Saturday, April 30, 2011

Am I really badmouthed the company?

2 comments
 
Salam...

Pagi ini aku seperti biasa berjogging dan brisk walking. Petang semalam dan pagi ini aku tidak minum Jus Manggis Shamelin seperti biasa, kerana ingin melihat tahap stamina aku tanpa meminum Jus Manggis tersebut. Hasilnya, memang stamina aku telah bertambah baik cuma tidak setanding dengan stamina setelah meminum Jus tersebut.

Aku rasa kali ini jarak yang aku telah buat cuma 4km dan terpaksa berhenti kerana aku seolah-olah kehabisan kudrat.  Setibanya aku di rumah, tenaga aku seperti luluh sepenuhnya dan aku terlentang kepenatan.. adoi ai!!



Dalam masa aku berbaring tersebut, aku ternampak satu kotak berisi dokumen-dokumen ketika aku bekerja di syarikat lama aku dahulu. Aku sepatutnya telah menyimpannya di stor tetapi kerana kemalasan aku, kotak tersebut masih lagi wujud di bawah tangga rumahku.

Dengan kudrat yang tinggal cebisan, aku gagahkan diri untuk mengangkat kotak tersebut untuk di simpan di stor. Di bahagian atas penutup kotak tersebut terpampang satu helai cetakan dari salah satu e-mail aku. E-mail itu menunjukkan conversation aku dengan salah seorang rakan karibku yang berkisar tentang syarikat aku yang membayar gaji bukan on time, kegagalan mencarum potongan gaji aku untuk KWSP serta tidak mematuhi tuntutan LHDN untuk remit potongan gaji aku untuk pembayaran PCB.

Inilah e-mail yang telah menyebabkan big boss di syarikat tersebut begitu kecewa dengan aku yang melabel aku sebagai "Bad Mouth"!!

Pada ketika itu, entah mengapa aku hanya tunduk membisu seolah-olah menerima sahaja kata-kata big boss sedangkan sepatutnya aku mempertahankan diri. Menurut beberapa rakan sekerjaku, big boss itu ada membela sesuatu yang boleh menundukkan pekerjanya, tetapi, aku malas untuk ambil pusing perkara sebegitu...Entahlah!!

Adakah aku ini "Bad Mouthed" syarikat tersebut?

Apa makna "Bad Mouth"?

Dalam bahasa Inggeris "Bad Mouth" bermaksud "To criticize or disparage, often spitefully or unfairly" ataupun juga "Charge falsely or with malicious intent; attack the good name and reputation of someone".

Dalam bahasa Melayu ianya satu perkataan yang mudah disebut iaitu "FITNAH"!!



Adakah benar aku memfitnah syarikat tersebut?

Memang aku ada menceritakan sesuatu yang buruk tentang syarikat iaitu membayar gaji lewat, tidak mencarum KWSP dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak membayar atau remit ke akaun LHDN potongan PCB aku walaupun gaji telahpun dipotong. Cuma, aku tidak beranggapan itu sebagai FITNAH.

Pertamanya, aku bercerita sesuatu yang fact yang aku sendiri mengalaminya walaupun fact tersebut merupakan sesuatu yang boleh menjejaskan imej syarikat dan aku mempunyai bukti yang kukuh untuk aku membawanya ke tengah atau ke pihak berwajib. Jika aku berbuat demikian sekalipun (mengadu ke pihak berwajib), tindakan aku itu bakal memberikan kebaikan kepada aku dan kakitangan syarikat yang mengalami nasib yang sama. Lainlah jika aku bercerita tentang pengurusan syarikat yang menggelapkan duit client untuk tujuan peribadi (aku harap itu tidak berlaku), di mana imej syarikat akan terjejas teruk manakala aku pula tiada mendapat apa-apa hasil darinya.

Keduanya, aku hanya bercerita kepada seorang rakan karibku yang aku memang percaya bukan jenis orang yang suka menyebarkan cerita. Aku sekadar ingin meluahkan perasaan aku yang gundah gulana akibat tindakan syarikat yang bagi aku tidak beretika tersebut serta mengabaikan kebajikan pekerja.

Bagi aku, GAJI adalah sesuatu yang basic kepada setiap pekerja. Jika syarikat gagal untuk melunaskan basic needs seperti itu, ada kemungkinan berbagai-bagai perkara yang tidak elok akan berbangkit. Aku pernah mencoret isu kelewatan pembayaran gaji dan natijah darinya di artikel lama aku yang bertajuk "Gaji Oh Gaji". Jika tidak mahu staff membawa mulut atau "Bad Mouth", bayarlah gaji mereka mengikut masanya dan jangan dilewat-lewatkan walau apa jua alasannya.

Dalam agama Islam ada ungkapan mengatakan "Bayarlah upah pekerja anda sebelum kering peluhnya", jadi bagi sebuah syarikat yang berbangga berstatus Bumiputera dan ownernya beragama Islam, kenapa tidak dituruti tuntutan agama tersebut?

Malah di dalam undang-undang negara juga ada perihal tentang gaji. Sila lihat gambar-gambar di bawah:



Sekurang-kurangnya, jika tidak mahu menghormati undang-undang tersebut, apa salahnya melihat pembayaran gaji mengikut masa yang ditetapkan tersebut sebagai menunjukkan rasa ehsan kepada para pekerja?

Ketiganya, memang salah aku yang terlalu emosional dan gagal mengawal perasaanku lalu bercerita kepada orang luar walaupun rakan karibku. Emosi aku terganggu kerana kelewatan pembayaran gaji melebihi sebulan dan aku pula banyak tanggungjawab melunaskan segala perbelanjaan keperluan keluargaku.

Bak kata pepatah, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". So, aku terpaksa menerima dan menelan kata-kata kekecewaan yang pedas dari big boss aku itu.

Aku juga dapati, e-mail aku itu telah dilihat atau mungkin juga dicetak oleh seseorang di syarikat tersebut dan kemudiannya disampaikan kepada big boss. Jika tidak, masakan big boss tahu.

Bagaimana pula dengan status orang yang menyampaikan e-mail tersebut kepada big boss?

Bukankah dia juga "Bad Mouth"?

Well, siapalah aku untuk menilai orang. Cuma aku terpaksa juga menerima hakikat bahawa orang tersebut merupakan LALANG yang sepatutnya aku telah tebas lebih awal dahulu. LALANG yang telah berjaya melakukan kerjanya sebagai seoranjg BACKSTABBER yang berjaya...Tahniah!



Sekian.
Readmore...

Best n3 ever by CNN

3 comments
 
Salam...

Sudahkah anda menghantar borang BE ke LHDN? Aku jangkakan ramai yang telahpun melakukannya menggunakan system e-Filing LHDN.

Aku?

Aku belum lagi..! Sebab itu aku tengah serabai sekarang ini mencari fail-fail dan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk melengkapkan borang BE aku itu.



Memang semuanya salah aku kerana menunggu last minute. Sama juga ketika aku belajar di universiti dahulu. Semuanya last minute. Cuma tinggal esok sahaja (30-April-2011) tarikh tutup atau tarikh akhir menghantar borang BE tersebut.

Dalam kelam kelibut aku menyiapkan e-Filing, sempat juga aku membuat entry ini...huhu.

Aku tertarik dengan tawaran Che Nam Nam atau ringkasnya CNN (jeles sungguh aku kerana abbreviation nama dia tu begitu mengagumkan..hehehe) untuk submit entry aku yang "fantaterbest" dalam seminggu ini.



Aku telah memilih entry Hormat Suami Bila Perlu Sahaja sebagai yang terbaik dari aku untuk minggu ini.

Why?

Pertamanya, entry-entry yang lain tu aku rasa tidak berapa best...hehehe

Keduanya, entry ini sebagai menjawab kekeliruan ramai para isteri yang hanya menghormati suami bila mereka rasa ingin hormat (bersebab) walhal menghormati suami pada setiap masa adalah satu kewajipan.



Ketiganya, sebab aku sendiri yang pilih entry tu sebagai yang terbaik, kalau orang lain tak tahu lah...hehehe

Keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan dan kesepuluh, anda cari sendirilah alasannya sebab aku tengah serabai untuk submit borang BE aku ini...huhuhu.

Kepada CNN, aku harap dapatlah share entry Hormat Suami Bila Perlu Sahaja itu agar memberikan sedikit manafaat kepada pembaca-pembaca yang mungkin tidak pernah atau tidak sudi melihat dan membaca entry-entry di blog aku ini...ye lah, siapalah aku...

Sebelum itu, kena juga beritahu bahawa entry tersebut tersangat panjang dan harap-harapnya tiada pembaca yang serik untuk membaca entry-entry aku lagi...



Sekian.
Readmore...
Friday, April 29, 2011

rojak berbulu ayam?

4 comments
 
Salam...

Apesal tajuk entry aku kali ini pelik bebenor bunyinya? Biasa mendengar pepatah "Musang Berbulu Ayam", tetapi tajuk entry aku pula cerita pasal rojak berbulu ayam...ish, ish, ish..pening!

Ada sesiapa yang tidak kenal ayam?

Ni gambar dia...


Eh!! Silap lagi...

Ni haaa dia...


Sebelum ini aku pernah bercerita tentang blog aku yang rojak di SINI.

Aku memang suka makan rojak, so, petang semalam aku berjalan-jalan di sekitar Pandan Indah mencari penjual rojak. Kebiasaannya ada di hadapan masjid Pandan Indah tu, tetapi hari ini tiada pula. Aku berjalan lagi hingga terjumpa satu gerai di tepi jalan yang menjual menu kegemaranku itu.

Seronok rasa hati. Kira berbaloi la berjalan kaki hampir 5 km semata-mata mencari sepinggan rojak..huhu.


Sedang seronok aku mengunyah rojak tersebut aku terpandang satu objek yang memang aku kenal.

BULU AYAM!



Adoi ai!!

Hilang selera aku bila terpandang objek tersebut sebati dengan kuah rojak yang aku makan.

Aku komplen kepada empunya gerai dan rojak aku itu telah diklasifikasikan sebagai FREE...cheh!!

Malas ingin bertekak kerana tekak aku juga seperti mual-mual, aku berjalan kaki semula untuk pulang ke rumah...ish, ish, ish..kesiannya aku...



Sekian.

P/S:   Tolong jangan tanya aku di mana gerai rojak tersebut yer?
Readmore...
Thursday, April 28, 2011

Ungkapan cinta menarik?

1 comments
 
Salam...

Anda sedang dilamun cinta? Anda masih bercinta walaupun sudah berkahwin dengannya? Apakah agaknya ungkapan-ungkapan cinta yang sering anda luahkan kepada pasangan anda itu?



"Alamak bro. Kitorang rock la, tak maen la cintan-cintan ni."

Habis tu?

"Biasa wa cakap, wa angau sama lu jer."

Ish, ish, ish...Tak romantik langsung!

Anda yang lain bagaimana?

Apa anda akan jawab jika pasangan anda mahukan anda menggambarkan perihal dirinya dengan perkataan-perkataan?

Susah?

Meh...aku ada cadangan.

Kita follow cerita ini:

A wife asked her husband to describe her.

The husband replied.."You are A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K"

She asked, "What does that mean?"

He eagerly replied


You are

Adorable

Beautiful

Cute

Delightful

Elegant

Foxy

Gorgeous

Hot

Ohhhh...it's so lovely.

What about I, J, K?

He answered..

..
..
...
...
....
....
.....
.....
......
......
.......
........
..........
...........
.............
...............
.....................
..............................

I'm Just Kidding



Hehehe...



Sekian.
Readmore...

Ideal weight

2 comments
 
Salam...

Semalam aku pergi membayar bil telefon dan bil elektrik di TM Point, Ampang Point. Oleh kerana kebiasaannya di kawasan itu tempat parking kereta amat terhad, lebih-lebih lagi waktu makan tengahari, aku telah pergi ke sana hanya dengan berjalan kaki.

Berjalan kaki? Biar betul?

Ya, memang betul!. Jaraknya (pergi dan balik) lebih kurang 7.5 km. Aku tidak merasa kepenatan yang melampau, cuma, baju aku lencun dek peluh yang mencurah. Setibanya aku di rumah, aku segera menimbang berat badan aku dan paparan penimbang menunjuk ke angka 63kg! Semakin menurun!


Aku tidak berapa arif tentang berat badan yang ideal untuk aku. Mungkin beratku ini masih belum ideal lagi, sebab itu ia semakin menurun.

Untuk kepastian, aku telah mencari maklumat di Internet dan akhirnya berjumpa satu laman web yang banyak memberikan maklumat-maklumat berguna mengenai kesihatan termasuklah maklumat tentang berat badan ideal yang aku memang cari-cari.

Aku paparkan di sini website tersebut menggunakan iFrame, bermakna, anda juga boleh melawati website tersebut secara terus dari entry aku ini tanpa membuka new windows.



Website tersebut juga ada menyediakan 2 calculator untuk mengira berat ideal anda dan Body Mass Index (BMI) yang diolah dalam format Microsoft Excel.

Jika anda tidak mahu untuk download calculator tersebut melalui website asalnya, anda boleh juga download di sini:
  1. Ideal Weight Calculator
  2. BMI Calculator

Aku harap maklumat yang aku paparkan ini berguna untuk anda.



Sekian.
Readmore...
Wednesday, April 27, 2011

hormat suami bila perlu sahaja?

9 comments
 
Salam...

Aku masih lagi terbayang kisah pergolakkan rumah tangga suami isteri yang aku temui semalam dan aku coretkan di blog ini di SINI. Memanglah ianya tiada kena mengena dengan kehidupan aku tetapi coretan aku mengenai kewajipan seorang isteri untuk menghormati suami itu telah menggamit beberapa persoalan yang menjurus kepada perselisihan pendapat (walaupun pada awalnya hanyalah sekadar perbincangan dan pemberian pendapat).

Perselisihan pendapat tersebut membuatkan aku termenung dan jauh berfikir samada coretan aku itu ada cacat celanya.


Fikiran aku semakin menerawang jauh apabila diajak berchating dengan menggunakan Gmail oleh kenalan aku yang kurang bersetuju dengan coretan aku tersebut walaupun berkali-kali aku menerangkan kepada beliau bahawa itu adalah hukum Tuhan yang sepatutnya kita tidak boleh pertikaikan...hmmm.


Beliau berpendapat..."Respect Must be Earned dan untuk membuat isteri menghormati suami, si suami terlebih dahulu mesti melakukan sesuatu yang membolehkan si isteri menghormatinya."

Apa maksud you?

"Ye lah. Kalau saya, saya akan hanya hormat suami saya jika dia membuat atau melakukan sesuatu yang saya boleh hormat."

Maaf. Saya masih kurang faham.

"Begini. Suami saya itu seorang penganggur. Awal dahulu dia bekerja di sebuah syarikat yang besar tetapi kemudiannya berhenti untuk bekerja di syarikat swasta yang tidak berapa kukuh kedudukannya. Puncanya hanyalah kerana gaji dan pangkatnya lebih tinggi berbanding apa yang dia dapat di syarikat lamanya."

Bukankah itu bermakna suami you inginkan sesuatu yang lebih baik untuk family?

"Masalahnya, syarikat tersebut bukanlah kukuh dan ada bermacam-macam masalah khasnya di dalam pengurusan kewangan. Sekarang ini suami saya telah berhenti dan menganggur."

Jadi?

"Sejak dia menganggur ni, semua hal-hal perbelanjaan rumah, saya yang tanggung. Bayar rumah, bayar loan kereta, beli makan minum, beli pakaian-pakaian, bayar bil-bil dan lain-lain lagi. Malah, seluar dalam dia pun saya yang belikan. Dia sudah tidak mampu kerana tiada sumber pendapatan. Dia langsung tidak memberi saya nafkah!"

Nafkah macamana?

"Duit!. Memanglah duit bukan segala-galanya tetapi duduk kat bandar besar macam JB ni, segala-galanya memerlukan duit!"

Suami you tidak mencari kerja lain ke?

"Ada juga tetapi masih belum dapat-dapat lagi. Masuk bulan ni, sudah setahun dia menganggur. Dia cuma duduk di rumah terpaku kat depan TV dan komputer."

Main game komputer?

"Tidak juga tetapi banyak membuang masa dengan membaca dan melihat e-mail dia tu."

Mungkin dia guna e-mail untuk mohon pekerjaan.

"Masalahnya, sampai sekarang kerja tidak dapat lagi. Saya sudah tidak tahan. Banyak kali saya marahi dia tetapi dia hanya diam dan buat bodoh sahaja. Pernah juga saya minta cerai dari dia tetapi tidak ada response. Saya pun sudah naik penat dan selalu sakit-sakit."

Minta cerai? Astaghafirullah!

"Ya. Mungkin itu yang terbaik buat saya. Saya rasa elok kami bercerai sebab dia sudah tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami."

You dan suami tidak pernah berbincang?

"Banyak kali tetapi dia cuma diam. Kadang-kadang dia keluar bilik dan pergi hisap rokok. Bosan betul rasanya!"

Pernah rujuk kepada Pejabat Agama?

"Ada. Kami telah berjumpa pegawai agama untuk sesi kaunseling tetapi suami saya tu langsung tidak mengendahkan nasihat pegawai agama tersebut."

Apa yang you cerita dengan pegawai agama tersebut?

"Semuanya saya ceritakan. Termasuklah tentang dia yang langsung tidak memberi saya nafkah."

Pasal seluar dalam dia you yang belikan pun you cerita juga?

"Ye lah. Semuanya saya ceritakan. Saya hendak pegawai agama tu tahu bahawa suami saya tu sudah tidak layak lagi untuk menjadi suami kerana langsung tidak memberi saya nafkah."

Astaghafirullah...

"Yang membuat saya lebih geram, suami saya tu sedikitpun tidak memberi response. Bila pegawai agama tu bertanya untuk mendapatkan kepastian, dia cuma senyum macam kambing."

So, selepas you dengan dia berjumpa pegawai agama tu, jadi ke bercerai?

"Tidak jadi. Saya terfikir kat anak-anak. Kesian pula pada mereka. Lagipun, nanti apa pula kata keluarga-keluarga kami di kampung tu. Malulah juga sebab kami berkahwin atas dasar cinta dan bukannya pilihan keluarga."

Habis tu, sekarang ini, apa yang you dan suami buat?

"Kami jarang bertegur sapa. Kalau berbualpun tentang sesuatu yang penting sahaja. Entahlah, rasa hormat saya pada dia pun sudah hilang. Kalau dia dapat kerja nantipun, saya mahu dia bayar balik duit saya yang sudah habis untuk perbelanjaan keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab dia."

Saya faham perasaan you tetapi ada beberapa point yang saya ingin kongsikan.

Pertamanya, kita perlu faham dan sentiasa ingat bahawa rezeki di tangan Tuhan. Mungkin belum tiba masanya lagi suami you untuk mendapat pekerjaan. Mungkin juga ada hikmah di sebalik itu ataupun mungkin juga salah satu dugaan ataupun balasan daripada kesilapan yang dia pernah lakukan. Kita tidak tahu kerana itu semua kehendak yang Maha Esa. Kita sepatutnya perbanyakkan dan tidak putus-putus berdoa dan memohon bantuanNya di samping berusaha dan berikhtiar.

"Apa kaitan dia menganggur dengan hikmah dari Tuhan? Bukankan itu penderaan kepada isteri yang terpaksa memikul tanggungjawab menggantikan si suami?"

Begini. Cuba fikir dan ingat kembali, dalam tempoh dia menganggur tersebut, mungkin ada situasi di mana kehadirannya atau adanya dia di rumah sedikit sebanyak meringankan beban you?

"Ada. Suami saya menjadi baby sitter kerana maid kami telah lari. Selepas sebulan baru kami mendapat maid baru."

OK..cuba bayangkan, jika suami you bekerja dan you pula tidak dapat bercuti untuk menjaga dan menguruskan rumah kerana ketiadaan maid? Bukankah kehadiran suami you di rumah sedikit sebanyak mengurangkan beban family you?

Keduanya, soal nafkah. Nafkah bukan bermaksuud DUIT semata-mata. Memang diakui kehidupan di kota memang memerlukan duit yang lebih berbanding di kampung. Nafkah juga bermaksud sumbangan suami kepada you and family termasuklah tenaganya, masanya, pengetahuannya dan lain-lain lagi. Jadi, janganlah sesuka hati mengucapkan bahawa suami you LANGSUNG tidak memberi you nafkah. Lagi pula, semasa dia masih bekerja sebelum ini, mungkin ada juga dia menyumbang dari segi kewangan. Tidak kiralah walaupun ianya terlalu sedikit bagi you.

"Ya. Dia pernah berbuat demikian termasuklah menghantar saya pergi ke pejabat kerana pada ketika itu saya masih belum lagi tahu memandu kereta. Tetapi, bukankah itu tanggungjawab dia sebagai suami untuk memastikan keselamatan isterinya?"

Nafkah dan tanggungjawab adalah saling berkait rapat. Kerana tanggungjawablah suami perlu memberikan nafkah. Contohnya, tanggungjawab suami adalah untuk menyediakan tempat tinggal kepada keluarga. Membayar ansuran pinjaman untuk tempat tinggal tersebut adalah nafkah yang diberikan di atas tanggungjawabnya. Memang benar suami bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan isterinya yang terpaksa bekerja untuk meringankan beban kewangan, tetapi suami tidak semestinya menjaga keselamatan isterinya pada setiap waktu dan ketika. Jika demikian, tiadalah suami yang dapat pergi bekerja kerana terpaksa bertugas menjaga keselamatan si isteri.

Ketiganya, soal perbincangan suami isteri. Adakalanya, tindakan isteri yang suka menyampuk ketika suami ingin berkata-kata atau isteri yang suka menempelak kata-kata suami ataupun juga sikap isteri yang memperlekehkan hujah suami, membuatkan si suami lebih gemar berdiam diri. Mungkin beranggapan bahawa jika dia bersuara akan timbul lagi berbagai-bagai hentaman, bangkangan atau sergahan daripada si isteri. Lebih-lebih lagi jika si suami itu seorang yang pendiam. Perbincangan yang sepatutnya dua hala menjadi medan untuk si isteri berpidato seorang diri.


Sebagai seorang isteri, perlulah hormat dan mendengar dengan taat apa jua yang ingin diperkatakan oleh suami dan bukannya medan di mana si isteri perlu memenangi setiap perbincangan atau perdebatan. Jika suami menyuarakan suatu pendapat yang si isteri fikirkan salah, janganlah menghentamnya atau memperlekehkan pendapatnya. Buatlah dan berilah pendapat secara berhikmah dan jagalah hati si suami. Jika di tempat kerja boleh pula menjaga tutur-kata ketika berbicara dengan bos, kenapa pula dengan suami tidak boleh sedangkan itu merupakan suatu kewajipan?

Keempatnya, jangan sesekali membuka atau meyebarkan aib suami. Buruk mana sekalipun, dia tetap suami yang memperlengkap kehidupan seorang isteri. Bercerita tentang aib suami walaupun kepada seorang pegawai agama dengan tujuan untuk menerima nasihat sepatutnya dielakkan. Mungkin tujuannya baik tetapi mungkin juga si suami akan rasa terhina dan dihina. Pokok pangkalnya, kaji dahulu fakta yang ingin disampaikan agar kesimpulan yang diperolehi sesuai diguna-pakai dan semestinya tidak menimbulkan perasaan marah dan tidak puas hati di pihak yang lain (si suami).

Yang terakhirnya, redha dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Terimalah suami seadanya. Berusahalah bersama-sama memperlengkap akan kekurangannya. Jangan mengira kekurangan sumbangannya. Jangan juga mengungkit sumbangan you sebagai isteri kerana itu akan membatalkan nilai-nilai keikhlasan.

Mohonlah keampunan dan kemaafan dari suami walaupun you merasakan diri you tidak bersalah. Kita tidak tahu ada kemungkinan musibah yang menimpa kita seperti sakit, runsing, kemalangan dan sebagainya itu berpunca dari balasan yang diterima kerana tidak hormatkan suami.

Keredhaan suami terhadap isterinya amatlah dititik-beratkan oleh Allah dan Rasulullah S.A.W. malah di dalam doa seorang isteri, suami merupakan pihak yang berkedudukan di nombor 3 sebelum ibu dan bapa.

Apa kata you perbanyakkan membaca buku-buku agama khasnya tentang tanggungjawab you sebagai isteri dan kewajipan you menghormati suami ataupun malah lebih baik jika bertanyakan kepada ustazah untuk mendapatkan lebih kefahaman.

Kata-kata terakhir itu menutup perbualan (chating) di antara aku dengan dia. Samada disengajakan atau tidak aku tidak tahu.

Aku berharap mesej yang aku cuba utarakan itu sampai kepada beliau.



Sekian.
Readmore...
Tuesday, April 26, 2011

Isteri wajib hormat kepada suami

27 comments
 
Salam...


Ketika sedang seronok berjogging dan brisk walking, aku terpana ke arah suatu kejadian di mana seorang wanita sedang memarahi seorang lelaki. Aku pasti bahawa mereka itu suami isteri dari segi penggunaan bahasa si lelaki yang menggelar dirinya abang dan memanggil wanita tersebut sayang.

Beberapa kali aku terkejut mendengar sergahan wanita tersebut terhadap si lelaki.


Aku tidak berapa tahu apakah butir bicara perbalahan mereka tetapi agak terkilan kerana pertengkaran dibuat di persekitaran dan di hadapan orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu (termasuk aku).

Tiada perasaan malukah ketika itu? Malah, aku pula yang terasa malu...adoi ai.


Aku lihat si lelaki tidak banyak memberikan tindak balas. Hanya berdiam dan tunduk melihat jalan, Manakala si wanita tidak habis-habis menyumpah-seranah, dengan suara yang kasar dan high-pitch.

Jika benarlah mereka itu suami isteri, kasihan sungguh si isteri...

"Eh? Patutnya kesian kepada si suami sebab dia yang dimarahi."

Memang benar si suami yang kena maki hamun tetapi dari segi hukum agama si isteri itu yang bakal mendapat azab dari Allah kerana tidak menghormati suami...na'uzubillah.

Mari kita sama-sama baca dan hayati petikan dari satu artikel di Mingguan Wanita. bil: 1361

Seorang isteri, diwajibkan untuk menghormati suami, walau dalam apa juga situasinya. Bukan tidak boleh mempertahankan hak sendiri tetapi hormat tetap perlu ada. Bila hormat tetap ada, si isteri akan berusaha mengelakkan diri daripada meninggikan suara kepada suami, memaki hamun suami, mencaci itu dan ini atau pun memperlekehkan suami.

Walau isteri lebih kaya, lebih rupa, lebih tinggi pendidikannya, isteri tetap wajib hormat pada suami.

"Bagaimana jika niat isteri untuk mendidik suami?"

Tiada istilah mendidik suami di dalam hukum agama, malah sepatutnya suami yang berkewajipan mendidik isteri. Tindakan mengherdik, memarahi atau mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati suami dengan niat untuk mendidik adalah tidak sesuai. Jika suami melakukan kesilapan atau kesalahan, tegurlah dengan penuh kasih sayang dan selembut yang mampu. Tidak boleh disamakan cara menegur kesilapan suami dengan mengajar atau mendidik anak-anak atau kawan-kawan sekerja.


"Bagaimana jika cara lembut tidak mendatangkan hasil?"

Berpesan-pesanlah dengan penuh kesabaran dan berdoa agar suami terbuka hatinya dan berubah atau memperbetulkan kesilapannya.

Walau suami seorang yang tidak berdaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami atau sengaja mengabaikan tanggungjawabnya, isteri juga tetap wajib hormat pada suami.

Ini bukan penganiayaan kepada isteri tetapi keistimewaan.

"Istimewa?"

"Apa istimewanya kalau suami tidak melakukan tanggungjawab perlu dihormati juga?"

Istimewanya kerana pahala yang akan diperoleh oleh isteri tadi, sukar untuk dinilai.

"Pahala? Apa guna pahala kalau hidup sengsara?"

Kalau sengsara, keluar dari perkahwinan tersebut.

Ramai isteri yang enggan keluar dari perkahwinan, berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan status isteri tetapi gagal menghormati suami. Suami diherdik, ditengking, dicaci dan dicerca. Ada yang mendiamkan diri, suami tegur tak peduli, nak layan suami jauh sekali. Ada yang berpura-pura, depan suami manis sekali tapi di belakang, suami diumpat itu ini. Kenapa memilih status isteri jika dalam masa yang sama terus menerus menambah dosa sendiri?


"Manusia normal mesti bertekak dan ada ketikanya tertinggi suara."

Ya memang ada kebenarannya ungkapan tersebut. Cuma, jika perkara tersebut berlaku, cepat-cepatlah mohon ampun dan maaf kepada suami. Jangan tunggu raya baru hendak meminta maaf.

"Kalau suami yang salah, nak minta maaf juga?"

Ya! Minta maaf sebab isteri tertinggi suara, bukan atas kesalahan yang bukan bermula daripada anda.

"Kalau tidak minta maaf?"

Kalau suami memaafkan anda tanpa anda meminta maaf, alhamdulillah. Tapi jika tidak, hanya Dia yang tahu kedudukan anda, cuma hukum mengatakan; redha Allah kepada isteri hanya setelah suami redha kepada isterinya.

"Bukankah kalau suami sengaja gagal melaksanakan tanggungjawab nafkah zahir, isteri tidak perlu melayan nafkah batinnya?"

Betul, tapi dengan mengambil kira kewajipan nafkah sama seperti kewajipan mas kahwin tetapi kegagalan suami itu bukan memberi kebenaran untuk isteri tidak hormat kepada suami. Perlu juga diingat bahawa jika nafkah batin tidak diberikan si isteri sedangkan suami amat memerlukannya ketika itu, mungkin sesuatu yang tidak elok akan berlaku. Jika suami seorang yang penyabar dan faham hukum agama mungkin dia akan berpuasa sunat bagi meredakan keinginannya. Bagaimana pula jika sebaliknya?

Paling penting, ada perbezaan jelas antara taat dan hormat. Isteri wajib taat kepada suami selagi segala arahan atau kehendak suami tidak menyalahi hukum syarak. Hormat pula, perlu sepanjang masa. Dalam kamus Dewan edisi 4, hormat bermaksud mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim.

Oleh itu, hormatilah suami sedaya upaya, walau apa juga emosi anda, walau apa juga situasinya. Jika tidak mampu (dengan syarat telah berusaha bersungguh-sungguh) jalan keluar tersedia...

Selesai berjogging dan berjalan menuju pulang ke rumah, melalui jalan di mana pasangan suami isteri tersebut bertengkar tadi, aku dapati hanya tinggal si isteri yang ada di situ dan dia sedang menangis teresak-esak.

Kerana merasakan sesuatu yang pelik dan rasa ingin tahu yang membuak-buak, aku bertanya kepada salah seorang pekerja restoran di situ tentang apa yang telah berlaku.

"Entah lah bang, tadi perempuan tu bukan main lagi memaki-hamun suami dengan bahasa yang kasar dan nada yang tinggi. Agaknya, kerana tidak tahan dan rasa malu, suami perempuan tu telah lafaskan CERAI di situ juga. Sekarang tahu pulak perempuan tu menyesal. Tak faham betullah perangai orang perempuan sekarang ni"

Errr...betullah..aku pun tidak faham sangat perangai orang perempuan ni.



Sekian.
Readmore...
Monday, April 25, 2011

Bos pendendam?

3 comments
 
Salam...

Adakah anda seorang yang outspoken? Pernahkah anda berselisih pendapat dengan bos anda dan anda memenangi perdebatan tersebut? Pernahkah anda menegur bos anda kerana beliau melakukan atau membuat satu keputusan yang salah? Pernahkah anda menyanggah pendapat bos anda di dalam satu sesi mesyuarat?

Jika pernah, apakah tindakan beliau terhadap anda?

Aku terfikir untuk release post ini (yang telah lama berada di dalam que untuk publish) ketika selesai mandi pagi tadi.



Aku teringat perbualan aku dengan seorang rakan yang mengadu akan ketegasan bos beliau di dalam aspek-aspek pemberian pendapat meskipun pendapat tersebut betul dan sesuai diguna-pakai.

"Aku ni seorang yang outspoken. Kalau sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat oleh bos aku tidak betul atau sesuai, aku akan bantah dan suarakan. Malah, di dalam setiap mesyuara yang aku hadiri, tidak pernah sekalipun aku duduk diam tanpa memberikan komen atau cadangan."

Eloklah tu, apa masalahnya?

"Masalahnya, bos aku tidak suka dengan staff yang sebegitu. Dia tidak suka kalau staff menunjuk pandai atau lebih pandai dari dia. Dia cuma suka kalau staff jadi pak turut atau Yes Man."


"Sebab itu dia telah MARKED aku dan banyak kali markah-markah PMS aku dia moderate. Surat-surat untuk promotion dan kenaikan gaji aku dia tidak mahu sokong, bonus aku ciput. Malah, aku boleh expect kontrak aku pasti beliau tidak akan sokong untuk disambung."

"Betul lah kata orang, bos aku itu memang teruk dan suka pedajal orang!"
Berapa lama dia menjadi bos di syarikat itu?

"Lebih kurang 3 tahun."

Dalam tempoh tersebut, berapa ramai orang yang menjadi "mangsa" seperti engkau?

"Ramai juga. Kebanyakan dari mereka sudah berhenti kerana kontrak tidak disambung."

Oh..OK..Dalam tempoh tersebut juga, berapa ramai pekerja yang dinaikkan pangkat, dapat bonus lebih dan kontrak mereka disambung?

"Ada la dalam 4 atau 5 orang."

Pernah engkau tanya bagaimana mereka dapat semua itu sedangkan mereka dan engkau di bawah bos yang sama?

"Mereka tu Yes Man dan boleh juga dikategorikan sebagai LALANG. Sentiasa setuju sahaja apa jua keputusan bos walaupun keputusan itu salah. Kaki bodek dan kaki air-cond. Semua orang kat sini tahu dan kenal mereka tu."


Pernah ke engkau terfikir mungkin cara atau tindakan engkau tu salah?

"Aku bersuara berdasarkan fakta-fakta. Niat aku cuma memperbetulkan atau mengelakkan kesilapan supaya matlamat syarikat dapat dicapai."

"Aku ni bukanlah kaki ampu. Pernah juga mencuba untuk mengikut kehendak bos tu tetapi mungkin sebab dia dah MARKED aku, apa sahaja perbuatan aku semuanya tidak betul. Yang paling ketara, dia lebih suka pekerja yang berambut blonde dan berskirt. Anak emas macam tu langsung tidak boleh diusik. Kalau buat salah sekalipun, pasti bos tidak akan buat apa-apa tindakan. Kalau aku yang buat silap memang teruk kena belasah dan dihadapan orang lain pula tu."

Aku tidaklah bermaksud agar engkau menjadi Yes Man, menjadi pengampu atau menyuruh engkau berambut blonde dan berskirt. Cuma aku berpendapat mungkin cara engkau menegur bos agak keterlaluan bagi dia ataupun memalukan dia. Mana ada bos yang seronok bila dimalukan oleh pekerja.



Aku percaya pendapat engkau memang bernas dan berdasarkan fakta-fakta tetapi apa kata jika cara engkau mengolah pendapat atau menyampaikan pendapat tersebut seolah-olah ianya datang dari bos engkau itu sendiri?

"Maksud engkau?"

Contohnya, mungkin ayat begini lebih sesuai "Saya rasa kalau kita buat begini lebih elok, apa pendapat bos?" berbanding "Saya rasa pendapat bos tu salah, apa kata kalau buat macam ni?".

Outspoken bukanlah sesuatu yang tidak baik cuma kadang-kadang kita perlu mengawal keberanian kita untuk bersuara agar tidak menimbulkan rasa kebencian bagi sesetengah pihak terutamanya bos. Apa salahnya berlembut sedikit sekadar ingin menunjukkan rasa hormat kita kepada jawatan yang beliau sandang.



Menghormati jawatan beliau bukan bermakna kita menjadi LALANG kerana kebiasaannya manusia yang berstatus LALANG itu hanya mengikut dengan membabi-buta. Kita bekerja dan bertindak secara professional dan pada masa yang sama memastikan kedudukan kita sendiri tidak terancam. Jika kita melawan arus, ada kemungkinan kita akan terkulai lebih-lebih lagi jika arus tersebut begitu kuat dan deras.

"Dalam maksud engkau tu bro. Aku akan cuba berubah."

Aku tidak minta engkau berubah. Engkau lebih tahu tentang diri engkau sendiri. Aku juga bukanlah seorang yang pakar di dalam selok-belok politik pejabat tetapi aku memberikan pendapat berdasarkan pengalaman aku sendiri. Berlemah-lembut tidak bermakna kita kalah. Adakalanya, cara yang lembut itu lebih memberikan kesan.



Sekian.
Readmore...

When should you resign?

1 comments
 
Salam...

Hari Jumaat lepas entah mengapa aku seperti orang yang tidak berapa betul berjalan lebih 15km iaitu dari Taman Dagang ke Keramat AU dan kemudiannya kembali semula ke Taman Dagang. Aku pernah mengukur jarak di antara kedua-dua tempat tersebut iaitu lebih kurang 8km. Fikiran aku yang menerawang entah ke mana dan agak bercelaru membuatkan kaki aku melangkah sebegitu jauh.



Ironisnya, aku tidak pula merasai kepenatan yang melampau dan nafas aku juga masih teratur. Cuma kaki (paha dan betis) serta perut aku agak tegang. Entah berapa kilogram pula berat badan aku turun agaknya.


Apa kaitan fe'el yang tidak berapa betul dengan entry aku ini?

Well, pernahkah anda mengalami situasi di mana segala tindakan anda pada hari tertentu seperti tidak kena?

Pernahkah anda menjadi seorang pelupa yang keterlaluan?

Pernahkah anda rasa seperti tidak tahu apa yang anda buat?


Pernahkah anda berbuat sesuatu yang pada perasaan anda tiada salahnya tetapi lain pula pada pandangan orang lain yang mengatakan anda sudah tidak betul?\



Pernahkah anda rasa yang amat seronok mengganggu kerja orang lain atau mengganggu orang lain yang sedang bekerja sedangkan kerja anda masih tidak siap-siap lagi?

Aku bukanlah pakar di dalam menilai tahap stress seseorang, tetapi jika salah satu soalan di atas mempunyai jawapan "YA", aku rasa anda sememangnya di dalam situasi stress.

Aku tidaklah pula beranggapan bahawa anda mesti resign dari pekerjaan anda sekarang jika situasi di atas berlaku terhadap anda, cuma mungkin anda memerlukan sesuatu dan panduan untuk memastikan tindakan anda tersebut tidak membawa keburukan kepada syarikat di mana anda bekerja.

Tetapi...jika anda seperti hilang akal memarahi orang lain termasuk bos anda sendiri tanpa alasan yang munasabah...


Bertindak ingin mencederakan pekerja-pekerja lain...



Melakukan aksi-aksi terlampau di pejabat...


aku galakkan anda berhenti sahaja bekerja di situ...hahaha.

Jika tidak mahu sekalipun, aku cadangkan anda berjumpa seorang psychiatrist...hmmm



Sekian.
Readmore...
Thursday, April 21, 2011

Best email of the year

3 comments
 
Salam...

Dalam kebosanan menunggu hujan lebat berhenti dan bila mana TV memaparkan cerita-cerita yang aku kurang minati, serta surat khabar yang entah berapa kali aku ulangi membaca, adakalanya aku menyibukkan diri dengan permainan komputer yang simple iaitu Spider Solitaire.



Sedang sibuk memerah otak untuk memenangi permainan (hehehe), aku menerima satu e-mail yang bertajuk "Voted Best E-mail of this Year".

First impression aku setelah melihat tajuknya, sudah tentulah ia merupakan satu e-mail yang menarik hinggakan mendapat pengiktirafan sedemikian rupa.

So, aku paparkan di sini untuk kita sama-sama share.

VOTED THE BEST EMAIL OF THIS YEAR


If you think you are unhappy, look at them



If you think your salary is low, how about her?



If you think you don't have many friends...



When you feel like giving up, think of this man...



If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?



If you complain about your transport system, how about them?



If your society is unfair to you, how about her?



Enjoy the life how it is and as it comes.
The things are worse for others and much better for us

There are many things in your life
that will catch your eye, but only a few will catch your heart....








Are you still complaining?

Observe around you and be thankful for all that you have in this transitory lifetime...

We are fortunate, we have much more than what we need to be content.

Let's try not to feed this endless cycle of consumerism and immorality in which this "modern and advanced" society forgets and ignores the other two thirds of our brothers and sisters.

Let us complain less and give more!



Morale of the story is...bersyukurlah dengan apa yang telah Tuhan berikan kepada kita.



Sekian.
Readmore...
Wednesday, April 20, 2011

Ibu bapa bukan liabiliti

9 comments
 
Salam...

Aku ingin memohon maaf kepada anda kerana tidak dapat melakukan blogwalking ke blog kalian sekerap yang mungkin. Pertamanya, kerana broadband aku telah exceed limit! Walaupun aku telah diberikan 6 gigabyte tetapi jumlah yang diberikan seperti tidak mencukupi rasanya sebab banyak website dan blog-blog yang perlu aku lawati setiap hari.


Keduanya, semalam dan hari ini aku banyak berehat kerana injured. Semasa berjogging, aku telah tergelincir mengakibatkan kaki aku sedikit terseliuh.


Tidaklah bermakna aku blogwalking melalui lappy aku menggunakan kaki, tetapi aku terpaksa menerima rawatan urutan bagi mengurangkan bengkak dan kesukaran untuk bersolat. Jangan risau. Aku OK jer cuma muka tengah berkerut menahan kesakitan dan kegelian semasa diurut...hehehe.

So, untuk memastikan anda semua mempunyai sesuatu untuk dibaca ketika melawat ke blog aku ini, aku ingin share kandungan satu lagi e-mail yang aku kira amat menyentuh sanubariku.

Kepada anda yang pernah membacanya, aku galakkan membacanya kembali supaya kita sama-sama hayati dan fahami maksud tersurat dan tersirat dari e-mail tersebut.

Ini kandungan e-mail tersebut:

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

"Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.



"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

"Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit. Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.


Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujar ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah.

Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.



Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.

Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya?

Ya, mari kongsi bersama:

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan liabiliti tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya."

"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.  Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,  keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.

Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.

Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda.

Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja.

Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


Aku harap anda mendapat sesuatu atau manafaat setelah membaca artikel di atas. Aku kerap menitiskan air mata bila membaca artikel tersebut walaupun aku telah membacanya berulang-kali...isk..isk..isk.



Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com