Wednesday, June 30, 2010

Speed up your blog Part 2

3 comments
 
Salam,

Coretan aku kali ini adalah sambungan kepada post yang lepas tentang cara-cara untuk melajukan "page loads" blog kita. Aku ada beberapa cadangan lagi untuk anda mencubanya.

Aku juga telah menerima banyak e-mail tentang Web Page Analyzer iaitu bagaimana cara-cara penggunaannya serta apa yang perlu dibuat selepas itu.


Caranya sebenarnya cukup mudah. Anda cuma perlu masukkan URL blog anda (contohnya http://abanglongonline.blogspot.com) di ruang "Enter URL to diagnose" tersebut. Selepas itu klik "Submit Query".

Anda akan diminta untuk memasukkan atau menaip kod yang website itu paparkan ke dalam ruang yang disediakan. Sila lihat screen shot di bawah.


Selepas itu klik "Continue". Tunggu untuk website tersebut crawl ke blog anda dan satu laporan lengkap tentang blog anda akan dipaparkan di screen. Sila lihat screen shots (ada 2 bahagian).

Bahagian pertama (statistics)

Screen shot 1


Screen Shot 2


Screen Shot 3



Bahagian kedua (Recommendations) dan yang paling penting.


Anda cubalah buat apa yang website tersebut recommend.

Walaupun aku menerima banyak e-mail tentang post aku tersebut, ironinya, tiada satupun yang sudi hendak masukkan pertanyaan-pertanyaan tersebut di dalam ruangan komen di blog aku ini.

Yang lebih membuatkan aku "pissed off" ialah bukan sahaja e-mail mengandungi komen-komen membina malahan juga spam untuk menjual produk-produk.

Jadi, untuk mengelakkan e-mail aku dipenuhi e-mail spam, aku telah tukar link "Contact" aku kepada "Contents List" (Table of Contents). Kepada anda yang ingin melihat topik-topik yang pernah aku post, bolehlah klik link tersebut dan pilih topik mana yang anda ingin lihat.


OK, cukuplah aku membebel. Mari kita fokus kepada cara lain untuk melajukan blog kita pula.

Optimumkan CSS blog anda

Salah satu cara untuk memastikan page loads blog kita laju ialah dengan membuat adjustment kepada fail CSS blog kita. Dengan mengurangkan saiznya ke tahap optimum kita boleh mencapai apa yang kita mahukan itu. Walaubagaimanapun, untuk membuat adjustment terhadap CSS bukanlah mudah. Silap-silap boleh lunyai blog kita nanti.

Jadi, bagaimanakah caranya?


Langkah 1

Mula-mula anda pergi ke Blogger Dashboard anda, klik "Design" dan seterusnya klik "Edit HTML". Tick "Expand Widget Template". Seeloknya anda buat backup terlebih dahulu.

Langkah 2


Selepas itu, anda "copy" apa jua data atau character yang terdapat di antara (b:skin) dengan (/b:skin) (lebih mudah untuk mencari kod tersebut dengan menggunakan "CTRL" + "F").

Langkah 3

Gunakan website www.cssdrive.com/ untuk mengoptimumkan CSS blog anda. Aku telah sediakan tetingkap untuk anda access website tersebut di bawah ini.

Klik radio button "Compression mode" ke "Normal" dan "Comments handling" ke "Don't strip any comments".

Seterusnya, pastekan kod-kod CSS yang anda telah "copy" dari blog anda tadi ke dalam ruang "Insert CSS code:" dan klik "Compress-it!".



Biarkan website tersebut melakukan tugasnya untuk mengoptimumkan CSS anda. Setelah selesai, anda akan dipaparkan hasil CSS yang telah dioptimumkan seperti sceen shot di bawah berserta statistics berapakah jumlah bytes yang telah dikurangkan. Anda perlu klik butang "Highlight Code", right-click dan pilih "copy".



Akhir sekali, pergi kembali ke Blogger Dashboard anda ke ruangan "Edit HTML" tadi dan pastekan kod yang telah anda "copy" tadi untuk menggantikan CSS blog anda yang lama.

Klik preview dahulu dan pastikan tiada "Error Message" sebelum anda "Save".


Selamat mencuba dan enjoy blog anda yang lebih pantas load...hehehe.


Sekian.
Readmore...
Tuesday, June 29, 2010

Speed up your blog

4 comments
 
Salam,

Anda telah timbang berat blog anda? Berapa berat? Sama berat dengan berat anda? Hahaha...

Ada beberapa pendapat yang mengatakan berat blog secara relatifnya akan memberi impak kepada kepantasan blog anda untuk "loads".

Walaubagaimanapun, aku berpendapat elemen berat tersebut mungkin bukanlah faktor utama blog anda lambat untuk "load".

Ada beberapa website yang menyediakan perkhidmatan untuk menimbang berat blog anda dan anda boleh mencarinya dengan mudah di "search engine".

Kalau anda inginkan yang paling mudah difahami dan digunakan, pergi sahaja ke blog berbahasa Melayu http://khairulzamri.blogspot.com/2010/06/timbang-berat-blog.html dan periksalah saiz blog anda serta kelajuan page loadnya.

Aku telahpun menggunakan tool yang "Kazen" masukkan di dalam blognya (seperti yang tertera di atas) untuk menimbang berat 2 buah blog aku iaitu blog lama aku http://www.abanglongonline.com dan blog ini http://abanglongonline.blogspot.com dan hasilnyer adalah seperti berikut:

Domain
name
Size Load
time
Avg
speed per KB
http://abanglongonline.blogspot.com 162.55
KB
0.29
seconds
0
seconds
http://www.abanglongonline.com 60.57
KB
2.85
seconds
0.05
seconds

Jika anda perhatikan, saiz blog baru aku ialah 162.55 kb tetapi load time cuma 0.29 saat manakala blog lama aku pula saiznya cuma 60.57 kb tetapi load time 2.85 saat iaitu berganda-ganda lama masanya untuk load berbanding blog baru ini.

Apa yang aku musykil ialah, kenapa load time blog lama aku lebih sedangkan saiznya lebih separuh kurang dari blog baru aku itu? Sebab itu, aku berpendapat, saiz sesuatu blog bukanlah faktor utama untuk mengetahui sama ada blog anda pantas untuk load atau tidak.

Ada faktor-faktor lain?

Ada beberapa faktor lain lagi yang perlu kita tahu yang boleh menyebabkan blog atau website kita lambat untuk load.

Salah satunya ialah imej-imej atau gambar-gambar yang kita upload ke dalam blog. jika gambar-gambar tersebut besar saiz bitnya maka sudah tentu memberi impak kepada blog kita. jadi, untuk memastikan gambar-gambar yang ingin kita muatkan ke dalam blog kita tidak terlalu mengganggu pag load, kita perlu mengurangkan saiznya. Walaubagaimanapun, pengurangan saiz gambar-gambar tersebut mungkin mengakibatkan kualitinya terjejas. Cara terbaik ialah dengan mengoptimumkan gambar-gambar tersebut sebelum diupload ke dalam blog.

Di bawah ini aku paparkan 2 buah website yang boleh anda gunakan untuk membuat gambar-gambar anda optimum. Cuma klik pada salah satu laman web yang anda suka dan website tersebut akan dipaparkan di bawahnya (dalam kotak).





((Web Resizer)) ((Image Optimizer))





Apakah lagi elemen-elemen yang menyebabkan blog anda lambat untuk load?

Aku tidak berapa arif tentang ini dan aku juga sedang mengkaji blog-blog aku untuk mencari punca-punca kenapa lambat untuk load. Oleh itu marilah kita sama-sama mengkaji...hehehe.

Untuk membantu kajian anda, aku paparkan di sini satu lagi website yang boleh digunakan untuk membantu usaha kita itu. Aku cadangkan anda guna "Web Page Analyzer" kerana result yang website itu tunjukkan memang banyak detailnya.





So, selamat mencuba dan mengkaji...hehehe.


Sekian.
Readmore...
Saturday, June 26, 2010

Business Strategy Part 2

0 comments
 
Salam,

Sepertimana yang aku telah janjikan di post sebelum ini, aku sambung kembali coretan aku tentang Business Strategy khusus kepada topik Perancangan Strategik (Strategic Planning).

Aku terpaksa juga membahagikan topik berat ini kepada beberapa post kerana isinya yang agak terlalu panjang. Bukan apa, ada pembaca yang komplen kata tulisan aku tentang Crisis Management Part 7 agak terlalu panjang sampai "pening" hendak membacanya.

Well, aku minta maaf. Tujuan aku hendak share apa yang aku tahu dan bukannya memeningkan kepala anda...hehehe.

OK, Let's start.

Perancangan Strategik untuk Dokumen Business Strategy

Apakah makna Perancangan Strategik?

Perancangan Strategik ialah suatu proses di mana sesebuah organisasi melakar atau merancang perlaksanaan taktik-taktik atau strategi bagi mencapai matlamat-matlamat yang diingini oleh syarikat. Perancangan dan taktik-taktik (strategi) tersebut termasuklah membuat keputusan-keputusan tentang cara-cara perlaksanaan, pembahagian sumber-sumber kewangan atau modal, penyediaan dan pembahagian tenaga buruh, penyediaan peralatan-peralatan serta apa jua perkara atau barangan yang dimiliki oleh syarikat bagi tujuan memastikan sesuatu projek atau perniagaan itu berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat syarikat.

Di dalam Perancangan Strategik terdapat beberapa cara untuk menilai atau melakukan analisa bagi membantu syarikat membuat perancangan seperti SWOT analysis (Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats ), PEST analysis (Political, Economic, Social, and Technological), STEER analysis  (Socio-cultural, Technological, Economic, Ecological, and Regulatory factors), dan EPISTEL analysis (Environment, Political, Informatic, Social, Technological, Economic and Legal).

Kebiasaannya, apabila kita menulis tentang Perancangan Strategik, kita perlu fokus kepada beberapa perkara hasil daripada soalan-soalan berikut:
  1. "Apakah yang kita buat?" atau "Apakah perniagaan yang kita jalankan?"
  2. "Siapakah pelanggan atau klien kita?"
  3. "Bagaimana memastikan kejayaan kita?". Di dalam Perancangan Strategik, soalan ini mungkin juga lebih baik ditafsirkan begini "Bagaimana memastikan kita lebih baik dari pesaing-pesaing kita?" ataupun "Bagaimana mengelakkan persaingan?".
Apa perlunya Perancangan Strategik?

Ada sesetengah syarikat menganggap Perancangan Strategik bukanlah sesuatu yang mesti ada, tetapi, pada masa yang sama memiliki visi apakah yang ingin dicapai dalam tempoh 2 hingga 5 tahun akan datang.

Untuk mencapai sesuatu matlamat, syarikat perlu mengetahui bagaimanakah cara-cara serta tindakan-tindakan yang perlu diambil. Manakala setiap tindakan-tindakan yang hendak dilakukan perlulah dirancang dengan baik agar matlamat tersebut boleh dicapai.

Merancang pelan-pelan tindakan bukanlah boleh dibuat dengan sambil lewa kerana ianya memerlukan pengetahuan, pengalaman serta kemahiran tertentu..

Seperti bermain catur, mengatur strategi di masa permulaan permainan akan membantu si pemain untuk mencapai kemenangan. Memperjudikan setiap pergerakan buah-buah catur mungkin boleh menghasilkan sesuatu, tetapi juga boleh melahirkan kekalahan yang teruk! Dengan strategi yang baik akan membantu pemain untuk mengelakkan "blunder".

Oleh itu, setiap perancangan perlulah dibuat secara sistematik, mengikut tata-cara yang betul agar setiap tindakan-tindakan yang bakal dilakukan membuahkan hasil yang diingini.

Untuk melihat atau meramal arah tujuan syarikat, syarikat tersebut perlu tahu di mana kedudukannya pada masa tersebut, apakah visinya di masa akan datang serta bagaimanakah caranya untuk mencapai kedudukan yang diingini tersebut. Proses-proses perancangan berdasarkan maklumat-maklumat tersebut itulah yang dinamakan Perancangan Strategik dan ianya sememangnya amat penting.

Sebelum membuat Perancangan Strategik

Pada tahap permulaan sebelum membuat Perancangan Strategik, syarikat mungkin membuat ramalan atau memikirkan apakah yang perlu dilakukan 10 hingga 15 tahun ke hadapan. Biasanya, setelah ramalan jangka-masa panjang dibuat syarikat akan lebih jelas untuk mengolah tindakan-tindakan yang bersesuaian bagi jangka-masa sederhana atau pendek. Syarikat mungkin juga perlu memikirkan tema-tema yang bersesuaian untuk tujuan penghebahan kepada semua kakitangannya yang akan bersama-sama bertugas merealisasikan matlamat tersebut.

Sebagai contoh, beberapa tahun yang lepas, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir telah menetapkan beberapa matlamat-matlamat untuk negara seperti ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan jangka-masa ditetapkan iaitu pada tahun 2020. Kerajaan mimilih tema "Wawasan 2020" dan tema itulah yang dicanang-canangkan ke seluruh negara. Hampir semua rakyat Malaysia menyebut atau berbual tentang "Wawasan 2020" walaupun mungkin mereka tidak tahu apakah matlamat-matlamat yang sebenarnya ingin dicapai. Apa yang penting, tema tersebut sampai kepada semua rakyat. Pelan-pelan tindakan pula adalah hak kerajaan untuk memastikan perlaksanaannya.

Apakah yang perlu ada di dalam Perancangan Strategik?

Untuk membuat dokumen Perancangan Strategik, perkara-perkara berikut perlu ada dan dihuraikan. Huraian bagi setiap perkara mestilah ringkas tetapi padat dan berlandaskan kepada matlamat-matlamat yang ingin dicapai. Harus diingat, dokumen Perancangan Strategik tersebut tidak perlu terlalu panjang dan meleret-leret. Lagi tebal dokumen tersebut, mungkin lagi ianya tidak berguna.

Aku senaraikan di sini perkara-perkara yang sepatutnya ada:
  • Visi syarikat
  • Sasaran jangka pendek, sederhana dan jangka panjang
  • Membuat analisa-analisa
  • Membuat pelan-pelan strategi termasuk jenis-jenis strategi yang digunakan
  • Penilaian-penilaian terhadap hasil perlaksanaan pelan-pelan tindakan.
  • Status projek dan pelan-pelan perubahan

Aku akan menerangkan dengan lebih lanjut topik-topik di atas di post akan datang. So, tungguuuu...

Sekian.
Readmore...
Friday, June 25, 2010

Aku dan Bos

3 comments
 
Salam,

Apakah pandangan atau nilaian anda terhadap bos anda?

Buruk? Baik? Tak puas hati? Rasa macam nak marah dia? Kawan baik? Tak guna? Baik giler? Tak senonoh punya bos?..macam-macam ada...hehehe.

Aku ada beberapa ungkapan-ungkapan yang ingin aku share dengan anda tentang bos dan pekerja.

Kira macam ungkapan-ungkapan tidak puas hati terhadap bos la nih...hehehe

Aku tujukan khas kepada staff-staff dan ex-staff aku. Bukan untuk menilai aku tetapi untuk melihat samada perasaan-perasaan dari ungkapan-ungkapan tersebut ada pada mereka. Jadi dari situ, aku kena menilai diri aku sama ada perlu berubah atau tidak..hehehe.

Silalah baca...

Bila aku mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu kerja, bos kata aku kerja macam kura-kura. Bila bos pula siapkan kerja lambat, dia kata dia seorang yang teliti.


Bila aku tak buat kerja yang disuruh, bos kata aku pemalas. Bila bos pula yang tak buat, dia kata dia sibuk.


Bila aku buat sesuatu tanpa disuruh, bos kata aku memandai-mandai atau cuba tunjuk pandai. Bila bos buat macam tu pula, dia kata dia mengambil inisiatif.


Bila aku cuba mengambil hati bos, bos kata aku kaki bodek atau kaki kipas. Bila bos pula ambil hati bos dia, dia kata itu bekerjasama (cooperative).


Bila aku buat silap, bos kata aku seorang yang bodoh. Bila bos pula buat silap, dia kata dia juga manusia, mana ada manusia yang tak buat silap.


Bila aku keluar atau tiada di pejabat, bos kata aku suka curi tulang dan kaki rayau. Bila bos pula tiada di pejabat, dia kata dia ada urusan perniagaan.


Bila aku ambil cuti sakit, bos kata aku ni memang selalu sahaja sakit. Bila bos pula ambil cuti sakit, orang akan kata bos tentu benar-benar tidak sihat.


Bila aku mohon cuti, bos kata aku tentu pergi interview minta kerja di syarikat lain. Bila bos pula yang mohon cuti,
orang akan kata itu adalah kerana dia perlu berehat akibat kerja-kerja yang terlalu banyak yang dia telah lakukan.


Bila aku buat sesuatu yang baik, bos takkan ingat. Bila aku buat salah, sudah tentu bos tidak akan lupa sampai bila-bila.


Apa ke jadah! Apa aku perlu buat?

Adoi ai!!!!!!!!!!!!!!



Amacam? Ada persamaan?...hehehe


Sekian.
Readmore...
Thursday, June 24, 2010

Di manakah keadilan?

7 comments
 
Salam,

Bagaimanakah perasaan anda jika anda cuba melakukan sesuatu untuk kebaikan orang lain ataupun syarikat di mana anda bekerja tetapi anda pula yang dipersalahkan?

Aku pernah mengalaminya semasa bekerja di syarikat lama aku di mana ketika itu aku mengambil pekerja-pekerja sementara bagi menyelesaikan masalah "backlog" yang menimbun akibat kekurangan kakitangan. Walaupun aku telah berjaya menyelesaikan kerja-kerja yang sebelumnya tertangguh itu, aku pula dipersalahkan kerana kos syarikat sedikit meningkat.

Tujuan aku mengambil pekerja-pekerja sementara adalah untuk mengurangkan penalti-penalti yang perlu dibayar akibat kerja-kerja yang tertangguh. Mengikut pengiraan aku, jumlah tambahan kos yang ditanggung oleh syarikat tidaklah sebanyak jumlah penalti atau denda-denda yang perlu dibayar. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan atasan tidak nampak dan tidak tahu menilai perbezaan tersebut. Mungkin akibat cucukan pendengki-pendengki aku yang hitam hatinya itu.

Well...perkara dah berlalu.

Kali ini, aku hendak berkongsi dengan anda paparan gambar-gambar dan sedikit coretan yang mungkin lucu tetapi bagi aku memang telahpun aku alami.

Sinopsis bergambar ini aku terima melalui satu e-mail dari orang yang aku sayang. Dari mana dia dapat, jangan tanya aku coz aku pun tidak pernah bertanya sumber-sumbernya..hehehe Kepada anda yang pernah menerima e-mail yang sama, just tengok-tengok atau ignore sahaja. Kepada yang tidak pernah, sila enjoy seeing and reading...

Ceritanya begini...

di suatu petang yg nyaman....sedang saya syok2 tidor terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..

kendian, benda tu bergerak ke badan

rasa cam kena patuk kat perut..... takkan kutu kot?

bila toleh.... rupenyer si ijou, burung tecik yg tuan saya baru beli semlm

saya suruh ijou gi main jauh2, saya xmau kawan ngan dia....lagipun saya ngantuk giler ni

tapi dia xmau, and masih patuk2 saya

pastu masih nak naik atas bdn saya, berat gak si ijou ni.

tak lama kendian, saya dengor dia tgh patuk benda lain lak... rupanye mengerjakan hp tuan saya

saya pun jerit "Oi! rosak nanti, tuan marah lah".

dia melawan lak tu

masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak

akibatnye saya dihukum tanpa dipanggil utk membela diri








oh.... di manakah keadilan? bukan saya yg wat tuan~~


 abis dah

OK lah..kesian aku tengok muka kucing kat atas tuh...pandai jugak dia berlakon yer?...hehehe


Sekian.

Dikarang oleh kucing Abang Long:
Readmore...
Wednesday, June 23, 2010

Crisis Management Part 7

0 comments
 
Salam,

Coretan aku kali ini adalah sambungan dari post-post sebelumnya berkenaan Crisis Management. Sekiranya anda ingin membaca kembali post-post aku yang lepas sila klik link-link yang berkaitan di bawah ini.
Kali ini aku ingin menyentuh pula topik yang ke 7 iaitu Jenis-jenis Krisis dan Perancangan untuk Menanganinya. Oleh kerana topik ini agak panjang. aku akan bahagikan topik ini kepada beberapa post berdasarkan kepada sub-topic di bawah. Jika isi-kandungan sesuatu sub-topic itu pendek, aku akan gabungkan sekali di dalam satu post.

Sub-topic yang berkaitan:
  1. Pelan Tindakan Meneruskan Operasi ketika berlakunya gangguan elektrik
  2. Pelan Tindakan Meneruskan Operasi ketika berlakunya kebakaran
  3. Pelan Tindakan Meneruskan Operasi ketika berlakunya banjir
  4. Pelan Tindakan Meneruskan Operasi ketika berlakunya krisis buruh
  5. Pelan Tindakan Meneruskan Operasi ketika berlakunya ancaman bom
  6. Pelan Tindakan Meneruskan Operasi ketika berlakunya krisis penyakit berjangkit yang merbahaya
  7. Pelan Tindakan Meneruskan Operasi ketika berlakunya lain-lain krisis

Pelan Tindakan Meneruskan Operasi ketika berlakunya gangguan bekalan elektrik

Sub-topic ini akan menceritakan tentang langkah-langkah tindakan yang perlu diambil oleh kakitangan Pusat Pengurusan Tunai ketika berlakunya gangguan elektrik. Sebelum itu, adalah lebih elok jika anda membaca post aku yang lepas tentang menetapkan tahap-tahap krisis.

Persediaan awal menghadapi krisis bekalan elektrik



NOPERKARA
1Melakukan pemeriksaan berkala kepada Generator untuk bekalan kuasa sementara bagi memastikan ianya berfungsi secara automatik jika berlakunya gangguan bekalan elektrik.

Sekiranya generator tersebut perlu dihidupkan secara manual, Pengurus mesti memastikan seorang kakitangan yang telah dilantik untuk menghidupkannya telah diberi latihan secukupnya dan dia mestilah bersedia atau boleh dihubungi ketika berlakunya krisis.
2 Melakukan pemeriksaan berjadual ke atas Lampu-lampu kecemasan dan memastikan lampu-lampu tersebut berfungsi jika berlaku gangguan elektrik.
3
Menyampaikan maklumat-maklumat kepada semua kakitangan Pusat Pengurusan Tunai tentang langkah-langkah tindakan yang perlu diambil ketika berlakunya krisis.

Pengurus atau orang yang dilantiknya perlu mengadakan perjumpaan-perjumpaan dan sesi dialog bersama-sama kakitangan dengan kerap bagi memastikan semua kakitangan memahami serta tahu tentang tata-cara atau langkah-langkah tindakan yang perlu diambil ketika berlakunya krisis. Yang paling utama, kakitangan perlu membuang rasa takut, panik dan "over-reacted".

Penerangan tentang tata-cara menghadapi krisis perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
4 Memastikan Lampu suluh (Torch lights) ada disimpan ditempat yang strategik dan sedia untuk digunakan.

Pemeriksaan berjadual juga perlu dilakukan bagi memastikan bateri lampu tersebut masih boleh digunakan. Lampu suluh mungkin berguna sekiranya lampu kecemasan tidak berfungsi.
5 Memastikan kakitangan yang bekerja di bilik kawalan (Control Room) serta kakitangan sekuriti telah diberi penerangan tentang tanggungjawab mereka ketika menghadapi krisis dan peringatan untuk sentiasa berwaspada.



Semasa Krisis di Tahap 1

Krisis pada Tahap 1 bermaksud gangguan elektrik tidak melebihi 4 jam.

Aktiviti di bahagian Pentadbiran Pusat Tunai

Pegawai Pentadbiran adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:
  • Memastikan bahawa Generator set beroperasi dengan sempurna. Tenaga elektrik yang dijana oleh generator tersebut seharusnya cukup untuk kegunaan atau aktiviti-aktivi kritikal seperti menghidupkan TV/monitor di Bilik Kawalan, operasi kamera litar tertutup (CCTV) dan pembukaan/penutupan pintu-pintu utama keluar/masuk ke bahagian pemprosesan tunai.
  • Memastikan bahawa talian komunikasi seperti telefon dan internet tidak terganggu.
  • Menghubungi Tenaga Nasional Berhad untuk mendapatkan maklumat-maklumat seperti bilakah bekalan elektrik akan pulih semula dan apakah tindakan yang perlu diambil oleh Pusat Pengurusan Tunai bagi membantu Tenaga Nasional Berhad memulihkan semula bekalan tenaga tersebut.
  • Melaporkan status kepada Pengurus tentang maklumat-maklumat yang diterima dari masa ke semasa.
  • Menyediakan bilik khas untuk mesyuarat ahli-ahli CMT (jika perlu).

Aktiviti di bahagian Pemprosesan Tunai

Tata-cara dan prosidur tentang wang tunai yang sedang diproses berikut hendaklah dipatuhi:
  • Juruwang (cashier) hendaklah mengeluarkan kesemua wang tunai yang terdapat di mesin-mesin pemprosesan tunai, mengumpulkannya dan mengikat wang tersebut dengan gelang getah atau kertas banding.
  • Kesemua wang tunai tersebut hendaklah diletakkan di atas meja kerja dan di bawah pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) sepenuhnya. Sekiranya kamera CCTV tidak berfungsi dengan baik, Pegawai Inspection akan ditempatkan di situ untuk membuat pemantauan.
  • Juruwang (cashier) adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua wang tunai tersebut.
  • Pemindahan wang tunai di antara sesama juruwang adalah dilarang sama sekali.
  • Sentiasa berjaga-jaga dan menunggu arahan seterusnya dari Pengurus. Bersedia sekiranya krisis bekalan elektrik tersebut berada pada tahap 3 dan perpindahan operasi ke Pusat Tunai Alternatif diperlukan.

Tata-cara dan prosidur tentang wang tunai yang akan dimasukkan ke dalam kaset-kaset ATM mestilah dipatuhi:
  • Juruwang perlu memastikan bahawa wang tunai yang baru sahaja diterima dari Ketua Juruwang (Chief Cashier) dan masih belum dikira (oleh juruwang), diletakkan di atas meja kerja bersama-sama Cash Handover Register dan di bawah pengawasan kamera CCTV sepenuhnya.
  • Juruwang dibenarkan untuk memasukkan wang tunai ke dalam kaset-kaset sekiranya wang tunai tersebut telah habis dikira dan jumlahnya (termasuk denominasi) bertepatan dengan jumlah yang terdapat di Cash Handover Register.

Tatacara dan prosidur untuk Ketua Juruwang (Chief Cashier):
  • Pastikan bahawa semua wang tunai yang tidak lengkap bendalanya (loose cash) disimpan di dalam peti besi dan hendaklah sentiasa dikunci.
  • Pastikan bahawa Chief Cashier Book dan Cash Handover Register telah dikemaskinikan.
  • Pastikan bahawa wang tunai yang cukup bendalanya di simpan di dalam Strong Room atau vault. Pastikan juga rekod-rekod pemindahan wang tunai tersebut ke dalam Strong Room telah dikemaskinikan.
  • Simpan semua borang-borang penting yang telah lengkap diisi disimpan di dalam kabinet fail yang kalis api dan hendaklah sentiasa dikunci. Di antara borang-borang penting tersebut ialah ATM Packing Forms, CDM Packing Forms, ATM/CDM Cash Balancing Forms dan lain-lain lagi.
  • Berjaga-jaga dan tunggu arahan selanjutnya daripada Pengurus. Bersedia sekiranya krisis bekalan elektrik tersebut berada pada Tahap 3 dan perpindahan operasi ke Pusat Tunai Alternatif diperlukan.

Aktiviti-aktiviti di bahagian Reconciliation


Tatacara dan prosidur berikut mestilah dipatuhi oleh kakitangan yang bertugas di bahagian Reconcilation:
  • Penyediaan laporan-laporan penting seperti laporan tunai keseluruhan, imbangan tunai untuk ATM/CDM, laporan Cash Discrepancy dan lain-lain lagi perlu menggunakan komputer dengan sistem sokongan (backup) atau komputer riba yang mempunyai fungsi “wifi”.
  • Penghantaran laporan-laporan kewangan ke bank/pelanggan hendaklah menggunakan sistem e-mail syarikat.
  • Semua borang-borang penting yang telah lengkap diisi serta dokumen-dokumen sokongan hendaklah disimpan di dalam kabinet yang kalis api dan sentiasa dikunci.
  • Sentiasa berwaspada dan menunggu arahan selanjutnya daripada Pengurus. Bersedia sekiranya krisis bekalan elektrik tersebut berada pada Tahap 3 dan perpindahan operasi ke Pusat Tunai Alternatif diperlukan.

Aktiviti-aktiviti di bahagian Operasi ATM

Tatacara dan prosidur berikut mestilah dipatuhi oleh kakitangan yang bertugas di bahagian Operasi ATM:
  • ATM Planner dikehendaki menghubungi pihak bank dan melaporkan keadaan semasa.
  • Aktiviti-aktiviti FLM dan SLM hendaklah diselia dengan rapi walaupun terpaksa melakukannya secara manual. ATM Planner perlu menghubungi pihak bank untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang lokasi-lokasi ATM/CDM yang perlu diservis.
  • Semua borang-borang penting seperti borang-borang FLM, SLM, Retained Cards dan lain-lain registers perlu dikemas-kinikan walaupun secara manual.
  • Semua borang-borang penting yang telah lengkap hendaklah disimpan di dalam kabinet kalis api dan sentiasa dikunci.
  • Sentiasa berwaspada dan menunggu arahan selanjutnya daripada Pengurus. Bersedia sekiranya krisis bekalan elektrik tersebut berada pada Tahap 3 dan perpindahan operasi ke Pusat Tunai Alternatif diperlukan.

Aktiviti-aktiviti di Loading Bay


Tatacara dan prosidur berikut mestilah dipatuhi oleh kakitangan yang bertugas di Loading Bay:
  • Aktiviti penerimaan dan penyerahan beg-beg berisi wang tunai mestilah dilakukan dengan penuh berhati-hati.
  • Pegawai Vaulting mesti memastikan semua transaksi penerimaan dan penyerahan beg-beg berisi wang tunai direkodkan di dalam Vaulting Register.
  • Semua beg berisi wang tunai yang diterima hendaklah disimpan di dalam Strong Room dengan segera.
  • Oleh kerana pembukaan dan penutupan "shutter door" hanya boleh dilakukan secara manual, seorang pegawai bersenjata perlu bertugas di dalam Loading Bay untuk berkawal dan seorang pegawai keselamatan tanpa senjata (static guard) pula ditugaskan untuk membuka dan menutup "shutter door" tersebut (setelah mendapat arahan dari Bilik Kawalan).


Semasa Krisis di Tahap 2

Krisis pada Tahap 2 bermaksud gangguan bekalan elektrik melebihi 4 jam tetapi tidak melebihi 24 jam.

Prosidur berikut mesti dipatuhi oleh Juruwang (cashier):



LANGKAH TINDAKAN
1 Keluarkan beg kanvas yang kosong dan dapatkan satu "Security Seal" dari Pegawai Vaulting.

Nota:

Pastikan bahawa beg kanvas tersebut berkeadaan baik dan "Security Seal" masih belum digunakan.
2 Masukkan wang tunai yang (masih di dalam proses) yang telah diletakkan di atas meja kerja ke dalam beg kanvas tersebut dengan kehadiran Pegawai Inspection.

Nota:

Pastikan satu beg kanvas digunakan untuk satu sumber wang tunai sahaja. Sekiranya terdapat sumber-sumber wang tunai yang berlainan seperti dari cawangan bank yang berbeza, ATM, CDM atau pelanggan-pelanggan lain, gunakan beg kanvas yang berbeza.
3 Ikat beg kanvas tersebut menggunakan "Security Seal".
4 Rekod maklumat-maklumat tentang wang tunai tersebut ke dalam Cashier Book seperti:
  1. Jumlah anggaran wang tunai berdasarkan maklumat di Cash Transfer Form, journal ATM/CDM journal (perlu mendapatkannya dari ATM Planner), Cash Handover Register dan resit-resit CTF/CIT untuk wang tunai yang diterima dari pelanggan-pelanggan.
  2. Nombor siri "Security Seal" yang digunakan tadi.
  3. Nama Pegawai Inspection yang membuat pemantauan semasa memasukkan wang tersebut ke dalam beg kanvas.
  4. Tarikh dan masa aktiviti tersebut dilakukan.


Prosidur berikut mesti diikuti oleh Pegawai Inspection untuk mengesahkan kemasukan wang ke dalam beg kanvas oleh Juruwang:



LANGKAH TINDAKAN
1 Periksa maklumat-maklumat tentang wang tunai yang telah dimasukkan ke dalam beg kanvas dan bandingkan maklumat-maklumat tersebut dengan rekod yang ditulis di dalam Cashier Book serta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan
2 Sahkan bahawa nombor siri "Security Seal" yang direkodkan di dalam Cashier Book sama dengan nombor "Security Seal" yang digunakan.
3 Sekiranya langkah-langkah di atas bertepatan, tandatangani Cashier Book tersebut dan tulis tarikh serta masa aktiviti pemeriksaan tersebut dijalankan.


Selepas mendapatkan pengesahan dari Pegawai Inspection, beg kanvas yang berisi wang tunai tersebut perlu diserahkan kepada Ketua Juruwang (Chief Cashier) untuk disimpan di dalam Strong Room.


Prosidur berikut perlu dipatuhi untuk menyimpan beg kanvas berisi wang tunai tersebut ke dalam Strong Room:



LANGKAH OLEH SIAPA TINDAKAN
1 Ketua Juruwang Periksa dan sahkan bahawa nombor siri "Security Seal" di dalam Cashier Book bertepatan dengan nombor siri "Security Seal" yang digunakan.
2 Jika langkah di atas telah dibuat dan bertepatan, tandatangani Cashier Book serta tulis tarikh dan masa pengesahan dibuat.
3 Hubungi Pegawai Vaulting dan Pengurus memberitahu tentang pemindahan beg kanvas berisi wang tunai tersebut ke dalam Strong Room.
4 Ketua
Juruwang, Pegawai Vaulting dan Pengurus
Simpan beg kanvas di rak yang dikhaskan di dalam Strong Room tersebut.

Nota:

Pastikan bahawa prosidur-prosidur memasuki Strong Room dipatuhi.


Ketua Juruwang, Pegawai Vaulting, Pegawai Inspection dan Juruwang hendaklah sentiasa berwaspada dan menunggu arahan selanjutnya daripada Pengurus. Bersedia sekiranya krisis bekalan elektrik tersebut berada pada tahap 3 dan perpindahan operasi ke Pusat Tunai Alternatif diperlukan.

Tata-cara untuk keluar dari bahagian Pemprosesan Tunai

Akibat kekurangan bekalan tenaga elektrik dan sistem penyaman udara yang tidak berfungsi, kawasan Pemprosesan Tunai mungkin tidak selesa untuk melakukan kerja. Oleh iru, semua kakitangan Pemprosesan Tunai (kecuali kakitangan tertentu sahaja) adalah dibenarkan untuk meninggalkan kawasan tersebut buat sementara sehingga bekalan elektrik pulih semula.

Untuk tujuan di atas, tata-cara berikut mestilah dipatuhi:
  1. Semua kakitangan hendaklah keluar dari kawasan Pemprosesan Tunai tersebut dengan teratur.
  2. Semua kakitangan yang akan keluar perlu melalui proses "Body Frisking" terlebih dahulu.
  3. Semua pintu untuk masuk dan keluar dari bahagian Pemprosesan Tunai tersebut hendaklah dikunci.
  4. Semua kakitangan hanya dibenarkan berada di kawasan yang telah ditetapkan di dalam kawasan Pusat Pengurusan Tunai untuk berkumpul .
  5. Pegawai Inspection bertanggungjawab untuk memeriksa semua kakitangan yang ada berpandukan kepada Attendance Register.Memeriksa Attendance Register akan dapat membantu pengurusan untuk menyemak dan mengetahui kakitangan yang masih tinggal di dalam kawasan Pemprosesan Tunai tersebut.
  6. Pegawai Bilik Kawalan mesti mengawal selia pergerakan kakitangan-kakitangan tersebut melalui kamera CCTV.


Semasa Krisis di Tahap 3

Krisis pada Tahap 3 bermaksud gangguan bekalan tenaga elektrik yang hanya akan pulih melebihi 24 jam.

Selepas menerima maklumat dari Pegawai Pentadbiran bahawa bekalan elektrik mungkin hanya pulih selepas 24 jam, Pengurus Pusat Pengurusan Tunai hendaklah melaporkan situasi tersebut kepada Pengurusan Atasan di Ibu Pejabat untuk tindakan selanjutnya.

Di Ibu Pejabat, pihak Pengurusan Atasan perlu mengadakan mesyuarat tergempar bagi menilai krisis tersebut sebelum mengumumkan BENCANA dan mengaktifkan tata-cara tindakan pemindahan operasi ke Pusat Pengurusan Tunai Alternatif.

Setelah pengumuman BENCANA dibuat, kesemua ahli-ahli CMT perlu melaksanakan tugas masing-masing mengikut ketetapan-ketetapan SOP bagi merealisasikan pemindahan operasi.



OK. Itu sahaja untuk kali ini. Aku akan sambung lagi di post akan datang.

Sekali lagi aku ingin mengingatkan bahawa coretan aku ini bertujuan untuk membantu penulisan BCP bagi sesebuah Cash Management Center (Pusat Pengurusan Tunai) dan apa yang tercatat di sini hanyalah berberapa point asas untuk penulisan tersebut.

Sekian.
Readmore...
Tuesday, June 22, 2010

The risks to have an ATM

1 comments
 
Salam,

Seperti yang aku telah janjikan di post sebelum ini, aku coretkan kali ini tentang perkara-perkara  asas yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak bank atau institusi kewangan untuk memiliki sesebuah ATM.


Banyak e-mail telah aku terima yang menyuruh aku menulisnya di dalam bahasa Inggeris, tetapi, aku tidak akan menuruti permintaan mereka itu. Bukan apa, aku tahu dan sedar bahawa bahasa Inggeris aku agak tunggang-langgang grammarnya walaupun semua SOP dan Manual yang aku tulis untuk bank dan syarikat kawalan keselamatan adalah di dalam bahasa Inggeris.

Aku rasa, menulisnya di dalam bahasa ibunda aku mungkin lebih mudah, cuma, kadang-kadang pening juga kerana kebanyakan terminology adalah di dalam bahasa Inggeris dan mencari perkataan-perkataan bahasa Melayu yang sesuai membuat aku lambat berfikir...hehehe.

OK...mari kita start..

Apakah perkara-perkara tersebut

Aku bahagikan perkara-perkara tersebut kepada 2 kategori utama iaitu perkara-perkara yang melibatkan operasi secara langsung dan yang hanya melibatkan Opportunity risk.

Hal-hal Operasi

Pertama, Up-keep and maintenance of the ATM

Keadaan fizikal dan keterampilan ATM (biasanya dipanggil ATM facade atau facia) mesti dijaga dengan rapi di mana kebersihan dan appearance dititik-beratkan oleh pihak bank atau institusi kewangan. Secara amnya, keadaan fizikal ATM menggambarkan imej bank dan sudah semestinya ia perlu dijaga dengan rapi.

Pernahkah anda mengguna ATM yang keadaanya seperti tukun dan uzur serta sampah sarap merata-rata? Apakah perasaan anda ketika itu?.

Bagi memastikan emej sentiasa terjaga, kebanyakan bank-bank membuat pelaburan untuk menaik-taraf dan mencantikkan persekitaran ATM mereka. Aku ambil contoh gambar eBC Ambank di mana aku telah terlibat secara langsung di dalam projek mencantikkan kawasan eBC AmBank HQ di Jalan Yap Kwan Seng.





Pihak bank mungkin tidak dapat melakukan kesemua kerja-kerja pembersihan atas faktor-faktor kekurangan kakitangan. Oleh yang demikian, memberikan kontrak kepada syarikat luar (syarikat keselamatan) untuk mengawal selia kebersihan persekitaran ATM adalah satu pilihan yang terbaik.


Service availability atau kebiasaanya staff-staff bank menggunakan perkataan "UP-TIME" mesti menjadi prioriti utama bagi bank-bank dan institusi kewangan.



Malah, BNM juga amat menitik-beratkan perkara yang sama. Pernah terjadi semasa LIMA (di Langkawi) di mana kebanyakan ATM-ATM telah tidak berfungsi akibat kehabisan wang tunai.

BNM dengan amat tegas memberi amaran tegas kepada semua bank dan Institusi kewangan agar perkara tersebut tidak berulang lagi. Sekarang ini, setiap bulan bank-bank dimestikan menghantar laporan tentang Up-Time mesin-mesin mereka kepada BNM.

Up-time ATM sentiasa dimonitor setiap hari dan laporan-laporan menunjukkan statistik tersebut dianalisis untuk mencari jalan bagaimanakah cara-cara untuk memaksimakan up-time tersebut.


    Pihak bank mesti mempunyai perjanjian kontrak dengan pembekal-pembekal mesin ATM dan perjanjian tersebut mesti dikemas-kini selalu. Semua isu-isu berkaitan dengan permasalahan ATM perlu dibincangkan ketika mesyuarat bulanan dengan pembekal-pembekal mesin ATM tersebut dan isu-isu tersebut diselesaikan dengan jayanya. Mungkin di dalam perjanjian tersebut perlu ditambah perenggan-perenggan penalti sekiranya wujud kegagalan dipihak pembekal memastikan up-time mesin-mesin ATM di tahap yang memuaskan.

    Bagi bank-bank yang telah "outsourced" penjagaan mesin-mesin tersebut kepada syarikat keselamatan, perkara yang sama (penalti) perlu ada di dalam perjanjian kontrak.



    Kedua, Cash operations

    Di antara saranan-saranan aku yang perlu pihak bank ikuti:
    • Penyediaan wang tunai - perlu dilakukan mengikut piawaian dan SOP yang berkaitan. Semua wang tunai yang ingin dimasukkan ke dalam ATM mestilah berkualiti (ATM fit) atau sekurang-kurangnya sesuai untuk dikitar-semula untuk kegunaan awam. Wang tunai yang rosak atau kurang kualitinya bukan sahaja akan menimbulkan berbagai-bagai isu kepada penerimanya malahan juga boleh menyebabkan mesin ATM seringkali mengalami masalah teknikal.
      • Penghantaran wang tunai pergi dan balik dari ATM - risiko-risiko seperti pilfering (dicuri), rompakan, tertinggal di dalam mesin dan sebagainya merupakan perkara-perkara yang biasa terjadi dan mestilah diberikan perhatian.
        • Imbangan tunai (Cash balancing) - mesti dilakukan sekerap yang mungkin supaya isu-isu tentang tuntutan dari para pelanggan akibat ATM cash discrepancy dapat disiasat dan diselesaikan dengan kadar segera. Pihak bank juga perlu memastikan ketelusan di dalam laporan-laporan imbangan tunai supaya kepercayaan para pelanggan tidak terjejas.

        Pihak bank mesti mempunyai dokumen bertulis berhubung dengan tata-cara dan prosidur-prosidur (SOP) tentang operasi tunai sesebuah ATM. Semua jenis atau bentuk "non-compliance" terhadap prosidur-prosidur perlu diminimumkan dan dikawal. Laporan-laporan "non-conformity" mestilah sentiasa diselesaikan dan ditutup. Fokus kepada mencari punca-punca permasalahan, menyelesaikannya dan memastikan ianya tidak akan berulang.

        Bagi bank-bank yang telah "outsourced" ATM mereka kepada syarikat lain, “Liability Ownership” atau siapakah pihak yang harus menyerap sesuatu kerugian akibat kehilangan tunai mestilah diterangkan dengan jelas di dalam perjanjian di antara syarikat tersebut dengan pihak bank. Hukuman-hukuman atau penalti-penalti akibat sesuatu kekhilafan perlu dibincang dan ditulis dengan jelas di dalam perjanjian tersebut.

        Ketiga, Security controls of an ATM

        Di antara kawalan-kawalan keselamatan yang aku fikirkan perlu dimiliki oleh pihak bank:

        • Alat penggera keselamatan - Alat penggera yang sesuai dan befungsi dengan baik hendaklah dipasang di ATM  Adalah lebih baik jika alat penggera tersebut disambungkan secara on-line dengan bahagian kawalan keselamatan bank atau pihak ketiga (syarikat kawalan keselamatan) untuk memastikan tindakan segera sekiranya alarm tersebut berbunyi walaupun jika ianya hanyalah "false alarm".
        • Kawalan keselamatan untuk peti besi berisi wang tunai di dalam ATM - hanya pegawai-pegawai yang telah diberikan hak dan tanggungjawab untuk mengawal-selia mesin tersebut boleh membuka peti tunai ATM untuk tujuan memasukkan wang tunai serta membuat imbangan tunai ke atas mesin tersebut. Ada sesetengah bank dan syarikat kawalan keselamatan yang dipertanggungjawabkan menyelia mesin-mesin ATM telah memasang kunci peti digital menggantikan penggunaan "Combination Lock" yang kurang selamat.




        • Kamera keselamatan litar tertutup (CCTV camera) - perlu dipasang di tempat yang strategik bagi merakam gambar serta klip video di sekitar kawasan ATM tersebut.
          • Ground Bolted - ATM tersebut perlu diikat dengan bolt yang kuat di atas lantai bagi mengelakkannya diangkat dan dibawa lari pencuri. Perlu diingat bahawa kerana kecanggihan teknologi masa kini, kebanyakan mesin-mesin ATM dibina kompak, kecil dan ringan. Amat mudah untuk pencuri melarikannya sekiranya tidak diikat (bolted) dengan sempurna.
            • Static guard - pihak bank perlu menggaji seseorang atau beberapa orang untuk mengawal serta menjaga kawasan di mana ATM tersebut dipasang.

                Cadangan-cadangan lain yang mungkin perlu dibuat:

                Pihak bank perlu melakukan atau membuat "Feasibility Studies" sebelum memasang ATM di sesuatu tempat. Ini akan membantu mereka untuk menilai tahap-tahap kawalan keselamatan yang diperlukan. Sebagai contoh, jika ATM tersebut dipasang di sebuah Balai Polis, mungkin "Static Guard" tidak diperlukan.

                Membuat kajian tentang kos-kos berkaitan berbanding risiko-risoko yang mungkin wujud untuk memasang alat penggera kecurian yang lebih baik serta mempunyai hubungan terus ke Jabatan pihak bank yang membuat pemantauan atau ke syarikat kawalan keselamatan yang memberi perkhidmatan CMS (Centralized Monitoring System).
                        Membeli insurans untuk mesin-mesin ATM tersebut termasuklah wang tunai yang terdapat di dalamnya.


                            Hal-hal berkaitan Opportunity risk

                            Opportunity Risk untuk sesebuah bank ialah risiko-risiko yang berkaitan dengan kekurangan sumber-sumber kewangan untuk menambah pendapatan bank melalui proses-proses dan perniagaan "Foreign Exchange", mendapat pulangan interest dari “repo placement", interest dari pinjaman-pinjaman malahan overnight interest bagi wang tunai yang disimpan di "depository reserve" BNM.

                            Opportunity Risk untuk sesebuah bank untuk memiliki sesebuah ATM ialah risiko-risiko kehilangan sumber kewangan akibat terlalu banyak wang tunai yang terbiar (idle) di dalam mesin-mesin ATM. Oleh itu pihak bank perlu memastikan wang tunai yang terbiar (idle) di dalam mesin-mesin ATM adalah minima.

                            Bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan Oppotunity Risk?

                            Membuat imbangan tunai ke atas ATM dengan lebih kerap. Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh maksima 3 hari.


                            Memiliki software untuk menetapkan jumlah optimum wang tunai yang perlu dimasukkan ke dalam setiap ATM. Software tersebut bukan sahaja boleh menentukan jumlah tunai yang perlu dimasukkan, malahan juga menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk membuat kemasukan tunai baru serta membuat imbangan tunai.
                              Memiliki dokumen bertulis tentang tata-cara dan prosidur-prosidur (SOP) bagaimana untuk memastikan "Cash Holdings" pihak bank sentiasa terkawal.


                              OK lah...Cukup setakat ini aku mengarut...hehehe


                              Sekian.
                                Readmore...
                                Monday, June 21, 2010

                                Oh..Blog Aku!

                                14 comments
                                 
                                Habis lunyai blog aku!

                                Aku tidak tahu kenapa tetapi mungkin berpunca dari salah aku sendiri yang mahukan blog aku ini lebih laju untuk page loads. Selepas terbaca satu laman web yang mengajar cara-cara hendak speed up page loading, aku cuba untuk apply dengan mengoptimumkan CSS. Hasilnya, memang laju tetapi semua post aku jadi lintang pukang...adoi ai.

                                Banyak kali aku cuba nak betulkan CSS yang dah terkucil tu tetapi masih gagal. Aku boleh sahaja re-copy CSS asal yang telah aku save sebelum ini tetapi masalahnya aku perlu juga untuk adjust CSS tersebut untuk menambah beberapa widgets dan plugins. Lama juga aku membuang masa dan akhirnya aku decide hendak guna template yang baru pula.

                                Asalnya aku guna template BCute yang dicipta oleh Deluxe Templates (lihat screen shot di bawah):



                                Jika anda berminat dan ingin melihat Live Demo template BCute tu sila klik di SINI.
                                Jika hendak download anda klik di SINI pula.

                                Template BCute itu memang cute dan OK tetapi ramai kata macam budak-budak coz ada kartun "burung" (Twitter) kat bahagian atas tu dan tidak sesuai untuk aku yang dah tua bangka ni...cheh!!


                                So, aku mencuba pulak satu template yang dinamakan Communist oleh Blogger Tricks (lihat gambar di bawah). Memang cantik!


                                Jika anda berminat dan ingin melihat Live Demo template Communist tu sila klik di SINI.
                                Jika hendak download anda klik di SINI pula.

                                Cantik bukan? Walaubagaimanpun, aku terpaksa juga remove template itu kerana layoutnya macam hanya sesuai untuk blog-blog yang ingin menjual perabot sebab ada gambar sofa merah tu.

                                Kemudian aku ubah pula ke template yang baru dipanggil Sevim direkacipta oleh Best Themes (lihat screen shot di bawah). Ini pun cantik juga dan aku menggunakannya selama 2 jam (huh!).


                                Jika anda berminat dan ingin melihat Live Demo template Sevim tu sila klik di SINI.
                                Jika hendak download anda klik di SINI pula.

                                Aku hanya sempat menggunakan template Sevim tersebut dalam tempoh 2 jam. Aku cuba mengubah CSSnya kerana banyak link-link yang diarahkan kepada laman web perekanya termasuklah link Twitter. Oleh kerana perit sangat hendak adjust CSS, aku terpaksa juga mencari template yang lain.

                                Selepas penat mencari, aku terjumpa pula template yang dinamakan Red Ink direka-cipta oleh LabofWeb
                                (lihat screen shot di bawah).


                                Jika anda berminat dan ingin melihat Live Demo template Red Ink tersebut klik di SINI.
                                Jika hendak download anda klik di SINI pula.

                                Template ini agak menarik sebab ada "avatar" untuk penulis pos. Aku dah letak gambar kucing, gambar anak aku dan gambar aku sendiri sebagai avatar. Warnanya yang merah itu amat menyerlah dan sesuai untuk jenis penulisan aku.

                                Template ini aku guna agak lama juga iaitu lebih kurang 4 jam! Masalahnya, terlalu banyak link-link yang aku tidak perlukan dan kesemua link-link tersebut mengarah kepada labofweb.com. Dalam tempoh 4 jam tersebut aku membuang masa menggodam CSS untuk membuang benda-benda yang tidak aku perlukan dan akhirnya terbuang juga benda-benda yang amat aku perlukan...adoi ai.

                                Masalah paling besar aku ialah, post-post aku sebelum ini semakin lintang pukang especially gambar-gambar di dalam post-post tersebut.

                                Geram dengan situasi tersebut aku buka Blogger Dashboard aku dan pergi ke Template Designer. Aku cuba buat template sendiri berdasarkan acuan yang ada di Template Designer tersebut!.


                                Aku membuat beberapa adjustment untuk menyesuaikan layout asal dan isi-kandungan blog aku termasuk adjust lebar skins dan sidebar.



                                Template ini aku adjust juga CSSnya untuk masukkan iklan Nuffnang, Read More, Back to Top button dan beberapa widgets lainnya. Selebihnya aku cuma tambah menggunakan custom HTML page element code di sidebar sahaja. Aku cuma spent setengah jam untuk membuat adjustment tersebut that's why hasilnya mungkin tidak seberapa. Apa yang penting aku masih boleh berblogging!

                                Kadang-kadang kita rasa apa yang kita ada masih tak best especially bila melihat hak milik orang lain dan aku tidak terkecuali. Ini mungkin pelajaran berguna untuk aku supaya menerima keaadaan seadanya. Walaubagaimanapun, aku juga rasa bersyukur kerana kejadian ini membuatkan aku banyak belajar cara-cara hendak menggodam CSS....hehehe.


                                Sekian.
                                Readmore...
                                My Pings and Backlinks
                                Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
                                Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com