Monday, August 30, 2010

Politik Pejabat memusnahkan kerjaya?

15 comments
 
Salam,

Adakah Politik Pejabat wujud di syarikat anda? Apakah kesan-kesan Politik Pejabat terhadap anda? Benarkah Politik Pejabat boleh memusnahkan kerjaya?


Sesetengah orang menganggap Politik Pejabat sesuatu yang tidak elok. Ia merupakan sesuatu yang boleh menghuru-harakan syarikat. Benarkah begitu? Walaubagaimanapun, aku dapati banyak juga syarikat-syarikat besar yang di dalamnya wujud Politik Pejabat tetapi tidak pula merudum syarikat tersebut.

Apakah maksud Politik Pejabat?

Secara mudahnya, Politik Pejabat ialah tentang situasi-situasi perbezaan yang wujud di antara para pekerja syarikat termasuklah perbezaan dari segi pendapat, kewujudan konflik akibat percanggahan kepentingan, perbezaan cara-cara berkomunikasi serta perhubungan sesama pekerja.

Perlukah kita takut akan Politik Pejabat?

Terdapat banyak pendapat yang berbeza-beza tentang Politik Pejabat. Ada sesetengah pekerja menganggap ia hanyalah unsur-unsur yang pasti menimbulkan kesusahan kepada para pekerja. Bayangkanlah, anda seorang yang amat berdedikasi di dalam menjalankan tugas-tugas anda tetapi akibat anda masuk "Team" yang salah, anda telah disisihkan dan kerjaya anda mungkin terjejas.

Walaubagaimanapun, aku tertarik dengan luahan rakanku yang agak othordox dan selalu memberikan pendapat yang lain dari orang lain. Ironisnya, pendapat-pendapat beliau itulah yang sering membuka mindaku dan berfikir secara "Out of the box" untuk mencari kepastian bagi sesuatu perkara atau pendapat.

Menurut beliau, kita tidak perlu takut dengan Politik Pejabat. Kebanyakan pekerja-pekerja yang dilabelkan sebagai "Top Performers" kebanyakannya adalah mereka yang mahir dan memiliki skill-skill yang baik untuk memenangi pertandingan Politik Pejabat. Mendengar kata-kata rakanku itu, membuatkan aku begitu "eager" untuk mencari alasan-alasan atau mungkin juga bukti-bukti akan kebenaran pendapatnya itu.

Setelah membuat kajian melalui pembacaan (di Internet atau buku-buku ilmiah berkenaan pengurusan), aku coretkan di sini beberapa teknik atau tindakan yang perlu diambil oleh pekerja-pekerja yang mahu menghadapi situasi Politik Pejabat tanpa menjejaskan karier masing-masing.

Silalah baca:

  • Buatlah pilihan yang bijak

Tindakan yang menjadi kebiasaan menghadapi Politik Pejabat ialah sama ada "mengikut" atau "menentang". Telah menjadi lumrah manusia bersikap mengikut naluri atau perasaan masing-masing untuk kepentingan diri. Walaubagaimanapun, untuk mengharungi malah memenangi pertandingan Politik Pejabat tindakan-tindakan yang perlu diambil bukan berdasarkan naluri semata-mata. 

Naluri untuk membuat tentangan mungkin menyebabkan bebanan yang lebih berat terarah kepada anda, manakala naluri untuk mengikut membabi buta boleh menyebabkan anda dilabel sebagai "Lalang" dan menjadikan anda sasaran orang tertentu untuk mempergunakan anda. Secara jelasnya, kedua-dua pilihan naluri tersebut bukanlah pilihan yang baik untuk perkembangan kerjaya anda.

Untuk memastikan kemenangan anda di dalam Politik Pejabat, anda perlu lebih bersikap berhati-hati dan sedar ketika memilih tindakan yang anda perlu lakukan mengikut keadaan dan situasi pada ketika itu (bukan mengikut naluri semata-mata). Ingat, walau bagaimana buruk sekalipun situasi pada ketika itu, anda memiliki pilihan untuk menentukan tindakan anda.

Bagaimana anda membuat pilihan? Sila lihat item seterusnya...

  • Ketahui apakah matlamat anda

Apabila berlakunya sesuatu konflik, dan anda pula terlalu fokus kepada perbezaan-perbezaan (pendapat, kepentingan dan lain-lainnya), anda akan dengan mudahnya terbabit secara total. Memberi tumpuan terhadap kewujudan perbezaan-perbezaan hanyalah suatu tindakan mengaku kalah kerana anda akan hanya mengundang lebih banyak tentangan.

Adalah lebih baik untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada mencapai objektif-objektif perniagaan syarikat. Ini bukan bermakna anda berkedudukan "atas pagar" tetapi anda sebenarnya berada di dalam acuan atau kawasan anda sendiri yang lebih baik.

Perbincangan-perbincangan mengenai cara-cara untuk mencapai objektif-objektif perniagaan syarikat adalah lebih baik daripada berbincang atau berkonflik tentang "personal differences". Secara amnya, tiada pekerja (walau berada di dalam situasi Politik Pejabat yang kronik) yang mahu syarikat gulung tikar akibat gagal mencapai objektif-objektifnya. Setiap orang di dalam syarikat inginkan perniagaan yang dijalankan berhasil. Sekiranya perniagaan menghadapi kegagalan, mereka juga kesudahannya akan gagal.

Dengan mengarahkan setiap perbincangan berfokuskan matlamat perniagaan syarikat dan meminimakan sebarang konflik, anda berupaya untuk mengelakkan diri anda dari terlibat sama dengan konflik tersebut dan meletakkan diri anda sebagai orang yang hanya berminat untuk menyelesaikan kerja-kerja anda (result oriented).

Jika anda berjaya, pekerja lain malahan mungkin bos anda juga akan menghargai anda sebagai seorang yang lebih matang dan berwawasan.

  • Fokus kepada memberi sumbangan

Ketika di tempat kerja, banyak perkara-perkara yang mungkin di luar kawalan anda. Bukanlah sesuatu yang tidak normal syarikat mempunyai polisi-polisi atau arahan-arahan pihak Pengurusan yang bercanggah dengan kehendak anda atau memberi impak kepada kehidupan anda.

Mengomel dan mengeluh merupakan reaksi lumrah para pekerja kepada polisi-polisi atau arahan-arahan sedemikian lebih-lebih lagi jika polisi-polisi atau arahan-arahan tersebut di luar kawalan mereka. Cuba anda fikirkan, selain dari rasa lega dapat meluahkan emosi, apakah ada manafaat yang diperolehi dengan membebel dan mengeluh? Aku rasa tidak.

Daripada merasa teraniaya dan marah kepada situasi, fokus atau tumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk mengawal situasi tersebut. Hilangkanlah rasa kecewa, berputus-asa atau rasa teraniaya. Percayalah, walau sekiranya anda gagal mengubah atau tidak dapat memenuhi keinginan asal anda, anda masih boleh berbangga kerana anda telah melakukan yang terbaik walaupun di dalam situasi yang tidak memihak kepada anda.

Gangguan atau halangan sentiasa wujud di tempat kerja, tetapi dengan "approach" sebegini aku percaya pihak pengurusan atasan akan menghargai anda sebagai seorang yang memahami dan berfikiran positif.

  • Jangan memihak kepada sesiapa

Di dalam kancah Politik Pejabat, ada kemungkinan anda berada di tengah-tengah 2 orang yang berkuasa (bos) yang bercakaran sesama mereka. Anda dapati diri anda dilayan seperti "bola" di sepak ke sana ke sini ketika setiap orang dari boss-boss tersebut cuba untuk mengambil-alih kuasa atau mengekalkan kuasa-kuasa mereka sendiri. Masalahnya, situasi yang anda alami itu berlaku ketika anda sendiri bertungkus-lumus memastikan kerja anda dapat diselesaikan.

Jika anda bekerja dan terlibat dalam pengurusan projek misalannya, anda tidak dapat memastikan mereka (boss-boss yang tidak sebulu itu) memberikan keputusan atau persetujuan yang sama untuk projek tersebut. Malah, ada kemungkinan kedua-duanya tidak mahu bertanggungjawab ke atas sesuatu isu. Mereka takut akan ditikam dari belakang sekiranya keputusan yang dibuat ada khilafnya atau jika tersalah langkah.

Jika situasi seperti ini berlaku, tumpukan tindakan-tindakan ke arah pencapaian objektif-objektif perniagaan dan jangan sekali-kali memihak kepada salah seorang dari mereka walaupun anda mungkin lebih suka salah seorang dari mereka itu. Letakkan mereka di dalam satu sistem komunikasi yang lazim di mana mereka perlu berkomunikasi secara terbuka agar tiada yang berkata "Itu bukan arahan saya", "Saya tidak tahu pasal perkara tersebut" atau “I didn’t say that”.

Dengan mengelakkan diri memihak kepada sesiapa, anda berupaya untuk mengelakkan konflik kedua-dua pihak dari menjadi batu penghalang pencapaian objektif-objektif perniagaan syarikat. Malah, anda mungkin juga menyelesaikan konflik di antara mereka berdua. Yang penting, anda membuatkan mereka lebih mempercayai anda.

  • Jangan anggap ianya terlalu peribadi

Di dalam kancah Politik Pejabat, anda akan mudah rasa marah, benci atau meluat terhadap orang lain terutamanya orang yang tidak sebulu dengan anda atau orang yang selalu tidak sependapat dengan anda. Perkara sedemikian seringkali berlaku. Kadang-kadang anda ingin sekali menggunakan paksaan atau kekerasan untuk itu. Jangan sekali-kali.

Manusia lebih mudah untuk mengingati saat-saat di mana mereka dimalukan atau dihina. Walaupun jika anda berjaya semasa perselisihan pendapat tersebut dan anda berasa sangat bagus kerananya, ianya mungkin hanya pada waktu tersebut sahaja. Anda mungkin akan mendapat pembalasan dikemudian hari sekiranya anda memerlukan bantuan orang itu pula. Ungkapan dalam bahasa Inggeris "What goes around comes around" mungkin berulang-ulang.

Untuk berjaya (di kancah Politik Pejabat), anda perlu membina pasukan atau network terdiri daripada pekerja-pekerja yang menyukai anda. Aku percaya, anda sudah tentu tidak mahu mengalami kegagalan akibat tindakan membalas dendam oleh orang yang sebelum ini anda malukan atau hina sedangkan anda hanya menikmati kejayaan emosi yang singkat pada ketika insiden tersebut berlaku.

Satu lagi faktor supaya anda mengawal sifat marah anda ialah untuk memastikan perkembangan kerjaya anda tiada penghalang. Bayangkan jika syarikat anda mengamalkan sistem "360 degree assessment" untuk setiap kenaikan pangkat.

Walaupun anda merupakan "star performer", boss anda mungkin perlu melawan arus pergolakan Politik Pejabat untuk menaikkan pangkat anda kerana sekiranya bos-bos lain atau pekerja-pekerja sejawatan dengan anda melihat anda sebagai seorang yang sukar diajak berunding, terlalu defensive dan sukar untuk bekerjasama. Akhirnya, anda juga yang membuat bos anda mendapat susah untuk menaikkan pangkat anda.

  • Fahami orang lain sebelum anda difahami

Seseorang merasa teraniaya kerana orang lain tidak memahami dirinya. Secara nalurinya, kita lebih berminat bertindak agar orang lain memahami kita berbanding dari cuba memahami orang lain terlebih dahulu.

Sebenarnya, tindakan cuba memahami orang lain terlebih dahulu memberikan anda kelebihan yang tersembunyi. Setelah orang yang anda cuba fahami tersebut merasakan anda memahami situasinya, dia akan kurang bersikap "defensive" dan bersedia untuk memahami anda pula. Perkara ini memberi ruang yang luas bagi komunikasi dua hala dan lebih terbuka untuk hasil keputusan yang kedua-dua pihak saling menerima.

Mencuba membuat keputusan tanpa persefahaman kedua-dua pihak sudah tentulah sukar akibat terlalu nipisnya kepercayaan dan terlalu banyaknya andaian-andaian yang tidak benar.

  • Fikir untuk sama-sama menang

Seperti yang aku jelaskan di atas, Politik Pejabat wujud akibat perbezaan atau konflik keinginan individu-individu tertentu. Masing-masing ingin menang dan mengecapi apa yang mereka inginkan. Oleh itu, untuk menang seseorang mesti kalah, dan, secara amnya, kita takut untuk kalah bagi memberi kemenangan kepada musuh kita.

Di dalam perniagaan dan pekerjaan di bawah bumbung syarikat yang sama sebenarnya perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu.

Belajar dan berfikirlah bagaimana untuk sama-sama menikmati kemenangan. Ini memerlukan anda memahami perspektif atau pandangan orang lain atau juga elemen-elemen yang menjadi keinginan mereka. Kemudiannya, memahami perspektif serta elemen-elemen yang menjadi keinginan anda pula.

Berusahalah untuk mencari jalan penyelesaian yang memberikan manafaat kepada kedua-dua belah pihak. Dengan demikian semua orang (termasuk anda) akan lebih memberikan komitmen untuk mencapai penyelesaian yang dipersetujui bersama-sama.

Manusia secara amnya tidak suka kalah. Anda mungkin terlepas dengan taktik "win-lose" sekali dua, walaubagaimanapun,  lama-kelamaan anda akan tersisih jua dan bekerja tanpa rakan-rakan yang menyokong anda di pejabat. Berfikir ke arah "win-win situation" memerlukan strategi dan sedikit pengorbanan perasaan tetapi dapat membantu anda membina kumpulan sokongan yang anda perlukan di suatu hari nanti dan semestinya untuk jangka masa panjang.



Perkara-perkara di atas hanya sekadar pendapat aku yang aku kutip semasa membaca buku-buku serta menghadiri kursus-kursus pengurusan semasa bekerja di bank dahulu. Sekiranya ada kekhilafan, aku minta maaf. Jika ia memberi manafaat kepada anda syukur alhamdulillah...


Sekian.
Readmore...
Saturday, August 28, 2010

Are you competent to be a manager?

12 comments
 
Salam,

Aku terpanggil untuk release post dan halang post lain yang ada dalam schedule kerana agak "pissed off" dengan kata-kata seorang pengurus di tempat kerja aku sekarang ini terhadap aku. Pada mulanya, aku tidak mahu ambil pusing, tetapi oleh kerana kerap sangat dia membawa mulut mencaci aku di belakang, kesabaran aku menipis juga.


Pernahkah anda menerima kata-kata sebegini dari seseorang di tempat kerja anda?
  1. Dia tu tidak ada competency untuk menjadi seorang pengurus.
  2. Dia masih belum layak untuk menjadi pengurus kerana tiada pengalaman.
  3. Tengok gaya dan muka dia, aku dah tahu dia memang tidak tahu buat kerja.
  4. Aku tidak nampak sumbangannya di syarikat ini, macamana dia boleh dilantik menjadi pengurus?

Sebelum aku teruskan, elok juga aku buang dahulu semua stress aku ni.



Aku tidak competent?

Aku bukanlah pakar di dalam menilai manusia dan juga tidak berani untuk melabel sesorang itu sebagai "tidak competent"atau "tidak tahu buat kerja". Walaubagaimanapun, manusia spesis "lalang" itu begitu lancang melabel orang lain sedemikian termasuklah aku.

Apakah sebenarnya definisi "COMPETENCE"?
Competence bermaksud memiliki skill-skill, pengetahuan, pengalaman dan kebolehupayaan yang mencukupi untuk melakukan sesuatu tugasan,

Perhatikan, perkataan yang digunakan ialah "mencukupi" dan bukannya "exceptional" atau "berlebihan". Atau dengan perkataan lainnya “good-enough doer”.

Aku tidak pernah pula terjumpa polisi-polisi berkenaan kriteria-kriteria atau syarat-syarat untuk menjadi seorang pengurus, seseorang itu mestilah "extra-ordinary". Biasanya syarikat memerlukan seseorang yang mempunyai kriteria-kriteria yang asas tetapi mencukupi untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.

Pengalaman menjadi pengurus satu kemestian?

Adakah pengalaman menjadi seorang pengurus merupakan syarat utama seseorang itu untuk menjadi pengurus?

Mungkin perkara ini agak subjektif. Sesetengah syarikat memerlukan seseorang yang mempunyai pengalaman untuk memikul tanggungjawab sebagai pengurus sekiranya tugasan-tugasan yang bakal dilaksanakan adalah terlalu berat bagi orang yang tiada pengalaman di bahagian itu. Di antaranya ialah Pengurus Projek, Pengurus Sumber Manusia serta Pengurus Kewangan.

Bagaimana pula untuk Pengurus Khidmat Pelanggan? Perlukah orang yang akan menjawat jawatan tersebut mesti pernah menjadi seorang pengurus sebelum itu? Aku rasa tidak. Apa yang penting ialah skill-skill yang mencukupi untuk dia berhubungan dengan para pelanggan syarikat seperti inter-personal skills dan communication skills.

Pengalaman rakanku

Aku pernah berbual-bual dengan seorang rakan yang mengalami situasi di mana perlantikannya sebagai seorang pengurus ditolak oleh seorang Pengurus Besar dengan alasan dia tiada pengalaman sebagai pengurus.

Menurut beliau, sebelum ini dia acapkali memangku jawatan tersebut ketika ketiadaan pengurus asal yang pergi bercuti. Malah, kebanyakan kerja-kerja pengurus tersebut dialah yang melaksanakannya dan kebiasaannya, pengurus tersebut pula yang merujuk kepadanya sebelum membuat keputusan-keputusan. Seolah-olah rakanku itulah yang membuat keputusan dan bukannya pengurus tersebut.

Padaku, rakanku itu patut diberi peluang menjawat jawatan tersebut kerana dia hanya menyambung tugasan-tugasan yang sebelum itu memang dia yang lakukan. Tetapi atas alasan yang agak kabur dan mungkin bersangkutan dengan "nepostisme", rakanku itu kehilangan peluangnya untuk kenaikan pangkat.

Rupa-rupanya, Pengurus Besar tersebut sudah ada agenda lain iaitu ingin meletakkan rakan baik dan juga saudaranya untuk menjawat jawatan tersebut.

Aku pula terfikir, adakah bersikap "nepotisme" atau "favoritisme" merupakan kriteria-kriteria penting untuk menjawat jawatan Pengurus Besar?...hmmmm

Berubahlah wahai lalang

Berbalik kepada manusia spesis "lalang" yang aku ceritakan di atas, aku berharap dia akan berubah sikap dari asyik menyalahkan orang lain, memandang rendah orang lain serta mempertikaikan credibility orang lain. Lihatlah dan cerminlah diri itu dahulu. Janganlah berdengki dengan kejayaan orang lain.



Kebiasaannya, berdasarkan pengalaman aku, kata-kata menghina itu akan memakan dirinya sendiri. Mungkin sebab itu kariernya menjadi "stagnant" selama bertahun-tahun.

Peliknya, si lalang itu tidak berani pula melemparkan kata-kata yang serupa kepada seorang Pengurus Besar yang padaku masih cetek ilmunya. Tahu pula dia takut ye? Aku tiada masalah dengan Pengurus Besar tersebut kerana aku menghormati jawatan yang dipikulnya dan aku tidak sekali-kali mahu mempertikaikan credibility beliau sebagai Pengurus Besar.

Nasihat untuk diriku

Nasihat untuk diriku sendiri pula, berhati-hatilah dengan manusia spesis "lalang" ini kerana mungkin tindakannya boleh memusnahkan karier aku kelak.

Bak kata rakan karibku, "lalang" memang sukar untuk dibuang jika setakat menebasnya. Cara terbaik ialah menggunakan racun roundup. tetapi ingat, kalaupun lalang itu telah tiada, mungkin lalang-lalang baru pula yang akan tumbuh"...dalam maknanya tu...hmmmm


Sekian.
Readmore...
Friday, August 27, 2010

Perlukah emotional?

0 comments
 
Salam,

Aku pernah memberi cadangan di blog aku ini kepada pembaca yang berminat mendalami ilmu "Emotional Intelligence Skills". Walaubagaimanapun, beberapa e-mail yang aku terima mentafsirkan "EI" sebagai sesuatu yang hanya menjurus kepada perkara-perkara negatif, sedangkan in real fact EI skills merupakan salah satu dari beberapa skill pengurusan yang amat perlu bagi seseorang pengurus yang ingin berjaya.

Perlukah kita emotional? Emotional yang bagaimana?

Emotional yang aku maksudkan di sini bukanlah seperti merajuk, menangis (atau meraung), memaki-hamun orang lain tidak tentu pasal, membentak-bentak, membaling barang-barang marahkan sesuatu atau seumpamanya. Perkara-perkara tersebut merupakan unsur-unsur negatif yang sepatutnya kita elakkan. 


Emotional yang aku maksudkan ialah tindakan-tindakan berdasarkan emosi tetapi diterjemahkan secara positif.

Sebagai contoh, seorang staff anda baru sahaja kehilangan ibunya yang tersayang. Anda sebagai seorang bos sepatutnya memujuk staff anda itu dengan emosi kesedihan, seolah-olah sama-sama merasai kesedihan yang dialami oleh staff anda itu.

Dengan intonasi yang sesuai anda menasihati staff anda itu agar tidak terlalu kecewa hingga mengganggu pekerjaannya. "Bersabarlah, saya faham perasaan awak. Kita doakan sama-sama, mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat Allah. Saya amat berharap awak dapat meneruskan kerja-kerja awak dengan baik walaupun di dalam kesedihan."

Aku percaya, tindakan anda itu akan membuat perasaan staff anda lebih bersemangat untuk bekerja dan mungkin lebih baik lagi kerana menganggap anda adalah seorang bos yang prihatin dan menjaga kakitangannya.

Bagaimana pula jika anda menasihati dengan cara begini. Dengan nada serius seorang bos anda berkata kepadanya "Sudah-sudahlah tu. Kalau awak menangis keluar air mata darah sekalipun, ibu awak tu tidak akan hidup semula. Banyak kerja lagi di pejabat ni perlu dibuat selain dari menangis."...erkk!


Artikel ini dan beberapa lagi artikel yang berkaitan (akan datang), aku khususkan kepada staff-staff aku di level pengurusan sebagai rujukan. Sekiranya anda membaca artikel ini dan mendapat manafaat darinya, alhamdulillah.

Terdapat juga beberapa laman web atau e-books yang menghurai tentang topik ini dengan lebih lanjut sekiranya anda memerlukannya.

Pengenalan kepada Emotional Intelligence Skills

Sebagai pengenalan, kita lihat definisi Emotional Intelligence.

Emotional intelligence ialah sifat semulajadi (sejak lahir) untuk merasa, mengguna, berkomunikasi, mengenal, mengingat, belajar, mengurus, memahami dan menerangkan/menyampaikan perasaannya (emosinya).

Benarkah Emotional Intelligent skills lahir secara semulajadi?

Mari kita lihat EI Skills yang ada pada bayi:
  • Merasa emosi - Merasa takut adalah skill semulajadi yang wujud pada bayi dan kanak-kanak. Inilah skill yang wujud dan memberi ruang kepadanya berusaha memenuhi keperluan hidup. Jika bayi tidak mempunyai rasa takut, dia tidak akan berusaha untuk memastikan keselamatannya dirinya dan meneruskan kehidupannya.
  • Mengguna emosi -Bayi yang ketakutan akan menggunakan faktor ketakutan tersebut untuk mengambil langkah-langkah tindakan yang sepatutnya.
  • Menyampaikan emosi - Tindakan yang biasanya diambil oleh bayi adalah menangis malah meraung jika terlalu takut. Bayi yang memiliki EI skill yang baik akan tahu cara-cara yang sesuai menyampaikan emosinya. Raungan yang kuat melambangkan ketakutan atau kesakitan yang lebih berbanding rengekan kecil.
  • Mengenal emosi -Bayi yang memiliki EI skills yang tinggi akan cepat mengenal bila ibu atau ayahnya marah.
  • Mengingati emosi - Bayi yang memiliki EI skills yang tinggi akan cepat ingat bagaimana watak atau perangai ibu atau ayahnya apabila marah (melalui suara dan pergerakan tubuh mereka).
  • Belajar dari emosi - Bayi yang memiliki EI skills yang tinggi akan cepat belajar apakah kelakuannya atau tindakannya yang akan menimubulkan kemarahan ibu dan ayahnya.
  • Mengurus emosi - Bayi yang memiliki EI skills yang tinggi akan cepat belajar mengawal emosinya agar tidak membuat ibu dan ayahnya marah. Sebagai contoh, dia tidak akan menangis (walaupun menangis merupakan lumrah tabiat bayi), jika menangis membuat mereka marah.


Perkara-perkara yang aku paparkan di atas adalah skill-skill yang sememangnya wujud pada masa kita masih bayi lagi. Memahami emosi walaubagaimanapun mungkin hanya terolah setelah otak bayi berkembang dan tahu untuk membuat penilaian-penilaian perkara-perkara yang lebih kompleks.

Jika kita lihat skill-skill bayi yang aku paparkan di atas, kita boleh bahagikan kepada 4 komponen utama iaitu:
  1. Peka kepada emosi
  2. Ingat kepada emosi
  3. Memproses emosi dan kemampuan menyelesaikan masalah
  4. Mempelajari emosi

Apakah kaitannya dengan pengurusan?

Actually banyak, tetapi aku cuma akan huraikannya di post akan datang...hehehe.

Artikel akan datang mungkin akan menarik minat anda untuk membacanya kerana aku akan hubung-kaitkannya dengan jenis-jenis pengurus sepertimana post aku yang lalu. Sila klik di SINI jika anda ingin membacanya semula.

Sebagai contoh, di antara huraian-huraian aku, ada bercerita tentang bos-bos yang perlu untuk menjadi "BAYI" semula bagi memulihkan dirinya akibat kehilangan skill-skill asas tersebut..hehehe.


Sekian.
Readmore...
Thursday, August 26, 2010

Ungkapan siapakah yang betul?

2 comments
 
Salam,

Hari ini aku ingin share dengan anda beberapa ungkapan-ungkapan ciptaan manusia yang selalu kita dengar. Cuba kita kaji ungkapan-ungkapan tersebut dan lihat rasional disebalik sanggahan kepada ungkapan-ungkapan tersebut. Bukan apa, mungkin ini akan membantu kita untuk belajar berfikir secara "Out of the box" atau membuat anjakan paradigma agar kehidupan kita lebih sempurna (mungkin...hehehe)


Dan aku juga membandingkan ungkapan-ungkapan sealiran yang datangnya dari Allah SWT yang Maha Mengetahui supaya kita sama-sama sedar.



Ungkapan-ungkapan berikut aku perolehi dari satu artikel (aku telah terjemahkan ke bahasa Melayu) dari satu e-mail yang aku telah terima.


Tentang masa

Ungkapan asalnya ialah "masa tidak akan menunggu kita".

Cuba kita lihat sanggahan kepada ungkapan tersebut "Jika masa tidak menunggu kamu, jangan risau! cuma keluarkan bateri dari jam dan berseronoklah dengan kehidupan kamu!."

Cuba pula kita lihat tafsiran al-quran tentang masa (surah al-asr):
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh. Berpesan-pesan dengan kebenaran. Berpesan-pesan dengan kesabaran."

Lihatlah bagaimana Allah SWT menyusun kalamNya. Tiada siapa yang boleh menyanggah. Subhanallah.


Tentang keadilan

Ungkapan asalnya ialah "jika anda ingin dilayan dengan adil (oleh manusia), anda perlulah bersikap adil" atau "Jika anda ingin dihormati, hormatilah orang lain terlebih dahulu".

Cuba kita lihat sanggahan kepada ungkapan tersebut "Mengharapkan dunia memberikan anda layanan yang adil kerana anda adalah seorang yang baik adalah seperti mengharapkan seekor singa tidak menyerang anda kerana anda seorang vegetarian. Fikirkanlah."

Cuba pula lihat kalam Allah SWT yang bermaksud,
"Setiap perbuatan (baik atau buruk) walau sebesar zarah sekalipun akan mendapat balasan (syurga atau neraka)."
Ayat tersebut mengandungi beberapa tafsiran tetapi aku cuma ingin fokus kepada 2 perkara iaitu setiap perbuatan akan mendapat balasan dan satu lagi hanya Allah SWT yang menentukan dan memberikan balasan (bukan manusia) kerana Dialah yang Maha Adil

Ada juga orang mempertikaikan bahawa ayat tersebut tidak ada menyebut bahawa Allah SWT yang akan memberi balasan. Tetapi cuba kita fikir tentang penggunaan perkataan "zarah".  Memang "dalam" maknanya dan semasa ayat tersebut diturunkan manusia masih terpinga-pinga tentangnya. Adakah manusia boleh melihat "zarah"? Fikirkanlah.




Tentang kecantikan

Ungkapan asalnya ialah "Kecantikan tidak dinilai dari luaran dan pakaian yang anda pakai, tetapi apa yang di dalam diri anda."

Apa pula sanggahan kepada ungkapan tersebut? Cuma tambah ayat ini "Jadi, cuba anda keluar rumah esok tanpa seurat benangpun dan lihatlah kesannya!".

Mari kita lihat pula ayat Allah SWT yang lebih kurang bermaksud,
"Orang yang tinggi nilanya di sisi Allah ialah orang yang tinggi taqwanya."
Dari segi zahiriah, memang tiada perkataan "cantik" di dalam surah tersebut tetapi adalah menjadi kebiasaan benda-benda yang cantik itu menjadi kesayangan kita. Pada manusia, kecantikan dalaman itu mungkin bermakna hati, tetapi bagi Allah SWT, perkataan "taqwa" itu lebih mendalam maksudnya.

Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya "taqwa". Walaupun istilah "taqwa" selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar.Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Jika anda berminat membaca tafsiran dan takrif  "taqwa" secara lebih mendalam, sila layari website berikut http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2909.0


Ungkapan bercanggah?

Ungkapan dari Jawaharlal Nehru "Minum arak merupakan musuh kita yang paling utama"
Ungkapan dari Mahatma Gandhi "Kita perlu belajar menyayangi musuh-musuh kita"
Jadi, siapakah yang perlu kita ikut dan mana satu yang perlu kita pilih? Errr...mana satu ek?...hehehe



Tujuan aku paparkan ungkapan-ungkapan di atas bukanlah menidakkan kredibiliti pencipta-penciptanya cuma sekadar ingin membuat perbandingan pengetahuan manusia yang tidak seberapa berbanding Allah SWT yang Maha mengetahui. Subhanallah.


Sekian.
Readmore...
Tuesday, August 24, 2010

Coffee can fight diseases?

11 comments
 
Salam,


Telah bertahun kopi seringkali dianggap sebagai bahan minuman yang tidak menyihatkan, menyukarkan peminumnya untuk tidur serta berkait rapat dengan ketagihan merokok. Walaubagaimanapun, kini para saintis telah menemui sesuatu fakta menarik tentang kopi. Kopi dikatakan (berdasarkan fakta dan kajian) memiliki atau mengandungi ejen anti-oksidan yang berupaya membantu melawan berbagai-bagai jenis penyakit termasuklah sakit jantung dan kencing manis.


Mungkin anda telahpun mengetahui atau pernah membaca artikel yang hampir serupa, so, tidak mengapa jika anda ingin abaikan sahaja post ini. Aku hanya ingin berkongsi maklumat yang sama dengan anda yang masih tidak tahu ataupun mungkin kepada anda yang ingin mengingat kembali artikel yang anda telah baca tentang kebaikan kopi.




Jenis-jenis penyakit

Aku paparkan di sini sebahagian dari jenis-jenis penyakit yang boleh dilawan oleh kopi:


Dementia

Dementia ialah tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh ketidak-aturan yang melibatkan bahagian otak manusia. Ia bukanlah satu jenis penyakit yang spesifik. Orang yang mengalami dementia mungkin tidak dapat berfikir dengan waras atau lambat berfikir ketika melakukan aktiviti kebiasaannya seperti memakai pakaian dan juga makan. Mereka juga mungkin menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah serta gagal untuk mengawal emosi. Personaliti mereka mungkin berubah termasuk gelisah tidak keruan atau melihat sesuatu yang sebenarnya tiada di situ.

Kehilangan memori merupakan perkara lumrah bagi pesakit Dementia. Walaubagaimanapun, kehilangan memori sahaja bukanlah bermaksud pesakit mengalami dementia. Dementia selalunya memberi masalah kritikal kepada dua fungsi utama otak iaitu memori dan menterjemah bahasa.

Menurut kajian saintis dari Sweden dan Finland (2009), meminum sejumlah kopi (bagi mereka di pertengahan umur), 3 hingga 5 cawan sehari, dapat mengurangkan risiko menghidap Dementia sebanyak 65%.


Penyakit Hati

Kajian juga menunjukkan bahawa orang yang minum minuman keras secara berlebihan dan kemudiannya mengamalkan meminum kopi melebihi 4 cawan setiap hari telah berjaya mengurangkan risiko pembentukan sirosis sebanyak 80%. Sirosis (cirrhosis) adalah komplikasi melibatkan hati di mana sel-sel hati kehilangan fungsi utamanya atau mati.


Penyakit Jantung

Kajian saintis juga menunjukkan bahawa wanita-wanita yang minum kopi 2 hingga 3 cawan sehari dapat mengurangkan risiko kematian akibat serangan penyakit jantung sebanyak 25%. Menurut kajian ahli-ahli saintis Sepanyol lelaki-lelaki yang minum kopi melebihi 5 cawan sehari dapat mengurangkan risiko serangan penyakit jantung sebanyak 44%, manakala wanita-wanita yang minum 4 hingga 5 cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko yang sama sebanyak 34%.


Kanser Prostat

Satu kajian terkini oleh Harvard Medical School mendapati bahawa lelaki yang minum banyak air kopi berupaya mengurangkan risiko penyakit Kanser Prostat sebanyak 50% berbanding lelaki-lelaki yang tidak minum kopi.


Penyakit Gout

Menurut kajian ahli-ahli sains Amerika Syarikat dan Kanada, meminum kopi melebihi 4 cawan sehari secara dramatik berupaya mengurangkan insiden-insiden penyakit Gout. Lelaki-lelaki yang minum 4 ke 5 cawan kopi setiap hari berjaya mengurangkan risiko serangan gout sebanyak 40%, manakala mereka yang minum 6 atau lebih cawan kopi setiap hari berjaya mengurangkan risiko serangan Gout sebanyak 59% berbanding mereka yang tidak minum kopi.


Kanser Buah Dada

Menurut kajian saintis Sweden, kopi berupaya mengurangkan risiko serangan Kanser Buah Dada atau melewatkan proses tumbesaran barah tersebut. Kajian tersebut mendapati kopi berupaya mengubah metabolisme wanita dengan menghasilkan estrogen yang selamat dan mencukupi. Wanita yang minum 2 ke 3 cawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko barah sebanyak 75%, bergantung kepada tahap dan jenis Kanser Buah Dada yang dihidapi.


Penyakit Kencing Manis

Menikmati 6 atau lebih cawan kopi setiap hari menghindar serangan Penyakit Kencing Manis jenis 2 sebanyak 54% bagi lelaki dan 30% bagi wanita berbanding mereka yang tidak minum kopi.


Penyakit Parkinson

Beberapa kajian menunjukkan bahawa meminum kopi mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehingga 80% (bagi lelaki) dan risiko tersebut lebih banyak dapat dikurangkan jika minum lebih kopi.


Kanser Usus Besar

Satu laporan dari saintis Jepun mendapati bahawa wanita yang minum 3 atau lebih cawan kopi setiap hari berjaya mengurangkan risiko menghidap barah tersebut sebanyak 50%.


Kajian berterusan tentang kopi

Apakah unsur-unsur yang menjadikan kopi berupaya melawan penyakit? Kebanyakan penyelidik dan saintis percaya bahawa ianya berpunca dari unsur-unsur anti-oksidan polyphenols atau flavonoids yang wujud di dalam kopi. Walaubagaimanapun, terdapat beratus lagi unsur-unsur atau bahan yang terkandung di dalam kopi yang mungkin menyumbang kepada kebolehupayaannya melawan penyakit.
 
 
 
Sebenarnya artikel ini aku tujukan khas kepada isteri aku yang sering melarang aku minum kopi setiap pagi. Selepas membaca artikel ini, aku berharap dia akan berubah fikiran...hehehe.
 
 
 
Sekian.
Readmore...
Monday, August 23, 2010

Pedoman untuk aku dan isteri Part 2

5 comments
 
Salam,


Pernahkah anda berselisih faham dan bertengkar dengan isteri anda? Bagaimanakah anda menangani situasi semasa pertengkaran tersebut? Post kali ini khas untuk aku sebagai seorang suami. Sekiranya anda juga mendapat manafaat dari post ini, syukur alhamdulillah...



Aku paparkan di sini beberapa perkara asas tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh para suami ketika menghadapi situasi pertengkaran dengan isteri.


1.   Jangan terlampau banyak bercakap

Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk membetulkan keadaan.

2.   Jangan menyebut kelemahan pasangan

Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.


3.   Jangan membalas perbuatannya

Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.


4.   Jangan cuba mengubah pasangan

Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.


5.   Fokus kepada masalah

Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.


6.   Jangan tinggikan suara

Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.


7.   Gunakan panggilan manja

Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.


8.   Elakkan terlalu emosional

Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.


9.   Gunakan perkataan yang baik-baik

Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"


10.  Jangan bertengkar depan makanan dan di tempat tidur

Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.


11.  Dengar luahan isteri

Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.


12.  Jangan bergaduh depan anak-anak

Dengan bergaduh di hadapan anak2, anda hanya akan membuatkan anak2 keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak2 anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.


13.  Bersabar  

Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.


14.  Say NO to third party  

Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.


15.  Mengalah tidak bererti kalah  

Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.


16.  Jangan keluar dari rumah sebelum selesai  

Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingatbahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.

Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dasyat akan menyebabkan mereka bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.


17.  Luahkan  

Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.


18.  Pelukan dan kemaafan  

Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.


Renung-renungkanlah demi kebahagiaan rumah tangga.



Sekian.
Readmore...
Friday, August 20, 2010

Cara-cara menghilangkan mengantuk

11 comments
 
Salam,


Sebenarnya, aku bercadang hendak "release" post ini lusa kerana hari ini telahpun ada post baru. Walaubagaimanapun, aku rasa tidak tertahan untuk memaparkannya sebab ia agak menarik dan membuatkan aku sentiasa tersenyum..kadang-kadang ketawa juga..hehehe.


Aku paparkan di sini cara-cara bagaimana untuk menghilangkan mengantuk sewaktu bekerja di bulan puasa yang mulia ini yang telah aku terima melalui e-mail dari seorang rakan.

Aku berharap anda akan enjoy dan mungkin ingin mencuba kaedah-kaedah yang dipaparkan...hehehe.

Beginilah cara-caranya:

1. ni ala taichi sikit la...sebagai intro dan warming up..
 
2. tiru la macam ni...untuk melegakan bahu dan leher.. 

3. wa..wa.. aaa 


4. gerak kekanan kemudian ke kiri.
 
5.ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..

6.tepuk kuat kuat kat dahi..ni untuk hilang mengantuk.. 

7.dah tu buat gerakan tangan dan badan...buat macam happy aje..

8.kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...buat macam takde masaalah...

9.buat secara aggresive pula...jangan peduli apa orang lain kata.. 

10.hilangkan semua stress..

11.pusingkan kepala..

12.tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak?...sape kulit gelap jgn trase plak 

13. akhir sekali buat joget kucing..


Dan...kalau tak boleh jugak...jadilah macam kucing nih...
...

...

...

...




Selamat mencuba...hehehe



Sekian.
Readmore...

Be an effective manager

0 comments
 
Salam,

Bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya? Mungkin agak sukar untuk memberikan butir-butir atau cara-cara untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya kerana kebiasaannya seorang pengurus yang effektif akan memberi tumpuan ke pelbagai aspek pengurusan, kepimpinan dan pembelajaran di dalam sesebuah organisasi.

Perkara yang paling penting untuk memastikan kejayaan di dalam pengurusan adalah menjadi seorang yang orang lain ingin ikuti atau contohi. Setiap langkah-langkah atau tindakan yang kita ambil semasa bekerja di dalam sesebuah organisasi boleh membantu untuk menentukan sama ada orang lain sudi menjadi pengikut anda.
 
Apakah cara-caranya?

Aku paparkan di sini berberapa kemahiran atau pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seseorang jika ingin menjadi seorang pengurus yang berjaya (sekadar yang aku tahu):

  • Bina satu sikap perhubungan  yang effektif dan responsif di antara sesama pekerja seperti menghormati hak-hak di antara satu sama lain, menunjukkan rasa simpati, kasih sayang, bekerjasama, hormat-menghormati, mempercayai dan bersikap prihatin.


  • Berhubung secara effektif sama ada secara bertentang mata, melalui cetakan risalah-risalah, surat-menyurat atau juga melalui e-mail. Amalkan sikap mahu mendengar dan hubungan dua hala semasa berinteraksi dengan orang lain.

  • Membina semangat berpasukan dan menggalakkan staff untuk bekerjasama secara collektif dan effektif sesama mereka. Kebiasaannya, staff akan lebih effektif, kreatif serta produktif dengan kehadiran pemimpin yang mementingkan kerjasama berkumpulan.

  • Fahami aspek-aspek kewangan setiap projek/perniagaan dan tetapkan matlamat yang ingin dicapai. Ukur dan catat progres sesuatu projek termasuk perkembangan serta kebolehupayaan kakitangan. Catatkan juga unsur-unsur kejayaan yang dicapai oleh staff dan berikan merit yang sepatutnya.

  • Tahu bagaimana untuk mencetuskan suasana pekerjaan yang "Conducive" dan menerbitkan unsur-unsur pemikiran yang positif di kalangan staff-staff. Tahu bila perlu memberi imbuhan atau membuat teguran agar staff-staff lebih bermotivasi melakukan tugasan dengan iltizam yang tinggi bagi kejayaan kumpulan.

  • Jadikan diri sebagai contoh yang baik dan berikan penghargaan kepada staff yang melakukan perkara yang sama.

  • Bantu staff untuk mengembangkan kebolehan mereka melalui pendidikan yang berterusan serta teguran-teguran yang membina.
 
Actually, terdapat beberapa lagi cara-cara dan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya. Apa yang aku paparkan di sini hanyalah pandangan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman aku menghadiri kursus-kursus Management. Anda boleh juga mendapatkan maklumat-maklumat yang lebih baik dan lengkap di lama-laman web yang berkaitan.
 
 
Sekian.
Readmore...
Thursday, August 19, 2010

Ku Sangka Bebiri Rupanya Ba..

10 comments
 
Salam,

Aku minta maaf sekiranya post kali ini memaparkan benda "mughalazah" yang mungkin sensitif bagi sesetengah orang. Tujuan aku paparkan gambar-gambar tersebut semata-mata ingin berkongsi dengan anda sesuatu yang aku baru sahaja ketahui setelah mendapatnya dari satu e-mail pagi tadi.


Kebiasaanya, benang-benang diperbuat dari bulu biri-biri (bebiri), sutera, kapas dan sebagainya. Tidak terlintas pula diperbuat hasil dari benda "mughalazah" ini kerana aku selalu lihat (gambar dan di zoo) badannya tidaklah berbulu seperti bebiri.

Tetapi...yang ini....?

Babi Mangalitsa yang berasal dari Austria dan Hungary


Lagi gambar haiwan tersebut...



Aku berharap pihak berwajib terutamanya JAKIM cepat bertindak dan memainkan peranan. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim.

Beringat-ingatlah...



Sekian.
Readmore...
Wednesday, August 18, 2010

Berpesan-pesan di bulan Ramadhan

5 comments
 
Salam,

Coretanku ini khas aku tujukan buat diriku dan isteriku agar sentiasa memperbaiki diri dan sentiasa berusaha mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. agar beroleh kebahagian atas rahmatNya di dalam dunia dan sudah tentunya di akhirat kelak.

Apabila aku menyebut "untuk diriku dan isteriku" bukan pula bermaksud sekarang ini kami sedang berperang besar...almaklumlah, raya dah dekat, giliran kampung siapa pula kali ini...hehehe.


Kami sebenarnya hidup dalam harmoni. Bukankah lebih elok berpesan-pesan di ketika suasana yang harmoni...hmmm.

Coretan aku ini tiada niat atau tujuan untuk melabel diri sebagai "orang alim" atau "warak" serta tiada pula niat untuk mendidik sesiapa yang membacanya. Ianya khas menjadi rujukan buat diriku dan isteriku. Aku juga terpanggil untuk memaparkan post ini di blog ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. "Sampaikanlah walau sepotong ayat'. Sekiranya anda membaca dan mendapat manafaat dari coretan aku ini, syukur alhamdulillah...

Pesanan Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W.  menyuruh kita untuk memperbanyakkan beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Apakah fadhilat/kelebihan beristighfar?



Elakkan sifat nyanyuk. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : 'Sesiapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali dalam sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang pelupa (nyanyuk).'

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita


Elakkan rasa gelisah atau dukacita. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : 'Sesiapa yang melazimkan amalan istighfar,  akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat  ham bererti  gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita.  Sifat hazan bererti berdukacita'.

Memurahkan rezeki . Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.  Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.


Apakah fadhilat/kelebihan Sedekah?


Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:


Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang  hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.  Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril a.s. setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri,  selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, 'Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya'.


Memberi salam. Memberi salam adalah sunat tetapi menjawab salam adalah wajib bagi kita. Berilah salam dengan ikhlas kerana salam itu merupakan suatu doa.


Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.' Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :  'Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.'



Ingat mengingati


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama mahasabah diri. Mencari dan menilai kelemahan diri, berusaha memperbaikinya dengan amalan-amalan mulia. Menambah serta memperbaiki kelebihan diri yang telah ada dan beramal dengannya agar sentiasa terpelihara dan diredhai oleh Allah SWT.

Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Sekian...wassalam.


%%%%%%%%%
Kepada seluruh umat Islam yang membaca blog aku ini, aku paparkan Jadual Berbuka dan Imsa' bagi seluruh Malaysia untuk rujukan anda:



BIL NEGERI ZON
1 MELAKA MELAKA
2 JOHOR ZON 1- PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON 2- DAERAH JOHOR BAHRU,KOTA TINGGI,MERSING DAN PULAU BERDEKATAN
ZON 3-DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON 4-BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR
3 PERAK ZON 1- TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON 2- IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON 3- PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON 4- TEMENGOR DAN BELUM
ZON 5- TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT,
LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON 6- SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON 7- BUKIT LARUT
4 SARAWAK ZON 1-LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON 2-NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI 
ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON 5-, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON 6-KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI,   LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON 7-SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON 8-KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN
5 SABAH ZON 1-BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR  SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON 2-BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT,  JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH
ZON 3-BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN,LAHAD DATU DAN KUNA
ZON 4-BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR  TAWAU, PULAU SEBATIK,
MEROTAI DAN  KALABAKAN
ZON 5-(BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON 6-GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON 7-(BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG,
KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON 8- BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN  KENINGAU
ZON 9-BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT,  BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG
6 TERENGGANU ZON 1- KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON 2- BESUT DAN SETIU
ZON 3- HULU TERENGGANU
ZON 4- KEMAMAN DAN DUNGUN
7 KELANTAN ZON 1-JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON 2-JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM
8 SELANGOR ZON 1-DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON 2-DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM
9 PAHANG ZON 1-PULAU TIOMAN
ZON 2-KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON 3-TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN  BERA
ZON 4-RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON 5-GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON 6-CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND
10 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
PUTRAJAYA
LABUAN
11 PERLIS PERLIS
12 NEGERI SEMBILAN ZON 1-JEMPOL DAN TAMPIN
ZON 2- SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA  PILAH DAN JELEBU
13 KEDAH ZON 1- DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON 2- DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON 3- DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON 4- DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON 5- DAERAH LANGKAWI
ZON 6- PUNCAK GUNUNG JERAI
14 PULAU PINANG PULAU PINANG

Sumber: Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan, Jakim


Selamat berpuasa
Readmore...
Thursday, August 12, 2010

Teruk sangatkah Bos Wanita?

20 comments
 
Salam,

Aku ingin sambung kembali coretan aku tentang situasi-situasi yang membangkitkan emosi ketika bekerja. Bukan apa, sekadar ingin mencari ruang berfikir dan menjadi Pengurus yang lebih baik dan dihormati oleh staff-staff aku.

Sebelum ini aku telah paparkan perbualan-perbualan aku dengan rakan-rakanku yang kebanyakan dari mereka tidak berpuas hati dengan cara-cara atau perangai pengurus-pengurus mereka. Jika anda ingin membaca atau membaca semula perbualan-perbualan tersebut sila klik link berikut
http://abanglongonline.blogspot.com/2010/08/teruk-sangatkah-prestasi-kerja-aku.html
 
 
Kali ini aku akan bercerita tentang beberapa peristiwa yang aku telah alami sendiri. Mungkin anda boleh memberikan sedikit komen atau cadangan agar aku dapat memperbaiki diriku. Walaubagaimanapun, coretan aku kali ini hanya berkisar tentang "bos wanita".

Sejauh manakah penerimaan anda terhadap bos wanita? Adakah wanita boleh menjadi bos yang lebih baik dari lelaki? Rasionalkah atau profesionalkah mereka setelah menjadi bos?

Situasi 1

Sewaktu aku bertugas di Maybank, aku ada seorang bos wanita yang agak sukar menerima perubahan-perubahan. Acapkali, apabila aku cuba mengenengahkan idea berkenaan proses-proses baru, ada sahaja tegahannya. Cuma tidaklah dia marah-marah (atau mungkin semasa di hadapan aku sahaja).

Aku bukanlah seorang yang anti bos wanita, cuma, bekas bos aku ini agak conservative dan terlalu defensive. Mungkin beliau telah terlalu lama berada di dalam comfort zone hingga takut jawatannya atau kerjanya akan hilang jika idea-idea proses baru aku itu dilaksanakan.

Pihak Management, sebaliknya, menilai idea-idea aku tersebut sebagai sesuatu yang beneficial untuk Maybank. Oleh itu, banyak idea-idea aku telah diguna-pakai.

Akibatnya, bos wanita aku itu mula dingin dan melabelkan aku sebagai "gila kuasa" (ingin mengambil-alih tempatnya) dan sering mengadu kepada staf-staf lain bahawa aku tidak menghormati beliau sebagai seorang bos kerana suka bertindak "overule" tanpa merujuk kepadanya.

Well, dari satu segi aku mungkin kelihatan seperti telah "overule" dia tetapi apa perlu aku buat jika pihak Management memanggil aku dan bukan dia? Pernah juga beliau dipanggil sama tetapi tiada idea bernas yang datang darinya (ini kata pihak Management bukan dari aku).

Setelah idea-idea aku diguna-pakai, bos aku itu mula meluat melihat aku. Sentiasa sahaja mencari kesalahan-kesalahan dari perubahan-perubahan proses berdasarkan idea-idea aku. Di antara statement yang sering terpacul dari mulut beliau ialah "Ini semua Wansuhaimi punya pasal!". Masalahnya, tidak berani pula dia mengeluarkan statement tersebut di hadapan aku.

Aku tetap bersabar dan terus-terusan memperbaiki proses-proses baru tersebut. Keadaan agak terkawal dan keberkesanan proses-proses baru tersebut mendapat pujian dari pihak Management.

Setelah berpindah dari Jabatan tersebut, jawatan aku telah disandang oleh seorang wanita yang juga berperangai seperti bos wanita aku itu. Mungkin untuk meninggalkan "jejak" (bahawa dia pada waktu itu berkuasa dan bukan lagi aku), ketua Unit baru tersebut telah cuba membuat beberapa perubahan ke atas proses-proses yang telah aku guna-pakai sebelumnya. Akibatnya, hampir hura-hara Jabatan tersebut dan backlog menimbun hingga melebihi tempoh setahun.

Apabila aku bertanya kepada ex-staff aku yang masih bekerja di situ, statement ini masih lagi relevant dan diguna-pakai bukan sahaja oleh bos wanita aku tersebut malahan juga pengganti aku itu "Ini semua Wansuhaimi punya pasal!"...adoi ai..

Situasi 2

Ketika aku bekerja di Mahmood Security pula, big boss (MD) juga seorang wanita. Memang garang. Kalau dia datang ke Cash Center semua staff akan tahu akan kehadiran beliau kerana telah menjadi kebiasaan untuk beliau "memberi isyarat" dengan suaranya yang lantang.

Aku tiada apa-apa isu tentang MD aku itu. Padaku, beliau perlu memiliki ciri-ciri sedemikian untuk memastikan syarikat beliau terus wujud. Aku rasa, tidak sesuai seorang MD atau big boss yang "lemah lembut" untuk sebuah syarikat kawalan keselamatan.

Aku sebenarnya agak "pissed off" dengan seorang lagi bos wanita yang mengepalai bahagian pxxxxxxxn (mxxxxxxxg) di situ. Beliau, padaku seorang talam dua tiga muka yang aku perlu berjaga-jaga sentiasa.

Di awal kedatangan aku ke syarikat security tersebut, dia memang tidak suka kepada aku. Berbagai-bagai tohmahan yang aku terima tetapi aku tidak rasa terancam kerana MD sentiasa menyokong aku.

Punca sebenar kenapa dia membenci aku, tidak pula aku ketahui tetapi menurut rakan-rakan sejawatanku beliau iri hati kerana gaji aku lebih...hmmm

Dari segi sumbangan, aku rasa banyak juga perkara-perkara penting yang telah aku buat. Malah, semasa aku di situ, pihak Maybank dengan relanya menambah mesin-mesin ATM dan CDM untuk diservis. Mungkin juga itulah punca beliau "angin" dengan aku. Seolah-olah dia tidak diperlukan di situ setelah kedatangan aku...hmmm

Walaubagaimanapun, mungkin di atas kelalaian aku, akhirnya beliau berjaya juga menghasut MD untuk membenci aku dan aku terpaksa berundur dari syarikat itu.

Apa pandangan anda?

Aku rasa cukup itu sahaja situasi-situasi yang perlu aku paparkan di sini. Bukan apa, aku tidak mahu dianggap sebagai seorang yang anti bos wanita. Padaku, wanita juga boleh menjadi seorang bos yang baik, malah ada kemungkinan lebih baik dari lelaki.

Tetapi, kebanyakan cerita-cerita yang aku dengar, ramai rakan-rakanku kurang gemar dengan bos wanita. Menurut mereka bos wanita selalunya dan kebiasaanya pada waktu-waktu tertentu terlalu emosional, tidak rasional dan tidak profesional di dalam tindak tanduk mereka.

Bagiku, emosional kadang-kadang perlu tetapi mestilah tahu bagaimana untuk mempergunakannya. 

Jika anda suka membaca atau menghadiri kursus-kursus, aku cadangkan anda cari topik ini "Emotional Intelligent Skills". Percayalah, banyak perkara-perkara yang kita boleh belajar dari topik tersebut khasnya bagaimana untuk mempergunakan sifat emosional kita di dalam kerja dan menghasilkan sesuatu yang baik walaupun di luar jangkaan.


Well, bagaimanakah penerimaan anda tentang bos wanita?


Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com