Thursday, March 31, 2011

Setting up a new security company?

3 comments
 
Salam...

Pagi tadi aku di minta oleh rakanku untuk berjumpa dengan Head, Operations and Due Diligence, Mayban Ventures Sdn Bhd untuk berbincang tentang hasrat sebuah Security Company yang inginkan pelabur bagi memperkembangkan perniagaannya.

Pada awalnya aku ingin pergi ke Menara Maybank tersebut dengan memandu kereta, tetapi entah mengapa hari ini kesesakan lalu-lintas di Bandar Ampang dan sekitarnya amatlah luar biasa. Menurut seorang rakanku yang bertugas di Bahagian Sumber Manusia Maybank, ada kemalangan telah berlaku di Ampang KL Elevated Highway (AKLEH) yang telah menyebabkan trafik sesak teruk. Malah, beliau yang selama ini tidak pernah hadir lewat ke pejabat juga hanya tiba tepat jam 9.00 pagi (lewat 15 minit).

Meeting telah dijadualkan untuk bermula tepat jam 9.00 pagi, sedangkan jam 8.30 aku masih lagi terkial-kial untuk melepaskan diri dari sengsara kesesakan lalu-lintas. Terfikir juga, kalaulah aku ini ada super power untuk terbang ke sana, alangkah bestnyer...hehehe.



Untuk mengelakkan kesesakan tersebut berserta dengan meeting yang sepatutnya bermula jam 9.00 pagi, aku telah pergi ke Menara Maybank menaiki LRT aliran Ampang. Aku tiba di Menara lewat 20 minit dari masa yang dijadualkan, tetapi, meeting tetap juga diteruskan.

It was a very fruitful discussion cuma aku terfikir bahawa bukan aku sepatutnya yang perlu hadir ke meeting itu tetapi si pemilik atau shareholders security company tersebut. Merekalah yang memerlukan pelabur dan bukannya aku.

Since kedatangan aku hanyalah sekadar seorang pemerhati, sepatutnya aku tidak perlu untuk bersuara atau menyatakan apa-apa. Sebaliknya. aku pula yang banyak bercakap seperti membuat presentation kepada Board of Directors memberi penjelasan tentang viability sesebuah syarikat kawalan keselamatan.

Seperti yang pernah aku coretkan di blog ini sebelum ini, aku sedang membantu sebuah syarikat dari Australia untuk melabur dan bertapak di Malaysia. Pada ketika ini, aku sedang mempertimbangkan samada untuk menubuhkan sebuah syarikat kawalan keselamatan yang baru, membuat Joint-Venture (JV) ataupun membeli sahaja syarikat yang telah sedia ada di sini.

Untuk menubuhkan sebuah syarikat kawalan keselamatan yang baru, terdapat beberapa syarat dan peraturan perlesenan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti berikut:

  1. Perlu menyediakan salinan kertas kerja Perancangan Perniagaan (Business Plan) bersama biodata pemegang saham dan ahli lembaga pengarah syarikat.
  2. Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia atau Angkatan Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya SAC II ATAU Kolonel yang memegang 30% ekuiti saham syarikat; ATAU Salah seorang terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai awam dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pernah berkhidmat dalam sektor keselamatan selama sekurang-kurangnya lima (5) tahun yang berpangkat sekurang-kurangnya gred 52 atau yang mempunyai sijil kursus keselamatan atau yang setaraf dengannya memegang 30% ekuiti saham syarikat.
  3. Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
  4. Mempunyai modal berbayar RM300,000.00.
  5. Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputra sebanyak 70%.

Syarat-syarat dan peraturan di atas perlu dipatuhi oleh individu atau syarikat yang ingin menubuhkan sebuah syarikat Mengikut Akta Ejensi Persendirian, 1971 bagi mendapatkan Lesen 2(a) yang diberikan kebenaran untuk "Mengadakan pengawal dan perlindungan bagi keselamatan dari seorang lain atau bagi keselamatan harta atau urusan orang lain…”.

Apa yang menjadi kerisauan dan kemusykilan aku ialah tentang item no. 5 yang mengkhusus kepada pemegangan 70% saham oleh individu berstatus Bumiputra, sedangkan syarikat dari Australia tersebut berminat untuk melabur dan membeli saham sehingga 41% atau lebih keseluruhannya.

Aku sebenarnya lebih fokus kepada Perniagaan Pengurusan Tunai (Banknotes Management Business) dan bukan hanya Guarding semata-mata. Oleh itu, syarikat yang bakal ditubuhkan tersebut mestilah memiliki modal yang mencukupi untuk membeli peralatan-peralatan khas seperti Armored Vehicles, Notes Processing Machines, ATM Security Locks serta menyediakan sebuah atau beberapa buah Pusat Pengurusan Tunai (Cash Management Center) yang menepati piawaian sepertimana dikehendaki oleh Bank Negara (BNM) ataupun juga pihak-pihak Commercial dan Non-commercial Bank yang bakal menjadi pelanggan.

List di atas juga tidak termasuk perkara-perkara penting yang lain seperti Cash Management Software serta pengambilan pekerja-pekerja mahir dan separa mahir.

Pada pandangan aku, jika mengambil-kira dan mematuhi ketetapan yang digariskan oleh KDN di atas ada kemungkinan modal yang dapat dikumpulkan hasil pelaburan dari syarikat Australia tersebut tidak mencukupi. Jika RM300,000 itu merupakan modal berbayar yang mewakili 70% asset syarikat sudah tentu ianya tidak mencukupi untuk menjalankan keseluruhan operasi. Malah, RM300,000 itu hanya cukup untuk membeli dua buah Notes Processing Machines yang murah!

Perlukah 70% saham dimiliki oleh Bumiputra?

Aku bukanlah berniat untuk melawan kerajaan atau pihak-pihak tertentu tentang menjaga kepentingan kaum Bumiputra di Malaysia, tetapi aku berada di dalam situasi di mana masalah modal dari individu Bumiputra menjadi penghalang untuk merealisasikan impian sebuah syarikat kawalan keselamatan yang ingin mengembangkan dan memperkayakan jenis-jenis perniagaannya. Apalah ada pada status syarikat Bumiputra itu jika pembayaran gaji lewat menjangkau tempoh sebulan, caruman KWSP tidak dibayar berbulan-bulan dan potongan cukai berjadual tidak diremitkan ke LHDN sedangkan gaji pekerja telah dipotong?

Aku ada mendengar tentang beberapa perubahan akta-akta yang melibatkan pelabur-pelabur dari Luar Negara seperti pembelian saham syarikat sehingga 70%, tetapi aku masih tercari-cari dokumen-dokumen yang menyokong fakta tersebut.

Aku berharap, dalam tempoh sehari dua ini aku akan mendapat pengesahan tentang fakta-fakta perubahan tersebut samada dari BNM, KDN serta mana-mana jua agency kerajaan yang berkaitan.

Kepada rakan-rakan blogger yang mengetahui apa-apa tentang perkara ini, aku meminta jasa baik anda semua untuk membantu aku.


Sekian.

P/S: Maaf, artikel ini mungkin membosankan anda tetapi aku perlu simpan juga maklumatnya di blog ini.
Readmore...
Wednesday, March 30, 2011

Demon Grass?

3 comments
 
Salam.

Semalam, sedang aku menyambut birthday keseorangan (isteriku bekerja), aku telah berjumpa rakan lama aku semasa membeli sarapan pagi di sebuah warung berdekatan rumahku. Lama juga kami berbual-bual mengenai cerita-cerita lama. Walaubagaimanapun, tiada pula birthday wish yang aku terima. Apa tidaknya, dia pun tidak tahu hari itu hari jadi aku sebab aku tidak beritahu dia...hehehe.

Pernah dengar perkataan seperti tajuk di atas? Tidak pernah? Aku pun tidak pernah...hehehe.

Kalau Lemon Grass tu pernahlah atau dalam bahasa kita ialah

sireh..

Eh! Bukan!..serai laaa...

Perkataan Demon Grass tersebut terpacul dari mulut rakanku itu yang bermaksud (bagi dia) LALANG!

Bila aku tanya kenapa tidak Grass sahaja, dia menjawab "Grass tu lalang yang tak baik tetapi Demon Grass tu lalang yang sejahat-jahatnya!"

Hah?? Terkezzzut dan bulat mata aku!



"Kat ofis tu ada la sorang mamat tu yang suka membodek bos. Bila kat depan bukan main lembut lagi dengan kita. Selalu memuji kerja-kerja kita. Boleh lak cakap kalau kita tak ada lingkuplah company tu. Selalu sangat dia cakap macam tu. Rupa-rupanya dia memang tengah usaha hendak kita tak ada lagi kat situ!"

Dia tu ke yang engkau gelar Demon Grass?

"Bukan!"

Pulak dah!

"Dia tu pandai bermuka-muka. Selalu mengelak buat kerja. Bila bos suruh dia buat, dia cepat-cepat kata kita lagi pandai dan bagus buat kerja tu. Lepas tu, tak pasal-pasal kita pulak yang kena buat walhal jawatan kita tak ada kena mengena dengan kerja tu. Bila kerja dah selesai, yang peliknya dia pula yang bos puji-puji".

Smart juga dia tu ye?

"Itu bukan smart bang, itu semak! Sebab itu kita panggil dia LALANG! Buat menyemak je kat company"

Habis tu, siapa pula yang engkau gelar Demon Grass?

"Bos!"

Bos?

"Ye bang. Sebenarnya bos memang hendak buang kita tetapi terpaksa cari pasal sebab kerja kita elok. So, dia suruh la kita buat macam-macam benda walaupun tak relevan dengan jawatan kita. Mamat tu pulak jadi toyol dia. Berlakon dan kerah tenaga kita supaya kita tension dan resign".

Mana engkau tahu Bos memang berniat hendak buang engkau?

"Mamat LALANG tu la yang beritahu!"

Ish..ish..ish

Banyak sebenarnya ingin aku huraikan atau komen tetapi biarlah di post akan datang.

So, hari ini aku belajar perkataan baru...Demon Grass!


Sekian.
Readmore...
Tuesday, March 29, 2011

It's my birthday!

17 comments
 
Salam...

Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to me Wansuhaimi
Happy birthday to me....yeahhhh...!



Yeah! It's my birthday...
Birthday yang ke 43...
Owh!....Tuanya aku...!
Tapi..orang kata "Live begins at 40"
So, kira umur aku baru jejak 3 tahun jer...hehehe

Kepada sedara-mara, sahabat-handai, staff-staff aku, ex-staff-staff aku, boss-boss aku, ex-boss-boss aku, rakan-rakan sekerja, musuh-musuh sekerja (harap tak da lah), lalang-lalang dan bakstabber di tempat kerja, rakan-rakan blogger semua...doakanlah agar aku sentiasa berada di dalam keadaan sihat wal-afiat, bahagia, aman-damai, berjaya di dalam apa jua bidang dan pekerjaan yang aku sedang atau akan lakukan.

Kepada sesiapa yang rasa ingin bercuti sempena birthday aku hari ini...silakanlah hehehe.


Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to me Wansuhaimi
Happy birthday to me....yeahhhh...!



Happy nyer aku.....


Salam semua...
Readmore...
Monday, March 28, 2011

I'm feeling lonely

6 comments
 
Salam...


Entah kenapa hari ini, hati aku semacam kekosongan. Selepas solat subuh tadi aku banyak termenung tetapi aku sendiri tidak berapa faham apa yang aku sedang fikirkan...ish, ish, ish..berat nih..hehehe.

Aku teringat kat kampung di Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Sudah tentulah di sana Mak dan Abah aku masih ada. Entah apa lah yang mereka sedang buat agaknya..Sebentar lagi aku telefonlah mereka bertanyakan khabar.


Dalam aku bermenung tu, mungkin kerana perutku sedikit lapar, aku teringat satu kuih orang Banjar yang dipanggil "Papudak". Kuih berwarna hijau seperti lepat pisang tetapi diolah panjang (satu setengah jengkal) berbentuk silinder. Manis dan lemak...sedaaap..ish3. Susah nak cari kuih tu lagi, almaklumlah, orang dah moden dan tidak berminat lagi dengan kuih tradisional sebegitu.

"Kenapa pulak Abang Long tiba-tiba teringat akan kuih Papudak tu? Abang Long ni orang Banjar ke?"

Ya. Aku orang Banjar (pure lagi tu). Kedua-dua Mak dan Abah memang orang Banjar. Arwah Atuk (Zakaria @ Ijak bin Kasan) berasal dari Banjar Masin sebelum datang ke sini dan meneroka tanah-tanah di Kampung Parit Tabur, Parit Sri Mendapat, Parit Andin dan lain-lainnya.

Kampung Parit Sri Mendapat?
Yup!.. Tempat lahir Sarimah Ibrahim.


"Pandai ke Abang Long bercakap bahasa Banjar?"

Ini jawapan aku...

"Amun kada' tahu' bersurah banjar, rugi'. Wahini, barataan urang kada' tahu'. Amun tahu' gin' saikitannya'. Baganak di bandar kaya' KL ni ngalih ai bersurah banjar. Di kampung, amun kada tahu bersurah banjar, mau' dikaramputi' nereh".

Hish!! Kenapa lah aku melalut ni?

Aku rasa kesepian.

Kenapa ek?

Rasa seperti sedang menghitung hari...

Entah lah....adoi ai..



Salam...
Readmore...
Sunday, March 27, 2011

Teater The Kampung Boy

6 comments
 
Salam.

Sudahkah anda menonton teater Lat The Kampung Boy sebuah Muzikal? Bagaimana? Terhibur? Atau mungkin juga banyak complain yang anda ingin utarakan?



Aku bukanlah seorang peminat teater tetapi hati aku terpanggil untuk menontonnya di atas beberapa sebab yang agak peribadi.

Aku tidak berniat untuk memberikan sinopsis atau apa-apa komen tentang teater tersebut di sini tetapi sekadar ingin mencoret satu babak di penghujungnya yang menyentuh sanubariku.

Babak menceritakan bagaimana Lat terlupa akan hari isterinya sepatutnya melahirkan anak mereka. Di sampaikan secara bersahaja (dan mungkin juga lawak) oleh Frankie V dan Lat (Awie) sambil menikmati semangkuk cendol. Akibat kesibukan kerja untuk mencari wang, Lat terlupa dengan hari yang penting tersebut!

Babak "cliche" tersebut sebenarnya berkait dengan beberapa babak lain yang menunjukkan rasa tidak puas hati ahli keluarganya yang merasa kehilangan Lat akibat tekanan dan kesibukan kerja beliau.

Aku tidak tahu pula samada perkara tersebut benar-benar berlaku ataupun pihak Pengarah (Hans Isaac dan Harith Iskandar) sekadar ingin mempelbagaikan emosi dan jalan cerita tentang kehidupan sebenar Dato' Lat.

Apa-apapun...aku tersentuh kerana itulah perkara (walaupun tidak keseluruhannya sama) yang berlaku di dalam kehidupanku.

Aku kurang memberikan perhatian kepada orang yang benar-benar menyayangi diriku...
...
...
...
...
...
..
..
.
So, sekarang ini, aku just ingin mengimbau kembali kenangan-kenangan yang lalu itu dan berfikir sejenak tentang diriku. Mahasabah diri. Memperbetulkan apa jua silapku yang telah lalu...



Adakah menonton teater Lat The Kampung Boy sebuah Muzikal itu merupakan cara beliau untuk menyedarkan aku?...


Sekian.
Readmore...
Saturday, March 26, 2011

Advertisements aren't important?

8 comments
 
Salam.

Pentingkah iklan-iklan di dalam blog anda? Berapakah hasil pendapatan anda dari iklan-iklan tersebut? Iklan yang mana lebih sesuai diletakkan di blog anda? Iklan yang mana memberikan anda pulangan sepertimana yang anda mahukan? Iklan yang mana pula perlu dibuang kerana hanya melambatkan proses loading blog? Syarikat pengiklanan yang manakah menjadi pilihan anda?

Kenapa pula aku melalut hari ini bertanya perihal iklan-iklan di dalam blog? Entah lah... Aku harap tiada orang yang mengejek-ejek aku kerana menulis sesuatu yang memboringkan seperti ini.


Aku just ingin mendapatkan pandangan dari blogger sekalian samada iklan-iklan itu perlu diletakkan di sesebuah blog.

Ada sesetengah orang berpendapat iklan-iklan itu penting kerana dari iklan-iklan itulah kita akan mendapat duit semasa berblogging. Persoalannya, berapa banyakkah pulangan yang kita telah perolehi hasil dari iklan-iklan tersebut? Beribu? Berjuta? Ataukah sekadar beberapa sen? Maaflah jika soalan aku mengguris perasaan anda. Bukan ingin bersikap sinis tetapi sekadar ingin mendapatkan kepastian di dalam realiti kehidupan berblogging.

Aku pernah berborak bersama seorang rakan yang juga mempunyai blog.

Di bawah ini aku paparkan beberapa perbualan aku dengan rakan blogger yang tidak gembira dengan hasil dari iklan-iklan di blognya:

"Aku tak tahu lah Abang Long apa dan di mana silapnya. Dah lebih 2 tahun aku berblogging, bermacam-macam jenis iklan aku paparkan di dalam blog aku tetapi hasilnya cuma beberapa ringgit sampai malu aku hendak tunjukkan".

Aku bertanya, "iklan bagaimana yang engkau paparkan?".

"Aku subscribed dengan Google Adsense, Nuffnang, Bidvertizer dan lain-lain lagi. Sampai sekarang, aku tak pernah berpeluang untuk cash out. Jealous juga bila mendengar ada blogger yang kaya-raya hasil pendapatan iklan di blog mereka".

Aku bertanya lagi, "berapa ramai visitor blog engkau dalam sehari?"

"Kalau ikut statistics lebih kurang 200 orang sehari. Dengan jumlah visitor seramai itu, aku tidaklah mengharapkan apa-apa pendapatan yang lumayan, cuma agak kecewa kerana tidak pernah cash out walaupun dalam tempoh masa lama".

"So, apa yang engkau ingin buat?"

"Entahlah Abang Long. Aku ingat nak buang sahaja semua iklan-iklan tu, buat menyemak dan memberatkan blog aku tetapi hasil macam hampeh!".

Kecewa sungguh nampaknya rakan aku tersebut.

Well, aku bukanlah seorang blogger yang kaya-raya hasil iklan-iklan di blog. Malah, jika dibandingkan dengan blogger-blogger lain yang telah lama bertapak, aku hanyalah sekecil serangga yang boleh dihalau hanya dengan sedikit hembusan.

Bagi aku, tujuan aku berblogging adalah untuk mencurahkan perasaan di sebuah medium yang lebih canggih dan menarik di samping berkongsi ilmu dan maklumat yang mungkin berguna atau diperlukan oleh orang lain yang membaca artikel-artikel di blog aku ini. Aku tidak pernah dan tidak mahu mengharapkan apa-apa dari iklan-iklan yang aku paparkan di sini. Bukan apa, jika ada sekelumit harapan sekalipun, aku mungkin akan merasa kecewa jika harapan tidak kesampaian. Lebih baik aku fokus kepada menulis sesuatu yang aku suka. Itulah sebabnya, aku tidak pernah meminta atau memaksa rakan-rakan yang melawat blog aku ini untuk klik iklan-iklan yang berkenaan.

Tetapi..kenapa pula ada iklan-iklan di blog aku ini?

Simple. Bagaimanakah agaknya jika blog anda itu hanya dipenuhi dengan tulisan-tulisan artikel anda? Pasti membosankan bukan? Terlalu monotonous! Boleh sahaja memperbanyakkan gambar-gambar tetapi sudah tentu gambar-gambar tersebut akan menjadi batu ladung (pemberat) yang melambatkan proses loading blog. Dengan wujudnya iklan-iklan seperti dari Nuffnang, blog aku ini nampak lebih ceria dan meriah.

"Ellehhh..Abang Long ni. Sebab Abang Long masih tak berjaya mengaut duit dari iklan-iklan tu, Abang Long katalah macam tu. Cuba kalau Abang Long dah kaya-raya hasil dari iklan-iklan tu, sure Abang Long akan kata lain. Biasalah...seperti orang yang dah berjaya tu buat".

Entahlah..susah juga hendak explain kepada rakanku itu.

Cuma, aku sempat menutup perbualan dengan menasihatinya supaya teruskan berblogging dan share sesuatu dengan para pembaca blognya. Mana tahu, mungkin ada artikel yang memberikan manafaat kepada seseorang dan dia mendapat pahala dari Tuhan, dan bukankah itu lebih bernilai dari pendapatan hasil dari pengiklanan.

Bagaimana pula dengan anda? Pentingkah iklan-iklan di dalam blog anda? Gembira atau kecewakah anda dengan hasil-hasilnya?


Sekian.
Readmore...
Friday, March 25, 2011

Performance Management System Part 3

0 comments
 
Salam.

Aku terpanggil untuk menyambung kembali coretan aku tentang Performance Management System setelah melihat beberapa orang rakan-rakanku yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan laporan KPI (Key Performance Indicator) masing-masing. Ye lah kan, kalau point KPI macam ciput sudah tentu bonus yang bakal diperolehi juga ciput. Silap-silap langsung tidak dapat bonus atau lebih teruk lagi jika diletakkan di bawah Performance Improvement Plan (PIP) di mana bukan sahaja bonus tiada bahkan juga ada peluang untuk diberikan surat khas MSS (Mandatory Separation Scheme)...hehehe.

Sebelum aku teruskan coretan aku, adalah lebih elok jika anda membaca kembali post aku yang lepas tentang Performance Management System di SINI dan di SINI.

Apa yang aku kurang berkenan ialah, kebanyakan pekerja di bawah skim PMS ini seringkali menunggu saat-saat akhir untuk menyiapkan laporan KPI mereka sedangkan sepatutnya laporan tersebut dibuat lebih awal supaya data-data yang direkodkan sentiasa tepat dan mempunyai sokongan sekiranya ingin mencabar moderation yang bakal dibuat oleh bos masing-masing.

Moderation? Ini yang buat aku marah!


Macam pernah dengar statement di atas bukan?..hehehe.

Biasalah. Siapa yang tidak akan marah jika bonus yang bakal diperolehi menjadi kurang hasil daripada tindakan bos yang mengurangkan markah KPI. So, siapkanlah laporan KPI anda lebih awal supaya anda mempunyai banyak masa mencari bukti-bukti atau fakta-fakta yang bakal menyokong markah KPI anda itu.

"Tapi Abang Long, macam mana kami hendak siapkan awal jika bos tidak memberikan kami sebarang petunjuk bagaimana untuk mengisi borang KPI tersebut? Kami sendiri tidak tahu dari awal apakah "Quadrant" atau "Perspektif" dan KPI kami termasuklah "weightage" bagi setiap item KPI yang diberikan kepada kami."

Habis tu, bagaimana kamu isi borang KPI tersebut?

"Kami cuma isi di bahagian "score" sahaja. Kami letak semuanya 5 iaitu markah yang paling tinggi."

Alamak! Naya lah kalian semua nanti sebab kalau dibiarkan kosong di bahagian Perspektif dan KPI, bos kalian boleh sesuka-hati sahaja untuk moderate markah KPI kalian!

"Hendak buat macam mana ni Abang Long? Bos sendiri pun tidak tahu hendak letak apa sebagai item KPI kami."

Perbualan di atas itulah yang membuatkan aku tersedak ketika cuba menikmati secawan White Coffee Gao tempohari.


Masakan bos yang sepatutnya bertugas untuk menyelia tugasan-tugasan dan memastikan para pekerjanya bekerja mengikut piawaian dan jadual kerja yang ditetapkan serta menilai tahap prestasi pekerjaan mereka tidak tahu apakah item-item KPI yang patut ada?

Ini boleh menjadi isu besar sekiranya pekerja membangkitkan dan melaungkan bahawa PMS menggalakkan serta menimbulkan aspek-aspek penindasan pekerja!

Untuk itu, aku telah cadangkan supaya bos mereka melawati blog aku yang tidak seberapa ini dan membaca 2 post-post yang berkaitan tentang Performance dan KPI iaitu:


Aku tidaklah bermaksud untuk mengajar bos mereka itu tetapi sekadar ingin berkongsi maklumat tentang PMS secara lebih santai dengan harapan semoga bos mereka akan lebih faham. Mungkin bukan sekarang.

Jika bos mereka tidak berminat untuk membaca artikel-artikel aku tersebut, tidak mengapa kerana banyak buku-buku tentang PMS yang boleh didapati dipasaran untuk dijadikan rujukan. Boleh juga mencari maklumat-maklumat berkaitan PMS di laman-laman web yang tertentu.


Cuma...aku agak skeptical..ke mana perginya pekerja-pekerja di bahagian Jabatan Sumber Manusia? Apa mereka telah lakukan untuk memastikan maklumat-maklumat tentang PMS dan KPI sampai kepada setiap orang pekerja?



Sekian.
Readmore...
Thursday, March 24, 2011

My blog sucks?

6 comments
 
Salam.

Apakah perasaan anda bila pelawat-pelawat blog anda memuji akan kecanggihannya, kecantikannya serta informasinya yang terkini dan menarik minat mereka membaca setiap post-post yang dipaparkan? Suka? Bangga?


Bagaimana pula jika anda menerima pandangan yang bertentangan atau kritikan-kritikan pedas akan perihal blog anda yang tidak menarik, isi-kandungan post-post yang carca-marba ataupun juga layout blog yang terlampau fancy dan menyakitkan mata? Marah? Meluat dengan si pengkritik? Benci dan berdendam lalu pergi ke blog si pengkritik dan melakukan perkara yang sama (mengutuk blog dia pula)?


Setiap orang ada perasaan dan itu adalah hak masing-masing

Jika kita melawat blog orang lain dan mendapati banyak perkara atau benda-benda di blog tersebut yang kita tidak berkenan, janganlah pula sesuka hati menghamburkan kata-kata nesta terhadapnya khasnya kepada si pemilik blog tersebut. Jika kita membaca artikel yang ditulis oleh si pemilik blog dan tidak bersetuju dengan pendapatnya, janganlah pula terlampau emosional dan menghentamnya dengan keterlaluan.

Cubalah untuk memahami perasaan orang lain dan ketahuilah hak mereka terhadap blog mereka itu. in fact, aku pernah juga sebelum ini menulis perkara yang sama bertajuk "Blog Aku, Aku Yang Punya".

Jika kita benci akan sesuatu perbuatan, bencilah dengan perbuatan tersebut tetapi janganlah terlalu membenci orang yang melakukan perbuatan tersebut kerana kita sendiri tidak akan tahu taraf dan kedudukan kita di pandangan orang lain mahupun di sisi Tuhan. Sebagai contoh, jika kita benci perbuatan merokok, janganlah pula kita terlalu membenci si perokok seolah-olah mereka itu tidak layak wujud di dunia. Apalah salahnya memberi nasihat dengan ikhlas dan dengan cara yang betul (berhemah dan berhikmah). Bukanlah dengan menghamburkan kata-kata seperti..."Kalau tak hisap rokok MATI ke?".

Begitulah juga apabila kita rasa tidak puas hati atau meluat membaca artikel di dalam sesebuah blog. Tidak salah untuk kita memberikan pendapat yang bertentangan tetapi buatlah dengan cara yang lebih beretika. Berikanlah pendapat dan sokonglah pendapat anda dengan fakta-fakta atau apa jua rasional yang menyebabkan anda berpendapat demikian. Jika kita rasa meluat yang amat bangat tetapi tiada pula pendapat yang terluah ataupun tidak terfikir akan rasional yang menyokong pendapat anda yang bertentangan itu, elok sahaja abaikan, tutup blog tersebut dan pergi ke website/blog lain.

Setiap orang mempunyai kesukaan dan pilihan masing-masing

Hormatilah pilihan orang lain. Sepertimana aku. Aku memilih untuk meminum dan menjual Jus Manggis Shamelin sedangkan di pasaran terdapat banyak lagi jenama-jenama atau produk berasaskan manggis seperti Vemma, Xango, Biosteen dan lain-lain lagi. Itu adalah pilihan aku...err..aku harap "Jebon" tak marah aku sebut lagi pasal Jus Manggis Shamelin...hehehe.

Begitu juga dengan "layout" blog. Pemiliknya berhak memilih apa jua theme yang dia suka. Tidak kiralah kalau blog dia itu nampak pelik, lintang pukang, sakit mata memandang atau apa-apa sahaja. Kenapa kita perlu marah jika blog itu lambat loading kerana penggunaan widget yang berlambak-lambak? Kenapa perlu marah jika blog tersebut diletakkan pemain muzik yang kita tidak jumpa di mana butang penutupnya? At the first place, siapa suruh kita melawat blog tersebut jika datang hanya semata-mata untuk meninggikan tekanan darah?

Sebelum ini, aku pernah juga menulis tentang contoh-contoh bagaimana untuk menghasilkan sebuah blog yang buruk (pada pendapat aku) dan anda boleh baca artikel ini.."Tips to have a bad blog". Walaubagaimanapun, itu hanyalah pendapat aku dan beberapa pendapat blogger-blogger yang lain. Jika pemilik blog masih mahu menggunakan elemen-elemen tersebut di blog mereka, itu adalah hak mereka. Mungkin pada aku, elemen-elemen tersebut mencacatkan atau memburukkan blog tetapi pada mereka mungkin sebaliknya. Perlukah atau patutkah aku marah kepada mereka? Memang tidak patut!

Jadi, kesimpulannya, hormatilah hak, pilihan dan kesukaan orang lain.



Sekian.
Readmore...
Wednesday, March 23, 2011

Fight Cancer!

11 comments
 
Salam.

Beberapa hari ini aku agak gusar dan pilu bilamana beberapa rakan-rakanku telah disahkan mengidap penyakit yang merbahaya...CANCER atau barah!. In fact, semalam aku telah melawat rakan baikku dan juga bekas staff aku semasa bertugas di Maybank dahulu di Hospital Gleneagles Ampang. Beliau telah disahkan mengidap penyakit barah kolon (dalam perut dan usus) dan berada di tahap 3 atau mungkin juga 4!. Sel barah telah merebak menjangkiti limpa.


Beliau sebelum ini adalah seorang yang agak aktif bersukan, cuma agak kurus walaupun kuat makan. Ramai mungkin tidak akan percaya kalau aku katakan beliau boleh makan beberapa pinggan sekali hadap bila melihat susuk badan beliau yang kurus. Dahulu aku memang suka kalau membawa beliau ke buffet hotel kerana memang beliau akan pulun makanan di situ. Memang berbaloi rasanya jika diambil kira terpaksa membayar harga yang agak tinggi. Cuma, tabiat beliau yang mungkin sesetengah orang beranggapan buruk ialah beliau adalah seorang "Perokok Tegar".

Adakah punca barah yang dihidapi akibat rokok?

Sememangnya rokok boleh menyumbang kepada barah tetapi kes rakanku itu bukanlah berpunca dari rokok. Aku telah bertanya dengan doktor yang merawat beliau dan teorinya ialah berpunca dari makanan serta sistem pencernaan yang kurang sempurna setelah umur beliau meningkat. Bukanlah niat aku memutar belit fakta punca barah tersebut kerana aku juga seorang perokok tegar, tetapi aku lebih suka mencari fakta yang sebenar dan berasaskan kepada logik dan sains. Betul juga doktor tu kata, kalau rokok punca sebenar sudah tentu paru-paru beliau yang terlebih dahulu menerima akibatnya. Walaubagaimanapun, doktor tetap juga menasihati untuk tidak merokok kerana natijahnya tidak baik untuk kesihatan.

Beliau sebenarnya telah menghubungi aku beberapa hari sebelum itu bertanyakan tentang Jus Manggis Shamelin yang aku jual. Seperti biasalah, apabila orang bertanya tentang produk Jus Manggis Shamelin aku akan cuba untuk menerangkan akan kebaikannya secara panjang lebar. Setelah lama bercerita tentang kemujaraban Jus Manggis Shamelin khasnya di dalam membantu membunuh sel-sel barah berserta beberapa testimoni pesakit-pesakit yang telah pulih, beliau dengan suara yang perlahan (seperti menahan sendu) berkata, "Jus tu mungkin sesuai untuk aku. Aku disahkan mengidap barah". Terkedu dan terdiam aku mendengar kata-kata beliau ketika itu.

Ketika aku tiba di hospital, aku yang hanya datang berseorangan kerana rakan-rakan Maybank yang lain telahpun datang melawat beliau sehari sebelumnya, merasa amat pilu melihat keadaan beliau dan isteri beliau yang aku rasa menahan kesedihan di dalam senyuman.

Memanglah, ketika aku datang melawat, aku juga membawa Jus Manggis Shamelin tetapi aku rasa tidak sampai hati untuk bercerita tentang produk tersebut. Aku datang untuk melawat rakan yang sedang bertarung dengan penyakit yang merbahaya dan rasa tidak sesuai waktunya untuk aku membuat apa-apa promosi jualan. Walaubagaimanapun, rakanku dan isterinya itu pula yang bertanya bermacam-macam soalan tentang Jus Manggis Shamelin tersebut. Manakala aku hanya mampu bercerita seringkas mungkin sambil menahan sebak di dada. Aku tidak mahu dikata mengambil kesempatan di atas kesusahan beliau yang sedang bertarung nyawa dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memulihkan kesihatan beliau.

Akhirnya, aku jual juga kepada beliau satu set Jus Manggis Shamelin dan seterusnya menjadikan beliau ahli walaupun hati aku terasa amat berat. Lebih-lebih lagi setelah melihat beberapa produk makanan tambahan lain khas untuk pesakit barah yang beliau telah beli dan harga produk-produk tersebut juga agak mahal (ada yang berharga melebihi RM1,000).

Benarkah Jus Manggis Shamelin boleh membunuh sel barah?

Sebenarnya, terdapat perbezaan ketara di antara meminum Jus Manggis dan mengambil makanan tambahan untuk menjaga kesihatan. Pengambilan makanan tambahan (nutrition supplement) adalah bertujuan untuk mengawal dan mengelakkan mendapat sesuatu penyakit tetapi tidak bersesuaian untuk melawan atau membantu menyembuhkan symptoms yang dibawa oleh penyakit tersebut.
Telah beberapa abad lamanya, xanthones menjadi bahan paling utama kajian-kajian intensif untuk kesihatan. Xanthones wujud dengan banyaknya di kulit manggis (pericarp). Kajian menunjukkan bahawa xanthones adalah antioksida yang berganda-ganda lebih kuat berbanding antioksida yang terdapat pada vitamin-vitamin. 


Terdapat beberapa artikel mengenai kajian-kajian tentang keberkesanan xanthones untuk memulihkan beberapa penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, CANCER, stroke, arthritis, inflammation, keletihan melampau, kencing manis dan lain-lain lagi yang disiarkan di beberapa journal-journal professional seperti Journal of Pharmacology, The Journal of Natural Products,  Free Radical Research, The Environmental Health Prospectus, The Journal of Phyto Chemistry, serta The European Journal of Pharmacology.

Berikut adalah 2 testimoni Jus Manggis Shamelin yang dibuktikan berjaya memulihkan pesakit barah:




Apa-apapun, semua penyakit datangnya dari Tuhan dan Tuhan jua yang menyembuhkannya. Kita sebagai hambanya perlulah redha tetapi pada masa yang sama berusaha dan berikhtiar.

Kepada rakanku itu, aku doakan mudah-mudahan akan sembuh.



Sekian.
Readmore...
Monday, March 14, 2011

Do you love your company?

21 comments
 
Salam.

Aku teringat akan ungkapan Abdul Kallam yang berbunyi..
Love your job but never fall in love with your company because you never know when it stops loving you
Bunyinya bagi sesetengah orang agak keras atau mungkin juga ada yang beranggapan ungkapan itu seperti menghasut para pekerja sahaja. Well, terserah kepada anda untuk menginterpretasikannya.

Bagi aku, ungkapan tersebut ada juga betulnya.

Sekarang ini, mungkin kita tidak boleh lagi beranggapan sesuatu kerja itu sebagai "secured". Terdapat juga beberapa insiden di mana orang yang pernah bekerja di sebuah syarikat yang besar, menjawat jawatan yang tinggi, memiliki kuasa atau suaranya didengar oleh pihak Pengurusan Atasan, terpaksa akur untuk keluar dari syarikat tersebut.

Ada juga pekerja yang dilabel sebagai "pioneer" dan di antara orang yang bertanggung jawab memastikan kewujudan syarikat dipaksa untuk berundur atas desakan Pengurusan yang mahukan perubahan. Malah, pernah juga aku dengar, seorang Ketua Jabatan Sumber Manusia yang sebelum ini begitu tegas memberikan surat "Mandatory Separation Scheme" (MSS) kepada para pekerja, tiba-tiba dia pula yang di berikan surat yang sama oleh pihak Pengurusan yang lebih tinggi.

Oleh itu, perlukah atau mestikah anda bekerja bertungkus-lumus untuk mencapai matlamat syarikat sedangkan ada kemungkinan nasib anda juga akan menjadi seperti mereka yang aku coretkan di atas itu?

Ada pekerja yang datang ke pejabat di waktu awal pagi dan pulang pula bila matahari telah lama tenggelam. Ada juga yang menjadikan pejabat itu seperti rumah nombor dua.

Ada yang bekerja seolah-olah masa yang diberikan hanyalah 12 jam sehari bukannya 24 jam. Ada pula yang bekerja hingga tertidur keletihan.

Mungkin juga anda pernah mendengar ungkapan ini..Die for the company.

Berbaloikah semua pengorbanan tersebut?

Apakah perasaan anda jika selama ini anda bekerja "setengah mati" untuk mencapai matlamat syarikat, tiba-tiba anda menerima surat meminta anda untuk berhenti dari syarikat tersebut?

Adakah anda telah bersedia jika perkara itu berlaku?

Maafkan aku jika soalan-soalan di atas membuatkan anda jadi marah atau rasa terganggu. Aku bukan berniat untuk menghasut anda supaya tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh atau berdedikasi. Semua soalan-soalan di atas sekadar ingin mencuit minda aku dan juga anda supaya berfikir secara lebih kritikal.

Nah! Sebab itu aku rasa ungkapan Abdul Kallam itu betul. Sayangilah hasil kerja anda. Buatlah kerja anda dengan bersungguh-sungguh. Lakukanlah yang terbaik bagi menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Nilai kerja anda mencerminkan diri anda yang sebenar, jadi pastikan hasil kerja anda tinggi nilainya. Jadilah "expert" tetapi pada masa yang sama jangan buatkan diri anda menjadi "indispensable".

Perlukah anda menyayangi syarikat anda?

Aku pernah mendengar ungkapan ini.."syarikat itulah yang memberikan aku rezeki"..masyaAllah! Sampai begitu sekali hingga terlupa kata-katanya itu mungkin boleh menyebabkan terpesongnya akidah!

Bukanlah bermakna kita menyayangi kerja kita tetapi tidak perlu menyayangi syarikat. Dengan memberi keutamaan kepada hasil kerja yang berkualiti secara relatifnya kita juga menyayangi syarikat dengan membantu atau memberi sumbangan mengikut skop pekerjaan kita untuk mencapai matlamat syarikat. Kita perlu faham bahawa untuk mencapai matlamat syarikat bukanlah terletak di atas bahu kita semata-mata tetapi perlu dilakukan secara kolektif atau kerjasama dari semua pihak di dalam syarikat tersebut.

Ingatlah, syarikat sebenarnya hanya gah pada namanya. Perjalanannya, keutamaannya, kebaikannya atau keburukannya adalah bergantung kepada tindakan-tindakan orang di dalamnya.

Aku pernah berbual-bual dengan seorang CEO sebuah syarikat tentang cara beliau menguruskan syarikatnya malangnya bukan pula beliau bercerita tentang cara-cara strategik untuk mencapai matlamat syarikat tetapi lebih kepada bercerita bagaimana untuk menyingkirkan para pekerja yang beliau tidak suka dengan berkata "Salah satu cara paling berkesan menyuruh pekerja aku berhenti ialah dengan memindahkan mereka ke sana dan ke mari. Contohnya, jika dia bekerja di sini (KL), aku akan pindahkan dia untuk bertugas di Sabah atau Sarawak!. So far, cara tersebut memang berkesan!".

Bila aku bertanya kepada beliau, apakah kesalahan pekerja beliau tersebut hingga beliau mahu dia berhenti. Dengan selamba beliau menjawab, "Aku just tidak suka dengan dia!"...adoi ai.

Terdapat juga syarikat yang besar dan dikenali ramai tetapi memiliki ramai pekerja species "lalang" dan "backstabber". Pekerja-pekerja seperti inilah yang merupakan barah di dalam syarikat. Barah yang bakal menimbulkan huru-hara atau tiada sefahaman di kalangan para pekerja.

Barah tersebut serta seorang CEO yang suka hati membuang orang jika beliau tidak suka itulah yang bakal mengukuhkan ungkapan Abdul Kallam "...you never know when the company stops loving you". Bukan bermakna syarikat sudah membenci anda tetapi tindakan orang yang berkuasa yang sudah tidak memerlukan anda lagi.

Oleh itu, "LOVE YOUR JOB" so that anda masih berharga kepada syarikat-syarikat di luar sana sekiranya anda diberhentikan.



Sekian.
Readmore...
Wednesday, March 9, 2011

I'm damn tired

0 comments
 
Salam.

Mungkin post kali ini agak merapu sedikit kerana aku agak keletihan dengan berbagai-bagai altiviti fizikal dan memerah mental. Aku bercadang untuk tidur lebih awal tetapi bila dah baring di atas katil, mata makin bulat pulak. Banyak perkara-perkara yang berlegar-legar di fikiran aku terutamanya tentang meeting yang telah diaturkan dengan delegasi Australia yang akan ke sini minggu hadapan. Bukan aku takut tetapi lebih kepada rasa teruja untuk menunjukkan kemahiran aku kepada mereka di samping ingin membuat "close deal" agar mereka terus bersetuju membuat pelaburan di sini.

Di samping itu aku juga semakin aktif menjual Jus Manggis Shamelin yang kelihatannya memberi pulangan yang menakjubkan walaupun hanya sebulan aku menjadi pengedar yang sah. Ke sana  ke mari aku berurusan (menaja dan menjual) dan semangat aku makin berkobar-kobar.

Kenapa pula aku letih sedangkan sepatutnya Jus Manggis itu akan memberikan aku tenaga tambahan? Memang betul adanya tenaga "extra" setelah minum Jus Manggis Shamelin, tetapi jika kudrat kita dikerah secara berterusan dan tanpa henti, tidak semestinya kita tidak letih. Cuma, tidaklah sampai tahap keletihan melampau hingga tertidur ketika memandu (sepertimana yang pernah terjadi kepada aku sebelum ini). Apa yang pasti keletihan aku adalah berpunca dari tidur yang tidak cukup!


Aku bersyukur kerana mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari isteriku yang tercinta. Kadangkala aku rasa "down" bila ada "rejection", isteriku itulah yang menaikkan kembali semangat aku. Pernah juga kami berselisih faham (biasalah..adat berumah tangga). Puncanya kerana aku ini selalu hilang fokus dan mudah rasa "down" bila wujud sedikit kegagalan. Bukan apa, sebelum ini aku pernah menjadi pengedar MLM seperti Amway, Zhulian, Maxcare, pelaburan internet seperti Empay, UT2U dan lain-lain lagi. Pengalaman yang tidak menyeronokkan itu membuatkan aku terlalu berhati-hati dan selalu memikirkan kegagalan (berpuluh ribu duit aku hangus tanpa mendapat pulangan yang setimpal).

Mujurlah isteriku itu faham dan tidak jemu-jemu menegur dan memberikan sokongan walaupun kadangkalanya cara beliau agak sarcastic tetapi berkesan. Thanx darling...

Di dalam keletihan, aku tetap juga rasa seronok kerana selepas menimbang berat badan aku, jarum penimbang menunjukkan ke angka 65 kg! Yes! Yes! Yes! Hasrat aku untuk menurunkan berat badan aku dari 75 kg ke angka itu sebelum hari jadi aku 29hb Mac ini telah tercapai!

Jadi, sebagai meraikan kejayaan aku itu, aku akan hadiahkan diri aku malam ini dengan...
..
..
..
..
..
..
TIDUR......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz




Sekian.
Readmore...
Sunday, March 6, 2011

Berniaga atau makan gaji?

6 comments
 
Salam.

Aku percaya, anda selalu mendengar soalan atau ungkapan sepertimana tajuk di atas. Jadi, apakah pilihan anda? Yang manakah anda fikir lebih baik? Bagi aku, soalan tersebut mungkin agak kurang sampai. Bagaimana pula jika soalannya diolah sebegini..Apakah pilihan yang sesuai untuk diri anda? Memang, jika menurut agama 9/10 rezeki datangnya dari sumber perniagaan. Dan, ada juga salesman yang suka menambah, rezeki dari 1/10 itulah yang suka direbut oleh manusia.


Aku bukanlah ingin bersyarah atau memberi ceramah tentang sumber rezeki yang melimpah ruah dari perniagaan. Aku bukanlah seorang professor atau penceramah agama yang berkelayakan untuk memberi ceramah, malah, aku tidak layak untuk berbuat demikian. Sebab itu soalan asal telah aku olah kembali agar dapat memberi ruang yang lebih untuk aku dan mungkin juga anda untuk berfikir lebih mendalam. Jadi, aku ulang kembali soalannya..

Di antara makan gaji dan berniaga, yang manakah lebih sesuai untuk anda?

Lama juga aku berfikir untuk menjawab soalan tersebut. Bukan apa, sebenarnya aku masih lagi terkial-kial mencari sebab-sebab munasabah bagi jawapan untuk soalan itu.

Kalau aku katakan, aku ini sesuai untuk makan gaji, sehingga sekarang aku masih lagi tidak kaya-kaya setelah makan gaji melebihi 20 tahun. Ada ketikanya, aku juga keputusan wang sedangkan jumlah "take home pay" aku lebih banyak dari sebahagian orang lain yang makan gaji macam aku. Bukan aku berlagak, tetapi aku sebenarnya malu dengan beberapa rakan-rakan aku yang hanya memperolehi pendapatan jauh  kurangnya dari gaji aku tetapi tidak pernah pula aku dengar mereka menghadapi masalah kewangan. Aku juga pernah merasa cemburu kepada rakan baik aku yang hanya seorang "Mat Dispatch". Apa tidaknya, beliau memiliki beberapa rumah sewa (dengarnya 5 pintu) dan memiliki kereta Toyota Estima..wow!

Pernah juga aku menceburi bidang perniagaan tetapi tidak pula aku berjaya. Punca sebenar aku menceburi bidang perniagaan kerana ingin mengikut langkah rakan aku si "Mat Dispatch" itu yang telah berjaya.

Jadi, adakah bidang perniagaan tidak sesuai untuk aku?

Aku pernah menceburi bidang perniagaan menjual barangan penjagaan kereta tetapi gagal. Aku juga menceburi bidang perniagaan jualan langsung atau "Multi-Level Marketing" (MLM) seperti MaxCare, Amway, Zhulian dan lain-lain lagi tetapi musih jua gagal. Malah aku banyak membazirkan wang terutamanya untuk MLM Amway dan Zhulian tanpa mendapat hasil yang setimpal ataupun mungkin juga boleh diklasifikasikan sebagai mengalami kerugian yang melampau!

Yang lebih memeritkan ialah aku juga pernah menceburkan diri di dalam skim-skim pelaburan internet seperti Empay dan ut2u dan kehilangan berpuluh ribu ringgit setelah Kerajaan mengharamkan skim-skim tersebut dan membekukan wang yang telah aku laburkan (atau leburkan).

Apakah yang sesuai untuk aku?

Entahlah..aku masih lagi tercari-cari. Aku masih lagi makan gaji. Aku juga mendapat pendapatan hasil dari taklimat-taklimat serta seminar-seminar di mana aku menjadi penceramah dan facilitator di samping menjadi consultant atau juru-runding dan penasihat beberapa syarikat. Yang terbaru, kini aku menceburi semula bidang perniagaan jualan langsung MLM iaitu menjual Jus Manggis Shamelin.

Aku tidaklah aktif di dalam penjualan Jus Manggis ini kerana kesibukan aku dengan kerja-kerja yang sedia ada. Jadi jumlah bonus yang aku terima (dari 1 hingga 6 Mac 2011) tidaklah "gempak" (sila lihat paparan di bawah).


Aku juga menerima beberapa cabaran yang hampir melemahkan semangat aku di dalam penjualan  Jus Manggis Shamelin ini.

Walaubagaimanapu, aku bersyukur kerana mendapat sokongan dari emak dan ayah aku. Malah aku begitu respect ayah aku yang berjaya menaja beberapa orang down-line dan menjual Jus Manggis Shamelin. Semangat ayah itulah yang membuatkan aku lebih berkobar untuk meneruskan sahaja perniagaan ini kerana aku dapati memang ada peluang untuk aku berjaya.

Itu adalah harapan aku. Aku tidak ingin dan tidak sanggup lagi melihat pisang berbuah tiga, empat, lima atau enam kali...!!

Anda pula bagaimana? Apakah jenis sumber pendapatan yang sesuai untuk anda?


Sekian.
Readmore...
Saturday, March 5, 2011

More presentations to be conducted!

0 comments
 
Salam.

Maafkan aku kerana tidak membuat sebarang update di blog ini kerana lately aku agak sibuk melayan kerenah beberapa syarikat (khasnya syarikat Kawalan Keselamatan) yang mahukan khidmat aku sebagai juru-runding perniagaan Pengurusan Tunai. Pada masa yang sama aku juga sibuk membuat promosi dan jualan Jus Manggis Shamelin yang baru sahaja aku ceburi.

Kadang-kadang kesibukan aku menyiapkan kertas kerja dan presentation material aku kerap terlupa rutin kerja harian aku yang lainnya. Aku bersyukur kerana telah diperkenalkan dengan Jus Manggis Shamelin yang sememangnya berkesan dan memberi tenaga tambahan kepada aku untuk terus bertungkus-lumus menyudahkan kerja-kerja aku.


Dua hari lepas, aku telah dijemput sekali lagi untuk memberikan taklimat dan presentation tentang Outsourcing of Cash Management. Kali ini datangnya dari sebuah syarikat besar yang bertapak di Australia. Di atas galakan dan sokongan kerajaan Malaysia sendiri, syarikat ini berminat untuk melabur di Malaysia khasnya di dalam perniagaan Pengurusan Tunai.

Seperti kebiasaannya, aku akan menerangkan tentang situasi serta peluang-peluang yang wujud di samping memberikan beberapa saranan agar syarikat tersebut lebih bersedia untuk merealisasikan impian mereka untuk bertapak di sini.


Apa yang aku dapati, syarikat dari Australia ini sememangnya memiliki pengalaman yang luas di dalam perniagaan tersebut cuma mungkin memerlukan maklumat tambahan tentang keadaan pasaran serta beberapa peraturan yang mungkin tidak sama di antara ke dua-dua negara. Oleh sebab itu, presentation aku kali ini banyak berkisar tentang idea-idea baru yang mungkin boleh dipraktikkan di sini.

Ada juga beberapa idea baru tersebut pernah aku luahkan kepada bekas majikan aku dahulu tetapi oleh kerana ketiadaan bajet serta tidak mahu mengambil risiko, idea-idea tersebut hanya tinggal idea dan menjadi bahan asas kutukan oleh manusia yang berstatus "Lalang" dan "Backstabber".

Walaubagaimanapun, syarikat dari Australia ini begitu meminati idea-idea baru aku itu dan mahukan ianya dilaksanakan..hmmmm.

Well, aku rasa inilah peluang yang aku tunggu-tunggu...menjadi "Consultant" kepada sebuah syarikat "international".

Selepas presentation yang pada mereka amat "fruitful", aku sempat juga memberikan mereka "fliers" Jus Manggis Shamelin aku...hehehe.


Pada mulanya aku takut juga jika mereka mentertawakan atau memarahi aku kerana membuat promosi sebegitu, tetapi rupanya mereka juga teruja kerana telah biasa melihat produk-produk berasaskan khasiat manggis sebegitu seperti yang dijual oleh Vemma dan Xango.

Yes! Aku harap perjumpaan kali kedua minggu hadapan mereka akan membeli Jus Manggis Shamelin dari aku...hehehe.


Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com