Monday, May 31, 2010

Crisis Management Part 4

2 comments
 
Salam,

Aku ingin menyambung kembali artikel tentang Crisis Management khusus tentang tajuk Sistem Perhubungan dan Proses Pemberitahuan.

Sebelum ini aku telahpun memberikan sedikit penerangan berkenaan topik-topik di bawah ini. Sekiranya anda terlepas atau ingin membacanya semula sila click link yang aku lampirkan bersama-sama topik tersebut.

    Apa pentingnya Sistem Perhubungan dan Proses Pemberitahuan?

    Sistem perhubungan yang baik dan berterusan ketika berlakunya krisis dapat membantu setiap organisasi melakukan pelan-pelan tindakan yang berpatutan bagi menangani krisis tersebut dengan sistematik, terkawal dan lebih effisien. Dengan itu risiko kehilangan, kerugian, kecederaan  ataupun mungkin kematian dapat dikurangkan atau dibendung sama sekali.

    Perlu juga diingat bahawa, objektif utama Pengurusan Krisis adalah untuk mematikan atau melenyapkan setiap krisis dengan berkesan tanpa mengalami apa-apa risiko akibat krisis tersebut. Oleh itu sistem perhubungan yang effisien adalah paling kritikal agar tiada tindakan-tindakan yang kurang wajar diambil akibat tindakan melulu serta tanpa kawalan.

    Untuk Pengurusan Krisis di Pusat Pengurusan Tunai, sistem perhubungan adalah penting bagi memastikan tiada berlakunya sebarang kehilangan tunai dan barang-barang berharga milik pelanggan-pelanggan.


    Untuk proses Perhubungan dan pelan Pemberitahuan, terdapat 2 bahagian iaitu Proses Perhubungan dan Pelan Pemberitahuan DALAMAN (internal), dan Proses LUARAN.


    Sistem dan Proses Perhubungan Dalaman

    Proses perhubungan dalaman adalah berkait rapat dan bergantung kepada keputusan-keputusan penilaian tentang tahap-tahap sesuatu krisis yang berlaku oleh ahli-ahli CMT samada di peringkat Pusat Pengurusan Tunai utama, Pusat Tunai alternatif ataupun pihak pengurusan di HQ.

    Kesemua ahli-ahli CMT perlu memastikan setiap aspek-aspek komunikasi berjalan dengan lancar dan berterusan.


    Krisis di TAHAP 1 (Minor Disruption)

    Perkara-perkara berikut mesti dititik-beratkan untuk menangani krisis pada TAHAP 1:
    • Krisis yang berlaku mesti diuruskan dengan baik oleh ahli CMT di Pusat Pengurusan Tunai utama.
    • Pengurus Pusat Tunai bertanggungjawab untuk memastikan krisis yang berlaku adalah terkawal dan maklumat-maklumat penting telah disampaikan kepada kesemua ahli-ahli CMT di peringkat Pusat Tunai tersebut.
    • Bahagian Inspection dan Security perlu memastikan sistem perhubungan sentiasa beroperasi dengan baik untuk memastikan semua aspek-aspek keselamatan wujud dan terkawal semasa berlakunya krisis.
    • Sekiranya perlu, pihak pengurusan atasan di HQ perlu dihubungi untuk menyampaikan status dan keadaan semasa ketika berlakunya krisis.

      Krisis di TAHAP 2 (Medium Disruption)

      Untuk sistem perhubungan bagi krisis di TAHAP 2, perkara-perkara yang sama ketika menangani krisis di Tahap 1 masih perlu diguna-pakai.
      • Pengurus Pusat Tunai bertanggungjawab untuk memberitahu kesemua ahli-ahli CMT di Pusat Tunai utama dan Pusat Tunai alternatif agar sentiasa bersedia untuk melaksanakan pelan-pelan yang bersesuaian bagi menghadapi krisis yang berlaku.
      • Pengurus juga perlu melaporkan kepada ahli-ahli CMT di peringkat HQ (pihak pengurusan atasan) staus dan keadaan krisis setiap masa untuk memastikan pihak pengurusan sentiasa bersedia melakukan pelan-pelan tindakan berpatutan serta memberikan arahan-arahan tertentu yang diperlukan.
        Secara amnya, semua ahli-ahli CMT mestilah senantiasa peka kepada keadaan ketika berlakunya krisis di TAHAP 2. Ahli CMT di Pusat Tunai alternatif perlu bersedia dan bertindak dengan segera sekiranya pihak pengurusan atasan mengishtiharkan BENCANA.


        Krisis di TAHAP 3 (Major Disruption)

        Pengurus Pusat Pengurusan Tunai Utama perlu melaporkan kepada pihak pengurusan atasan tentang krisis tersebut dengan segera untuk menerima arahan selanjutnya serta memberi komen dan cadangan kemungkinan perlunya perishtiharan BENCANA.


        Sistem dan Proses Perhubungan Luaran


        Hanya Pengurus Pusat Pengurusan Tunai utama atau wakilnya dibenarkan untuk menghubungi atau melaporkan kepada pihak luar yang berkaitan seperti pelanngan-pelanggan syarikat, pembekal-pembekal, syarikat Insurans serta pihak berwajib tentang sesuatu krisis yang melanda.

        Arahan-arahan berikut mesti dipatuhi jika perlu menghubungi pihak-pihak luar berkenaan sesuatu krisis:
        • Pastikan maklumat yang disebarkan kepada pihak luar adalah tepat dan bersesuaian dengan krisis tersebut.
        • Pastikan maklumat-maklumat rahsia pelanggan-pelanggan (seperti maklumat-maklumat kedudukan tunai pelanggan) tidak disebarkan secara sengaja atau tidak sengaja.
        • Pastikan maklumat-maklumat yang disampaikan tidak menyentuh aspek-aspek kawalan keselamatan Pusat Tunai yang memungkinkan digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
        • Pastikan pihak luar yang dihubungi adalah relevan untuk sesuatu krisis.

        Cara-cara menghubungi pihak luar boleh dilakukan dengan apa jua cara komunikasi sepert telefon dan e-mail.


        Kesimpulan

        Untuk memastikan setiap proses perhubungan berjalan dengan lancar dan mengikut prosidur yang ditetapkan, pihak Syarikat perlu memiliki carta aliran perhubungan organisasi. Syarikat juga boleh menggunakan carta organisasi CMT sepertimana yang aku telah paparkan di post yang lalu (http://abanglongonline.blogspot.com/2010/05/crisis-management-part-2.html).

        Selepas ini aku akan bercerita pula tentang Penilaian krisis dan Pengumuman Bencana. So, tungguuuu...


        Sekian.


        Readmore...
        Saturday, May 29, 2010

        Crisis Management Part 3

        0 comments
         
        Salam,

        Post ini adalah sambungan kepada post aku yang terdahulu tentang "Crisis Management". Sekiranya anda tertinggal atau ingin membaca post aku itu sila click link ini http://abanglongonline.blogspot.com/2010/05/crisis-management-part-2.html.

        Sebelum ini, aku telah huraikan dengan ringkas topik-topik di bawah ini:
        • Pengenalan kepada Crisis Management
        • Pasukan Pengurusan Krisis (Crisis Management Team) atau CMT

        Kali ini, aku ingin menyentuh pula topik yang ketiga iaitu Kriteria-kriteria Krisis atau Bencana serta penetapan tahap-tahap krisis.

        Kenapa perlunya kita menetapkan tahap-tahap krisis?

        Penahapan krisis adalah kritikal untuk sesebuah organisasi bagi merancang dan melaksanakan timdakan-tindakan yang bersesuaian untuk menangani krisis tersebut.

        Sebagai contoh, sekiranya berlaku kebakaran kecil di bilik stor, tindakan mengawal api agar tidak merebak ke bahagian lain bangunan adalah merupakan tindakan yang sesuai pada ketika itu dan bukannya mengosongkan  keseluruhan bangunan. Walaubagaimanapun, jika kebakaran tersebut tidak dapat dikawal, mengosongkan bangunan adalah wajar.

        Ada sesetengah, syarikat menetapkan hanya 2 tahap krisis, manakala untuk syarikat aku ini, aku telah menetapkannya kepada 3 tahap iaitu Minor Disruption, Medium Disruption dan Major Disruption. Sekiranya Major Disruption melibatkan impak yang besar kepada syarikat termasuk  perkara-perkara yang memungkinkan kemusnahan harta benda dan mengancam nyawa, BENCANA (Disaster) akan diumumkan. Mungkin anda berpendapat penahapan di atas seolah-olah ada 4 peringkat. Ya dan tidak. Ya kerana Major Disruption mungkin tidak mendatangkan kemusnahan dan kemudaratan kepada syarikat dan para pekerja. Namun, sekiranya Major Disruption itu merupakan kebakaran, ia juga adalah BENCANA.

        Contoh Minor Disruption.

        Untuk syarikat aku ini, definisi Minor bermaksud, sesuatu kejadian yang mengakibatkan gangguan kepada pekerjaan yang tidak melebihi MTD 4 jam. Sebagai contoh mudah, berlakunya gangguan elektrik tidak melebihi 4 jam. walaubagaimanapun, MTD 4 jam itu mungkin tidak sesuai untuk menilai Discruption jika berlakunya kebakaran.

        Contoh Medium Disruption

        Untuk tahap krisis yang kedua ini bermaksud, sesuatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada pekerjaan melebihi MTD 4 jam tetapi kurang dari 24 jam. Sebagai contoh, gangguan bekalan elektrik selama 8 jam.

        Contoh Major Disruption

        Untuk tahap yang ketiga ini bermaksud, gangguan pekerjaan melebihi 24 jam dan gangguan tersebut akan memberi impak yang besar terhadap syarikat disebabkan ketidakwujudan atau kekurangan elemen-elemen kawalan keselamatan akibat krisis tersebut. Anda boleh juga mengandaikan gangguan bekalan elektrik untuk contoh terdekat.

        Huraian contoh

        Mungkin anda tertanya-tanya bagaimana aku menetapkan tahap-tahap krisis dengan merujuk gangguan bekalan elektrik sebagai contoh sedangkan kita mungkin tidak akan tahu bila bekalannya akan disambung semula. Mudah sahaja. Kita perlu menghubungi pihak yang menguruskan bekalan elektrik tersebut dan bertanya jangkamasa yang diperlukan untuk kerja-kerja pemulihan.

        Perlu diingat, perhubungan di antara syarikat dan pihak-pihak tertentu di luar adalah salah satu elemen-elemen penting di dalam menangani krisis. Maklumat-maklumat yang tepat adalah amat perlu bagi memastikan krisis yang berlaku dapat dibendung dengan segera.

        Pengecualian

        Menetapkan tahap-tahap krisis samada Minor, Medium atau Major perlu dilakukan dengan teliti oleh ahli-ahli CMT syarikat mengikut kesesuaian krisis. Bagi krisis yang boleh mengakibatkan kemudaratan serta mengancam nyawa para pekerja. tahap-tahap krisis di atas adalah tidak sesuai. Sebagai contoh, krisis yang melibatkan penyakit berjangkit seperti H1N1, memerlukan syarikat untuk terus menetapkan tahap krisis tersebut kepada BENCANA.

        Kesimpulan

        Jadi, berdasarkan kepada perkara-perkara yang aku ceritakan di atas, untuk menulis sesebuah manual atau SOP tentang Crisis Management ataupun BCP, penulis perlulah juga bercerita tentang tahap-tahap krisis dan kemudiannya dihubungkaitkan pula dengan pelan-pelan tindakan yang bersesuaian untuk menangani krisis pada tahap-tahap yang berkaitan.

        Aku akan menulis tentang pelan-pelan tindakan yang berkaitan di post yang lain nanti. So, tungguuuuu...

        Sekian.
        Readmore...
        Wednesday, May 26, 2010

        Hide your Game's window from your Boss

        2 comments
         
        Salam,

        Semasa bekerja di pejabat, bila aku boring, biasanya aku layan “Spider Solitaire“. Jika aku tertangkap semasa bermain game komputer semasa bertugas, sudah tentu syarikat seronok untuk memberi aku “show caused letter"!...dan pendengki-pendengki aku akan juga seronok bertepuk-tangan dan kaki segala...hehehe

        Telah banyak laman web yang aku lawati untuk mencari jika ada software yang boleh membantu aku menghilangkan (hide) tetingkap (window) game yang aku main itu dengan segera dan sukar dikesan. Jika aku cuma "minimize", icon game tersebut masih boleh dilihat di "windows tray".

        Akhirnya, pencarian aku itu telah berhasil bila aku terbaca tentang satu software di majalah komputer baru-baru ini.

        Sekarang, aku sudah boleh bermain “Spider Solitaire” seberapa banyak yang aku suka ketika di pejabat tanpa rasa risau "kantoi" dengan Big Boss. Malahan, dia tidak akan tahu game yang aku mainkan itu masih aktif walaupun dia cuba melihat komputer aku secara dekat dan teliti. Software ini memang betul-betul bagus!

        Software apa tu?

        Namanya PLANCOIN dan ia sememangnya FREE.

        Fungsi aplikasi Plancoin ini mudah sahaja iaitu menyembunyikan screen/window beberapa aplikasi hanya dengan satu tindakan (menekan butang yang kita tentukan sendiri). Aplikasi Plancoin ini membenarkan kita untuk setup sendiri 2 "hot keys". Satu "hot key" untuk menyembunyikan dan memaparkan kembali "screen/window" aplikasi yang tertentu manakala satu lagi utuk menyembunyikan atau memaparkan kembali screen/window aplikasi Plancoin itu sendiri. Aplikasi ini berfungsi (walaupun screen/window tidak kelihatan) dengan menerima dan melakukan arahan daripada anda melalui "hot keys" itu tadi.

        BAGAIMANA INGIN MENGGUNAKAN PLANCOIN?

        Mula-mula download dahulu aplikasi ringan itu di http://wistinga.online.fr/plancoin/
        • Selepas download, install di komputer anda. Malahan, anda juga boleh simpan aplikasi Plancoin ini di dalam thumbdrive dan boleh digunakan di mana-mana komputer!
        •  Mainkan aplikasi Plancoin dengan double click iconnya. Screen yang memaparkan settings untuk Plancoin akan pop up. (Lihat screen shot di bawah).

        BAGAIMANA MEMASUKKAN SCREEN YANG ANDA INGIN SEMBUNYIKAN?

        Mula-mula pergi ke "Windows titles".
        • Selepas ayat "Hide all windows" tu ada drop-down menu. Aku cadangkan anda pilih sahaja "containing" supaya mudah untuk invoke "hot key" nanti.

        • Pilih dahulu screen/window yang anda ingin sembunyikan. Sebagai contoh, anda ingin menyembunyikan game "Spider Solitaire", so, anda perlu taip perkataan-perkataan "Spider Solitaire" di ruang yang disediakan oleh Plancoin tersebut.

        • Untuk memastikan perkataan yang kita tulis tu betul, adalah lebih baik kalau anda rujuk kat bahagian atas kiri screen/windows untuk aplikasi yang ingin anda sembunyikan tersebut. Lihat contoh screen shot di bawah (untuk Spider Solitaire).

        • Anda boleh meletakkan seberapa banyak screen aplikasi yang anda ingin sembunyikan dengan menaip sebahagian perkataan-perkataan berkaitan tetapi pastikan setiap aplikasi ditulis dibaris yang berbeza. Tekan "Enter" untuk pergi ke baris lain.

        BAGAIMANA HENDAK SETUP HOT KEYS?

        Sila pergi ke bahagian bawah screen Plancoin dipanggil "Hot Keys".


        • Di ruang sebelah atas merupakan "hot key" untuk menyembunyikan atau memaparkan kembali screen/window yang anda telah taip di "Windows titles".
        • Plancoin telah menyediakan "default" "hot keys". Biasanya CTRL + F8. Aku pula mengguna CTRL + F9 kerana key CTRL + F8 telah diguna komputer aku untuk keyboard shotcut bagi arahan macro yang lain. Jika anda ingin mengubah "default hot key" yang Plancoin bagi itu, cuma delete data di dalam ruang tersebut dan tekan butang CTRL diikuti dengan mana-mana butang F2 hingga F12. Pastikan butang F tersebut tidak ada fungsi lainnya. Jika tidak Plancoin anda tidak dapat melakukan arahan anda.

        • Di ruang sebelah bawah "Hot keys" itu merupakan "hot key" untuk memaparkan kembali screen Plancoin. Pastikan ada butang "Alt" di tengah-tengahnya. Melihat contoh yang aku berikan di screen shot di atas, aku perlu menekan butang CTRL dan butang ALT diikuti serentak dengan butang F9 untuk memaparkan kembali screen Plancoin.

        • Selepas anda memasukkan "hot keys", seeloknya anda melakukan ujian dahulu.

        SETUP TAMBAHAN

        Pergi ke sebelah kanan atas screen Plancoin dipanggil "Miscellaneous".


        • Ada beberapa "check box" yang anda boleh pilih. Yang pertama tu untuk memainkan aplikasi Plancoin setiap kali startup komputer. Aku cadangkan anda "tick" sahaja pilihan ini. Yang keduanya adalah untuk memaparkan screen Plancoin ketika startup. Terpulang kepada anda samada perlu untuk dipaparkan screen tersebut setiap kali startup. Dan yang ketiganya ialah untuk "mute" sound. Aku cadangkan anda "tick" juga. Ialah kan..buat apa screen game kita tidak nampak tetapi bunyinya ada. Lagi bagus kalau kesemuanya disembunyikan...hehehe.

        LAIN-LAIN

        Lastly, kat sebelah bawah kiri screen Plancoin itu adalah untuk anda memilih samada untuk menyembunyikan screen Plancoin, memberhentikan aplikasi tersebut atau untuk mencari bantuan.


        • Perlu diingat, untuk menyembunyikan screen Plancoin, tiada "hot key". Anda perlu click butang "Hide this dialog" untuk tujuan itu. Untuk memaparkan kembali screen Plancoin, gunakan "hot key" yang anda telah set di ruang "Windows titles" sepertimana aku telah terangkan di atas.

        Aku harap anda semua akan enjoy menggunakan aplikasi Plancoin ini seperti mana aku. Tetapi jangan pula menyalahkan aku jika produktiviti syarikat anda menurun kerana masing-masing sibuk bermain game atau melayan aplikasi-aplikasi yang telah kena blocked di pejabat anda...hehehe.

        Sekian.
        Readmore...
        Monday, May 24, 2010

        Fishbowl for Facebook

        0 comments
         
        Salam,

        Kepada peminat-peminat dan pengguna Facebook yang extreme (heavy users) mesti mencuba software ini. 

        Memang menarik dan banyak memberi kemudahan kepada anda. Aplikasi Fishbowl dapat memberikan anda access ke Facebook tanpa perlu membuka Internet Browser. Malahan dengan keterampilannya yang menarik setelah didokong oleh OS terbaru Windows 7,  membuka Browser mungkin menjadi "extra job" dan tidak diperlukan lagi kecuali jika anda access Facebook hanya semata-mata untuk bermain Zynga Poker seperti yang dilakukan oleh kebanyakan staff-staff aku yang tengah menunggu kerja tu...hehehe.

        Apalagi? Kalau anda berminat untuk mencubanya, lawati laman web ini http://www.fishbowlclient.com/ dan download sahaja sotware tersebut di situ.


        Dengan Fishbowl anda dapat melihat dan membaca berita-berita terbaru teman-teman, update status, sendiri, memberi/menulis komen-komen di laman Facebook teman, melihat dan muat-naik gambar-gambar,  menghantar notis/mesej dan sebagainya (kecuali bermain game). Kesemuanya hanya dilakukan melalui software Fishbowl tanpa perlu membuka internet browser.

        Features yang ada pada Fishbowl :

        1. Mini-mode - memudahkan anda sentiasa connected dengan Facebook.
        2. Fishbowl telah digabungkan dengan laman web Facebook, so, hanya dengan satu click anda boleh access dengan mudahnya
        3. Aplikasi yang ringan dan mudah digunakan.
        4. User friendly dan mudah untuk membuka dan melihat gambar-gambar di Facebook dengan cepat.
        5. Mudah untuk upload gambar-gambar ke dalam Facebook. Cuma perlu "drag dan drop" sahaja ke Fishbowl gambar-gambar tersebut akan ditayangkan di Facebook anda.
        6. Boleh melihat gambar-gambar di Facebook secara "Slideshow" dan dalam mode "Full Screen".
        7. Melihat gambar-gambar yang di upload teman-teman anda, status mereka dan menulis/post komen-komen dengan mudah dari screen yang diperbesarkan.
        8. Boleh memasang "Filter" untuk status, komen, dan apa jua post teman-teman anda tanpa mereka sedari.

        Bagaimana cara menggunakan Fishbowl?

        • Untuk penggunaan pertama kali screen di bawah akan pop up untuk anda memasukkan kata laluan dan password Facebook anda. Anda juga akan diminta untuk memberi kebenaran Fishbowl untuk membuat "direct connection" dengan Facebook setiap kali anda membuka Fishbowl.

        • Selepas itu, anda hanya perlu melayari Fishbowl sepertimana anda melayan laman Facebook anda.

        Di sini aku paparkan beberapa screen shots untuk anda lihat. Selebihnya, anda cuba dan rasai sendiri pengalaman menggunakan Fishbowl ini.

        Fishbowl dalam Mini Mode


        Fishbowl menunjukkan laman utama (Home) Facebook anda


        Screen shot Fishbowl untuk anda upload gambar-gambar


        Screen shot Fishbowl untuk anda mengubahsuai settings


        Memang mudah dan lebih seronok untuk melihat gambar-gambar teman-teman di Facebook menggunakan Fishbowl. Cuma click sahaja butang "Photo" di sebelah kanan atas Fishbowl dan ia akan memaparkan ringkasan gambar-gambar yang telah teman-teman anda upload.


        Pilih sahaja album yang mana anda ingin lihat


        Click butang "Slidshow" dan anda akan dipaparkan gambar-gambar yang anda pilih itu secara "Full Screen". Menarik!

        Kalau anda ingin berhentikan "Slideshow" cuma tekan butang "escape" dan Fishbowl akan kembali ke screen asal seperti di bawah.


        Kalau anda ingin menulis atau meninggalkan komen-komen di gambar tersebut cuma taip komen anda di komen form yang terdapat di sebelah gambar tersebut. Lihat screen shot dibawah.



        Amacam? Ok?. Aku fikir lebih elok kalau anda menikmati sendiri aplikasi Fishbowl ini dengan memuat turun di laman web yang aku berikan di atas.

        P/S. Aku cuma nak pesan, Software ini masih lagi di dalam percubaan. Mungkin masih terdapat lagi kekurangannya. kalau anda ingin memberi komen tentang masalah-masalah yang mungkin anda hadapi ketika menggunakan aplikasi Fishbowl ini, sila hantar komen anda di http://www.fishbowlclient.com/Support.htm


        Sekian.
        Readmore...

        Crisis Management Part 2

        0 comments
         
        Salam,

        Post ini adalah sambungan kepada post aku yang terdahulu tentang "Crisis Management". Sekiranya anda tertinggal atau ingin membaca post aku itu sila click link ini http://abanglongonline.blogspot.com/2010/05/crisis-management-part-1.html.

        Aku lampirkan juga sekali lagi di sini topik-topik yang bakal aku huraikanya dalam post ini dan post-post seterusnya yang berkaitan tentang Crisis Management:
        • Pengenalan kepada Crisis Management (telah aku sentuh di post sebelumnya).
        • Pasukan Pengurusan Krisis (Crisis Management Team) atau CMT
        • Kriteria-kriteria Krisis atau Bencana serta penetapan tahap-tahap krisis
        • Sistem perhubungan dan proses pemberitahuan
        • Penilaian krisis dan pengumuman bencana
        • Reaksi dan pengurusan semasa kecemasan
        • Jenis-jenis krisis dan perancangan untuk menanganinya
        • Pengurusan dan pelan kesinambungan kerja (BCP)
        • Proses-proses pemulihan selepas krisis
        • Tindakan-tindakan untuk mengelaknya berulang semula krisis yang sama

        Kali ini, aku ingin menyentuh pula topik yang kedua iaitu Pasukan Pengurusan Krisis (Crisis Management Team) atau ringkasnya CMT untuk Pusat Pengurusan Tunai (Cash Management Center).

        Apakah Fungsi-fungsi CMT?

        Fungsi utama CMT adalah seperti berikut::
        • Memastikan bahawa komunikasi ketika berlakunya krisis berjalan dengan lancar dan cekap. Ahli-ahli CMT mesti bertindak pantas dan berhemah menyampaikan maklumat yang penting dengan tepat tentang seseuatu krisis kepada staff berkaitan dan kumpulan pengurusan. Maklumat yang salah, tidak tepat serta penyampaian maklumat kepada orang yang tidak sepatutnya menrima maklumat tersebut mungkin boleh menyebabkan sesuatu krisis itu tidak dapat dibendung dengan sewajarnya.
        • Memastikan fungsi-fungsi atau kerja-kerja yang kritikal dijalankan dengan betul dan teratur. Setiap ahli-ahli CMT dipilih berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalamannya di dalam sesuatu bidang tugas serta berkait rapat dengan tugas-tugas yang dilakukannya sekarang.
        • Meminimumkan risiko yang mungkin menyebabkan pihak pelanggan syarikat menanggung kerugian akibat krisis yang berlaku. Ahli-ahli CMT mesti menumpukan seluruh perhatian kepada elemen-elemen kawalan keselamatan dan prosidur-prosidur piawai mesti dipatuhi setiap masa ketika berlakunya krisis.
        • Memastikan jangka masa krisis tidak terlalu lama. Tempoh masa krisis (Maximum Tolerable Down-time) atau MTD mesti menjadi fokus dan matlamat utama CMT.

        Ahli-ahli CMT

        Pasukan CMT terbahagi kepada 3 iaitu, CMT di Pusat Pengurusan Tunai utama, CMT di Pusat Pengurusan Tunai alternatif (atau backup) dan CMT di Ibu Pejabat (HQ).

        CMT di Pusat Pengurusan Tunai utama.

        Pasukan CMT di Pusat Pengurusan Tunai utama terdiri daripada pekerja-pekerja yang memikul tanggungjawab kritikal memastikan tugasan-tugasan yang dipikul dijalankan dengan teratur dan berterusan.

        Contohnya, untuk mengawal dan memastikan setiap transaksi pengurusan wang tunai dilakukan dengan betul dan mengikut prosidur-prosidur yang telah ditetapkan, dipertanggungjawabkan kepada Ketua Juruwang atau Chief Cashier. Kecuaian atau kehilangan fokus semasa krisis mungkin boleh menyebabkan syarikat kehilangan wang tunai dan memberi impak negatif kepada pelanggan syarikat.

        Manakala, untuk memastikan mesin-mesin ATM dan CDM yang telah di outsource kepada syarikat di servis dengan sempurna dan mengikut ketetapan masa seperti di dalam Service Level Agreement (SLA) dipikul oleh Executive ATM. Kegagalan mematuhi SLA akan menyebabkan syarikat dikenakan penalti oleh pihak bank dan reputasi mungkin dipersoalkan.

        Tugas-tugas lainnya seperti memastikan kesemua kakitangan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh syarikat ketika krisis harus dipertanggungjawabkan kepada staff Security (Inspection Executive). Begitu juga lain-lain tugasan perlulah ada kakitangan yang dipertanggungjawabkan mengikut kepentingan dan kesesuaian ketika menghadapi krisis.

        CMT di Pusat Pengurusan Tunai Alternatif

        Ahli-ahli CMT di Pusat alternatif biasanya terdiri daripada pekerja-pekerja penguruan pertengahan (middle management team) yang bertanggungjawab membantu CMT di Pusat utama semasa pemindahan operasi ke Pusat Alternatif. Walaubagaimanpun, CMT di Pusat alternatif mestilah sentiasa bersedia sepenuhnya bagi memastikan pemindahan operasi berjalan dengan lancar dan tidak melebihi masa MTD.

        CMT di Ibu Pejabat (HQ)

        Ahli-ahli CMT di Ibu Pejabat merupakan kakitangan Pengurusan Kanan syarikat yang dipertanggunjawabkan untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan dan melibatkan polisi-polisi syarikat seperti pengumuman bencana, arahan perpindahan lokasi operasi, berurusan dengan pihak media serta menyampaikan maklumat tertentu kepada pelanggan-pelanggan.

        Secara amnya, CMT bolehlah digambarkan berdasakan kepada carta organisasi CMT seperti di bawah ini:

        Tugas-tugas setiap ahli CMT akan aku ceritakan dengan lebih lanjut di dalam post-post aku yang seterusnya nanti mengikut topik-topik yang aku telah lampirkan di atas. So, tungguuuu.....

        Sekian.
        Readmore...
        Sunday, May 23, 2010

        Optimize Windows using CCleaner

        0 comments
         
        Salam,

        Ini satu lagu software yang berguna untuk komputer kita i.e. CCleaner dari Piriform.

        CCleaner ialah satu sistem "optimization" dan sistem pembersih. CCleaner membuang fail-fail yang tidak berguna atau tidak digunakan lagi di dalam sistem komputer kita. Dengan ini Windows akan beroperasi dengan lebih lancar dan ruang hard disk pula semakin bertambah. Di samping membersihkan jejak-jejak aktiviti on-line kita, CCleaner juga mengandungi agent "registry cleaner" yang advanced untuk memastikan kesemua registery beroperasi dengan optimum.

        Yang paling menariknya tentang CCleaner ialah ia bertindak dengan amat pantas (biasanya kurang dari 1 saat) serta tidak mengandungi Spyware atau Adware!

        Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, sila lawati laman web penciptanya di www.piriform.com dan bolehlah juga download aplikasi versi terbarunya di situ juga.


        Cara-cara penggunaan CCleaner:

        • Download dahulu aplikasi CCleaner di sini
        • Install CCleaner di komputer anda
        • Mainkan program CCleaner. Screen di bawah akan pop up di komputer anda.

        • Click butang "Analyze". Anda akan ditunjukkan ringkasan atau maklumat fail-fail yang boleh dicuci atau dibuang. Untuk melihat fail-fail yang boleh dibersihkan samada dari "Windows" atau "Applications" cuma click butang berkaitan. Anda juga boleh memilih applikasi atau fail-fail mana yang ingin anda analisa.

        Screen shot fail-fail Windows:

        Screen shot fail-fail Applications:

        • Anda hanya perlu click "Run Cleaner" untuk memberi arahan kepada software ini melakukan tugasnya. Memang mudah sekali. Anda boleh lihat sendiri berapakah jumlah kapasiti hard disk yang anda telah kosongkan.
        • Untuk melihat samada fail-fail "Registery" komputer anda bermasalah atau tidak, cuma click butang "Registery" di sebelah kiri screen dan CCleaner akan menganalisa serta memaparkannya di screen seperti di bawah. Pilih fail-fail yang anda ingin perbetulkan atau buang. Aku cadangkan biar sahaja CCleaner yang pilih secara automatik kecuali kita betul-betul expert di dalam hal-hal Registery ini.

        • CCleaner akan memperbetulkan fail-fail Registery komputer seperti yang anda pilih secara automatik apabila anda click butang "Fix selected issues".

        Itu sahaja yang anda perlu buat. Mudah dan pantas bukan?.


        Fungsi-fungsi tambahan CCleaner

        • Apabila anda click butang "Tools" di sebelah kiri screen CCleaner tersebut, terdapt 3 lagi submenu yang boleh anda pilih iaitu Uninstall, Startup dan System Restore.

        • Aplikasi Uninstall akan memaparkan kepada anda semua program atau aplikasi yang anda telah install di dalam komputer anda. Anda boleh menggunakan aplikasi Uninstall ini untuk membuang mana-mana aplikasi atau program yang anda tidak perlukan lagi.

        • Aplikasi Startup akan memaparkan program-program yang akan berfungsi ketika mula-mula menghidupkan komputer. Aplikasi ini juga berguna sekiranya anda tidak mahu terlalu banyak program berjalan semasa startup dan mempercepatkan permulaan penggunaan komputer.

        • Aplikasi System Restore memberi anda peluang untuk melihat atau membuang System Restore points yang telah dibuat oleh Windows di komputer anda.

        Secara keseluruhannya, CCleaner mempunyai banyak pilihan aplikasi yang amat berguna untuk memastikan komputer kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum dan tidak bermasalah. Ada sesetengah aplikasi tersebut telahpun wujud di dalam sistem Windows anda. CCleaner cuma menggabungkannya di dalam satu software untuk kemudahan anda.

        Anda juga boleh mengubahsuai "settings" mengikuti kehendak anda seprti menetapkan jadual untuk komputer anda memainkan CCleaner dan melakukan pembetulan atau membuang fail-fail yang tidak perlu. Anda hanya perlu click butang "Option" dan buatlah pilihan anda. Lihat screen shot di bawah:


        Pada aku, hanya 2 aplikasi yang benar-benar aku perlukan iaitu "Cleaner" and "Registery" dan sememangnya CCleaner ini telah memberikan yang terbaik untuk komputer aku.

        Kalau anda berminat, cubalah.

        Sekian.
        Readmore...
        Saturday, May 22, 2010

        Crisis Management Part 1

        0 comments
         
        Salam,

        Post kali ini khas untuk staff aku yang aku tugaskan untuk menulis guidelines tentang "Crisis Management". Mungkin informasi di dalam artikel ini juga berguna kepada anda yang tengah mencari idea untuk menulis perkara yang sama termasuk "Business Continuity Plan" atau ringkasnya BCP.
        Tidak semua isi artikel ini bersesuaian dengan organisasi anda kerana aku menulisnya khas untuk Syarikat Security.

        Aku tidak mungkin dapat menulis dan post keseluruhan isi artikel ke dalam blog ini dalam satu masa. Oleh itu, aku akan bahagikan artikel tentang Crisis Management ini kepada beberapa post.


        Artikel ini dan artikel-artikel sterusnya yang berkaitan tentang Crisis Management akan menyentuh topik-topik seperti di bawah:
        • Pengenalan kepada Crisis Management
        • Pasukan Pengurusan Krisis (Crisis Management Team) atau CMT
        • Kriteria-kriteria Krisis atau Bencana serta penetapan tahap-tahap krisis
        • Sistem perhubungan dan proses pemberitahuan
        • Penilaian krisis dan pengumuman bencana
        • Reaksi dan pengurusan semasa kecemasan
        • Jenis-jenis krisis dan perancangan untuk menanganinya
        • Pengurusan dan pelan kesinambungan kerja (BCP)
        • Proses-proses pemulihan selepas krisis
        • Tindakan-tindakan untuk mengelaknya berulang semula krisis yang sama


        Pengenalan Kepada CRISIS MANAGEMENT


        Kita mulakan dengan memahami apa itu "Crisis Management".

        Crisis Management atau Pengurusan Krisis merupakan salah satu element penting di dalam sesebuah organisasi. "Crisis Management" ialah pengurusan proses-proses serta tindakan-tindakan yang diambil sesebuah organisasi yang menghadapi situasi kritikal dan tidak dijangka yang boleh mengakibatkan kejatuhan atau kemudaratan kepada organisasi tersebut termasuklah pemilik syarikat (pemegang-pemegang saham) dan pekerja-pekerjanya serta orang awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


        Secara amnya ada 3 elemen-elemen atau unsur-unsur situasi yang berkait rapat di antara satu sama lain yang memerlukan pengurusan krisis iaitu:
        • Kejadian yang boleh mengancam organisasi
        • Kejadian tanpa dijangka atau secara mengejut
        • serta perlunya membuat keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan pantas.


        Ada juga pendapat mengatakan krisis bukan hanya berkisar tentang ancaman kepada organisasi semata-mata tetapi juga sesuatu yang boleh membuatkan organisasi tersebut kurang optimum seperti penggunaan cara-cara, prosess-proses serta polisi dan prosedur yang telah ketinggalan zaman (outdated). Untuk pengurusan krisis seperti ini organisasi tersebut perlu melakukan perubahan-perubahan besar dan drastik ("System Re-engineering").


        Pada pendapat aku, selagi proses-proses yang outdated itu masih boleh memberikan sesuatu kepada organisasi ia bukanlah krisis. Organisasi tersebut cuma perlu melakukan "Business Process Analysis" untuk mengkaji semula kesemua proses-proses yang ada samada perlu dierbaiki ataupun ditukar keseluruhannya (re-engineering).


        Penukaran proses-proses (re-engineering) mungkin hanya perlu dilakukan sekali manakala untuk membaik pulih atau memperbaiki proses-proses yang sedia ada perlu dilakukan secara berterusan.


        Mengapa pentingnya pengetahuan di dalam menangani krisis?

        Setiap organisasi perlu menangani setiap krisis dengan betul supaya krisis dapat diselesaikan tanpa mengorbankan atau memporak-perandakan organisasi serta menimbulkan sebarang krisis-krisis baru. pengetahuan serta pengalaman tentang sesuatu krisis juga boleh digunakan untuk memastikan krisis yang sama tidak berulang kembali.

        Seperti penyakit, untuk menghindari adalah lebih mudah dari mengubatnya. Begitu juga krisis, di mana aktiviti-aktiviti selepas krisis mungkin boleh menyebabkan sesuatu organisasi tersebut menanggung banyak kos-kos perbelanjaan pemulihan.

        Pengetahuan di dalam menangani sesuatu krisis akan membantu organisasi melakukan tindakan-tindakan pantas supaya tahap krisis tidak menjadi suatu bencana yang lebih memudaratkan. Sebagai contoh, pendedahan dan pengetahuan bagaimana untuk mengguna alat pemadam api sudah tentu berguna bagi mengelakkan kebakaran yang lebih besar.


        Untuk memastikan pengetahuan tentang tindakan-tindakan yang perlu diambil apabila berlakunya sesuatu krisis disampaikan secara berterusan kepada kakitangan berkaitan, kebanyakan organisasi telah mendokumenkannya dan menjadikannya sebagai suatu bahan rujukan yang mesti ada.

        Contoh dokumen yang sering diperkatakan adalah seperti berikut:

        • Crisis management Plan
        • Business Continuity Plan
        • Disaster Recovery Plan

        Dokumen yang paling popular ketika ini ialah Fire Evacuation Plan dan aku rasa setiap organisasi memiliki dokument tersebut. Seronok juga bila melihat sesuatu organisasi itu melakukan Fire Drill especially bila melibatkan pejabat-pejabat di bangunan melangit seperti Maybank (HQ). Hinggakan ada staff Maybank yang mengadu di radio ERA kerana terpaksa turun ke Assembly Area dari tingkat 44...hehehe.


        Ok..setakat ini sahaja dahulu untuk kali ini. Aku akan sambung di post lain pula...tungguuuuuuu...


        Sekian.
        Readmore...
        Friday, May 21, 2010

        Free Ringtone Maker

        0 comments
         
        Salam,

        Post kali ini ialah tentang cara-cara hendak membuat ringtone sendiri untuk handphone sendiri punya dan orang lain punya..dan kalau untuk orang lain punya bolehlah kita mintak bayaran sikit-sikit...hehehe

        So, kalau berminat, sila muat turun software tersebut kat sini http://www.gustosoft.com/ringtone-maker/free-mp3-ringtone-maker.htm

        Bagaimana cara nak guna?
        • Download dulu file applicationnya kat website di atas dan install kat komputer anda (macam biasalah)
        • Run application (Free MP3 Ringtone Maker) dan screen seperti di bawah akan pop up.

        • Cari fail media (lagu) yang anda ingin jadikan ringtone. Dalam contoh ini, aku nak jadikan sebahagian lagu My Facebook dari kumpulan GIGI sebagai ringtone handphone aku.

        • Click button "Load File".

        • Software itu akan upload file dan ditunjukan di screen dalam bentuk "waveform".

        • Pilih "range" sebahagian dari lagu itu untuk dijadikan ringtone dengan menggerakkan penanda berwarna "pink" tu. Penanda tersebut juga boleh dipanjangkan atau dipendekkan dengan "drag" border di kiri atau kanan.

        • Di bahagian bawah "waveform" tu ada beberapa radio-button untuk pilihan anda. Fade In, Fade Out dan Stereo. Fade In maksudnya volume ringtone tu akan bermula dengan perlahan-lahan, manakala Fade Out berkmakna volumenya akan perlahan dihujung ringtone. Stereo tu pulak? Ntah! Cari kamus untuk tahu lebih lanjut...hehehe.
        • Di sebelah kanan bawah pula terdapat 2 drop-down list untuk pilihan kualiti ringtone yang anda buat tersebut. Kalau ingin kualiti yang tinggi, size file akan lebih besar. Contoh yang aku tunjukkan dalam screen shot di sini aku memilih kualiti yang terbaik.

        • Click "Generate Ringtone File". Software tu akan membuat ringtone sepertimana yang kita inginkan. Setelah selesai, screen di bawah akan dipaparkan. Anda telah berjaya membuat ringtone sendiri!

        • Cari file ringtone sepertimana yang dipaparkan di final screen MP3 Ringtone Maker tu. Jangan sampai tak jumpa sudah...hehehe

        Selepas ini bolehlah transfer ke handphone anda dan menunjuk-nunjuk kat kawan-kawan lagu ringtone terbaru anda itu. Tetapi ingat! Ringtone ini tidak sesuai untuk handphone "cap AYAM" yang tidak boleh memainkan mp3...hehehe

        Jika anda membuat bisnes dengan ringtone-ringtone tu, jangan lupa kat aku yer?...hehehe


        Sekian
        Readmore...

        Speed Up Firefox dengan Firetune

        0 comments
         
        Salam,

        Ini ada satu lagi software yang boleh membuat kelajuan internet connection komputer semakin laju dan laju dan laju lagi...hehehe.

        Tetapi software ini hanya berguna kepada pengguna FIREFOX sebagai internet browser. It's called FIRETUNE. Software ini berupaya mengoptimumkan prestasi FIREFOX dan seterusnya meningkatkan kelajuan browser tersebut. Yang menariknya tentang FIRETUNE ialah, ia dicipta untuk memberi kemudahan kepada pengguna FIREFOX bermain dengan settings tanpa perlu melakukan TWEAK.

        Biasanya, kita perlu mengoptimumkan FIREFOX secara manual dengan melakukan beberapa perubahan kepada "about:config" FIREFOX. Tetapi bagi sorang novice macam aku, untuk melakukan perubahan tersebut memerlukan banyak masa dan menimbulkan was-was samada perubahan tersebut akan berjaya atau merosakkan FIREFOX pula.

        Di sinilah kelebihan FIRETUNE, hanya dengan beberapa click sahaja untuk mengaktifkan dan mengoptimumkan FIREFOX (tetapi kena la juga tahu apa yang perlu di click...hehehe).

        FIRETUNE dicipta, dibangunkan dan disupport oleh Total Idea (http://www.totalidea.com) tetapi oleh kerana ada perselisihan faham dengan Mozilla tentang issue logo, syarikat tersebut telah menghentikan support terhadap FIRETUNE. Walaubagaimanapun, software tersebut masih lagi relevan dan boleh diguna-pakai.

        Ia dicipta berdasarkan beberapa koleksi tatacara settings untuk mengoptimumkan FIREFOX. Ada beberapa website seperti Tweakfactor telah menguji software ini dan mengesahkan akan keberkesanannya.

        Bagaimana untuk menilai samada FIRETUNE benar-benar berkesan?
        • Sebelum menggunakan FIRETUNE, lakukan dahulu "Speed Test" dan catatkan masa yang diambil untuk "loading" sesebuah website (contohnya http://abanglongonline.blogspot.com). Clearkan dahulu cache FIREFOX sebelum melakukan "Speed Test" tersebut.
        • Selepas itu clear lagi sekali cache FIREFOX dan gunakan FIRETUNE untuk mengoptimumkannya.
        • Lakukan "Speed Test" sekali lagi dan lihatlah perbezaan masa untuk "loading" website yang sama tersebut.Ada banyak website yang menyediakan online "Speed Test" seperti http://www.numion.com/stopwatch/

        Cara-cara penggunaan FIRETUNE:

        • Install FIRETUNE. Anda akan dapat screen pop up seperti kat bawah ni. Seeloknya buat backup dahulu dengan click button "Create backup of configuration".

        • Di screen "Performance Optimizations", pilih tahap kelajuan komputer dan internet connection anda. (kat bahagian bawah pop up tu ada menerangkan definisi fast/slow computer dan fast/slow connection)
        • Click button "Other Optimizations" (rujuk screen kat bawah ni). Aku suggest "click" sahaja semua radio-button tu.



        • Click button "Other useful settings". pastikan anda click "Optimize Firefox memory usage".

        • Finally, click button "Tune it" yang ada kat bawah screen tu.
        • Enjoy...hehehe

        Harus diingat bahawa, sesetengah software antivirus dan antispyware mungkin akan memberi amaran bahawa FIRETUNE ialah suatu malware, walaupun sebenarnya ia merupakan satu software yang selamat digunakan dan tidak mendatangkan mudarat kepada sistem komputer kita. Sesetengah pakar komputer melabelkan ini sebagai 'false positive'. di mana software antivirus secara salah meletakkan fail tidak berbahaya sebagai virus di dalam virus "database list".

        Aku juga menggunakan FIRETUNE di laptop aku ni tetapi tidak merasakan sesuatu yang significant pada mulanya. Mungkin laptop aku ni sudah sememangnya laju dan internet connection aku juga laju. Tetapi setelah menggunakan FIRETUNE di tempat-tempat di mana Internet connection agak perlahan (seperti mengguna dial up TmNet), performance FIREFOX memang amat ketara.

        Aku berpendapat, kita perlu memiliki FIRETUNE, manalah tahu kita terpaksa melayari internet di kawasan-kawasan yang infra-struktur internetnya belum sempurna atau kemudahan-kemudahan WiFi amat terbatas.

        Kemudahan lain yang ada pada FIRETUNE mungkin tidaklah diperlukan sangat seperti "autocompletion of URLs", kerana ia telahpun ada pada FIREFOX versi terbaru. Walaubagaimanapun, FIRETUNE berupaya untuk, membantu kita mengurangkan penggunaan atau mengoptimumkan penggunaan memori oleh FIREFOX

        FIRETUNE mudah untuk di "install dan uninstall" di komputer kita. Oleh kerana ianya FREE, apa salahnya mencuba. Aku juga simpan satu salinan kat thumbdrive, so, boleh aku bawa ke mana-mana.


        Sekian.
        Readmore...
        Thursday, May 20, 2010

        Bank Outsources Functions to Third party

        3 comments
         
        Salam,

        Aku terpanggil untuk menulis artikel ini setelah asyik ditanya oleh staff dan ex-staff aku tentang OUTSOURCING. Mungkin mereka baru sahaja membaca Manual dan SOP yang aku tulis tentang Outsourcing of Servicing the Bank's ATM/CDM..hehehe.

        Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya mereka ada hati nak membaca Manual atau SOP tersebut.

        Di dalam Manual tersebut aku ada menulis
        The Bank is allowed to OUTSOURCE certain tasks to a third party given that the functions are not INTEGRAL to or CORE functions of the Bank.

        Apakah yang membezakan sesuatu tugasan itu INTEGRAL/CORE atau tidak?

        Contoh 1

        Apabila kita pergi ke lobi bank dan melihat persekitarannya teramat bersih. Kita seterusnya beranggapan bahawa pekerja-pekerja bank tersebut memang bagus, rajin serta pembersih. Mereka sanggup bertungkus-lumus memastikan bahawa persekitaran lobi sentiasa bersih.

        Walhal, apa yang sebenarnya berlaku ialah kawasan lobi bank tersebut dibersihkan oleh pekerja-pekerja dari syarikat luar yang mendapat kontrak menjaga kebersihannya. Pekerja bank hanya melakukan pemantauan agar kerja-kerja tersebut dilaksanakan dengan sempurna.

        Berdasarkan kepada cerita di atas, melakukan pembersihan persekitaran lobi bank bukanlah satu INTEGRAL/CORE funtions sebab itu kerja-kerja tersebut telah dikontrakkan kepada syarikat luar. Manakala pihak bank hanya melakukan pemantauan supaya hasil kerja syarikat tersebut berkualiti dan persekitaran lobi dijaga dengan rapi.

        Contoh 2

        Kita pergi ke bank membawa wang tunai sebanyak $150,000 (ooi!..dasyat tuh). Oleh kerana jumlah yang kita bawa agak besar, kita diarahkan untuk mendeposit di kaunter khas yang di uruskan oleh "Mobile Cashier" sebuah syarikat security. Selepas cashier tersebut mengira wang kita, dia menyerahkan slip deposit kepada Chief cashier bank. Slip tersebut diserahkan pula kepada Teller dan seterusnya akaun kita dikreditkan.

        Contoh ini mungkin meleret-leret tetapi mari kita kaji bersama-sama:

        Tugas untuk mengira wang tunai yang kita bawa dibuat oleh Mobile Cashier dari sebuah syarikat security dan bukannya staff bank. Walaubagaimanapun tugas untuk memasukkan jumlah deposit ke dalam akaun kita telah dilakukan oleh Teller yang merupakan pekerja bank.

        Tugasan untuk mengira wang bukanlah merupakan INTEGRAL/CORE function, manakala tugasan untuk mengkreditkan akaun kita pula ialah INTEGRAL/CORE.

        Untuk pemberian tugas mengira wang di atas, ianya tidak boleh dipanggil KONTRAK kerana melibatkan maklumat-maklumat rahsia pelanggan bank (kita lah). Di bawah undang-undang dan akta perbankan (BAFIA), pihak bank tidak boleh memberikan tugasan-tugasan seperti itu kepada pihak ketiga tanpa kelulusan BNM. Sebab itu pemberian tugasan tersebut dipanggil OUTSOURCING dan memerlukan kelulusan BNM.


        Amacam? Ada faham?


        Kalau tak faham jugak..errr..kena belajar lagi lebih lanjut dengan aku. Syaratnya jangan lupa..ayam golek 3 ekor...hehehe.



        Sekian.
        Readmore...

        Langkah Keselamatan Mengguna ATM

        0 comments
         
        Salam,


        ATM telah menjadi sebahagian unsur-unsur penting di dalam kehidupan kita. Bukan sahaja ATM memberikan kemudahan kepada kita yang memerlukan kecekapan dan kecepatan layanan untuk transaksi kewangan tetapi juga pada masa yang sama membuka ruang-ruang dan elemen-elemen risiko. Penggunaan ATM memerlukan kita untuk sentiasa berwaspada serta melakukan serba sedikit perancangan. Hanya kerana sesebuah ATM itu beroperasi 24 jam, tidak bermakna ia sentiasa selamat untuk digunakan

        Fakta Rompakan ATM

        Kebanyakan rompakan di ATM berlaku di waktu malam di antara 7 malam hingga ke tengah malam di mana pada ketika itu dianggarkan peratusan transaksi cuma 10% daripada keseluruhan transaksi sehari. Ada juga kajian menunjukkan bahawa di antara jam 7 malam hingga 4 pagi, ATM hanya mungunjurkan 11% dari keseluruhan transaksi sehari tetapi terdedah kepada 60% daripada peratusan keseluruhan kejadian-kejadian jenayah.

        Siapakah Perompak-perompak ATM?

        1. Menurut kajian, kebiasaanya perompak ATM terdiri daripada golongan lelaki berumur di bawah 25 tahun dan kebiasaanya melakukan rompakan secara bersendirian.
        2. Perompak biasanya bersembunyi berhampiran ATM (lebih kurang 50 kaki) menunggu mangsa melakukan transaksi di mesin tersebut (untuk pengeluaran tunai).
        3. Menurut rekod, separuh dari rompakan ATM berlaku ketika pengeluaran tunai dilakukan.
        4. Kebanyakan mangsa merupakan wanita yang membuat transaksi di ATM secara bersendirian.
        5. Kebanyakan mereka juga mengatakan tidak melihat kehadiran perompak ketika kejadian.

        Pilih Lokasi yang selamat

        Gunakan ATM yang cukup terang dan menjadi tumpuan orang ramai. ATM yang terletak di shopping kompleks boleh dianggap selamat. Jangan gunakan ATM yang agak terlindung dari pandangan orang ramai seperti di bahagian belakang bangunan.

        Berhati-hati dan beri tumpuan lebih kepada kawasan-kawasan yang membolehkan perompak berselindung seperti pokok-pokok besar atau semak samun. Perompak ATM biasanya lebih suka melakukan rompakan secara mengejut dan tanpa disaksikan oleh orang lain. Perompak juga suka melakukannya di tempat di mana peluang melarikan diri adalah lebih mudah.

        Rancang sebelum membuat transaksi

        1. Adalah lebih baik sekiranya anda mendapatkan senarai-senarai lokasi ATM bank anda. Dari senarai tersebut pilih lokasi ATM yang anda fikir lebih selamat untuk digunakan.
        2. Cuba untuk tidak membuat transaksi di ATM diwaktu malam. Jika boleh, sekiranya ingin membuat transaksi di waktu malam, bawa bersama seseorang atau beberapa orang kawan untuk menemani anda.
        3. Apabila anda menuju destinasi ATM yang anda pilih tadi, cuba melihat persekitarannya terlebih dahulu dan perhatikan samada terdapat orang yang meragukan di sekitarnya.
        4. Semasa berjalan menghampiri ATM seeloknya kad ATM telahpun dikeluarkan dan tersedia untuk digunakan. Pastikan anda telah menghafal PIN untuk mempercepatkan transaksi di ATM dan juga mengelakkan berlakunya "unauthorized withdrawal).
        5. Selepas memasukkan kad dan PIN di ATM, cuba perhatikan sekeliling anda termasuk di belakang anda. (ingat! perompak biasanya menghampiri dari belakang anda).
        6. Jangan sesekali menerima tawaran untuk membantu anda dari orang yang anda tidak kenali serta mencurigakan semasa melakukan transaksi tersebut. Senantiasalah berjaga-jaga!

        Tindakan semasa sedang melakukan transaksi

        1. Sekiranya terdapat seseorang yang mencurigakan cuba menghampiri anda, hentikan transaksi dan beredar dari situ secepat yang mungkin, walaupun anda terpaksa melarikan diri dan meninggalkan kad ATM anda di mesin.
        2. Mungkin ada perlunya anda memberi amaran kepada orang yang mencurigakan tersebut untuk tidak menghampiri anda kerana cara tersebut akan membuatkan si perompak (sekiranya benar) akan panik dan ini akan memberi ruang untuk anda melarikan diri dengan selamat. Mungkin cara ini akan membuatkan anda malu dan perlu untuk meminta maaf kemudiannya (sekiranya orang yang anda curigai itu bukan perompak), tetapi itu adalah lebih baik dari dirompak.
        3. Selepas anda menerima wang dari mesin ATM tersebut, segera menyimpannya, ambil dan simpan kad anda lalu berlalu dari situ dengan segera. Kira wang yang anda terima hanya apabila tiba di tempat yang selamat.

        Melakukan transaksi di ATM pandu lalu

        1. Sekiranya anda membuat pengeluaran wang di ATM pandu lalu, tatacara panduan yang sama seperti di atas perlu dipraktikkan.
        2. Pastikan tiada tempat tersorok yang membolehkan perompak untuk berselindung serta pastikan juga tiada orang yang mencurigakan berkeliaran di sektar mesin tersebut. Sekiranya ada, ikutlah rasa hati anda dan beredar dari situ.
        3. Pastikan pintu kenderaan anda sentiasa dikunci dan kenderaan anda berada di dalam gear.
        4. Semasa membuat transaksi, berhati-hati dan lihat cermin pandang sisi dan belakang kenderaan anda. Biasanya perompak akan cuba menghampiri dari bahgian belakang dan sisi pemandu. Jika terdapat sesiapa yang menghampiri anda, cuba tamatkan transaksi dan beredar dari situ dengan segera walaupun terpaksa meninggalkan kad di ATM tersebut.
        5. Sekiranya anda diugut oleh perompak bersenjata, serahkan sahaja wang anda itu tanpa soal. Kehilangan wang tunai tidak setimpal dengan kecederaan serius atau mungkin kehilangan nyawa.
        6. Pergi ke tempat yang selamat dan hubungi pihak Polis dengan segera.

        Sebagai kesimpulan, di sini diunjurkan ringkasan langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui dan diikuti sebelum, semasa dan selepas membuat transaksi ATM:

        • Guna ATM yang berada  di tempat yang cukup terang dan kawasan tumpuan ramai
        • Guna ATM di dalam shopping complex yang sibuk jika boleh
        • Elakkan mengguna ATM berhampiran kawasan yang sesuai untuk bersembunyi
        • Bila menghampiri sesebuah ATM, lihat kawasan persekitarannya dahulu
        • Berhati-hati dan cuba elakkan tempat di mana orang yang mencurigakan suka melepak
        • Pastikan kad ATM anda tersedia untuk digunakan.
        • Jangan amalkan mengira wang yang keluar dari mesin di tempat umum
        • Beredar samada lari atau memandu kenderaan apabila firasat anda merasakan tidak selamat
        • Berhati-hati dan elakkan menerima tawaran atau bantuan dari orang mencurigakan
        • Gertak dengan menjerit jika dihampiri orang yang mencurigakan
        • Jangan bertekak atau melawan ketika rompakan. Fikirkan keselamatan diri dahulu
        • Jangan bergaduh atau mengikut si perompak
        • Beredar atau memandu ke tempat selamat dan hubungi Polis dengan segera

        Sebenarnya banyak lagi langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui dan diambil semasa melakukan transaksi di ATM. Artikel ini bertujuan untuk memberikan beberapa langkah-langkah asas tersebut.

        Semuga anda semua mendapat manafaat.


        Sekian
        Readmore...

        Get High Speed Internet Broadband Software

        2 comments
         
        Salam,

        Post kali aku nak cerita tentang FULL SPEED V3.6 dari Versis yang dilabelkan sebagai agent yang boleh meningkatkan kelajuan internet connection komputer kita 5 kali ganda. Wow!!
        Aku ni agaknya jenis manusia yang tidak pernah puas hati dengan apa yang aku ada. Kalau diikutkan, laptop aku ni memang dah cukup laju tetapi masih lagi mencari software-software untuk melajukannya lagi...hehehe.


        Software FULL SPEED V3.6 ini didatangkan sekali dengan "Internet Speed Test". Jadi sebelum anda install, elok test dulu current speed dan setelah install cuba try test sekali lagi untuk melihat bukti seperti yang dikatakan oleh pereka software tersebut (samada betul atau tidak).

        Kelebihan-kelebihan "FULL SPEED V3.6":

        1. Meningkatkan kelajuan Internet connection
        2. Mempercepatkan muat-turun file-file internet
        3. Meningkatkan kelajuan dan melancarkan process melayari laman-laman web
        4. Memperbaiki prestasi Intranet connection
        5. Melancarkan muzik dan video streaming dari internet
        6. Meningkatkan prestasi e-mail
        7. Mengurangkan kerosakan fail-fail semasa muat-turun (download)
        8. Sesuai untuk ADSL/DSL modems/routers dan wireless (WiFi)

        Jika anda berminat, sila download program tersebut di http://www.getfullspeed.com


        Nasihat aku, lebih baik untuk melakukan "speed test" dahulu sebelum install software ni.

        Cara-cara untuk install FULL SPEED V3.6:

        • Download file dan save ke dalam komputer anda.


        • Double-click application file (FullSpeedV3.6fsbb.exe). Perlu diingat bahawa software tersebut akan juga install Ask.com di Internet Explorer sebagai agent carian.

        • Selepas berjaya install, screen kat bawah akan pop up.


        • Pilih "browser" anda dengan click button yang ada kat bahagian atas pop up tu (Internet Explorer atau Firefox).

        • Click "Web Speed Test". Software tu akan melakukan ping test untuk menilai tahap kelajuan internet connection komputer anda. Sila lihat screen shot di bawah.



        • Setelah selesai, software tersebut akan menunjukkan jumlah masa yang diperlukan untuk membuka laman web yang di"ping" td. Lagi kurang masanya lagi laju.

        • Program tu akan memberitahu anda boleh "boost" kelajuan internet sekarang. Aku cadangkan, anda terus sahaja pilih (click) "BOOST PRO" kerana untuk versi 3.6 ini ia dah jadi FREE. Syaratnya cuma gunakan agent carian Ask.com yang telah terinstall kat Internet Explorer anda. Software ini akan meminta anda berbuat demikian.

        • Beberapa pop up reminder akan terpapar di screen komputer. Anda accept sahaja atau click ok sehingga pop up tersebut tidak keluar lagi.

        • Finally, reset komputer anda dan enjoy the FULL in speed.

        Aku dah pun menggunakan FULL SPEED V3.6 ni dan ternyata benar dakwaan perekanya.

        Walaubagaimanapun, akan wujud satu program "fsb.exe" running bila kita check kat "Task Manager" atau "Startup Manager". Aku, pada mulanya agak panik juga dan terus je delete program tersebut dari komputer aku (total delete pulak tu). Sebabnya aku terbaca di internet bahawa "fsb.exe" tu merupakan satu worm/virus komputer yang bahaya!
        Jadi aku telah menghantar e-mail kepada info@getfullspeed.com untuk kepastian dan menerima jawapan e-mail seperti di bawah:

        Hi Wansuhaim

        Thank you for your email question and your information
        Yes fsb.exe is ours. I can assure you there is nothing to be concerned about.
        Fsb.exe has been added to ensure that that the Full Speed Boost tweaks and changes are maintained after a reboot because we had a few complaints from users that the tweaks were lost after reboots!
        As you probably know this should not happen because the tweaks are permanent, however we have to take these complaints seriously and address them. So the obvious way to do solve the issue is to ensure the tweaks are still in place after a reboot and of course this takes an automated process at startup to ensure this. Fsb (full speed boost) runs at startup to ensure the boost is still active and applied and if not then re apply it.

        I hope this helps explain things Simon? Please do not hesitate to contact me if you have any more questions of concerns.

        Thanks again for your email.

        Best regards

        Greg

        Versis Support

        Sekarang aku baru tahu bahawa "fsb.exe" yang dikatakan bahaya itu merupakan virus bawaan FESBER manakala "fsb.exe" ini pula meant FULL SPEED BOOST. Masalahnya aku dah uninstall FULL SPEED dari komputer aku..dan performancenya agak kureng sket..so..kenalah re-install lagi sekali dengan muat-turun application yang baru. Application yang lama memang tidak boleh diguna lagi sebab aku dah delete guna Advanced SystemCare Pro aku (dasyat!..sikit fail pun dia tak tinggal).


        Sekian.
        Readmore...
        Wednesday, May 19, 2010

        Asal Usul ATM

        0 comments
         
        Salam,

        Adakah anda tahu bila wujudnya ATM?

        Ada sesetengah pihak menganggap ATM atau Automated Teller Machine, merupakan satu "ciptaan agung". Ada pula berpendapat ia adalah hasil berbaloi beberapa orang inventor (pencipta) yang telah menaiktaraf serta memperbaiki satu idea asas orang lain tentang ATM yang jauh melangkaui masa ketika idea ATM itu mula-mula diutarakan (kira macam cilok jugak laa...hehehe)

        Diceritakan bahawa idea atau prototype sebuah ATM telah wujud di akhir tahun 1930 di mana pada ketika itu idea untuk membuat satu lubang di dinding bank bagi memudahkan pelanggan untuk melakukan transaksi perbankan tanpa perlu memasuki premis bank tersebut..(tolong jangan tanya aku macamana caranya. mungkin bank letak Teller duduk kat lubang tu kot...hehehe)


        Ciptaan itu telah diuji selama 6 bulan di sebuah bank di New York City. Walaubagaimanapun, keputusan ujian menunjukkan bahawa cara tersebut tidak mendapat sambutan dari pelanggan dan ujian tersebut telah diberhentikan.

        Ramai experts mengakui bahawa ATM yang agak moden serta terawal dicipta dan dipatenkan ialah pada tahun 1966.

        Pembangunan terhadap mesin ATM tersebut diteruskan dan tidak lama kemudian sebuah mesin ATM telah dipasang di sebuah bank di London. Seorang pelakon komedi diberitakan dan dicatatkan sebagai pengguna pertama ATM tersebut pada 27 Jun 1967. Cara mesin tersebut beroperasi ialah dengan mengeluarkan sampul surat (paket) yang telah diisi dengan wang berjumlah 10 pounds sterling (untuk setiap paket).

        Pada waktu yang sama, idea untuk menggunakan Personal Identification Number (PIN) juga telah dipatenkan dan konsep untuk menyimpan PIN di dalam kad ATM telah dicipta dan dibangunkan.

        Tidak lama kemudian, ATM yang mempunyai system "networking" telah dibangun dan dipatenkan oleh seorang inventor bersama-sama dengan beberapa pelabur. Mesin tersebut dipasang di sebuah bank di New York. Pada mulanya, ATM tersebut hanya boleh mengeluarkan duit tetapi lama-kelamaan dan dengan pembangunan yang berterusan menjadi ATM yang bukan hanya mengeluarkan wang tetapi juga sistem servis automatik yang lainnya seperti deposit, pindahan wang dan lain-lain lagi.

        Pada mulanya, ATM hanya beroperasi secara "off-line" dan wang tidak dikeluarkan dari akaun bank secara automatik. Tambahan pula sistem account masih belum "computerized". Oleh itu, bank-bank amat teliti untuk memilih pelanggan yang akan diberikan kemudahan ATM. Lazimnya, pengguna ATM (pada masa itu) adalah pelanggan bank yang mempunyai kad kredit dengan "credit records" yang baik.

        Beberapa inventor (pencipta) kemudiannya telah merekacipta kad ATM yang mengandungi "magnetic strips" dan PIN untuk melakukan transaksi di ATM. Dengan adanya "magnetic strips", maklumat-maklumat akaun pemegang kad boleh disimpan di dalam kad. Dengan demikian, jumlah wang yang telah dikeluarkan melalui ATM boleh dikeluarkan dari akaun pemegang kad secara automatik.

        Sekarang ini, dianggarkan bahawa lebih 1.5 juta ATM dipasang di seluruh dunia. Kebanyakan mesin-mesin tersebut telah terhubung dengan sistem antara bank-bank (interbank networks) di mana membolehkan sebahagian transaksi bank dilakukan di mesin-mesin ATM milik bank yang berlainan samada di dalam atau luar negara.

        Di samping dipasang di bangunan bank, ATM juga boleh didapati di pusat-pusat membeli belah, lapangan terbang, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi kawasan tumpuan ramai. Malahan ada juga mesin-mesin ATM yang dipasang di kedai makan ternama  atau masjid.

        Sekarang ini, semakin ramai yang menggunakan ATM bukan sahaja untuk pengeluaran tunai, malahan untuk membayar bil-bil, membeli tiket (tidak kira tiket wayang atau tiket kapal terbang), membayar along-along (third party transfer laa), meminta mini bank statement, membeli top up dan sebagainya.

        Dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, tidak hairanlah makin ramai orang yang tidak sudi menghadirkan diri ke kaunter-kaunter bank lagi..


        Sekian.
        Readmore...
        My Pings and Backlinks
        Blogged.my Free Auto Backlinks From 1Malaysia Free Auto Malaysia Backlinks
        Free SEO Tools My Ping in TotalPing.com