Saturday, July 31, 2010

Another way to increase traffic to your blog

12 comments
 
Salam,

Kali ini aku coretkan satu post yang agak pendek. Aku ingin share dengan anda semua tentang satu lagi cara untuk menambahkan jumlah pelawat ke laman web atau blog anda secara “exchange links” dan cara ini bagi aku amat menarik!


Exchange Links

Sebelum ini, semua "exchange links" aku buat secara manual dengan meminta pemilik website atau blog untuk menerima aku sebagai rakan dan meminta mereka meletakkan link blog aku ke dalam website atau blog mereka. Sebagai balasan, aku juga perlu meletakkan link-link website atau blog mereka ke dalam blog aku pula.

Kesemuanya aku perlu lakukan secara manual. Aku juga pernah mendaftar untuk menggunakan aplikasi blogrol di “Blogrolling.com” tetapi website tersebut seringkali menghadapi masalah kebelakangan ini dan link-link tidak dikemaskinikan seperti yang sepatutnya dan aku sendiri tidak boleh lagi menambah link-link baru.

Aku selalu terfikir bagaimana untuk menyemak prestasi “exchange links” aku dengan website atau blog lain. Aku tidak tahu bagaimana untuk melihat jumlah hit yang aku terima dari link-link yang aku telah submit ke website atau blog tersebut serta jumlah hit website atau blog melalui blog aku ini.


Aku juga tidak tahu samada link menghala ke blog aku itu masih wujud atau tidak di website atau blog mereka.

 
Aku memang tidak mempunyai masa untuk memeriksa setiap website atau blog yang sepatutnya memaparkan link blog aku.

Definitely, aku memerlukan satu report yang menunjukkan statistks berkaitan link blog aku ini.

Aku memerlukan satu website yang menyediakan "exchange links" secara automatik dan pada masa yang sama memberikan aku satu report berkenaan prestasi link aku itu (jumlah impressions dan hit). Dengan demikian, aku boleh memberi fokus kepada menulis post-post yang aku suka.

Aku dah jumpa! 23Blogs.com!

Aku telah menemuinya pagi tadi bila aku pergi melawat satu blog yang terpapar di iklan “Entrecard” aku.

Jika anda seperti aku berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang 23Blogs dan juga mendaftar (secara PERCUMA), anda boleh lawati websitenya di SINI.

Harus diingat, widget "exchange links" tersebut bukanlah satu cara untuk anda mendapat duit di internet. Website 23Blogs.com ini hanya menyediakan platform untuk anda menguruskan "exchange links" anda dan ahli-ahlinya.

Bagaimanakah 23Blogs berfungsi?

Apabila anda register/sign up dan daftarkan blog anda itu, anda akan diberikan kod HTML untuk diletakkan di dalam blog. Widget ini akan memaparkan 10 nama-nama website atau blog yang berlainan di dalam satu pre-designed table (anda boleh pilih jenis table yang sesuai dengan latar belakang blog anda). Paparan teks nama-nama website atau blog yang bergerak-gerak (scrolling) dapat menarik para pelawat untuk melihatnya.






23Blogs.com juga berjanji dan memastikan bahawa anda akan mendapat "one to one" (1:1) pertukaran hit dengan website atau blog ahli-ahlinya yang terpapar di table tersebut. Maksudnya, jika seorang pelawat blog anda klik satu link yang terdapat di widget tersebut, syarikat (website 23Blogs.com), akan memberikan anda satu klik kepada blog anda sebagai bayaran. Website tersebut juga akan memberikan anda 1 kredit.

Kelebihan-kelebihan lain
  • Anda akan mendapat 10 hit bila anda mendaftar dengan syarat anda memasang kod HTML widget tersebut dalam tempoh 24 jam selepas mendaftar.
  • Terdapat lebih daripada 10 corak table yang berbeza-beza mengikut kesesuaian blog anda
  • Jika anda mempromosi dan blog lain pula menggunakannya anda akan mendapat 10 hit.
  • Statistiks yang dikemaskini setiap masa (real-time).
  • Anda boleh memilih kategori blog di mana link anda ingin dipaparkan.
  • PERCUMA, GRATIS, FREE!

Amaran!

Pendaftaran walaupun percuma adalah tertakluk kepada kelulusan. 23Blogs.com tidak membenarkan atau menerima website atau blog yang mengandungi unsur-unsur lucah.


Ok rakan-rakan blogger semua. Jika anda berminat untuk mendaftar dan menggunakan perkhidmatan 23Blogs tersebut, anda boleh klik link website tersebut di SINI.


Sekian.
Readmore...
Wednesday, July 28, 2010

Pedoman untuk aku dan isteri

8 comments
 
Salam,

Maklumat ni aku dapat dari seorang kawan melalui e-mail. Aku rasa ia memang berguna untuk aku, isteriku dan mungkin juga anda semua untuk kita bersama-sama mahasabah diri.

NASIHAT UNTUK ISTERI


Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang-kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti… pot.. pet.. pot.. pet….. ” leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.


Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman. Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Nas al-Quran dan hadis Nabi

Banyak nas al-Quran dan hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya” Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukan suami sebagai pemimpin rumah tangga.

Kejadian semasa Nabi mikraj ke langit

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: “Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan” Aku bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis?“. Baginda menjawab, “Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat“


Baginda antara lain melihat perempuan yang digantung dengan lidahnya dan air panas dituang ke dalam tenggoroknya kerana dia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Mengherdik suami

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya. Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya“

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,, Namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika isteri menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Kisah Fatimah Az-Zahra

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang surirumah tangga secara sendirian tanpa pembantu.

Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah. Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.


Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: “Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?“. Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Nasihat kepada suami

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar,  kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami dan isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s.a.w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang ertinya: “Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan aku adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku“

Walaubagaimanapun, suami perlu mengambil iktibar dari pengorbanan isteri dan berusaha bekerja bersungguh-sungguh menambahkan pendapatannya. Bukannya mengambil kesempatan di atas pengorbanan isteri dan menjadi lebih malas kerana adanya sumber pendapatan dari isteri.

Kesimpulanku


Sikap isteri tidak menghormati suami adalah gejala sosial muslim sekarang.. Ia berlaku kerana berfikir bahawa suami mesti buat seperti isteri di dalam rumahtangga. Tabiat isteri suka meleteri suami dan tabiat suami yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata;  mestilah dihentikan, demi mendidik mental zuriat kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

Sumbangan dan pengorbanan isteri bekerja mencari nafkah membantu suami adalah suatu tindakan yang murni tetapi jika sumbangan tersebut selalu diungkit-ungkit bertujuan memalukan suami adalah perbuatan sia-sia dan berdosa.
Sekali lagi aku ingin jelaskan bahawa paparan sebahagian dari e-mail di atas adalah peringatan khas untuk aku dan isteriku agar sentiasa berusaha bersama-sama membina kehidupan berumah-tangga yang bahagia dan di redhai Allah. Bersama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban masing-masing dengan mengikuti lunas-lunas yang dibawa oleh Islam. Walaubagaimanapun, sekiranya maklumat di atas memberikan kesedaran dan manafaat kepada anda, syukur alhamdulillah.
 
Sekian.
Readmore...
Tuesday, July 27, 2010

Outsourcing of CDM Part 4

3 comments
 
Salam,

Aku sambung kembali coretan aku tentang Outsourcing of CDM dan kali ini khusus kepada CDM cash discrepancy dan permasalahannya. Oleh kerana tiada yang berminat untuk menjawab 2 soalan yang aku utarakan di post aku sebelum ini, aku beranggapan semua telahpun tahu jawapannya. So, tidak perlulah aku beri jawapan kepada soalan-soalan tersebut di sini...hehehe.


Pernahkah anda membuat transaksi di sebuah CDM dan apabila anda menerima resit dari CDM, tersebut anda diminta untuk menghubungi pihak bank? Apa yang telah anda lakukan?

Well, mengikut pengetahuan dan pengalaman aku, CDM tersebut mengalami masalah dan akaun di mana anda cuba untuk deposit mungkin tidak berjaya dikreditkan.

Bagi pihak bank, inilah yang dipanggil CDM cash discrepancy.

Untuk keterangan lebih lanjut tentang CDM cash discrepancy anda boleh membaca (atau membacanya semula) di link berikut ini http://abanglongonline.blogspot.com/2010/06/outsourcing-of-cdm-part-2.html

Coretan aku kali ini bukan untuk menerangkan tentang tatacara yang pihak bank perlu ikuti atau lakukan bagi menyelesaikan masalah CDM cash discrepancy, tetapi, khas kepada anda para pengguna CDM yang mungkin memerlukan maklumat sekiranya anda menghadapi masalah tersebut.

Sepertimana aku coretkan di post yang lalu, terdapat 2 kategori utama CDM cash discrepancy iaitu Physical dan Theoretical (sila baca post di link yang aku paparkan di atas).

Perlukah anda tahu kategori tersebut?

Ya sudah semestinya. Jika anda tahu dan faham akan kategori CDM cash discrepancy, anda akan tahu juga apakah tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan selepas itu.

Sebagai contoh, anda mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun anda dan setelah selesai membuat transaksi, CDM tersebut mengeluarkan resit dan meminta anda menghubungi pihak bank. Anda pergi ke cawangan bank tersebut yang berhampiran. Penat anda beratur dan menunggu. Bila tiba di kaunter, Teller bank tersebut menyatakan akaun anda sebenarnya telahpun dikreditkan.

Bayangkan, berapakah kos yang anda tanggung untuk itu? (kos untuk pergi ke cawangan bank tersebut dan membuang masa untuk menunggu).

Jadi, supaya anda tidak membazir kos tidak tentu pasal (kecuali terpaksa), elok bebenor jika anda mengetahui apakah tatacara tindakan yang perlu anda lakukan berdasarkan maklumat yang aku berikan di sini.

Physical Cash Discrepancy

Punca-punca lazim Physical cash discrepancy yang sering dialami oleh para pengguna CDM adalah akibat "Currency Jammed" atau bahasa umumnya "duit sangkut". Kebiasaannya, jika berlaku kejadian tersebut, akaun yang anda cuba depositkan tidak akan dikreditkan oleh sistem.


Pihak bank perlu membuat imbangan tunai terhadap mesin CDM tersebut dan mengkreditkan akaun anda itu secara manual jika anda membuat tuntutan. Sekiranya CDM tersebut diselenggarakan oleh syarikat security (outsourced), pihak bank perlu menunggu syarikat security tersebut membuat imbangan tunai sebelum dapat mengesahkan transaksi anda dan seterusnya mengkreditkan akaun anda.

Perlukah anda membuat tuntutan?

Ya, kerana pihak bank memerlukan beberapa maklumat penting seperti berikut:
  • No. Akaun
  • No. kad ATM (jika membuat transaksi menggunakan kad)
  • Jumlah tunai yang didepositkan (denominasi dan amaun)
  • Tarikh dan masa transaksi
  • Lokasi CDM

Untuk sesuatu kes melibatkan "Currency jammed", kebiasaannya, transaksi yang anda buat tidak direkodkan ke dalam journal CDM tersebut keseluruhannya. Maklumat yang biasanya tercatat ialah tarikh, masa dan nombor akaun (atau nombor kad ATM jika menggunakan kad), manakala jumlah wang tunai (denominasi dan amount) tidak akan dicatatkan di journal tersebut. Oleh itu, pihak bank perlu mendapatkan maklumat tambahan tentang wang tunai tersebut dari anda.

Satu lagi punca physical cash discrepancy ialah "Notes Retracted" di mana anda mungkin terlupa mengambil semula wang tunai yang telah di reject oleh CDM dalam tempoh yang tertentu (biasanya 28 saat). Wang tunai anda itu akan di"telan" oleh CDM dan disimpan di dalam "Reject Bin" CDM tersebut. Untuk situasi seperti ini, transaksi deposit anda akan direkodkan ke dalam journal termasuklah jumlah wang tunai yang didepositkan (denominasi dan amaun).

Masalah yang sering pihak bank hadapi ialah jumlah wang tunai yang sepatutnya berlebihan tidak sama dengan jumlah tuntutan yang dibuat (tidak termasuk kes yang melibatkan "Notes Retracted"). Perkara ini lebih kerap berlaku jika CDM tersebut diselenggarakan oleh pihak ketiga (syarikat security).


Untuk pengetahuan anda, pihak bank tidak terlibat secara langsung untuk membuat imbangan tunai ke atas CDM-CDM yang diselenggarakan oleh syarikat security. Pihak bank berkemungkinan besar tidak mengetahui bahawa terdapat physical cash discrepancy terhadap CDM tersebut sekiranya tiada laporan dibuat oleh syarikat security yang diamanahkan.

Oleh itu, anda adalah bertanggungjawab untuk membuat tuntutan terhadap wang itu secara formal dengan mengisi borang tertentu di cawangan bank yang menyediakan CDM tersebut.

Apa akan jadi jika anda tidak membuat tuntutan?

Jika bank mengetahui akan discrepancy tersebut dan anda pula tidak membuat tuntutan, wang tersebut akan dipindahkan ke akaun "Unclaimed Monies" dan seterusnya menjadi hak milik kerajaan (Amanah Raya) di dalam tempoh tertentu!


Kenapa? Tak percaya?



Cubalah...hehehe.

Bagaimanakah mengelakkan Currency Jammed?

Mungkin kejadian "Currency Jammed" tidak dapat dielakkan sekiranya berlaku masalah teknikal kepada CDM akibat "wear and tear", "rough handling" dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kesilapan para pengguna juga merupakan penyumbang kepada masalah yang sama.

Oleh itu, elakkan perkara-perkara berikut:
  • Mendepositkan wang tunai yang basah.
  • Mendepositkan wang tunai yang tidak berkualiti (lunyai, diconteng, bertampal-tampal atau koyak).
  • Mendepositkan wang palsu. Anda akan menghadapi masalah besar sekiranya wang palsu tersebut tersangkut!
  • Mendepositkan jenis wang tunai yang tidak diterima oleh CDM seperti $1, $2, $20 dan $1,000. Ada kemungkinan CDM tersebut juga tidak menerima $5. Sila baca arahan atau notis di CDM sebelum menggunakannya.
  • Memasukkan wang tunai dengan banyak sekaligus. Perhatikan notis di CDM tentang jumlah maksima wang tunai yang boleh didepositkan pada satu-satu masa.
  • Memasukkan wang tunai yang diikat (dengan getah atau staples).
  • Memasukkan kertas biasa dengan wang tunai.
  • Memasukkan objek-objek lain selain wang tunai
  • Menyusun wang tunai dengan cara yang salah. Sila lihat notis di CDM tersebut tentang cara-cara menyusun wang tunai di dalam slot deposit CDM.
Apa perlu dibuat jika masih berlakunya Currency Jammed?

Jika anda dapati CDM tersebut tiba-tiba tidak berfungsi (out of service) ketika memproses wang anda,  CDM tersebut mengalami "Currency Jammed". Perkara-perkara berikut perlu anda lakukan:

  1. Catatkan jumlah wang tunai yang didepositkan (denominasi dan amaun).
  2. Tarikh dan masa anda membuat transaksi.
  3. Lokasi CDM tersebut. Ada sesetengah CDM yang telah diletakkan label oleh pihak bank. Rekodkan nombor ID CDM tersebut jika ada.
  4. Pergi ke cawangan bank yang berhampiran dan isi borang tuntutan. Pastikan butir-butir maklumat di atas diisi dengan jelas.


OK, cukup setakat ini dahulu. Aku akan sambung pula topik ini dan Theoretical Cash Discrepancy di post akan datang.


Sekian.
Readmore...
Sunday, July 25, 2010

Blog aku, aku yang punya

30 comments
 
Salam,

Aku telah menerima beberapa e-mail menegur aku tentang post-post aku di blog ini. Mungkin sipengirim mendapat alamat e-mail aku dari Facebook dan sudah tentunya mereka adalah rakan-rakan aku. Cuma e-mail-email tersebut tidak pula ditandatangani dan tidak boleh aku reply. Jadi, aku gunakan blog aku ini sebagai wadah untuk aku membalas e-mail-email tersebut...hehehe.

Menurut salah satu daripada e-mail-email tersebut, aku sebenarnya tidak faham tentang konsep berbloging.

Tambah beliau, blog atau asalnya weblog bertujuan untuk mencatat journal-journal harian pemiliknya seperti memberitahu apa yang dilakukan seharian, hobi atau kegemaran serta lain-lain lagi yang berkenaan diri pemiliknya.

Weblog itu adalah personal diary! Manakala, blog aku pula banyak bercerita tentang pengetahuan aku di dalam Cash Management atau sesuatu yang berkaitan tentang kerja-kerja aku. Macam marah sahaja bunyinya...hmmm...

Aku tidaklah marah ketika membaca kandungan e-mail tersebut, cuma aku terfikir mungkin sipengirim itu sendiri yang tidak faham apa itu blog dan apakah fungsi-fungsinya.

Apa sebenarnya blog?

Aku paparkan di sini definisi yang diberikan oleh Blogger tentang blog:



A blog is a personal diary. A daily pulpit. A collaborative space. A political soapbox. A breaking-news outlet. A collection of links. Your own private thoughts. Memos to the world.

Your blog is whatever you want it to be. There are millions of them, in all shapes and sizes, and there are no real rules.

In simple terms, a blog is a web site, where you write stuff on an ongoing basis. New stuff shows up at the top, so your visitors can read what's new. Then they comment on it or link to it or email you. Or not.

Apakah jenis-jenis blog?

Terdapat berbagai-bagai jenis blog yang berbeza dari segi tema, isi-kandung post-postnya ataupun mungkin corak serta penyampaian isikandung blog samada secara paparan imej-imej atau tulisan-tulisan. Di antara jenis-jenis blog yang aku boleh huraikan adalah seperti berikut:

Personal blogs

Ada sesetengah orang memanggilnya personal diary di mana pemilik blog menulis dan menyampaikan apa yang beliau lakukan (seperti sebuah dairy harian). Blog jenis ini merupakan yang paling banyak sekali. Biasanya pemilik blog jenis ini berbangga menulis atau memaparkan aktiviti harian atau cerita-cerita berkaitan tentang dirinya atau apa jua yang dia terfikirkan walaupun mungkin pelawat-pelawat blog tersebut tidak berminat membaca entri-entri yang dia tulis.

Personal Blog bukan sahaja salah satu cara menyampaikan kisah-kisah kehidupan pemiliknya, malahan juga merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi sesama blogger melalui ruangan komen atau chat. Jadi tidak hairanlah jika ramai para pelawat yang meninggalkan jejak dengan menulis di ruangan chat (contohnya Shoutmix dan ChatBox) tanpa membaca entri-entri yang ditulis oleh pemiliknya. Samada para pelawat tersebut kurang berminat membaca journal-journal pemilik, tiada masa membacanya ataupun hanya ingin membuat link-link mengarah ke blog-blog mereka sendiri sahaja.

Bagi para pelawat yang berminat membaca journal-journal tersebut, kemungkinan besar akan meninggalkan catatan-catatan di ruangan komen di bawah post yang telah dibaca.

Blog Korporat atau Organisasi

Ada sesetangah blog diarahkan atau dimatlamatkan untuk tujuan komunikasi di antara ahli-ahli organisasi atau mungkin juga untuk tujuan perniagaan semata-mata termasuklah menyampaikan maklumat tentang aktiviti-aktiviti organisasi/syarikat serta penghebahan polisi-polisi serta promosi barangan-barangan yang dijual syarikat. Blog sedemikian dipanggil blog korporat.

Manakala, blog-blog yang melaporkan tentang aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab-kelab dipanggil Organizational Blog. Blog-blog begini mungkin diklasifikasikan sebagai "private" jika hanya untuk tatapan ahli-ahlinya sahaja. Walaubagaimanapun, terdapat juga Organizational Blog yang boleh dilihat oleh orang lain selain ahli-ahlinya bagi tujuan penambahan jumlah ahli-ahli yang sedia ada.

Blog beraliran spesifik

Terdapat blog-blog yang hanya memaparkan post-post yang spesifik tentang sesuatu subjek seperti Perisian Komputer, Pelancongan, Muzik, Keagamaan, Politik, Fesyen dan lain-lain lagi. Contoh-contoh blog beraliran spesifik aku paparkan di bawah ini (sebahagian sahaja):

Blog mengikut jenis media

Ada blog-blog yang tertumpu kepada jenis-jenis media seperti video (Vlog), muzik, link-link kepada website-website atau blog-blog lain (Linkblog), gambar-gambar (Photoblog), vlog, lukisan-lukisan atau sketch (Sketchblog) dan lain-lain lagi.

Blog bagaimana menjadi tumpuan

Terdapat beberapa blog yang menjadi tumpuan atau terkenal mungkin sama ada post-post yang dipaparkan menarik perhatian pelawat-pelawatnya ataupun mungkin pemilik blog tersebut sememangnya seorang yang terkenal.

Sebagai contoh, blog Puaka Joran (milik Tokan) hampir keseluruhannya bercerita berkenaan aktiviti memancing (suatu tema yang aku memang minati) mendapat jumlah hit melebihi 200,000. Mungkin ramai kaki-pancing yang datang melawat dan membaca post-post beliau. Adakah Tokan terkenal?...mungkin tidak juga (sori Tokan...hehehe).

Bagaimana pula dengan blog atau website Datuk Siti Nurhaliza? Jika dilihat official websitenya http://sitizone.com/ jumlah ahlinya berbelas ribu dan aku percaya jumlah tersebut tidak termasuk para pelawat yang enggan menjadi ahli.

Blog yang aku sanjungi sudah tentulah milik bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir atau panggilan famous beliau Che Det. Bukan sahaja kerana beliau terkenal tetapi post-post beliau juga menarik dan ditunggu-tunggu walaupun disampaikan secara bersahaja (point form). Berjuta jumlah pelawat-pelawat yang datang. Malahan, ada juga beberapa blog yang menggunakan nama Che Det atau hanya mengupas topik-topik beliau mendapat trafik yang tinggi. Mungkin kerana menyangka itulah blog Tun...hehehe.


Berdasarkan kepada coretan aku di atas, siapakah sebenarnya yang tidak memahami apa itu blog. Aku ataupun sipengirim e-mail yang mengutuk aku itu. Tidak kisahlah, walaupun dia menggunakan nickname "Noname", aku berharap dia membaca post ini. Bukan niat aku ingin menunjuk pandai, cuma ingin berkongsi pengetahuan tentang blog (itupun jika dia sudi menerima maklumat ini).

Terpulanglah kepada pemilik blog (bloger) untuk menulis apa sahaja yang dia suka. Kadangkala ada juga beberapa pemilik blog yang menulis perkara yang sama tetapi diterjemahkan dengan cara yang berbeza-beza. Biarkanlah. Janganlah kita iri-hati atau berdengki dengan orang lain. Kita buatlah pula apa yang kita suka dan sudah tentu kita tidak mahu ada orang lain yang rasa dengki dengan kita pula. Bukan begitu?


Kepada Tokan dengan blognya http://puakajoran.blogspot.com/ oleh kerana aku telah membuat promosi khas tentang blog engkau itu, aku berharap engkau hantarlah ikan rohu ke, ikan pacu ke, ikan kejor ke , ikan sebarau ke dan apa-apa ikan yang sedap-sedap tu kat aku. Ikan keli afrika pun sodap gak kalau masak lemak cili api...hehehe.


Sekian.
Readmore...
Friday, July 23, 2010

Performance Management System Part 2

0 comments
 
Salam,

Aku sambung kembali coretan aku yang lepas tentang Performance Management System (PMS) atau kebiasaan orang merujuknya sebagai Key Performance Indicators (KPI). Coretan ini khusus kepada penilaian-penilaian terhadap prestasi Quantitative atau markah-markah prestasi yang boleh dikira kuantitinya.


Jika anda belum membaca atau ingin membaca semula coretan aku yang lepas tentang topik yang sama, sila klik link berikut ini http://abanglongonline.blogspot.com/2010/07/how-is-your-job-performance.html.

Coretan aku ini bertujuan untuk berkongsi maklumat yang aku tahu tentang KPI dan sering menjadi topik atau isu hangat di kebanyakan syarikat-syarikat yang mempraktikkan PMS terutamanya apabila dateline untuk menghantar KPI tersebut hampir tiba.

Quantitative KPI

Apabila kita bercerita tentang Quantitative KPI, perkara pertama yang kita mesti tahu ialah adakah kita mempunyai rekod-rekod yang boleh dijadikan barang bukti untuk mendokong markah KPI kita.
Isu ini selalu menjadi hit terutamanya jika pekerja-pekerja tidak mempunyai sebarang rekod. Jika rekod tiada, aku tidak akan menyalahkan pengurus yang membuat penilaian untuk moderate markah KPI anda.
Bak kata pepatah, "sediakan payung sebelum hujan" (err..boleh guna ke pepatah ni? hehehe).

Untuk memastikan bahawa markah-markah KPI Quantitative anda tidak kena moderate (dipotong), adalah lebih baik jika anda mempunyai log-log atau rekod-rekod aktiviti-aktiviti anda bagi melakukan sesuatu tugasan yang berkaitan dengan item KPI tersebut.

Pentingnya Log Book

Semasa aku bekerja di Maybank dahulu bos aku, Mr. Koh, memang amat menitik-beratkan tentang weekly dan monthly log report.

Pada mulanya aku langsung tidak berkenan dengan cara tersebut. Macam budak-budak sekolah! Aku perlu merekodkan aktiviti-aktiviti aku seharian (semasa waktu bekerja) iaitu apa yang aku buat dan berapa lamakah aku melakukan tugasan tersebut. Log aktiviti-aktiviti tersebut kemudiannya perlu dihantar kepada bos setiap minggu without fail. Yang lebih perit lagi, tarikh menghantar report-report tersebut juga merupakan salah satu item di dalam KPI aku.

Lama-kelamaan, oleh kerana telah menjadi rutin harian, aku terima tugasan merekod log aktiviti-aktiviti tersebut sebagai sesuatu yang mesti aku buat setiap hari. Aku amat berterima kasih kepada bos aku itu kerana di akhir tempoh penyerahan borang PMS atau KPI, aku langsung tidak menghadapi masalah untuk menyiapkannya dengan mudah dan pantas. Yang paling aku suka ialah tiada moderation langsung!

Well, itu cara ex-bos aku yang sebelumnya merupakan seorang ketua Bahagian Produktiviti Maybank. Bagi beliau, setiap aktiviti-aktiviti perlu direkodkan untuk memudahkan kerja-kerja penilaian produktiviti sesuatu tugasan. Bagi aku, cara beliau itu memang amat berkesan walaupun kadangkalanya menimbulkan rasa tidak puas hati kerana seolah-olah diperlakukan seperti budak-budak sekolah.

Ceita aku tentang ex-boss aku di atas bukanlah semata-mata ingin memujinya tetapi ingin memberikan cadangan kepada anda agar menggunakan idea log aktiviti-aktiviti tersebut untuk memudahkan anda menyiapkan PMS anda nanti. Yang penting, apabila anda meletakkan markah-markah anda untuk setiap item KPI, tiada bantahan dari bos anda kerana anda mempunyai rekod untuk ditunjukkan.


Bagi anda yang terlibat secara langsung dengan projek-projek (tidak kira projek apa sekalipun), anda tentunya mempunyai Gantt Chart untuk menilai status atau progress projek-projek tersebut. Gannt Chart tersebut dapat membantu anda untuk merancang tindakan-tindakan yang perlu diambil agar projek tersebut tidak tersasar dari tarikh siapnya. Adakah Gantt Chart mencukupi? Sememangnya tidak. Anda perlu juga memiliki rekod-rekod lain yang menunjukkan jumlah "Mandays" yang telah anda guna bagi projek tersebut.

Begitulah juga dengan aktiviti-aktiviti bagi tugasan anda yang lainnya. Bukan sahaja log aktiviti tersebut berguna dan membantu anda melengkapkan borang PMS, ianya juga bernilai kepada anda sekiranya ingin mengetahui samada produktiviti anda bagus atau sebaliknya. Tetapi jangan pula "menipu" ketika mengisi log aktiviti tersebut...hehehe.

Log Book menyokong markah KPI

Dengan memiliki rekod-rekod atau log aktiviti-aktiviti, bos anda tidak sepatutnya mempertikaikan akan pemarkahan KPI anda malah mungkin dia menghadapi masalah jika bos dia pula menyuruh untuk membuat moderation bagi mengikut keluk graf Standard Deviation PMS.

Jika anda tidak mempunyai rekod atau log, bos anda boleh berbuat sesuka hati memotong markah anda atau tidak mahu memberikan anda markah maksimum dengan alasan markah maksimum tersebut hanya sesuai untuk Tuhan! (aku berdoa agar akidahnya tidak terpesong).

Perlu diingat bahawa log aktiviti-aktiviti harian anda itu perlu diberikan kepada bos anda untuk diperiksa dan disahkan. Membuat log aktiviti-aktiviti tanpa pengesahan atau dengan cara "syok sendiri" mungkin menyebabkan bos anda memberikan markah KPI juga dengan cara "syok sendiri" hehehe.

Walaubagaimanapun, jika bos anda tidak juga mahu berganjak dari keputusannya untuk memotong markah KPI anda, aku tidak dapat hendak menolong. Mungkin anda perlu berjumpa Pengurus di Bahagian Sumber Manusia untuk mengadu.

KPI berdasarkan statistiks

Bagi item-item KPI yang bersangkut-paut dengan statistiks pula, log aktiviti-aktiviti di atas tidak dapat membantu anda. Markah anda akan bergantung 100% kepada statistiks yang ada. 

Sebagai contoh, KPI anda ialah memastikan up-time ATM bersamaan 98% (on target), manakala, statistiks menunjukkan up-time sebenar ATM cuma 97.5%, jadi, jangan pula anda meletakkan markah KPI anda maksimum (5). Itu dah melampau namanya...hehehe.

OK, itu sahaja untuk post kali ini..enjoy bertekak dengan boss anda untuk mintak bonus lebih...hahaha.


Sekian.
Readmore...
Wednesday, July 21, 2010

Tips to have a bad Blog

22 comments
 
Salam,

Kebiasaannya, ramai orang lebih suka memberi tip-tip untuk menjadi lebih baik. Aku juga begitu. Cuma, kali ini aku ingin mencuba pula satu cara dan pendekatan yang berbeza (orthordox atau secara sebaliknya) supaya anda boleh berfikir secara "out of the box"...hehehe.



Adakah anda ingin memiliki sebuah blog yang buruk serta berupaya menghalau pelawat-pelawat anda?

Aku paparkan tip-tip tersebut di sini:


Pemilihan template dan tema

Pilih template atau tema yang luar biasa atau tidak pernah digunakan orang. Jika anda tahu bagaimana hendak membina template sendiri adalah lebih baik. Pastikan template tersebut kelihatan buruk dan jelek dipandang mata. Pastikan juga tema yang dipilih tidak difahami oleh pelawat-pelawat termasuk diri anda sendiri.

Aku cadangkan anda menggunakan latar belakang yang berwarna garang seperti merah menyala atau warna oren yang striking (sesuai untuk peminat-peminat pasukan bola Belanda...hehehe).

Untuk Main wrapper biar lebar ruangnya melebihi 1,000 px dan Sidebar wrapper melebihi 300px.

Jangan hadkan jumlah post-post di Halaman Utama blog anda.


Butang-butang navigasi

Reka butang-butang navigasi yang unik di mana para pengunjung blog anda terpaksa mengambil masa yang lama untuk pergi atau melihat post-post atau page yang ada di dalam blog anda itu. Untuk kesan yang lebih baik, letakkan amaran jika mereka (para pelawat) tersalah klik, komputer mereka akan dijangkiti virus khas yang anda telah pasangkan di blog anda itu.

Reka dan gunakan butang navigasi yang mengarah ke link yang tidak berkaitan atau berlawanan arah. Contohnya butang “go to top” akan membawa pelawat ke bahagian paling bawah blog.


Search Box dan Table of Contents

Jangan sediakan butang carian (search box), site map atau Table of Contents. Biarkan pelawat-pelawat pening kepala apa yang ingin mereka cari di blog anda itu.


Post-post dan artikel-artikel

Tulis cerita-cerita yang membosankan serta panjang berjela-jela. Lebih baik jika anda sendiri tidak memahami apa yang anda tulis itu.

Banyakkan gambar-gambar berbanding teks-teks. Pastikan gambar-gambar tersebut tiada kaitannya dengan post anda. Gambar-gambar tersebut tdak perlu dikecilkan saiznya. Gunakan imej resizer untuk memperbesarkan lagi gambar-gambar tersebut. Paling kurang setiap gambar mestilah bersaiz A3.


Halaman Utama

Jangan letakkan sebarang tulisan di halaman utama blog anda tetapi paparkanlah gambar-gambar anda sendiri. Sebagai contoh, aku cadangkan anda letak gambar gorilla atau orang utan sebesar-besarnya. Ini akan memastikan search engine tidak berupaya untuk mencari blog anda.

Jangan gunakan Auto Read More. Jika ada widget Auto Read Less sila pasangkannya.

Jenis-jenis font untuk teks

Gunakan jenis font yang paling halus untuk tulisan anda. Gunakan warna yang menyilaukan bagi memastikan pelawat-pelawat menghadapi masalah besar membaca blog anda. Mungkin lebih baik jika anda buatkan setiap perkataan-perkataan di post anda berkelip-kelip.

Jika boleh, gunakan tulisan berangkai (bersambung). Anda juga boleh menggunakan simbol-simbol atau short-form ketika menulis artikel anda itu.

Penggunaan javascripts dan widget yang banyak

Gunakan seberapa banyak yang boleh javaScripts, popups, pemain muzik atau video automatik (autoplay) supaya blog anda mengambil masa yang lama untuk load.

Anda boleh juga meletakkan widget-widget anda di Header atau di ruangan post dan tidak semestinya di sidebar sahaja.

Sekiranya anda meletakkan pemain muzik atau video yang akan dimainkan secara automatik ketika pelawat membuka blog anda, pastikan ianya tiada butang tutup.


Penggunaan animasi flash

Pasangkan widget animasi flash sebanyak yang mungkin supaya pelawat-pelawat terpaksa memasang banyak plugin ke dalam Internet browser mereka untuk melihat animasi flash tersebut.

Jika boleh, pasangkan banyak flash-flash jam di sekeliling blog anda itu. Lagi banyak lagi bagus kerana ia melambangkan bahawa anda amat menghargai masa.

Penggunaan borang-borang

Reka dan pasangkan banyak borang-borang yang popup secara automatik. Borang-borang tersebut hendaklah popup secara automatik jika borang yang sebelumnya telah diisi.

Setelah selesai mengisi kesemua borang-borang tersebut, barulah pelawat-pelawat boleh melihat post-post anda.

Pastikan juga sebelum pelawat-pelawat anda keluar dari blog anda itu, satu borang keluar akan pop up.

Jika boleh, borang tersebut mestilah mempunyai banyak column untuk diisi seperti nama, alamat, jantina, no. I/C, no. lesen, nama website pelawat, hobi dan kegemaran, gaji pelawat sebulan dan lain-lain lagi.

Di borang tersebut juga pelawat diminta untuk mengarang essei sekurang-kurangnya 500 patah perkataan. Jadi, anda sudah tentu boleh menggunakannya sebagai artikel-artikel anda nanti. Tidak perlu anda pening kepala apa hendak ditulis.

Penggunaan notis-notis dan newsletters yang bergerak

Pasangkan teks-teks atau newsletters yang bergerak-gerak dan pastikan tiada butang untuk para pelawat menutup newsletters tersebut.

Pastikan newsletter tersebut tiada kaitan dengan blog anda.

Register atau sign up

Paksa pelawat-pelawat blog anda untuk register atau sign up. Paksa juga mereka untuk klik-klik iklan-iklan anda. Beri amaran jika mereka tidak klik iklan-iklan anda, virus yang telah dipasang tadi akan bertindak balas dengan kejamnya.

Jangan paparkan wajah-wajah pelawat anda yang telah signup tetapi paparkan pula wajah-wajah pelawat yang gagal untuk mematuhi arahan anda.


Perbanyakan broken links

Pastikan semua link-link tidak berfungsi dengan baik termasuk link untuk keluar dari blog anda itu.



Jika anda mengikut tip-tip yang aku berikan di atas, aku percaya anda akan berjaya untuk membuatkan blog anda tersangat buruk dan pastinya tidak akan mengundang para pelawat untuk datang. So, anda bolehlah membaca post-post anda itu seorang diri tanpa gangguan dari pelawat.

Amacam? Ingin mencuba? hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...


Sekian....hehehehe
Readmore...
Tuesday, July 20, 2010

How to succeed in Internet Business?

6 comments
 
Salam,

Aku terpanggil untuk menulis tentang topik ini setelah membaca komen pelawat blog milik blogger Remedy tentang trafik (pentingkah pelawat-pelawat?).

Sebelum itu aku ada juga menerima komen-komen yang bersangkut paut tentang trafik di blog lama aku.

Aku juga menerima beberapa komen dan e-mail yang lebih spesifik yang bertanyakan tentang Internet Business. Ada yang meminta aku memberikan beberapa nasihat bagaimana untuk menjadi Internet Marketeer yang berjaya.

Aku paparkan di sini sebahagian dari isi suatu e-mail yang aku telah terima:



Abang Long,

I have been doing Internet business for quite sometimes (1 year plus - to be exact). I envy most of Internet marketeers who could earn thousands of dollars every month. However, to date, I have yet to enjoy any benefit from this business.

I should assume that it’s a total failure to me.

Kindly advise.

Aku jawab e-mail tersebut dengan panjang lebar. Sila baca:

Dear Catherinne,

Some people says, the scope of Internet Business is very wide. Everybody can succeed in such a business because the market covers the whole area of the world as long as there is an “Internet Connection”.

That’s just exaggerating.

My advice is “don’t be so anxious looking or reading other people’s successful stories” that you believe you too could be able to achieve the same.

Do I mean we should not read such stories?

Absolutely not at all. We could use them as the elements of motivation to ourselves and become successful like them. However, do not be influenced by them 100%.

Most of the time we failed because we did not do things that we like most. Just because many people have succeeded in doing “a thing”, we assume that we would be successful for doing the “same thing” . 

That's totally wrong!

I’ve experienced this during my initial stage venturing into the Internet Business. I’ve tried “Google Adsense”, become products’ affiliates and even participated in the “PPV or PPC” (Pay per view or Pay per Click). The success seemed too far to be true. In fact, I’ve spent too much time with “PPC”, clicking and looking at other people's websites and advertisements but the result was “YOU’VE BEEN SCAMMED!“.

Then, I was lucky being advised by my old time friend to become a "freelance consultant" for the Cash Management Business. That’s it. Since I have vast experiences in Cash Operations and am no problem with public speaking, managing seminars on Cash Management business is just a “fun”. I’ve earned pretty good income from there.

So, can you succeed in Internet Business?

Well, it depends on some beneficial factors as follows:

Know your strength

Do something that you really know and you like most. This will definitely reduce your learning time and expedite gaining the income.

If you are the inventor of a product, it does not mean that you will succeed in selling that product if you do not know how to market it. Concentrate on creating the product and let other people who is well versed with marketing to sell it for you. Whereas, if you do not have any product or service to offer but you have the skills doing products marketing, then be a sales agent of products affiliate.

If you have the knowledge to do a lot of things, evaluate your own knowledge and select the one that you like most. If you do not know what to select, find a friend who could give you the required advice.

Keep focus

Having multiple services or products to sell is good but it could be devastating if you do not know how to manage them. Instead, It is better to have a single product and you are all out to sell it. It’s the same for getting income from the Internet. Do not feel too excited trying to do a lot of things at any one time.

When I started this business quite sometimes ago, I had bought quite a number of e-books on how to generate income from the Internet. I have e-books on eBAY, Clickbank, Adsense and how to become a successful affiliates. Too excited to generate income as soon as possible, I had practiced all those in a single time and the result was “FAILED“. Then, I restarted by focusing on a single item (try to guess what was it...hehehe) and it worked.

Only after I enjoyed getting income from the single item, I started with the rest gradually but definitely not simultaneously.

Know and understand the methodology

Promotion is vital for you to sell your product but if promotion was done via SPAM, not only you create uneasiness to people that you want to promote but you might also be banned!

Learn how to do things correctly and this is where those e-books are important.

Be patience

Do not expect to earn thousands of dollars in a single day when you've just started the business. It’s OK to earn one dollar in a week and the amount gradually increases each day rather than to earn nothing or even lose your capital.

Lastly, do not stop learning

Remember this “do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning do not stop learning"...hehehe.

Bagaimana jawapan aku tersebut? Tidak faham? Sila gunakan translator kalau anda ada masalah di dalam bahasa Inggeris...hehehe.

Aku ingin jelaskan bahawa aku bukanlah Internet Marketeer yang berjaya ataupun "Sifu" yang pakar memberi tunjuk ajar bagaimana ingin menjadi Internet Marketeer yang berjaya. Aku hanyalah insan biasa yang menggunakan internet untuk menimba dan berkongsi ilmu dengan melawat website-website dan berblogging.

Aku juga tertarik dengan rakan-rakan blogger yang begitu seronok untuk mengutip hasil klik iklan-iklan di blog mereka. Baguslah, tetapi jangan pula berfikir akan menjadi kaya dengan cara begitu...hehehe.

Aku pernah membuat pengiraan berapakah wang yang aku akan dapat jika pelawat-pelawat blog aku klik iklan-iklan yang terdapat di situ.


Katakan, jumlah komisen ialah 3 sen untuk 1 klik. Pelawat yang datang sehari ialah 1,000 dan out of 1,000 itu cuma 10% yang sudi klik iklan. Bermakna, aku akan mendapat $3 sehari...hmmmm...bila la aku akan jadi kaya?..hehehe.

Apa kata kalau aku paksa semua pelawat (1,000) untuk klik iklan aku? Aku akan mendapat $30...ok juga kan? Kalau setahun, aku akan mendapat $10,950!. Boleh tahan. Masalahnya, bolehkah aku memaksa pelawat-pelawat blog aku untuk klik iklan-iklan (berlawanan dengan Google rules). Yang lebih berat lagi, bolehkah aku mendapat 1,000 pelawat sehari?.

Aku rasa itu mustahil. Jadi, cara yang terbaik ialah membina blog yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 100 buah blog! jika setiap satu blog hanya ada 10 pengunjung sehari, maka, secara total anda telah mendapat 1,000 pelawat sehari. Sanggupkah anda membina dan maintain 100 buah blog?

Kalau anda tidak sanggup, jadilah macam aku yang berblogging bukan untuk menjadi kaya...hehehe.

Jika anda sanggup pula, aku cadangkan anda menjadi product affiliates di mana penjual-penjual produk akan menyediakan landing page (product page dan bukannya blog) untuk anda.

Ramai Internet Marketeer membuat duit dengan cara-cara begini.

Walaubagaimanapun, sebelum anda bermula dan bercita-cita menjadi seorang product affiliate yang berjaya, tanamkan ilmu di dada dengan membaca e-book yang berkaitan dengannya terlebih dahulu.

OK. Itu sahaja post kali ini. Aku harap informasi yang aku coretkan dapat memberikan manafaat kepada anda walaupun tidaklah sebagus mana atau mungkin banyak kekurangannya.


Sekian.
Readmore...
Monday, July 19, 2010

UFO visited Malaysia?

6 comments
 
Salam,

Menggemparkan!

Harian Metro bertarikh 19-Julai-2010 melaporkan bahawa suatu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran Beach Resort, Kota Kinabalu.

Objek tersebut berbentuk bulat dan berwarna biru terapung di udara untuk beberapa saat. Kemudiannya ia bertukar pula menjadi warna hijau.

Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan tersebut.

Ada di kalangan mereka sempat merakamkan gambar objek tersebut sebelum ianya hilang dalam sekelip mata. Ada telefon bimbit tiba-tiba ‘mati’ dengan tidak semena-mena sebaik merakam gambar objek berkenaan.

Apa yang peliknya, objek tersebut tidak pula mengeluarkan sebarang bunyi seperti yang dihasilkan oleh pesawat udara.

Kemunculan UFO di negara ini dikesan bermula pada tahun 1950-an apabila seorang lelaki melihat satu piring terbang di Petaling Jaya. Sejak itu, beberapa objek menyerupai piring terbang didakwa dilihat rakyat negara ini. Kali terakhir UFO muncul di negara ini ialah pada tahun 1999 di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Rakaman video menunjukkan kehadiran UFO di Kuala Lumpur:





Adakah UFO benar-benar wujud?

Payah juga untuk aku menjawab soalan tersebut kerana aku tidak pernah melihatnya. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda percaya akan kewujudan UFO?



Bagaimana pula kehadiran UFO di sudut pandangan Islam?

Terdapat banyak huraian, kupasan serta pembentangan pendapat-pendapat tentang UFO dari pandangan Islam. Di antara laman web yang pernah aku baca yang mengupas topik ini ialah di sebuah blog bernama Berbagai Perspektif Islam (http://perspektif-islam-interaktif.blogspot.com/2009/07/tes.html).

Ada beberapa tokoh-tokoh Islam yang berpendapat makhluk asing atau UFO hanyalah propaganda musuh Islam yang mahu memesongkan akidah orang Islam atau menanamkan elemen ketakutan.

Walaubagaimanapun, laman web yang aku paparkan di atas cuba memberikan pandangan berbeza sebahagian lagi tokoh-tokoh Islam yang tidak menolak kemungkinan makhluk asing atau UFO itu benar-benar wujud.

Di antara pandangan-pandangan yang diberikan ialah tentang suatu hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah, MalaikatNya, serta penduduk langit dan bumi, hingga semut yang ada di dalam lubangnya, dan ikan-ikan di lautan, (semuanya) bersalawat atas orang yang mengajarkan kebaikan pada manusia” (riwayat Tirmidzi).
Hadith tersebut dengan jelas membezakan di antara malaikat dan penduduk langit. Ada yang berpendapat bahwa penduduk langit adalah manusia yang telah masuk ke syurga. Namun itu mustahil kerana kita manusia hanya boleh memasuki syurga setelah dibangkitkan semula di padang mahsyar dan dihisab.

Ada pula berpendapat bahwa para penduduk langit terdiri daripada para nabi yang sudah wafat yang mungkin juga ada benarnya. Tetapi, kenapa pula Rasulullah S.A.W. tidak menyebut para nabi secara nyata?. 
Allah berkuasa untuk menciptakan mahluk-mahluk di berbagai planet di seluruh penjuru alam semesta. Walaupun tidak disebutkanNya di dalam Al Qur'an tidak bermakna makhluk-makhluk tersebut tidak ada. Sebagai contoh, di dalam Al Qur'an hanya disebutkan tentang 25 orang nabi, namun, jumlah sebenar nabi sesungguhnya sangatlah banyak (di dalam hadis disebutkan jumlah nabi adalah lebih kurang 125 ribu orang).

Pendapat tersebut dikukuhkan lagi dengan suatu hadith Rasulullah S.A.W. ketika berjalan-jalan bersama para sahabat setelah selesai solat subuh, lalu baginda menunjuk ke arah langit dan bersabda yang maksudnya:
"Disana ada sebuah bumi yang berwarna putih dan penduduknya juga putih, maka mereka tidak menyembah selain kepada Allah".

Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui sama ada wujud atau tidaknya makhluk-makhluk asing atau UFO tersebut.



Berbalik kepada soalan asal aku di atas, adakah anda percaya akan kewujudan UFO?


Bagi aku melihat kapal angkasa berbentuk piring memang tidak pernah tetapi melihat piring-piring terbang sudah banyak kali apabila suami atau isteri bergaduh...hehehe.





Sekian.
Readmore...
Sunday, July 18, 2010

How is your job performance?

7 comments
 
Salam,

Pernahkah anda merasa bahawa anda telah melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan melaksanakan yang terbaik tetapi apabila tiba masa untuk Penilaian Kerja oleh ketua jabatan anda performance anda itu sama sahaja nilainya dengan pekerja-pekerja yang lain? Ataupun mungkin juga nilai kerja anda itu tidak seberapa berbanding pekerja-pekerja lain?

Akibatnya bonus anda untuk tahun ini kurang sedikit atau sama sahaja berbanding orang lain (dari segi jumlah bulannya) sedangkan anda rasa sumbangan anda kepada syarikat lebih banyak dari mereka.

Apakah perasaan anda?

Pernahkah anda terfikir bahawa sistem penilaian kerja (Performance Management System) yang dibuat oleh syarikat anda hanyalah satu cara untuk menganiaya anda?

Coretan aku ini seolah-olah bercerita tentang diri aku sendiri pula...hehehe. Well, mungkin ada sedikit persamaannya. Elok juga kalau kita sama-sama share.

What is Performance Management System?

Performance Management System (PMS) biasanya digunakan di tempat kerja tetapi secara amnya sesuai juga digunakan di mana manusia berinteraksi seperti sekolah, persatuan-persatuan, kelab-kelab atau pasukan sukan, agensi-agensi kerajaan dan lain-lain lagi termasuklah jawatankuasa masjid atau surau. Secara prinsipnya, PMS diperlukan di mana jua manusia berinteraksi.

PMS juga dilabelkan sebagai alat atau kaedah yang berkesan untuk memastikan produktiviti sesebuah organisasi berada di tahap yang optimum dan keberkesanan sumber manusia syarikat dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan.

Sepertimana sistem-sistem atau projek-projek lainnya, PMS juga mempunyai beberapa matlamat utama iaitu memperbaiki prestasi kerja para pekerja syarikat dengan membentuk sikap dan daya upaya mereka (individu atau secara berkumpulan) secara teratur dan berterusan. 

Walaubagaimanapun, ada sesetengah pengurus sesebuah syarikat yang tidak memahami tujuan sebenar PMS, mempergunakannya untuk kepentingan diri sendiri atau para pengikutnya yang dia suka sahaja. Sikap sebeginilah yang menyebabkan para pekerja (yang tidak mendapat manafaat dari PMS) rasa teraniaya dan sudah tentulah matlamat PMS itu sendiri sukar dicapai.

Di samping mempunyai matlamat utama untuk menghasilkan para pekerja yang berkualiti yang menjamin hasrat syarikat tercapai, PMS juga boleh digunakan untuk membantu Bahagian Sumber Manusia syarikat untuk:
  1. Menilai prestasi pekerja-pekerja bagi menyokong kenaikan pangkat dan perkembangan kareer mereka
  2. Menilai kelemahan para pekerja agar pendidikan yang bersesuaian dan spesifik boleh diberikan
  3. Menilai kelebihan setiap individu agar kelebihan tersebut dimanafaatkan sepenuhnya
  4. Memupuk sikap ingin bersaing secara sihat di antara para pekerja
  5. Menilai prestasi setiap pekerja untuk pemberian imbuhan-imbuhan seperti bonus atau kenaikan gaji
  6. Menilai sumbangan pekerja ke atas projek-projek yang mereka terlibat
  7. Menggalak para pekerja untuk berdikari, berinisiatif serta berupaya menilai diri sendiri untuk memperbaiki kelemahan diri serta fokus kepada mencapai matlamat-matlamat syarikat

Bagi mencapai matlamat PMS tersebut, syarikat perlu membuat analisa-analisa terhadap sesuatu tugasan. Analisa-analisa tersebut perlu bagi membantu syarikat melakar misi dan tujuan tugasan tersebut dilakukan. Dengan memiliki pengertian dan penerangan akan sesuatu tugasan, syarikat berupaya membahagi atau memberikan sepenuhnya tugasan tersebut kepada seseorang atau beberapa orang pekerja yang bersesuaian.

Pengertian dan penerangan sesuatu tugasan tersebut merangkumi tujuan atau matlamatnya, fokus pengkhususannya (pelanggan, produk-produk, projek-projek khas dan sebagainya) serta skop tugasan tersebut. Tujuan analisa-analisa tersebut juga termasuk untuk menetapkan matlamat utama dan prestasi piawai untuk setiap tugasan tersebut.

Setelah menetapkan matlamat dan prestasi yang piawai untuk tugasan tersebut, barulah syarikat boleh menetapkan tahap, kelulusan, pengetahuan dan pengalaman seseorang pekerja yang akan diberikan tugasan tersebut. Dengan demikian syarikat dapat mengelakkan pemberian tugas yang tidak selari dengan tahap seseorang pekerja.

Sebagai contoh, adalah tidak wajar seseorang General Manager hanya tertumpu kepada tugasan-tugasan operasi termasuk menghantar surat-surat sedangkan dia sepatutnya lebih menumpukan kepada aspek-aspek perancangan dan taktikal. Biarlah penghantaran surat-surat dilakukan oleh Mat Despatch sahaja...hehehe. Sekiranya syarikat memang kekurangan kerja dan seorang General Manager terpaksa melakukan kerja-kerja yang tidak setaraf dengan jawatannya, bermakna sudah tiba masanya syarikat mengkaji serta melakukan perubahan carta organisasi yang mungkin berat di bahagian atas (terlalu ramai General Manager atau pihak pengurusan atasan lainnya).

Penggunaan PMS

Banyak syarikat-syarikat sekarang ini begitu bersungguh-sungguh menggunakan PMS. Sana sini ramai pekerja-pekerja atau pengurus-pengurus yang bercerita tentang Key Performance Indicators (KPI). Walaubagaimanapun, adakah mereka benar-benar memahami apa itu PMS dan apakah tujuan atau matlamatnya?


Cerita-cerita yang aku dengar biasanya berkisar tentang rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan yang menggunakan PMS atau KPI sebagai alat untuk mengugut para pekerja (pada pendapat mereka). Ada juga yang lebih spesifik menyebut betapa tidak betulnya penggunaan bar-bar dan graf Standard Deviation yang ada pada PMS, terutamanya kepada pekerja yang diletakkan di kawasan "Below Target". Jarang pula aku mendengar keluhan-keluhan para pekerja yang dilabelkan sebagai "Exceed Target" atau "Stretch". Dapat bonus lebih, so, buat apa hendak kecoh-kecoh. Betul tak?..hehehe.

Benarkah PMS menganiaya pekerja?

Jika dinilai akan matlamat utama penggunaan PMS di dalam sesebuah organisasi, aku tidak nampak adanya unsur-unsur penganiayaan dengan syarat PMS itu benar-benar difahami penggunaanya dan bukannya dilakukan dengan cara "syok sendiri".

Aku pernah bertengkar dengan seorang pengurus atasan yang terlalu tegas di dalam sistem pemarkahan PMS. Di dalam sistem tersebut angka "5" merupakan markah tertinggi atau dilabel sebagai "Stretch". Walaubagaimanapun, dia mati-mati tidak akan memberikan markah "5" kepada pekerjanya. Alasannya, angka "5" itu adalah terlalu sempurna dan terlalu tinggi untuk dicapai. Katanya angka itu hanya boleh diberikan kepada Tuhan!

Soalan aku, jika demikian mengapa wujud angka itu di dalam PMS syarikat. Adakah Tuhan juga bekerja untuk syarikat. Dan kata-kata aku yang terakhir membuatkan dia tidak mahu bertegur sapa dengan aku lagi ialah "sila jaga perkataan-perkataan yang keluar dari mulut engkau tu. Kata-kata itu boleh memesongkan AKIDAH engkau!".

Kerana tidak berpuas hati dengan sikap pengurus atasan tersebut, aku mendapatkan satu salinan format PMS yang digunakan untuk menilai prestasi pekerja-pekerja beliau. Melihat kepada format tersebut aku agak terkejut. Seperti template budak-budak tingkatan 3 sahaja. Terlalu asas! Tiada penerangan tentang cara-cara atau kriteria-kriteria bagaimana menentukan markah-markah PMS. Patutlah beliau boleh membuat andaian sesuka hati untuk memberi markah kepada pekerja-pekerja. Tiada "guidelines"!

Malah, bila aku melihat ruangan "Performance Target", terdapat 8 kategori perspektif! Kebiasaanya, perpektif adalah mengikut "quadrant" atau 4 perspektif yang asas iaitu "Financial", "Customer", "Internal Process" dan "Learning and Growth". Terdapat juga item KPI yang aku lihat melebihi weightage 50%. sedangkan kebiasaannya weightage sesuatu KPI ialah minimum 5% dan tidak melebihi 20%.

Apa perlu ada di dalam form PMS?

Sepatutnya di dalam form PMS terdapat mukasurat-mukasurat berikut:
  1. Employee Details - Biodata pekerja seperti nama, nombor pekerja, jawatan, level atau gred, nama supervisor yang ditugaskan membuat penilaian serta lain-lain lagi.
  2. Performance Target - Penerangan mengenai sasaran yang perlu dicapai dan bagaimanakah setiap markah-markah akan diberikan jika tidak menepati sasaran, menepati sasaran dan juga melebihi sasaran (below target, on target dan exceed target) termasuk juga prestasi di bawah par (threshold) dan prestasi tertinggi (stretch). Di sinilah yang sepatutnya menjadi fokus kepada pekerja dan pengurus di mana diterangkan apakah cara-caranya untuk mendapat markah-markah yang aku sebutkan di atas. Perlu juga difahami bahawa penerangan-penerangan tersebut hanya berkisar tentang "Quantitative KPI" atau prestasi yang boleh dikira dengan nyata.
  3. Performance Result - Mukasurat di mana markah-markah yang diperolehi untuk quadrant perspektif atau  Quantitative KPI dipaparkan.
  4. Competency - Ada juga syarikat yang melabelnya sebagai Qualitative Assesment Result. Qualitative Assesment merupakan penilaian prestasi pekerja berkenaan elemen-elemen sikap dan kepimpinan.
  5. Overall Result - Di sinilah markah keseluruhan prestasi pekerja akan dikumpulkan iaitu markah "Quantitative + Qualitative".

Penilaian "Competency" cuma mempunyai weightage 10% kerana terdapat unsur-unsur personal dan mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati ataupun rasa teraniaya sekiranya tiada markah maksimum. Ada kemungkinan pengurus yang membuat penilaian mempergunakan bahagian ini menilai pekerja-pekerjanya berdasarkan "nepotisme" atau "favoritism" dan bukannya berdasarkan kepada merit.

Jadi, apabila aku membandingkan borang PMS pengurus atasan yang aku telah bertengkar tadi dengan borang PMS yang sepatutnya diikuti, aku tidak hairan jika beliau sanggup bertindak kejam kepada pekerja-pekerja beliau hingga sanggup membabitkan Tuhan semata-mata kerana tidak mahu memberikan markah tersebut kepada pekerjanya.

Seperkara lagi, aku dapati beliau juga sebenarnya tidak faham tentang PMS serta gagal untuk menilai apakah prestasi Qualitative dan apa pula Quantitative. Bagi beliau, aku boss, so, suka hati akulah!

Aku berharap beliau akan sedar. Ingat kehidupan adalah seperti roda, sekejap di atas sekejap di bawah. Janganlah menggunakan PMS untuk menganiya pekerja-pekerja bawahan. Suatu hari nanti mungkin akan menerima balasannya.

OK..itu sahaja untuk kali ini. Aku akan sambung kembali topik ini di post akan datang.


Sekian.
Readmore...
Thursday, July 15, 2010

Crisis management Part 9

3 comments
 
Salam,

Hari ini aku ingin menulis pula tentang Pelan-pelan Tindakan Meneruskan Operasi Ketika Berlakunya Krisis Buruh. Coretan aku ni adalah sinambungan kepada post-post aku sebelumnya berkenaan Crisis Management. Sekiranya anda belum atau ingin membaca semula post-post aku tersebut, sila pergi ke Table of Contents dan klik topik atau link yang berkaitan.


Sepertimana yang telah aku tulis di post-post yang lepas, sesebuah syarikat perlu memiliki pelan-pelan tindakan meneruskan operasi (BCP) sekiranya berlaku krisis termasuklah Krisis Buruh.

Krisis Buruh bermaksud situasi di mana syarikat mengalami masalah akibat gangguan operasi pekerjaan yang terhasil akibat tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya atau akibat kekurangan pekerja-pekerjanya berbanding jumlah kerja yang meningkat. Walaubagaimanapun, kekurangan kakitangan mungkin hanya sekadar masalah biasa di bahagian operasi dan mungkin tidak sampai ke peringkat krisis.



Krisis Buruh yang aku ingin jelaskan di sini ialah kekurangan kakitangan yang melampau akibat mogok atau piket yang menyebabkan operasi syarikat terpaksa dihentikan. Ada juga kes-kes di mana para pekerja melakukan mogok tetapi tidaklah mengganggu atau menghentikan operasi syarikat.

Sebagai contoh, ada beberapa insiden di mana pekerja-pekerja bank berpiket  beberapa tahun lepas untuk menuntut penyelarasan gaji mereka. Piket-piket tersebut tidaklah menghentikan operasi bank-bank yang terlibat kerana dibuat semasa waktu makan tengahari dan selepas waktu bekerja.


Oleh yang demikian, BCP mungkin tidak perlu diaktifkan cuma sekadar bersedia bagi menghadapi gejala-gejala yang tidak diingini akibat dari piket-piket tersebut.

Apa yang aku ingin coretkan di sini ialah tentang pelan-pelan tindakan sekiranya berlaku tindakan mogok yang menjejaskan atau menghentikan operasi syarikat. Sila teruskan membaca...

Pelan-pelan Tindakan Meneruskan Operasi Ketika Berlakunya Krisis Buruh

Mogok ialah keengganan kakitangan syarikat meneruskan kerja-kerja operasi yang mungkin didorong oleh polisi-polisi serta tindakan-tindakan pengurusan syarikat yang tidak menyebelahi para pekerjanya. 

Mogok dilakukan mungkin bertujuan agar pihak pengurusan syarikat melakukan perubahan-perubahan ke atas beberapa polisi-polisi syarikat seperti gaji, elaun-elaun, benefit, serta mungkin juga tindakan-tindakan pengurusan yang tidak disenangi oleh para pekerja tersebut.

Oleh kerana natijah akibat mogok tersebut boleh mengakibatkan kerugian dari segi kewangan, sesebuah syarikat perlu bersedia dan mempunyai pelan-pelan tindakan sekiranya mogok berlaku. lebih-lebih lagi jika mogok berlaku di sesebuah Pusat Pengurusan Tunai.

Syarikat perlu tahu untuk mengurus serta melakukan tindakan-tindakan sebelum berlakunya mogok, ketika mogok serta aktiviti-aktiviti selepas kejadian mogok agar dapat meminimakan impak ke atas syarikat. Syarikat perlu menangani situasi krisis dengan teratur dan bijak agar krisis dapat diselesaikan tanpa ada apa-apa kos.

Tindakan-tindakan ketika Mogok dilancarkan

Berikut adalah tatacara dan panduan kepada ahli-ahli CMT yang dipimpin oleh Pengurus ketika menghadapi krisis buruh (mogok) dan haruslah dipatuhi:


NO PERKARA
1 Atur dan sediakan kawalan keselamatan di sekitar kawasan pekerja-pekerja yang melancarkan mogok.
2
Lantik seorang wakil pihak pengurusan untuk berhubungan dengan para pekerja yang sedang mogok.

Nota:

Semasa situasi tegang akibat mogok tersebut, wakil yang dilantik haruslah tahu bagaimana untuk mengawal keadaan agar tidak timbul situasi kacau bilau dan mengelakkan diri dari komfrontasi dengan para pekerja tersebut. Berkomunikasilah dengan paling minimum tetapi terkawal.
3
Lakukan pemantauan dan menilai situasi semasa agar keadaan sentiasa terkawal dan laporkannya kepada pihak pengurusan secara berterusan.

Nota:

Beberapa kakitangan Kawalan Keselamatan seharusnya ditugaskan untuk membantu untuk melakukan pemantauan dan mengawal selia kawasan persekitaran (bangunan pejabat) serta memberikan kawalan keselamatan ke atas pekerja-pekerja yang tidak terlibat dengan mogok termasuk pekerja-pekerja bantuan.
4 Rekod tindakan-tindakan atau aktiviti-aktiviti yang berlaku sama ada melalui CCTV atau membuat laporan bertulis untuk mendapatkan bukti-bukti yang mungkin diperlukan di masa akan datang.
5 Temani dan berikan kawalan keselamatan kepada kakitangan yang tidak terlibat dengan mogok serta kepada kenderaan-kenderaan yang masuk atau keluar dari kawasan Pusat Pengurusan Tunai tersebut.
6 Simpan semua senjata termasuk cortar, senapang dan pistol di tempat yang selamat seperti yang telah ditetapkan.


Tindakan-tindakan meneruskan operasi

Tindakan-tindakan berikut perlu diambil untuk meneruskan operasi syarikat walaupun mogok sedang dilancarkan:
  1. Kumpulkan dan arahkan pekerja-pekerja bantuan ketika krisis serta pekerja-pekerja yang tidak terlibat dengan mogok tersebut untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang telah ditinggalkan. Jika perlu, dapatkan bantuan dari cawangan-cawangan yang berhampiran untuk membekalkan tenaga sumber manusia
  2. Fokus kepada tugasan-tugasan yang kritikal dan penting sahaja.
  3. Dapatkan nasihat dari pengurusan pusat (Ibu Pejabat) serta bantuan-bantuan tertentu dari Pusat Tunai Alternatif untuk penyediaan-penyediaan laporan tunai serta mendapatkan data-data penting dari pelanggan (jika perlu).
Tindakan-tindakan selepas berlakunya mogok para pekerja


Ahli-ahli CMT (Crisis Management Team) beserta pihak-pihak pengurusan perlu membuat kaji selidik tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika sebelum mogok serta semasa ianya dilancarkan (berlaku).

Tujuan utama melakukan analisa tersebut bukanlah untuk mengira kerugian syarikat semata-mata tetapi khas untuk mengetahui punca-punca permasalahan yang menjurus kepada kejadian mogok tersebut dan melihat/menilai tindakan-tindakan yang telah diambil ketika kejadian mogok tersebut berlaku sama ada tindakan-tindakan tersebut mengikut ketetapan-ketetapan atau pelan-pelan yang telah dibuat. 

Di samping itu analisa setiap langkah-langkah tindakan yang telah diambil dapat membantu ahli-ahli CMT dan pihak pengurusan mengetahui sama ada langkah-langkah tindakan tersebut wajar dilakukan dan berkesan bagi menangani krisis tersebut.

Aku paparkan di sini beberapa soalan yang mungkin dapat membantu anda membuat analisa tentang krisis tersebut:

Sebelum dan semasa kejadian
  • Bilakah kita mengetahui kejadian mogok ini akan berlaku?
  • Apakah punca-punca utama mogok itu dilancarkan?
  • Adakah kita tahu di mana dan bagaimana krisis tersebut bermula?
  • Apakah tanda-tanda yang kita kenal? Apakah pula tanda-tanda yang tidak kita ketahui?
  • Adakah semua kakitangan syarikat mengetahui tugasan masing-masing serta impak kepada syarikat sekiranya tugasan-tugasan tersebut tidak dijalankan?
  • Berapa ramaikah kakitangan yang terlibat? Siapakah pula yang tidak terlibat dan mengapa?
  • Siapakah yang menerajui pelancaran mogok tersebut?
  • Apakah kita telah menilai kesan-kesan kejadian tersebut terhadap syarikat?
  • Adakah kita memiliki pelan-pelan tindakan untuk menghadapi krisis tersebut?
  • Adakah kita benar-benar bersedia menghadapi krisis tersebut? Bantuan sokongan? Peralatan?
  • Berapa lamakah masa yang diambil sebelum menerima bantuan sokongan?
  • Adakah bantuan sokongan memberikan kesan?
  • Berapa lamakah masa yang terbuang menangani krisis tersebut?

Kejayaan atau kegagalan
  • Berapa lamakah masa yang diambil sebelum kita berjaya mengawal situasi krisis tersebut?
  • Baikkah sistem komunikasi di antara ahli-ahli CMT dengan pihak pengurusan serta pihak-pihak lain yang berkaitan?
  • Apakah tindakan-tindakan yang diambil mengikut ketetapan seperti yang telah dirancang?
  • Apakah pandangan kita sendiri terhadap tindakan-tindakan yang diambil ketika menangani krisis tersebut?
  • Adakah kita berjaya menghalang dari berlakunya kerugian terhadap syarikat?
  • Adakah nama syarikat tercalar akibat krisis tersebut?
  • Apakah yang dapat kita pelajari dari krisis tersebut?
  • Apakah langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil agar perkara yang sama tidak berulang?

Berdasarkan kepada perbincangan dan contoh-contoh soalan di atas, syarikat perlu membuat laporan bertulis yang menghuraikan secara terperinci kejadian mogok tersebut serta perlaksanaan tindakan-tindakan yang diambil serta perancangan masa hadapan bagi mengelakkan perkara yang sama dari berulang.

Kaji semula pelan-pelan tindakan sama ada ianya bersesuaian dan berjaya membantu ahli-ahli CMT menangani krisis tersebut. Mungkin terdapat pelan-pelan tindakan yang perlu diubah.



Ok, itu sahaja untuk kali ini. Aku akan menyambungnya kembali di post akan datang.

Sekali lagi aku mengingatkan bahawa coretan aku ini tidaklah selengkap dokumen BCP yang sebenarnya. Anda perlu mencari lagi maklumat-maklumat yang berkaitan di laman web lain atau buku-buku khas mengenai Crisis Management. Di antara maklumat-maklumat yang aku sengaja tinggalkan ialah tentang tatacara dan panduan mengenai langkah-langkah tindakan mengelakkan Krisis Buruh, proses-proses menanganinya serta bagaimanakah cara-cara membuat analisa terhadap kejadian tersebut.


Sekian.
Readmore...
My Pings and Backlinks
Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com