. Mendengar dan reaktif dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain merupakan elemen utama di dalam skil pengurusan.

Membuat keputusan dan kemudian barulah meminta input dari pekerja. Mungkin tindakan itu boleh mengabui mata sebahgian para pekerja tetapi bagi pekerja yang bagus akan rasa tertipu dan diperbodohkan. Jika berterusan, ada kemungkinan tiada cadangan atau idea-idea bernas untuk kemajuan syarikat yang mereka akan ajukan kerna menganggap semuanya akan hanya di"tong-sampahkan" oleh pengurus yang mempunyai 100% kuasa veto.

Kegagalan untuk bertindak pantas ke atas sesuatu masalah. Menganggap bahawa setiap masalah akan hilang atau selesai dengan sendirinya apabila tidak diendahkan berkemungkinan besar bakal menjadi bom jangka yang bakal memusnahkan syarikat seperti krisis-krisis dalaman khasnya yang melibatkan konflik perhubungan sesama pekerja. Campur tangan secara pro-aktif dari seseorang pengurus adalah amat dituntut.

Kegagalan untuk berkomunikasi secara effektif. Kadang-kadang lebih suka untuk menyimpan sesuatu maklumat penting untuk diri sendiri. Bertanyakan atau meminta pendapat dan idea-idea bernas daripada para pekerja tetapi gagal untuk melaksanakan idea-idea tersebut. Malah tidak memberikan sebarang feedback terhadap idea-idea tersebut samada ianya diterima dan jika ditolak, berat benar untuk memberikan seba-seba mengapa ianya ditolak.

Mengamalkan dasar favoritism. Seseorang pengurus tidak semestinya memberi layanan yang sama kepada setiap orang pekerjanya tetapi si pengurus perlu tahu untuk bertindak supaya setiap pekerjanya merasakan diri mereka dilayan sama rata.

Menyalahkan pekerja di atas setiap kegagalan. Ini merupakan salah satu tindakan yang seringkali diamalkan oleh seorang pengurus yang gagal, takut kehilangan kuasanya, khuatir kehilangan pekerjaannya dan hanya fokus menjaga "bontot" sendiri. Dari bersikap bertanggungjawab terhadap sesuatu kegagalan di jabatannya, dia lebih suka mencari kambing hitam untuk dipersalahkan atau menyalahkan pekerja dengan alasan prestasi mereka yang tidak bagus.




Sekian.
Readmore...
Saturday, July 16, 2011

Bergurau Tak Kena Tempat?

4 comments
 
Salam...

Anda suka bergurau? Anda suka melawak? Bergurau dan melawak adalah sebahagian dari cara-cara untuk kita merapatkan perhubungan sesama rakan-rakan, ahli keluarga, orang tersayang, pekerja-pekerja dan sebagainya.


Walaubagaimanapun, pernahkah anda terfikir samada gurauan atau lawak anda itu tidak kena masa dan tempatnya? Pernahkah terjadi, instead of gurauan atau lawak anda yang sepatutnya merapatkan hubungan, menjadi pemangkin kepada perbalahan atau perselisihan faham pula?

Aku ingin share 2 kejadian (kisah benar) gurauan yang mungkin menimbulkan berbagai-bagai andaian negatif kepada orang lain ataupun juga kepada orang yang secara direct terlibat dengan gurauan tersebut.

Pertama

Seorang kawan yang telah berhenti kerja di sebuah bank dan bekerja di sebuah syarikat lain terpaksa menganggur akibat syarikat tersebut gulung tikar telah berjumpa rakan lamanya yang masih bekerja di bank tersebut sebagai Pengurus Sumber Tenaga Manusia (HR). Semasa makan bersama-sama di sebuah restoran yang kebiasaannya ramai pelanggan, beliau meminta bantuan dari rakan lamanya itu untuk memberi beliau peluang bertugas di bank tersebut semula...

Dengan suara yang agak kuat, ini jawapan yang diberikan oleh rakan lama beliau yang memang suka bergurau tersebut...

"Padan muka engkau! Siapa suruh engkau resign dari bank dulu tu? Sekarang nak menyusahkan aku pulak."



Kedua

Seorang COO sebuah bank yang terkenal dengan sikap baran dan garangnya telah melihat sebuah ATM berstatus "out of service". ATM tersebut terletak di bahagian hadapan bangunan bank tersebut (foyer) yang juga berhampiran sebuah cafetaria yang kebiasaannya dipenuhi pelanggan.

Beliau telah menelefon Pengurus yang bertanggungjawab tentang hal ehwal ATM tersebut.

Setibanya si Pengurus ke kawasan ATM tersebut, COO itu telah menjerit dengan suaranya yang memang selalunya high pitch...

"Macamana engkau tak tahu ATM ni down? Bodoh! Tak tahu buat kerja! Makan gaji buta!!"

Staff-staff lain yang berada di persekitaran tersebut dan khasnya di cafeteria, samada dengan perlahan-lahan atau mencecet lari segera meninggalkan  kawasan tersebut.

Kemudiannya, COO dan pengurus tersebut bersama-sama pergi mengeteh di cafeteria itu sambil bergelak ketawa dan bergurau senda. Mereka berkawan baik rupanya.



Agak-agaknya gurauan yang manakah dari contoh-contoh kisah benar di atas yang anda rasa anda boleh terima?...hehe

Ok semua...aku nak sambung bergurau dengan kucing aku tu..




Sekian.
Readmore...
Friday, July 15, 2011

Pekerja Teraniaya oleh PMS?

2 comments
 
Salam...

Bagaimanakah perasaan anda jika tanpa anda duga syarikat di mana anda bekerja tiba-tiba meminta anda berhenti bekerja di situ? Atau kontrak anda tidak disambung dan anda hanya diberitahu akan hal itu secara lisan seminggu sebelum tarikh tamat kontrak anda?

Adakah anda akan marah? Sedih? Kecil hati? Hendak mengamuk?

Atau, adakah anda akan rasa gumbira teramat sangat dan terus pergi berkaraoke meluahkan perasaan teruja anda itu?


Apa-apa sekalipun perasaan anda, bertindaklah atau berikanlah reaksi yang professional dan positif.

Coretan aku kali ini mainly berkisar tentang seseorang yang baru sahaja mengetahui tentang kontrak pekerjaan beliau yang tidak disambung tidak sampai seminggu dari tarikh tamatnya dan hanya disampaikan secara lisan.

"Sedih la bang, kenapa bos sanggup buat saya macam ni..."

Apa rasional atau sebab-sebab dia enggan menyambung kontrak kerja awak?

"Katanya, saya tak perform seperti mana kehendak dia. Prestasi kerja saya terlalu teruk."

Terlalu teruk?

"Dia kata macam tu. Kalau ikut markah KPI yang saya dan immediate Supervisor saya dah tandatangani, saya dapat lebih dari 4 mata. Kalau kena moderate sekalipun mungkin final result tak kurang dari 3. Tapi bos tetap kata teruk."

Eh? Markah sebanyak tu bukanlah teruk. Kalau teruk langsung tak ada mata. Bos awak tu faham ke tidak tentang PMS (Performance management System) dan KPI?

"Entahlah. Macamana tu bang?"

Dalam PMS, prestasi pekerja akan dinilai dari urutan angka 0 hingga 5. Mata melebihi angka 4 hingga 5 bermaksud STRETCH atau excellent. Mata 2 hingga 4 bermaksud ACHIEVE TARGET dan kebiasaannya dibahagikan lagi kepada 3 bahagian iaitu melebihi angka 3 hingga 4 dilabel sebagai EXCEED TARGET, mata 3 bermaksud ON TARGET dan angka 2 hingga sebelum 3 bermaksud BELOW TARGET. Angka 1 pula bermaksud THRESHOLD dan last sekali angka 0 bermaksud FAIL.


Jika awak mendapat mata 1 atau THRESHOLD sekalipun, awak masih lagi dikira perform cuma perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan dan kebiasaannya pekerja yang mendapat angka 1 akan diletakkan di dalam program Performance Improvement Plan (PIP) dan diberikan tempoh 3 bulan untuk pekerja tersebut berbuat sesuatu memperbaiki tahap prestasinya.

"Tapi markah saya lebih dari 4 dan kalau dipotong sekalipun tidak akan kurang dari angka 3."

Kalau macam tu, awak sekurang-kurangnya berada di tahap ON TARGET dan bos awak tidak boleh sesuka-hati mengatakan prestasi kerja awak sangat teruk.

"Entahlah bang. Dia ada juga kata saya gagal mencapai target untuk membawa masuk business kepada syarikat."

Itu termasuk di dalam KPI awak ke?

"Tak ada. Bila saya argue, dia kata KPI boleh jadi dalam bentuk verbal dan dia kata dia dah inform saya verbally dahulu."

It doesn't matter verbally atau diberi arahan secara bertulis. Tapi, ada tak awak masukkan arahan tersebut ke dalam borang PMS dan dijadikan sebahagian daripada item KPI?

"Tak ada."

Awak dan bos awak tu tak pernah buat Joint Review ke?

"Apa Joint Review tu?"

Joint Review maknanya awak dan bos awak berbincang dan bersetuju untuk menjadikan sesuatu tugasan menjadi item KPI di dalam borang PMS. Kemudiannya both of you perlu menandatangani borang Joint Review untuk dihantar kepada Jabatan HR.

"Semenjak saya bekerja di syarikat ini dan semenjak ada PMS, tidak pernah sekalipun kami ada Joint Review."

Aduhh!!

"Sekarang ni, kontrak kerja saya dia tak nak sambung. Yang saya sedih sangat tu, kenapa dia cuma beritahu saya (secara lisan) seminggu sebelum kontrak tu expired?"

Kalau ikut Labor Law kita, HR syarikat mesti inform awak secara bertulis selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh tamat kontrak. Kalau tak silap saya, jika awak telah bekerja kurang dari 2 tahun, tempohnya 4 minggu. Kalau lebih 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun, notis pemberhentian kerja selewat-lewatnya 6 minggu manakala kalau dah lebih 5 tahun paling lewat 8 minggu. Kecuali jika ada pengecualian dan tertulis di mana-mana clause di dalam kontrak kerja awak tu.

"Itulah bang. Dalam Employment Agreement ada ditulis selewat-lewatnya sebulan dari tarikh pemberhentian dan notis mestilah secara bertulis. Apa yang saya terima cuma pemberitahuan secara lisan dan seminggu sebelum tarikh tamat kontrak."

Ada apa-apa compensation yang syarikat berjanji untuk bayar awak?

"Bos mengaku gagal untuk inform saya awal dan dia cadangkan kepada HR untuk extend kontrak lagi sebulan sebagai pampasan."

Hah??? Apa punya bengong bos awak tu? Kalau HR pun ikut atau terima arahan dia tu, bermakna HR pun sama-sama bengong!!

"Kenapa pulak bang?"

Failure is on the company yang tidak memberikan notis mengikut tempoh yang telah ditetapkan sepertimana tertakluk dalam kontrak. Sepatutnya, syarikat mesti membayar pampasan kepada awak sebulan gaji sebagai "payment in-lieu of notice" dan bukannya menyuruh awak bekerja sebulan lagi untuk awak mendapatkan wang tersebut.

"Sebab tu sekarang saya tengah fikir untuk mengadu ke Jabatan Buruh pasal kes saya ni."

Saya rasa itu mungkin sia-sia sahaja sebab status employment awak adalah bekerja secara kontrak dan kontrak pula hampir tamat. Tindakan untuk tidak menyambung, memperbaharui atau menamatkan kontrak adalah hak syarikat.

Kecualilah jika awak pekerja permanent dan syarikat memberhentikan awak dengan alasan performance yang tidak bagus maka awak ada rights untuk membawa ke tengah dan challenge tindakan syarikat tersebut. Jika kontrak awak masih panjang lagi tempoh tamatnya, awak juga boleh membuat aduan sekiranya syarikat menamatkan kontrak awak tanpa menunggu tarikh tamatnya kontrak tersebut.

Pampasan yang awak mungkin terima (kalau awak menang tuntutan tersebut) bergantung kepada status pekerjaan awak. Kalau permanent staff, boleh menuntut pampasan kehilangan pekerjaan mungkin sehingga awak pencen atau sehingga tarikh awak diambil bekerja semula. Tetapi jika kontrak, pampasan hanyalah sekadar sehingga tamat tarikh kontrak tersebut.

"Habis tu, apa perlu saya buat bang?"

Saya minta maaf kerana awak perlu menerima hakikat bahawa awak akan kehilangan pekerjaan di syarikat tersebut. Cuma, awak perlu pastikan bahawa syarikat membayar pampasan kepada awak kerana gagal untuk memberikan notis non-renewal mengikut masa yang telah ditetapkan.

"Aduh...teruklah hidup saya macam ni bang. Saya tidak mungkin dapat mencari pekerjaan lain dalam masa yang singkat."

Saya faham perasaan awak. Saya juga berasa sedih. Awak adalah mangsa penganiayaan bos awak sendiri cuma awak tiada rights untuk berbuat apa-apa tentang itu.

Kenapalah masih ada manusia yang sanggup menguburkan sikap perikemanusiaan, suka berbuat penganiayaan dan tidak mahu berfikir akan penderitaan orang lain?




Sekian.
Readmore...
Wednesday, July 13, 2011

Terimalah Kekurangan Pasangan Anda

14 comments
 
Salam...

Hari ni aku nak bercerita pasal landak.

"Landak?"

A ah...Kenal tak dengan landak? Alaaa...menatang yang ada banyak duri tuh..

Kalau tak kenal, meh aku tunjukkan gambar. Ni ha dia....


Eh? Silap! Tu Kucen!..

Ni dia..


"Ohhh...Tapi apesal engkau nak cerita pasal landak plak?"

Aku punya pasal la nak cerita apa pun..Ni kan blog aku! Engkau dengar dan baca aje laa!!

"Ok..Ok..Cer citer cer citer.."

Al-kisahnya pada masa dahulu, cuaca teramatlah sejuknya. Banyak binatang-binatang yang mati kesejukan. Situasi yang sama juga dialami oleh sekumpulan landak. Menyedari akan kesejukan yang melampau itu boleh menyebabkan mereka juga mati, kumpulan landak tersebut telah sepakat untuk duduk berdekatan berhimpit-himpit sesama mereka. Dengan berhimpit-himpit demikian, panas tubuh setiap dari mereka berjaya mengelakkan dari mati kesejukan.

Walaubagaimanapun, duri-duri di badan mereka telah mencederakan di antara satu sama lain akibat terlalu rapat. Oleh itu, mereka cuba untuk duduk berasingan dan lebih jauh di antara satu sama lain. Akibatnya, kebanyakan mereka mati akibat kesejukan.

Yang tinggal dan masih hidup terpaksa memilih samada untuk menerima sedikit kecederaan akibat tusukan dari duri masing-masing atau tiada kecederaan akibat tusukan duri tetapi mati kesejukan.

Akhirnya mereka memilih untuk duduk bersama berhimpit-himpit. Mereka belajar untuk menerima sedikit kesakitan asalkan kepanasan yang diperlukan dapat memastikan mereka tidak mati kesejukan.

"Errr...amende morale of the story nyer tuh?"

Morale of the story is terimalah kekurangan pasangan hidup kita. Perhubungan terbaik bukanlah wujud kerana kita membawa seseorang yang sentiasa perfect tetapi bagaimana kita mewujudkan persefahaman, belajar untuk hidup walaupun dengan seseorang yang serba kekurangan dan sentiasa menyanjung akan kebaikan yang ada pada pasangan walaupun ianya sedikit..

Adakalanya, kesakitan itu bukanlah sesuatu yang sentiasa memudaratkan tetapi mungkin sesuatu yang bakal mengelakkan kemudaratan yang lebih besar. Oleh itu, marilah kita sama-sama belajar menerima kekurangan dan sedikit kesakitan tetapi pada masa yang sama berusaha dan berdoa untuk sesuatu yang lebih baik.



Sekian.
Readmore...
Tuesday, July 12, 2011

Tidak Bertudung Syarat Mendapat Kerja?

10 comments
 
Salam...

Anda bertudung? Adakah anda sentiasa bertudung kecuali bila berada di dalam rumah bersama suami dan anak-anak? Atau, adakah anda hanya bertudung sewaktu di pejabat sahaja dan apabila keluar dari pejabat (selepas kerja) anda membuka tudung anda?


Well, aku tiada hak untuk menyentuh perihal anda yang bertudung atau tidak kecuali hak kepada isteri aku, manakala anak-anak aku kesemuanya lelaki dan sudah tentulah tidak bertudung..hehe.


Bagi anda yang sentiasa bertudung, jika anda diminta untuk membuka tudung anda (bukan diminta oleh suami), adakah anda akan membukanya? Bagaimana pula jika anda dipaksa?

Aku mencoret entry ini sekadar ingin mencuit minda segelintir pengurus yang agak kurang berkenan dengan pekerja perempuan yang bertudung. Jika pengurus tersebut bukan muslim mungkin rata-rata di antara kita boleh menerima hakikat akan kehendaknya yang sedemikian. Tetapi, terdapat juga segelintir yang berbangsa Melayu dan muslim tetapi terlalu choosy memilih pekerja perempuan yang tidak bertudung dengan berbagai-bagai alasan.

Di antara alasan yang sering aku dengar ialah pengurus tersebut mahukan pekerja perempuan yang kelihatan moden dan approachable supaya dapat menarik minat client. Terutamanya jika pengurus tersebut merupakan ketua di Jabatan Perhubungan Pelanggan yang memerlukan pekerja beliau selalu berurusan dengan pihak luar.

Adakah pekerja perempuan yang bertudung nampak kolot (tidak moden)?

Adakah pekerja perempuan yang bertudung tidak approachable?

Gambar hiasan

Aku pernah berjumpa pengurus sedemikian. Apabila menerima resume dan surat permohonan pekerjaan di syarikat, beliau akan memilih perempuan yang agak seksi dan mesti tidak bertudung. Manakala, permohonan aplicant perempuan bertudung akan ditolak mentah-mentah walhal mereka mungkin calon pekerja yang bagus dari segi kelayakan akademik serta pengalaman.

Aku juga pernah menegur beliau supaya sentiasa ingat akan tanggungjawab fardhu kifayah untuk menggalakkan semua perempuan muslim untuk menutup aurat. Dengan melaksanakan pemilihan pekerja perempuan yang mesti tidak bertudung seolah-olah berbuat paksaan terhadap perempuan muslim untuk membuka aurat mereka (rambut dan kepala). Dan yang lebih berat lagi, menganiaya calon-calon yang ditolak permohonan kerja mereka semata-mata kerana menutup aurat.

Perlukah seksi dan tidak bertudung untuk menjadi pekerja di Jabatan yang seringkali berurusan dengan pelanggan? Adakah seksi dan tidak bertudung itu menunjukkan bahawa perempuan tersebut akan menjalankan kerjanya dengan baik dan sempurna? Tidak elokkah pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja perempuan yang bertudung?

Gambar hiasan - Credit untuk Chot

Jika seorang suami akan dianggap dayus kerana gagal menasihati isteri dan anak perempuannya untuk menutup aurat, apakah pula perkataan yang sesuai dilabelkan kepada seorang pengurus yang memaksa pekerja perempuan beliau supaya seksi dan tidak bertudung?

Dan...aku percaya Jabatan Perhubungan Pelanggan di syarikat tersebut bukanlah satu Jabatan yang bertujuan membekalkan GRO, Call Girl atau lebih berat lagi pelacur untuk menghiburkan para pelanggan syarikat...!!

Apa komen anda?




Sekian.

Readmore...
Monday, July 11, 2011

Iklan Mengurut Atau Melacur?

7 comments
 
Salam...

Aku rasa, anda semua mungkin telah melihat, telah membaca atau mungkin ada juga yang telah menghubungi iklan-iklan berkenaan servis mengurut yang banyak ditampal di merata-rata tempat termasuklah di traffic light.


Adakah iklan-iklan tersebut benar-benar iklan servis mengurut seperti yang yang dipaparkan?

Aku terpanggil untuk buat entry ini sebab ada satu iklan sebegitu telah diletakkan di pokok mangga di hadapan rumahku.

Apabila aku telefon, seorang berbangsa Cina menjawab dan bertanya.. "Encik mahu Melayu ka, Cina ka, India ka, Thailand atau orang putih?". Apabila aku bertanya Melayu?, dia menambah.. "Encik mahu Malaysia punya ka atau Indon?"

Apabila aku bertanya lebih lanjut, ini servis urut macamana, dia menjawab... "Ini urut manyak sedap punya. Amoi semua muda-muda dan cantek-cantek. Gerenti tak ada penyakit punya. Dua jam saya kasi sama lu RM300 saja."


Aku terus meletak telefon.

Memang sah! Bukan menawarkan servis urut biasa tetapi lebih kepada servis Call Girl atau perkhidmatan pelacuran!

Gambar hiasan dipetik dari www.globalpost.com

Apa yang aku pelik, kenapa mereka begitu daring dan berani untuk mengiklankan servis sedemikian di merata-rata tempat.dan lebih piss off lagi bila iklan sedemikian ditampal di dahan pokok mangga di hadapan rumah aku. Nombor telefon yang dipaparkan juga aktif (bukan tipu), malah, apabila aku menelefon, dengan senang hati dia bercerita tanpa mengetahui atau ingin tahu siapa aku.

Mujur jugalah iklan itu tidak ditampal di pintu pagar ataupun pintu rumah aku dan aku juga berharap tiada iklan sebegitu dilekatkan di badan kereta aku.




Sekian.
Readmore...
Saturday, July 9, 2011

Suka Jump To Conclusion?

0 comments
 
Salam...

Petang semalam semasa aku baru tiba di rumah, aku terlihat seekor kucing yang terlompat sana terlompat sini cuba menangkap seekor rama-rama yang terbang, membuatkan aku terpanggil untuk release juga entry yang telah lama di dalam que ini tetapi aku perlulah membuat major editing. Terlalu banyak ayat-ayat yang menjurus kepada mendedahkan keburukan peribadi orang lain yang aku rasa tidak sesuai untuk aku paparkan di sini.


Cerita pasal kucing melompat ke?

Bukan! Tetapi ada kaitan juga dengan melompat iaitu melompat membuat kesimpulan akhir tanpa berfikir panjang kesahihan fakta atau membuat rumusan kurang tepat (mungkin tidak tepat langsung) berdasarkan pembayang-pembayang yang didengar, dilihat dan dibaca sekali imbas. Dalam bahasa omputih dipanggil "Jump to Conclusion".

Tidak elokkah Jump to Conclusion?

Kita bukanlah Tuhan atau sekurang-kurangnya makhluk Tuhan yang boleh menjangka dengan tepat apa yang akan berlaku di masa hadapan. Aku juga rasa belum ada lagi manusia yang telah mencipta mesin merentas masa seperti di dalam movie Back to the Future tu. So, kenapalah ada sesetengah manusia yang suka untuk Jump to Conclusion hanya berlandaskan beberapa pembayang yang mungkin bukan fakta sebenar atau tidak tepat?

Entry ini juga ada kaitan dengan entry aku sebelumnya yang bertajuk Berfikiran Negatif kerana kebiasaannya orang akan fikir yang negatif untuk Jump to Conclusion. Jika berandaian yang baik-baik atau sesuatu yang positif, orang tidak akan melabelnya sebagai Jump to Conclusion tetapi mungkin dilabel sebagai Anticipation.

Bagi aku Berfikiran Negatif dan Jump to Conclusion memang terlalu berkait rapat.

Bayangkan jika anda seorang pengurus dan anda mendapat suatu maklumat yang buruk tentang staff anda, lalu anda merumuskan (Jump to Conclusion) bahawa staff anda itu memang buruk. Ada kemungkinan anda akan membenci staff anda tersebut, enggan memberi markah PMS yang baik, melabel beliau sebagai non-performer, enggan menyokong untuk kenaikan pangkat serta mungkin menyisih dan meletakkan beliau di bahagian ruang pembekuan (cold storage). Anda sebenarnya melakukan penganiayaan!

Begitu juga jika anda seorang staff. Anda mendapat gambaran bahawa bos anda itu seorang yang ego, sombong, bersikap racist (ethnocentric) dan sebagainya. Anda, terus Jump to Conclusion untuk melabel bos anda itu sebagai seorang manusia yang buruk, orang yang bakal menyusahkan hidup anda atau juga orang yang tidak sepatutnya menjadi bos. Anda akan hilang hormat kepada bos anda itu. Anda akan membenci beliau atau juga anda akan berusaha untuk menggulingkan beliau.

Akhirnya. perhubungan di antara pengurus dengan staff menjadi kurang baik dan renggang, team work semakin menghilang, elemen hormat-menghormati semakin pudar dan Jabatan mungkin jadi kucar-kacir akibat kegagalan bekerja-sama.

Sikap Jump to Conclusion bukan sahaja tidak elok dan memberikan impak kurang baik kepada pekerjaan, malah, jika ianya diterapkan pula di dalam institusi rumah tangga berkemungkinan berlakunya pergolakan atau mungkin perceraian.

Orait...aku akan sambung lagi topik ini di lain kali.



Sekian.
Readmore...
Friday, July 8, 2011

Berfikiran Negatif?

7 comments
 
Salam...

Pagi tadi semasa aku sedang memanaskan enjin kereta untuk pergi bekerja, kucing kuning oren itu datang dan seperti biasa akan menggesel-geselkan badannya ke kaki aku. Bukan itu sahaja, ia memeluk kaki aku dan berdiri dengan dua kakinya untuk mencium tangan aku.


Lantas fikiran aku menerawang...kenapa kucing tu sering sangat datang ke rumahku. Adakah tuannya tidak lagi mahu menjaganya? Adakah tuannya enggan memberinya makan lagi hingga ia datang ke rumah aku setiap kali aku membuka pintu?

Minda aku terus-terusan berfikir tetapi menjurus kepada sesuatu yang negatif.

Bukan berniat untuk bercerita hal kucing tetapi aku cuma perasan kenapakah mindaku ini begitu cepat berfikir ke arah sesuatu yang negatif walhal masih lagi awal pagi. Aku perbanyakkan istighfar sebelum berangkat menuju ke tempat kerja. Aku berharap, janganlah fikiran-fikiran negatif menghantui mindaku sepanjang berurusan di pejabat hari ini.

Adakah berfikiran negatif sesuatu yang tidak elok?

Di dalam agama juga kita dituntut untuk sentiasa berfikir yang baik-baik sahaja atau sentiasa tanamkan prasangka baik khasnya kepada orang lain.

Kenapakah Islam menyuruh kita bersikap demikian?

Adakah natijah berfikiran negatif atau berprasangka buruk membawa kepada sesuatu yang kurang elok?

Aku ingin share dengan anda semua tentang satu peristiwa yang dialami oleh rakan kepada orang rumahku...

Semasa bersiar-siar di suatu petang, beliau terlihat ramai orang berkerumun di satu tempat. Naluri ingin tahu beliau memaksa kaki melangkah untuk melihat apakah yang orang ramai kerumuni. Rupa-rupanya, seorang kanak-kanak telah terkunci di dalam sebuah kereta manakala bapanya pula panik tidak tahu bagaimana untuk membuka pintu kereta tersebut kerana kuncinya tertinggal di dalam.


Oleh kerana rakan orang rumahku itu seorang technician dan pernah juga melihat bagaimana pintu kereta dibuka tanpa menggunakan kunci, beliau menawarkan diri untuk membantu. Dengan menggunakan sebatang pembaris besi, beliau terkial-kial cuba membuka kunci pintu kereta tersebut dengan cara menjolok-jolok pembaris tersebut di celah-celah antara cermin pintu kereta dan getah covernya. Setelah beberapa minit mencuba, akhirnya kunci pintu kereta tersebut terbuka.

Dengan perasaan gembira, si bapa mengucapkan terima kasih, tetapi dia sempat bertanyakan sesuatu kepada rakan orang rumahku itu..."Dah lama buat kerja macam ni?"

Secara laymen term, soalan tersebut seolah-olah bermaksud menuduh rakan orang rumahku itu seorang pencuri kereta dan beranggapan hanya pencuri kereta yang tahu untuk membuka pintu kereta tanpa menggunakan kunci!

Bayangkanlah jika anda berada di dalam situasi tersebut, apakah agaknya jawapan yang anda akan berikan untuk soalan yang diajukan? Mungkinkah anda akan marah? Atau mungkinkah anda hanya tersenyum? Ataupun, mungkinkah anda sekadar berlalu dan membiarkan sahaja si bapa itu tadi berfikir bahawa anda sememangnya seorang pencuri kereta?

Kalau aku, mungkin akan menegur si bapa yang tidak bersyukur (dengan ikhlas) akan bantuan yang diterima sedangkan anaknya terperangkap di dalam kereta yang terkunci dari dalam manakala dia dan orang yang ramai berkerumun pula tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

Cerita di atas hanya sekadar sebahagian kecil contoh fikiran negatif yang wujud di minda ramai orang. Walaupun demikian, ianya boleh melunturkan rasa keikhlasan, menimbulkan rasa tidak puas hati, menerbitkan perasaan marah dan juga mungkin mencetuskan perbalahan.

Banyak lagi contoh-contoh atau kejadian-kejadian yang berkisar tentang fikiran negatif. Tidak kira masa atau tempatnya. Seringkali juga berlaku di pejabat-pejabat atau di tempat kerja.

Jadi, sempena hari Jumaat yang mulia ini, aku ingin berpesan kepada diri aku ini dan rakan-rakan semua, marilah kita sama-sama menghindari diri dari berfikiran negatif dan cuba berfikiran positif sentiasa. Mudah-mudahan Allah akan pelihara diri kita dari sebarang sifat yang negatif dan orang lain juga tidak berfikiran negatif terhadap kita atau perilaku kita...amin.



Sekian.
Readmore...
Thursday, July 7, 2011

Kekasih Gelap?

6 comments
 
Salam...

Apa anda semua akan fikir bila orang sebut kekasih gelap? Dulu, masa aku naive, aku cuma terbayang seorang kekasih (lelaki atau perempuan) yang hitam legam kulitnya. Sehitam si kucing hitam kepunyaan jiranku itu...hehehe.


Semasa mula-mula aku mendengar perkataan tersebut, kerana kejahilan aku, sudah tentu aku terbayangkan yang bukan-bukan dan di antaranya wajah kekasih yang sebegini...

Atau ini..

Tapi maklumat yang bersarang di kepala aku itu salah.  "Kekasih Gelap" sebenarnya bermaksud kekasih yang disorok-sorokkan atau lebih daring lagi orang kata "Perempuan Simpanan" atau "Lelaki Simpanan" (kalau betul ada perkataan tu..hehe).

Kebiasaannya, "Kekasih Gelap" dimiliki oleh orang yang sudahpun berkahwin kerana orang tidak akan menganggap girlfriend atau boyfriend seseorang yang belum berkahwin sebagai "Kekasih Gelap" walaupun perhubungan mereka dirahsiakan dari pengetahuan beberapa pihak. Seperti juga bilamana orang menyebut pasaran gelap...

Mengapakah wujud "Kekasih Gelap"? Tidak cukupkah kekasih yang cerah-cerah tu?

Aku pernah berbual-bual dengan seorang rakan berbangsa Cina yang terang-terangan mengaku bahawa beliau ada "Kekasih Gelap". Puncanya kerana beliau menghadapi masalah keretakan rumahtangga. Oleh kerana budaya Cina tidak memungkinkan dia untuk berpoligami serta halangan pihak keluarga yang anti cerai, jalan penyelesaian yang beliau pilih ialah memiliki perempuan lain sebagai kekasih. Aku lihat beliau semakin ceria selepas bergelar "Sugar Daddy".

Bagaimana pula dengan orang Melayu?

Jika dilihat dari segi perkataan, "Kekasih Gelap" itu sendiri adalah perkataan orang Melayu dan tidak mustahil perkara sama yang dilakukan oleh rakanku berbangsa Cina tersebut dilakukan juga oleh orang Melayu.

Tambahan pula, banyak lagu-lagu Melayu (Indonesia) yang sedap didengar berunsurkan penceritaan tentang "Kekasih Gelap" seperti lagu Sephia (Kumpulan Sheila On 7) dan Kekasih Gelapku (Kumpulan Ungu).

Dan...sememangnya wujud.

Jumlahnya mungkin banyak juga sebab aku sendiri pernah mendengar pengakuan beberapa orang rakanku, pernah membaca pengakuan-pengakuan di majalah-majalah dan akhbar-akhbar, pernah mendengar pertengkaran di Pejabat Agama akibat isu yang serupa dan berbagai-bagai pernah lagi...hehe.

Cuma, kebanyakan isu "Kekasih Gelap" digembar-gemburkan sebagai perbuatan orang lelaki. Mungkinkah sebab orang lelaki itu tahap egonya begitu tinggi? Mungkinkah orang lelaki kuat berlagak dan suka menunjuk-nunjuk? Atau, mungkinkah orang perempuan memang pandai sorok? Mungkinkah orang perempuan pemalu dan tidak mungkin sanggup untuk menunjuk-nunjuk seperti orang lelaki?

Apakah alasan-alasan yang mungkin menjadi punca?

Aku pernah mendengar alasan tentang sukarnya untuk berpoligami akibat undang-undang syariah negeri yang terlalu ketat.  Aku pernah mendengar alasan tentang kegagalan pasangan untuk melayan kehendak di ranjang. Aku pernah mendengar alasan tentang keretakan rumah tangga tetapi enggan bercerai untuk menjaga perasaan malu dan kasihankan anak-anak.

Aku juga pernah mendengar alasan ini...

"Aku punya sukalah hendak ada Kekasih Gelap. Yang engkau sibuk tu kenapa?"

Dan...aku cuma boleh menjawab ini di dalam hati...

"Biarlah kekasihku gelap tetapi aku tiada kekasih gelap..."




Sekian.
Readmore...
Wednesday, July 6, 2011

Karate Cat?

5 comments
 
Meow...

Meow meow meow Wordless Wednesday meow meow? Meow meow meow meow meow.


Meow meow meow kalau berani meow meow...
Meow meow meow karate meow meow...Meow meow meow Jason Scott Lee meow meow...
Meow meow meow Bruce Lee meow meow....

Meow meow meow hiayaaaaaaaaaaa meow meow!!



Meowwwwwwwww...
Readmore...
Tuesday, July 5, 2011

Berhati-hati Di Jalan Raya?

2 comments
 
Salam...

Seringkali kita dinasihati untuk berhati-hati atau berwaspada ketika mengguna jalan raya. Kita diingatkan supaya memandu dengan cermat dan bertimbang-rasa kepada pengguna jalan raya yang lain. Kita diberi amaran agar tidak memandu secara merbahaya dan cuai. Malangnya, kemalangan jalan raya masih tetap berlaku juga.


Kita telah berhati-hati, tetapi ada orang lain pula yang tidak berbuat demikian. Kita memandu dengan cermat dan berhemah tetapi ada orang lain pula yang memandu dengan emosi.

Kita mengikuti semua pesanan, semua peringatan, semua amaran dan semua nasihat untuk mematuhi undang-undang jalan raya tetapi ada juga orang lain yang tidak dan mengakibatkan kita terlibat sama di dalam kemalangan tersebut.

Salah siapa?

Adakah orang yang melanggar undang-undang jalan raya, tidak berhati-hati, memandu cuai, tidak berhemah atau memandu dengan emosi tersebut tidak dinasihati, tidak diberi amaran, tidak diberi pesanan atau tidak diberi peringatan seperti kita?

Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada anda (lihat gambar)?

 Bayangkanlah jika anda orang yang memandu teksi tersebut...

Adakah anda hanya akan berkata, itu semua sudah suratan Takdir?

Atau, anda ada pendapat yang berbeza?




Sekian.
Readmore...
Monday, July 4, 2011

Pengurus Penakut?

9 comments
 
Salam...

Anda pernah merasa takut? Jika pernah, apa yang anda telah lakukan untuk menghilangkan rasa takut tersebut? Takut yang bagaimana? Takutkan apa?


Jika anda seorang pengurus, pernahkah anda berasa takut? Jika pernah, kenapakah anda takut?

Anda takut keputusan anda salah? Anda takut Jabatan anda gagal mencapai matlamat? Anda takut jawatan anda hilang? Anda takut orang lain akan mengambil-alih jawatan anda? Anda takut kena demoted?

Pada pendapat aku, sebenarnya, jika seseorang pengurus mempunyai perasaan takut, itu adalah sesuatu yang baik!

Eh? Kenapa pulak?

Mari kita lihat dan bincang di sudut yang positif.

Apabila seseorang pengurus memiliki perasaan takut, secara amnya, beliau akan bertindak melakukan sesuatu untuk mengelakkan berlakunya kegagalan. Dengan demikian, beliau akan membuat perancangan dan disusuli oleh tindakan-tindakan yang berlandaskan perancangan tersebut.

Strategic Planning misalnya merupakan satu perancangan awal yang terbit akibat dari perasaan takut seseorang pengurus. Secara amnya, setiap organisasi atau syarikat telah mempunyai sasaran atau matlamat utama yang perlu dicapai. Pengurus sesebuah Jabatan pula perlu bertindak melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan. Kerana takut akan kegagalan untuk mencapai matlamat utama tersebut, beliau perlu ada beberapa matlamat pendokong (sub-target) yang bakal membantu kepada pencapaian matlamat utama.


Sebagai contoh, matlamat utama syarikat ialah untuk menghasilkan sales turnover sekurang-kurangnya RM20 juta untuk tahun tersebut. Matlamat-matlamat pendokong yang perlu disasarkan oleh seorang pengurus Jabatan Jualan pula ialah untuk menghasilkan sales turnover sekurang-kurangnya RM1.7 juta dalam sebulan. Untuk itu, beliau perlu membuat perancangan khas untuk mencapai sasaran matlamat pendokong tersebut seperti melakukan promosi-promosi khas. Sudah tentulah nilai RM1.7 juta itu lebih kecil dan ianya juga kelihatan lebih mudah untuk dicapai berbanding sasaran RM20 juta. Dengan adanya Strategic Planning, si pengurus boleh memusatkan fokus di bulan berapakah jualan boleh ditingkatkan untuk menampung kekurangan sales turnover di bulan-bulan suram.

Bagaimana pula bagi seorang pengurus di Jabatan Customer Service?

Secara logiknya, tidak mungkin seorang pengurus Jabatan Customer Service mempunyai sub-target seperti seorang pengurus di Jabatan Jualan. Tetapi, adakah jabatan itu tidak terlibat di dalam tugas-tugas untuk mencapai sasaran sales turnover RM20 juta tersebut?

Beliau sebenarnya memang terlibat sama tetapi tidaklah secara langsung.

Oleh itu, beliau perlu memiliki perancangan-perancangan khusus yang relevant dengan tugasan-tugasan di Jabatan Customer Service bagi mencapai beberapa sub-target dan membantu Jabatan Jualan mempertingkatkan sales turnover. Contohnya adalah seperti meningkatkan rapport yang baik dengan para pelanggan sedia ada.

Rapport adalah sesuatu yang qualitative, jadi bagaimanakah Jabatan Customer Service ingin menjadikannya suatu sub-target yang boleh diukur?

Sebenarnya banyak cara atau teknik yang boleh digunakan. Jabatan boleh melakukan survey secara bertulis. Pemarkahan dari Customer Engagement Survey boleh dijadikan landasan untuk mengukur setakat mana setianya para pelanggan sedia ada dengan syarikat.

Adakah mencukupi dengan wujudnya Strategic Planning di dalam sesebuah Jabatan?

Semestinya tidak!

Strategic Planning hanyalah lembaran atau helaian kertas berisikan perancangan yang tidak berguna jika seseorang pengurus tidak mempraktikkan atau melakukan tindakan-tindakan seprti apa yang dirancangkan.

Di sinilah kredibiliti seseorang pengurus akan diuji.

Beliau perlu tahu untuk memberikan arahan yang jelas (clear direction) agar staff beliau melakukan tugasan-tugasan berlandaskan perancangan yang telah diatur. Semua orang suka dan seronok mengarah atau memberi arahan kepada orang lain tetapi untuk memastikan Jabatan dapat mencapai sasaran yang dibuat, seseorang pengurus bukan sekadar mengarah tetapi juga memimpin staff untuk melakukan sesuatu mengikut acuan yang ditetapkan.


Pengurus perlu tahu untuk membimbing staff dengan memberi tunjuk ajar yang berterusan. Melakukan review bagi tugasan-tugasan yang telah dilaksanakan. Memberi galakan dan motivasi kepada staff. Membuat corrective actions bagi kesalahan-kesalahan atau kesilapan-kesilapan yang mungkin telah dilakukan. Menekankan tentang aspek-aspek bekerjasama di dalam satu pasukan serta bersama-sama menilai dan membuat analisa tentang proses-proses atau kerja-kerja yang telah dan bakal dilakukan supaya improvement dapat dilakukan.

Secara khususnya aku berpendapat, seseorang pengurus perlu tahu asas-asas Business Process Analysis (BPA) yang memungkinkan Business Process Improvement atau Business Process Re-engineering dibuat dan tugasan-tugasan di Jabatan beliau selari dengan perancangan untuk mencapai matlamat yang disasarkan.

Terdapat juga pengurus yang gagal untuk melakukan atau membuat Strategic Planning. Tidak tahu memberikan clear directions. Tidak tahu untuk membimbing staff. Tidak pandai untuk membuat review tentang tugasan-tugasan yang telah dilakukan oleh staff beliau. Hanya tahu untuk menuding jari menyalahkan staff. Hanya tahu untuk memarahi staff. Bertindak mengelak untuk memikul tanggungjawab di atas kegagalan sesuatu tugasan Jabatan beliau. Hanya fokus menjaga "bontot" sendiri.

Dan...pengurus yang sedemikian bagi aku bukan penakut tetapi PENGECUT...!




Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com