Tuesday, May 31, 2011
Ingin Kurus Dengan Tidak Makan?
10 comments
Salam...
Anda obes? Anda terlebih gempal? Anda ingin tahu bagaimana untuk menurunkan berat badan? Anda ingin kurus?
Ramai juga yang bertanya kepada aku bagaimana aku dapat menurunkan berat badan dari 85kg ke angka 62kg dalam tempoh singkat. Ada yang menyangka bahawa aku mengidap penyakit (seperti kencing manis) kerana kelihatan kurus atau telah kurus dengan agak mendadak. Berkali-kali aku menyangkal sangkaan mereka itu. Aku sihat wal-afiat. Malah, ada juga yang mengandaikan bahawa aku tidak makan untuk beberapa hari untuk itu. Itu juga aku tolak mentah-mentah. Aku tidak pernah langsung tidak makan semata-mata untuk menurunkan berat badanku.
Benarkah statement ini?
Seseorang akan menjadi gemuk jika banyak makan dan akan kurus jika makan sedikit.
Mungkin juga ada benarnya statement di atas itu. Contohnya, di bulan Ramadhan ramai di antara kita yang susut berat badan kerana berpuasa dan apabila Hari Raya, berat badan semakin meningkat. Jadi, untuk mengekalkan berat badan yang kurang semasa di bulan Puasa, kita teruskan berpuasa atau tidak makan untuk bulan-bulan seterusnya.
Dan, jika kita teruskan tidak mahu makan, kita mungkin akan menjadi kurus seperti ini...huhu.
Perlukah orang yang obes tidak makan agar dapat menguruskan badan?
Aku ada terbaca beberapa artikel tentang kesihatan di internet tentang cara-cara menurunkan berat badan bagi orang yang obes. Anda juga boleh mencari artikel-artikel berkaitan di Mr. Google.
Untuk menurunkan berat badan bagi orang yang obes, bukan sekadar berdiet atau mengawal jumlah makan semata-mata. Malah, adalah tidak benar jika inginkan result yang pantas perlu skip makan untuk beberapa hari. Ini kerana obes adalah disebabkan oleh kandungan lemak tepu yang tinggi jumlahnya di dalam tubuh seseorang yang obes. Untuk melarutkan lemak-lemak tepu tersebut, tubuh memerlukan hormon dan enzim yang diperolehi dengan makan.
Apabila seseorang itu tidak makan, bukan sahaja badannya akan menjadi lemah malah hormon-hormon dan enzim-enzim tertentu di dalam tubuh yang berfungsi untuk proses "ketosis" (pemecahan lemak menjadi air, ketones dan tenaga) tidak dapat berfungsi dengan baik. Di samping itu, dengan skip meals atau mengurangkan makan dengan drastik, otot-otot badan akan dicerna  untuk dijadikan tenaga. Akibatnya, badan akan menjadi semakin lemah akibat pengecutan otot-otot.
Disebabkan proses metabolisme badan yang semakin lemah (kerana tidak makan) dan sistem "ketosis" yang kurang sempurna, semakin banyak pula lemak-lemak tepu yang wujud.
Itulah sebabnya "Crash Diet" tidak digalakkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bukan sahaja cara tersebut akan membuatkan tubuh menjadi lemah malahan juga berat badan mungkin mejadi seperti "yo-yo" dan akan naik mendadak pula sekiranya cara makan terdahulu (tanpa diet) diulang. Bukan tidak boleh berdiet untuk menurunkan berat badan tetapi mestilah bersistem dan mengikut atau merujuk nasihat pakar.
Cara terbaik untuk itu ialah dengan mengawal pemakanan dan mengamalkan senaman yang berterusan. Dengan bersenam, bukan sahaja kita akan dapat mengekalkan berat badan (atau menurunkan berat badan), malah ianya akan dapat meningkatkan stamina di samping membantu memperbaiki sistem metabolisme tubuh.
Apakah petua yang aku amalkan?
Well, aku tidak tahu samada ianya sesuai untuk anda tetapi ianya berkesan kepada diriku. Jika anda ingin mencuba aku paparkan di sini petua yang aku guna-pakai atau amalkan:
1. Mesti bersarapan pagi (sukahati hendak makan apa pun tetapi biarlah berpada-pada). Jika anda ingin berpuasa, anda mestilah bersahur.
2. Kurangkan jumlah makanan untuk makan tengahari. Boleh skip makan jika mahu atau mampu.
3. Makan malam sebelum pukul 8 malam atau seperti waktu berbuka puasa.
4. Jangan makan supper atau makan tengah malam atau makan sebelum tidur.
5. Cuba berpuasa nasi atau elakkan makanan berasaskan beras (seperti mee hun contohnya) selama sebulan.
6. Amalkan minum air panas suam.
7. Lastly, bersenam.
Untuk bersenam, janganlah pula kita menyiksa tubuh kita atau mendera dengan melakukan senaman yang keterlaluan. Aku bermula dengan hanya brisk walking sekitar rumah aku dan kemudiannya menambah jumlah ke beberapa km sehari secara gradual.
Untuk mengurangkan atau menghilangkan perut aku yang buncit dahulu, aku tidak berjogging (berlari) tetapi sekadar brisk walking. Berjogging atau skipping membuatkan perut aku menggelebeh dan tidak juga susut buncitnya. Tambahan pula, bagi orang yang obes, berjogging atau skipping boleh membawa kepada risiko kecederaan lutut atau kaki.
Apa yang paling penting ialah determination atau kesungguhan anda untuk menurunkan berat badan. Pada awal dahulu, semasa aku brisk walking, ramai juga yang gelak-gelak dan mengejek aku yang sekadar berjalan dan bukannya berlari. Aku buat tidak tahu sahaja dan fokus dengan apa yang aku lakukan. Minda aku kuatkan untuk membuang semua fikiran yang negatif tentang itu. Yang penting, aku tahu setakat mana kemampuan aku. Jika sudah Ok, ingin berjogging melebihi 10km sehari pun tidak mengapa.
Aku harap info entry ini dapat memberi sedikit manafaat kepada anda especially yang ingin menurunkan berat badan. Marilah kita sama-sama memulakan langkah untuk kembali bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aku berpendapat, untuk menjadi kurus kita tidak perlulah untuk mendera diri kita sendiri dengan tidak makan atau melakukan crash diet yang mungkin merugikan diri kita sendiri.
Sekian.
P/s 1 - Jangan suka mengambil multi-vitamin secara berlebihan. Ini kerana tubuh kita ada limit untuk setiap miligram vitamin yang diperlukan. Dikhuatiri jika kandungan vitamin yang berlebihan akan memberi impak yang kurang baik pula. Contohnya, pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh membawa kepada gejala cirit birit.
P/s 2 - Cuba elakkan pengambilan minuman penambah tenaga jika kita tidak bertujuan untuk mengerah tenaga kita dalam jangkamasa tertentu. lebihan tenaga yang wujud hanya akan menambahkan lemak di dalam tubuh. Minum minuman penambah tenaga untuk tujuan mengurangkan rasa mengantuk atau lebih-lebih lagi jika sekadar untuk menikmati rasanya yang lazat mestilah dielakkan.
Readmore...
Monday, May 30, 2011
Kenapa Perlu Menganiaya Aku?
10 comments
Salam...
Aku baru sahaja pulang dari brisk walking pagi tadi apabila terpandang seekor kucing yang cedera. Terhencut-hencut ia berjalan. Kasihan aku melihatnya. Aku cuba untuk menghampirinya tetapi mencecet pula ia lari takutkan aku. Aku tidak sure samada kucing itu dilanggar kenderaan atau dianiaya orang. Melihatkan kakinya yang macam patah tetapi tidak luka seperti kena aniaya sahaja...ish, ish, ish.
Melihatkan keadaan kucing yang cedera itu, aku terbayang juga keadaan aku.
Aku juga cedera?
Ya. Tetapi bukan dari segi fizikal tetapi hati dan minda!
Kenapalah di dalam dunia ini ramai manusia yang suka menganiaya orang lain?
Kenapalah ada manusia yang suka menganiaya aku?
Kenapa perlu menganiaya aku?
Apa yang ditakutkan sangat dengan aku hingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk menganiaya aku?
Sekarang ini, aku hanya berserah kepada Tuhan agar memberikan hidayah dan kesedaran kepada orang itu.
Sekian.
Readmore...
Sunday, May 29, 2011
Blog Aku Serabai!
0 comments
Salam...
Malam tadi, aku memang tension sungguh sebab blog aku jadi lintang pukang dan serabai akibat kegagalan satu Javascript untuk berfungsi dengan baik ataupun mungkin juga javascript tersebut langsung tidak berfungsi. Ada juga kemungkinan, owner telah membuat beberapa adjustment dan javascript yang lama tidak berfungsi jika dipasang tanpa mengambil kira adjustment yang dia telah dibuat.
Aku terpaksa bertungkus-lumus hingga awal pagi (tidak tidur hingga ke subuh sebenarnya) untuk membuat beberapa adjustment terhadap blog aku ini. Keletihan yang melanda membuatkan aku boleh sahaja tertidur di mana-manapun.
Sebelum ini aku pernah juga mencoret tentang risiko yang terpaksa aku ambil jika bergantung harap kepada javascript yang disimpan di website luar jika website tersebut down, javascript diubah dan IDnya bertukar ataupun juga jika si owner mengalami bandwith exceeding limit di SINI.
Sepatutnya aku ikut sahaja naluri dan perasaan curiga aku itu dan sudah tentu aku dapat mengelakkan blog aku dari jadi kucar-kacir.
Apa boleh buat, aku terpaksa menerima jua keadaan yang melanda. Aku telah membuat beberapa perubahan besar termasuklah meletakkan kesemua banner rakan-rakan blogger ke satu page yang dinamakan EXCHANGE BANNER. Manakala, html code untuk ARTIKEL MENARIK, aku telah ubah dan hanya menggunakan simple marquee html code. Agak kureng dari segi persembahan marqueenya tetapi aku tidak kisah kerana yang penting blog aku nampak normal.
Aku tidak tahu sampai bila javascript tersebut akan pulih semula dan aku tidak mahu mengambil risiko dengan menggunakan javascript yang sebegitu buat masa ini.
Blog aku ini masih lagi di dalam proses pengubahsuaian. Header dan beberapa widget terpaksa aku adjust termasuklah menggodam CSS. Oleh itu, aku ingin mohon maaf sekiranya anda rasa terganggu jika datang melawat blog aku ini dan mendapati ianya sedikit kelam kabut dari segi layoutnya.
Sekian.
Readmore...
Saturday, May 28, 2011
Dahulu Gemuk Sekarang Kurus
5 comments
Salam...
Ketika aku mencoret entry ini, aku sedang menonton Konsert Akademi Faantasia yang ke 8. Bukan ingin memberikan komen tentang persembahan pelajar-pelajar AF yang bagi aku ada sedikit improvement berbanding konsert mereka yang pertama dahulu, tetapi ingin mengomel tentang penampilan khas Aizat (bekas pelajar AF juga).
Mata aku terpana apabila dipertontonkan akan fizikal Aizat semasa menjadi pelajar AF dahulu berbanding kini..Gemooook..ish, ish, ish...hehehe
Bukan ingin mengutuk orang yang berbadan seperti itu cuma ingin mengulas betapa berbeza sungguh si Aizat dengan fizikal beliau sekarang yang jauh lebih kurus.
Aizat dahulu
Aizat sekarang...
Nampak lebih sihat.
Sebenarnya, kejayaan Aizat menurunkan berat badan beliau memberikan aku semangat yang aku cari-cari untuk menurunkan berat badan aku juga.
Alhamdulillah...aku juga berjaya! Walaupun aku tidak tahu cara Aizat menurunkan berat badan beliau, itu tidak menjadi hal. Aku cuma sekadar mengambil semangatnya...hehe.
Aku dulu-dulu (78 kg)
Gambar sekarang (63kg)
Harap tidak ada yang jealous..huhu..
Sekian.
Readmore...
Auto Scrolling Text
3 comments
Salam...
Aku baru sahaja selesai berjogging pagi tadi apabila jiranku memanggil untuk mengopi di rumah beliau. Sambil pekena kopi kaw cap kapal api, mata aku tertumpu kepada salah seekor kucing beliau yang sedang khusyuk memandang TV. Sekali sekala kucing tersebut menguis-nguis tangannya untuk memegang skrin TV. Rupa-rupanya, cerita (entah movie apa, aku pun tidak tahu) baru sahaja selesai dan TV sedang memaparkan credit untuk para pelakon, pengarah, crew, penaja dan lain-lain lagi.
Pergerakan ke atas perkataan-perkataan dan nama-nama di skrin TV itu membuatkan si kucing agak teruja dan cuba mencapainya...hehe.
Melihatkan perkataan-perkataan yang bergerak ke atas (scrolling) itu, aku teringat akan permintaan Hasny di blog beliau Natural Beauty agar aku membuat tutorial tentang Friend' Links yang terdapat di blog aku ini.
Sebenarnya, banyak website atau blog yang telah memaparkan tutorial bagaimana untuk membuat Scrolling Text. Apa yang dipaparkan mungkin hanya sekadar basic dan terpulang kepada kita untuk membuat sedikit adjustments mengikut citarasa dan kreativiti kita sendiri.
Untuk tidak menghampakan Hasny aku paparkan juga di sini html code yang aku telah adjust dan jadikan widget Friends' Links mengikut citarasa aku.
<marquee direction="up" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" width="100%" height="180">
Best Video Conference
Bicara Hati Si Putera Duyong
Blogshop Paper
Bluedianthus Dot Com
Internet Telephony Voip
Ipad Case Review
Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik dan How To
Podcast Software
Podcasting
<blink>GILANG GUMILAR</blink>
Pencinta Pancing
Puaka Joran
Natural Beauty
</marquee>
Beginilah contoh hasilnya.
Best Video Conference
Bicara Hati Si Putera Duyong
Blogshop Paper
Bluedianthus Dot Com
Love, Like, Live
Internet Telephony Voip
Ipad Case Review
Koleksi Petua, Panduan, Rahsia, Tips, Teknik dan How To
Podcast Software
Podcasting
Video Conference Systems
GILANG GUMILAR
Pencinta Pancing
Zona Indonesia
Puaka Joran
Natural Beauty
Anda copy sahaja code di atas dan paste di html widget. Tukarkan code berwarna biru dan masukkan link yang anda inginkan. Buatlah adjustment untuk border, warna background dan sebagainya mengikut citarasa dan kreativiti anda termasuklah code yang berwarna merah.
Entry ini aku tujukan khas kepada Hasny yang memintanya dan kepada anda yang mungkin ingin tahu juga akan caranya. Jika anda telahpun tahu, anggap sahaja entry ini sebagai refresher.
Sekian.
Readmore...
Ramuan Perkahwinan Bahagia?
0 comments
Salam...
Inginkan perkahwinan yang bahagia? Ada seiapa yang tidak mahu? Apakah tips yang paling mujarab untuk memastkan kebahagiaan berumahtangga? Perlukah kita berkursus untuk itu? Cemburukah kita bila melihat pasangan lain bahagia?
Jom kita baca cerita ini..
Seorang lelaki bertanya kepada bapa mertuanya,
"Ramai orang memuji ayah kerana berjaya dan bahagia di alam perkahwinan. Boleh ayah berkongsi dan bercerita rahsianya?"
Si bapa mertua itu pun menjawab dengan senyuman penuh makna,
"Jangan sesekali memperlekeh, mengomel, mengkritik atau memarahi isteri kamu di atas apa jua kekurangannya atau apabila dia melakukan apa jua kesilapan. Mesti selalu ingat bahawa disebabkan kekurangannya itulah dia tidak dapat mencari atau berjumpa suami yang lagi bagus dari kamu!"
Macam lawak tetapi mendalam maknanya.
Kita biasanya suka dan mengharapkan orang lain menyayangi atau menghormati kita. Ramai juga di antara kita yang takut malu atau dimalukan. Secara amnya, apabila seseorang melakukan kesilapan atau kesalahan dia akan melihat sekitarnya dan cuba mencari alasan atau kambing hitam untuk dipersalahkan. Kita juga sering terlupa apabila kita menuding satu jari kepada seseorang yang lain (menyalahkan orang lain), keempat-empat jari yang lainnya pula menunjuk ke arah kita.
So, morale of the story is, jika inginkan perkahwinan yang bahagia, jangan hanya melihat atau nampak kesalahan atau kekurangan pasangan. Perbetulkan diri di samping menerima kekurangan pasangan itu sebagai sesuatu yang memberikan manafaat bersama. Jika ternampak akan kekurangan pasangan, berusahalah untuk sama-sama memperlengkapkannya.
Entry ringkas ini sekadar ingin berpesan kepada diri sendiri. Sekiranya anda mendapat manafaat, syukur alhamdulillah...
Sekian.
Readmore...
Friday, May 27, 2011
System supports your mission
2 comments
Salam...
Semasa aku bersiap-siap untuk pergi bekerja pagi tadi, mata aku terpandang seekor kucing yang sedang terhendap-hendap untuk menangkap seekor burung murai. Dengan taktik lemah lembut dan perlahan ia menghampiri burung tersebut. Pergerakannya yang amat teratur dan perlahan membuatkan burung tersebut tidak sedar akan kehadirannya...Akhirnya, pagi ini, kucing itu mendapat daging burung sebagai menu sarapan pagi.
Minda aku mula berfikir, kucing itu secara tidak langsung mengajar aku bahawa untuk mencapai sesuatu matlamat, aku perlu mempunyai taktik dan teknik serta tindakan yang teratur (atau diatur) yang sesuai. Sekiranya kucing itu dengan selamba berjalan ke arah burung tersebut atau dengan mengejarnya secara tergesa-gesa, aku pasti ia tidak mungkin bermenukan burung untuk sarapan paginya.
Begitu juga dengan misi syarikat dan/atau yang mungkin lebih utama iaitu misi hidup, perlukan system yang merangkumi proses-proses, polisi-polisi serta prosedur-prosedur yang tertentu untuk diguna-pakai atau dipatuhi.
Entry ringkas ini sekadar mencuit minda untuk kita sama-sama berfikir tentang kaitan dan pengaruh system di dalam pencapaian misi-misi tertentu.
Entry yang panjang berjela berlandaskan platform yang sama akan menyusul nanti. Tungguuuuu..hehe.
Sekian.
Readmore...
Thursday, May 26, 2011
Salahkah Takdir?
10 comments
Salam...
Aku baru sahaja pulang dari sebuah klinik pergigian untk membuat sedikit adjustment terhadap gigi aku ini (hehehe...ada ka?). Sebenarnya, malam tadi ketika aku makan, aku tergeget tulang ayam yang agak keras dan akibatnya gigi aku retak dan sebahagiannya pecah. Doktor gigi telah membuat tampalan memperbetulkan kembali gigi aku yang sumbing itu. Nampak lagi cantek dari sebelumnya...hehe. Selepas ini, bolehlah aku bergambar sambil menyeringai..huhu.
Semasa memandu pulang tadi, ada juga aku terfikir, adakah aku ditakdirkan tergeget tulang yang keras itu supaya aku pergi ke klinik gigi untuk mempercantekkan lagi gigi aku?...hmmmm.
Aku juga teringat perbualan aku dengan seorang kenalan di tempat kerja lama aku dahulu. Perbualan kami berkisar tentang nasib diri masing-masing yang pada ketika itu agak sedikit goyah kerana satu negara dilanda kemelesetan ekonomi.
"Aku sedih la bro sebab sampai sekarang hidup aku tidak juga mewah berbanding rakan-rakan sebaya aku yang lainnya."
Engkau hendak hidup mewah yang macamana bro?
"Bukanlah hendak terlalu mewah. Sekurang-kurangnya biarlah berduit dan aku dapat mengerjakan haji dan umrah beberapa kali setahun. Agaknya Takdir dah tentukan hidup aku memang begini"
Janganlah mengeluh begitu bro. Tak baik. Seolah-olah engkau menyalahkan qada' dan qadar dari Tuhan yang menyebabkan hidup engkau begini.
"Aku tidaklah menyalahkan Tuhan. Maksud aku Takdir aku telahpun ditentukan dan tertulis di Lok mahfuz."
Itu samalah juga dengan menyalahkan Tuhan bro.
"Maksud engkau?"
Engkau ingat lagi tak, hari itu engkau ada berkata "Itu semua sudah takdir. Mungkin ada sebab aku terlupa. Mungkin juga ada malapetaka yang akan menimpa aku kalau aku pergi ke sana!" bilamana engkau terlupa membawa kunci ATM.
Pada masa itu, aku tidak mahu menegur sebab engkau tengah marah.
"Salah ke kata-kata aku tu?"
Begini bro. Pelupa memanglah salah satu daripada sifat manusia yang diberikan oleh Allah s.w.t. tetapi Allah juga, samada melalui kata-kata Rasulnya (hadith-hadith), ada memberikan kita cara-cara untuk mengelakkan kita supaya tidak lupa.
"Jangan makan semut contohnya?"
Begitulah..itu sekadar contoh sahaja. Dan kita sebagai manusia perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkan diri kita dari terlupa. Sebab itu, kita perlu membuat persediaan secukupnya sebelum melakukan tugasan. Persediaan berupaya mengelakkan kita dari terlupa.
"Jika aku terlupa juga, bukankah itu sudah ditakdirkan?"
Begini bro. Takdir ada 2 jenis iaitu Takdir Mubram dan Takdir Mu'allaq.
Takdir Mubram ialah qada' dan qadar (ketetapan dari Tuhan) yang tidak dapat dielakkan. Ia pasti terjadi pada diri kita dan kita pula tidak mempunyai kesempatan atau ikhtiar untuk memilihnya. Contohnya seperti hari kiamat dan mati.
Manakala, Takdir Mu'allaq pula ialah qada' dan qadar yang bergantung pada ikhtiar dan usaha mengikut kemampuan yang ada pada kita. Dalam menghadapi takdir ini kita perlu memohon kepada Allah (berdoa), wajib berikhtiar atau berusaha mengikut kemampuan demi mengubah keadaan supaya menjadi lebih baik buat diri kita. Soal samada berhasil atau tidak, itu bergantung kepada kehendak Allah s.w.t.
"Ohh..baru aku tahu bro."
Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya engkau sudah tahu sekarang. So, lepas ini jangan selalu mengeluh. Jangan sesuka-hati menyalahkan Takdir. Memang kita dituntut untuk percaya dengan qada' dan qadar tetapi pada masa yang sama Allah juga ada berfirman yang maksudnya
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu mengubah keadaan (nasib) mereka sendiri.
Surah Ar-Rad : ayat 11
Jom kita lihat contoh-contoh berikut:
Situasi 1, engkau lapar sebab terkurung di dalam satu bilik yang terkunci dan engkau langsung tidak dapat keluar sehinggalah ada orang yang menyelamatkan engkau. Manakala situasi 2, engkau lapar kerana menangguhkan makan akibat kerja yang menimbun sedangkan makanan telah ada tersedia di atas meja.
"Lapar dalam situasi 1 itu adalah Takdir Mubram, manakala, lapar dalam situasi 2 pula Takdir Mu'allaq kerana sendiri yang tidak mahu makan."
Betul tu bro. Aku rasa engkau dah faham sekarang.
So, daripada kita asyik hanya mengeluh sahaja, marilah kita perbanyakkan doa memohon pertolongan dan ehsan dari Tuhan di samping berusaha dan berikhtiar untuk memperbaiki diri kita. Jika segalanya telah kita buat (berdoa dan berusaha) tetapi masih lagi tidak berjaya mengubah keadaan kita, janganlah pula rasa putus asa dan mengeluh kerana kita juga wajib bertawakkal menerima apa jua kehendak Allah s.w.t
Tawakkal bermaksud menerima dengan redha segala yang telah Allah kurniakan. Tawakkal juga menyakini hikmah di sebalik semua yang terjadi. Ada sebab kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita yang tentunya untuk kebaikan kita. Dengan tawakkal juga, kita tidak akan merasa terlalu kecewa apabila Allah tidak mengabulkan doa kita kerana kita telah yakin akan hikmah di sebalik semuanya.
Begitulah nasihat aku kepada rakanku itu dan ianya sentiasa bermain di kepala aku. Actually, ianya untuk aku juga.
Sekiranya anda membaca entry ini dan mendapat manafaat, syukur alhamdulillah...
Sekian.
Readmore...
Wednesday, May 25, 2011
My Blog Is Too Heavy?
5 comments
Salam...
Pagi tadi selepas berjogging aku menimbang berat badan aku sekali lagi dan jarum penunjuk berat menunjukkan ke angka 62kg. Adakah itu berat badanku yang ideal? Sudah lama juga berat badan aku berada di angka tersebut.
Aku bersyukur kerana dapat juga menurunkan dan maintain berat badan aku di angka tersebut. Banyak manafaatnya berbadan kurus sebegini berbanding dahulu (85kg) dan sering merasa tidak cukup nafas serta malas untuk bergerak. Banyak aktiviti aku sekadar berlengkar di atas katil atau di hadapan TV...ish, ish, ish.
Sekurang-kurangnya aku rasa lebih sihat dan tidak sering dilanda masalah kesakitan kaki sepertimana dahulu. Dahulu aku sering pergi ke kedai urut kaki refleksologi, tetapi, sekarang ini aku sudah lama tidak berbuat demikian kerana tiada lagi masalah yang sama.
Di dalam kesibukan aku menjaga berat badanku, aku terlupa satu perkara penting yang juga berkaitan dengan berat sehinggalah aku menerima teguran dari rakan-rakan blogger melalui e-mail. Berat blog aku kini semakin membusut! Ayoooo!!.. Ramai rakan-rakan yang complain bahawa blog aku mengambil masa yang lama untuk loading!!
Betul ke?
Untuk kepastian, aku telah menggunakan alat penimbang berat blog (online) WebSiteOptimization.com dan website tersebut telah mengesahkan bahawa blog aku sememangnya berat...adoi ai! Untuk keterangan lanjut tentang alat penimbang blog ini, anda boleh juga membaca entry aku yang dahulu bertajuk "Speed Up Your Blog Part 2".
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang lelemak di badan blog aku itu tetapi yang aku lebih fokus untuk membuat adjustment ialah links yang aku letakkan di widget Friends' Banners aku itu.
Kalau tidak silap aku, terdapat 62 image banner yang telah aku letakkan di situ. Sememangnya terlalu banyak dan sudah tentu memberi kesan ke atas masa page loading. No wonder ramai blogger yang membuat page atau website khas untuk meletakkan banner rakan-rakan mereka.
Kenapa pula aku tidak berbuat demikian?
Aku suka tengok banner kawan-kawan bergerak (scrolling) di bahagian atas blog aku ini. Nampak cantik. Sayang pula untuk disumbatkan ke tempat lain. Walaubagaimanapun, banner tu cuma appear di Home page sahaja dan tidak akan kelihatan di page lain ataupun di post page.
So, apa yang aku telah buat?
Aku telah download hampir kesemua banner-banner tersebut dan kemudiannya upload ke dalam blog aku sebagai test entry. Then, aku copy link baru yang di berikan untuk menggantikan link asal. Kelebihannya ialah blog aku tidak akan bergantung kepada server atau host tempat lain untuk loading (berbanding sebelumnya). Dengan sedikit adjustments seperti image size dan html code, aku paparkan kembali banner-banner tersebut di tempat widget asalnya.
Memang banyak perubahan dari segi masa untuk page loading. Lebih cepat berbanding sebelumnya.
Aku masih lagi ingin membuat adjustment cuma mungkin bukan sekarang.
Pada masa yang sama, aku ingin memohon maaf kepada rakan-rakan blogger yang telah aku ambil banner blognya jika sekiranya saiz banner anda yang aku paparkan di sini tidak menepati saiz asalnya. Aku cuma membuat anggaran sahaja.
Aku juga ingin memohon maaf kiranya terdapat banner-banner anda yang telah hilang (tidak dipaparkan di sini) walaupun sebelum ini ia wujud. Mungkin semasa aku upload banner-banner tersebut ada yang tertinggal. Maklumlah, semuanya aku buat secara manual.
Jika sudi, inform aku supaya aku boleh membuat adjustment yang perlu atau meletakkan banner itu kembali.
Sekian.
Readmore...
Kucing Suka Aku?
2 comments
Salam...
Apa khabar rakan-rakan semua? Sihat? Aku sihat wal-afiat. Alhamdulillah, demam aku sudah kebah sepenuhnya, cuma, aku masih lagi postpone untuk berjogging jauh-jauh seperti sebelumnya. Sekadar 3km sehari untuk keluarkan peluh, aku rasa lebih dari cukup bagi orang yang baru pulih dari demam seperti aku ini.. (alasan)..hehe.
Seperti biasa, bila aku pulang ke rumah selepas berjogging, kucing kuning merah itu akan menyambut aku. Ia akan berdiri dengan 2 kakinya untuk mencium tangan aku.
Aku tidak tahu siapakah tuan punya kucing tersebut tetapi seolah-olah aku pula yang menjadi tuannya dan ia terlalu manja dengan aku.
Sejak dari kecil lagi aku memang sukakan kucing. Selalu bercakap-cakap dengan kucing. Selalu tidur dengan kucing dan kebiasaannya kucing tidur di atas perut aku. Selalu mengajuk-ajuk bunyi kucing, malah, bunyi kucing bergaduh atau marah juga aku tahu membunyikannya..idea baik untuk tunjuk yang kita marah kat ia..huhu.
Aku pernah menangis (masa kecil laaa..) kerana kucing kesayangan aku mati. Jenis kucing hutan dan bulunya seperti harimau akar...cantik! Pada mulanya, aku ingatkan memang harimau. Kalau sesiapa datang ke rumah aku pada masa itu, pasti ingat itu memang harimau akar. Yang paling aku suka, kucing itu akan menjaga rumah bila kami sekeluarga keluar.
Tetapi, itu dahulu. Selepas berkahwin dan mempunyai anak, aku tidaklah lagi sering tidur dengan kucing. Malah, di rumah (di dalam rumah) aku tiada kucing. Jika dahulu di rumah aku ada berbelas ekor kucing, sekarang ini tidak terlintas untuk membelanya sebab orang rumah aku tidak suka kucing..allergic..hmmm.
Walaubagaimanapun, aku tetap sukakan kucing dan selalu menyapa, mengusap dan bergurau dengan kucing jiranku yang sering bertandang ke halaman rumahku terutamanya kucing kuning merah ini.. Suka sangat dia datang dan peluk kaki aku...ish, ish, ish...
Aku sendiri tidak tahu kenapa kucing itu suka bebenor dengan aku.
Mungkinkah sebab aku sukakan kucing, maka kucing juga sukakan aku?
Entahlah..
Nanti aku tanya kucing tu...huhu.
Sekian.
Readmore...
Tuesday, May 24, 2011
Focus on your own job!
6 comments
Salam...
Ketika aku mula mencoret entry ini jam sudah menunjukkan jam 2.15 pagi. Mata aku masih lagi bulat sukar untuk tidur. Banyak perkara bersarang di kepala aku. Demam aku walaupun sudah berada di penghujungnya, masih bersisa dan kadang-kala temperature seakan menaik juga.
Di dalam situasi seram-seram sejuk begini, aku teringat dengan peristiwa yang berlaku ketika aku bertugas di syarikat lama aku dahulu. Sepatutnya, aku lupakan sahaja cerita lama itu tetapi kejadian yang menimpa isteriku membuatkan ingatanku semakin jelas terbayang.
Pernahkah anda rasa terganggu dengan sikap segelintir pekerja yang suka menjaga tepi kain orang?
Apa yang aku maksudkan di entry ini bukanlah tentang sikap mereka yang suka menjaja atau bercerita tentang perkara-perkara personal tetapi lebih kepada sesuatu yang melibatkan pekerjaan atau tugasan anda di pejabat.
Bagi sesebuah organisasi atau syarikat yang besar (atau mungkin syarikat kecil juga ada), pembahagian tugas-tugas di asingkan mengikut jabatan, seksyen atau unit masing-masing. Tujuan utama pembahagian tersebut adalah untuk memastikan setiap pekerja fokus kepada tugasan masing-masing di samping mengelakkan pertindanan kerja.
Ada juga jabatan, seksyen atau unit ditubuhkan atas tujuan segregation of work dan memastikan sesuatu yang Private and Confidential terjaga. Sebagai contoh, di sesebuah bank, pekerja di unit account (bahagian perakaunan) tidak dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja operasi bagi mengelakkan wujudnya elemen-elemen fraud.
Jika, telah diwujudkan jabatan-jabatan, seksyen-seksyen atau unit-unit untuk tugasan-tugasan tertentu, kenapa pula ada segelintir pekerja yang sibuk untuk mengambil tahu atau mengganggu kerja-kerja di jabatan, seksyen atau unit lain? Inilah manusia dan amat sinonim dengan masyarakat kita di Malaysia ini yang suka mengambil tahu akan kerja-kerja orang lain walaupun ianya tidak berkaitan dengan kerja mereka sendiri. Bukan aku ingin mengutuk bangsa sendiri tetapi itulah fakta dan kenyataannya.
Berbeza dengan pekerja-pekerja di luar negara, seperti Amerika Syarikat misalnya, mereka lebih memusatkan tumpuan kepada tugasan khas mereka. Malah jika kita cuba melakukan tugasan orang lain, walaupun kita tahu akan tugasan tersebut, kita akan ditegur. Dengan secara tidak langsung, ini dapat memastikan setiap pekerja akan sentiasa fokus dan kualiti hasil kerja mereka terjamin di samping mewujudkan sikap ownership terhadap tugasan masing-masing. Kecualilah jika pekerja tersebut memang ditugaskan untuk belajar, membantu atau telah di"seconded" untuk bertugas di jabatan, seksyen atau unit tersebut.
Adakah aku marah jika melihatkan kejadian di mana pekerja dari sesebuah jabatan menyibuk di sebuah jabatan yang lain?
Tidaklah marah, cuma, aku kurang berkenan kerana ianya mungkin boleh mewujudkan situasi atau suasana kurang senang di kalangan pekerja di mana jabatan mereka di cerobohi (maaf jika perkataan ini agak kasar). Lebih-lebih lagi jika jabatan si penceroboh itu sendiri bermasalah.
Kenapa perlu menyibuk di jabatan orang lain sedangkan tugasan di jabatan sendiri perlu lebih difokuskan?
Pandangan negatif aku tentang ini ialah dia ingin menunjukkan bahawa dialah orang yang paling berkaliber di syarikat tersebut. Boleh dicampakkan ke mana sahaja di mana-mana jabatan di syarikat tersebut atau dalam perkataan lainnya "dispensable".
Bukankah itu bagus bagi seseorang pekerja?
Pada pendapat aku, bagus atau tidaknya seseorang pekerja tersebut bukanlah bergantung semata-mata kepada kebolehannya melakukan tugasan di luar skop pekerjaannya sahaja, tetapi khusus kepada penghasilan kerja yang berkualiti (tanpa kesilapan atau kekhilafan), mengikut peraturan dan peruntukan tertentu (menepati piawaian yang ditetapkan atau dikehendaki), serta perlaksanaan yang mengikut masa yang diingini.
Buat apalah ada pekerja yang sibuk melakukan tugasan di luar skop pekerjaannya tetapi pada masa yang sama kerjanya yang utama terabai serta bermasalah? Jika dia hanya bagus melakukan kerja-kerja orang lain, tukarkan sahaja potfolionya atau jabatannya agar melakukan tugasan yang dia sibukkan itu.
Berdasarkan pengalaman aku, pengalaman rakan-rakanku, malah pengalaman isteriku sendiri, terdapat juga segelintir manusia yang berbuat begitu kerana mempunyai niat yang kurang baik terhadap orang lain atau jabatan lain.
Aku pernah berjumpa dan bertugas bersama-sama seorang pengurus yang suka menonjolkan diri sebagai seorang yang terlalu bagus. Sering melakukan tugasan melebihi skop pengurusannya atau dalam kata lain memasuki skop pengurusan seorang pengurus yang lain. Ada sahaja salah dan silap yang dilihatnya dan yang paling aku tidak suka ialah sikapnya yang suka mengadu domba kepada pihak atasan untuk menegur pengurus jabatan lain tersebut yang kononnya tidak cekap di dalam kerja-kerja pengurusannya. Seperti biasalah, tindakannya itu memang memberikan kesan negatif. Walhal, jika diteliti, banyak juga isu-isu yang timbul akibat kekhilafan pekerja-pekerja di bawah pengurusannya, tetapi tidak pula digembar-gemburkan.
Jika inginkan kuasa yang lebih atau skop pengurusan yang lebih besar atau inginkan pangkat yang lebih tinggi, kenapa perlu memijak kepala atau menganiaya orang lain?
Ada orang menganggap ini adalah situasi biasa yang sering dikaitkan dengan politik pejabat. Bagaimanapun, aku berfikiran sebaliknya. Politik pejabat dapat dilihat kewujudannya bilamana terdapat 2 atau lebih puak yang berebutkan kekuasaan di dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Aku berpendapat, kita masih lagi dapat membendung gejala negatif politik pejabat dengan cara-cara tertentu. Sila lihat atau baca kembali coretan aku di post yang lalu bertajuk Politik Pejabat Memusnahkan Kerjaya.
Salahkah menegur pengurus lain yang tidak effisien dengan kerjanya?
Memang tidak salah. cuma, caranya perlulah betul. Tetapi sebelum itu, perlu juga melihat diri sendiri samada benar-benar perfect sebelum mencuba untuk memperbetulkan orang lain. Kalau sekadar mengata serta menuduh orang itu tidak betul atau orang ini tidak bagus tetapi tidak pula memberikan cadangan yang bernas bagaimanakah melakukan sesuatu dengan betul atau bagus, lebih elok mendiamkan diri dan fokus kepada tugasan sendiri sahaja.
Pernah juga aku melihat dan mendengar cerita tentang seorang pengurus yang bertindak mengambil-alih tugasan pengurus lain tanpa disuruh atau arahan pengurusan atasan, dan melakukan tugasan tersebut dengan baik. Akibatnya, pengurus yang dirampas tugasannya itu menerima hukuman dari pihak pengurusan atasan dengan alasan gagal melakukan tugas berbanding si perampas yang kononnya melakukannya dengan cemerlang. Persoalannya, benarkah jika si pengurus asal itu melakukan tugasan yang sama akan gagal? Ada kemungkinan juga dia akan menghasilkan sesuatu yang sama keputusannya dengan hasil kerja si perampas ataupun mungkin juga lebih baik lagi.
Kenapakah aku agak pissed-off dengan sikap manusia yang sebegini?
Aku tidaklah marah sehingga beranggapan manusia penyibuk sebegini perlu dibuang daripada syarikat. Aku cuma risau, akan adanya elemen-elemen penganiayaan terhadap pekerja-pekerja lain jika perangainya itu diteruskan. Aku risau, jika wujud penganiayaan, maka akan wujud juga natijah-natijah yang tidak elok berlaku terhadap syarikat. Aku pernah mencoret tentang aniaya di SINI dan di SINI.
Jika kita menganiaya orang lain dengan terang-terangan dan niat yang jelas, kita mungkin akan lebih mudah untuk memohon ampun dan maaf kepada orang yang kita aniaya. Tetapi, jika kita berbuat aniaya terhadap orang lain tanpa kita sedari, kemungkinan besar kita langsung tidak memohon keampunan dan kemaafan daripada orang yang teraniaya itu (kerana tidak tahu) dan sesungguhnya hukuman Tuhan amat berat bagi orang yang berbuat aniaya.
Sekian.
Readmore...
Monday, May 23, 2011
Auto Scrolling Image Banners
3 comments
Salam...
Aku sudah semakin pulih dari demam panas. Belum kebah sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya aku tidaklah hanya berbaring di katil. Aku sudah boleh melakukan kerja-kerja rutin seperti biasa walaupun terpaksa meneruskan pengambilan ubat antibiotik.
Untuk post kali ini, aku akan memaparkan teknik untuk membuat Auto Scrolling Image sepertimana yang terdapat di blog aku ini (Friends' Banners dan Artikel Menarik).
Aku bukanlah seorang yang pakar, cuma sekadar ingin berkongsi dan memanjangkan ilmu yang dihasilkan oleh orang lain. Mungkin ada di antara anda yang masih belum tahu lagi walaupun terdapat banyak blog-blog tutorial yang telah memaparkan maklumat yang sama.
Maklumat ini juga sebagai memenuhi permintaan beberapa orang rakan blogger yang inginkannya termasuklah bro Pembawa Wacana dari http://wacanaku2009.blogspot.com/
create your own banner at mybannermaker.com!
Di bawah ini aku paparkan html kodnya untuk anda copy...
Letakkan link image atau link banner di sini
Anda boleh meletakkannya di bahagian sidebar sebagai widget atau jika ingin meletakkannya di atas post, anda perlu membuat sedikit adjustment untuk keterampilannya.
Untuk mempercepat atau memperlahankan pergerakan scrolling anda perlu ubah angka 2 (warna merah). Manakala image atau banner (link image dan href link berkaitan) di letakkan menggantikan text berwarna biru.
Orait! Aku harap anda faham..hehe.
Kepada anda yang telahpun tahu, anggap sahaja entry ini sebagai refresher post.
Sekian.
P/s:  Jangan letak di dalam post otherwise ia akan memanjang ke bawah!
P/s 2: Kalau banner yg ada (br/) atau (center) kena buang (br/) dan (center) tu yer
Readmore...
Sunday, May 22, 2011
Aku Demam
5 comments
Salam...
Apa khabar anda semua? Sihat? Alhamdulillah...
Aku pula sebaliknya. Badan rasa seram sejuk dan ada sedikit temperature. Mungkin selepas berhujan semalam dan aku pula delay untuk mandi selepas itu. Kadang-kadang tu, badan menggigil semacam kerana kesejukan walaupun temperature aku agak tinggi...
Dalam demam-demam begini aku sering teringat akan satu entry yang pernah aku coretkan di blog aku ini bertajuk "Wasilah Amal". Aku berharap dan berdoa agar sakit atau demam yang aku alami ini merupakan balasan ke atas dosaku yang aku perlu bayar di dunia dan mengelakkan aku terseksa lebih teruk di akhirat kelak. Ataupun juga, Allah ingin memberikan aku sesuatu yang lebih baik yang mungkin amat aku perlukan pada masa hadapan...Amin.
Maaflah jika entry ini tidak mendatangkan apa-apa manafaaat kepada anda yang membacanya.
Cuma, sekadar ingin berpesan-pesan kepada diri sendiri, keluarga dan anda semua, agar berhati-hati ketika musim hujan dan panas yang tidak menentu pada ketika ini yang memungkinkan merebaknya virus-virus yang boleh mengakibatkan demam panas atau sekurang-kurangnya demam selesema.
Di samping kita berdoa kepada Tuhan agar sentiasa sihat wal-afiat, kita juga perlu berikhtiar dan berusaha untuk memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga. Jika demam, bersegeralah untuk pergi ke klinik atau hospital dan dapatkan nasihat doktor serta mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Jika sudah sembuh, perbanyakkanlah memanjatkan kesyukuran kepadaNya.
Di samping itu, ingatlah juga kepada insan-insan yang membantu anda ketika sedang sakit. Mungkin bantuannya tidaklah seberapa, tetapi, tidak salah kiranya menghargai mereka walau hanya sekadar mengucapkan terima kasih atau memberikan senyuman ikhlas. Tetapi, jika anda adalah seorang isteri dan orang itu pula adalah suami anda, maka wajiblah anda berterima kasih kepadanya dan mendapatkan keredhaannya.
Orait!!..Masa untuk makan ubat..hehe..
Sekian.
Readmore...
Saturday, May 21, 2011
Be Careful Using English Words Part 2
4 comments
Salam...
Coretan aku semalam tentang perkataan "member" banyak mendapat response dari para pelawat blog aku ini. Terima kasih semua kerana sudi singgah dan membaca entry aku itu. Jika anda masih belum membacanya atau ingin membacanya sekali lagi sila click di SINI. Terus terang, aku masih lagi di dalam mood ketawa dengan cerita si pengurus yang tersalah sebut perkataan "member" instead of "friends" itu..hehe.
Sekali lagi aku ingin menjelaskan bahawa, makna lain untuk "member" selain "ahli" ialah "male or female sex organ"!.
Jadi, untuk memanjangkan lagi mood ketawa, tersengih dan tersenyummmmmmmmm itu, aku paparkan di sini ayat-ayat yang boleh melucahkan maknanya..huhu.
Aku tertinggal member aku kat LRT
Aku main bola dengan member aku
Seronok betul main dengan member aku
Member engkau tak suka main bola ke?
Tadi, aku jumpa member engkau tepi jalan.
Besar jugak member engkau tu ye?
Bawa la member engkau sekali.
Member engkau ada handphone?
Suruh member engkau tunggu, sekejap lagi aku sampai.
Member engkau tu buta ke?
Member engkau pandai bawa kereta tak?
Engkau tinggal je member engkau tu, esok kita ambil.
Tak baik main-main kepala member engkau tu.
Aku sayang kat member aku tu.
Member aku pandai buat bunyi macam tu.
Member engkau lawan member aku, siapa lagi kuat?
Member engkau tu senyap je, kenapa?
Mentang-mentang engkau bawa member, berani lah.
Kenapa member engkau tu menggigil je?
Suruh member engkau telefon aku.
Ajaklah member engkau masuk.
Macam hilang akal je member engkau tu?
Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat yang boleh dijadikan contoh cuma aku sendiri yang rasa malu untuk menulisnya. Kalau anda tiada rasa malu bolehlah tulis di ruangan komen...hehehe.
Nasihat 1 sen aku, fahamilah betul-betul makna serta penggunaan sesuatu perkataan sebelum ianya digunakan. Walaupun adakalanya perkataan tersebut merupakan perkataan yang biasa digunakan di dalam bahasa pertuturan kita, tidak semestinya ianya memberikan makna yang sama jika diolah dengan ayat-ayat formal.
Sebelum ini, aku pernah juga mencoret tentang ini di entry yang bertajuk "Fahami Bahasa Inggeris". Jika anda ingin meneruskan senyuman panjang anda itu, sila click link tersebut atau di SINI.
Sekian...senyummmmmmmmmmmmm...
Readmore...
Friday, May 20, 2011
Be Careful using english words
20 comments
Salam...
Aku coretkan entry ini sekadar ingin menegur sesetengah orang yang suka berlagak apabila ingin menonjolkan diri. Tidak salah untuk membuktikan bahawa kita bagus di dalam sesuatu bidang tetapi biarlah berpada-pada dan tidak terlalu bongkak atau sombong hingga membuatkan ramai orang meluat dengan perangai kita. Bukankah lebih elok jika kita mengikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Coretan ini bukanlah sesuatu yang berat dan beremosi panas tetapi sebaliknya untuk kita sama-sama belajar dan akhirnya tersenyummmmmmmm...atau ketawaaaaaaa!!!
Beberapa hari lepas. aku menghadiri satu seminar tentang New Approach in Business Strategy di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur ini. Ramai juga yang hadir termasuklah orang "Mat Salleh" dari beberapa negara luar.
Semasa break aku duduk semeja dengan seorang pengurus dari sebuah syarikat Kawalan Keselamatan dan beberapa peserta seminar yang datangnya dari New Zealand, England dan seorang lagi dari Finland.
Aku perhatikan pengurus syarikat kawalan keselamatan tersebut (seorang Melayu) begitu teruja dapat duduk dan berbual-bual dengan mereka. Dia banyak bercerita tentang pengetahuannya di dalam selok-belok Marketing dan Business Development. Cuma, kadang-kadang aku rasa dia exaggerating dan agak berlagak terutamanya kepada aku. Ye lah, aku cuma duduk diam membisu dan seolah-olah aku ini seorang newbie di dalam hal-hal seperti itu. Dia bukan main seronok lagi bercerita (dalam bahasa Inggeris) hinggakan mat salleh-mat salleh tersebut seolah-olah tiada peluang untuk berkata-kata..hehe.
Mungkin kerana bosan, salah seorang dari Mat Salleh itu mengubah topik dengan bercerita tentang lawatan beliau ke Koh Samui di Thailand.
Aku fikir, pengurus tersebut akan duduk diam-diam sahaja, tetapi lain pula jadinya. Dia juga mahu bercerita tentang pengalamannya di sana. Aku tidak sure samada dia pernah ke sana.
"So, you've been there also. It's such a nice place for vacation. I really enjoyed its tranquility and beautiful scenery and I really liked swimming there. How about you?"
Dan dengan bangganya pengurus itu menjawab.
"Yeah.I don't really like swimming, so, I just played with my member on the beach!"
Mata aku buntang mendengar kata-katanya. Aku faham apa yang dimaksudkannya iaitu bermain-main dengan rakan-rakannya yang turut serta dalam percutian itu...
Mat Salleh-mat Salleh itu juga ternganga. Mereka berpandangan sesama mereka dan kemudiannya tertawa.
Semasa ingin masuk kembali ke dalam dewan seminar, pengurus tersebut bertanya kepada aku, kenapa Mat Salleh-Mat Salleh itu tertawa? Dengan tersenyum aku berkata, nanti bila ada peluang pergi cari dictionary dan tengok apa makna member!
Untuk pengetahuan anda yang mungkin tidak tahu, selain daripada bermaksud "ahli" (mengikut clause atau ayat-ayat tertentu), member juga bererti "Male or female sex organ".
So, apakah makna "played with my member"?
Anda fikirkanlah sendiri...huhu.
Sekian.
Readmore...
My Ten Most viewed Articles
0 comments
Salam...
Petang semalam, hujan turun dengan lebatnya membuatkan aku agak bosan kerana tidak dapat melakukan senaman rutinku iaitu berjogging dan brisk walking. Hendak menonton Astro, message "Service Currently Not Available" pula yang terpapar. Entah berapa kali aku tersengguk dan tertidur sementara menunggu waktu.
Untuk mengelakkan aku tertidur di waktu senja yang mungkin boleh menyebabkan aku "mewarisi penyakit gila" (kata orang tua-tua) jika tidur waktu senja, aku capai lappy aku dan cuba mencoret sesuatu di blog aku ini.
Hasilnya...
Aku paparkan di sini 10 artikel atau entry aku yang paling banyak dibaca atau menerima hits dari para pelawat dari mula-mula aku berblogging (May 2010) hinggalah sekarang.
1.   RE-ORGANIZING THE COMPANY
Satu artikel yang menyentuh tentang aspek Pengurusan dan hala-tuju sesebuah syarikat yang melakukan rombakan carta organisasi. Di dalam artikel ini aku memberikan sedikit penjelasan apakah makna Re-organize serta beberapa cadangan sebelum melakukan perubahan tersebut. Entry yang pada mulanya aku jangkakan tiada sambutan dari pembaca kerana agak berat ke arah pengurusan sesebuah organisasi atau syarikat.
2.   CARA-CARA MENGHILANGKAN MENGANTUK
Tujuan aku post entry ini sebenarnya sekadar ingin membuatkan pembaca tersenyum melihat paparan animasi gif yang bagi aku agak menarik dan mengundang senyuman.
3.   NAFSU SEKS SUAMI ATAU ISTERI LEBIH KUAT?
Ianya seperti suatu entry panas atau 18sx tetapi sebenarnya tidaklah sedemikian rupa. Aku kupas tentangnya sedikit dan disulami dengan elemen-elemen nasihat. Mungkinkah tajuknya yang mengundang pelawat membaca entry ini dan selepas entry ini terpapar, cepat-cepat pula menutupnya? Entahlah...
4.   CARA-CARA MENULIS S.O.P.
Artikel ini aku memberikan tutorial asas bagaimana ingin membuat Standard Operating Procedures (S.O.P.). Aku coretkan beberapa kandungan asas yang mesti ada di dalam setiap sesebuah manual atau S.O.P. Ada kemungkinan besar entry ini dibaca oleh pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dengan tugas penulisan Policy and Procedures. Aku juga mengandaikan bekas-bekas staff aku yang sering membacanya.
5.   TIPS TO HAVE A BAD BLOG
Asalnya, aku ingin menulis tentang tips untuk menjadikan sebuah blog yang baik serta menarik ramai pengunjung. Tips tersebut banyak dan boleh didapati di website-website tertentu dan agak famous. Oleh kerana tips seperti itu sudah selalu kita baca, aku mencuba sesuatu yang berlainan pula dengan memberikan sesuatu yang berlawanan agar kita sama-sama berfikir dan mengelak melakukannya. Aku paparkan coretan aku itu dengan bersahaja dan sedikit lawak supaya para pembaca terhibur dan dapat menerima mesej yang aku cuba sampaikan.
6.   BILA TIADA BARU DIKENANG
Ini coretan something yang personal. Aku rasa ramai juga yang mengalaminya, Bukan bertujuan untuk mengungkit tetapi sekadar ingin menegur segelintir manusia yang kurang mahu appreciate apa yang mereka telah ada atau perolehi.
7.   GAMBAR LUNA DAN ARIEL
Masa ni, memang tengah kecoh kisah Ariel dan video seksnya dengan beberapa wanita. Sebenarnya, tujuan utama aku ialah untuk apply satu javascript yang boleh menukar gambar-gambar dengan hanya click link yang dipaparkan. Ianya untuk simpanan aku. Oleh kerana kisah Ariel dan Luna ini memang tengah panas, maka, ramailah pelawat yang menjenguk entry ini dan tidak sabar-sabar untuk melihat gambar Ariel dan Luna tersebut...hehe.
8.   POLITIK PEJABAT MEMUSNAHKAN KERJAYA?
Satu entry dengan topik yang agak heavy. Isu politik pejabat memang sering diperkatakan dan ditulis di blog atau website tertentu. Entry ini mengupas dan merungkai tentang bagaimana cara untuk survive di dalam sesebuah syarikat atau organisasi di mana politik pejabat mungkin wujud dan menyusahkan sesetengah pekerja. Aku tidak pasti di manakah kekuatan sebenar entry ini hinggakan ada syarikat yang berminat untuk membelinya (setelah aku translate ke bahasa Inggeris).
9.   BLOG AKU, AKU YANG PUNYA
Ini entry luahan hati aku setelah menerima e-mail yang agak pedas mengutuk blog aku ini dan isi-kandungannya. Mungkin kerana tidak faham ataupun juga tidak tahu genre sesebuah blog, maka si pengirim e-mail sesuka hati menasihati aku melalui e-mail. Basically, entry ini menerangkan tentang jenis-jenis blog. Secara indirectly, aku juga mengajar si pengirim e-mail agar menghormati si pemilik blog dan tulisannya. Suka atau tidak dengan sesuatu artikel atau kesemua artikel-artikel yang ada di blog tersebut, kita tiada hak untuk menegah si pemilik blog dari menulisnya. It's purely his/her rights!
10. BAHASA AKU KURANG AJAR
Ini satu lagi coretan beremosi setelah aku menerima e-mail yang mengutuk penggunaan gantinama diri di blog aku yang terdahulu. Penggunaan gantinama seperti "engkorang", "diorang", "korang" dan sebagainya, rupa-rupanya dibenci oleh sesetengah orang. Oleh kerana ramai blogger yang menggunakan perkataan-perkataan yang serupa, aku paparkan di entry ini sekadar meminta pandangan ikhlas dari pembaca (yang juga blogger).
Page ABOUT ME juga mendapat hits yang agak tinggi. Mungkin ramai yang ingin tahu lebih lanjut tentang aku. Atau mungkin juga ada wakil-wakil syarikat tertentu yang berminat dengan penulisanku dan ingin berhubungan denganku. Oleh itu, aku telah mengambil kesempatan dengan memaparkan sebahagian Resume aku di page tersebut...huhu.
Orait!...Itu sahaja untuk aku melalut kali ini. Kepada yang berminat untuk membaca, silakan klik link-link atau gambar-gambar atau banner-banner yang berkaitan.
Sekian.
Readmore...
Thursday, May 19, 2011
Men Don't Cry?
3 comments
Salam...
Pernahkah anda menangis? Kenapa anda menangis? Bagaimanakah perasaan anda semasa dan sesudah menangis?
Jika aku tujukan soalan-soalan di atas kepada kaum hawa, sure ramai yang memberikan response dengan jawapan "Ya" dan diikuti dengan sebab-sebabnya. Bagaimanapula jika aku ajukan soalan-soalan yang sama kepada kaum adam???
Mungkin ada orang lelaki yang menjawab, "tak macho la lelaki menangis", "bapok je kalau menangis" ataupun "pergi tukar baju, pakai la skirt sekali!!"..huhu.
Anak aku yang kecik itupun pernah bersuara, "Abah, orang tu menangis terbahak-bahak! Tak malu ke orang lelaki menangis?". Pada mulanya aku agak confuse juga. Mana ada orang menangis terbahak-bahak, kalau ketawa terbahak-bahak memang ada. Bila aku perhatikan cerita di TV yang ditontonnya barulah aku faham. Rupa-rupanya, pelakon lelaki itu ketawa besar hingga menitiskan air mata!
Tak machokah lelaki jika menangis? Bapokkah lelaki jika menangis? Hilangkah kejantanan lelaki jika menangis? Mungkin telah menjadi lumrah, orang lelaki agak sukar mengalirkan air mata (menangis) kerana sifat keegoan yang tinggi atau malu.
To tell you the truth, aku juga pernah menangis!
Aku menangis apabila mendapat pekerjaan semula setelah 8 bulan aku menganggur. Aku just teringat kesusahan ibu dan bapaku ketika aku di dalam tempoh menanam anggur tersebut.
Aku pernah menangis tersentuh kerana rindukan anak-anakku.
Aku pernah menangis kerana memikirkan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang aku sayang.
Aku pernah menangis tatkala mahasabah diri dan memikirkan dosa-dosaku yang menimbun. Malah, aku selalu menangis ketika menunaikan solat hajjat, tahajjud dan solat taubat.
Dan, aku juga seringkali menangis ketika membuat row-call semasa memberikan ceramah-ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah kelolaan Biro Tata Negara (BTN). Tangisan aku itu kemudiannya berjangkit kepada hampir semua pelajar yang mendengar ceramahku.
Persoalannya, adakah aku tidak macho? Adakah aku bapok? Adakah kejantanan aku hilang sebab aku menangis? Sudah tentulah aku akan menjawab...tidak, tidak!, tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!!...hehe.
Sebenarnya, menangis ada kebaikannya. Bukan sahaja menangis itu merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa kesedihan, meluahkan rasa kesedaran atau keinsafan, malah, menangis dapat membantu merembiskan lebihan tenaga negatif di dalam tubuh seseorang yang mungkin boleh menghasilkan elemen-elemen yang kurang baik kepada tubuh seperti depression (ketegangan fikiran).
Aku paparkan di sini satu artikel tentang lelaki menangis yang ditulis oleh saudara Khairilz di blog beliau
http://khairilz.net/2010/fakta-menarik/kenapa-lelaki-menangis/
Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.
Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.
Kenapa lelaki menangis?
1. Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
2. Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
3. Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
4. Ibu atau bapanya meninggal dunia.
5. Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
6. Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
7. Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
Aku tidaklah menganggap diriku sebagai orang yang kuat iman kerana aku boleh menangis. Aku hanya seorang lelaki biasa dan normal. Aku cuma ingin mengesyorkan kepada rakan-rakan kaum adam untuk menangis sekali-sekala. Kepada yang tidak pernah menangis, belajar-belajarlah menangis.
Bukanlah pula menangis seperti orang yang tidak berapa betul melolong sana dan sini. Atau menangis tersedu-sedu hingga mendapat selesema beberapa hari. Tidak juga menangis sambil berguling-guling atau menyembamkan muka dan memeluk bantal peluk.
Menangislah sekadar menitiskan air mata setitik dua (jika terasa amat sukar). Kita akan rasa lebih lega dan tenang setelah menangis.
Janganlah menangis hanya ketika di dalam kesedihan sahaja.
Ingatlah, titisan air mata yang jatuh kerana menangis ketika mahasabah diri, insaf dan bersyukur kepada Tuhan amat besar pahalanya.
Apa lagi...jom kita belajar menangis beramai-ramai...huhu.
Sekian.
Readmore...
Wednesday, May 18, 2011
Balasan terhadap si penganiaya?
4 comments
Salam...
Semalam, aku ada paparkan coretan aku tentang "Doa Orang Dianiaya Makbul" dan coretanku itu menggamit beberapa persoalan dan pertanyaan dari rakan-rakanku. Ada yang telah menelefonku dan mencurahkan rasa hati tentang diri mereka yang rasa dianiaya dan teraniaya.
Rakan-rakanku itu lebih fokus kepada bertanya bilakah orang yang berbuat aniaya itu akan menerima pembalasan! Terkedu juga sebab soal pembalasan adalah hak Tuhan. Termasuklah, jenis-jenis balasan, masa dan tempatnya. Malah, samada ada atau tidak purely hak yang Maha Esa.
Berikut adalah sedikit perbualan aku dengan salah seorang rakanku..
Kenapa engkau begitu beria-ia ingin tahu?
"Aku tengah bengang dengan bos aku. Dia suka menganiaya pekerja yang dia tidak suka."
Apa yang dia telah lakukan?
"Macam-macam termasuklah potong allowance, tamatkan atau tidak sambung kontrak, potong bonus dan sekat kenaikan pangkat."
Kenapa? Apa pula yang dia telah buat pada engkau?
"Dia tidak suka staff yang out-spoken atau membantah cakapnya. Aku ini jenis orang yang suka voice out apa jua yang aku fikirkan tidak berapa sesuai atau mungkin juga tidak betul. Akibatnya, PMS aku kena moderate dengan teruk sekali. Aku tidak dapat bonus, tiada kenaikan gaji, kenaikan pangkat jauh sekali dan dengar cerita kontrak aku bakal ditamatkan tidak lama lagi. Aku betul-betul rasa teraniaya sedangkan aku tidak pernah ponteng kerja, malah, kerja-kerja aku semuanya siap mengikut masa yang dikehendaki."
Bos engkau suka "Yes Man" kut?
"Begitulah. Aku bekerja bersungguh-sungguh untuk kebaikan syarikat. Aku bersuara bukan semata-mata hendak menjatuhkan dia atau sengaja melanggar perintah. Aku buat semuanya untuk kebaikan bersama dan memajukan syarikat. Tetapi, bos dah label aku sebagai kaki bangkang dan mengancam kedudukan dia sebagai bos. Kalau benarlah bos menganiaya aku, aku harap dia dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia buat kepada aku!"
Belum sempat aku menjawab, talian telah terputus...
Elok juga rasanya aku coretkan di blog ini untuk tatapan bersama dan berkongsi maklumat serta meminta pandangan blogger sekalian samada jawapan aku ini betul atau mungkinkah banyak salahnya..
Pertamanya, benarkah cerita rakanku itu merupakan suatu penganiayaan atau hanya sekadar ketentuan bahawa rezeki beliau ditahan-tahan?
Agak sukar juga menjawab soalan ini kerana ianya seolah-olah terlalu berkait rapat.
Cuba kita lihat di suatu perspektif yang sedikit berbeza. Rezeki beliau mungkin ditahan dan perlaksanaannya melalui tindakan bos beliau yang membuat moderation ke atas markah PMS yang mengakibatkan ketiadaan bonus, kenaikan gaji atau kenaikan pangkat. Aku tidak tahu dan pasti tidak akan tahu. Oleh itu cara terbaik ialah berdoa kepada Tuhan minta dimurahkan rezeki sambil pada masa yang sama tambahkan ibadah kepadaNya.
Aku tidak berani untuk menerima kata-kata tuduhan rakanku itu bahawa bos beliau menganiaya. Aku tidak tahu hati budi serta niat bos beliau itu. Jika benarlah niat bos beliau untuk menganiaya dengan menutup periuk nasi pekerjanya, aku harap dia insaf.
Menganiaya atau menzalimi insan lain merupakan perbuatan yang tidak baik.
Sebuah hadith riwayat Al-Bukhari, dari Abu Hurairah r. a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Siapa yang merosakkan nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana wang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil, sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya.
Bila seseorang berbuat aniaya tidak kira tanpa sengaja dan lebih-lebih lagi dengan sengaja, orang itu diwajibkan untuk meminta maaf kepada orang yang dia aniaya atau teraniaya (tanpa sengaja), secara langsung dan terang-terangan. Jika gagal berbuat demikian dan orang yang dianiaya atau teraniaya tidak redha, balasan yang berlipat ganda akan dijatuhi di akhirat kelak sekiranya dia terlepas hukuman di dunia.
Hukuman di dunia?
Kebanyakan pelaku aniaya sombong dan bongkak, berterusan enggan meminta maaf kerana tidak nampak akan peritnya hukuman di akhirat. Adakalanya, hukuman yang sedikit ringan akan mereka rasai di dunia, tetapi, tidak mahu menganggap itu sebagai suatu hukuman akibat perbuatan mereka menganiaya orang lain.
Hukuman tidak semestinya dijatuhkan kepada diri mereka sendiri sahaja, malah mungkin ditanggung oleh isteri/suami, anak-anak dan keturunan mereka seperti kemalangan, berpenyakit kronik, kehilangan rezeki, kerunsingan melampau dan sebagainya.
Pernah dahulu aku menasihati seorang pengurus yang agak tegas di dalam pemberian markah-markah PMS. Ada seorang dari pekerja beliau yang mengidap penyakit cancer dan sering berulang-alik ke hospital untuk berubat. Beliau telah memotong markah KPI pekerjanya itu begitu banyak hingga tidak melayakkannya untuk mendapat bonus atau kenaikan gaji. Malah, pekerja tersebut diletakkan di dalam PIP (Performance Improvement Plan) dan kemudiannya disuruh untuk memohon pencen ilat kerana penyakitnya itu.
Apabila ditanya rasional beliau, dengan agak angkuh beliau menjawab, "Awak tu ada penyakit cancer dan selalu berulang-alik ke hospital. So, bagi saya, awak tidak memberikan apa-apa sumbangan di sini malah menyusahkan syarikat dan pekerja lain sahaja."
Aku tidak tahu samada ianya suatu hukuman atau mungkin kebetulan, sekarang ini pengurus tersebut pula yang mengidap penyakit yang sama.
Biasalah, manusia mudah lupa dan sukar mengaku kesalahan.
Nasihat 1 sen aku, marilah kita bersama-sama mahasabah diri, mencari dan melihat kembali di sepanjang kehidupan kita ini samada pernah kita berbuat aniaya kepada orang lain (sengaja atau tidak sengaja) dan jika ada, bersegeralah kita untuk memohon kemaafan dari orang tersebut sebelum hari pembalasan.
Bagi mereka yang terasa dianiaya atau teraniaya (tanpa sengaja), berdoalah kepada Allah agar mendapat kehidupan yang lebih sempurna dan janganlah pula berdoa sesuatu yang membawa keburukan kepada orang lain.
Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com