Thursday, June 30, 2011

Berlagak Berani

5 comments
 
Salam...

Pagi-pagi lagi stress aku mendatang. Hati aku panas dan sakit. Fikiran aku membayangkan perkara yang bukan-bukan. Muka aku jadi masam mencuka. Mulut aku terkumat-kamit menyumpah sambil menggetap gigi.


Kenapa ek?

Semasa aku memandu menuju ke tempat kerja, di persimpangan jalan DUKE (Duta Ulu Kelang Expressway) memasuki MRR2, sebuah kereta proton Satria GTi berwarna silver tetiba memotong aku secara berbahaya dari sebelah kiri. Langsung tidak menyalakan lampu isyarat atau memberi isyarat tangan, pemandunya main redah sahaja masuk ke lane aku.

Aku terkejut tetapi tidak panik dan sempat menekan pedal brake. Mujur juga kereta di belakang aku juga sempat membrek, jika tidak mungkin kemalangan berlaku.


Mamat yang memandu kereta Satria tersebut terus sahaja memecut sambil cilok-cilok walhal jalan MRR2 itu bukannya clear. Pagi-pagi begini sudah tentulah agak sesak dengan kenderaan bertali-arus. Beberapa buah kenderaan lain juga kelihatan membrek mengejut untuk memberi laluan kepadanya. Aku sempat melihat kelibat wajah mamat tu di cermin pandang belakang keretanya..nampak ketawa sahaja...

Ingin tahu juga siapa mamat tersebut. Kenapa tergesa-gesa hingga boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalanraya yang lain. Aku kejar kereta Satria tersebut dan apabila berada betul-betul di belakangnya, aku bunyikan hon kereta aku secara berterusan sambil beam lampu.

Aku lihat mamat tu membuka tingkap keretanya. Aku jangkakan mungkin dia ingin mengangkat tangan untuk meminta maaf. Malangnya, satu simbol lucah menggunakan "middle finger" pula yang ditunjukkan kepadaku.


Marah aku semakin meluap-luap. Aku kejar terus kereta Satria tersebut sehinggalah ke persimpangan PPRT exit menuju ke Taman Dagang. Dengan geram aku menekan pedal minyak dan berjaya memotongnya, lalu aku himpit ke kiri tanpa memberi ruang mamat tersebut untuk mengelak atau melarikan diri dan akhirnya terpaksa berhenti.

Bergegas aku keluar dari kereta dan berlari menuju ke kereta Satria tersebut. Aku ketuk cermin pintu bahagian pemandu dan menjerit menyuruh mamat tersebut keluar. Aku dah tidak peduli jika pada masa itu aku bergumpal bergaduh dengannya. Dia enggan untuk membuka tingkap dan berdiam diri. Aku masuk kembali ke kereta aku dan capai steering lock. Aku jerit lagi ke arah mamat tu dan jika dia tidak mahu keluar, aku akan pecahkan cermin keretanya.

Mamat tu keluar dari kereta. tangannya terketar-ketar. Aku lihat di sebelah tempat duduk penumpang hadapan ada seorang awek yang kelihatan pucat lesi.

Pada masa itu, hendak sahaja aku hentak tangan mamat tu yang begitu bangga menunjukkan isyarat lucah tadi. Belum sempat aku bertanya, dia cepat-cepat memohon maaf. Mukanya juga pucat, kata-katanya tidak berapa jelas kerana gugup dan takut...Cheh!! Penakut rupanya! Tadi bukan main lagi tunjuk berani dan bangga menunjukkan isyarat lucah pada aku!

Beberapa buah kenderaan lainnya turut berhenti di situ dan kebanyakan mereka adalah mangsa mamat tu juga yang memandu dengan berbahaya. Tiba-tiba sebuah kereta Nissan Sentra berhenti. Pemandunya keluar dan berlari ke arah mamat tu lalu menamparnya beberapa kali...Aku terkejut!

Rupa-rupanya, sebelum itu, mamat tu telah melanggar kereta Nissan Sentra tersebut dan dia cuba lari. No wonder, dia sanggup cilok-cilok dalam keadaan kesesakan lalu-lintas tadi.

Kemudiannya, selepas mengucapkan terima kasih kepada aku, pemandu kereta Nissan tersebut, memaksa mamat yang bawa Satria GTi itu untuk membuat laporan di Pejabat Polis Daerah yang jaraknya lebih kurang 2km dari situ. Aku lihat mereka diiringi beberapa buah kenderaan lain, mungkin mereka khuatir mamat Satria tersebut akan cuba melarikan diri lagi. Aku pula meneruskan perjalanan menuju ke tempat kerja dengan fikiran bercelaru.

Apa dah jadi pada aku? Kenapa aku marah sangat sampai jadi begitu? Sepanjang perjalanan aku beristighfar. Akhirnya, fikiran aku bulat untuk mengambil cuti hari ini.

Aku masih lagi terbayang wajah mamat Satria tersebut. Mungkinkah dia berlagak ganas, berani, macho dan hebat sebab ada awek yang duduk di sebelahnya, walhal, sebenarnya, hatinya kecut?

Malas untuk peningkan kepala, aku singgah di sebuah masjid untuk bersolat sunat. Since, aku telah mencutikan diri hari ini, elok juga aku bertenang dan perbanyakkan istighfar atas sifat pemarah aku yang tetiba di luar kawalan tadi hanya kerana sesuatu yang tidakpun memudaratkan aku.




Sekian.
Readmore...
Wednesday, June 29, 2011

Entry Aku Ada Orang Nak Beli

4 comments
 
Salam...

Ada website dan editor majalah ingin membeli artikel-artikel aku? Bernilaikah artikel-artikel tersebut hingga sanggup membelinya? Menarik sangatkah artikel-artikel tersebut? Entahlah, yang penting poket aku akan berisi lagi...yes! yes! yes!...hehe.


Sebelum ini, beberapa artikel aku juga telah dibeli oleh sebuah syarikat. Sila refer entry berikut "My Entries Have value". Entry-entry yang terjual itu khusus mengenai Crisis Management dan satu lagi berkenaan Politik Pejabat.

Sekarang ini, beberapa website dan editor majalah telah menghubungi aku untuk memberitahu tentang keinginan mereka membeli beberapa artikel lagi khusus kepada entry-entry yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan dan keTuhanan.

Di antara entry-entry yang menarik minat mereka untuk membelinya ialah (sila klik link jika anda berminat untuk membacanya):
  1. Salahkah Takdir
  2. Hormat Suami Bila Perlu Sahaja
  3. Jangan Bertengkar Tentang Hal Agama
  4. Isteri Memaksa Jadi Curang
  5. Se-ikhlas Mana Syukur Kita

Aku masih belum lagi menetapkan sebarang harga kerana ianya bergantung juga kepada kerja-kerja mengedit yang aku perlu lakukan mengikut kehendak pembeli-pembeli tersebut.

Well, apa-apapun, aku sudah boleh mencongak pendapatan yang aku akan perolehi dan ianya sudah tentulah terlalu jauh berbanding dengan jumlah pendapatan aku melalui iklan-iklan Nuffnang dan Google Adsense.

Kepada rakan-rakan blogger sekalian, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana andalah yang sebenarnya menggalakkan aku untuk menulis.

Hampir kesemua entry-entry di atas panjang berjela dan mungkin membosankan bagi sesetengah orang untuk membacanya tetapi, aku masih yakin entry-entry sebegitu ada pembaca yang setia.

Agak-agaknya, entry yang manakah yang paling anda suka? Kenapa ek?

Cer komen..cer komen...




Sekian.
Readmore...

Ilmu Pelaris?

9 comments
 
Salam...

Inginkan perniagaan yang maju dan berjaya? Inginkan pelanggan yang ramai datang menyinggah? Ingin memonopoli pasaran? Ingin menjatuhkan pesaing? Inginkan pelaris yang mujarab? Aku jangkakan majoriti akan menjawab "Ya". Ada juga yang memberikan komen panjang lebar tetapi akan disudahi juga dengan jawapan "Ya". Tak gitu?


Setiap peniaga inginkan kejayaan. Inginkan jualan mereka melangit. Inginkan produk mereka laku. Ya lah, buat apa berniaga jika menjual barangan yang tidak laku...siapa yang ingin rugi berniaga?

Jika demikian, bagaimanakah caranya untuk memastikan perniagaan maju? Bagaimanakah caranya untuk mengatasi pesaing? Bagaimanakah caranya untuk membuatkan produk jualan laris?

"Dulu aku berniaga makanan kat sini sorang-sorang. Memang laku sungguh. Tak pernah tak habis dijual. Tapi semenjak ada beberapa gerai lain yang turut menjual, jualan aku semakin susut. Kadang-kadang makanan berlebih-lebihan dan terpaksa dibuang."

Berapa banyak pesaing engkau?

"Dah ada 5 gerai yang menjual makanan nasi campur macam aku."


Oh. Ya lah, dulu engkau menjual sorang-sorang. Sekarang ada 5 gerai yang menjual benda yang hampir sama, manakala jumlah pelanggan macam tu juga tak bertambah. Mestilah jualan engkau akan berkurangan.

"Itu aku tahu. Cuma aku rasa, ada gerai yang telah guna ilmu pelaris. Aku tengok, ramai jer pelanggan yang pergi ke gerai tu."

Ilmu pelaris?

"A ah. Alah, ilmu untuk menarik pelanggan ke gerai tu la. Ilmu yang mungkin menutup mata pelanggan dari nampak gerai orang lain termasuk aku punya. Ilmu yang menyebabkan pelanggan ketagih makan makanan yang dibeli di situ."

Itu ilmu hitam!

"Ya lah. Mana ada ilmu yang baik-baik buat macam tu?"


Engkau biar betul bang. Tak baik menuduh orang subahah dengan perkara syirik macam tu.

"Aku bukan suka-suka nak menuduh, tapi, nampak jelas. Apa yang dia jual, aku dan orang lain jual jugak tapi kenapa pelanggan hendak beli digerai dia jer?"

Mungkin masakannya lagi sedap. Mungkin juga dia ada strategi pemasaran yang bagus. Mungkin owner gerai tu peramah dan baik hati yang membuatkan pelanggan suka.

"Aku rasa engkau mungkin tak pernah makan makanan kat gerai tu dan engkau juga mungkin tak pernah jumpa ownernya."

Ya. Memang. All the while, aku makan kat gerai engkau ni jer...dan aku memang tak pernah berjumpa owner gerai tu sebab yang aku nampak cuma pekerja-pekerja Indonesia yang menjaganya.

"Sebab itu engkau tak tahu. Aku dah makan dan aku rasa masakan aku lagi sedap. Masakan kat gerai lain pun lagi sedap. Aku dah jumpa owner. Muka tak pernah senyum dan langsung tak peramah."

Oh...then mungkin pekerja-pekerja Indonesia tu cantik-cantik dan memikat pelanggan.

"Hahaha...Engkau ni bengong betul la..Engkau sendiri nampak kan..muka masing-masing dah layu. Masing-masing dah tua. Tang mana cantiknya? Lagipun, ramai pembeli orang pompuan."

Ya tak ya jugak. Betul ke ada ilmu pelaris macam tu? Mana nak dapat?

"Memang ada. Dapat dari bomoh pelaris. Ada yang cari sampai pergi ke Indonesia, kononnya di sana lagi banyak yang kuat-kuat. Malah, sekarang ni, berlambak iklan-iklan ilmu dan benda pelaris diiklankan di surat khabar dan majalah-majalah."


Engkau tak berminat ke bang? Aku tengok asyik mengeluh jer pasal jualan engkau tak banyak.

"Mintak dijauhkan. Aku tak berani. Benda syirik tu. Biarlah jualan aku sedikit tapi aku dapat duit dengan cara yang elok."

Laaa...tadi mengeluh.

"Entahlah..."

Takpe lah bang. Kalau asyik mengeluh pun tak baik juga. Rezeki di tangan Tuhan. Kalau dah rasa rugi berniaga kat sini, cari jer tempat lain.

"Tengoklah macamana nanti. Pesan aku, kalau engkau nak makan kat gerai tu, perbanyakkan istighfar dan salawat. Baca surah Kursi."

Lepas engkau cerita ni, harus aku tak akan makan kat situ...

Benarkah wujud ilmu pelaris sebegini?

Apa komen anda?




Sekian.
Readmore...
Tuesday, June 28, 2011

Burukkah Bermain Snooker?

7 comments
 
Salam...

Anda pandai bermain snooker? Anda gemar bermain snooker? Anda seorang hustler? Aku dahulu (sebelum berumahtangga) memang gemar bermain snooker. Kadang-kadang khayal bermain dan pulang ke rumah hanya pada waktu tengah malam ataupun juga pada awal pagi.


Adakah bermain snooker itu tidak baik?

Snooker dan juga billiards merupakan salah satu acara sukan yang digemari ramai. Salah satu acara yang terdapat di sukan-sukan utama dunia seperti Olimpik, Sukan Komanwel, Suka Asia, Sukan Sea dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, di Malaysia ini, apabila kita sebut bermain snooker atau billiards ada sesetengah orang ataupun mungkin juga rata-rata orang beranggapan ianya suatu taboo yang berselindung di sebalik nama sukan.

Kenapakah begitu?

Jika anda sering pergi ke tempat-tempat bermain snooker, anda akan dapati ramai kaki-kaki lepak yang bertempek di sana. Ramai awek-awek yang berkemungkinan juga bohsia-bohsia yang menemani kaki-kaki lepak di sana. Ramai budak-budak sekolah yang berkumpul untuk menghisap rokok (jika tidak bermain).


Ramai taik-taik judi yang mencuba nasib dengan membuat pertaruhan berdasarkan mata atau bertaruh semasa bermain billiards menggunakan daun terup. Ramai kaki minum menikmati air setan itu sambil menonjol bola cue.

Itu tidak termasuk mesin-mesin game atau mesin-mesin judi yang berselindung di sebalik game yang diletakkan di sana.

Jarang sekali suasananya sunyi sepi seperti di dalam pertandingan sukan snooker yang sebenar. Keadaan hingar-bingar dengan ketawa, bergurau, bertengkar, bergaduh diselang-seli dengan bunyi bola snooker atau billiards yang berlaga sesama sendiri atau dengan kayu cue.

Terdapat juga segelintir manusia yang dipanggil atau digelar "hustler" menanti peluang untuk mencari duit dengan mengunyah pemain-pemain snooker yang tidak setaraf dengannya.

Snooker atau billiards yang sepatutnya suatu acara sukan seolah-olah menjadi seperti permainan orang yang tidak bermoral pada pandangan sesetengah ibu bapa. Apabila berkata ingin pergi ke tempat bermain snooker, dengan senangnya mereka membuat rumusan sebagai pergi berpeleseran dan berbuat sesuatu yang tidak berfaedah.

Apa pula komen anda?



Sekian.
Readmore...

Pendengki adalah Pengecut

9 comments
 
Salam...

Agak lama juga aku tidak mencoret tentang hal-hal yang melibatkan insiden-insiden di pejabat. Bukan tiada idea, tetapi sekadar ingin meredakan perasaan sakit hati terhadap beberapa species manusia yang nampaknya tidak pernah insaf menganiaya orang lain.

Apa seronoknya berdengki? Kenapa suka berdengki?

Seronokkah apabila melihat orang lain jatuh tersungkur?


Seronokkah melihat orang lain merempat?

Berdengki untuk memastikan kejayaan, boleh ke? Boleh atau tidak, itu tidak menjadi soal sebab itulah yang gemar dilakukan oleh species manusia yang lebih mementingkan kejayaan walaupun diperolehi dengan cara yang kotor termasuklah menganiaya orang lain.

Ada sesetengah orang menganggap, species manusia sebegini adalah opportunist tetapi bagi aku, mereka hanyalah golongan orang yang penakut atau pengecut, enggan berusaha lebih dan lebih suka memijak atau menganiaya orang lain untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Sebenarnya golongan ini mempunyai skill-skill dan kepandaian. Pandai membodek, pandai meracuni fikiran orang lain, pandai berkata-kata dan memujuk rayu, tetapi penakut untuk berdepan dengan kenyataan. Hanya berani berkata-kata di belakang dan kebiasaannya berani mengumpat dan menabur kata-kata yang menghina orang lain. Kelihatan berani mengeluarkan pendapat, condemn kerja-kerja orang lain dan mengkritik secara keterlaluan seolah-olah dialah yang paling bagus tetapi hakikatnya takut untuk berbuat perkara yang sama. Jika dia buat sekalipun, kebiasaannya memberi hasil yang "hampeh" dan lagi worst dari hasil kerja orang yang dikritiknya.

Walaubagaimanapun, species manusia sebegini tetap dan masih akan wujud di pejabat-pejabat.

So, untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa, maka, berhati-hatilah. Tapis-tapislah kata-kata. Jagalah penampilan. Kawallah perbuatan. Jagalah emosi. Berdoalah untuk kebaikan.

Mudah-mudahan species manusia seperti ini akan sedar dan berubah menjadi golongan yang lebih berani menyahut cabaran hidup dengan mengamalkan sikap-sikap yang lebih beretika, ingat akan kekuasaan Tuhan dan yang lebih penting lagi dapat membuang sifat pengecut dari dalam diri.



Sekian.
Readmore...
Monday, June 27, 2011

Easiest way to speed up Internet Connection

2 comments
 
Salam...

Internet Connection anda perlahan? Perlahan macam siput? Website atau blog yang anda lawati terlalu lama atau lambat untuk loading? Aku juga mengalami masalah yang sama terutamanya apabila limit broadband aku sudah menghampiri paras hidung...Seringkali pula kita menyalahkan para blogger yang meletakkan terlalu banyak widget di blog mereka sebagai punca mengapa page loading terlalu perlahan. Walhal, mungkin ianya bepunca daripada Internet Connection komputer kita sendiri yang terlalu perlahan...


Telah banyak website yang aku lawati untuk mencari alternatif lain mempercepatkan Internet Connection tanpa mendownload dan menggunakan software tertentu.

Entah bagaimana, aku ditemukan dengan satu website yang memberikan tutorial simple bagaimana untuk mempercepatkan Internet Connection tanpa perlu menggunakan sebarang software.

Aku telah mencubanya dan aku akui kepantasan Internet Connection aku bertambah lebih kurang 20% ke 30% dari kebiasaannya.

Caranya amat mudah, cuma copy kod berikut ke dalam notepad..


REGEDIT4
[HKEY_LOCAL_MACHINESYSTEMCurrentControlSetServicesT cpipParameters]
“SackOpts”=dword:00000001
“TcpWindowSize”=dword:0005ae4c
“Tcp1323Opts”=dword:00000003
“DefaultTTL”=dword:00000040
“EnablePMTUBHDetect”=dword:00000000
“EnablePMTUDiscovery”dword:00000001
“GlobalMaxTcpWindowSize”=dword:0005ae4c


Kemudiannya, save file tersebut sebagai cepat.reg

Retrieve atau cari kembali file tersebut dan double click untuk mengaktifkannya dan accept kesemua warnings. Anda akan dapati bahawa Internet Connection komputer anda akan lebih pantas berbanding biasa.

Aku ingin memberi merit dan mengucapkan terima kasih kepada website yang memberikan tutorial ini tetapi aku tidak berjumpa kembali website yang aku telah lawati secara tidak sengaja itu.

Selamat mencuba.




Sekian.
Readmore...
Sunday, June 26, 2011

Demam Transformer 3 Bermula

1 comments
 
Salam...

Anda peminat cerita-cerita fiction sains? Aku minat tetapi tidaklah terlalu taksub sehingga demam jika tidak menontonnya..hehe. Salah satu filem fiction yang aku suka ialah Transformers. Seronok melihat pergerakan-pergerakan robot yang seolah-olah real. Suka mendengar suara garau Optimus Prime.


Aku percaya, ramai para blogger juga meminati movie Transformer ni.

Sekarang ini, sana sini tengah demam movie Transformers 3 - Dark of the Moon, yang akan masuk panggung pada 29hb Jun ini. Malah, ada juga beberapa panggung yang bakal menayangkannya pada tengah malam (ataupun awal pagi) 29hb tersebut.

Bila menonton trailernya, nampak best jugak...




Orang yang paling seronok dan tidak sabar menontonnya sudah tentulah kanak-kanak termasuklah anak-anak aku tu. Hari-hari bertanya bila abah akan bawa mereka menonton movie tersebut...

Nampaknya, terpaksalah aku book tiket awal-awal untuk mendapat seat yang baik dan juga untuk mengelakkan beratur yang sudah tentu panjaaaaaaaaaaang punye..



Sekian.
Readmore...

Pengemis Atau Pencuri Muda?

6 comments
 
Salam...

Pagi ini ketika aku sibuk melayan kerenah anak-anak aku, rumahku didatangi seorang peminta sedekah muda atau mungkin lebih sesuai dipanggil kanak-kanak peminta sedekah kerana umurnya yang terlalu muda iaitu dalam lingkungan 11 tahun.


Cerita-cerita tentang kanak-kanak digunakan oleh sindiket atau orang tertentu untuk meminta sedekah seringkali dipaparkan di akhbar-akhbar. Mungkin kerana orang akan mudah merasa kasihan apabila melihat kanak-kanak, maka, semakin ramai pula aku lihat kanak-kanak sebegini berkeliaran dan mengunjungi kawasan taman perumahan di sini untuk meminta sedekah.

Kanak-kanak yang singgah ke rumah aku pagi ini memang sangat-sangat aku kenal. Dahulu, hampir setiap hari dia akan singgah untuk meminta sedekah dan aku kebiasaannya akan memberi sedikit wang.

Walaubagaimanapun, ada satu insiden yang menyebabkan dia mungkin malu atau takut untuk singgah ke rumahku sekian lama.

Ada satu perangai yang pernah menjadi tanda-tanya aku dahulu. Apabila aku tidak memberikan wang, kanak-kanak itu akan meminta sedikit air minuman dengan alasan kehausan. Kerana kasihan, aku akan ke dapur (di bahagian belakang rumahku) untuk mengambil segelas air dan memberikan kepadanya tanpa mengesyaki apa-apa. Sehinggalah, untuk beberapa ketika aku seringkali kehilangan rokokku (sekotak) yang biasanya aku letakkan di atas kabinet kasut di hadapan rumah. Aku menjangkakan ianya telah diambil atau disimpan oleh isteriku, tetapi dinafikan oleh beliau.

Pada suatu hari, kanak-kanak peminta sedekah itu telah singgah seperti biasa. Kali ini aku terfikir mungkinkah kanak-kanak tersebut yang mengambil rokokku selama ini. Oleh kerana aku tidak mahu memberikan apa-apa wang, dia meminta pula segelas air sambil menunjukkan muka kecewa. Aku berpura-pura ke dapur untuk mengambil air, tetapi sebenarnya hanya menyelinap di balik pintu dan mengendapnya.

Memang sah telahanku. Kanak-kanak tersebut mengambil rokokku yang diletakkan di atas kabinet kasut dan cepat-cepat memasukkannya ke dalam beg sandang yang dibawa. Serta merta aku keluar dan menyergahnya. Dia hanya terkaku. Aku rampas beg sandang yang dibawa dan melihat kandungannya. Terdapat beberapa barangan seperti tas tangan kecil, peralatan menulis, beberapa buah buku dan beberapa kotak rokok berlainan jenama termasuklah rokok aku!

Bermacam-macam soalan yang aku tanyakan sehingga kanak-kanak tersebut menangis. Tidak lama kemudian datang pula seorang wanita yang mengaku sebagai emaknya. Meminta maaf sambil memarahi anaknya itu. Memulangkan kembali rokokku dan bergegas meninggalkan rumahku. Aku malas untuk memanjangkan cerita dan membiarkan sahaja mereka anak-beranak beredar dari rumahku...

Hari ini, kanak-kanak itu singgah semula setelah berbulan-bulan tidak berani menunjukkan muka. Mungkin kerana tidak perasan akan kehadiranku di situ, dia seperti biasa meminta wang dari isteriku.

Belum sempat isteriku menghulurkan wang, aku menunjukkan muka kepadanya...Dan dia lari lintang pukang! Dia masih ingat kepadaku rupanya! Isteriku terpinga-pinga dan bertanya kenapa dia lari bila melihatku. Aku sekadar menjawab, aku telah berjumpa seorang bomoh hitam untuk mendapatkan ilmu penunduk dan bomoh tersebut telah meletakkan hantu dan bertenggek di bahuku...huhu.

Sebenarnya, aku malas bercerita hal sebenar kerana aku mahu isteriku terus bersedekah kepada kanak-kanak yang beliau jumpa dengan ikhlas. Banyak kelebihannya jika bersedekah kepada kanak-kanak khasnya kepada anak-anak yatim...




Sekian.
Readmore...
Friday, June 24, 2011

Duduk Boleh Membunuh?

3 comments
 
Salam...

Anda terkejut dengan tajuk entry aku kali ini? Aku pun terkezzzzut juga. Ingin tahu kebenaran akan keburukan duduk terlalu lama? Mari kita kongsi bersama-sama...


Sebelumnya, telah menjadi lumrah kehidupan manusia, samada bercucuk tanam atau memburu binatang buruan, kebanyakan aktiviti-aktiviti tersebut dilakukan di atas kedua-dua belah kaki (maafkan aku jika anda hanya ada satu kaki ataupun tiada kaki langsung)... tetapi dengan kehadiran teknologi dan sains, terciptalah TV, komputer dan berbagai-bagai pekerjaan yang memerlukan kita untuk duduk lebih lama berbanding berdiri.

Kajian menunjukkan secara puratanya manusia duduk selama 9.3 jam sehari iaitu lebih lama dari masa yang dihabiskan untuk tidur iaitu 7.7 jam. Adakah tubuh badan kita dibina untuk duduk lama sebegitu?

Mengikut kajian, duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko kematian sehingga 40%!!! Duduk melebihi 6 jam sehari boleh membuatkan kita 40% "berpeluang" untuk mati dalam tempoh 15 tahun berbanding mereka yang duduk kurang dari 3 jam sehari walaupun dengan bersenam!

Bagaimanakah duduk terlalu lama boleh membunuh kita?

Duduk boleh membuatkan kita menjadi gemuk atau obes. Kebanyakan mereka yang obes duduk 2.5 jam lebih lama daripada mereka yang berbadan kurus. Oleh kerana duduk langsung tidak merembes apa-apa tenaga, tenaga tersebut tersimpan di dalam badan dan menjadi lelemak. Apabila kita duduk, aktiviti-aktiviti electrikal di bahagian otot-otot kaki terhenti dengan serta merta. Pembakaran kalori menurun sehingga ke angka 1 dalam seminit. Enzim-enzim yang membantu pembakaran lemak merudum sehingga 90%. Selepas tempoh 2 jam, kolesterol HDL (kolesterol baik) menghilang sehingga 20%. Selepas tempoh 24 jam, keberkesanan insulin di dalam tubuh menurun sebanyak 24% dan kebarangkalian menghidap penyakit kencing manis meningkat.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa mereka yang bekerja dengan duduk menghadapi risiko penyakit cardiovascular dua kali ganda berbanding mereka yang bekerja secara berdiri.


Habis tu, macamana? Takkan saya perlu berdiri untuk membuat laporan-laporan menggunakan komputer? Takkan saya perlu berdiri ketika menulis? Takkan perlu berdiri semasa makan? Sudah tentu mustahil berdiri semasa memandu?

Mungkin bagi sesetengah orang, duduk berjam-jam semasa bekerja di pejabat tidak dapat dielakkan, tetapi duduk extra time setelah balik bekerja itulah yang sering memerangkap kita. Sudahlah di pejabat kita duduk melebihi 5 jam, balik kerja duduk pula di dalam kereta melebihi sejam akibat kesesakan lalu-lintas dan apabila tiba di rumah duduk berjam-jam pula di hadapan TV.

Fakta yang agak menarik dan juga mungkin menakutkan ialah mereka yang duduk melebihi 3 jam sehari menonton TV adalah 64% lebih tinggi risikonya mengidap penyakit jantung berbanding mereka yang kurang daripada itu. Mereka yang duduk menonton TV melebihi 3 jam sehari dan bersenam, tahap lemak mereka sama sahaja berbanding mereka yang tidak bersenam. Setiap lebihan jam duduk di hadapan TV bersamaan 11% lebih tinggi risiko kematian.

Cadangan atau nasihat supaya kita bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari mungkin tidak mencukupi. Amalan terbaik ialah mencuba untuk bangun dari duduk seberapa kerap yang kita mampu.

Errr...Oleh itu, marilah kita sama-sama menonton TV, menonton siaran langsung Maharaja Lawak sambil berdiri...huhu.



Sekian.
Readmore...

Senyummmmmmm

2 comments
 
Senyum...

Senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum.


Senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum.


Senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum senyum.



Senyummmmmm...
Readmore...
Thursday, June 23, 2011

Bestnyer Bunyi Ringtone

3 comments
 
Salam...

Apa jenama handphone anda? Nokia? Samsung? Sony Erickson? Blackberry? Iphone? CSL? Ataukah sekadar handphone cap ayam untuk membuat dan menerima panggilan dan SMS? Tak kiralah handphone apa yang anda guna ianya tetap handphone dan menjadi suatu barangan keperluan dan bukan lagi barangan mewah seperti dahulu.


Apa pula bunyi ringtone handphone anda? Aku jangkakan masing-masing mempunyai berbagai-bagai ringtone yang canggih-canggih, yang sedap-sedap atau yang terkini apatah lagi kebanyakan handphone sekarang ini mempunyai features MP3 untuk dijadikan bunyi ringtone. Aku sendiri memiliki beberapa keratan MP3 yang aku jadikan ringtone. Malah, aku juga telah setkan lagu-lagu tertentu menjadi bunyi ringtone khas pemanggil-pemanggil tertentu.

Aku juga mempunyai software untuk menjadikan lagu-lagu sebagai ringtone yang dipanggil MP3 Ringtone Maker dan aku pernah mencoretnya di SINI.

Aku juga pernah download beberapa ringtone di website-website tertentu tetapi sudah tentulah yang free sahaja..hehe.

Untuk dijadikan cerita, oleh kerana kecanggihan handphone dan bestnyer ringtone yang boleh digunakan, adakalanya membuatkan atau menimbulkan keresahan dan kesulitan kepada orang lain.

Macamana pula tu?

Baru-baru ini, aku singgah di sebuah surau untuk menunaikan solat maghrib semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah dari Bukit Jelutong. Untuk bersolat di rumah, aku rasa tidak sempat kerana masih jauh dan keadaan lalu-lintas yang agak sesak.

Baru rakaat pertama ketika Pak Imam sedang khusyuk membaca surah al-Fatihah, tetiba ada satu handphone yang berbunyi,."Massage, massage..oopps silap... message, message...message, message"... Suara Saiful Apek yang sememangnya amat melucukan dan diikuti dengan gelak ketawa beberapa orang jemaah. Aku terganggu dan terpaksa mengulang semula Takbirratulihram, malah, Pak  Imam juga terganggu. Akhirnya, solat terpaksa diulang semula! Adoi ai...!

Hendak marah rasa tidak guna...

Pak Imam menegur semua jemaah untuk mematikan handphone atau menukar ke silent mode dan mengulang semula solat.

Selesai solat aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Fikiran aku masih menerawang teringat insiden tersebut.

Kenapalah masih ada orang yang tidak faham-faham lagi?



Sekian.
Readmore...
Wednesday, June 22, 2011

Aku Terkena!

13 comments
 
Salam...

Semasa mencoret entry ini malam tadi, aku di dalam keadaan tersenyum dan tertawa sambil menahan sakit belakang. Sudah lama aku tidak bergurau senda dengan anakku yang kecik tu. Mungkin dia bosan melihat aku yang sibuk menulis sambil berkerut-kerut dahi, dia berbuat sesuatu yang aku tak sangka-sangka. Dia kenakan aku!


Mula-mula dia datang menghampiri aku sambil membawa sekeping kertas yang tertulis sepotong ayat yang aku jangkakan ditulisnya sendiri. Biasalah, tulisan budak darjah satu, agak kurang kemas sedikit.

Ayat yang dia tulis...

SAYA HENDAK PERGI KE RUMAH DATUK SAYA


"Abah, cuba baca ni..."

Aku pun membaca ayat tersebut seperti yang dipinta. Di dalam hati aku, mungkinkah dia sudah rindu kepada datuk dan neneknya di kampung sebab sudah lama juga aku tidak membawanya ke sana.

"Cuba abah buang perkataan SAYA yang mula-mula tu, lepas tu abah baca..."

Ayat tersebut menjadi begini setelah aku buang perkataan "SAYA"yang awal tu...

SAYA HENDAK PERGI KE RUMAH DATUK SAYA

Aku membacanya lagi..

"Cuba abah buang perkataan PERGI lepas tu baca..."

Ayat tersebut menjadi semakin pendek...

SAYA HENDAK PERGI KE RUMAH DATUK SAYA



Aku membacanya semula. Semakin sayu perasaan aku sebab terfikir bahawa anakku itu memang sedang rindukan datuk dan neneknya di kampung...

"Abah buang lak perkataan HENDAK dengan RUMAH..."

Ayat tersebut menjadi begini pula...


SAYA HENDAK PERGI KE RUMAH DATUK SAYA


"Abah baca la kuat-kuat sikit..."

Ok..dan aku membacanya dengan agak kuat..

"Sekarang abah buang pulak huruf DA, lepas tu baca kuat-kuat..."

Akupun, tanpa berfikir panjang, potong huruf DA tersebut dan baca baki ayat tersebut dengan kuat!

Tetiba, belakang aku dipukul dengan agak kuat! Rasa cam berbirat. Apa taknya, anakku itu memukul belakangku dengan sarung bantal kusyen yang boleh tahan juga kerasnya...adehhh!!


Rupa-rupanya ayat tersebut menjadi begini selepas aku buang huruf DA...

SAYA HENDAK PERGI KE RUMAH DATUK SAYA 


Ini yang lagi jelas...



KETUK SAYA



Adoi ai!! Dia lari mencecet. Akupun kejar dan bila dah dapat habis lunyai dia aku geletek...


Hilang tension aku akibat terlalu lama menulis sebelum itu...ish, ish, ish...Terkena aku!



Sekian.
Readmore...

Isteri Memaksa Jadi Curang?

12 comments
 
Salam...

Wahai para isteri, sayangkah anda kepada suami anda? Cukupkah belaian anda kepadanya? Wahai suami, pernahkah anda terfikir untuk berlaku curang? Apa-apapun, berfikirlah dengan waras sebelum bertindak melakukan sesuatu perkara. Berfikirlah dengan positif dan buang yang negatif jauh-jauh.


Aku paparkan di sini perbualan aku dengan seorang rakan yang mengaku hidupnya bergelumang dengan dosa zina. Dahulu, beliau seorang yang agak warak juga. Jarang tidak melihat kelibat beliau di surau berhampiran. Kemudiannya, beliau seolah-olah hilang entah ke mana.

Setelah berjumpa baru-baru ini, barulah beliau bercerita hal yang sebenarnya dan ke mana beliau menghilangkan diri sebelum ini. Ada sebahagian perbualan terpaksa aku tapis untuk mengelakkan dari menyentuh peribadi orang yang terlibat...

"Semasa aku menganggur akibat dipaksa berhenti kerja oleh syarikat lama aku, aku banyak menghabiskan masa membuat kerja-kerja rumah. Tidaklah bermakna aku tiada usaha untuk mencari kerja lain tetapi mungkin belum rezeki aku lagi. Beratus permohonan kerja aku hantar tetapi satupun tiada yang melekat. Malah, satu panggilan interviewpun aku tidak terima."

Apa yang engkau buat semasa di rumah?

"Aku kemas dan bersihkan rumah, cuci pinggan mangkuk, basuh dan lipat kain baju, membersihkan halaman rumah dan kadang-kadang memasakpun aku buat juga. Aku buat dengan rela hati walaupun kadang-kadang penat juga. Isteri aku bekerja dan tidak ada masa untuk semua tu."

Itukah punca engkau tidak puas hati dengan isteri engkau tu?

"Sepatutnya dia appreciate apa yang aku telah buat tetapi lain pulak jadinya. Dia mengomel sebab aku lipat kain tak betul, bising bila masakan aku tidak kena dengan taste dia, membebel bila ada sedikit rumput yang tidak habis aku cabut, bengis bila bilik air tak cukup bersih dan kadang-kadang main sedap mulut je kata aku malas dan melepak membuang masa di rumah. Hanya nampak kesalahan tapi tak nampak usaha yang aku buat. Ada sahaja silap aku. Dengan aku, susah sangat hendak senyum, tapi kalau dengan kawan-kawan dia boleh pula bergurau-senda. Tapi, itu semua aku tak berapa kisah..."

Maksud engkau?

"Aku ni suami dan aku juga perlukan belaian seorang isteri. Aku juga bernafsu dan inginkan seks bersama isteri."

Dia tak nak melayan engkau ke?

"Aku dah jadi macam peminta sedekah, mengharapkan permintaan aku dipenuhi tapi haram tak pernah dapat-dapat."

Engkau tak pernah pujuk?

"Dah banyak kali. Macam-macam alasannya. Penat, demam, tak sihat, tak de mood dan lain-lain lagi. Kalau setakat seminggu tak dapat aku boleh terima, tapi kalau dah berbulan-bulan, stress aku melonjak-lonjak. Yang aku paling sakit hati bila dia pernah cakap,..isteri ada hak untuk tak bagi nafkah batin kepada suami yang gagal bagi nafkah zahir!"

Dia faham ke apa yang dia cakap tu?

"Dia suka main sebut je. Hukum yang memihak kepada dia, disebut-sebut. Hukum yang sepatutnya dia ikut tapi tak dibuat, buat-buat tak tahu."

Astaghfirullah...

"Dulu, aku bukan lelaki buaya atau suka berpoya-poya dengan perempuan. Mengurat perempuan pun aku tak reti. Kalau tertengok perempuan seksi, aku cepat-cepat elak. Masa bercinta dengan dia dulupun tak lama. Selepas kenal lebih kurang, kami bertunang dan selang beberapa bulan kami menikah. Aku tak pernah dan tak terlintaspun untuk berlaku curang."

So...?

"Selepas berbulan-bulan nafsu aku tertahan-tahan, selepas berbakul-bakul sumpah seranah, cemuhan, bebelan, ejekan yang aku terima, aku mula berubah. Bermula dengan pergi ke rumah-rumah urut yang menyediakan servis urut batin, aku mula hanyut."

Gambar hiasan

Engkau kan tak kerja, mana engkau dapat duit?

"Aku keluarkan duit KWSP dengan cara menipu kononnya untuk sambung belajar di kolej."

Oh...

"Aku mula rasa perempuan lain di ranjang bila aku pergi ke Kuching, Sarawak. Aku dilayan zahir dan batin oleh seorang budak perempuan umur 16 tahun, call girl dari Pontianak, Indonesia. Selepas tu, aku makin ketagih dan suka mencari. Bukan semua perempuan call girl yang aku ambil. Ada juga budak kolej, bohsia, minah clubbing dan minah rempit yang aku tak perlu untuk berbelanja besar. Aku rasa dah beratus perempuan yang aku dah tiduri. Malah, aku dapat lagi banyak dari isteri aku sendiri. hinggakan, ada juga dalam sehari aku tidur dengan 3 perempuan berlainan."

Isteri engkau?

"Dia masih macam tu jugak. Reject aku untuk seks, membebel, mencaci, mengungkit dan menyebut hukum-hukum agama yang memihak kepada dia sahaja."

Dia tak perasan ke perubahan engkau?

"Entahlah, dia selamba je. Dia lagi seronok bila aku tak meminta-minta (seks)."

Dia ada lelaki lain ke?

"Setahu aku takde sebab aku selalu check. Jarang dia keluar malam dan kalau keluarpun dengan aku. Siang dia sibuk bekerja di pejabat. Aku kenal kawan-kawan dia. Aku tahu dengan siapa dia selalu keluar. Facebook dia pun aku check sebab aku tahu password dia."

Hmmm...Apa pula yang terjadi lepas tu?

"Aku panggil dia. Aku cerita pasal kecurangan aku dengan perempuan-perempuan yang beratus tu. Dan, hari tu jugak aku lafaz cerai."

Macamana penerimaan dia?

"Dia terkejut dan menangis. Aku just walked off, keluar dari rumah tu. Sekarang ni, aku tengah uruskan perceraian kami di Pejabat Agama. Aku mungkin didenda RM1,000 sebab lafaz cerai di luar mahkamah. Aku tak kisah dan aku rasa teramat lega. Lagipun, selepas aku melafaz cerai, tak berapa lama kemudiannya, aku mendapat kerja dan duduk di tempat lain."

Patutlah aku dah lama tak nampak engkau kat rumah tu. Aku tak tahu apa cerita sebenarnya tetapi oleh kerana engkau dah berterus-terang dengan aku tentang dosa zina engkau tu, aku amat berharap engkau bertaubat bro...

"Ya, aku ingin bertaubat tapi aku tetap akan salahkan dia yang memaksa aku berlaku curang dan terjerumus ke lembah hina dan dosa."

Eh? Tak boleh macam tu. Itu semua pilihan engkau walaupun asbab mungkin hasil dari sikap dan perangai bekas isteri engkau tu. Engkau boleh sahaja mengelak untuk tidak melakukan perkara-perkara dosa.

"Hmmmm...tapi hati aku masih lagi sakit atas perbuatan dia."

Aku faham perasaan engkau, tapi tak elok menyalahkan orang lain atas perbuatan yang engkau lakukan dengan kehendak sendiri. Lagipun, engkau telahpun menjatuhkan hukum dengan melafazkan cerai.

"Haritu, dia ada datang jumpa aku untuk rujuk balik. Aku tak nak. Aku lagi rela menikah dengan perempuan lain dari balik kepada dia."

Hmmm...dalam juga luka hati engkau tu yer? Aku tak mahu masuk campur dalam hal tu, malah, untuk bagi nasihat samada engkau rujuk balik atau tidak, aku rasa aku tidak patut. Terpulanglah kepada engkau untuk fikir yang mana lagi baik. Cuma, aku harap engkau bertaubatlah dan berhenti melakukan dosa-dosa besar tu.

"Terima kasih bro, insyaAllah aku bertaubat dengan sebenar-benar taubat."

Panjang perbualan kami yang agak panas. Seorang suami bertindak di luar norma kehidupannya sebelum itu, akibat kecewa dengan isteri. Dari segi hukum, bukanlah salah si isteri si suami bertindak bergelumang dengan dosa besar kerana si suami mempunyai akal untuk menilai baik buruknya sesuatu perkara. Dari segi moral pula, sikap sesetengah isteri yang tidak mengambil pusing akan peri pentingnya belaian kepada suami boleh mengundang implikasi yang kurang baik di dalam struktur perhubungan suami isteri.

Apa yang penting adalah kedua-dua pihak (suami dan isteri) perlu mengembling tenaga menjaga kerukunan rumahtangga. Kehidupan suami isteri adalah lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Jika salah seorang darinya pincang, maka pincanglah juga rumahtangga.

Kepada para isteri, jalankanlah tanggungjawab anda dengan baik dan ikhlas mengharapkan keredhaan suami. Janganlah bertindak membelakangkan agama semata-mata kerana suami anda bermasalah (tiada pekerjaan contohnya). Hargailah bantuan suami walaupun ianya terlalu sedikit bagi anda. Elakkan dari menjadi isteri yang derhaka.

Kepada para suami, janganlah mudah menjatuh hukum. Didiklah isteri anda sebaik mungkin. Jika masalah berpanjangan dan anda tidak tertahan, dapatkanlah bantuan nasihat di Pejabat Agama yang sentiasa sudi membantu. Jangan jadikan alasan kegagalan menjalankan tanggungjawab oleh si isteri, anda sewenang-wenangnya berlaku curang dan bergelumang dengan dosa khasnya dosa zina.



Sekian.


P/s: Sejak akhir-akhir ini aku sering saja menjadi tempat mengadu dan mendapatkan nasihat rakan-rakanku yang bermasalah. Risau juga aku sebab aku rasa tidak layak untuk memberikan nasihat. Entahlah...aku harap kata-kata "nasihat" aku betul dan memberi manafaat.
Readmore...
Tuesday, June 21, 2011

Di Mana Seksinya Perempuan Di Mata Lelaki?

12 comments
 
Salam...

Ini satu lagi entry yang jika anda anggap 18SX aku akan terima dengan hati terbuka. Di bahagian manakah di tubuh perempuan yang membangkitkan ghairah orang lelaki? Tepuk dada tanya selera...hehe.


Apa la engkau ni Abang Long, saja nak buat orang horny ke?

Aku just nak tahu...tak boleh ke?

Boleh, siapa kata tak boleh...boleh...boleh blahhhh!!

Bernafsu atau wujud perasaan ghairah apabila melihat seorang perempuan adalah sememangnya naluri seorang lelaki kecualilah jika lelaki tersebut tidak normal atau telah dikasi (dibuang alat kelelakiannya) dan menjadi seorang penjaga biara atau menjadi sami. Malah ada juga kes di mana nafsu sebegitu juga masih wujud walaupun lelaki itu telah dikasi.

Jadi, jika itu lumrah atau naluri seseorang lelaki, tentu ada bahagian-bahagian tertentu di tubuh perempuan yang membangkitkan ghairah lelaki, bukan begitu?

Kenapa pula aku sibuk-sibuk pasal tubuh perempuan ni?

Aku tidak nafikan seringkali juga melihat perempuan-perempuan yang berpakaian seksi, terangsang sedikit tetapi tidaklah sehingga horny dan lupa daratan. Malah, seringkali bila terpandang, aku akan tunduk dan rasa malu, lebih-lebih lagi jika di khalayak ramai.

Secara jujurnya, aku berpendapat pinggul dan breasts wanita sering membuat orang lelaki terangsang. Jika tidak pun mata mungkin tidak berkelip memandang ataupun terpandang, mengarah ke tempat lain dan memandangnya semula...(apa punya berbelit-belit cakap aku ni?)..

Kenapa bukan bahagian yang paling sensitif itu???

Sebab, memang hampir mustahil ada orang perempuan sanggup berjalan di hadapan orang lain dengan berbogel! Bukan begitu?

Aku rasa, ramai juga orang lelaki yang bersetuju dengan aku. Bagaimana bergetar atau bergoyangnya pinggul perempuan atau breasts perempuan, begitulah juga hati lelaki yang melihatnya. Kepada yang warak mungkin cepat-cepat beristighfar, kepada yang nipis sedikit imannya mungkin tidak berkelip mata memandang dan membayangkan yang bukan-bukan ataupun yang 18SX.
Gambar hiasan

Jika demikian, bagi seorang perempuan muslim, adakah memadai menjaga aurat dengan sekadar menutupnya sahaja? Kita tolak perempuan yang memakai kemeja yang disengajakan membuka butangnya ataupun memakai singlet hingga menampakkan sebahagian breastsnya, memakai skirt pendek melepasi paras lutut  ataupun sekadar memakai short (berseluar pendek).

Adakah lengkap menutup aurat menutupi pinggul yang seksi sekadar membalutnya dengan sehelai seluar jeans yang ketat dan menampakkan bentuknya? Menutupi breasts dengan T-shirt yang ketat yang seolah-olah melekat ke kulit dan menonjolkan bentuknya? Bertudung, tetapi memakai pantyhose? Berkurung moden yang seolah-olah disengajakan menampakkan bentuk pinggul dan breastsnya? Memakai baju kurung yang kainnya teramat lembut dan seolah-olah melekap ke kulit apabila ditiup angin?

Gambar hiasan

Maafkan aku jika statement aku di entry ini mengguris perasaan anda. Aku tidak bermaksud untuk mencabuli hak anda berpakaian. Aku bukan berniat untuk memberi nasihat dan aku akui bahawa aku juga tidak layak untuk memberi nasihat.

Aku sekadar ingin memberitahu akan pendapatku bahawa, tidak semestinya aurat yang ditutup itu tidak menimbulkan keresahan di hati lelaki yang memandang. Jadi, aku berpendapat, jika ingin menutup aurat, tutuplah ia dengan sempurna.

Ada sesiapa sudi komen?




Sekian.
Readmore...
Monday, June 20, 2011

Siapa lagi pandai masak?

7 comments
 
Salam...

Anda pandai masak? Masakan apa yang anda expert? Tomyam? Gulai? Masak lemak cili padi? Kari? Kurma? Beriani? Singgang? Asam pedas? Masak kicap? Kalau setakat masak air atau masak meggi mee tolak tepi yer?..hehe


Entah kenapa tetiba aku terfikir untuk mencoret tentang topik ini. Memang dah banyak kali aku terbaca tentang perkara atau perdebatan tentang topik yang sama. Aku just nak tengok pula perdebatan sesama blogger...hehe.

Siapa lagi pandai terer masak, lelaki atau perempuan? Masakan siapa yang lagi sedap?

Aku dah selalu sangat makan di restoran-restoran dan hotel-hotel. Seringkali itu juga aku dapati kebanyakan atau majoriti tukang masaknya adalah lelaki.

Kenapa ek?

Orang perempuan kurang pandai terer masak ke?

Orang perempuan masakannya kurang sedap berbanding masakan lelaki ke?

Mungkinkah sebab orang perempuan, tumpuan memasak mereka adalah untuk suami dan anak-anak, maka, kebanyakan mereka hanya menunjukkan skill di rumah sahaja? Ye la..si suami atau anak-anak pula memang tak mahu atau malas hendak complain sebab nanti takut pula periuk belanga terbang melayang-layang atau langsung tidak berasap dapur...huahuahua.

Ada juga orang kata, orang perempuan lagi terer memasak dari orang lelaki. Kalau orang lelaki tu terer sekalipun, mesti ada pembawaan orang perempuan dalam tubuhnya (lembut la tuh), contohnya Chef Wan.


Apa kata anda? cer citer..cer citer



Sekian.
Readmore...
Sunday, June 19, 2011

Blogger is sick, mee too

3 comments
 
Salam...

Aku tak tahu hendak mengadu kepada siapa. Dah beberapa kali terkena. Jumlah pelawat blog aku merosot mendadak kurang dari 25% dari jumlah biasa. Ramai yang ingin follow tetapi tidak dapat dan akhirnya tidak singgah-singgah lagi...conversian makin teruk tak sampai 2%...adoi ai..sedih..sedih.


Kenapalah Blogger asyik down jer nih?

Terfikir juga untuk memiliki kembali domain dan hosting sendiri seperti dahulu tapi risau juga takut kena hack lagi. Penat bersusah payah untuk generate visitors tapi akhirnya kena bermula dari awal menggunakan platform Blogger.

Yang paling tak bestnya ialah limit broadband aku cepat bebenor exceed coz firefox perlu di reset beberapa kali untuk mendapatkan page blogger yang penuh ketika cuba berblogwalking. Kalau tak blogwalking melawat rakan-rakan blogger dan para follower, rasa macam tak adil pula...

Apa-apapun, kena juga bersabar coz aku tidak mahu bermula semula dari awal dan membuang masa.

Maafkan aku rakan-rakan semua kerana terlalu payah untuuk melawat blog kalian buat masa ini. InsyaAllah, aku akan melawat blog kalian juga nanti...


Sekian.
Readmore...
Friday, June 17, 2011

Unconstructive Meetings?

1 comments
 
Salam...

Sibuk ke? Meeting? Ya..Sekarang tengah meeting tentang status projek untuk roadshow, lepas tu meeting kerjasama teknikal dengan sebuah syarikat kejuruteraan, petang ada meeting dengan product vendor, disusuli dengan meeting bersama vendor yang akan design dan memasang booth roadshow tersebut, lepas tu pula ada meeting dengan staff yang terlibat, diikuti pula meeting dengan syarikat IT yang supply komputer dan gadget elektrik untuk roadshow tersebut, lepas tu meeting dengan semua Ketua Jabatan untuk tema dan tagline, lepas tu meeting dengan staff IT untuk menyiapkan mural yang bersesuaian dan kalau sempat lepas tu ada meeting lagi untuk memikirkan meeting apa pula yang perlu diadakan esok hari....mak ai!!


Itupun tidak termasuk dengan meeting direct selling selepas waktu pejabat!

Aku bukanlah seorang yang anti meeting cuma kadang-kadang agak skeptical bila terlalu banyak meeting yang perlu dihadiri tetapi hasilnya hampeh! Lagi-lagi kalau meeting tersebut tiada minutes of meeting. Bagi aku, biarlah diadakan hanya satu meeting (untuk satu perkara yang sama) tetapi semua decision dibuat dan diluluskan pada masa meeting tersebut.

Paling aku tidak suka jika meeting itu diselang-seli dengan celoteh, gurauan ataupun berbincang perkara-perkara yang langsung tidak relevant dengan tujuan meeting itu diadakan. Itu sudah tentu akan consume masa yang sepatutnya diperuntukkan bagi membincang dan mencapai kata sepakat matlamat meeting itu diadakan. Jika ingin berbual-bual atau berbincang hal-hal lain, gunakanlah masa di luar meeting tersebut.

Seringkali juga aku lihat, malah pernah juga menghadiri meeting di waktu-waktu yang bagi aku kurang produktif seperti waktu makan tengahari, penghujung masa kerja dan terutamanya waktu malam.

Waktu makan tengahari, minda kita sudah tentu memikirkan untuk menyuap makanan bagi menghilangkan rasa lapar, so, setiap pebincangan seolah-olah dipercepatkan untuk tujuan tersebut. Ada juga yang menyediakan makanan sewaktu meeting tersebut, tetapi aku jangkakan fokus orang yang menghadiri meeting tersebut terbahagi dua di antara perbincangan dan bau atau bentuk makanan yang terhidang. Di penghujung masa kerja pula, kebanyakan kita sudah fokus untuk pulang ke rumah. Masing-masing akan cuba untuk expedite meeting tersebut kecualilah bagi sesetengah pekerja yang mengharapkan overtime dari meeting tersebut. Di waktu malam terutamanya bagi mereka yang masih belum lagi pulang ke rumah akan terasa exhausted.

Apa salahnya untuk merancang setiap meeting yang akan diadakan (kecuali ad-hoc meeting) dan dibuat di waktu minda pekerja lebih fresh contohnya di waktu pagi (sekitar pukul 10 pagi). Jika ingin mengadakan meeting di waktu petang, lakukannya sekitar jam 3 petang dan masa yang diperuntukkan tidaklah terlalu lama kerana khuatir ada yang berdengkur selepas kekenyangan makan tengahari. Untuk meeting selepas waktu kerja, perlu dibuat perancangan yang lebih awal dan dihebahkan kepada semua yang bakal hadir agar mereka bersedia. Such a meeting boleh dijadikan rutin tetapi tidak terlalu kerap diadakan dalam tempoh sebulan bekerja.

Salah satu masa yang aku fikir kurang sesuai diadakan meeting ialah waktu tengahari menghampiri waktu untuk pekerja-pekerja Muslim bersolat Jumaat.

Bagi aku, meeting yang baik adalah mengikut waktu yang sesuai, mempunyai chairman yang pandai mengawal suasana, mendapat feedbacks yang constructive, mendapat keputusan yang diharapkan dan sudah tentulah mempunyai catatan secara formal (minutes of meeting). Meeting bukanlah tempat untuk bersenda gurau, berseloka, bergaduh (bertengkar secara berilmu tidak mengapa), bercerita hal-hal peribadi atau hal-hal yang tiada kaitan dengan tujuan meeting tersebut.

Meeting juga perlu concise dan padat dengan isi. Setiap permasalahan dan isu dibincang dan diputuskan di waktu meeting tersebut.

Meeting tidak perlu terlalu panjang hingga menimbulkan rasa bosan melampau kepada yang hadir.

Buat apa diadakan meeting dari jam 6 petang hingga hampir 1 pagi tetapi hasilnya tidak seberapa?



Sekian.
Readmore...

Tukar Template Lagi?

2 comments
 
Salam...

Theme atau template blog aku ini bertukar lagi? Ya, sebab banyak sangat benda-benda yang aku kurang puas hati terhadap theme yang lama itu. Mungkin ada sesetengah rakan blogger yang beranggapan bahawa aku hanya membuang masa dan tenaga terutamanya untuk memasukkan kembali widget-widget yang penting dan termasuuklah juga membuat adjustment terhadap CSS atau HTML Code template baru. Penatlah juga, tetapi itu pilihan aku...hehe.


Template baru ini dipanggil Horcrux yang aku perolehi di website http://www.dhetemplate.com.

Bukan setakat perlu reinstall kesemua widget-widget yang aku fikirkan penting, bahkan juga aku buatkan certain condition widget mana yang perlu dipaparkan di homepage atau page tertentu. Contohnya, widget "Artikel Menarik" akan hanya wujud di homepage manakala widget "Friends' Links" aku telah arahkan ke page "Exchange Banner" (tidak kelihatan di page lain termasuklah homepage).

Di samping itu, aku juga buat sedikit adjustment terhadap html code untuk mengurangkan pergantungan kepada http requests.

Template baru ini masih belum siap sepenuhnya kerana aku bercadang untuk meletakkan header yang baru yang aku rekacipta sendiri.

Aku harap anda OK dengan wajah baru blog aku ini.

Kepada anda yang merasa mual melihat paparan layout baru ini bolehlah memberikan komen constructive di ruangan komen di bawah.

Aku benar-benar mengharapkan dan menghargai komen dari anda.

Terima kasih.



Sekian.
Readmore...
Thursday, June 16, 2011

Jabatan Tanpa Pelan Pengurusan?

0 comments
 
Salam...

Aku terpanggil untuk mencoret entry ini setelah berbual-bual dengan seorang rakan yang bekerja dengan sebuah syarikat multi-nasional. Menurut rakanku itu, beliau telah membaca entry aku yang bertajuk Pelan Pengurusan dan mengakui bahawa Jabatan beliau langsung tidak mempunyai Pelan pengurusan hinggakan timbul bermacam-macam masalah khasnya di dalam mencari hala-tuju bagi mencapai matlamat utama syarikat.

"GM kami tu cuma fokus kepada sesuatu yang tidak berkaitan dengan Jabatan kami. Manakala Jabatan kami pula semakin kucar-kacir pengurusannya."

Apa yang dia fokuskan?

"Kalau yang berkaitan dengan golf, memang dialah yang akan bersusah-payah. Hal-hal pengurusan Jabatan langsung tidak diendahkan."


Oh...habis tu, apa yang awak semua buat?

"Kami cuma buat apa yang kami fikirkan betul dan sesuai berdasarkan Job Description kami sahaja. Bab-bab pengurusan khasnya di dalam soal-soal Strategic Planning, kami kurang arif. Itupun, kadang-kadang kami terpaksa juga menyediakan report berkenaan Strategic Planning apabila di minta oleh Pengurusan Atasan syarikat. GM menyerahkannya kepada kami bulat-bulat untuk membuatnya sebab dia sibuk dengan perkara lain. Jadi, faham-fahamlah jika yang membuatnya tidak arif tentang itu, sudah tentulah banyak silapnya dan yang kena marah, kami jugalah..."

Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya awak ada peluang belajar membuat Strategic Planning untuk Jabatan awak tu.

"Kami ada tugasan kami juga bang. Kami sibuk dengan hal-hal operasi. Lagipun, Pelan Pengurusan sepatutnya dibuat oleh Ketua Jabatan dan kami hanya sekadar membantu mana yang patut."

Tak pernah mengadu kepada HR atau Pengurusan Atasan?

"Ada juga dan jawapan mereka ialah,...bos awak tu memang salah seorang bos yang dilabel sebagai unperforming staff. Kita tunggu sahaja new structure nanti. Dia pasti akan dikeluarkan dari situ... Masalahnya, dah hampir 2 tahun, new structure yang dicanangkan tak pernah wujud!"

Laaa...


"Tu la tuh..sebab itu kami semua makan hati..."

Eh? Cukup baik la tu makan hati. Tu, orang sebelah tu, hari-hari makan tulang buat sup!

"Apa la abang ni. Orang serious dia buat lawak pulak."

Hehehe...sorry. Just nak kurangkan sedikit stress yang wujud. Ada kemungkinan GM awak tu tidak tahu untuk membuat Pelan Pengurusan ataupun Strategic Planning. Jadi, sekarang ini, apa yang awak semua hendak buat?

"Kami pun terfikir macam tu jugak bang. Kami ada bagi address blog Abang Long Online tu untuk dia baca mana-mana entry yang berkaitan, khasnya di dalam soal-soal pengurusan. Pernah jugak semasa meeting dia mentioned something yang dia dapat dari blog abang tu. Saya tahulah sebab saya pun baca jugak."

Kalau dia baca blog tu dan dapat manafaat, syukur alhamdulillah. Jangan pulak dia cuma baca entry-entry sensasi atau entry-entry berbentuk lawak sahaja sudahlah.

"Harap-harap macam tu lah bang. Kami risau jugak sebab kalau performance dia tak bagus, secara automatik markah KPI kami juga senang kena moderate walaupun kami bekerja bersungguh-sungguh."

Saya faham. Setiap Jabatan juga ada PMS masing-masing.

Apa kata kalau awak, rakan-rakan seJabatan awak serta GM awak tu duduk semeja dan berbincang tentang Strategic Planning untuk Jabatan awak tu. Dapatkan kata sepakat dan selepas itu terjemahkannya secara hitam putih dan formal. Seeloknya start dengan brainstorming untuk mendapatkan idea-idea dahulu. Jangan fikir itu kerja GM awak sahaja. Buatlah secara bersama-sama dan dengan sepantas yang mungkin.

Saya rasa ini bukan lagi masanya untuk menuding jari atau mencari kesalahan orang lain termasuklah GM awak itu. Fokus kepada menyelesaikan masalah untuk kebaikan bersama.

Dan saya ingin reiterate bahawa Pelan Pengurusan adalah sesuatu yang teramat penting untuk Jabatan awak. So, jangan berlengah untuk menyiapkannya. Dengan adanya pelan tersebut jabatan awak sepatutnya sudah boleh mengandaikan berapakah kos-kos operasi yang bakal ditanggung, jumlah staff yang perlu ada untuk kesemua tugasan yang ada, tugasan-tugasan yang baru yang mungkin wujud serta jumlah staff baru yang mungkin diperlukan untuk menampung sebarang kekurangan.

"Terima kasih bang. Nanti saya cadangkan kepada GM dan rakan-rakan saya yang lain."

Sama-sama dan saya harap ianya bukan sekadar menjadi cadangan. Make it happen.




Sekian.
Readmore...

Bos Kaki Perempuan?

3 comments
 
Salam...

Aku telah didatangi oleh salah seorang kakitanganku yang agak becok juga mulutnya membawakan cerita yang agak sensasi. Sebenarnya aku agak malas juga untuk mempercayai kata-katanya 100% kerana dia, aku ibaratkan seperti CNN yang membawa berita-berita terkini syarikat tetapi bermodelkan cerita-cerita di atas  cerita-cerita orang lain. Dalam kata lain, dia suka menyampaikan cerita-cerita orang lain yang kadangkalanya tidak benar dan dia pula memang suka exaggerating (menambah-nambah perencah). Banyak juga ceritanya yang sering menjojolkan mataku dan agak panas-panazzzzzzz...


Sebelum itu, aku ingin meminta maaf kepada anda semua kerana beberapa hari ini, aku amat kurang sekali blogwalking. Broadband aku yang telah exceed limit dan kesibukanku menyiapkan kertas kerja tentang Change Management membuatkan masa untuk aku blogwalking agak terbatas. Walaupun demikian, aku release juga entry-entry yang telah ada di dalam que supaya anda semua tidak boring untuk singgah dan membaca entry-entry baru. Aku juga ingin meminta maaf kerana tidak dapat melawat kembali blog-blog anda secepat yang anda harapkan tetapi aku berjanji akan melawatnya juga nanti.

"Encik wan, Big Bos kita tu rupanya kaki perempuan!"

Eh? Bila pulak Big Bos buat pembedahan tukar kaki? Aku sebenarnya malas hendak melayan, sebab itu aku sengaja bertanyakan soalan yang mengarut seperti itu...hehe.

"Apalah Encik Wan ni. Big Bos kita tu kaki betina la..!"

Laaa...mana satu yang betul ni? Kaki perempuan atau kaki betina? Dah takde kaki manusia lagi ke nak guna sampai sanggup tukar ke kaki binatang?

"Big Bos gila seks laaa!"

Oh..ye ke?...ish, ish, ish

"Semalam, saya berjumpa dengan kawan lama yang bekerja di Law Firm. Dia cakap dia kenal dengan Big Bos. Biasanya kalau Law Firm tu mintak business, Big Bos akan bagi syarat-syarat termasuklah mintak GRO untuk temankan dia."

GRO tu amende pulak?

"Pegawai Perhubungan Pelanggan la, takkan Encik Wan tak tahu?"

Eh? Biasalah tu kan? Mungkin Big Bos perlukan lebih info tentang project yang hendak diberi. Bila ada pegawai dari syarikat bersama-sama, senanglah dia sedikit. Syarikat kita ni pun ada juga GRO. Encik Azmi tu bukan sahaja GRO tetapi juga Pegawai Bahagian Pemasaran."

"Bukan GRO tu. Ayam laa."

Ayam?



"Alah Encik Wan ni. Bukan Pegawai yang tu tapi GRO perempuan yang macam Call Girl tu la."

Gambar hiasan

Eh awak ni..tak baik tuduh Big Bos macam tu. Takkan dia suka perempuan-perempuan pelacur macam tu? Dia kan dah berumur dan ada bini dan anak-anak.

"Habis tu, kalau bini dah tak comel lagi. Tentu dia cari yang lain yang cun-cun. Lagi pula free. Siapa yang tak nak?"

Awak ada bukti ke? Ada awak nampak Big Bos keluar dengan GRO-GRO tu?

"Nampak tu tidak la..tapi kawan saya tu cerita, Big Bos selalu mintak perempuan untuk temankan dia di hotel-hotel."

Tak baik menuduh orang lain melakukan zina. Berdosa besar tau.

"Tapi itu yang diceritakan pada saya."

Kalau tiada bukti yang kukuh, jangan sesekali hendak menuduh Big Bos macam tu. Kalau itu sekadar cerita, biarkan ia sekadar menjadi cerita. Janganlah dipanjang-panjangkan atau disampaikan kepada orang lain. Itu sama juga hukumnya dengan memfitnah. Berdosa tu.

"Sudahlah Encik Wan. asyik-asyik dosa. Jangan-jangan Encik Wan ni pun sama macam Big Bos tu yang kaki perempuan juga!"

Awak ada bukti? Ada awak nampak? Ada sesiapa cerita? Cer citer cer citer...

Soalan-soalan dan statement aku yang terakhir itu membuatkan walking CNN itu berlalu dengan muka masam dan muncung panjang sedepa...hehe.


Memang tidak dinafikan terdapat segelintir orang yang berjawatan yang pantang melihat perempuan berdahi licin, malah memang terdapat juga yang gemar berpeleseran dengan perempuan-perempuan GRO tetapi aku rasakan bahawa aku tidak patut untuk masuk campur hal-hal peribadi mereka itu. Jika aku kenal mereka sekalipun, apa yang boleh aku buat ialah memberi nasihat setakat yang aku mampu dan mengelakkan perselisihan faham akibat dari nasihat aku itu. Itupun jika aku benar-benar pasti akan kesahihan cerita atau jika mereka bercerita dengan aku secara terus terang.

Aku tidak suka mendengar cerita yang digembar-gemburkan apatah lagi jika cerita tersebut boleh menjatuhkan maruah seseorang. Aku juga tidak berapa suka staff-staff aku yang suka membawa mulut menjaja keburukan orang lain sedangkan mereka sendiri ada keburukan masing-masing.

Adalah lebih baik jika mereka hanya fokus kepada melakukan tugasan mereka dengan baik dan sempurna tanpa diganggu-gugat oleh perasaan  membenci orang lain. Mungkin masa kelapangan yang mereka miliki itu lebih baik digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang berfaedah dari membuat fitnah atau mengumpat atau mensensasikan cerita-cerita yang tidak tahu akan kesahihannya.



Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com